Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MAHKOTA,

FELDA BUKIT APING TIMUR,


81900 KOTA TINGGI, JOHOR.
Tel : 07-8910398 Email : skbukitmahkota2010@ yahoo.com Kod Sek : JBA 3036

Ruj Kami : JBA 3036/200-1/2/1(01)


Tarikh : 4 November 2019

Kepada;

Pengurus Jalen SDN. BHD.


Lot 3688 Jalan Kempas Lama,
Kg Sinaran Baru,
81300 Skudai, Johor.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MEMBINA SUSUR GAJAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, pihak sekolah dibawah Program 3K (Kecerian,


Kebersihan dan Keselamatan) ingin membuat beberapa pertambahan kemudahan dan
keselamatan kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah dengan membina susur gajah.

3. Pembinaan susur gajah ini merupakan salah satu alternatif pihak sekolah bagi
mencapai sasaran ponteng sifar, menggalakkan murid-murid hadir ke sekolah, memudahkan
urusan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah dan mengurangkan kadar kemalangan
serta kesesakan lalu lintas semasa murid hadir dan pulang dari sekolah. Secara tindak
langung, pembinaan susur gajah ini dapat memberi keharmonian kepada murid-murid, para
guru, ibu bapa dan penduduk setempat.

4. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan berupa wang tunai
sebanyak RM 10 000 bagi menjayakan pembinaan susur gajah tersebut. Dengan ini
disertakan juga lampiran butir-butir pembinaan susur gajah beserta kos pembinaan.

4. Sumbangan hendaklah di alamatkan kepada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan,


SK Bukit Mahkota, Kota Tinggi ( No.Akuan Bank Islam : 01069010037852 ) atau hubungi
En. Samsol bin Fabillah (013-2408589) untuk maklumat lanjut. Keperihatinan daripada
pihak tuan sangat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………...

Anda mungkin juga menyukai