Anda di halaman 1dari 20

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019

BAHASA MELAYU 1

HAJI ISHAK BIN MD SHAH


019-4789803

PENYUSUN MODUL MAHIR MENGARANG (MMM)


&
PENCERAMAH MAHIR KERTAS 1

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


1
SOALAN 1: Penggunaan media sosial telah menguasai kehidupan sebahagian besar remaja masa
ini walaupun mereka mengetahui terdapat banyak keburukan daripada kebaikan.

Sebagai seorang remaja, huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan
penggunaan media sosial akan memberi faedah kepada diri anda.

Pendahuluan: Rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsap, Telegram dan
banyak lagi telah menjadi santapan harian masyarakat mutakhir ini. Fenomena tersebut begitu ketara
dalam kalangan remaja kerana itulah sumber yang menjadi warna dan suasana dalam kehidupan
mereka. Oleh sebab itu, amatlah janggal untuk memisahkan remaja dengan peranti media sosial.
Walau bagaimanapun, perkara yang paling merunsingkan ialah kehadiran media sosial bukanlah
menawarkan bulan dan bintang serta perkara yang baik-baik sahaja, malahan jikalau tersalah ambil
dan tersalah acu nescaya banyaklah unsur negatif yang akan melanda remaja. Anasir-anasir seperti
keganasan, pornografi, penipuan dan fitnah bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Oleh sebab itu, sebagai remaja yang berwawasan, saya wajarlah menggunakan kebijaksanaan dan
kewarasan dalam menentukan arah aliran perisian dalam media sosial agar diri tidak terjebak ke
dalam gaung kebinasaan kerana hakikat habis wang boleh dicari habis akal celaka padahnya.

Isi 1: Saya hendaklah menetapkan niat dan menguatkan tekad ketika memulakan lembaran media
sosial.

- Tekad menentukan hala tuju kita – jika berniat untuk mencari perkara yang baik hasilnya baik
juga jika sebaliknya yang buruk akan ditemui – mengenal pasti kesan selepas itu, sama ada
kesan positif atau negatif – perlu berwaspada antara kehendak nafsu dengan kewarasan yang
bersumberkan akaliah.

Isi 2: Melayari media sosial dalam usaha mencari fakta, data dan maklumat penting yang boleh
membantu saya dalam bidang pelajaran mahupun memperoleh maklumat tentang perkembangan
semasa dunia.

- Media sosial sebagai rakan dan pemudah cara


- Media sosial sebagai bank maklumat
- Media sosial boleh membantu saya menjadi lebih matang

Isi 3: Saya perlulah menjadikan media sosial sebagai wahana untuk memperluas jalinan sosial dan
persahabatan yang bersifat positif.

- media sosial bukan untuk mewujudkan rangkaian permusuhan, rasis dan sadis
- bersahabat secara saling membantu dan saling menyokong
- memperluas jaringan kemanusiaan, persahabatan dan kasih sayang sesama insan sejagat

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


2
Isi 4: Saya hendaklah memanfaatkan media sosial sebagai maslahat mengangkat kebijaksanaan,
kreativiti dan potensi diri.

- Terdapat pelbagai artikel, perbincangan, perdebatan, fakta yang boleh merangsangkan daya
berfikir secara kritis
-
- Pelbagai maklumat kreatif dan inovatif yang boleh dimanfaatkan untuk mengangkat bakat
dan kreativiti
- Terdapat pelbagai panduan, manuskrip dan manual yang boleh dijadikan rujukan untuk
mengasahkan bakat dan potensi individu.

Penutup/Kesimpulan: Sesungguhnya, revolusi media sosial telah berjaya membawa visi dunia
baharu agar insan sejagat saling berkongsi maklumat dan potensi. Rangkaian media sosial telah
berjaya mengubah pemikiran glokal kepada global. Peluasan liberalisasi maklumat telah mengangkat
minda pengantarabangsaan dalam kalimat ‘maklumat di hujung jari’. Sehubungan dengan itu, saya
wajarlah keluar daripada kepompong katak di bawah tempurung supaya turut serta dalam ledakan
revolusi media sosial agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam khalayak global.
Walau bagaimanapun, hubaya-hubayalah agar saya tidak menjadi mangsa kepada penyalahgunaan
media sosial dalam naratif yang negatif kerana sekali jalan kena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan
mengena.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


3
2. Pada era teknologi tanpa sempadan ini, masyarakat semakin sibuk sehingga menyebabkan semangat
kejiranan semakin terhakis dalam kalangan mereka. Huraikan langkah-langkah untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Kita hidup sandar-menyandar, bak aur dengan tebing. Kita sentiasa berpegang dengan amalan murni dan
budaya lama ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman
sama dicecah. Kehidupan seperti inilah yang bakal menjanakan sebuah masyarakat yang prihatin,
dinamik, dan progresif. Walau bagaimanapun, akibat perubahan zaman yang dibelenggu dengan
hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan yang semakin kompleks, manusia mula mengabaikan tradisi
mulia itu. Kini kehidupan dirasakan terlalu rumit, merimaskan dan tiada roh kesejahteraan. Demi
kehidupan kita yang lebih bermakna, seyogialah kita kembalikan semula amalan lama dengan
menyuburkan budaya tegur-menegur dan memperkasakan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat.

Anggota masyarakat hendaklah berasa bertanggungjawab untuk menghidupkan semula tradisi


masyarakat silam – masyarakat silam terlalu kuat ikatan kejiranan dan kasih sayang – menyuburkan tradisi
kunjung-mengunjung - tradisi bergotong-royong, unjuk-mengunjuk, memberi dan menerima hendaklah
diperkasakan dalam masyarakat

Institusi keluarga hendaklah saling berusaha memupuk persefahaman dan saling hormat sesama jiran
tetangga – jiran ibarat saudara mara sendiri - sentiasa bersama dalam menghadapi sebarang masalah
besar atau kecil - tidak membezakan status dalam masyarakat – tiada perbezaan pangkat, miskin atau
kaya - amalan menegur kesalahan dengan nasihat secara ikhlas – amalkan tanggungjawab anakku
anakkau dan anakkau anakku

Kepimpinan masyarakat pelulah mengambil inisiatif untuk mengembalikan tradisi secara contoh dan
teladan - kalangan berpengaruh dalam masyarakat hendaklah menjadi role model - ibu bapa mengajarkan
anak-anak cara-cara menghormati orang yang lebih tua – golongan tua dan berpengalaman sentiasa
dijadikan pakar rujuk -pemimpin sentiasa mendekati rakyat – sentiasa berinteraksi secara sopan, jujur,
dan telus

Memperkasakan kehidupan berjiran dengan insiatif saling membantu dan menyokong dalam urusan
harian – boleh memperkukuh jalinan kejiranan - golongan berada sentiasa menjadi tempat merujuk
golongan miskin manakala yang miskin menghormati dan menyokong yang berada - mengadakan jamuan
dan kenduri-kendara – tidak mengukur nilai kebendaan tetapi ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra

Kalangan pemimpin dan tokoh masyarakat sentiasa berusaha menghidupaktifkan institusi masyarakat –
sebagai landasan untuk anggota masyarakat berinteraksi – mengaktifkan program surau, masjid, rukun
tetangga dan persatuan penduduk – mengambil bahagian secara aktif dalam program sukarela – menjadi
institusi untuk melahirkan pemimpin pelapis

Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis dalam kehidupan masyarakat bandar,
namun rohnya masih dirasai oleh sebahagian masyarakat di pedalaman. Oleh hal yang demikian, amalan
yang sudah lama menjadi darah daging masyarakat itu tidak wajar diabaikan semata-mata merasai
kehidupan kini sudah terlalu selesa. Ingatlah hidup kita sandar-menyandar, bak aur dengan tebing, ke
gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, biar sedikit tanda ingat dan banyak tanda ada.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


4
SOALAN 1: Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita perlulah menjaga
kesihatan agar berada dalam keadaan yang baik.

Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan diri agar sentiasa terjaga demi
kesejahteraan hidup.

Pendahuluan: Daripada lima amanat penting Nabi Muhammad SAW, salah satu yang boleh dipetik di
sini ialah, “Jagalah masa sihatmu sebelum datang kepadamu masa sakit”. Oleh sebab itu, amatlah
jelas sekali bahawa kesihatan merupakan aset paling penting yang membolehkan seseorang itu
merencanakan arah dan hala tuju kehidupan. Banyak urusan harian akan terbentur sekiranya
mengalami pelbagai komplikasi penyakit. Belakangan ini, pelbagai isu kesihatan sering menghiasi
dada-dada akhbar yang antaranya ancaman penyakit kronik seperti serangan jantung, kanser,
komplikasi buah pinggang dan radang paru-paru. Paling membimbangkan apabila individu itu
terkesan dengan salah satu penyakit kronik ini maka harapan untuk sembuh adalah amat tipis
sehingga memungkinkan peluang untuk hidup menjadi singkat. Sehubungan dengan itu, semua pihak
hendaklah sentiasa peka terhadap sebarang serangan penyakit dengan mengambil langkah proaktif
dan berjaga-jaga bak kata peribahasa ingat sementara belum kena jimat sementara belum habis.

Isi 1: Setiap individu hendaklah mengambil berat dan menyeimbangkan penjagaan kesihatan
lahiriah dan batiniah

- kesihatan yang hakiki adalah yang meliputi kestabilan rohani dan jasmani
- aspek rohani adalah yang berkaitan dengan ketenangan emosi dan kesyumulan rohani
- aspek jasmani adalah yang berkaitan dengan kebersihan, keselamatan dan bebas daripada
jangkitan

Isi 2: Jaminan kesihatan juga berkait rapat dengan perancangan pengambilan makanan dan diet
yang seimbang.

- keutamaan kepada memilih makanan yang berzat dan berkhasiat


- mendisiplinkan diri tentang rutin masa makan
- amalan makanan mengikut sunnah Nabi SAW, “Kami tidak makan kecuali kami lapar dan
kami berhenti makan sebelum kenyang”

Isi 3: Setiap individu hendaklah sentiasa cakna terhadap jadual harian yang meliputi urusan riadah
dan berehat yang teratur

- langkah ini penting agar menjadi rutin yang seimbang dan tidak mendatangkan masalah
kepada sistem biologi dan fisiologi.
- menyusun atur jadual seperti masa bekerja, masa beriadah dan masa berehat
- kegagalan merancang jadual harian yang teratur boleh mendatangkan komplikasi kepada
sistem penguraian, penghadaman, pernafasan dan kecergasan – mudah diserang pelbagai
penyakit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


5
Isi 4: Pengambilan ubat-ubatan dan makanan tambahan berpandukan dos dan nasihat pakar

- sebagai sokongan kepada sistem imunisasi dan mengekalkan kecergasan


- pengambilan ubat atas nasihat doktor dan suplemen berpandukan nasihat farmasis dan
pakar pemakanan
- tidak menimbulkan kesan tidak seimbang kepada badan seperti alahan, kegemukan dan
merosakkan organ dalaman

Isi 5: Menjalani rawatan awal untuk mengesan masalah penyakit dalam konteks mencegah lebih
utama daripada mengubati

- mengambil langkah berwaspada sebelum terkena sebarang komplikasi penyakit


- rawatan dan pencegahan penyakit lebih mudah dikawal pada peringkat awal
- menghalang perebakan ke tahap yang lebih kronik

Penutup/Kesimpulan: Tiga perkara utama yang menjadi harta sepanjang hayat ialah keluarga,
kesihatan dan jiran. Seandainya ketiga-tiga elemen ini dijaga dengan baik, nescaya kehidupan akan
terasa lunak, mengasyikkan dan bahagia. Walau bagaimanapun, sekiranya kesihatan menjadi anasir
penghalang nescaya semua perkara yang lain akan sia-sia dan hidup sudah tidak bermakna lagi. Oleh
sebab itu, hargailah kesihatan sebagai rahmat daripada Allah yang amat bernilai. Hal yang demikian
adalah amat penting untuk melahirkan sebuah negara yang berdaya saing sudah tentu memerlukan
modal insan yang sihat mental, fizikal dan emosi.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


6
SOALAN 2: Dewasa ini semangat sayang-menyayangi dalam kalangan masyarakat semakin terhakis
ditelan arus pemodenan negara. Huraikan peranan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk
membentuk masyarakat yang penyayang.

Pendahuluan: Rumah merupakan nukleus institusi masyarakat yang terbentuk sejak berabad-abad
lamanya. Alam berumah tangga pula menjadi paksi kepada permulaan terbentuk sebuah institusi
keluarga yang dapat hidup dalam suasana saling berkasih sayang. Anak-anak yang dilahirkan dalam
sebuah keluarga yang harmoni bakal membesar dalam pakej yang seimbang sama ada jasmani,
mental mahupun emosi. Keadaan yang sebaliknya juga berlaku sekiranya keadaan dalam rumah
tangga porak peranda, pincang dan bercerai-berai. Anak-anak akan menjadi mangsa keadaan dan
selanjutnya memberi impak yang negatif kepada masyarakat. Oleh itu, semua ahli keluarga seyogia
memainkan peranan yang amat besar demi mencorakkan sebuah rumah tangga yang dilingkungi
oleh rahmat dan kasih sayang.

Isi 1: Ibu bapa hendaklah menjadi insan yang bertakwa dan patuh pada hukum Allah – insan
seperti ini sentiasa berfikiran positif dan mengetepikan perihal yang negatif – sentiasa memupuk
kecenderungan untuk hidup yang diredai di dunia mahupun akhirat – anak-anak akan terdidik
menjadi insan yang sentiasa patuh, bersyukur dan bertanggungjawab, menghormati ibu bapa dan
jiran.

Isi 2: Ibu bapa wajib menjalankan tanggungjawab membesarkan anak-anak dalam lingkungan
kasih sayang– menyediakan keperluan asas yang cukup dan daripada sumber yang halal -
menghamparkan kasih sayang seluas saujana lautan kepada anak-anak - anak-anak yang diajari erti
berkasih sayang lebih cenderung untuk saling hormat dan saling menyokong– lahir sebuah keluarga
harmoni dan mawaddah dan menjadi teras masyarakat penyayang.

Isi 3: Semua ahli keluarga belajar dan membiasakan diri berkomunikasi secara lembut dan sopan –
komunikasi yang baik boleh melunakkan perasaan saling hormat antara yang tua dengan yang muda -
melahirkan persekitaran rumah tangga yang harmoni, sepakat dan sebagai asas membentuk
masyarakat harmoni dan bertoleransi

Isi 4: Melatih anak-anak menghormati ibu bapa dan golongan yang lebih tua – ibu bapa senang
dengan sikap anak-anak yang mudah ditunjuk ajar – ibu bapa berasa bahagia memiliki anak-anak
yang menjadi penyejuk jiwa - tidak wujud jurang komunikasi antara ibu bapa, anak-anak dan ahli
keluarga – anak-anak seperti inilah yang menyantuni jiran dan menjadi teras masyarakat penyayang.

Isi 5: Memanjangkan jalinan persaudaraan dengan kaum keluarga dan jiran tetangga – meluaskan
rangkaian kekeluargaan dan persaudaraan – anak-anak didedahkan lebih awal tentang cara hidup
bermasyarakat harmoni dan saling bekerjasama

Penutup/Kesimpulan: Sesungguhnya keluarga menjadi markas utama untuk membentuk insan


penyayang lagi cemerlang. Keluarga yang porak peranda memberi impak negatif kepada masyarakat
setempat. Apabila keluarga menjadi bahagia, maka lahirlah masyarakat yang progresif dan dinamik.
Oleh itu, persefahaman yang wujud dalam kalangan ahli keluarga dapat membentuk masyarakat
madani yang harmoni dan progresif. Dari sinilah akan bermula slogan keluarga bahagia dalam kata-
kata, ‘Keluarga Bahagia Teras Masyarakat’.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


7
SOALAN 2: Penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja menyebabkan mereka mengabaikan
tugasan harian di samping menjejaskan prestasi mereka dalam pelajaran. Jelaskan peranan ibu
bapa untuk mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak mereka.Perkembangan
teknologi dan ICT telah menghasilkan pelbagai produk sistem mudah alih dan gajet. Perkembangan
tersebut telah memberikan kesan yang besar terhadap pertumbuhan minda dan emosi anak-anak.
Bincangkan peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak menggunakan peralatan teknologi
tersebut dengan cara yang betul

Memetik peribahasa yang menyatakan, “Sekali air bah sekali pasir berubah” menunjukkan bahawa,
kehidupan kita memang tidak dapat lari daripada dikejar perubahan dan kemajuan. Kemajuan datang
bak air deras sehingga melanda tamadun dan peradaban. Demikianlah kemajuan dalam bidang
teknologi maklumat dan ICT kini seolah-olah menjadi suatu ancaman baharu di sebalik impak
positifnya. Fenomena tersebut memungkinkan pelbagai peranti mudah alih dan gajet telah melimpah
dalam pasaran. Situasi tersebut merupakan suatu ancaman ‘mega’ kepada ibu bapa sama ada
ancaman dalam bentuk kewangan malah dalam kerangka yang lebih luas ialah kesan terhadap salah
guna dan salah didik yang akan menimpa generasi muda. Ibarat ditelan mati emak diluah mati bapa,
ibu bapa terpaksa melayan kehendak anak-anak dengan penuh dilema. Oleh itu, dalam mengimbangi
antara kedua-dua kepentingan, ibu bapa perlu bijak membimbing anak-anak, ibarat batu permata
jikalau disepuh menjadi permata, jikalau dibiar menjadi tongkol.

Isi 1: Ibu bapa sendiri perlu memperlengkap diri dengan pengetahuan teknologi ICT – supaya ibu
bapa tidak tertipu oleh anak-anak – sentiasa mengikuti perkembangan semasa – tidak menjadi ibu
bapa yang fobia teknologi dan buta komputer – anak tidak berasa gerun apabila ibu bapa buta IT

Isi 2 : Ibu bapa berkongsi pengetahuan ICT dengan anak-anak – ibu bapa sekarang sudah celik ilmu
dan teknologi – wujudkan interaksi yang sihat – anak-anak berasa diri mereka dihargai kerana ibu
bapa turut berkongsi maklumat dengan mereka

Isi 3: Mendedahi anak-anak tentang kemajuan teknologi ICT – berfikiran positif mengatasi negatif –
membimbing tentang manfaat yang diperoleh daripada gajet dan dan peranti – berkunjung ke pusat
pameran ICT untuk menambah pengetahuan

Isi 4: Mendidik anak-anak tentang nilai moral, etika dan budaya berilmu – orang yang bijak tahu
mencari yang signifikan bukan ancaman – anak-anak perlu faham segala perkara yang bersifat sadis,
hedonis, dan anarkis yang membawa musibah kepada diri keluarga

Isi 5: Ibu bapa mewujudkan interaksi/jalinan yang mesra dengan pihak sekolah – mencegah anak-
anak terperangkap antara dua keperluan iaitu sekolah dan rumah – ibu bapa boleh mendapat
maklumat sahih dari sekolah tentang penggunaan internet dan ICT – mencegah anak-anak terdedah
dengan unsur-unsur porno dan bahan yang antimoral.

Kebanjiran teknologi gajet bagaikan air deras yang datang dari banjaran gunung. Andai diempang
nescaya melimpah kalau dirempuh nescaya hanyut. Demikianlah suatu tamsil yang menunjukkan
perkembangan dalam bidang peranti dan gajet menjadi cabaran hebat sekiranya gagal ditangani
dengan bijaksana. Kewujudannya banyak memberi manfaat daripada mudarat. Walau
bagaimanapun, pelbagai musibah akan terjadi apabila salah ditangani. Oleh itu, jadilah pengguna
yang bijaksana kerana jauharilah yang mengenal manikam.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


8
SOALAN 1: Penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang perlu diberikan perhatian oleh murid. Hal ini
dikatakan demikian kerana ilmu pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang.Huraikan cara
murid memperoleh ilmu dalam pelbagai bidang.

Pada era globalisasi ini, negara hendaklah melahirkan rakyat yang menguasai ilmu dalam pelbagai
bidang termasuk memiliki kemahiran teknologi agar lebih berdaya saing di peringkat global.
Jelaskan kepentingan menguasai ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang pada masa ini.

Pepatah yang menyatakan, hukum dijunjung, ilmu dikelek memberi maksud bahawa kesempurnaan
hidup manusia hendaklah diasaskan kepada dua perkara iaitu peraturan yang dipatuhi dan ilmu yang
dimanfaatkan. Sejajar dengan hasrat menuju matlamat negara maju, justeru masyarakat Malaysia
hendaklah menjulang tinggi kedaulatan dan Keluhuran Undang-undang manakala ilmu pula dijadikan
wahana untuk melahirkan masyarakat yang bijak dan produktif. Oleh itu, dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM), pelbagai cabaran pendidikan diperkasakan sebagai inisiatif
untuk melahirkan rakyat yang berketerampilan sama ada dalam aspek ilmu pengetahuan mahupun
kemahiran tinggi. Pemerkasaan semula kedua-dua aliran tersebut akan memberi sinar baharu untuk
anak-anak Malaysia membuka langkah bagi bersaing di persada global. Tidaklah dinafikan sama sekali
bahawa banyak manfaat kepada rakyat dan negara dengan langkah pragmatik tersebut.

Isi 1: Negara dapat melahirkan rakyat (graduan) dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran –
golongan teknikal / vokasonal menjadi tangan emas kepada negara – bakal mewujudkan pelbagai
bidang kerjaya

Isi 2: Negara mampu bersaing dengan negara-negara industri yang tersohor di dunia – memiliki
tenaga kerja pakar dalam bidang industri – boleh bersaing dengan negara-negara seperti Jerman,
Perancis, Jepun dan Korea

Isi 3: Boleh menjanakan pelbagai peluang kerjaya terutama dalam sektor indsutri – pengetahuan
teknik/vokasional boleh melahirkan tenaga mahir – pelbagai produk industri terhasil – berupaya
memanfaatkan segala potensi hasil mahsul negara menjadi produk industri

Isi 4: Mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja dan tenaga pakar asing – pembangunan
negara mampu dibikinkan oleh kemahiran anak-anak tempatan – mengurangkan pengaliran wang
keluar negara sebagai kos upah warga asing – strategi terbaik mengurangkan kebanjiran buruh asing

Isi 5: Malaysia mampu menjadi negara industri dalam tempoh dua dekad lagi – usaha kerajaan
dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) – melipatgandakan produk eksport barangan siap
selain produk elektrik dan elektronik – meningkatkan pendapatan KDNK negara

Penutup/Kesimpulan: Apabila kita merujuk kata-kata falsafah Confucious yang menyatakan,


“Perjalanan jauh yang beribu-ribu batu hendaklah bermula dengan langkah yang pertama”, justeru
langkah kerajaan memperkasakan kedua-dua bidang ini amatlah bertepatan sekali. Sebarang
matlamat yang ingin kita capai dalam tempoh satu dekad lagi, nescaya perancangannya hendaklah
bermula dari sekarang.Oleh itu, strategi yang terbaik tentulah transformasi dalam sistem pendidikan
perlu berubah terlebih dahulu. Sesungguhnya, kita yakin dan percaya segala usaha kerajaan itu akan
memberi natijah yang besar kepada rakyat dan negara.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


9
Soalan 2: Anak harus diterapkan dengan pendidikan keusahawanan sebagai persediaan menceburi
bidang perniagaan.

Bincangkan peranan ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.

Pendahuluan: Terdapat dua sumber peribahasa yang acap kali menghubungkan sikap dan amalan ibu
bapa lalu menjadi ikutan anak-anak iaitu, bagaimana acuan begitulah kuehnya dan ke manakah
mengalir getah daun jikalau tidak ke batang. Oleh sebab itu, apa-apa yang menjadi minat ibu bapa
mudah dituruti anak-anak. Hal tersebut termasuklah perihal bakat, cita-cita dan kerjaya. Sehubungan
dengan itu, ibu bapa juga bertanggungjawab dalam mendidik minat dan bakat anak-anak agar
condong ke dunia keusahawanan. Dalam dunia keusahawanan potensi yang berkaitan dengan bakat,
kecenderungan, disiplin dan kegigihan hendaklah dipupuk sejak anak-anak berada di peringkat
persekolahan lagi ibarat melentur buluh hendaklah semasa rebungnya.

Isi 1: Ibu bapa hendaklah menanamkan minat yang lebih awal kepada anak-anak dengan cara
menceburi bidang keusahawanan.

- mencuba pelbagai cabang perniagaan – jualan langsung, urus niaga dalam talian
- melatih anak-anak untuk turut sama dalam operasi niaga
- memberi insentif dan gajaran keuntungan
- memupuk motivasi anak-anak supaya gemar berniaga

Isi 2: Menanamkan cita-cita yang tinggi kepada anak-anak untuk menjadi usahawan yang berjaya
dan kaya raya.

- rajin bercerita kepada anak-anak bahawa kekayaan datang daripada bidang perniagaan
- sentiasa menggambarkan kepada anak-anak tentang prospek yang cerah dalam bidang
perniagaan
- kurangkan bercerita tentang kesulitan dan cabaran getir berniaga – boleh mematikan minat
anak-anak

Isi 3: Mendedahkan anak-anak kepada profil tokoh-tokoh hebat dalam dunia perniagaan.

- membajai minat mereka untuk menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan – menuruti
contoh usahawan berjaya seperti Tan Seri Robert Kouk, Tan Seri The Hong Piow, Tan Seri Syed
Mokhtar Al Bukhari dan ramai lagi
- menyediakan bahan bahan bacaan, prospektus dan risalah tentang dunia niaga
- anak-anak memperoleh pendedahan lebih awal tentang tokoh-tokoh hebat ketika masih di
peringkat awal

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


10
Isi 4: Ibu bapa hendaklah rajin membawa anak-anak-anak melawat ke karnival jualan, minggu
usahawan, lawatan ke firma dan kilang.

- Anak-anak mendapat pendedahan awal tentang dunia keusahawan yang mencabar dan
menarik
- Anak-anak tahu tentang selok belok awal berniaga
- Anak-anak boleh menjuruskan minat dan kecenderungan dunai niaga berdasarkan minat,
bakat dan potensi mereka

Penutup/Kesimpulan: Tuntasnya, ilmu keusahawanan ialah asas kemahiran yang membolehkan


individu berdikari. Dalam dunia yang semakin sengit tentang peluang memperoleh kerjaya makan
gaji, kemahiran dalam bidang keusahawanan dan dunia niaga boleh menjadi jalan pintas agar remaja
lepasan pusat pengajian tidak terkial-kial mencari arah tuju kehidupan mereka. Mereka boleh
mengambil inisiatif dengan memulakan perniagaan. Oleh sebab itu, ibu bapa masa kini haruslah
menganjak gaya berfikir untuk memberikan galakan kepada anak-anak supaya lebih cenderung
kepada budaya berdikari yang lebih kreatif dan inovatif untuk hidup tanpa bergantung kepada orang
lain. Ingatlah jikalau ada kemahuan dan usaha, ulat di dalam batu pun mampu hidup, bak kata
pepatah jikalau ada kemahuan di situ ada jalan.

SOALAN 3: Pelbagai amalan boleh dilakukan oleh masyarakat ke arah memupuk semangat
kejiranan. Ulaskan pernyataan tersebut.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


11
Pendahuluan: Sejak ratusan tahun yang silam, sudah menjadi tradisi masyarakat kita hidup berjiran
dan sandar-menyandar, bak aur dengan tebing. Kita sentiasa berpegang dengan amalan murni dan
budaya lama ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman
sama dicecah. Kehidupan seperti inilah yang bakal menjanakan sebuah masyarakat yang prihatin,
dinamik, dan progresif. Walau bagaimanapun, akibat perubahan zaman yang dibelenggu dengan
hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan yang semakin kompleks, manusia mula mengabaikan
tradisi mulia itu. Kini kehidupan dirasakan terlalu rumit, merimaskan dan tiada roh kesejahteraan.
Demi kehidupan kita yang lebih bermakna, seyogialah kita kembalikan semula amalan lama tersebut
dengan menyuburkan budaya tegur-menegur dan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Isi 1: Menghidupkan semula tradisi masyarakat silam – masyarakat silam terlalu kuat ikatan
kejiranan dan kasih sayang – menyuburkan tradisi kunjung-mengunjung - tradisi bergotong-royong,
unjuk-mengunjuk, memberi dan menerima hendaklah diperkasakan dalam masyarakat (sedikit tanda
ingat dan banyak tanda ada)

Isi 2: Berusaha memupuk persefahaman dan saling hormat sesama jiran tetangga – jiran ibarat
saudara mara sendiri - sentiasa bersama dalam menghadapi sebarang masalah besar atau kecil -
tidak membezakan status dalam masyarakat – tiada perbezaan pangkat, miskin atau kaya - amalan
menegur kesalahan dengan nasihat secara ikhlas – amalkan tanggungjawab anakku anakkau dan
anakkau anakku

Isi 3: Mengembalikan tradisi secara contoh dan teladan - kalangan berpengaruh dalam
masyarakat hendaklah menjadi role model - ibu bapa mengajarkan anak-anak cara-cara menghormati
orang yang lebih tua –golongan tua dan berpengalaman sentiasa dijadikan pakar rujuk -pemimpin
sentiasa mendekati rakyat – sentiasa berinteraksi secara sopan, jujur, dan telus

Isi 4: Saling membantu dan menyokong dalam urusan harian – boleh memperkukuh jalinan
kejiranan - golongan berada sentiasa menjadi tempat merujuk golongan miskin manakala yang
miskin menghormati dan menyokong yang berada - mengadakan jamuan dan kenduri-kendara –
tidak mengukur nilai kebendaan tetapi ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra

Isi 5: Berusaha menghidupaktifkan institusi masyarakat – sebagai landasan untuk anggota


masyarakat berinteraksi – mengaktifkan program surau, masjid, rukun tetangga dan persatuan
penduduk – mengambil bahagian secara aktif dalam program sukarela – menjadi institusi untuk
melahirkan pemimpin pelapis

Penutup/Kesimpulan: Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis dalam
kehidupan masyarakat bandar, namun rohnya masih dirasai oleh sebahagian masyarakat di
pedalaman. Oleh hal yang demikian, amalan yang sudah lama menjadi darah daging masyarakat itu
tidak wajar diabaikan semata-mata merasai kehidupan kini sudah terlalu selesa. Ingatlah hidup kita
sandar-menyandar, bak aur dengan tebing, ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, biar
sedikit tanda ingat dan banyak tanda ada.

SOALAN 2: Budaya makan bersama-sama ahli keluarga semakin kurang diamalkan pada hari ini.

Jelaskan punca-punca tersebut.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


12
Pendahuluan: Kasih sayang dan kejelekitan dalam kalangan ahli keluarga akan terjana melalui
beberapa aktiviti yang bersifat semula jadi dan mencetuskan nilai sentimental yang tersendiri.
Hubungan darah daging ini kadang-kadang terlalu fantastik apabila dalam kalangan ahli keluarga
dapat selalu bersama seperti dalam aktiviti bergotong-royong, menziarahi ahli yang sakit dan
berkumpul untuk menikmati juadah secara bersama-sama. Semua aktiviti tersebut walaupun bersifat
klasik, namun dapat menjadi jambatan penghubung mawaddah yang cukup sentimental. Walau
bagaimanapun, realiti masa kini semua aktiviti seumpama itu hanya lunak sebagai impian semata-
mata, sebaliknya amat sukar untuk diterjemahkan. Kesenjangan itu bukan setakat dalam kalangan
ahli keluarga yang jauh-jauh, malahan di dalam sebuah rumah juga amat sukar untuk diamalkan.
Inilah suatu fenomena songsang yang sedang melanda institusi keluarga kerana ditunjangi oleh
beberapa faktor yang menjadi virus hubungan keluarga semakin dingin.

Isi 1: Fungsi tradisi dalam ahli keluarga semakin berubah sejajar dengan perubahan masa.

- ibu dan ayah bersama-sama bekerja


- fungsi ibu sebagai suri rumah sudah bertukar kepada mencari rezeki
- suami isteri tiada masa yang mencukupi untuk sama-sama berada di rumah

Isi 1: Setiap ahli dalam keluarga dibebani kesibukan sama ada kesibukan bekerja, belajar atau
sebarang aktiviti sosial di luar rumah.

- peluang untuk bersama-sama amat terhad


- kekangan masa dengan hambatan tugas dan kerja
- masa pulang yang tidak sama dan peluang untuk bersama-sama agak terhad
- mencari jalan pintas untuk makan sekadar ada sama ada di tempat bekerja atau di kantin
sekolah

Isi 3: Faktor luaran yang lebih dominan apabila masing-masing lebih selesa untuk makan di luar
sama ada di kantin mahupun di restoren.

- peluang bertemu rakan atau nklien


- menikmati pelbagai juadah
- lebih selesa santai dan mudah

Isi 4: Kemudahan prasarana tempat makan dan bersantai yang semakin banyak tumbuh bagaikan
cendawan selepas hujan.

- memberikan kemudahan memperoleh makanan


- lebih dekat dan lebih cepat
- sesuai dengan kesibukan yang sering dikejarkan oleh masa

Penutup/Kesimpulan: Pernah orang tua-tua berkata, “Bekas air tangan ibu itulah yang akan menjadi
penyejuk jiwa dan pelembut hati nurani”. Walau bagaimanapun, impian tersebut seakan-akan
menyepi dan sedikit demi sedikit menghilang dalam tradisi kehidupan berkeluarga. Gaya hidup nafsi-
nafsi yang mengutamakan keperluan sendiri sedang mewarnai gaya hidup moden. Oleh sebab itu,
setiap institusi keluarga hendaklah mencari jalan agar tradisi yang boleh menjadi penambat kasih
sayang ini tidak pupus begitu sahaja dek ditelan perubahan masa. Ingatalah bahawa kasih sayang
merupakan ubi dan akar kekuatan keluarga yang tidak akan lekang dek panas dan tidak reput dek

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


13
1. Sesebuah keluarga yang erat hubungannya akan saling menolong dalam pelbagai aspek
kehidupan.

Bincangkan kebaikan yang diperoleh ahli keluarga apabila bersama-sama menjayakan sesebuah
majlis seperti sambutan perayaan, majlis perkahwinan, majlis hari jadi dan sebagainya.

Pendahuluan: Keluarga ialah nukleus institusi masyarakat yang terbentuk sejak berabad-abad
lamanya. Alam berumah tangga pula menjadi paksi kepada permulaan terbentuk sebuah institusi
keluarga yang dapat hidup dalam suasana saling berkasih sayang. Anak-anak yang dilahirkan dalam
sebuah keluarga yang harmoni bakal membesar dalam pakej yang seimbang sama ada jasmani,
mental mahupun emosi. Bermula daripada keluarga nukleus berkembang pula kepada keluarga besar
(extended) yang memperluas jaringan adik-beradik. Keluarga yang baik adalah yang sentiasa bertaut
dan saling memerlukan terutama dalam urusan kekeluargaan seperti sambutan perayaan, majlis
perkahwinan, majlis hari jadi dan sebagainya. Oleh sebab itu, semua ahli keluarga seyogia
memainkan peranan yang amat besar demi mencorakkan sebuah rumah tangga yang dilingkungi
oleh rahmat dan kasih sayang. Inilah kebaikan hakiki yang bakal diperoleh setiap ahli keluarga.

Isi 1: Aktiviti kekeluargaan yang dijalankan secara bersama-sama menjadi tendensi memperkukuh
tautan mesra dan mawaddah.

- sesuai dengan kata-kata yang jauh didekatkan yang dekat dimesrakan


- saling mengenali dan berinteraksi dalam suasana mesra
- menebalkan rasa hormat dan kasih sayang peribahasa air dicencang tidak akan putus dan
carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum semula

Isi 2: Akan terbentuk sebuah institusi keluarga yang progresif dan dinamik apabila setiap ahli
keluarga sering bersama dalam setiap aktiviti.

- Setiap ahli keluarga akan berasa terpanggil untuk menyumbangkan peranan dan
melaksanakan tanggungjawab
- menjadi sebuah keluarga yang berfikiran positif dan boleh menyelesaikan semua urusan
secara musyawarah dan saling menyokong
- boleh mengetepikan remeh-temeh dan isu negatif

Isi 3: Urusan yang dilaksanakan secara beramai-ramai dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga.

- masing-masing menyumbangkan kemampuan dalam aspek tenaga, pemikiran dan wang


ringgit
- melahirkan insan yang tidak kedekut dan mementingkan diri sendiri
- melaksanakan kerja atas perasaan tanggungjawab, sukarela dan puas hati

Isi 4: Keluarga yang sentiasa bergabung dan bersama dapat saling menangani gejala negatif dalam
kalangan anak-anak.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


14
- Anak-anak terdidik dengan sikap yang positif dan bertanggungjawab.
- dapat saling menunjukkan sari tauladan dan panduan kepada generasi yang masih muda –
amalan yang tua dihormati dan yang muda dikasihi.
- sentiasa berhemah dan mementingkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, hormat-
menghormati, tolong-menolong dan bermusyawarah
- Anak-anak sentiasa berfikiran positif dan menjauhkan diri daripada amalan negatif seperti
gejala samseng, mementingkan diri sendiri, sombong dan bergaduh.
-

Kesimpulan: Sesungguhnya keluarga menjadi markas utama untuk membentuk insan penyayang lagi
cemerlang. Keluarga yang porak peranda memberi impak negatif kepada masyarakat setempat.
Apabila keluarga menjadi bahagia, maka lahirlah masyarakat yang progresif dan dinamik. Oleh itu,
persefahaman yang wujud dalam kalangan ahli keluarga dapat membentuk masyarakat madani yang
harmoni dan progresif. Dari sinilah akan bermula slogan keluarga bahagia dalam kata-kata, ‘Keluarga
Bahagia Teras Masyarakat’.

2. Semangat patriotisme sangat penting diterapkan dalam diri remaja pada masa ini.

Huraikan peranan ahli keluarga dalam memupuk semangat patriotisme tersebut.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


15
Cadangkan langkah-langkah untuk mengembalikan semangat menghayati kemerdekaan.

Degup jantung seluruh anak bumi Malaya pada malam 31 Ogos 1957 mungkin masih terasa
denyutannya hingga kini. Malam penuh bersejarah dengan pekikan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA
oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, menjadi
peristiwa yang cukup dramatik. Laungan itu memberikan isyarat bahawa kita telah bebas daripada
cengkaman penjajah Barat selama 446 tahun. Episod penjajahan yang menyaksikan kita menjadi
bangsa suruhan di bumi sendiri akhirnya berlalu hasil jerih payah tokoh-tokoh pejuang tanah air yang
rela bermandi darah mempertahankan maruah bangsa. Namun demikian, setelah kemerdekaan
negara mencecah hampir separuh abad, kelesuan dan kehambaran semangat patriotik semakin
terpancar pada wajah generasi kini. Oleh sebab itu, semangat tersebut perlu dibajai semula agar
subur di dalam hati dan sanubari.

Banyak pendapat yang menyatakan bahawa sejarah itu merupakan guru yang mengajarkan
kita erti kebenaran dan sejarah juga tidak pernah berbohong. Begitulah hakikat sejarah yang boleh
mendidik sesuatu bangsa agar kembali menoleh peristiwa jatuh bangun bangsa sendiri. Sehubungan
dengan perkara tersebut, pendekatan secara indoktrinasi hendaklah dilakukan kepada setiap
warganegara agar faham sejarah. Langkah mewajibkan lulus Sejarah kepada calon-calon SPM adalah
antara langkah mengindoktrinasi yang tidak wajar dipertikaikan oleh sesiapapun. Hal yang demikian
amatlah penting kerana menjernih air di muara jernihkan dahulu di hulunya.

Apabila kita ungkapkan semula kata-kata Mantan Perdana Malaysia yang keempat, Tun Dr
Mahathir Mohamad, bahawa “Melayu mudah lupa” justeru kenyataan tersebut adalah bertepatan
dengan situasi ini. Sekalipun kita pernah terseksa hidup dalam cengkaman penjajah, namun peristiwa
itu sudah lama berlalu. Kini segala kesusahan dan keperitan telah bertukar ganti dengan kesenangan.
Lantas kesenangan yang diperoleh itulah yang menyebabkan generasi kini mula alpa akan pengertian
kemerdekaan. Mereka alpa kerana menjadi pemuja hedonisme, tidak sensitif, dan lebih parah lagi
ada yang sanggup melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh mencemarkan imej negara. Kealpaan
di sebalik kesenangan itulah menjadikan kita leka dibuai oleh angan-angan. Kealpaan dan
kesenangan juga menyebabkan semangat untuk mengisi makna kemerdekaan luput dalam jiwa dan
sanubari.

Selain itu, sifat mementingkan diri sendiri dan terlalu memburu kesenangan duniawi turut
melunturi semangat dan jiwa merdeka.Terdapat golongan yang sudah kaya raya yang tidak
mempedulikan langsung seruan kemerdekaan sehingga tidak tergamak untuk mengibarkan sehelai
Jalur Gemilang di premis mereka. Pada mereka, tiada apa-apa yang istimewa di sebalik kemerdekaan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


16
yang dikecapi terhadap kekayaan yang mereka peroleh kerana segala-galanya adalah hasil daripada
titik peluh mereka sendiri. Golongan yang boleh dianggap parasit ini kadang-kadang memiliki
pengaruh yang besar dalam kalangan masyarakat dek kekayaan dan kesenangan mereka. Tidaklah
keterlaluan apabila dikatakan golongan inilah yang sanggup menjual khazanah negara demi
memenuhkan kantung sendiri. Sekiranya negara pun sanggup diperdagangkan apalah ertinya
kemerdekaan kepada mereka?

Memandangkan roh merdeka yang semakin luntur dalam jiwa rakyat Malaysia khususnya
golongan muda, segala usaha untuk mengembalikan semangat tersebut hendaklah dihidupkan
semula. Program-program bercorak hiburan yang boleh melalaikan golongan muda menghayati
sejarah negara wajar dikurangkan. Sebaliknya program-program yang berunsur pendidikan dan
berlatarbelakangkan sejarah negara mesti diutamakan di sepanjang bulan kemerdekaan. Program-
program seumpama ini tidak boleh dijalankan sekadar memenuhkan agenda semata-mata,
sebaliknya mesti berterusan di sepanjang bulan kemerdekaan. Semua pihak amat berharap supaya
anak muda menjadi lebih peka terhadap aspirasi negara dan mampu bangkit menjadi tulang
belakang mempertahankan negara, bak kata peribahasa biar putih tulang , asalkan tidak putih
mata.

Atas kepentingan negara juga, mungkin suatu pendekatan dalam bentuk indoktrinasi wajar
dilaksanakan untuk melahirkan kesedaran terhadap semangat cinta akan negara. Oleh itu, setiap kali
menjelang bulan kemerdekaan setiap rakyat perlu diarahkan untuk memasang bendera Jalur
Gemilang. Semua premis perniagaan dan jabatan kerajaan diwajibkan mencetak dan memasang
tema sambutan kemerdekaan. Selain itu, sebarang salah laku yang menyalahi etika agama dan moral
perlu dicegah agar makna kemerdekaan yang sebenar tidak tercemar. Tempat-tempat awam dan
premis-premis perniagaan wajar dipantau oleh anggota keselamatan untuk mencegah perbuatan
sumbang dan tingkah laku yang menyimpang daripada ciri-ciri negara yang bertamadun. Walaupun
langkah ini boleh mengurangkan kemeriahan acara sambutan, tetapi adalah lebih baik daripada roh
kemerdekaan itu tercemar.

Sebagai bangsa yang sudah mampu bangkit di atas kekuatan kaki sendiri, kita wajar
membuktikan peradaban kita kepada mata dunia. Janganlah perjuangan untuk memartabatkan
bangsa yang telah menelan korban harta benda, darah, air mata, dan nyawa disia-siakan oleh
golongan yang buta akan maksud kemerdekaan sebenar. Sesuggguhnya, kemerdekaan bukanlah
sekadar untuk berseronok-seronok sebaliknya untuk mengembalikan imej dan jati diri bangsa.

1.Penggunaan Internet dianggap sebagai satu gaya hidup para remaja pada abad ini.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


17
Bincangkan kebaikan dan keburukan penggunaan Internet kepada anda.

Pendahuluan: Memetik peribahasa yang menyatakan, ‘Sekali air bah sekali pasir berubah’
menunjukkan bahawa, kehidupan kita memang tidak dapat lari daripada dikejar perubahan dan
kemajuan. Kemajuan datang bak air deras sehingga melanda tamadun dan peradaban. Demikianlah
kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan ICT dalam media sosial seperti FB,What Apps dan
Twitter kini telah membentuk dimensi dunia dengan pelbagai impak positifnya. Fenomena tersebut
memungkinkan pelbagai peranti mudah alih dan gajet telah melimpah dalam pasaran. Situasi
tersebut merupakan suatu pencapaian luar biasa dalam proses liberalisasi sistem maklumat tuntas
dalam alam siber. Walaupun terdapat pelbagai perdebatan tentang pro dan kontra namun tiada
sesiapapun yang boleh lari daripada ledakan teknologi maklumat yang cukup canggih itu. Oleh hal
yang demikian, saya harus bijak untuk membezakan antara kaca dan permata dalam menentukan
baik buruk teknologi internet dalam wahana moden kini.

Isi 1: Internet menjadi akses yang mempercepat dan mendekatkan komunikasi sosial.

- mewajarkan kata-kata, ‘dunia semakin sempit’.


- saya mudah memperoleh pelbagai akses maklumat secara pantas
- segala urusan boleh diselesaikan di hujung jari dan mengambil masa yang singkat – contoh
mengirimkan e-mel, e-banking dan pelbagai urusan lagi.

Isi 2: Internet sebagai lebuh raya maklumat yang membantu saya menyampaikan maklumat secara
tepat, jelas dan asli lagi tulen.

- maklumat bergerak tanpa melalui perantara yang bertingkat-tingkat sehingga menjejaskan


originalitinya – memperoleh sumber yang tepat – menelak manipulasi dan pembohongan

Isi 3 : mendekatkan hubungan dan interaksi sosial di seluruh persada dunia – komunikasi langsung
dan lebih mesra tanpa dibatasi sempadan geografi sosial dan geografi politik – memupuk sifat saling
hormat dan saling memahami

Isi 4 : Saya memperoleh inovasi sistem maklumat lebih canggih dan sofistikated - perantaraan
sistem teknologi digital – inovasi seperti gambar, grafik dan dan ilustrasi membantu fakta dan data
disampaikan lebih tepat

PERINGATAN : Memandangkan soalan ini dalam respon terbuka iaitu JELASKAN, calon boleh
kemukakan isi tentang kelemahan sebagai relatif kepada kebaikan (maksudnya jika
disalahgunakan).

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


18
Kesan negatif:

Isi 6: boleh melalaikan dan masa terbuang dengan banyak – melayari Internet memerlukan masa
hingga berjam-jam – lupakan akan tugas utama – golongan remaja lebih gemar bermalas-malas dan
melayari perisian yang tidak berfaedah (beri contoh)

Isi 7: terdedah kepada gejala negatif – membentuk pola baru masyarakat seperti kurang bergaul,
mementingkan diri sendiri dan tidak peka terhadap segala perubahan dunia luar

Isi 8: penularan gejala fitnah, adu domba, permusuhan dan keganasan – pelbagai pengaruh negatif
amat mudah disebarkan melalui rangkaian internet dan maklumat siber – golongan remaja cepat
terpengaruh dengan propaganda dan pujuk rayu – penyelewengan maklumat dan fakta mudah
diputarbelitkan – penularan gejala ganas dan peperangan (kebangkitan puak Daesh, IS, Abu Sayyaf
dan pengganas antarabangsa mudah berkembang melalui rangkaian maklumat siber.

Penutup/Kesimpulan: Kebanjiran pelbagai produk dalam ICT bagaikan air deras yang datang dari
banjaran gunung. Andai diempang nescaya melimpah kalau dirempuh nescaya hanyut. Demikianlah
suatu gambaran yang menunjukkan perkembangannya amat menakjubkan dan mencabar sekiranya
gagal ditangani dengan bijaksana. Kewujudannya banyak memberi manfaat daripada mudarat. Walau
bagaimanapun, pelbagai musibah akan terjadi apabila salah ditangani. Oleh sebab itu, saya haruslah
menjadi pengguna internet yang bijaksana, hanyasanya jauharilah yang mengenal manikam.

2. Ibu bapa memainkan peranan utama dalam pembentukan keluarga bahagia.

Berikan pendapat anda.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


19
Pendahuluan: Kalangan bijaksana berpendapat bahawa, rumah ialah syurga kepada kehidupan,
namun ada kalanya boleh menjadi neraka. Pengertian daripada pendapat tersebut menerangkan
bahawa, rumah tangga menjadi nukleus utama yang dapat membentuk keluarga yang bahagia
mahupun di sebaliknya. Pelopor paling penting untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan
bermawaddah tentulah ibu bapa. Elok corak yang dilakarkan nescaya eloklah keluarga yang dibina.
Sehubungan dengan perkara tersebut, ibu bapa memainkan peranan yang amat besar demi
mencorakkan sesebuah rumah tangga yang sentiasa dilingkungi oleh rahmat dan kasih sayang.

Isi 1: Ibu bapa hendaklah menjadi insan yang bertakwa dan patuh pada hukum Allah – insan
seperti ini sentiasa berfikiran positif dan mengetepikan perihal yang negatif – sentiasa memupuk
kecenderungan untuk hidup yang diredai di dunia mahupun akhirat – contoh teladan mudah dituruti
anak-anak

Isi 2: Ibu bapa mengutamakan pendidikan kekeluargaan dengan limpahan kasih sayang kepada
anak-anak – anak-anak yang diajari erti berkasih sayang lebih cenderung untuk saling hormat dan
saling menyokong

Isi 3: Ibu bapa berkomunikasi secara lembut dan sopan dengan anak-anak – melahirkan
persekitaran rumah tangga yang harmoni, sepakat dan memperoleh berkat

Isi 4: Anak-anak hendaklah dididik supaya patuh kepada ibu bapa – ibu bapa senang dengan sikap
anak-anak yang mudah ditunjuk ajar – tidak wujud jurang komunikasi – anak-anak yang patuh dan
akan menjadi ikon baik mengenalkan zuriat keturunan

Isi 5: Ibu bapa berusaha memperluas jalinan silaturahim dan persaudaraan dengan kaum keluarga
dan jiran tetangga – mendedahi anak-anak tentang cara hidup bermasyarakat yang harmoni – wujud
kasih sayang dan saling hormat dalam kalangan jiran tetangga

Penutup/Kesimpulan: Sesungguhnya keluarga menjadi markas utama untuk membentuk insan


penyayang lagi cemerlang. Anak-anak yang baik lagi hebat dalam bidang akademik mahupun sahsiah
ialah mereka yang membesar dalam sebuah keluarga yang harmoni. Anak-anak seperti ini menjadi
kebanggaan ibu bapa kerana mengenal pokok lihatlah daunnya. Oleh sebab itu, ibu bapa yang
berwawasan sentiasa memandang jauh ke hadapan dalam merintis jalan yang penuh bahagia untuk
anak-anak.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019_BM1


20

Anda mungkin juga menyukai