Anda di halaman 1dari 4

SKRIP

ATURAN MAJLIS
Bismillah Hirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t....
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Sebagai kalimah pembuka bicara.

Yang Berusaha Alfadhil Ustaz Mohammad Azizi Iqmal Vijay Bin Abdullah, Penceramah
Bebas merangkap Penaung PKM Daerah Kluang.

Yang Berusaha, Alfadhil Ustaz Mohd Zabri bin Kamdi, YDP PERKIM Cawangan
Kluang merangkap Penasihat PKM Daerah Kluang
Yang berusaha, Hj. Mohd Rashid Bin Abdullah, Pengerusi PKM Daerah Kluang.
Yang Berusaha, En. Mohd Shafiq Vijaya Bin Abdullah, Timb. Pengerusi PKM Kluang
merangkap Pengerusi BKSK Daerah Kluang.
Yang Dihormati Puan Fadzillah Binti Elham @ Alhim, Pengurus Bank Islam Cawangan
Kluang.
Yang Dihormati Barisan Pengerusi-pengerusi BKSK Daerah Muar, Batu Pahat, Segamat,
Pontian, Kulai Jaya dan Johor Bahru, para penyumbang, tuan-tuan dan puan-puan yang
dirahmati Allah sekalian.
Puji dan syukur ke hadhirat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat sama-sama kita
berkumpul dan bersua kembali dalam Seminar Keluarga Sunnah dan Fiqh Berinterasi
Dengn Non-Muslim

Tetak buluh panjang suluh,


Mari jolok sarang penyengat;
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.
1

UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS


BACAAN DOA
Hadirin dihormati.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon
keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat-Nya. Untuk itu, majlis dengan
hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz .
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Alfadhil .
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,
Berat Sama di pikul
Ringan sama dijinjing
Kita umpama aur dengan tebing
itulah yang ibaratkan
Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi
Jika kita bersatu hati.
UCAPAN ALUAN
Bukan keris tanpa ulunya
Bukan majlis tanpa ucapannya.
Pergi ke kedai membeli gula
Gula di bawa berhati-hati
Tuan Penasihat kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha, Alfadhil
Ustaz Mohd Zabri bin Kamdi, YDP PERKIM Cawangan Kluang merangkap Penasihat
PKM Daerah Kluang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya
menyampaikan buku Fiqh Berinterasi Dengan Non-Muslim dan Buku Panduan Solat
Versi Bahasa Tamil kepada wakil Pengerusi BKSK setiap daerah yang hadir. Dengan
hormatnya dipersilakan.
Demikian tadi ucapan aluan oleh . Yang Berusaha, Alfadhil Ustaz Mohd Zabri bin
Kamdi, YDP PERKIM Cawangan Kluang merangkap Penasihat PKM Daerah Kluang
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN oleh Tuan Kadi


Ular lidi menyusur rotan,
Menyusur jatuh ke dalam paya
Banyak budi tuan semaikan
Semoga tumbuh menyinar dunia.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput As-Syeikh Tn. Mohamad Khalil Bin Md.Noor, Kadi
Daerah Kluang / PegawaiTadbir Agama Pejabat Kadi Kluang bagi menyampaikan ucapan
beliau dan seterusnya merasmikan Seminar Keluarga Sunnah dan Fiq Berinteraksi dengan
Non-Muslim. Dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan ribuan terima, kasih kepada, As-Syeikh Tn. Mohamad Khalil Bin
Md.Noor, Kadi Daerah Kluang / PegawaiTadbir Agama Pejabat Kadi Kluang di atas
ucapan dan sudi merasmikan majlis kami sebentar tadi. Diharapkan dengan ucapan
sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk berdiri teguh
bersama-sama, dengan penuh minat dan iltizam demi mermartabatkan agama, bangsa dan
negara. Bak kata pepatah Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

PENGHARGAAN KEPADA TUAN KADI

Hadirin yang dirahmati Allah,


Sebagai tanda penghargaan daripada Pertubuhan Kebajikan Muallaf Daerah Kluang....
dengan ini dijemput Ustaz Mohd Zabri bin Kamdi, YDP PERKIM Cawangan Kluang
merangkap Penasihat PKM Daerah Kluang diiringi En. Mohd Rashid Bin Abdullah,
Pengerusi PKM Kluang untuk menyampaikan cenderamata kepada As-Syeikh Tn.
Mohamad Khalil Bin Md.Noor, Kadi Daerah Kluang.
Dipersilakan tuan

Majlis mengucapkan terima kasih.

cenderamata
3

Untuk itu majlis menjemput As-Syeikh Tn. Mohamad Khalil Bin Md.Noor, Kadi Daerah
Kluang merangkap Penaung Badan Kebajikan Saudara Kita Daerah Kluang untuk
menyampaikan cenderamata dan sijil.
Dipersilakan Tuan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada As-Syeikh Tn. Mohamad Khalil Bin
Md.Noor, Kadi Daerah Kluang merangkap Penaung Badan Kebajikan Saudara Kita
Daerah Kluang kerana sudi menyampaikan cenderamata dan sijil kepada Ahli
jawatankuasa Badan Kebajikan Saudara Kita Daerah Kluang.

CABUTAN BERTUAH
Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tungguiatu acara
cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan ...
untuk menyempurnakan acara.
Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini mewakili barisan jawatankuasa pelaksana
majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya
majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi
memeriahkan majlis.

Anda mungkin juga menyukai