Anda di halaman 1dari 49

GLOBALISASI & PEMBANGUNAN NEGARA

GLOBALISASI
DEFINISI GLOBALISASI; Perubahan pesat dari aspek sains, teknologi maklumat & sosio-ekonomi sedunia dekad 1980an telah menjadikan dunia semakin mengecil dari segi jarak hubungan sosio-politik, sosio-budaya & sosio-ekonomi yang sedia ada sama ada dikalangan masyarakat antarabangsa @pun di dalam sesebuah unit politi sendiri. Fenomena globalisasi ini telah menguntungkan negara-negara yang dapat menguasai teknologi baru & memberi kesan sebaliknu kepada negara-negara kecil & sedang membangun yang agak ketinggalan dari segi perkembangan teknologi. Perubahan-perubahan yang berlaku kepada struktur pengurusan sosio-ekonomi & politik global telah melahirkan satu alaf baru pada dekad 1990an yang dikenali sebagai era globalisasi.

Ringkasnya globalisasi boleh didefinisikan sebagai:


proses mempereratkan hubungan sosial di peringkat global di mana ia dapat mencantum tempat-tempat yang mempunyai lokasi yang jauh antara satu dengan yang lain dengan kesannya sehingga segala kejadian & perkembangan tempat-tempat itu masing-masing adalah dipengaruhi oleh kejadian & perkembangan yang berlaku lokasinya yang amat jauh darinya; ataupun sebaliknya (A. Giddens, The Consequences of Modernity: Polity Press, Cambridge 1990:p.64)

Sebahagian sarjana menyatakan globalisasi terdapat beberapa takrif untuk menerangkannya dari beberapa aspek kepentingannya kepada masyarakat dunia. David Held et al. (Global Transformations: Politics, Economics & Culture (1999) telah mengklasifikasikan takrif-takrif tersebut kepada tiga pandangan/sekolah yang penting iaitu: 1. Tesis Skeptikal/ Sceptical Thesis 2. Tesis Transformasionalis/ Transformationalist thesis 3. Tesis Hiperglobalis/ Hyperglobalist thesis

1. Tesis Skeptikal; tesis ini memfokuskan kepada perkembangan ekonomi global terutamanya berkaitan dengan integrasi pasaran-pasaran rasional di peringkat global. Golongan ini berpendapat bahawa globalisai merupakan satu proses integrasi ekonomi-ekonomi nasional yang meliputi seluruh masyarakat sedunia @pun worldwide sebenarnya tidak dapat mengintegrasikan pasaran-pasaran tersebut secara berkesan. Akan tetapi sebaliknya yang berlaku di mana proses integrasi itu telah mengasingkan ekonomi sedunia semakin mendalam lagi daripada sistem ekonomi kolonial. 2. Tesis Hiperglobalis; golongan ini mempunyai pendapat yang bertentangan apa yang di takrifkan oleh tesis skeptikal. Tesis ini kebanyakkan dipegang oleh mereka yang berminat dengan perkembangan politik & konsep kuasa kesan daripada proses globalisasi. Mereka berpendapat bahawa globalisasi yang melahirkan urusniaga transnasional dalam aspek produk, peeniagaan & kewangan telah melemahkan kuasa sesebuah negara bangsa sampai ke peringkat yang irrelevan. Dengan itu globalisasi merupakan satu proses melemahkan struktur politik negara bangsa disebabkan oleh kuasa terpentingnya iaitu kuasa ekonomi-politik telah dirampas oleh badan-badan transnasional. Badan-badan tersebut seperti the world bank, the international monetary fund (IMF), the world trade organisation (WTO) serta beberapa perjanjian

Badan-badan tersebut seperti the world bank, the international monetary fund (IMF), the world trade organisation (WTO) serta beberapa peraturan antarabangsa seperti the General Agreement on Tariffs & Trade (GATT) & the European Round Table of Industrialist (ERT). Semua badan transnasional ini dikusai oleh negara-negara maju dari Eropah @ Amerika Syarikat @pun kedua-duanya. Dengan perkembangan globalisasi ini peranan kerajaan sesebuah negara bangsa telah mengalami perubahan dari peranan sebagai kuasa berperanan kepada peranan sebagai orang tengah untuk menyampaikan keperluan-keperluan serta peraturan-peraturan pasaran global yang ditentukan oleh aktor-aktor ekonomi dunia (spt badanbanda tsbt) kepada pasaran domestik sahaja.

3. Tesis Transformasionalis; golongan ini melihat proses globalisasi sebagai fenomena yang berjaya membawa perubahan-perubahan kualitatif ke manamana tempat yang berlakunya transaksi tanpa mengira sempadan geopolitik, fenomena sosial ini berlaku kerana kepadatan masa-ruang (timespace compression) yang dapat menghapuskan dengan kuasa total geojarak melalui masa.
Proses pemampatan ruang-masa dalam era globalisasi ini adalah disebabkan oleh teknologi komunikasi & maklumat (TKM) yang muncul sejak dekad 1980an. Antara kecanggihan era TKM ialah laman sesawang internet (www), e-urusniaga, e-commerce & e-kerajaan.

alat-alat TKM ini telah mengatasi fizikal @ masa yang diperlukan untuk ke satu lokasi ke satu lokasi lain yang jauh jarkanya antara satu sama lain (dunia dihujung jari). Perkembangan transfomsionalis ini juga telah melahirkan sistem baru ekonomi dunia, sosio-budaya (iaitu tanpa sempadan) & sistem politik yang memberi kuasa kepada pihak lain yang dapat menguasai teknologi tersebut. Akan tetapi proses transformasionalis ekonomi dunia ini walaupun bersifat global namun ia tidak dapat memberi faedah pengagihan & kekayaan perkembangan ekonomi tersebut dikecapi oleh semua masyarakat dunia. Malah semakin jelas bahawa negara-negara kurang membangun semakin menjadi mangsa kepada perkembangan tersebut kerana peranan pasif oleh negara-negara kurang membangun. Di mana mereka hanya merupakan pemakai & pembeli teknologi & produk serta pasaran domestik mereka semkin hari semakin dikuasai oleh golongan kapitalis trasnasional.

Ringkasnya, globalisasi merupakan satu era baru perkembangan sosioekonomi, sosio-politik & budaya tanpa sempadan (borderless) yang muncul dekad 1980an. Faktor-faktor yang mempercepatkan perkembangan proses globalisasi diperingkat dunia ialah berlakunya perkembangan sains & teknologi maklumat sperti komputer, telekomunikasi satelit, internet & alat-alat elektornik yang membuat proses penapisan maklumat. Globalisasi berjaya membuka masyarakat di senatero dunia kepada pasaran dunia, modal transnasional & ekonomi sedunia dimana badan-badan & syarikatsyarikat transnasional dapat menguasai pasaran serta sumber-sumber tempatan dengan lebih berkesan. Selain itu, globalisasi telah membawa pelbagai masalah sosio-budaya kepada dunia ketiga & Asia disebabkan oleh perbezaan besar antara nilai-nilai sosiobudaya serta corak hidup yang berlainan antara dunia Barat (pengeluar & penjual produk-produk & nilai-sosio-budaya mereka) dan dunia Asia & Afrika (yakni pembeli produk-produk tersebut & tanpa disedar penerima kepada nilaisosio-budaya asing).

Pertembungan dunia Barat & dunia Asia serta Afrika telah menghasilkan satu teori sosial baru yang dikemukan oleh seorang profesor, Samuel P. Huntington di MIT, AS. Teori sosial beliau telah disambut baik oleh sebahagia masyarakat Barat perkembangan sosio-budaya pasca tematnya Perang Dingin pada akhir 1980an akan membawa kepada konflik antara tamadun; tamadun Barat iaitu tamadun Kristian/ Yahudi menentang tamadun Islam/ Konfusius/ Budha pada mellenium baru. Punca kehebatan teori Konflik antara tamadun boleh dijelaskan sebagai reaksi dunia Barat terhadap sosio-budaya semasa di mana terdapat peningkatan & perkembangan di kalangan golongan fundamentalis Muslim terhadap kuasa & pengaruh Amerika Syarikat pasca Perang Dingin.

Buku yang ditulis oleh Hungtington The Clash of Civilisation & the Remarking of World orde (London; 1997) merupakan karya akademik yang berpengaruh tinggi atas pemikiran para pemimpin Amerika pada dekad 1990an.

GLOBALISASI & REAKSI MALAYSIA

Malaysia, antara negara yang terheret sama dalam proses globalisasi transformasionalis telah menerima impaknya semasa berlaku kemelesetan ekonomi sedunia pada 1985-6. Kejatuhan harga produk eksport negara betulbetul menjejaskan prestasi negara di mana buat pertama kali sejak merdeka, Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi pada kadar defisit (-1%) Dengan demikian itu, kerajaan terpaksa menyemak semula dasar-dasar sosioekonomi negara yang dilaksanakan sejak 1970 secepat mungkin bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara menjadi lebih teruk. Pentadbiran di bawah pimpinan Dr. Mahathir iaitu Perdana Menteri pada masa ini telah memperkenalkan dasar-dasar penting yang bertujuan untuk mengatasi kesan-kesan negatif globalisasi & memperkukuhkan daya sosio-ekonomi Malaysia. Antara dasar-dasar yang diperkenalkan adalah seperti berikut:
1) Dasar Pembangunan Nasional 2) Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP 2) 3) Wawasan 2020 4) Dasar Sains & Teknologi 5) Dasar Pensyarikatan Malaysia 6) Dasar Islamisasi Pentadbiran Malaysia 7) Dasar Kawalan Matawang 8) Akta Pendidikan 1996

Seterusnya setelah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan perdana menteri (November 2003), beliau masih meneruskan dasar-dasar tersebut & telah memperlengkapkan lagi dasar-dasar yang telah sedia ada dengan memberi tekanan kepada sosio-ekonomi & budaya yang berlainan melalui memperkenalkan beberapa dasar baru seperti; 1) Dasar Islam Hadhari

2) Dasar Pertanian Negara (fokus kepada perkembangan biotek & taraf sara diri dalam bidang makanan asas)
3) Dasar Sosial Negara

Justeru itu dapat dinyatakan bahawa rangcangan pembangunan Malaysia sejak 1987 merupakan reaksi Malaysia terhadap proses globalisasi. Dasar-dasar yang diperkenalkan adalah bertujuan utama untuk membangunkan negara menjadi maju secara menyeluruh iaitu dari segi rohani (iaitu nilai-nilai murni sosio-budaya Malaysia) & fizikal (iaitu perkembangan dalam bidang sains, teknologi, perindustrian, perdagangan & kewangan) agar ekonomi & politik Malaysia kukuh untuk bersaing di peringkat global. Rakyat Malaysia pula dapat mempertahankan jati diri kebangsaan berdepan dengan cabaran-cabaran sosio-budaya global yang hebat agar Malaysia terus kekal berdaulat & merdeka

DASAR-DASAR MEMBANGUNKAN EKONOMI NEGARA-RRJP2 & DPN


Kegawatan ekonomi dunia pada 1985-6 & dasar liberalisasi ekonomi negara adalah sebab utama kegagalan DEB. Bagi mengatasi masalah ini maka setelah tamat tempoh DEB (1991), kerajaan telah merasmikan dasar ekonomi baru yang lebih peka kepada pengaruh & peranan sosio-ekonomi globalisasi untuk membangunkan negara secara berkesan iaitu Dasar Pembangunan Negara 1.RRJP 2 & Dasar Pembangunan Negara (DPN) RRJP 2 & DPN bertujuan membangunkan Malaysia secara cekap & berkesan supaya dapat mewujudkan Malaysia yang bersatu, maju & saksama. DPN dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir pada 17 Jun 1991. manakala RRJP 2, 1991-2000 pula terdiri daripada Rancangan Malaysia ke 6 & ke 7, ia digubal berasaskan DPN & merupakan lambang baru kepada sosioekonomi Malaysia. Perbezaan ketara antara DEB dengan RRJP 2 & DPN dapat dilihat dari tiga aspek penting perlaksanaan ekonomi negara iaitu; a) Tumpuan @pun sasaran; DPN mementingkan pertumbuhan ekonomi negara dengan harapan kekayaan negara secara tersendiri dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat

Perbezaan ketara antara DEB dengan RRJP 2 & DPN dapat dilihat dari tiga aspek penting perlaksanaan ekonomi negara iaitu; b) Bidang perniagaan & perindustrian; DPN bukan lagi menjadikan sektor pertanian sebagai daya penggerak ekonomi negara. Ekonomi Malaysia lebih bergantung kepada produktiviti industri & sektor korporat serta rancangan perkembangan sains & teknologi yang terkini & sesuai dengan suasana ekonomi global c) Sektor swasta; menggantikan peranan kerajaan sebagai penggerak & pemaju ekonomi negara berdepan dengan cabaran-cabaran globalisasi. RRJP 2 & DPN adalah jentera utama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian & maju menjelang tahun 2020 RRJP 2 menentukan rancangan-rancangan tahap awal program membina Malaysia sebagai sebuah negara maju & perindustrian supaya dapat menentukan Wawasan 2020 negara akan menjadi kenyataan. Pokoknya DPN adalah daya penggerak ekonomi RRJP 2, tujuan utama DPN ialah pertumbuhan ekonomi negara yang pesat & melalui pertumbuhan itu, pengagihan kekayaan negara secara otomatik akan mencapai kadar yang telah ditentukan DEB sejak 1970. Tujuan terakhir DPN; perpaduan negara di mana rakyat bersatu padu dalam masyarakat yang maju dalam segala aspek-keadilan sosial, nilai-nilai murni tersendiri, kestabilan sosio-politik & kejayaan ekonomi

Perlaksanaan DPN dapat dilihat melalui beberapa rancangan & dasar pentingnya seperti: Wawasan 2020 Dasar Pensyariktan Malaysia Dasar Pengkopratan & Penswastaan

Dasar Perindustrian Negara

Wawasan 2020
Wawasan 2020 disebutkan pertama kali dalam sebuah ucapan Perdana Menteri Dr. Mahathir yang bertajuk Malaysia Melangkah ke Hadapan pada Februari 1991. Peringkat awal, Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas [ iaitu rangka kerja tindakan @ framework of action] kepada perkembangan ekonomi, sosial & politik yang berlaku di peringkat nasional & antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan 2020 melihat Malaysia sebagai sebuah negara merdeka yang benarbenar maju bukan sahaja dari segi kebendaan [fizikal] tetapi juga dari segi kerohanian; yang rakyat berbilang bangsanya berjati diri kebangsaan sama & hidup bersama secara aman damai, berharmoni & bertoleransi antara satu sama lain; ekonomi negara berdaya saing, dinamik & tahan lasak; akhirnya sistem politik & pentadbiran yang cekap, bersih & amanah

Tujuan Wawasan 2020 ialah menjelang tahun 2020 Malaysia patut mencapai tahap seperti berikut:
1. Sebuah negara bangsa; rakyatnya tidak lagi mengidentifikasi melalui kaum tetapi jati diri kebangsaan yang sama iaitu Bangsa Malaysia (dikesan melalui Ideologi negara & Falsafah Pendidikan Negara)

2. Sebuah negara perindustrian & maju yang sempurna; berjaya mengubah masyarakat pertanian kepada masyarkat perindustrian yang majui & sempurna melalui perkembangan sains & teknologi (melalui Dasar Sains & Teknologi Negara, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan 1996 & Dasar Kebudayan Kebangsaan) 3. Sebuah negara yang mempunyai keadilan ekonomi & sosial; dapat menghapuskan kekecewaan rakyat masyarakat majoriti mahupun golongan miskin seluruh negara; berdaya membasmi kemiskinan & menentukan keseimbangan ekonomi di antara kaum (melaui objektif DPN & perlaksanaan RM6) 4. Sebuah negara yang bermoral & etika; negara maju ala Malaysia, kemajuan fizikal & moral yang dapat menentukan kesejahteraan & keharmonian negara (melalui penerapan nilai-nilai Islam & akhlak tinggi, Dasar Wanita Negara & Islam Hadhari)

4. Sebuah negara yang bermoral & etika; negara maju ala Malaysia, kemajuan fizikal & moral yang dapat menentukan kesejahteraan & keharmonian negara (melalui penerapan nilai-nilai Islam & akhlak tinggi, Dasar Wanita Negara & Islam Hadhari)
5. Sebuah negara yang berniali kemasyarakatn berasaskan nilai kekeluargaan; Malaysia mengenegahkan perkembangan unit keluarga sebagai tiang utama kekuatan & kesihatan masyarakat, sebaliknya masyarakat yang kukuh & sihat merupakan faktor terpenting untuk pembinaan bangsa yang berdaya sosio-politik & ekonomi yang disegani dunia (melalui Dasar Wanita Negara, Dasar Belia Negara & Dasar Sosial Negara)

DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA


Dasar ini wujud kerana keinginan mengatasi cabaran ekonomi global & ditambah dengan kesedaran pihak berkuasa terhadap pentingnya konsep kerjasama antara sektor awam & sektor swasta agar rancangan ekonomi negara & projekprojek perindustrian & perniagaan dapat dilaksanakan dengan cekap, cepat & berkesan. Negara telah mengambil contoh yang wujud di Jepun, Korea Selatan & Taiwan untuk membantu & memandu cita-cita negara menjadi salah sebuah negara maju yang baru.
Dasar Pensyarikatan Malaysia bererti ekonomi & pentadbiran Malaysia akan diuruskan seperti mana amalan sesebuah syarikat swasta di mana semua bahagiannya terus bekerjasama untuk menentukan kejayaan syarikat.

Dalam konteks ini sektor swasta memainkan peranan utama sebagai penggerak ekonomi negara dengan menggantikan pihak kerajaan yang masih dibelenggu dengan karenah birkrasi (red tape). Manakala pihak kerajaan & agensi-agensinya akan mengambil peranan sebagai pembantu kepada sektor swasta dalam usaha memperkembangkan ekonomi negara.
Sektor kerajaan @ swasta akan tolong menolong menyediakan kemudahankemudahan prasarana untuk membolehkan sektor swasta bergerak dengan cepat & berkesan. Malah kerajaan juga menjadi jurucakap, pegawai perhubungan awam, pegawai pemasaran produk-produk @ penjamin/penaja kepada projekprojek tertentu.

Objektif Dasar Pensyarikatan Malaysia ialah;


1) Mewujudkan kerjasama erat & berkesan antara sektor awam & sektor swasta demi pembangunan negara mencapai faedah bersama 2) Menamatkan pendekatan permusuhan di antara kedua-dua sektor yang wujud dahulu dengan menggalakkan perkongsian maklumat & saling memahami untuk kejayaan bersama 3) Meningkatkan hasil negara melalui kejayaan dasar-dasar yang berkait dengan prinsip Dasar Pensyarikatan Malaysia

DASAR PENGKORPORATAN & PENSWASTAAN MALAYSIA


Dasar Penswastaan (pengkorporatan merupakan peringkat perama yang diperlukan sebelum agensi-agensi milik kerajaan dapat diswastakan) dapat dilihat sebagai proses pindahan kepada sektor swasta agensi-agensi kerajaan yang berperanan industri @ perniagaan @ berkaitan dengan kedua-dua bidang tersebtut. Contoh-contoh agensi yang terkenal ialah Lembaga Letrik Negara (LLN) sekarang Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Telekom (sekarang TM) & Jabatan Pos (Syarikat Pos Malaysia). Umumnya, proses pemindahan tersebut tiga komponen besar yang terlibat ialah tanggunjawab pengurusan; aset @ hak untuk menggunakan aset; & kakitangan. Objektif-objektif komprehensif Dasar Penswastaan merupakan seperti berikut; 1) Mengurangkan beban kewangan & pentadbiran kerajaan; dasar ini dapat membebaskan kerajaan dari perbelanjaan sektor ekonomi yang telah diserahkan kepada sektor swasta & menumpukan perhatian kepada bidang pentadbiran yang lain 2) Pengurangan saiz & penglibatan sektor awam dalam ekonomi; pengurangan peranan kerajaan secara beransur-ansur; saiz sektor perkhidmatan awam akan diperkecilkan & sumber-sumber kewangan dapat disalurkan kepada keperluan bidang-bidang lain

Objektif-objektif komprehensif Dasar Penswastaan merupakan seperti berikut;

3) Membantu mencapai cita-cita ekonomi negara; memperluaskan peranan & pertumbuhan sektor swasta khasnya sektor korporat & kewangan, Dasar Penswastaan akan menolong proses meningkatkan kadar pencapaian objektif negara khususnya memenuhi objektif DEB
4) Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi; hakikat sektor swasta diberikan peluang meningkatkan peranan ekonominya, Dasar Penswastaan dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara. Penswastaan dijalankan dalam pelbagai cara iaitu: 1) penjualan; kaedah ini melibatkan pindahan ketiga-tiga komponen organisasi yang terlibat: tanggunjawab pengurusan, aset & kakitangan. Penjualan ekuiti itu dapat dibuat secara keseluruhan @ sebahagian ekuiti yang berkenaan 2) Pajakan: kaedah pajakan melibatkan hanya hak untuk menggunakan aset untuk tempoh tertentu denga bayaran pajakan 3) Kontrak Pengurusan: kaedah ini bererti penglibatan tenaga kepakaran pengurusan dari luar untuk mentadbir & menguruskan organisasi terlibat dengan bayaran yuran tenaga mahir tersebut [Hanya tanggungjawab pengurusan sahaja yang diswastakan]

Penswastaan dijalankan dalam pelbagai cara iaitu:

4) Bina-Kendali-Pindah (BKP) & Bina-Kendali (BK): mereka merupakan kaedah untuk menswastakan projek-projek baru yang biasanya adalah tanggunjawab sektor awam seperti projek prasarana awam yang termasuklah pembinaan jalan raya & bekalan air
Dasar ini memang berjaya mengurangkan beban pentadbiran kerajaan, khasnya dari segi kakitangan & tanggungan kewangan

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA


Dasar ini bukanlah suatu dasar yang baru bagi negara kerana ia telah dilaksanakan oleh kerajaan pada dekad 50an & 60an yang berlandaskan kepada getah & bijih timah. Seterusnya dekad 1970an kerajaan terus menitik beratkan pertumbuhan industri yang lebih luas berasaskan eksport & industri-industri berciri-berciri ramai buruh kasar untuk menampung keperluan pekerjaan melalui DEB & RRJP 1 (1970-1990 Pada tahuun 1983, kerajaan mengumumkan dua kajian dapat membentukkan dasar perindustrian negara iaitu; 1) Kajian dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) 2) Pelan Induk Perindustrian (PIP) 1 & 2 (1985-2005) Ringkasnya KDPM bertujuan untuk menyemak & mengubahsuaikan dasar-dasar perindustrian & mengkaji semuila galakan-galakan pelaburan & eksport. Manakala PIP bertujuan menggubal objektif pembangunan perindustrian dalam mengenalpasti strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi mengikut keperluan ekonomi negara untuk tumbuh dengan pesat

Tujuan utama Dasar Perindustrian Negara ialah menjadikan sektor pembuatan/ industri sebagai punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Melalui PIP, objektif & perlaksanaan Dasar itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pada 3 Februari 1986, Menteri Perdagangan & Perindustiran mengumumkan tiga matlamat PIP iaitu; 1) Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst (pemangkin @ penggerak utama ) pertumbuhan perindustrian negara 2) Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara dalam proses perkilangan tersebut 3) Meningkatkan tahap penyelidiak & pembangunan (R &) teknologi tempatan sebagai asas proses menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian

Bagi mencapai matlamat-matlamat tersebut, Malaysia perlu mengambil langkahlangkah berikut; 1) Melaksanakan dasar perindustiran yang berdepan dengan keluar iaitu pengeksportan keluaran-keluaran perkilangan secara besar-besaran 2) Memajukan secara intensif industri-industri berasaskan sumber tempatan

Bagi mencapai matlamat-matlamat tersebut, Malaysia perlu mengambil langkahlangkah berikut; 3) Memajukan industri-industri berat yang telah diidentifkasikan sebagai projek membantu industri-industri eksport Malaysia. Contohnya 1980 Heavy Industry Corporation of Malaysia (HICOM) ditubuhkan untuk bertanggunjawab perkembangan industri berat negara. Hasilnya industri pembuatan kenderaan oleh Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) 4) Memoden & menyusun semula struktur perindustrian dengan memberi keutamaan kepada industri-industri kecil & sederhana sebagai penggerak asas proses perindustrian negara

5) Membangunkan teknologi & sumber manusia


6) Memajukan sistem komunikasi & maklumat yang bersepadu 7) Menggalakkan kemasukan teknologi terkini & modal pelaburan asing 8) Mengurangkan perbelanjaan sektor infrastruktur denga menggalakkan pertumbuhan industri-industri di kawasan yang telah sedia ada kemudahan infrastruktur yang diperlukan

Secara keseluruhannya, pembangunan negara di bawah RRJP2 dan DPN yang dilaksanakan melalui beberapa dasar penting laitu Wawasan 2020, Dasar PensyarikatanMalaysia, Dasar Penswastaan dan Dasar Penindustrian Negara Telah mencapai tahap yang cemerlang sehingga Julai tahun 1997 apabila berlaku kegawatan kewangan. Tempoh antara tahun 1987 dan 1997 melihat perkembangan ekonorni Malaysia secara besar-besaran dengan kadar pertumbuhan lebih daripada 8% setahun. Sesungguhnya DPN membawa kesan-kesan ekonomi positif yang membanggakan:
1) ia berjaya menyusun sernula struktur ekonomi negara seperti dirancangkan. Sejak 1990, jelas bahawa sektor penindustrian telah menjadi sektor ekonomi utama dengan sumbangan pengeluarannya sebanyak kepada 33% KDNK. 2) 80% keluaran-keluaran perkilangan-komponen-komponen elektronik, alatalat elektrik dan tekstil merupakan keluaran terpenting adalah untuk eksport 3) Peningkatan tahap sosio-ekonomi rakyat secara keseluruhannya: peningkatan ini dapat dilihat dari kejayaan kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan negara walaupun kemiskinan masih berterusan dan memerlukan tindakan lanjutnya oleh pihak berkuasa.

4) DPN berjaya membangunkan usahawan bumiputera yang mempunyai daya saing dan kemahiran kerjaya di peringkat negara dan antarabangsa. Melalui Majlis Perdagangan dan Penindustrian Bumiputera (MPPB), para usahawan bumiputera dapat meningkatkan prestasi penglibatan mereka dalarn pembangunan sektor perindustrian dan negara.

5) Menggalakan dengan berkesan penglibatan sektor swasta dalam menyusun semula struktur ekonomi negara. Contoh-contoh usahawan yang muncul kesan DPN ialah Tan Sri Syed Mokhtar, Tan Sri Yeoh Tong Ley dan Ananda Krisnan. 6) Pembangunan sumber manusia dalam sains dan teknologi sebagai matlamat utama pertumbuhan dan pengagihan ekonomi negara.

Walaupun begitu, jelas juga bahawa DPN mempunyai kelemahan tersendiri. Yang amat ketara ialah:
1) DPN secara kurang sedar merupakan punca ekonomi negara yang menitiberatkan kepada sektor perindustrian dan sektor korporat, bergantung kepada modal asing dalam usaha membangunkan ekonomi Malaysia terutamanya FDI dan, dengan itu, membuka ekonomi negara kepada pasaran kewangan asing. Kelemahan ini terus terasa secara penuh apabila berlakunya kegawatan kewangan bulan Julai 1997. 2) Walaupun adalah tujuan DPN untuk usaha ke arah pengagihan kekayaan negara secara saksama, ternyata bahawa 20.6% ekuiti yang dipegang oleh masyarakat bumiputera pada tahun 1990 nampaknya tidak dapat dipertingkatkan sepanjang tempoh DPN. Sebab pokoknya ialah sasaran ekonomi DPN yang memberi keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi untuk membangunkan negara semata-mata dan kurang memberi perhatian kepada proses pengagihan pertumbuhan ekonomi yang teratur supaya kekayaan itu dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat secara saksama dan seimbang. Pada tahun 2000, jelas yang matlamat ekuiti 30% milikan bumiputera sukar dicapai akibat konsep "pembangunan" DPN.

3) Masalah-masalah sosial yang meningkat akibat perubahan cara hidup rakyat kebanyakan khasnya di bandar dan pengaruh-pengaruh negatif budaya asing khasnya di kalangan remaja, yang membawa beberapa gejala sosial yang sekiranya dibiar berleluasa, akan menjejaskan masa depan negara sebagai sebuah negara yang berdaulat dan berdaya tahan. Gejala-gejala sosio-budaya tersebut termasuklah lepak; dadah; keruntuhan moral dan etika; gansterisme; tekanan jiwa serta beberapa penyakit baru seperti AIDS, Sexually Transmitted Diseasel STD; kadar penceraian yang meningkat; perubahan corak hidup dan kehilangan cara hidup "extended family"; dan peningkatan bermacam-macam jenayah terutama di kawasan bandar. 4) Pencemaran alam sekitar akibat pembangunan alam sekitar yang tidak dapat kawal atau ketidak bertanggungjawab golongan tertentu dalarn menjalankan aktiviti perkilangan mereka.

KEGAWATAN KEWANGAN 1997 & TINDAK BALAS MALAYSIA (1990an KINI)

1. Kegawatan Kewangan
Negara-negara Asia Tenggara telah mengalami suatu krisis matawang yan dahsyat sejak Julai 1997. Kegawatan kewangan berlaku kesan-kesan kejayan matawang antarabangsa antaranya George Soros mengeksploitasikan kelemahan-kelemahan bursa saham dan matawang di rantau Asia Tenggara. Mereka telah berjaya menurunkan nilai beberapa matawang dan pasaran negara-negara ASEAN harimau-harimau ekonomi dan Asia Timur seperti Taiwan dan Korea Selatan.

Serangan ini telah menyebabkan kegawatan yang teruk berlaku di semua negara berkaitan. Malaysia juga tidak terkecuali dari serangan ke atas matawang dan pasaran saham BSKLnya sehingga menyumbangkan kegawatan ekonomi. Ringgit telah mengalami kejatuhan 30 % kadar biasa dollar Amerika. Manakala pasaran saham juga mengalarm kejatuhan 40 % pada masa yang sama.

2. Tindak Balas Malaysia


Berlainan dengan pendekatan negara-negara asing yang berharap kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Malaysia telah menghadapi kegawatan ekoriomi ini melalui pendekatannya sendiri. Malaysia telah mengambil keputusan untuk tidak meminjam dari IMF, yang mana perbuatan tersebut akan meletakkan negara di bawah telunjuk agensi berkenaan. Adalah dikhuatiri bahawa IMF tidak akan sensitif kepada pembangunan Malaysia. Syarat-syarat yang ditentukan oleh IMF akan merombak kembali semua dasar membangunkan ekonomi Malaysia termasuklah Dasar Ekonomi Baru (dianggap salah oleh IMF- sebagai suatu penindasan) dan DPN yang masih perlu banyak dicapai. Kerajaan Malaysia melihat bantuan IMF, sekiranya ia dipanggil untuk membantu segala tanggungan bank dan pinjaman sektor swasta di seberang laut, menjadi behan kepada rakyat biasa akibat peraturan-peraturan yang kurang bersimpati dengan negara peminjam. IMF pada analisis akhirnya membantu negara industri bank serta agensi-agensi pemberi pinjam mereka. Antara langkah utama kerajaan untuk menangani masalah kegawatan ialah: pembentukan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)/ National Economic Council pada tahun 1998, untuk mencari jalan yang terbaik buat Malaysia mengatasi krisis kegawatan & kesan-kesan negatifnya.

Antara cadangan MTEN yang telah diterima oleh kerajaan; (i) Dasar kawalan modal terpilih yakni matawang Ringgit dan (ii) Proses membina sistem kewangan dan perbankan yang kukuh dan dapat dipercayal. Didapati bahawa penyumbang kepada kejatuhan drastik index BSKL dari 1200 mata ke bawah 300 mata adalah eksploitasi urusniaga over the counter bursa CLOB di Singapura. Dengan ini kerajaan telah bertindak menutup, urusniaga bursa CLOB pada 1 Ogos 1998. Tnidakan ini berjaya mengawal modal spekulasi daripada menyerang BSKL. Kawalan Modal Terpilih/Matawang dipilih untuk memulihkan ekonomi negara yang menjadikan Ringgit tidak mempunyai nilai di luar Malaysia bagi tujuan menghalang pengaliran modal dibawa keluar. Serentak dengan ini pada 2 September 1998 Bank Negara telah mengumumkan bahawa nilai Ringgit ditambatkan kepada matawang dollar Amerika @ Greenback pada kadar RM 3.80 bagi $1 US. Dengan langkah-langkah ini, nilai Ringgit dapat diselamatkan dengan menghalang spekulator matawang daripada memperdagangkan ringgit. Secara langsung pelabur2 luar adalah lebih terjamin untuk melabur di negara ini dengan nilai matawang Ringgit tetap di kadar yang berpatutan dan tidak berubah mengikut naik turun harganya di pasaran matawang.

Penstrukturan semula sistem kewangan dan perbankan Malaysia bertujuan bagi mengukuhkan kedudukan institusi kewangan negara dalam menghadapi persaingan dengan bank-bank luar negara. Kerajaan telah menguatkuasakan dasar penggabungan institusi kewangan yang beroperasi kepada sepuluh bank anchor. Langkah ini juga adalah bertujuan menyediakan bank-bank tempatan mengukuhkan diri dan bersiap sedia bagi menghadapi persaingan besar yang akan dihadapi akibat perluasan urusniaga sedunia dan WTO untuk perlaksanaan pasaran terbuka. Berlainan dengan kaedah yang biasa dilakukan oleh negara luar, kerajaan telah memilih sebagai strategi membangunkan semula ekonomi negara, turunkan kadar faedah pinjaman bank kepada yang terendah. Kebijaksanan dan keberkesanan dasar-dasar yang dilaksanakan untuk menangani kegawatan kewangan dapat dikesan dengan jelas pada akhir tahun 1999. Pada akhir tersebut, Malaysia melangkah gagah keluar dari lingkungan kegawatan ekonomi. Dunia memuji kejayaan kawalan matawang yang diperkenalkan. Secara keseluruhannya, prestasi ekonomi Malaysia masih boleh dibanggakan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar mencatat pertumbuhan purata 4.7% setahun, melepasi sasaran yang dikaji semula sebanyak 30%. Langkah pemulihan ekonomi yang diperkenalkan tahun 1998, telah meningkatkan penggunaan di samping membendung tekanan inflasi.

Kadar pengangguran terus kekal pada paras yang rendah kira-kira 3% manakala Indeks Harga Pengguna (CPI) turun kepada 1.6% pada tahun 2000. Walaupun pakar2 kewangan dunia meramalkan bahawa Malaysia akan jatuh tersungkur kerana kawalan matawang yang dilaksanakan olehnya, tetapi ternyata kritikan mereka kurang Malaysia mampu menyelesaikan masalah kegawatan Malaysia dan Semua angka tunjuk/ economic statistics, menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia bukan sahaja telah pulih, tetapi lebih baik dari negara-negara lain yang diserang bersama. Setelah KDNK menguncup sebanyak 7.4% pada tahun 1998, pertumbuhan sebanyak 5.8% dicapai pada tahun 1999 dan 8.5% pada tahun 2000. Rezab asing negara juga telah meningkat daripada US$20 bilion pada tahun 1997 kepada US$31 billon tahun 2000.

Rangka Rancangan Jangka Panjang 3, 2001 - 2010 (RRJP3)


RRJP3 mengandungi Dasar Wawasan Negara yang menyediakan halatuju dan agenda pembangunan negara bagi tempoh 2001 - 2010. Dasar ini akan menyumbang secara berterusan kepada pengukuhan perpaduan antara kaum. Rakyat perlu bersatu padu dengan semangat dan iltizam baru bagi melaksanakan tanggungajawab yang murni untuk membina sebuah negara yang progresif dan berdaya tahan. RRJP3 ini dilaksanakan dibawah RMK-8 (2001-2005) dan RM9 (2006-2010)

Tiga teras utama dalam RMK- 8 ialah:


1) Mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi berasakan input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran. 2) Mempercepatkan perubahan perkbidmatan sektor pertanian, pernbuatan & perkhidmatan 3) Memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi menerusi pengagihan pendapatan & kekayaan negara secara saksama.

Di bawah RRJP 3 ini usaha-usaha diteruskan untuk: 1) Pembasmian kemiskinan, kerajaan akan berusaha mencapai sasaran mensifarkan kadar kemiskinan 2) Pengagihan pendapatan yang lebih seimbang 3) Pemilikan & penguasaan sektor korporat 30% bagi bumiputera 4) Penyusunan semula gunatenaga bumiputera & bukan bumiputera dalam pelbagai sektor & pekerjaan awam & swasta 5) Pembangunan masyarakat perdagangan & perindustrian bumiputera 6) Pembangunan sumber manusia bagi memastikan negara berkemampuan menghadapi cabaran globalisasi & mengekalkan pertumbuhan ekonomi 7) Sektor pembuatan, pertanian & perkhidmatan akan terus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi 8) Mempercepatkan pembangunan sains & teknologi.

TUTORIAL 5
1. JELASKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA DASAR EKONOMI BARU DAN DASAR

PEMBANGUNAN NASIONAL.
2. MALAYSIA MEMPUNYAI KAEDAH TERSENDIRI BAGI MENGATASI KEGAWATAN EKONOMI PADA

1997. JELASKAN KAEDAH TERSEBUT.

Anda mungkin juga menyukai