Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH

Tarikh   : 29 JULAI 2020


Masa  : petang
Tempat : Dewan Multazam, SK Teluk Ru

Pengacara Majlis :
Pn. Nasripah binti Jajuli / En. Mohamad Izzudin bin Mohd Faudzi

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Ketibaan Tetamu
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula
Pn. Nasripah sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Yang Berbahagia En. Azli Bin Suradi
bersama isteri Pn. Rafidah Binti Roslay .

Seterusnya dijemput Yang Berbahagia En. Azli bin Suradi untuk


menandatangani buku kehadiran. SK Teluk Ru.

Dipersilakan Yang Berbahagia En. Azli bin Suradi bersama isteri.untuk


mengambil tempat.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para
hadirin diminta berdiri.

*******(Lagu Negaraku)*******
Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA


PEMBUKA KATA LIDAH BICARA
IZINKAN KAMI MULAKAN ACARA
SEMOGA MAJLIS DISAMBUT CERIA

KOMPANG BERGEMA PUSAKA BANGSA


DIPALU OLEH SI ANAK MUDA
HADIR TUAN PUAN MERIAH SUASANA
KAMI MENYAMBUT PENUH GEMBIRA

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian kasih”
1
sempena persaraan Yang Berbahagia En. Azli bin Suradi, Guru Besar SK
Teluk Ru.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Ucapan
Alu-aluan Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
En. Annas Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Awal bismillah pembuka bicara,


Ucapan alu-aluan pemula acara;
Selamat datang kata disua,
Majlis Persaraan empunya nama

Yang Berusaha ______________________________________________


Mewakili Yang berhormat, Dato’ Tuan Hj. Mohd Fasiah Bin Mohd Fakeh
Ahli Parlimen Sabak Bernam

Yang Berhormat, _________________________________________


Ahli Dewan Undangan Negeri Sg. Air Tawar

Yang Berusaha______________________________________________
Mewakili Jabatan Pendidikan Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah
Sabak Bernam

Yang Berusaha Barisan Pengetua.


Sekolah- Sekolah Daerah Sabak Bernam

Yang Berusaha Barisan Guru Besar


Sekolah- Sekolah Daerah Sabak Bernam

Yang Berusaha En. Ismail bin Mudin


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru,
Sk Teluk Ru

Yang Berusaha __________________________________


Pengerusi JKKP Kampung Teluk Ru

Yang Diraikan
En. Azli bin Suradi
Guru Besar SK Teluk Ru

2
Yang Berusaha
En. Mat Isa bin Mat laham
Guru Penolong Kanan HEM SK Teluk Ru

Yang Berusaha
Pn. Anona Fauziah binti Ahmad
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Teluk Ru

Yang Berusaha
En. Safari bin Ahmad Zaini
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Teluk Ru

Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan Ahli jawatankuasa Pelaksana, Barisan guru , Ahli jawatankuasa
PIBG, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian kasih” sempena persaraan Yang
Diraikan En Azli bin Suradi ,Guru Besar SK Teluk Ru.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana


dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun
pada pagi ini untuk meraikan En. Azli Bin Suradi dalam Majlis “Sanjungan
Budi, Lambaian kasih”
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
dilakukan oleh Yang Diraikan En. Azli bin Suradi sepanjang perkhidmatan
beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK
Teluk Ru.

Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Pn. Nasripah Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Tuan Khairul Effendy bin Tuan Wil. Majlis

3
dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Ucapan YDP PIBG Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al
Fadil Ustaz Tuan Khairul Effendy bin Tuan Wil atas pimpinan bacaan doa itu
tadi
En.Annas
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah puan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha En. Ismail bin
Mudin, Yang diPertua PIBG SK Teluk Ru. Dipersilakan

Ucapan Mewakili Majlis merakankan ribuan Terima kasih kepada Yang Berusaha En. Ismail
Jabatan Pendidikan bin Mudin, Yang diPertua PIBG SK Teluk Ru atas ucapan sebentar tadi.
Selangor dan
Pejabat Pendidikan
Daerah Sabak Dara rupawan tersenyum manis
Bernam Petik Kenanga kuntum delapan
Hadirnya tuan penyeri majlis
En. Izzudin Molek kiranya susuli ucapan

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang dihormati


_____________________________________________________ mewakili
Jabatan Pendidikan Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Sabak
Bernam untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Persembahan Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati _____________________


4
Multimedia mewakili Jabatan Pendidikan Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah
Sabak Bernam atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Pn. Nasripah .

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia


sempena persaraan Yang Diraikan En. Azli bin Suradi. Dipersilakan

*** Persembahan multimedia

Ucapan Yang Dirai Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena
GB persaraan Yang Diraikan, Yang berbahagia En. Azli Bin Suradi.. Terima kasih
kepada ahli jawatankuasa persembahan multimedia dan individu yang
En. Izzudin menjayakan persembahan tersebut. 

Mudah-mudahan ia dapat menjadi sumber inspirasi buat kita semua

Hadirin yang dimuliakan,

Hadirnya ditunggu, 
Yang hilang dirindu,
Ilmunya diburu, 
nasihatnya diseru,
tingkahlakunnya ditiru,

Pergi ke kota beli selasih


Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan, Yang Berbahagia En. Azli bin Suradi., Guru Besar SK Teluk
Ru. Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

****Ucapan GB****

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


5
Yang Diraikan En. Azli Bin Suradi atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan

Persembahan Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Murid
Awan bersua citra berkisah
En. Nasripah Ukiran kesuma kilauan budi
Bacaan doa selesai sudah
Persembahan murid penghibur hati

Sebelum acara melangkah ke persada ucapan marilah sama-sama kita


menyaksikan persembahan nyanyian yang akan disampaikan oleh murid-
murid Tahun SK Teluk Ru dengan tajuk lagu “ .”. Majlis
mempersilakan.

*****nyayian lagu**********

Persembahan Guru Begitulah tadi persembahan yang telah disampaikan oleh Murid-murid Tahun
__________ SK Teluk Ru. Kumpulan ini dibawah pimpinan __________
Pn. Annas
Gurindam Jiwa Rindu berkisah
Tertambat hati pada si dara
Bingkisan ucapan selesai sudah
Persembahan guru menyusul pula

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan khas daripada guru-guru SK Teluk Ru dengan tajuk
persembahan _______________________________________________
Majlis mempersilakan.

**** persembahan

Penyampaian Semoga hadirin semua terhibur dengan persembahan khas   yang cukup
Hadiah & istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan. Untuk makluman hadirin
6
cenderamata sekalian, persembahan itu tadi adalah di bawah pimpinan
_________________________________________________________
Pn. Nasripah

ANAK HARUAN BERLIMA-LIMA


MATI DITIMPA PUNGGUR BERDAUN
BUDI TUAN KAMI TERIMA
JADI KENANGAN BERTAHUN-TAHUN

Inang-inang padi Pak Daik,


Bunga padi tak sama bentuknya.
Sungguh dikenang jasa yang baik,
Takkan dilupa selama-lamanya.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata


sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini
iaitu Yang Berbahagia, En. Azli Bin Suradi..

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan


En. Mat Isa bin Mat Laham, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK
Teluk Ru mengiringi Yang Diraikan, Yang Berbahagia  En. Azli bin Suradi
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan :

*******Rujuk senarai hadiah……

Seterusnya, majlis mempersilakan ____________________

Penyampaian Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang -kenangan khusus


Watikah dan plak untuk Yang Diraikan En. Azli Bin Suradi.
Persaraan
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
En. Izzudin
Majlis diteruskan dengan acara penyampaikan Watikah dan plak Persaraan
yang akan disampaikan oleh ________________________________(wakil
PPD) kepada En. Azli Bin Suradi diiringi En.Safari bin Ahmad Zaini.

Majlis mempersilakan...................

Majlis penyerahan Seterusnya dijemput En. Azli bin Suradi menyampaikan buku serah tugas
7
buku serah tugas kepada En. Mat Isa bin Mat Laham disaksikan oleh
dan buku autograf ______________________________________(wakil PPD) Dipersilakan.

Pn. Nasripah Majlis diteruskan dengan menjemput En. Mat Isa bin Mat Laham
menyampaikan buku autograf warga SKTR kepada En. Azli bin Suradi
disaksikan oleh ______________________(wakil PPD). Majlis
mempersilakan.

Dengan berakhirnya acara itu tadi maka dengan ini tamat lah perkhidmatan
Tn. Hj Mohd Multazam Khair bin Mohd Affandi dengan rasminya sebagai
Guru Besar yang berakhir di SK Teluk Ru.

Penutup Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
En. Izzudin Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Untuk Cikgu Azli bin Suradi ……….

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
En.Izzudin Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
.

Jamuan Makan Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Azli bin
Suradi kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini
Pn. Nasripah dan kami semua mendoakan agar beliau bertambah ceria dan bahagia di
dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
8
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
“Sanjungan Budi, Lambaian kasih” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

MADAH DI UNGKAP SANTUN BICARA,


PANTUN DI LANTUN MENGUSIK HATI
SALAH DAN SILAP TUTUR BICARA
POHON DI AMPUN SEIKHLAS HATI

Tampak sepadan segak bergaya


Bagai pasangan teruna dan dara
Bermacam hidangan sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera.

Majlis menjemput Yang Diraikan En. Azli bin Suradi dan isteri serta semua
tetamu kehormat, hadirin dan hadirat ke Khemah Jamuan untuk menikmati
jamuan yang telah disediakan Dipersilakan.

Seterusnya dijemput kepada yang diraikan En. Azli bin Suradi diiringi oleh
semua tetamu terhormat untuk upacara pemotongan belon sebagai tanda
Potong belon simbolik tamatnya perkhidmatan dalam pendidikan.
Simbolik

Sekian sahaja, salam hormat dari kami, Wa BilLahit Taufiq wal Hidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai