Anda di halaman 1dari 21

GBM1083

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL


LARAS BAHASA IKLAN
NOMIE ANAK UNTING
LARAS BAHASA IKLAN
Trbak Othman (1999)
• Iklan adalah sesuatu kenyataan yang ditulis,
dibuat untuk tujuan memberitahu kepada
orang ramai atau masyarakat tentang sesuatu
perkara atau maklumat.
• Iklan disampaikan melalui pelbagai sumber
seperti media massa, media elektronik dan
media cetak .
• Ada juga yang berbentuk poster yang ditampal
pada dinding-dinding dan papan kenyataan.
• Bahasa iklan berkembang pesat di negara kita
pada tahun 1960-an.
• Iklan dalam bahasa melayu sebagai
terjemahan daripada iklan dalam bahasa
inggeris .
Siti Hajar Abdul Aziz
• Laras bahasa iklan merupakan bentuk bahasa
yang digunakan untuk tujuan memperkenalkan
barang-barang yang hendak diniagakan.
• Penggunaan bahasa dalam iklan bertujuan
untuk membentuk persepsi para pengguna
supaya mengubah sikap mereka dan
seterusnya mempengaruhi tindakan mereka
dalam membuat keputusan.
FUNGSI IKLAN
1) Untuk mempengaruhi pengguna
2) Menimbulkan tanggapan tertentu tentang
sesuatu produk atau barangan perkhidmatan
yang akan diperkenalkan.
3) Mengubah sikap pengguna dan
mempengaruhi mereka untuk membeli atau
melanggan barangan ( Kamarudin Husin
1995)
4) Mesej yang digunakan dalam iklan harus
mempunyai pelbagai strategi yang membawa
ke arah pengaruh yang positif (Asmah
Hj.Omar 1982)
CARA PENGHASILAN IKLAN DAN
PEMILIHAN LARAS
1.MEMPUNYAI SLOGAN
• Slogan adalah kata-kata yang dijadikan
pegangan sesuatu pertubuhan atau syarikat
pengeluaran barangan.
• Contohnya, iklan pil multivitamin Kiddi
Pharmarton dengan slogan Membantu Anak
Anda Membesar Untuk Masa Depan Yang
Cemerlang.
2. KAEDAH PERNYATAAN
• Menyatakan secara langsung tujuan
pengiklanan .
• Banyak terdapat dalam ruangan rampa iklan
dengan menggunakan frasa-frasa atau klausa-
klausa seperti Agensi Pembantu Rumah,
Rumah/Kenderaan Untuk dijual/sewa dan
sebagainya.
3.ADA KAITAN KONSEP
• Kaitan konsep ialah dengan mengaitkan sesuatu
produk dengan sesuatu atau individu yang terkenal
seperti artis atau penyanyi dengan sesuatu produk
barangan.
• Contohnya, Fattah Amin sebagai duta telefon pintar
Oppo R9s.
• Kaedah iklan sebegini adalah bertujuan untuk
menarik perhatian pelanggan khasnya golongan
muda memandangkan pelakon tersebut mempunyai
ramai peminat.
• Artis berkenaan akan menyatakan sesuatu
berupa ayat-ayat atau laras-laras tertentu yang
dapat dijadikan tarikan barangan yang
diniagakan.
• Contohnya, Oppo R9s Now, it’s Clear.
3. KAEDAH UMPANAN
• Kaedah ini sering digunakan di dalam dada
akhbar.
• Kaedah ini digunakan untuk merancang
strategik untuk menarik atau memperdayakan
pelanggan.
• Contohnya, Beli Satu Percuma Satu adalah
iklan yang berkaitan dengan peraduan Vitagen
dan Marigold.
4. KAEDAH BANDINGAN
• Iklan ini berbentuk sebegini dibuat dengan
cara membandingkan sesuatu barangan yang
lain.
• Contohnya, serbuk pencuci Dynamo lebih
berkuasa daripada serbuk pencuci berjenama
X.
5. KAEDAH SURUHAN
• Kaedah ini bertujuan untuk menyuruh dan
menggesa pengguna supaya membeli atau
mencuba sesuatu barangan.
• Contohnya, Cubalah Nasi Ayam McD hari ini
6. KAEDAH PERTANYAAN
• Penggunaan tanda tanya ? Dapat menguatkan
hujah/laras iklan.
• Dalam kata lain ia seolah-olah memaksa
pengguan menyahut cabaran iklan berkenaan.
• Contoh, Sakit kepala? Sapulah Dengan Minyak
Angin TYT.
RUJUKAN
• bahasamelayudnisenu.blogspot.com/.../laras-
bahasa-iklan
• https://prezi.com/cn24zgyt410y/laras-bahsa-
iklan
• nota-ipg.blogspot.com/.../laras-bahasa-
bahasa-melayu
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai