Anda di halaman 1dari 15

Mengumumkan ketibaan dan perarakan masuk Yang diraikan Puan

Salahiyatun binti Abd Samad dengan diiringi tetamu-tetamu jemputan.

Dipersilakan yang diraikan, Puan Salahiyatun binti Abd Samad dan


tetamu-tetamu jemputan masuk ke dalam dewan.

Pagi yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh bermakna,
kami bawakan kepada anda Majlis “ Bakti disemai, budi dituai, jasamu
dikenang”, sempena persaraan Puan Salahiyatun binti Abd Samad,
mantan guru besar SK Tanjung Batu.

Hadirin sekalian,

Sebagai tanda cinta akan Negara, majlis dimulakan dengan nyanyian


lagu negaraku. Yang diraikan dan para hadirin sekalian diminta berdiri.

*Terima kasih. Mohon para hadirin mengambil tempat.

Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahhirahmanirrahim ( doa )

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia.


 Senarai tetamu jemputan
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita
dapat berkumpul di dewan yang indah ini sempena Majlis Bakti disemai, Budi
dituai, Jasamu Dikenang persaraan Puan Salahiyatun binti Abd Samad, mantan
guru besar SK Tanjung Batu.
Sekalung terima kasih diucapkan di atas kesudian tetamu jemputan dan para
hadirin untuk sama-sama menjayakan majlis ini.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran kalian sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Semoga majlis sentiasa diberkati

Bagi menambahkan keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Zamri bin Mohd Fadhil.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*Amin, amin ya rabbal alamin

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Zamri di atas bacaan doa itu tadi,
semoga majlis kita pada hari ini berjalan lancar dan diberkatiNya.

Jasamu dikenang,

Budimu tidak terbilang,

Semangatmu dijulang,

Kepimpinanmu gemilang.

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
dilakukan oleh yang diraikan Puan Salahiyatun binti Abd Samad sepanjang
perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai guru besar di
SK Tanjung Batu.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan,
Walau sukar untuk ditelan,
Namun perpisahan ini terpaksa kami relakan,
Semoga memori di SKTB terpahat di ingatan.

Untuk itu, majlis mempersilakan pasukan nasyid SK Tanjung Batu untuk


menyampaikan lagu yang bertajuk Doa perpisahan. Dipersilakan.

*Pertemuan kita di suatu hari,

Menitipkan ukhwah yang sejati,

Bersyukurku ke hadrat Ilahi,

Di atas jalinan yang suci.

Begitulah di antara bait-bait indah yang terdapat dalam lagu Doa Perpisahan yang
telah disampaikan oleh kumpulan nasyid itu tadi. Terima kasih diucapkan.

Burung serindit di perdu peria,


Terbang di langit menuju ke barat,
Tayangan multimedia telah sedia,
Buat tatapan hadirin hadirat.

Marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan


Yang diraikan Puan Salahiyatun binti Abd Samad.

- Biodata

Seterusnya kita dengar pula amanat yang akan disampaikan oleh beliau.

*Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena


persaraan yang diraikan Puan Salahiyatun binti Abd Samad. Mudah-mudahan
dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Dan tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu majlis mempersilakan Encik Mohd Ridzuan bin Abd Hamid, guru
penolong kanan pentadbiran SKTB untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan.

*Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Ridzuan bin Abd Hamid atas ucapan
itu tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang dipetua PIBG SK Tg


Batu, En. Abd Rahman bin Rajah untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG

Majlis seterusnya mempersilakan Yang dihormati Tuan Haji Mohd Zulkifri bin
Nordin, Pegawai Pelajaran Daerah Pekan untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

*Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pekan atas
ucapan itu tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan, majlis dengan berbesar hati
mempersilakan Yang diraikan Puan Salahiyatun binti Abd Samad untuk
mengungkap bicara terakhir dan kata azimat beliau dalam majlis ini. Majlis
mempersilakan.

 Mendayung kolek ke pulau bentan,


Sarat muatan ketam dan lokan,
Terima kasih puan, atas ingatan,
Budi baikmu jadi kenangan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang
diraikan Puan Salahiyatun binti Abd Samad atas ucapan itu tadi. Sesungguhnya
kami warga SKTB amat menghargai segala pengorbanan dan jasa-jasa yang telah
cikgu berikan kepada kami. kami juga tidak akan lupa akan nasihat dan teguran
yang diberikan.Segalanya demi kebaikan kami warga SKTB.

Sudah teradat si anak lelaki,


Mati berjuang berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin dan hadirat sekalian,


Acara seterusnya adalah ucapara memotong kek sempena kelahiran Puan
Salahiyatun binti Abd Samad yang ke-58 tahun pada 7 Jun lalu. Untuk itu majlis
mempersilakan Encik Mohd Ridzuan bin Abd Hamid dan Encik Abdul Rahman
Rajah serta tetamu-tetamu jemputan naik ke pentas untuk sama-sama
mengiringi yang diraikan Puan Salahiyatun binti Abd Samad untuk
menyempurnakan upacara memotong kek. Dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada Puan Salahiyatun binti Abd Samad, kami warga SK
Tanjung Batu mendoakan agar cikgu sentiasa di panjang umur, dimurahkan rezeki
dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Amin.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu jemputan
yang sudi bersama-sama memeriahkan upacara memotong kek itu tadi.

Majlis seterusnya memberi peluang kepada tetamu jemputan untuk


menyampaikan cenderamata kepada yang diraikan.
Dengan itu, majlis mempersilakan Encik Mohd Sabri bin ………dari Unit Prasekolah
PPD Pekan untuk menyampaikan cenderamata daripada Prasekolah Daerah
Pekan. Dipersilakan.

Terima kasih kepada semua penyampai cenderamata itu tadi.

Masak bubur pengat keladi,


Buat bekalan pergi ke gua,
Resam dunia hidup berbudi,
Budi yang baik dibalas jua.
Hadirin dan hadirat yang dihormati

Seterusnya adalah sesi bergambar dengan tetamu-tetamu jemputan.


Dipersilakan tetamu jemputan untuk sama-sama mengabadikan kenangan
bersama Puan Salahiyatun bt Abd samad.
Dipersilakan.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Hadirin hadirat sekalian,

Limau purut berbuah sarat,


Dipetik datuk di simpan di para,
Berdendang perut tanda isyarat,
Isyarat untuk menjamu selera.

Majlis kita akan berhenti rehat selama 30 minit, untuk itu majlis dengan berbesar
hati mempersilakan Encik Mohd Ridzuan bin Abd Hamid GPK Pentadbiran dan
Encik Abd Rahman bin Rajah Yang Dipertua PIBG mengiringi Yang diraikan dan
tetamu jemputan ke bilik Kemahiran Hidup untuk menikmati jamuan yang
disediakan.

Majlis juga mempersilakan ibu bapa, penjaga, guru-guru dan murid-murid ke


khemah yang disediakan untuk menjamu selera.

Majlis kita akan bersambung pada pukul …….

*Ramai-ramai naik pedati,

Dari Bentan ke Inderapura,

Makanan terhidang usah dinanti,

Ayuh kita menjamu selera.


*Sambung acara,

Perhatian kepada para hadirin sekalian,


Majlis kita akan bersambung sebentar lagi.

Mohon kerjasama para jemputan, ibu bapa dan murid-murid mengambil tempat
masing-masing.

Dari Raub pergi ke Pekan,


Singgah sebentar di Bandar Lipis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Bagi memeriahkan majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama menyaksikan
persembahan tarian sewang yang akan ditarikan oleh pelajar-pelajar orang asli.

*Begitulah lemah gemalainya tarian Ibok yang dipersembahkan oleh pelajar tadi.
Terima kasih.

Hadirin sekalian,

Sebagai tanda ingatan kita teruskan majlis dengan penyampaian cenderamata.


Terlebih dahulu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Abdul Ghani
bin Mustafa untuk mengiringi Yang diraikan Tuan Hj Ahmad Kamal naik ke pentas
untuk menerima cenderamata.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Kita mulakan dengan penyampaian cenderamata dengan mempersilakan Puan
Maznah binti Hassan selaku wakil Kelab Guru dan kakitangan untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang diraikan.
Dipersilakan…..

Seterusnya majlis mempersilakan pula

En. Abd Rahman bin Rajah untuk menyampaikan cenderamata bagi pihak
persatuan Ibu bapa dan dan Guru SK Tanjung Batu

Cenderamata seterusnya adalah daripada Panitia Bahasa Melayu. Dipersilakan


Encik Fazlul Adli untuk menyampaikan cenderamata kepada yang diraikan.

Majlis seterusnya mempersilakan Cik Zuhaida bt Abd Rahman wakil Panitia Sains
dan Matematik untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada
yang diraikan. Dipersilakan.

Panitia Agama Islam – Pn. Norbaiti Abd Majed

Prasekolah – Cik Nurwati binti Abd Rahim

Kelas Fardu Ain SKTB – Pn. Rodhiah Adha bt Hamzah

Pengawas Sekolah – Ahmad Yuzikril Ikram bin Mohd Rizal

Pengawas Pusat Sumber Sekolah – Mohd Izzat Azri bin Azhar

Murid-murid SKTB – Nur Ezzatul Farihah bt Mohd Faizal

Murid-murid Tahun 4A – Azmirul Hakim b Azman

Sya. Tering Jati Etr – Tuan Haji Abdul Razak bin Hussein

Burung nuri si burung merpati,


Hinggap di beranda hinggap di tangan,
Cenderamata diberi seikhlas hati,
Sebagai tanda buat kenangan
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada yang diraikan atas kesudian
menerima cederamata itu dan juga kepada semua penyampai cenderamata itu
tadi.

Anak Cina mengail ikan,


Mengail ikan di dalam telaga,
Persembahan nyanyian kami sembahkan,
Sebagai bingkisan halwa telinga.

Majlis diteruskan lagi dengan Persembahan Koir oleh pelajar tahun 6.


Dipersilakan.

Terima kasih kepada pelajar tahun 6

Seteruskan marilah sekali lagi kita saksikan persembahan multimedia Tuan Haji
Ahmad Kamal bin Abd Latif

 Sajak guru

Hadirin dan hadirat sekalian,

Hari ini kita berasa amat bertuah kerana buat pertama kalinya Yang Diraikan Tuan
Haji Ahmad Kamal ingin mendeklamasikan sebuah sajak buat kita semua. Sama-
samalah kita dengar dan hayatinya.

Demikianlah tadi syahdunya sajak yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad
Kamal.

Tanam lengguna tumbuh kelapa,


Terbit bunga pucuk mati,
Budi puan kami tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.

Inilah dikatakan, umpama belayar telah sampai ke pelabuhan, umpama berkayuh


telah sampai di muara, umpama berjalan telah sampai ke destinasi.
Sebagai penutup tirai, terimalah persembahan dari guru-guru SKTB khas buat
tuan guru besar.

*Lagu sampaikan salam

Demikianlah tadi persembahan oleh guru-guru SKTB khas buat Tuan haji Ahmad
Kamal.

Para hadirin sekalian, kita telahpun berada di hujung acara.

Khas buat Puan Salahiyatun binti Abd Samad,

Cikgu,
Jika usahamu dilupai,
Jika pengorbananmu tidak dihargai,
Jika keringatmu tidak disanjungi,
Dan jika penat lelahmu tidak dipeduli,
Janganlah berkecil hati,
Tanpa anugerah duniawi,
Keikhlasan dan kemuliaanmu tetap Allah catat,
Sebagai bekalan menuju alam abadi,
Insyaalah…

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan,
Pandanglah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita
akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang diraikan Puan Salahiyatun binti Abd
Samad menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas
rasmi beliau di dalam dunia pendidikan.

Majlis juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Salahiyatun binti Abd
Samad kerana sudi bersama-sama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan
kami semua mendoakan agar cikgu bertambah sihat, ceria dan bahagia dalam
menjalani kehidupan seharian.
Sekalung terima kasih kepada tetamu jemputan dan para hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama kami bagi memeriahkan majlis Bakti di semai,
budi dituai, jasamu dikenang.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
sekali lagi kepada semua penaja dan penyumbang serta jawatankuasa dan semua
yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Saya bagi pihak majlis juga ingin memohon kemaafan jika terdapat sebarang
kecacatan dan kepincangan sepanjang perjalanan majlis ini.

Bersinar mentari memberi cahaya,


Cahaya bersinar panas terasa,
Adat majlis ada pincangnya,
Maafkan kami insan biasa.

Sesungguhnya, yang baik itu adalah anugerah yang maha Esa dan segala
kekurangan itu adalah kelemahan dari pihak kami.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Insyaaalah di lain masa , kita berjumpa lagi.

Sekian,w.b.t
*
Berhentilah wahai mata,
Dari mengalirkan mutiara suam jernih,
Perpisahan ini bukan untuk ditangisi,
Tetapi perpisahan ini untuk diingati,
Bukan setakat hari ini,
Bukan setakat esok,
Tetapi untuk selama-lamanya.
m/s 2

Yang diraikan Puan Salahiyatun binti Abd Samad


Mantan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu

Yang Berusaha Puan Hajah Rahmawati binti Hj Khalil


Guru Besar SK Tanjung Batu

Yang Berusaha Encik Mohd Ridzuan bin Abd Hamid


Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Tanjung Batu

Yang Berusaha Encik Abdul Rahman bin Rajah,


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Tanjung Batu

*Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Zulkifri bin Nordin


Pegawai Pelajaran Daerah Pekan

Yang Berhormat Dato’ Haji Ishak bin Mohamad,


Speaker Dewan Undangan Negeri

Yang Berhormat Encik Fakhruddin bin Mohd Arif


ADUN Bebar

Yang Dihormati Encik Abd Rashid bin Abd Rahman,


Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Pekan

Yang dihormati Encik Sis bin Mahmud,


Penghulu Mukim Bebar,

Encik Mudzafar bin Abu Samah


Ketua Kampung Kg. Tanjung Batu

Ketua –ketua jabatan,


Barisan Exco MGB Pekan,
Barisan guru besar Kelompok Pantai,
AJK PIBG,
JKK Kg Tg Batu
guru-guru
ibu bapa, anak-anak didik seterusnya
hadirin-hadirat sekalian.

Perjalanan majlis dalam dewan


1 Masuk dalam dewan
2 Nyanyian lagu Negaraku
3 Ucapan aluan Pengerusi Majlis
4 Doa Ust. Zamri
5 Nasyid Pn. Linda
6 Multimedia Razali
- -biodata
7 Ucapan
- En. Mohd Ridzuan
- En. Abd Rahman
- PPD
Guru besar
8 Potong kek
9 Cenderamata VIP
10 Bergambar bersama VIP Atur Kerusi
11 Rehat
12 Tarian Sewang Pn. Maznah
13 Cenderamata
1. Kelab Guru Pn. Maznah
2. PIBG En. Abd. Rahman
3. Panitia B.Melayu En. Fazlul Adli
4. Panitia Sains & Matematik Cik Zuhaida
5. Panitia Agama Islam Pn Norbaiti
6. Prasekolah Cik Nurwati
7. Kelas Kafa Pn. Rodhiah Adha
8. Pengawas Sekolah Ahmad Yuzikril Ikram
9. Pengawas PSS M. Izzat Azri
10.Murid-murid Sekolah Nurezzatul farihah
11.Murid tahun 4A M. Azmirul hakim
12.Sya. Tering Jati Hj Abd Razak
14 Koir Tahun 6
15 Persembahan Multimedia
- Sajak guru
16 Sajak GB
17 Tandatangan buku kehadiran GB

Anda mungkin juga menyukai