Anda di halaman 1dari 21

JABATAN PELAJARAN

NEGERI JOHOR

SUKATAN PELAJARAN BERFOKUS

PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

MODUL STRATEGI MENJAWAB SOALAN

DISELENGGARAKAN OLEH
PANEL PERUNDING MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM
JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
2009

MODUL PENGAJARAN BERFOKUS KERTAS 2


NOVEL

NOVEL DI HADAPAN PULAU & PUTERA GUNUNG TAHAN

1. PENGENALAN

i. Soalan novel merupakan bahagian yang mesti diberikan tumpuan tanpa mengambil kira
sama ada pelajar cemerlang, sederhana atau lemah.

ii. Semua pelajar berpeluang memperoleh markah maksimum ( 15 markah) melalui soalan
novel.

iii. Pelajar lemah perlu dibimbing menggunakan modul ini supaya dapat membuat
persediaan menghadapi peperiksaan.

iv. Tumpuan hanya diberikan terhadap aspek-aspek yang dijangkakan akan menjadi soalan
dengan menyediakan jawapan yang sekadar mencukupi untuk mendapat markah isi.

v. Bincangkan bersama-sama pelajar beberapa peristiwa penting setiap novel yang boleh
dijadikan panduan untuk menjawab aspek-aspek lain.

vi. Pelajar juga perlu dibimbing untuk menjawab soalan perbandingan menggunakan dua
buah novel yang dipelajari.

2. BIDANG KAJIAN NOVEL DIBAHAGIKAN KEPADA DUA ASPEK

2.1 Aspek sastera

i. tema dan persoalan


ii. watak dan perwatakan
iii. plot
iv. latar
v. gaya bahasa
vi. nilai dan pengajaran

2.2 Aspek bukan sastera

i. biodata pengarang
ii. sinopsis
iii. permulaan dan pengakhiran cerita
iv. kesesuaian judul
v. peristiwa-peristiwa menarik
vi. konfli
3. ASPEK KAJIAN NOVEL YANG TELAH KELUAR DALAM PEPERIKSAAN.

TAHUN BULAN ASPEK / TAJUK


November a. Pengakhiran cerita
2001 b. Persoalan
Jun a. Sinopsis
b. Nilai murni
2002 November a. Tema
b. Latar masyarakat
Jun a. Klimaks dan kesudahan cerita
b. Latar tempat
2003 November a. Persoalan
b. Perwatakan watak utama
Jun a. Cabaran yang dihadapi oleh watak utama
b. Pengajaran
2004 November a. Nilai kasih sayang
b. Cara watak utama menyelesaikan konflik
Jun a. Perwatakan watak sampingan
b. Tiga peristiwa yang boleh diteladani
2005 November a. Peristiwa paling menarik
b. Perbandingan latar tempat
Jun a. Peristiwa yang menunjukkan pertentangan watak
b. Perbandingan nilai masyarakat
2006 November a. Pengajaran
b. Perbandingan persoalan
Jun a. Nilai setia kawan
b. Perbandingan tema
2007 November a. Persoalan maruah
b. Perbandingan cara watak utama menyelesaikan konflik
Jun a. Kesesuaian tajuk novel
b. Perbandingan pengajaran
2008 November a. Peristiwa pada permulaan cerita dan alasan untuk
meneruskan pembacaan.
b. Perbandingan latar masyarakat
Jun a.
b.
2009 a.
November b.

3. ASPEK TUMPUAN 2009

i. Peristiwa-peristiwa penting pada permulaan, perkembangan dan pengakhiran


cerita
ii. Persoalan / nilai kerjasama
iii. Persoalan / nilai kebijaksanaan
iv. Persoalan / nilai keberanian
v. Persoalan / nilai tanggungjawab
vi. Kepincangan masyarakat
vii. Latar masa
viii. Kesan / emosi / perasaan setelah membaca novel
ix. Perbandingan nilai / persoalan kerjasama, kebijaksanaan, keberanian,
tangggungjawab.
x. Perbandingan latar masa

4. PANDUAN MENJAWAB SOALAN NOVEL

i. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap


ii. Sebaik-baiknya satu isi ditulis dalam satu perenggan
iii. Bagi soalan 4 (a), wajaran markah ialah 4 markah isi dan 3 markah bahasa ( 2 isi )
iv. Bagi soalan 4 (b), wajaran markah ialah 6 markah isi dan 2 markah bahasa
( 2 isi )
v. Markah bahasa tidak berdasarkan markah isi.
vi. Pelajar yang menjawab soalan tetapi jawapan tidak mengandungi isi akan diberikan
markah bahasa yang minimum.
vii. Setiap isi yang dikemukakan mestilah disertai dengan contoh / huraian.

MODUL NOVEL

SET PENGENALAN ( Pemahaman isi kandungan asas kajian novel)

SET 1 ( Pengetahuan asas kandungan cerita )

ARAHAN: Susun semula peristiwa dalam novel Di Hadapan Pulau dan Putera Gunung
Tahan yang berikut mengikut jalan cerita sebenar.

NOVEL DI HADAPAN PULAU


- Kedatangan tentera Jepun menyebabkan ramai penduduk menjadi mangsa kezaliman.
- Mak Ketong mencadangkan mereka berpindah ke pulau.
- Aziz bercita-cita hendak ke pulau yang dikatakan penuh misteri.
- Kematian Tuk Marzuki dalam serangan bom.
- Aziz seorang budak yang telah kematian bapa dan terpisah daripada ibunya.
- Penduduk kampung berhadapan dengan pelbagai kesulitan hidup akibat peperangan.
- Afidah menziarahi kubur Tuk Marzuki.
- Aziz dan Afidah mencari makanan di kubu lama.
- Penduduk kampung berkerjasama membina shelter untuk Mak Ketong.
- Aziz ternampak Rosiah melakukan perbuatan sumbang dengan askar Jepun.
SUSUNAN PERISTIWA KETERANGAN PERISTIWA
Peristiwa 1
Peristiwa 2
Peristiwa 3
Peristiwa 4
Peristiwa 5
Peristiwa 6
Peristiwa 7
Peristiwa 8
Peristiwa 9
Peristiwa 10

NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

- Puncak Gunung Tahan diserang oleh dua buah kapal terbang Inggeris.
- Tuan Robert ditangkap oleh orang Sakai.
- Ratu Bongsu melamar Mem William.
- Cuaca buruk menyebabkan Tuan Robert dan Tuan William berlindung dalam sebuah gua.
- Tuan William dibawa oleh Kusina berjumpa dengan Ratu Bongsu.
- Tuan William dan Tuan Robert dihantar ke Tanah Melayu untuk mencari tempat
peranginan bagi pegawai Inggeris.
- Ratu Bongsu menyelamatkan dan merawat Mem William.
- Tuan Robert mati dalam majlis perkahwinannya dengan perempuan Sakai.
- Perempuan tua enggan menjual kulit harimau putih kepada Tuan Robert.
- Kusina membantu Ratu Bongsu mengurung Tuan William dalam bilik khazanah.
- Orang Sakai membantu perempuan tua melahirkan anak dalam hutan.
- Tuan William nampak isterinya berkelakuan curang dengan menggunakan teropong terus
yang dipinjamkan oleh Ratu Bongsu.

SUSUNAN KETERANGAN PERISTIWA


PERISTIWA
Peristiwa 1
Peristiwa 2
Peristiwa 3
Peristiwa 4
Peristiwa 5
Peristiwa 6
Peristiwa 7
Peristiwa 8
Peristiwa 9
Peristiwa 10
Peristiwa 11
Peristiwa 12

SET 2 ( Pencernaan peristiwa penting )

CONTOH PERISTIWA PENTING TERPILIH DALAM NOVEL


DI HADAPAN PULAU

1. Peristiwa Tuk Marzuki menemui Aziz dan berjanji untuk membawanya ke pulau
walaupun tidak pasti masa dan ketikanya.

2. Peristiwa Syed Fikri seorang saudagar Arab masuk ke kampung dan melayani serta
menasihati anak-anak kecil seperti Aziz, Razif dan Lazim supaya mengaji dan
sembahyang.

3. Peristiwa Tuk Marzuki pulang ke Merlimau untuk mendapatkan bekalan makanan


sementara Afidah dijaga oleh Mak Ketong.

4. Peristiwa penduduk kampung bergotong-royong membina shelter sebagai tempat


perlindungan daripada serangan bom.
5. Peristiwa Tuk Marzuki terbunuh dalam kejadian letupan bom di shelter.

6. Peristiwa Afidah menangis di kubur Tuk Marzuki di sisi Aziz.

7. Peristiwa Aziz dan Afidah pergi ke kubu lama untuk mencari makanan walaupun tempat
tersebut dikatakan berhantu.

8. Peristiwa Aziz dan Afidah mengambil upah membeli todi untuk mendapatkan wang bagi
membeli makanan.

9. Peristiwa Aziz ternampak Rosiah melakukan perbuatan sumbang dengan askar Jepun di
kubu lama.

10. Peristiwa Syed Zuhri mencari keuntungan daripada penduduk kampung dengan menjual
batu akik palsu dan minyak atar menggunakan tipu muslihat.

CONTOH PERISTIWA PENTING TERPILIH NOVEL


PUTERA GUNUNG TAHAN

1. Peristiwa majlis sambutan dan pelantikan Tuan Robert sebagai Batin Putih

2. Peristiwa Tuan Robert menjalani adat perkahwinan kaum Sakai.

3. Peristiwa perempuan tua enggan menjual kulit harimau putih kepada Tuan Robert.

4. Peristiwa Ratu Bongsu menolak tawaran lumayan daripada Tuan William untuk
mendapatkan puncak Gunung Tahan sebagai tempat istirahat orang Inggeris.

5. Peristiwa serangan kapal terbang Inggeris ke puncak Gunung Tahan.

6. Peristiwa Tuan William diperdaya dan diperangkap oleh Kusina di dalam bilik khazanah
lalu terbunuh.

7. Peristiwa Ratu Bongsu merawat Mem William yang cedera dalam kejadian kapal terbang
terhempas.

8. Perisiwa Ratu Bongsu melamar Mem William.

9. Peristiwa Tuan Robert dan Tuan William berlindung di dalam gua kerana cuaca buruk.

10. Peristiwa perempuan tua dibantu oleh orang Sakai semasa melahirkan anak seorang diri
dalam hutan.

 Peristiwa yang disenaraikan tidak mengikut susunan cerita.


 Peristiwa-peristiwa lain yang mudah diingati dan menarik boleh digunakan.
Cadangan kaedah pencernaan peristiwa.

i. Peristiwa terpilih boleh dicernakan oleh pelajar dengan bantuan guru untuk
mendapatkan aspek-aspek kajian lain karya novel.

ii. Peristiwa yang dipilih mestilah mudah diingati oleh kelompok pelajar lemah tetapi
mengandungi unsur kajian seperti persoalan, perwatakan seseorang
watak terutama watak utama, nilai dan pengajaran.

CONTOH 1

Arahan : Isikan tempat kosong di bawah dengan keterangan yang sesuai berdasarkan
peristiwa yang dinyatakan.

PERISTIWA : Peristiwa penduduk kampung bergotong-royong membina shelter.

Persoalan : ..........................................................................................................................

Nilai : .................................................................................................................................

Pengajaran : .......................................................................................................................

Perwatakan : ......................................................................................................................

Contoh jawapan

PERISTIWA : Peristiwa penduduk kampung bergotong-royong membina shelter.

Persoalan : Persoalan semangat saling membantu sesama manusia

Nilai : Nilai tolong-menolong sesama penduduk kampung.

Pengajaran : Kita hendaklah tolong- menolong melakukan sesuatu pekerjaan

* MINTA PELAJAR MENYALIN SEMULA PERISTIWA SEBAGAI CONTOH


JAWAPAN.

CONTOH 2

Arahan : Isikan tempat kosong di bawah dengan keterangan yang sesuai berdasarkan
peristiwa yang dinyatakan.

PERISTIWA : Peristiwa perempuan tua enggan menjual kulit harimau putih kepada
Tuan Robert.

Persoalan : .................................................................................................................

Nilai : ........................................................................................................................

Pengajaran : ..............................................................................................................

Perwatakan perempuan tua : .....................................................................................

Contoh jawapan

PERISTIWA : Peristiwa perempuan tua enggan menjual kulit harimau putih kepada
Tuan Robert.

Persoalan : Persoalan cinta akan tanah air.

Nilai : Nilai kasih sayang akan tanah air.

Pengajaran : Kita hendaklah menyayangi tanah air sendiri.

Perwatakan perempuan tua : Seorang yang penyayang.

CONTOH 3

Arahan : Isikan tempat kosong di bawah dengan keterangan yang sesuai berdasarkan
peristiwa yang dinyatakan.

PERISTIWA : Peristiwa Tuk Marzuki pergi ke Merlimau untuk mendapatkan bekalan


makanan.

Persoalan : .................................................................................................................

Nilai : ........................................................................................................................

Pengajaran : ..............................................................................................................

Perwatakan Tuk Marzuki : .....................................................................................


Contoh jawapan

PERISTIWA : Peristiwa Tuk Marzuki pergi ke Merlimau untuk mendapatkan bekalan


makanan.

Persoalan : Persoalan tanggungjawab.

Nilai : Nilai bertanggungjawab.

Pengajaran : Kita hendaklah bertanggunjawab menjaga ahli keluarga

Perwatakan Tuk Marzuki : Seorang yang bertanggungjawab.

* MINTA PELAJAR MENYALIN SEMULA PERISTIWA SEBAGAI CONTOH.

CONTOH 4

Arahan : Isikan tempat kosong di bawah dengan keterangan yang sesuai berdasarkan
peristiwa yang dinyatakan.

PERISTIWA : Peristiwa Ratu Bongsu melamar Mem William.

Persoalan : .................................................................................................................

Nilai : ........................................................................................................................

Pengajaran : ..............................................................................................................

Perwatakan Ratu Bongsu : .....................................................................................

Contoh jawapan

PERISTIWA : Peristiwa Ratu Bongsu melamar Mem William.

Persoalan : Persoalan kasih sayang sesama manusia.

Nilai : Nilai kasih sayang.

Pengajaran : Kita hendaklah menyayangi sesama manusia walaupun berlainan


bangsa.

Perwatakan Ratu Bongsu : Seorang yang penyayang.

* MINTA PELAJAR MENYALIN SEMULA PERISTIWA SEBAGAI CONTOH.


NOTA : 1. Guru boleh menggunakan kaedah yang sama untuk mencernakan semua
peristiwa yang dipilih menjadi aspek lain dalam kajian novel.

SET PERKEMBANGAN

SET 3

CONTOH 1

(b) Bandingkan nilai kerjasama yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
[ 8 markah ]

ARAHAN : Gunakan panduan dalam jadual di bawah untuk menulis jawapan.

NILAI KERJASAMA
DI HADAPAN PULAU PUTERA GUNUNG TAHAN

Kerjasama dalam Membina shelter untuk Majlis meraikan pelantikan Tuan


masyarakat perlindungan Robert sebagai Batin Putih

Kerjasama mengatasi Aziz bekerjasama dengan Syed Kusina memerangkap Tuan


masalah Fikri menanam sayur William

Nilai kerjasama yang terdapat dalam novel Di Hadapan Pulau ialah kerjasama dalam
masyarakat. Dalam novel Di Hadapan Pulau............................................................................
............................................................ manakala dalam novel Putera Gunung Tahan masyarakat
bekerjasama.............................................................................................................

Kerjasama lain ialah kerjasama untuk mengatasi masalah yang mengancam


kehidupan. Dalam novel Di Hadapan
Pulau, ............................................. ................................ ............ ........................................... bagi
mengatasi masalah kekurangan makanan, berbeza dengan novel Putera Gunung Tahan Kusina
bekerjasama dengan Ratu Bongsu
.............................................................................................mengatasi masalah serangan kapal
terbang Inggeris.
CONTOH 2

(a) Jelaskan dua mesej yang dapat anda pelajari dalam sebuah novel yang telah anda kaji.
[ 7 markah ]

ARAHAN : Lengkapkan jadual di bawah dengan mesej atau huraian yang betul dan
kemudian gunakan maklumat tersebut untuk menulis jawapan lengkap dalam
perenggan.

Nota : Mesej ialah amanat atau teladan yang disampaikan oleh pengarang dalam
karyanya.

Di Hadapan Pulau

BIL. AMANAT HURAIAN


1. Golongan yang lebih tua perlu dihormati
2. Tolong menolong menyiapkan shelter

Jawapan lengkap

Mesej yang hendak disampaikan dalam novel Di Hadapan Pulau ialah menghormati
golongan yang lebih tua, contohnya Aziz amat menghormati Tuk Marzuki dengan
mendengar nasihatnya.

Mesej lain ialah kepentingan sikap saling membantu dalam kehidupan, contohnya
penduduk kampung saling membantu membina shelter.

Putera Gunung Tahan

BIL AMANAT HURAIAN


1. Golongan yang lebih tua perlu dihormati
2. Menolak tawaran lumayan daripada Tuan
William

Jawapan lengkap

Mesej yang hendak disampaikan dalam novel Putera Gunung Tahan ialah menghormati
golongan yang lebih tua, contohnya Ratu Bongsu menghormati perempuan tua dengan
mendengar nasihatnya supaya berhati-hati dengan penjajah Inggeris.
Mesej lain ialah kepentingan semangat cinta akan tanah air contohnya sikap Ratu
Bongsu yang menolak tawaran lumayan daripada Tuan William yang mahu menakluk
puncak Gunung Tahan.

CONTOH 3

(b) Bandingkan latar masa yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
[ 8 markah ]

ARAHAN : Gunakan maklumat berikut untuk menjawab soalan di atas.

NOVEL LATAR CONTOH PERISTIWA


Zaman Zaman pendudukan Jepun. Berlaku peristiwa serangan
bom di perkampungan penduduk
Pagi Afidah menziarahi kubur Tuk Marzuki
Di Hadapan Pulau Petang Tuk Marzuki keluar mencari Dorani
Penduduk kampung tidak dibenarkan memasang pelita
untuk mengelakkan daripada dikesan oleh askar Jepun.
Malam
Budin pulang pada waktu malam dalam keadaan mabuk
dan memukul isterinya Joyah
Zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu (Pahang)

Zaman Pahlawan-pahlawan Melayu seperti Mat Kilau, dan Tok


Putera Gunung Bahaman berjuang mempertahankan Pahang daripada
Tahan penjajah Inggeris.
Pagi Mem William menziarahi kubur suaminya Tuan William
Petang Serangan kapal terbang Inggeris ke atas puncak Gunung
Tahan
Tuan William bermalam di dalam gua akibat cuaca
buruk semasa dalam perjalanan mendaki Gunung Tahan
Malam
Pelantikan Tuan Robert sebagai Batin Putih

Novel yang saya kaji ialah novel Di Hadapan Pulau dan Putera Gunung Tahan. Kedua-
dua novel berlaku pada zaman yang berbeza. Novel DHP berlaku pada
zaman......................................................................................... manakala novel PGT berlaku pada
zaman................................................................................

................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
.................................................
................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
................................................

* Tulis jawapan bagi dua perenggan seterusnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

CONTOH 4

(a) Nyatakan cabaran hidup yang terpaksa ditempuhi oleh watak utama. Bagaimanakah
cabaran tersebut dihadapi?
[ 7 markah ]

ARAHAN : Gunakan maklumat daripada novel Di Hadapan Pulau di bawah untuk


melengkapkan perenggan jawapan bagi soalan di atas.

- kesukaran mendapatkan sumber makanan


- menumpang rumah makcik Joyah dan pakcik Budin
- menumpang kasih dengan Tuk Marzuki
- keinginan untuk ke pulau
- hidup berdikari

Dalam novel Di Hadapan Pulau, cabaran hidup yang dilalui oleh Aziz ialah kehilangan
tempat bergantung setelah kematian ayahnya. Cabaran ini diselesaikan dengan
cara ..............................................................................................................................................

Cabaran hidup yang lain ialah ........................................................................................


Aziz menyelesaikan masalah ini dengan menolong Syed Fikri bercucuk tanam.

Aziz juga tiada tempat untuk mengadu nasib dan cabaran ini diatasi dengan
cara...............................................................................................................................................

ARAHAN : Gunakan maklumat daripada novel Putera Gunung Tahan di bawah untuk
melengkapkan perenggan jawapan.

- mempertahankan tanah air daripada dijajah


- menyuruh orang bunyian menyelamatkan diri
- muslihat penjajah Inggeris
- menuntut ilmu di hutan
- melamar Mem William
Dalam novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu menghadapi cabaran........................
......................................................... Cabaran ini diatasi dengan menolak tawaran lumayan
daripada Tuan William.

Cabaran lain ialah apabila dua buah kapal terbang menyerang puncak Gunung
Tahan. Ratu Bongsu menghadapi masalah ini dengan cara .......................................................
.............................................................................................................

Ratu Bongsu juga menghadapi cabaran ....................................................................


Masalah ini diatasi dengan cara mendengar nasihat daripada perempuan tua.

CONTOH 5

(a) Jelaskan perasaan yang anda alami setelah selesai membaca novel yang anda kaji?
[ 7 markah ]

ARAHAN : Gunakan maklumat daripada novel Di Hadapan Pulau di bawah untuk


melengkapkan perenggan jawapan bagi soalan di atas.

- Kematian Tuk Marzuki dalam kejadian serangan bom


- Aziz termenung di tepi pantai sambil menangis kerana
teringatkan ayahnya yang telah meninggal dunia
- Rosiah sanggup menggadaikan maruah dirinya kepada
askar Jepun.
- Kapten Hebat makan Mokmeng, seekor monyet
kerana terlalu lapar
- Askar Jepun menangkap dan menyeksa orang-orang
kampung yang tidak bersalah

Setelah selesai membaca novel Di Hadapan Pulau saya dapat mengalami pelbagai
perasaan. Pertamanya saya berasa terkejut kerana ....................................................................
.....................................................................................................................................................
Selain itu saya turut berasa sedih kerana.....................................................................................
.....................................................................................................................................................
Perasaan marah juga dapat saya rasai apabila ...........................................................................
.....................................................................................................................................................
ARAHAN : Gunakan maklumat daripada novel Putera Gunung Tahan di bawah untuk
melengkapkan perenggan jawapan bagi soalan di atas.
- Ratu Bongsu berjaya mengatasi serangan kapal
terbang Inggeris dan mempertahan puncak Gunung
Tahan.
- Tuan Robert mempersendakan agama yang dianuti
oleh perempuan tua.
- Tuan William boleh melihat perlakuan curang
isterinya dengan menggunakan teropong terus.
- Keberanian pahlawan-pahlawan Melayu seperti Mat
Kilau berjuang mempertahankan tanah air.
- Perempuan tua melahirkan anak seorang diri di dalam
hutan
Setelah selesai membaca novel Putera Gunung Tahan saya dapat mengalami pelbagai
perasaan. Pertamanya saya berasa kagum dan bersemangat apabila mengetahui...................
.....................................................................................................................................................
Selain itu saya turut berasa gembira kerana...............................................................................
.....................................................................................................................................................
Perasaan pelik dan hairan juga dapat saya rasai apabila ..........................................................
.....................................................................................................................................................

SET PENGUKUHAN

CONTOH 1

Novel Di Hadapan Pulau

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian judul novel tersebut.
[ 7 markah ]

Arahan : Isi tempat-tempat kosong dengan keterangan yang sesuai.

Novel yang saya pelajari ialah novel Di Hadapan Pulau. Judul novel ini sesuai kerana
cerita berlaku di sebuah kampung yang terletak berhadapan dengan sebuah pulau yang
bernama Pulau...........................

Judul novel ini juga sesuai kerana watak utamanya iaitu Aziz ingin .............................
............................................................. kerana banyak cerita misteri tentang pulau itu.

Novel Putera Gunung Tahan

Novel yang saya kaji ialah novel Putera Gunung Tahan. Tajuk novel ini sesuai kerana
watak utamanya iaitu ..................................................... turut dikenali sebagai Putera Gunung
Tahan.

Tajuk novel ini juga sesuai kerana orang Inggeris yang bernama ..................................
dan .................................................... ingin menakluki puncak Gunung Tahan untuk dijadikan
pusat .................................................

CONTOH 2
(b) Bandingkan tema dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.
[ 8 markah ]

ARAHAN : Isi tempat-tempat kosong dalam jawapan di bawah dengan keterangan yang
betul.

Novel yang saya kaji ialah novel Di Hadapan Pulau dan novel Putera Gunung Tahan.
Tema novel Di hadapan Pulau ialah kesengsaraan hidup penduduk kampung akibat
peperangan manakala tema novel Putera gunung Tahan ialah
perjuangan .................................................................................................................................

Dalam novel Di Hadapan Pulau penduduk hidup sengsara kerana menghadapi


masalah............................................................................................. berbeza dengan novel Putera
Gunung Tahan, Ratu Bongsu dan pengikutnya berjuang
mempertahankan..........................................................................................................................

CONTOH 3

(b) Bandingkan perwatakan watak utama dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
[ 8 markah ]

ARAHAN : Isi tempat-tempat kosong di bawah dengan jawapan atau keterangan yang
betul.

Watak utama novel Di hadapan Pulau : .......................................... berumur ............. tahun

Saya menyukai watak utama itu kerana watak tersebut seorang yang:

i. ...................................................................
ii. ...................................................................

Watak utama novel Putera Gunung Tahan : .....................................berumur .............. tahun

Saya menyukai watak utama itu kerana watak tersebut seorang yang:

i. ....................................................................
ii. ....................................................................
Perluasan jawapan

Watak utama dalam novel Di Hadapan Pulau ialah ..............., manakala watak utama dalam
novel Putera Gunung Tahan ialah ................................. Aziz masih muda iaitu baru
berumur ...........tahun manakala ............................... lebih tua iaitu berumur .............. tahun.

..................... dan ................................. kedua-duanya bijaksana contohnya dalam novel Di


Hadapan Pulau, ..................................................................................................
manakala watak ..................................... dalam novel Putera Gunung Tahan bijak ..................
.....................................................................................................................................................

Dalam novel Di Hadapan Pulau,........................merupakan orang biasa atau penduduk


kampung yang miskin berbeza dengan watak ................................. dalam novel Putera Gunung
Tahan yang merupakan seorang.........................................................................
dan memiliki kuasa dan beberapa barang sakti.

CONTOH 4

(b) Bandingkan persoalan yang diperoleh dalam dua buah novel yang anda kaji.
[ 8 markah ]

ARAHAN : Isi tempat-tempat kosong dalam perenggan di bawah dengan contoh yang
sesuai.

Persoalan yang terdapat dalam novel yang saya kaji ialah persoalan kebijaksanaan.
Dalam novel DHP, Aziz bijak ...................................................................................................
............................................... manakala dalam novel PGT, Ratu Bongsu bijak........................
..................................................................................................................

Persoalan kedua ialah persoalan semangat setiakawan. Dalam novel DHP,


Aziz ....................................................................................................................................................
..
berbanding dengan novel PGT, Tuan William .........................................................................
…………………………………………………………………………………………………..

Persoalan terakhir ialah persoalan keberanian . Dalam novel DHP, Aziz


berani............................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
berbeza dengan novel PGT, Ratu Bongsu...................................................................................
......................................................................................................................................................

CONTOH 5

(a) Berdasarkan seorang watak sampingan dalam novel yang anda kaji, huraikan peranan
watak itu dalam membantu watak utama.
[ 7 markah ]

Novel Di Hadapan Pulau

Salah seorang watak sampingan dalam novel Di hadapan Pulau ialah Tuk Marzuki.
Dalam novel ini, Tuk Marzuki berperanan sebagai tempat Aziz menumpang kasih sayang
kerana Aziz telah kematian bapa dan terpisah daripada ibunya.

Tuk Marzuki juga berperanan sebagai.............................................................................


kerana...........................................................................................................................................

Selain itu Tuk Marzuki menjadi harapan kepada Aziz untuk.........................................


...................................................................... kerana Aziz...........................................................
.....................................................................................................................................................

Novel Putera Gunung Tahan

Salah seorang watak sampingan dalam novel Putera Gunung Tahan ialah Kusina. Dalam
novel ini, Kusina berperanan sebagai pengiring Ratu Bongsu yang sentiasa berada di sisi Ratu
Bongsu.

Kusina juga berperanan sebagai.....................................................................................


ketika Tuan William sesat semasa mendaki Gunung Tahan.

Selain itu, Kusina berperanan membantu Ratu Bongsu menghadapi musuh,


contohnya.....................................................................................................................................
.................................................................................................

CONTOH 6

Huraikan satu nilai kerjasama yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji.

ARAHAN : Isi tempat-tempat kosong dalam perenggan di bawah dengan contoh yang
sesuai.

Novel Di Hadapan Pulau

Antara nilai yang terdapat dalam novel Di Hadapan Pulau adalah nilai kerjasama
menjaga keselamatan diri semasa peperangan. Nilai ini dapat dilihat melalui
peristiwa .............................................................................................................................................
.........
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

Selain itu terdapat nilai kerjasama untuk mendapatkan makanan. Contohnya .......
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

Novel Putera Gunung Tahan

Nilai kerjasama yang terdapat dalam novel ini adalah nilai kerjasama antara rakyat
dengan pemimpin. Contohnya dapat dilihat melalui.................................................................
.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................

Di samping itu, terdapat nilai kerjasama dalam menjayakan sesuatu majlis dalam
masyarakat. Nilai ini dapat dibuktikan melalui peristiwa..........................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

CONTOH 7

Huraikan satu nilai tanggungjawab yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji.

ARAHAN : Isi tempat-tempat kosong dalam perenggan di bawah dengan contoh yang
sesuai.

Novel Di Hadapan Pulau.

Antara nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel Di Hadapan Pulau adalah
tanggungjawab datuk terhadap cucu. Hal ini dapat dibuktikan menerusi
peristiwa .............................................................................................................................................
.........
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

Selain itu terdapat juga nilai tanggungjawab terhadap rakan. Contohnya .................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

Novel Putera Gunung Tahan.

Sementara nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan adalah
tanggungjawab kepada negara. Contohnya .................................................................
.....................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

Dalam novel ini juga memaparkan nilai tanggungjawab kepada anak. Nilai ini dapat
dibuktikan menerusi peristiwa ..........................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

CONTOH 8

Jelaskan dua persoalan kebijaksanaan berdasarkan sebuah novel yang anda kaji.

ARAHAN : Isi tempat-tempat kosong dalam perenggan di bawah dengan contoh yang
sesuai.

Novel Di Hadapan Pulau


Persoalan kebijaksanaan merupakan antara persoalan yang terdapat dalam novel yang
saya kaji. Antaranya ialah persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah. Contohnya
semasa berlaku masalah kekurangan makanan, ..........................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

Selain itu terdapat persoalan kebijaksanaan menghadapi keadaan peperangan.


Contohnya ...................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................

Novel Putera Gunung Tahan

Persoalan kebijaksanaan menghadapi ancaman musuh merupakan antara persoalan


kebijaksanaan yang terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan. Hal ini dapat dilihat melalui
peristiwa...............................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

Selain itu terdapat juga persoalan kebijaksanaan dalam menjaga keselamatan rakyat.
Contohnya ......................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

CONTOH 9

Jelaskan dua kepincangan masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.

NOTA : Kepincangan masyarakat bermaksud perkara-perkara atau perlakuan masyarakat yang


bertentangan dengan sifat kemanusiaan dan tidak boleh dijadikan teladan dalam kehidupan.

ARAHAN : Isi tempat-tempat kosong dalam perenggan di bawah dengan contoh yang
sesuai.

Novel Di Hadapan Pulau

Berdasarkan novel Di hadapan Pulau, pengarang banyak menggambarkan kepincangan


yang berlaku dalam masyarakat. Antaranya ialah masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Contohnya dapat dilihat melalui peristiwa...................................
.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................

Kepincangan lain ialah terdapat masyarakat yang kejam. Contohnya ........................


......................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
Novel Putera Gunung Tahan.

Dalam novel Putera Gunung Tahan pula, kepincangan masyarakatnya adalah


masyarakat yang menjadi pembelot terhadap tanah air. Hal ini dapat dilihat melalui
peristiwa.......................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

Terdapat juga masyarakat yang bersikap tamak dalam novel ini. Contohnya ...........
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

CONTOH 10

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, buktikan dua nilai keberanian yang terdapat
pada watak utama novel tersebut.

ARAHAN : Isi tempat-tempat kosong dalam perenggan di bawah dengan contoh yang
sesuai.

Novel Di Hadapan Pulau

Nilai keberanian yang terdapat pada watak Aziz dalam novel ini ialah nilai keberanian
menghadapi cabaran hidup. Contohnya Aziz ....................................................
.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................

Aziz juga berani ..............................................................................................................


.....................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................

Novel Putera Gunung Tahan

Watak utama dalam novel ini ialah Ratu Bongsu. Nilai keberanian yang dimiliki oleh
Ratu Bongsu adalah keberanian menghadapi ancaman musuh. Hal ini dapat dibuktikan
melalui .........................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................

Ratu Bongsu juga berani dalam membuat keputusan. Contohnya Ratu Bongsu........
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

Anda mungkin juga menyukai