Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

SEMPENA PERTUKARAN ENCIK ABDUL RAOF BIN MD NAZAR


24 JUN 2022 (JUMAAT)
DEWAN AL-BIRUNI

AUZUBILLAHI MINASSYAITONIRAZIM, BISMILLAHI ……….

ALLAHU AKBAR 3X

‫ف‬ ْ َ‫سالَ ُم َعلَى ا‬


ِ ‫ش َر‬ َّ ‫صالَةُ َوال‬ َّ ‫ َوال‬، ‫اَ ْل َح ْم ُد ِهللِ َر ِّب ا ْل َعالَ ِم ْين‬
‫ص َحابِ ِه اَ ْج َم ِع ْين‬ ْ َ‫ َو َعلَى آلِ ِه َوا‬، ‫سلِ ْين‬َ ‫األنبياء وا ْل ُم ْر‬
‫سانِنَا‬ ْ ‫س ْر لَنَا َأ ُمو َرنَا َو‬
َ ِ‫احلُ ْل ُع ْق َدةً ِمنْ ل‬ ُ ‫ش َر ْح لَنَا‬
ِّ َ‫صدُو َرنَا َوي‬ ْ ‫َر ِّب ا‬
‫يَ ْفقَ ُهوا قَ ْولَنَا‬
Assalamualaikum w.b.t, selamat sejahtera dan
salam ts25.
Lembut bersantun puteri kedah
Dari kejauhan menanam padi
Istimewa majlis diatur sudah
Semoga jadi kenangan abadi.

Indah  sungguh tasik chini


Di tambah seri pepohon ara
di pagi jumaat bersua di sini
Izinkan saya mulakan acara.

Yang diraikan, Encik Abdul Raof bin Md Nazar


yang berusahaTuan Haji sabran bin Arifin, Guru besar SK Muhd Jabar

Yang Dihormati
En Saiful Bahari Bin Haron, Penolong Kanan Pentadbiran,
En Mohd Rosdi Bin Salleh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Firdaus Bin Abdul Rashid Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Rakan-rakan guru, kakitangan SK Muhammad Jabar, pembantu pengurusan murid
dan ank didik yang dikasihi sekalian…

1
Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan  limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan MAJLIS
LAMBAIAN KASIH, SEMPENA PERTUKARAN ENCIK ABDUL RAOF BIN MD
NAZAR pada pagi jumaat yang mulia  ini.

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang ditaburkan oleh Yang Diraikan
Encik Abdul Raof Bin Md Nazar sepanjang perkhidmatan sebagai guru di SK Muhammad
Jabar.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Dijemput dengan segala hormat,  al fadil Ustaz Mohd Azizi bin Lan untuk memimpin
bacaan doa.
BACAAN DOA
Terima kasih diucapkan kepada  al fadil Ustaz Mohd Azizi bin Lan  atas kesudian 
memimpin bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi,.

Pakat bersama menunggang kuda,


            Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
          Bertemu berpisah perencanaan-Nya.
 
Anak Cina main gelombang,
         Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
         Sentiasa hidup di dalam hati.
 

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang perpisahan.
Hadirin, kita berkumpul pada hari ini, adalah untuk meraikan Cikgu Abdul Raof yang bakal
meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di sekolah ini. Andainya
bintang di angkasa tidak mampu dikira, begitulah juga besarnya jasa Cikgu Abdul Raof
sehingga tidak mampu untuk kami membalasnya.

2
Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia yang telah disediakan oleh encik Shaiful
Baktiar bin Abdullah. Dipersilakan.

Tayangan multimedia. …..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas persembahan mulitimedia sebentar tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Dinihari mengail ikan,


Dapat seekor ikan haruan,
Pengerusi Kelab Guru dan kakitangan  kita persilakan,
Menyampaikan bicara kata ucapan.

Dijemput dengan segala hormatnya En Nur Azhan bin Zulkafli, Pengerusi Kelab Guru dan
kakitangan SK Muhammad Jabar untuk  menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

UCAPAN PENGERUSI KELAB GURU

Pihak majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Nur Azhan
bin Zulkafli, Pengerusi Kelab Guru dan kakitangan SK Muhammad Jabar yang telah sudi
meyampaikan ucapan.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Duhai pahlawan Kesatria pertiwi,
Hulurkan ucapan buat dirai.

Dijemput dgn segala hormatnya, Yg Berusaha  Tuan Haji Sabran bin Arifin, Guru Besar SK
Muhammad Jabar untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

UCAPAN GURU BESAR

Pihak majlis merakamkan  ucapan terima kasih kepada Yg Berusaha  Tuan Haji Sabran bin
Arifin, Guru Besar SK Muhammad Jabar atas kesudiaan menyampaikan ucapan.

Hadirin yang dikasihi,


Sebelum majlis menjemput orang yang diraikan, elok kiranya saya bacakan dahulu latar
belakang orang yang kita raikan pada hari yang berbahagia ini.

3
Beliau merupakan anak yang ke …….. hasil perkongsian hidup encik Md Nazar Bin ADON
dan Puan SAIMAH BINTI RANI. Beliau dilahirkan pada tanggal 5 Februari 1989 di Kuala
Rompin.
Beliau mendapat Pendidikan awal di Sk sungai Puteri, kuala rompin dari tahun 1 sehingga
tahun 6.
Seterusnya, beliau bersekolah di Sek men keb Rompin dari tingkatan 1-3.
Setelah itu, beliau meneruskan persekolahan di Sek men teknik Dungun dari tingkatan 4-5.
Bagi merealisasikan citi-cita beliau untuk menjadi seorang guru, beliau telah melanjutkan
pengajiannya di Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu, kuala lumpur.
Kerjaya seorang guru bermula pada tahun 2013 di SK Pulau Tinggi Mersing Johor selama 3
tahun.
Kemudian di Sk Temuno Teringai Darat, Kota Marudu selama 3 tahun(2016-2019).
Seterusnya beliau berkhidmat di SK MJ (2019-2022). Selepas ini beliau akan berpindah ke
SK Muadzam Shah, di muadzam shah.
Pergi ke kota beli selasih
Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa

Rindu bayangan hati gelisah


Jiwa merindu hati tak tenang
Hari esok  kita berpisah
Jasa tuan tetap dikenang

Seterusnya inilah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Encik
Abdul Raof bin Md Nazar.  Dipersilakan.

UCAPAN ENCIK ABDUL RAOF BIN MD NAZAR

Kapal berlabuh ditepi jeti,


Bunga cina di dalam taman,
Amanat didengar disemat dihati,
Sepanjang hayat jadi pedoman.

Disini kasih kita bersemi


Tiba masanya melangkah pergi
Seuntai kasih sekalung budi

4
Atas sumbangan jasa dan bakti.

Terima kasih diucapkan kepada  Encik Abdul Raof bin Md Nazar atas kesudian
menyampaikan ucapan.

Burung tempua di atas dahan,


Dahan jatuh dihimpap rotan,
Setiap pertemuan ada perpisahan,
Hadiah diberi tanda ingatan.

Majlis dengan sukacitanya menjemput  Tuan Haji Sabran bin Arifin untuk menjemput dan
mengiringi Yang Diraikan Encik Abdul Raof bin Md Nazar untuk menerima hadiah dan
cenderahati tanda ingatan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

IKUT SENARAI PEMBERI HADIAH

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua.

Tuan Puteri pergi ke Rasah,


Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin tuhan bertemu lagi.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian wabillah…………………………………………………………………………

Anda mungkin juga menyukai