Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


21 JULAI 2022 (JUMAAT) 24 RABIUL AWAL 1444H
DEWAN GEMILANG, ARAS G, BLOK D1

CUE/TIME PENGUMUMAN

Assalamualaikum wbt
Hadirin yang dikasihi sekalian, majlis kita akan bermula sebentar saja lagi. Bagi
memastikan kelancaran majlis, kerjasama para hadirin dimohon untuk memastikan
telefon bimbit ditetapkan ke mod senyap.

Para hadirin juga dimohon untuk berdiri semasa ketibaan YBhg. Datuk TKSU
Pengurusan dan kekal dalam majlis sehingga tetamu kehormat kita beredar.

Terima kasih.

Mengumumkan ketibaan
YBhg. Dato' Mohd Sayuthi bin Bakar
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)

Bismillahirrahmannirrahim….

YBhg. Dato' Mohd Sayuthi bin Bakar


Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan); merangkap
Yang Dipertua Kelab KDN

YBrs. Puan Shobah binti Jamil


Setiausaha Kehormat Kelab KDN
YBrs. Tuan Norhisham bin Kamaruddin
Pengerusi Biro Kerohanian Kelab KDN

Mengalu-alukan kehadiran
Al-Fadhil Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek
Penceramah jemputan pada hari ini

YBrs. Setiausaha-setiausaha Bahagian, pegawai-pegawai kanan, seterusnya tuan-tuan


dan puan-puan, rakan-rakan dan hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam 24 Rabiulawal 1444 hijrah,


salam Keluarga Malaysia dan salam Kita Demi Negara!

Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatu wassalamu ‘ala rasulina, wa habibina Muhammad,


wa’ala aalihi wasohbihi ajmain, wa man tabi’ahum bi ihsanin ila yaumiddin, amma ba’du

Sayang senduduk berbunga pagi,


Ambil daunnya dibuat ubat;
Apa tanda kasihkan nabi,
Jika tidak banyakkan selawat.

Rabiul awal menjelma lagi,


Bulan kelahiran Nabi Muhammad;
Banyakkan selawat ke atas nabi,
Tanda bukti cinta yang tersemat.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan sifat ArRahman dan belas kasihnya,
pada hari ini kita dapat dipertemukan sekali lagi pada majlis ilmu sempena Maulidur Rasul
1444 hijrah anjuran Kelab Kementerian Dalam Negeri.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita aminkan bacaan doa
yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Shiham bin Ramli daripada Bhg. Agama dan
Kaunseling Jabatan Penjara Malaysia. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Shiham bin Ramli atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.

YBhg. Dato’, hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Ceramah kita pada hari ini adalah berkenaan dengan topik sirah. Tentang satu insan yang
sangat istimewa yang mungkin tidak lekang dalam ingatan dan sentiasa dilafazkan di lidah
setiap hari, yang mana namanya adalah Muhammad bin Abdullah, nabi junjungan SAW.

Namun sebelum itu, izinkan saya berkongsi serba sedikit latar belakang Al-Fadhil Ustaz
Penceramah terlebih dahulu.

Ustaz Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek atau lebih mesra dipanggil sebagai Ustaz
Hanafi merupakan seorang usahawan, pendakwah bebas dan pakar motivasi.

Dilahirkan pada 25 April 1974 di Sibu, Sarawak, Ustaz Hanafi telah menerima pendidikan
di Pondok Temboro, Jawa Timur, Indonesia.

Kini berusia 48 tahun, telah berkahwin dan dikurniakan seramai 9 orang anak, Ustaz
Hanafi yang menceburi bidang dakwah sejak tahun 1989 telah bergerak sebagai
pendakwah bebas selama lebih 20 tahun. Beliau berpengalaman dalam memberi ceramah
agama & motivasi di televisyen melalui rancangan Tanyalah Ustaz dan pelbagai
rancangan agama yang lain selama lebih 15 tahun.

Di samping itu, Ustaz Hanafi turut aktif dalam bidang kebajikan dan dilantik antaranya
sebagai:
Duta Global Ehsan Relief
Penasihat pusat pemulihan Rumah Hidayah Insani; dan
Penasihat Pertubuhan Amal Firdausi

Selain itu, beliau juga merupakan penerima Anugerah Buku Negara 2018 bagi kategori
Buku Umum Terbaik (Motivasi) melalui naskhah Never Give Up! Allah Kan Ada terbitan
Karangkraf.

Untuk itu, tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormat dan takzimnya,
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Hanafi untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
“Rasulullah: Tak Kenal Maka Tak Cinta”. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Hanafi atas ceramah
yang disampaikan itu tadi.

Moga para hadirin sekalian beroleh manfaat daripada setiap isi yang telah disampaikan,
supaya datang rasa cinta, rasa rindu dan ingin bertemu dengan Nabi Muhammad SAW,
serta terus berkelakuan baik dan berperibadi yang elok-elok, insya Allah.

... untuk panduan dan bekalan hari-hari mendatang, insyallah.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dijemput:

YBhg. Dato' Mohd Sayuthi bin Bakar


Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan); merangkap
Yang Dipertua Kelab KDN
diiringi oleh YBrs. Tuan Norhisham bin Kamaruddin untuk menyampaikan cenderahati
kenang-kenangan kepada Penceramah Jemputan kita. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato' Mohd Sayuthi bin Bakar
atas penyampaian cenderahati itu tadi.

YBhg. Dato’, hadirin yang dirahmati Allah sekalian, dengan berakhirnya sesi
penyampaian cenderahati itu tadi maka berakhirlah program ceramah sempena Maulidur
Rasul 1444 hijrah pada tahun ini.

Saya dengan rendah diri mewakili jawatankuasa penganjur ingin memohon ampun dan
maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kekhilafan sepanjang kami
mengendalikan majlis ini.

Sekian, wabillahhitaufik walhidayah wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai