Anda di halaman 1dari 25

Sejarah telah menyaksikan Islam tidak pernah sunyi daripada serangan musuh-musuh yang

tidak menyenangi akan kesucian dan kesyumulan agama Allah SWT ini. Semenjak daripada
zaman Rasulullah SAW lagi, golongan kuffar sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan
Islam sama ada dari luar mahupun dari dalam. Keadaan ini akan terus berlaku sehinggalah
umat Islam mengikuti jalan mereka seperti mana Allah SWT telah merakamkan keadaan ini
dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani
tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau
menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka):
‘Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar’. Dan demi
sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu
yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan
peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan
kepadamu,” (al-Baqarah:120).

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, dekad berganti dekad dan kurun berganti kurun,
namun agenda musuh-musuh Islam masih terus hidup biar pun golongan yang terdahulu
sudah digantikan dengan golongan yang baharu. Misi mereka tetap sama, iaitu ingin
menghancurkan agama Islam dan umatnya.

Kini, selain diserang secara fizikal, musuh-musuh Islam turut melakukan serangan secara
halus terhadap pemikiran umat Islam tanpa disedari. Penyebaran ideologi-ideologi yang
berteraskan kepada falsafah sekularisme, liberalisme, humanisme, hedonisme dan sebagainya
yang jelas bertentangan dengan akidah Islam merupakan senjata halus yang digunakan oleh
mereka bagi menyerang umat Islam dengan menjadikan umat Islam terpedaya dan leka
dengan umpan yang disediakan mereka.

Gerakan Anti Hadis

Serangan musuh-musuh Islam ini tidak dapat ditujukan kepada al-Quran kerana Allah SWT
telah berjanji untuk memelihara al-Quran daripada penyelewengan dan pemalsuan (al-Hijr: 9).
Oleh itu, serangan yang dilakukan adalah terhadap autoriti hadis Rasulullah SAW.

Jumhur ulama telah bersepakat bahawa hadis merupakan sumber kedua terpenting syariat
Islam selepas al-Quran. Para fuqaha semenjak daripada zaman sahabat lagi kembali merujuk
kepada hadis bagi menafsirkan al-Quran sesuai dengan fungsinya sebagai penafsir al-Quran.
Tanpa hadis, tidak memungkinkan kita untuk memahami maksud yang tersirat disebalik ayat-
ayat al-Quran. Di antara fungsi hadis juga adalah sebagai penerang kepada nas al-Quran yang
tidak jelas, mengkhususkan yang umum, mentaqyidkan yang mutlak dan sebagai pembina
hukum berdasarkan sumber daripada al-Quran. Ibadat yang dilakukan semata-mata hanya
kepada Allah SWT juga tidak dapat dilaksanakan tanpa panduan daripada hadis. Misalnya,
daripada hadislah segala pergerakan dan bacaan di dalam solat yang merupakan rukun fi’li
dan qauli dapat kita laksanakan dengan sempurna.

Dengan serangan yang dilakukan terhadap autoriti hadis Rasulullah SAW ini mereka yakin
dapat menjauhkan umat Islam daripada mengamalkan ajaran Islam yang sebenar yang dibawa
oleh Rasulullah SAW. Gerakan ini dikenali sebagai Gerakan Anti Hadis. Di sesetengah
tempat, golongan ini turut dikenali sebagai Quraniyyun, Mungkir Sunnah dan Firqah Inkar as-
Sunnah. Secara umum, gerakan anti hadis adalah satu gerakan yang dibawa oleh individu atau
kumpulan yang cuba untuk mempertikai, meragui dan menolak hadis Rasulullah SAW
sebagai autoriti kedua selepas al-Quran walaupun telah dibuktikan kesahihannya oleh ulama
hadis. Mereka cuba mengetengahkan gagasan mereka berkenaan dengan hadis dan
menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat Islam. Golongan ini terbahagi kepada tiga
kategori berdasarkan kepada pegangan mereka iaitu yang pertama; golongan yang
sememangnya bermatlamat menghancurkan Islam, kedua; golongan yang hanya memadai
dengan mengikut al-Quran sahaja dan mengingkari hadis secara umum dan ketiga; golongan
yang menerima hadis tertentu tetapi menolak sebahagian yang lain kerana mengikut hawa
nafsu dan logik akal semata-mata.

Sejarah telah merakamkan golongan yang mempertikaikan hadis ini telah bermula semenjak
daripada zaman sahabat lagi dan berkembang pada zaman tabi’in kemudiannya menular pada
zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz (63H-101H) dan seterusnya pada zaman Imam as-
Syafi’i (150H-204H). Mereka telah memfitnah Imam as-Syafie dengan mengatakan bahawa
beliaulah orang yang pertama menggunakan hadis sebagai hujah selepas al-Quran, sedangkan
ramai di antara sahabat dan tabi’in sebelum beliau telah mula menggunakan hadis seperti
Imam Malik (93H-179H) yang telah mengumpulkan hadis dalam kitab beliau yang terkenal
iaitu al-Muwatta’. Bagi menghadapi golongan ini, Imam as-Syafie telah mengambil
pendekatan halaqah pengajian dan dialog dengan memberi penerangan kepada orang ramai
akan kesalahan yang telah dilakukan oleh golongan ini. Beliau juga telah menjawab segala
tuduhan yang dilemparkan dalam kitab beliau yang terkenal iaitu al-Umm dan juga Jima’
al-‘Ilm.

Orientalis

Pemikiran golongan anti hadis ini tidak terhenti di situ sahaja. Kesinambungan pemikiran
mereka diteruskan oleh golongan orientalis di sekitar kurun ke-19 dengan tercatatnya nama-
nama seperti Ignaz Goldzieher (1850M-1921M) dari Hungary berketurunan Austro-Hungary
serta beragama Yahudi dengan bukunya yang bertajuk Muhammedanische Studien dan salah
seorang pengikutnya yang terkenal iaitu Joseph Schacht (1902M-1969M) berasal dari Jerman
dengan bukunya yang bertajuk An Introduction to Islamic Law. Hasil daripada kajian mereka
inilah ramai umat Islam yang terpengaruh dengan idea-idea mereka yang lebih bersifat
rasional dan mengenepikan pandangan ulama yang berpandukan kepada manhaj kajian ilmu-
ilmu Islam. Di antara objektif mereka adalah untuk menimbulkan keraguan terhadap
kesahihan hadis dengan mendakwa hadis adalah rekaan umat Islam terkemudian dan hasil
daripada perkembangan semasa umat Islam.

Di Indonesia, kumpulan anti hadis ini telah wujud sekitar tahun 1980-an, dengan kewujudan
beberapa kumpulan yang menolak hadis atau menerimanya secara bersyarat walaupun sahih.
Di sana mereka digelar sebagai Ingkar Sunnah yang diketuai oleh Ir. Muhammad Ircham
Sutarto dan kumpulan ini telah diisytiharkan sesat oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) pada
30 September 1983.

Gerakan anti hadis di Amerika telah bermula daripada Seminar Misionari Kristian dan Yahudi
pada 8 hingga 17 Jun 1983 yang dipelopori oleh Dr. Rashad Khalifa (1935M-1990M) yang
membincangkan masalah ‘Islam: Dahulu, Kini dan Akan Datang’. Dalam seminar tersebut,
beliau telah menyatakan bahawa hadis-hadis adalah buatan syaitan dan mempercayai hadis
bermakna mempercayai buatan syaitan. Gerakan yang dipimpin oleh beliau di Amerika dan
Eropah bermatlamat untuk memesongkan sarjana-sarjana Barat yang telah memilih Islam
sebagai agama mereka dengan menjauhkan mereka daripada mendapatkan sumber Islam yang
sebenar iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Beliau bukanlah seorang yang pakar dalam bidang
pengajian Islam walaupun beliau seorang pendakwah tetapi perjuangannya adalah untuk
memerangi sunnah Rasulullah SAW dengan berganding bahu bersama dengan golongan
orientalis.

Di Malaysia, golongan ini bernaung di bawah kumpulan yang menggelarkan diri mereka
sebagai Jama’ah al-Quran Malaysia (JAM) yang kemudiannya dikenali sebagai Forum Iqra’
yang dipimpin oleh Kassim Ahmad (1933M-kini). Setelah diteliti, pemikiran beliau banyak
dipengaruhi oleh idea-idea Rashad Khalifa yang berpegang dengan Kod 19 iaitu angka kunci
yang tidak boleh dibahagikan lagi (indivisible number) bagi membuktikan kemukjizatan al-
Quran. Di antara ajaran yang dibawa oleh golongan ini adalah: pertama; syahadah yang
pertama sahaja diterima manakala syahadah yang kedua terbatal, kedua; rambut bukan aurat
wanita kerana dalam berwuduk, kepala adalah anggota badan yang wajib dibasuh, ketiga;
penafsiran al-Quran dengan al-Quran dan akal sahaja tanpa merujuk kepada hadis, para
sahabat dan ulama tafsir, keempat; mempertikaikan hukuman hudud kerana hudud dalam al-
Quran bermaksud sempadan, kelima; menganggap umat Islam mendewa-dewakan Rasulullah
SAW dengan cara berselawat kepada Baginda dan keenam; hari kiamat bukanlah seperti
yang difahami oleh majoriti umat Islam tetapi suatu evolusi yang akan berlaku kepada dunia.
Pemikiran golongan ini juga dilihat tidak konsisten dengan menerima hadis tertentu yang
selari dengan pemikiran mereka, namun pada masa yang sama menolak hadis tertentu yang
bercanggah dengan pemikiran mereka. Sebagai contoh, mereka menerima hukum-hakam yang
terkandung dalam Piagam Madinah dengan alasan ianya ditulis atas perintah Nabi
Muhammad SAW tetapi menolak hadis-hadis lain.

Pemantauan Pihak Berkuasa

Dalam mendepani golongan ini, Imam al-Suyuti (849H-911H) dalam bukunya Miftah al-
Jannah ada berkata: “Ketahuilah bahawa siapa yang mengingkari hadis Nabi SAW sama ada
ucapan atau perbuatan dengan syaratnya yang makruf pada usul yang menjadi hujah maka
hukumnya kafir dan keluar daripada Islam”. Berdasarkan fatwa yang telah diwartakan oleh
kerajaan negeri Selangor pada 23 November 1995 dan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa
Fatwa Negeri Terengganu kali ke 12/2 penggal ke 3 pada 5 Disember 1995 menyatakan
bahawa mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang pada ajaran dan fahaman yang
terkandung dalam buku dan risalah yang dipegang oleh golongan ini seperti buku “Hadis:
Satu Penilaian Semula” dan “Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik” tulisan Kassim Ahmad,
buku “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu” dan “Hadis di dalam al-Quran” tulisan
Idris Abdul Rahman, buku “Bacaan” tulisan Othman Ali, buku “The Computer Speaks-God’s
Message To the World” tulisan Dr. Rashad Khalifa dan risalah “Iqra” terbitan Jemaah al-
Quran Malaysia adalah murtad. Para ulama juga semenjak daripada dahulu hingga kini telah
banyak menjawab kepada pemikiran menyimpang golongan ini dengan penghasilan buku,
jurnal, makalah, artikel dalam majalah dan surat khabar. Mereka tidak pernah jemu dalam
menyatakan kebenaran Islam berpandukan al-Quran dan hadis.

Disebabkan pihak berkuasa seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM), jabatan mufti dan jabatan agama Islam negeri-negeri memantau
aliran-aliran pemikiran yang menyimpang daripada akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah, maka
golongan ini tidak dapat menyebarkan idea-idea mereka di khalayak umum secara terbuka.
Dengan itu, mereka menggunakan medium internet termasuk laman sesawang, blog,
Facebook dan sebagainya untuk  menyebarkan idea-idea mereka. Setelah diteliti, golongan ini
masih aktif menyebarkan idea-idea yang dianggap betul pada kaca mata mereka melalui
internet. Oleh itu, kita hendaklah berjaga-jaga agar pemikiran golongan ini tidak dapat
mempengaruhi diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Sesungguhnya, bagi mendepani golongan ini kita hendaklah sentiasa meningkatkan ilmu
khususnya ilmu agama dengan mempelajarinya daripada ulama yang muktabar bagi
mendapatkan ilmu yang benar-benar menepati ajaran Islam. Di samping itu, kita juga
hendaklah berhati-hati dalam menggunakan internet sebagai medium untuk mendapatkan ilmu
agama. Jika terdapat kemusykilan berkenaan dengan sesuatu hadis, pastikan merujuk kepada
mereka yang pakar dalam bidang hadis bagi mendapatkan penjelasan. Dalam menafsirkan al-
Quran, pastikan kita menggunakan kaedah-kaedah yang telah digariskan ulama tafsir.
Jadikanlah, Ahlus Sunnah wal Jamaah sebagai pegangan yang menjadikan al-Quran dan hadis
sebagai pegangan utama.

Rasulullah SAW telah mengingatkan umatnya melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya di antara kamu pasti akan menyaksikan
perselisihan yang banyak, maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan
sunnah al-khulafa’ al-mahdiyyin al-rasyidin, berpaut teguhlah kepadanya dan gigitlah ia
sekuat-kuatnya dengan gerahammu,” (HR Abi Daud, Kitab al-Sunnah, no. 4607).

Allah SWT juga telah berfirman akan hal ketaatan kepada Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan juga kepada ‘ulil amri’ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) Rasul-
Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih
baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya” (an-Nisa’: 59).

Izwan Mohd Ali ialah pelajar Ijazah Sarjana Sains Falsafah dan Pengajian Ketamadunan,
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)

-Majalah Dakwah
BAHAGIAN A

20 Hujah Asas Golongan Anti Hadis dan Jawapannya.

Berikut disenaraikan 20 hujah asas (Primary Argument) yang dikemukakan oleh


Golongan Anti Hadis untuk menolak hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dari
sisi syari’at Islam. Sekalipun kelihatan dalam laman-laman web mereka, terutamanya
www.ropelist.com dan www.submission.org seolah-olah mereka memiliki banyak hujah dan
alasan untuk menolak hadis, namun kesemua hujah-hujah tersebut hanyalah merupakan
terbitan dari 20 kelompok hujah asas ini. Dengan terjawabnya atau lebih tepat tertolaknya 20
hujah asas ini maka tertolak juga puluhan hujah-hujah mereka yang lain.

Hujah Pertama:

Al-Qur’an adalah lengkap, terperinci lagi sempurna, maka kenapakah perlu dirujuk
kepada hadis-hadis Nabi sallallahu-alaihi-wasallam ? Bukankah Allah Subhanahu waTa’ala
telah berfirman di dalam al-Qur’an:

Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini. [al-An’aam
6 :38]

(Katakanlah) : Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia
lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu
persatu  ? [al-An’aam 6 :114]

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-
Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami
yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-
orang yang (mahu) beriman. [al-‘Araaf 7 :52]

Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap
teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya SATU-PERSATU. (Susunan dan
penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam
pengetahuan-Nya. [Hud 11:01]

Jawapan:

Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala apabila Dia
menyatakan kesempurnaan, kelengkapan dan perincian kitab suci-Nya al-Qur’anul Karim,
adalah merujuk kepada peranan yang dimiliki oleh al-Qur’an sebagai “kitab induk” yang
telah mengusulkan pelbagai kaedah dan cara bagi umat manusia menerima dan
mempraktikkan risalah Allah dalam kehidupan harian mereka sehingga ke Hari Akhirat.1[1]
Al-Qur’an adalah lengkap dan sempurna dalam konteks ia meletakkan asas-asas
mentauhidkan Allah dan kaedah-kaedah menjanakan syari’at-Nya. Demikian juga, apabila
dikatakan bahawa kitab al-Qur’an tidak meninggalkan atau terlupa apa-apa, ia bererti bahawa
al-Qur’an tidak leka atau lengah dari menggariskan pelbagai kaedah serta prinsip penukilan
hukum dan ajaran yang diperlukan umat untuk melaksanakan syari’at Allah yang indah ini
dalam semua suasana dan keadaan.

1
Dalam suasana kelengkapan dan keterperincian inilah al-Qur’an meletakkan dasar serta
prinsip yang jitu bahawa hadis serta sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam wajib
dijadikan salah satu dari sumber syari’at yang ditaati, dirujuki dan dipegangi. Apabila hadis
dan sunnah Rasulullah disisihkan, maka ia bererti menyisih sebahagian dari dasar dan prinsip
penting yang digariskan oleh al-Qur’an; dan apabila hadis dan sunnah Rasulullah ditentang, ia
bererti menentang sebahagian dari ajaran al-Qur’an itu sendiri.2[2]

Adalah merupakan tindakan yang amat jahil apabila seseorang itu memahami ayat-ayat di atas
secara zahir (face value) sehingga mereka berkata segala apa yang berkaitan dengan agama
dan kehidupan di dunia ini telah diperincikan satu-persatu di dalam al-Qur’an. Jika inilah
kefahaman mereka, maka penulis bertanya – jika pagi tadi kita bersarapan Mee Goreng dan
ingin mengetahui hukumnya, bolehkah kita mencarinya di dalam al-Qur’an ? Pastinya kita
tidak akan menemui keterangan tentang Mee Goreng. Maka apakah dengan itu Mee Goreng
tersebut menjadi sesuatu yang halal, atau haram, atau sesuatu yang dilupai oleh al-Qur’an ?

Sebaliknya jika difahami ayat-ayat di atas sebagai yang menerangkan peranan al-Qur’an
dalam meletakkan dasar serta prinsip syari’at dan kehidupan, pasti kita akan ketahui bahawa
Mee Goreng tersebut adalah halal dan baik untuk dimakan, kerana al-Qur’an sedia
menggariskan beberapa prinsip asas pemakanan, antaranya semua yang ada di mukabumi ini
adalah halal untuk dimakan (Yunus 10:59) asalkan disembelih atas nama Allah (al-An’aam
6:121) atau dari sembelihan Ahli Kitab (al-Maidah 5:05) dan ia bukan bangkai atau daging
khinzir (al-Maidah 5:03); dan bahawa umat Islam sangat dianjur makan (al-An’aam 6:142)
asalkan mereka tidak berlebih-lebihan (al-A’raaf 7:31).3[3] Inilah maksud dan cara sebenar
mengguna-pakai ayat-ayat di atas yang menjadi asas perbincangan.

Hujah Kedua:

Tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam hanyalah sebagai seorang posmen yang


membawa surat daripada seorang pengirim untuk diserahkan kepada penerimanya.
Demikianlah juga Rasulullah, baginda hanya ditugaskan membawa al-Qur’an daripada Allah
untuk diserahkan kepada manusia. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada


menyampaikan sahaja. [al-Maidah 5:99]

Tugasmu (Wahai Muhammad) tidak lain hanyalah menyampaikan. [asy-Syura


42:48]

Jawapan:

Ayat-ayat di atas dan beberapa lain yang senada sebenarnya menerangkan bahawa
Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak dipertanggung-jawabkan untuk memastikan setiap
orang menerima risalah Islam. Baginda hanya dipertanggung-jawabkan untuk menyampaikan
risalah tersebut. Terima atau tidak, ia adalah berkaitan dengan hidayah dan petunjuk Allah
Subhanahu waTa’ala. Dalam ertikata lain, sama ada seseorang itu menerima atau menolak
2
3
Islam, itu bukan urusan Rasulullah tetapi adalah urusan mutlak Allah Subhanahu waTa’ala.
Penjelasan ini akan lebih difahami dengan merujuk kepada ayat-ayat berikut:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada


kamu kebenaran dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk
(beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri;
dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas
dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau
keingkaran) kamu”. [Yunus 10:108]

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah


petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah
jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
(menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk
Islam). [al-Qasas 28:56]
Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman),
sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi
kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan
untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling
ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap
mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu).
[asy-Syura 42: 47-48] 4[1]

Dakwaan bahawa tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam hanya membawa al-


Qur’an juga dapat ditolak dengan merujuk kepada ayat-ayat lain di dalam al-Qur’anul Karim
yang sedia menerangkan pelbagai tugas dan tanggung-jawab baginda. Berikut disenaraikan
antara 10 tugas dan tanggung-jawab Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

10 Tugas dan Tanggung-Jawab Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

[1] Mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Azza waJalla sahaja.

Antara tugas pertama yang diamanahkan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam


adalah mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Subhanahu waTa’ala. Allah menurunkan
ayat berikut kepada Rasulullah untuk beliau katakan dan ajarkan kepada manusia:

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah
Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada
beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-
Nya. [al-Ikhlas 111:1-4]

[2] Membawa al-Qur’an untuk manusia.

4
Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci


Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada
umat manusia seluruhnya. [az-Zumar 39:41]

[3] Membacakan al-Qur’an kepada manusia.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang


beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka
sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (al-Qur’an). [‘Ali Imran 3:164]

Membaca di sini bererti menyampaikan secara lisan ayat-ayat al-Qur’an. Sepertimana


yang kita tahu, al-Qur’an dibawa oleh malaikat Jibrail alaihi-salam kepada Rasulullah
sallallahu-alaihi-wasallam seorang sahaja. Setiap kali Jibrail turun membawa ayat atau ayat-
ayat, Rasulullah akan bacakan ayat tersebut kepada umat. Di kalangan mereka ada yang
mencatitnya manakala yang lain menghafalnya.

[4] Membersihkan manusia dari dosa dan kemungkaran.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang


beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka
sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka.
[‘Ali Imran 3:164]
Membersihkan bermaksud menyucikan roh dan jiwa manusia yang dipenuhi dosa
akibat dari kekotoran syirik, mempertuhankan taghut – yakni segala yang dijadikan tuhan
selain dari Allah, keyakinan kurafat, tahayul dan pelbagai lagi yang menjadi akidah dan
pegangan umat di zaman jahiliyah dahulu. Termasuk juga dalam pembersihan ini adalah
pendidikan rohani, pembentukan akhlak murni, mendisiplinkan nafsu dan syahwat,
menghindar maksiat dan kemungkaran dan pelbagai lagi kotoran yang menguasai manusia
pada ketika itu.5[2]

[5] Mengajar dan menerangkan al-Qur’an.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang


beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka
sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka,
serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran). [‘Ali Imran 3:164]

Maksud mengajar al-Qur’an bukanlah cara-cara membaca dan mentilawahkannya


kerana orang ramai ketika itu sedia mengetahui bahasa Arab, tetapi adalah mengajarkan
maksud ayat-ayat dan cara-cara mengamal serta mempraktikkannya.

5
[6] Menerang, menghurai dan memperincikan al-Qur’an.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi
peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah
diturunkan kepada mereka. [an-Nahl 16:44]
Perkataan supaya engkau menerangkan adalah terjemahan dari perkataan litubayyina
yang berasal dari kata al-Bayan. Ia bermaksud menerangkan, menghuraikan dan
memperincikan sesuatu dari pokoknya. Maka apabila Allah Tabaraka waTa’ala menugaskan
Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sebagai mubayin al-Qur’an, ia bererti beliau ditugaskan
untuk menerangkan, menghuraikan dan memperincikan al-Qur’an.6[3] Contohnya al-Qur’an
memfardhukan solat maka tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah menerangkan
apakah itu solat, menghuraikan hukum-hukumnya dan memperincikan sifat-sifatnya.

Ayat ini juga jelas menolak dakwaan bahawa tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-
wasallam adalah hanya sekadar seorang posmen kerana Allah Azza waJalla telah
menggunakan istilah Litubayyina dan bukannya Balagh atau Mubaligh yang bererti
sampaikan atau penyampai.
[7] Mengajar al-Hikmah, iaitu segala ilmu-ilmu dan perincian agama yang tidak
terkandung dalam al-Qur’an.
Terdapat dua ragam dan pola susunan perkataan al-Hikmah dalam al-Qur’an.7[4]
Ragam pertama adalah apabila perkataan al-Hikmah berdiri dengan sendirinya. Ia memiliki
beberapa erti seperti sifat-sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan syari’at agama,
setiapnya bergantung kepada konteks perbincangan ayat. Berikut dikemukakan beberapa
contoh:

Dan Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan al-
Hikmah (pangkat kenabian-nubuwah) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. [al-
Baqarah 2:251]

Allah memberikan al-Hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang


dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan al-
Hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah
yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang
menggunakan akal fikirannya. [al-Baqarah 2:269]

Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-
keterangan yang nyata, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan
membawa al-Hikmah (syari’at agama), dan untuk menerangkan kepada kamu:
sebahagian dari (perkara-perkara agama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu,
bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. [az-Zukhruf 43:63]

Ragam kedua adalah apabila perkataan al-Hikmah digandingkan dengan al-Kitab,


iaitu al-Kitab dan al-Hikmah. Contohnya ialah ayat-ayat berikut:

6
7
Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: al-Kitab
dan al-Hikmah, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. [an-Nisaa’
4:54]

Dan Allah telah menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al-Quran) serta al-
Hikmah. [an-Nisaa’ 4:113]

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang


beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka
sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka,
serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan al-Hikmah. [‘Ali Imran 3:164]

Dalam ragam kedua ini, perkataan al-Hikmah bererti segala sumber syari’at, ilmu dan
perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci (al-Kitab). Ini adalah kerana Allah
Azza waJalla tidak akan membicarakan dua perkara yang sama dengan dua istilah yang
berbeza melainkan yang dimaksudkan oleh-Nya adalah dua perkara yang berbeza juga.
Demikian juga, al-Qur’anul Karim dengan segala kemukjizatan dan kekayaan bahasanya tidak
akan merujuk kepada dua objek yang sama dengan dua istilah yang berlainan melainkan yang
dirujuki adalah dua subjek yang berlainan juga.

Oleh itu al-Hikmah bukanlah bererti al-Kitab atau kitab suci yang diturunkan oleh
Allah dari langit kepada para RasulNya tetapi ia adalah segala sumber syari’at, ilmu, dan
perincian agama yang tidak terkandung dalam kitab suci. Segala apa yang disampaikan oleh
para Rasul Allah tentang al-Hikmah, baik ia dalam bentuk lisan, praktikal atau pengiktirafan,
itulah yang dikenali sebagai as-Sunnah.

Para Rasul Allah yang diberikan al-Kitab juga diberikan al-Hikmah (an-Nisaa’ 4:54)
dan ini termasuklah Rasul Allah yang terakhir Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam (an-
Nisaa’ 4:113). Baginda bukan sahaja diberi al-Hikmah tetapi ditugaskan untuk mengajar al-
Hikmah tersebut kepada umatnya (‘Ali Imran 3:164).

Selain dua ragam utama di atas tentang susunan perkataan al-Hikmah dalam al-
Qur’an, terdapat satu susunan lain yang sedikit berbeza, iaitu dalam ayat:

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu
kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril),
iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam
buaian dan sesudah dewasa; Dan ketika Aku mengajarmu al-Kitab, dan al-Hikmah dan
Kitab Taurat dan Kitab Injil. [al-Maidah 5:110, lihat juga ‘Ali Imran 3:48]
Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan bahawa Dia telah mengajar
Nabi Isa alaihi-salam empat perkara: [1] al-Kitab, [2] al-Hikmah, [3] Taurat dan [4] Injil.
Memandangkan Taurat dan Injil adalah dua kitab suci yang Allah turunkan dari langit, maka
perkataan al-Kitab yang pertama tidak bererti kitab suci juga, tetapi ia bererti tulisan. Ini
adalah kerana perkataan al-Kitab memiliki beberapa erti dalam bahasa Arab dan dalam
konteks susunan dan perbincangan ayat di atas, ia bererti kebolehan menulis dalam usia masih
bayi yang diajarkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada Nabi Isa alaihi-salam. Ini adalah
sebagaimana kebolehan berkata-kata yang dikurniakan Allah kepada baginda dalam usia
bayinya.8[5] Perkataan al-Hikmah pula bererti sifat kenabian (nubuwah), kebijaksanaan dan

8
ilmu-ilmu agama yang diajarkan Allah kepada Nabi Isa. Termasuk dalam pengertian al-
Hikmah ini ialah segala sumber syari’at, ilmu, dan perincian agama yang tidak terkandung
dalam kitab suci Taurat dan Injil.

[8] Mengajar perkara-perkara baru yang sebelum itu tidak diketahui.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu
(iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan
kamu, dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah
kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah 2:151]
Selain diamanahkan mengajar umat berkenaan urusan-urusan agama dalam al-Kitab
dan al-Hikmah, selanjutnya Allah Subhanahu waTa’ala mengamanahkan Rasulullah
sallallahu-alaihi-wasallam mengajar umat hal-hal duniawi yang belum mereka ketahui.
Maksudnya adalah seperti yang diterangkan oleh Sa’id Hawa (1989M): Dahulu di zaman
jahiliyah mereka (masyarakat Arab) adalah orang-orang bodoh, lalu dengan berkat risalah
Muhammad – mereka menjadi orang-orang yang pintar dan berpengetahuan. Bahkan
menjadi orang yang paling dalam pengetahuan, berhati lembut dan berbahasa paling jitu.9[6]
Sayid Quthb (1966M) juga telah mengulas: Islam telah mengangkat mereka (umat
Islam) dari lingkungan masyarakat Arab yang tidak mengetahui kecuali hal-hal yang sedikit
dan berserakan yang hanya layak untuk kehidupan berkabilah di tengah padang Sahara.
Kemudian Islam menjadikan mereka sebagai umat yang memimpin manusia dengan penuh
bijaksana, terarah, sangat piawai, tepat dan berpengetahuan. 10[7] Malah dengan risalah
Islam bersama didikan serta pimpinan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam inilah
masyarakat Arab dapat membangun, jika tidak tertinggallah mereka sepertimana masyarakat
Eskimo di Kutub Utara dan masyarakat Zulu di benua Afrika hari ini !11[8]

[9] Merangsang umat untuk sentiasa berjihad menegakkan Islam.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah; engkau tidak diberati
selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang
beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan
bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar
kekuatan-Nya dan Amatlah berat azab seksa-Nya. [an-Nisaa’ 4:84]

Ayat ini sekaligus menerangkan dua tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam:

Pertama, berjihad menegakkan agama Islam sebagaimana firman Allah: Oleh itu,
berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah… Berdasarkan ayat ini ketahuilah
bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak hanya ditugaskan sekadar mengajar al-
Qur’an dan mendakwahkan Islam kepada manusia tetapi beliau juga ditugaskan dengan
sesuatu yang lebih berat lagi membahayakan, iaitu mengangkat senjata di medan perang

9
10
11
menegakkan Islam. Lebih dari itu tugas ini tetap dibebankan ke atas diri Rasulullah sekalipun
baginda seorang diri sahaja, sebagaimana firman Allah: … engkau tidak diberati selain
daripada kewajipanmu sendiri.
Kewajipan berperang yang diperintahkan kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam
dalam ayat ini sekali-lagi menafikan dakwaan bahawa baginda hanya memiliki peranan
sebagai seorang posmen yang menyampaikan al-Qur’an sahaja. Malah ayat ini secara jelas
menonjolkan kegagahan diri Rasulullah sebagaimana yang diterangkan oleh al-Fakh-ur-Razi:
Ayat ini menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah seseorang yang
memiliki sifat yang gagah lagi yang paling bijaksana dalam urusan peperangan (kerana)
tidaklah (Allah) akan memerintahkan demikian melainkan Rasulullah sallallahu-alaihi-
wasallam memang memiliki sifat-sifat tersebut (gagah dan bijaksana). 12[9]

Tugas kedua yang diwajibkan ke atas diri Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam


ayat di atas adalah mengerah dan mengajak umat Islam agar turut berperang sepertimana
firman Allah: Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut
berjuang dengan gagah berani).

[10] Menggubal hukum.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dia (Muhammad) menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang
mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka
segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk;
dan ia juga menghapuskan daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang
ada pada pada mereka. [al-A’raaf 7:157]

Dalam ayat ini Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan tugas dan kekuasaan
Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam menggubal hukum-hukum agama seperti menghalalkan
apa yang baik dan mengharamkan apa yang memudaratkan.

Demikian antara 10 tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang dijawatkan oleh


Allah Subhanahu waTa’ala dalam al-Qur’anul Karim. Terdapat beberapa lagi tugas
Rasulullah yang diterangkan oleh al-Qur’an seperti menunjuki umat ke arah jalan yang lurus,
menerangi mereka dengan nur – cahaya Islam, mengkhabarkan berita gembira kepada orang
yang beriman akan balasan syurga bagi mereka, memberi amaran kepada orang yang ingkar
akan balasan neraka, menjadi saksi kepada umat di akhirat dan pelbagai lagi. Yang
pentingnya tugas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidaklah sekadar membawa al-Qur’an
sahaja umpama seorang posmen yang membawa surat dari pengirim kepada penerima.  

Hujah Ketiga:

          Prinsip Islam yang terpenting adalah tidak boleh mentaati sesuatu hukum syari’at
kecuali yang berasal dari Allah Subhanahu waTa’ala. Tidak boleh mencari atau mentaati
sumber hukum yang lain sebagaimana yang dikritik oleh Allah waTa’ala dalam ayat berikut:  

12
             Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah ? [al-An’aam 6:114]

         Umat Islam mentaati hukum-hukum yang berasal dari Rasulullah sallallahu-alaihi-
wasallam kerana mereka memahami firman Allah yang bermaksud: Taatlah kepada
Rasulullah sebagai bererti mentaati hukum-hukum yang berasal dari beliau. Ini adalah satu
fahaman yang salah kerana perintah mentaati Rasulullah bukanlah bererti mentaati
Muhammad tetapi bererti mentaati tugas yang dipertanggung-jawabkan kepada Muhammad
sebagai seorang Rasul Allah, iaitu membawa kitab al-Qur’anul Karim kepada manusia.
Seandainya umat Islam dikehendaki mentaati hukum-hukum yang berasal dari Muhammad,
pasti Allah akan berfirman umpama: Taatlah kepada Muhammad.

         Lebih dari itu Muhammad hanyalah seorang manusia biasa seperti kita semua, mentaati
beliau dalam urusan syari’at bererti menyamakan kedudukannya di sisi Allah Ta’ala dan ini
jelas satu perbuatan syirik yang besar.

Jawapan.

         Dakwaan di atas akan penulis jawab dalam 4 bahagian, [1] Siapakah “hakim” yang
sepatutnya bagi orang beriman ? , [2] Erti perintah Taatlah kepada Rasulullah [3] Adakah
mentaati Rasulullah satu perbuatan syirik ? dan [4] Kedudukan Muhammad sallallahu-alaihi-
wasallam sebagai seorang manusia biasa.

Pertama: Siapakah “hakim” yang sepatutnya bagi orang beriman ?

          Firman Allah Azza waJalla yang bermaksud: Patutkah aku hendak mencari hakim
selain dari Allah ? [al-An’aam 6:114] sebenarnya merupakan jawapan kepada tindakan
orang-orang musyrik Makkah ketika itu yang telah melantik seorang pemimpin Ahli Kitab
untuk mengadili kebenaran Muhammad sebagai seorang Rasul Allah. Mereka menyuruh
pemimpin Ahli Kitab tersebut menilai kebenaran Muhammad berdasarkan apa yang tertulis
dalam kitab Taurat dan Injil.13[1] Maka Allah Subhanahu waTa’ala menurunkan ayat ini yang
seluruhnya berbunyi:  

(Katakanlah): Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal
Dialah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya
satu persatu ? Dan orang-orang yang Kami berikan kitab (orang-orang Yahudi dan
Nasrani), mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan
sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari
golongan yang ragu-ragu. [al-An’aam 6:114], iaitu apakah patut dicari seorang hakim selain
Allah padahal Allah telah menurunkan kitab al-Qur’anul Karim yang jelas menyatakan dan
membuktikan kerasulan Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam. Ayat ini memiliki erti yang
lebih luas, iaitu apabila kita berdialog dan berbincang dengan orang-orang bukan Islam,
adalah mencukupi al-Qur’an sebagai “hakim” yang menjadi dalil, sumber penghujahan dan
bukti kebenaran.

           Ayat di atas tidak bermaksud mengecualikan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam


sebagai “hakim” bagi umat Islam dalam persoalan hukum-hukum mereka. Perhatikan ayat
berikut yang bukan sahaja menuntut ketaatan tetapi juga menjanjikan kejayaan kepada sesiapa
yang menjadikan Rasulullah sebagai seorang “hakim” yang memutuskan persoalan hukum di
kalangan mereka:  
13
              Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika
mereka diajak kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu
di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”; dan mereka
itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. [an-Nur 24:51]

Kedua: Erti perintah Taatlah kepada Rasulullah.

           Jika dikaji keseluruhan al-Qur’an akan didapati Allah Subhanahu waTa’ala merujuk
kepada Muhammad bin Abdullah sallallahu-alaihi-wasallam dengan 4 istilah. Yang pertama
adalah dengan istilah hamba-Nya sebagaimana ayat berikut:

             Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam
hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami
berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui. [al-Israa’ 17:01]

         Kedua Allah merujuk kepada Muhammad dengan nama baginda yang sebenar bagi
menerangkan kepada para pembaca al-Qur’an siapakah beliau. Contohnya adalah ayat
berikut:

           Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya
bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan
sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).
[al-Fath 48:29]

         Ketiga Allah merujuk kepada Muhammad dengan istilah Nabi apabila membicarakan
persoalan peribadi baginda seperti nasihat, urusan rumahtangga dan sebagainya. Berikut
adalah satu contoh:

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan


kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku
berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara
yang sebaik-baiknya. [al-Ahzab 33:28]

        Termasuk dalam kategori ketiga ini ialah apabila Allah Subhanahu waTa’ala merujuk
kepada Muhammad dengan kata-kata engkau atau kamu.

        Keempat Allah merujuk kepada Muhammad dengan istilah Rasul atau Rasul-Nya atau
Rasulullah, semua ini merujuk kepada tugas, peranan, amanah dan tanggung-jawab yang
dimiliki oleh baginda dalam urusan risalah Islam. Terdapat banyak contoh ayat yang
menggunakan istilah ini, satu darinya adalah:

Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu
(iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan
kamu, dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah
kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah 2:151]

Selain itu istilah Rasul juga digunakan oleh Allah Subhanahu waTa’ala dalam al-
Qur’an bagi mengingatkan kelebihan, kemuliaan dan keistimewa Muhammad sebagai seorang
manusia yang berpangkat Rasul supaya umat Islam menghormati dan berlaku sopan
terhadapnya. Berikut adalah satu contoh dan perhatikan perbezaan penggunaan istilah Nabi
dan Rasul:

           Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi
sambil mereka berkata: Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan
percaya pada apa yang didengarnya). Katakanlah: Dia mendengar (dan percaya) apa yang
baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula
menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu. Dan orang-orang yang
menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [at-Taubah
9:61]

           Kembali kepada asas perbincangan, tidak dinafikan bahawa Allah telah memerintahkan
ketaatan kepada Rasulullah dan bukan kepada Muhammad, bererti bahawa yang wajib kita
taati adalah segala tugas, peranan, amanah dan tanggungjawab baginda dalam konteks risalah
Islam. Akan tetapi adalah tidak wajar jika tugas tersebut dibataskan kepada membawa kitab
al-Qur’an sahaja kerana selain itu baginda juga memiliki pelbagai tugas yang penting seperti
yang telah disenaraikan di atas (lihat jawapan bagi hujah kedua). Maka perintah mentaati
Rasulullah bererti mentaati semua tugas-tugas yang dipertanggung-jawabkan kepadanya oleh
Allah Subhanahu waTa’ala, tidak satu sahaja.

Ketiga: Adakah mentaati Rasulullah satu perbuatan syirik ?

           Dakwaan bahawa mentaati ajaran, perintah dan larangan yang berasal dari Rasulullah
sallallahu-alaihi-wasallam adalah satu perbuatan syirik terhadap Allah Azza waJalla adalah
tidak benar kerana ia sebenarnya telah diberi pengiktirafan dan keizinan oleh Allah sendiri
sebagaimana firman-Nya:

          Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan
izin Allah. [an-Nisaa’ 4:64]

          Lebih dari itu, mentaati ajaran, perintah dan larangan yang berasal dari Rasulullah
sallallahu-alaihi-wasallam bererti mentaati Allah Subhanahu waTa’ala sendiri sebagaimana
firman-Nya:  

           Sesiapa yang taat kepada Rasul, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah.
[an-Nisaa’ 4:80]

Dalam sebuah ayat lain Allah Azza waJalla menegaskan:

       Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai
Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah
mengawasi keadaan mereka yang memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). [al-Fath
48:10]

         Firman Allah …memberi pengakuan taat setia kepadamu… adalah terjemahan dari
perkataan (yubaya`unaka) yang berasal dari kata dasar (al-bai') : al-Bai’ah. Ibnu Athir (606H)
menerangkan bahawa al-Bai’ah ialah suatu ungkapan (yang bermaksud) saling mengikat
atau saling berjanji, seolah-olah setiap pihak dari keduanya telah menjual apa yang ada
pada dirinya kepada sahabatnya, dan (dalam perjanjian itu) dia memberikan ketulusan hati,
ketaatan dan urusan dirinya (menyerahkan diri sepenuhnya).14[2]

          Ibnu Khaldun (808H) juga berkata: Ketahuilah bahawa al-Bai’ah merupakan kontrak
dan perjanjian untuk taat. Misalnya seorang yang menyampaikan sumpah setia, membuat
perjanjian dengan amirnya, akan menyatakan bahawa dia akan menyerahkan pengawasan
atau urusannya sendiri dan kaum muslimin kepadanya (amir) dan bahawa dia tidak akan
menandingi kekuasaannya dan bahawa dia akan mentaatinya dengan melaksanakan semua
tugas yang dibebankan kepadanya baik dia bersetuju atau tidak.15[3]

Oleh itu sesiapa yang berbai’ah kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam maka dia
sebenarnya berbai’ah kepada Allah Azza waJalla. Sesiapa yang bermuafakat, berikrar,
berjanji dan bersetuju untuk mentaati serta menyerahkan diri sepenuhnya kepada Rasulullah
maka dia sebenarnya bermuafakat, berikrar, berjanji dan bersetuju untuk mentaati serta
menyerahkan diri sepenuhnya Allah Azza waJalla. Ayat ke 10 surah al-Fath ini bersama ayat
80 surah an-Nisaa sebelumnya secara tegas membatalkan dakwaan bahawa mengikut dan
mentaati Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah satu perbuatan syirik terhadap Allah
Azza waJalla.

Kempat: Kedudukan Muhammad sebagai seorang manusia biasa.

Tidak dinafikan bahawa Muhammad bin Abdullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah


seorang manusia biasa yang makan dan minum seperti kita semua. Semua Rasul yang
diutuskan oleh Allah adalah dari jenis manusia, bukan malaikat atau jin. Hal ini telah
diterangkan sendiri oleh Allah Subhanahu waTa’ala beberapa kali di dalam al-Qur’an,
antaranya:

Katakanlah (wahai Muhammad): Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya
seorang manusia yang menjadi Rasul ? [al-Isra’ 17:93]

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan


orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka
bertanyalah kamu kepada “Ahlu – Zikri” jika kamu tidak mengetahui. Dan Kami tidak
menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan yang tidak makan minum, dan mereka pula
tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia). [al-Anbiya’ 21:7-8]

Hikmah diutus para Rasul dari jenis manusia adalah kerana tugas mereka bukanlah
sekadar membawa kitab suci Allah tetapi mereka juga bertanggung-jawab mengajar, menjelas
dan menterjemah ayat-ayat kitab suci menjadi perbuatan praktikal agar umat mudah
memahami dan mengikutinya. Para Rasul juga bertanggung-jawab untuk menunjukkan umat
kaedah hidup, terutamanya dari sudut akhlak dan moral supaya manusia dapat mengekalkan
diri mereka sebagai sebaik-baik ciptaan dan tidak pula menjadi haiwan dan binatang ternak.
Sudah tentu tugas-tugas ini tidak dapat disempurnakan jika Allah Subhanahu waTa’ala
mengutuskan para Rasul-Nya dari jenis malaikat, jin atau mana-mana makhluk lain.

           Oleh itu adalah benar dakwaan bahawa Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam adalah
seorang manusia biasa. Akan tetapi adalah tidak benar untuk memandang rendah dan

14
15
meremehkan Muhammad kerana Allah Subhanahu waTa’ala di dalam al-Qur’an telah
mengangkat dan memuliakan beliau berbanding manusia selainnya. Berikut adalah 10
keterangan al-Qur’an tentang kemulian dan kelebihan Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam.

10 Kemulian dan Kelebihan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.  


[1] Allah Subhanahu waTa’ala dan para Malaikat berselawat kepada Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:  

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan


dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad); wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan
yang sepenuhnya. [al-Ahzab 33:56]

Istilah Selawat berasal dari perkataan solat yang bererti doa. Apabila dikatakan
berselawat kepada Rasulullah, ia bererti mendoakan segala yang baik untuk baginda. Selawat
Allah kepada Rasulullah bererti pujian, pengagungan dan pengurnian rahmat oleh Allah
Subhanahu waTa’ala kepada baginda. Manakala selawat para malaikat dan manusia kepada
Rasulullah adalah doa agar Allah Subhanahu waTa’ala memberikan rahmat, keberkatan,
keutamaan dan kemulian kepada baginda. Ayat 56 surah al-Ahzab ini jelas menunjukkan
kemulian dan kelebihan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di atas mana-mana manusia
lain sehingga ke Hari Akhirat.

 
[2] Allah meninggi dan memuliakan nama Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:  

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu, dadamu (wahai Muhammad) ? Dan


Kami telah meringankan daripadamu, bebanmu (menyiarkan Islam) - Yang memberati
tanggunganmu ? Dan Kami telah meninggikan bagimu, sebutan namamu ? [asy-Syarh
94:1-4]

Terhadap firman Allah: ....... Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan
namamu .... telah diriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bersabda:
Jibrail (alaihi salam) telah datang kepada aku dan berkata: “Sesungguhnya Rabb
aku dan Rabb engkau telah telah berfirman – Tahukah bagaimana (Aku) menaikkan
sebutan namamu ?” Berkata Rasulullah: “Allah sahaja yang mengetahui.” Berkata
Jibrail: “Apabila namaKu disebut nama engkau disebut bersamaKu.” 16[4]
Riwayat ini sekalipun lemah isnadnya, tetapi maksudnya dibenarkan oleh umat Islam
sejak dari saat pertama Islam bermula. Yang dimaksudkan dengan Apabila namaKu disebut
nama engkau disebut bersamaKu adalah dalam sebutan syahadah, yakni apabila nama Allah
16
Subhanahu waTa’ala dan Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam disebut bersama: “Tiada
tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah” Berkata Mujahid (104H)
rahmatullhu-alaihi, anak murid bagi Abdullah ibnu Abbas (68H) radiallahu-anhu: Tidaklah
disebut (nama Allah) melainkan disebut juga nama dia (Muhammad) bersama (iaitu ketika
berkata) “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa
Muhammad adalah pesuruh Allah.” 17[5] Berkata juga Qatadah (118H) rahmatullahu-alaihi:
Allah telah meninggikan namanya (Muhammad) di dunia dan akhirat. Tiadalah seorang yang
menyebut atau bersyahadah atau bersolat kecuali akan berkata - “Tiada tuhan melainkan
Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah.” 18[6] Mujahid dan Qatadah adalah dua tokoh
ilmuan dan pakar tafsir generasi tabiin.

[3] Allah bersumpah dengan nama dan kedudukan Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Demi umurmu (wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam


kemabukan maksiat mereka. [al-Hijri 15:72]
Para ahli tafsir menerangkan bahawa apabila Allah Subhanahu waTa’ala bersumpah
dalam al-Qur’an, ia adalah bagi menunjukkan kebesaran objek yang disumpah-Nya atau bagi
mengisyaratkan besarnya subjek yang bakal menyusuli sumpah tersebut.19[7] Justeru apabila
Allah Subhanahu waTa’ala bersumpah dengan usia atau hayat Rasulullah, ia menunjukkan
kebesaran, keutamaan dan kepentingan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Malah inilah
julung kalinya Allah bersumpah dengan sesuatu yang bernyawa dalam al-Qur’an, sumpah-
sumpah-Nya yang lain semuanya ditujukan kepada benda tidak bernyawa seperti bulan,
matahari, waktu dan sebagainya. Abdullah ibnu Abbas (68H) radiallahu-anhu berkata: Allah
tidak mencipta atau membuat atau mereka suatu nyawa yang Dia muliakan lebih dari
Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam. Dan aku tidak pernah mendengar Allah bersumpah
dengan suatu nyawa selain nyawanya (Muhammad).20[8]

Selain itu Allah Subhanahu waTa’ala juga beberapa kali telah menyusul sumpah-
sumpah-Nya dengan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, sekali lagi membuktikan
kebesaran dan keutamaan baginda. Sila rujuk ayat-ayat berikut:

Yaa, Siin. Demi Al-Quran yang mengandungi hikmah-hikmah dan kebenaran yang
tetap kukuh, Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-
rasul yang telah diutus. [Yasin 36:1-3]

Demi bintang semasa ia menjunam, rakan kamu (Nabi Muhammad), tidaklah ia


menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat. [an-Najm 53:1-2]

Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, Engkau (wahai Muhammad) -
dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila. [al-Qalam 68:1-2]
17
18
19
20
Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini; Sedang engkau (wahai Muhammad)
tinggal di negeri ini. [al-Balad 90:1-2]

Demi waktu Dhuha, dan malam apabila ia sunyi-sepi, (bahawa) Tuhanmu (wahai
Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu). [ad-Dhuha 93:1-3]

[4] Allah membela dan melindungi Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan


yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana
Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya
orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus. [al-Kaustar 108:1-3]
Ayat ini turun sebagai menjawab orang-orang kafir ketika itu yang telah menyindir
Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam – kononnya beliau terputus zuriat keturunan, akibat
kematian putera-putera beliau dalam usia yang masih kecil. Oleh itu Allah Subhanahu
waTa’ala membela Rasulullah dengan menerangkan bahawa sekalipun beliau terputus zuriat
keturunan, risalah Islam yang dibawanya tidak akan terputus. Ia akan terus berkembang
sebagaimana yang dapat dilihat pada hari ini. Malah yang sebenarnya terputus adalah orang-
orang kafir itu sendiri, bilangan mereka makin mengecil dan mereka semua tertinggal dalam
kegelapan jahiliyah dan kesesatan taghut.21[9]

Ayat ini juga memiliki erti dan pengajaran yang lebih luas memandangkan Allah
Subhanahu waTa’ala telah menurunkannya dengan lafaz yang umum lagi terbuka. Oleh itu
ayat ini juga ditujukan kepada:

[1] Sesiapa yang membenci Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, termasuk menghina,


meremeh, merendah, bermusuhan, berdengkian dan marah kepada beliau.

[2] Sesiapa yang membenci dan melecehkan sunnah-sunnah Rasulullah, enggan mentaati dan
mengikutinya tetapi lebih suka berbuat bid’ah sesuka hati.
[3] Sesiapa yang membenci risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah.22[10]

Maka bagi orang-orang yang memiliki sifat kebencian ini, mereka terputus dari
rahmat, kasih sayang, hidayah, petunjuk, kebaikan dan ganjaran Allah Subhanahu waTa’ala.

Selain itu terdapat beberapa ayat lain yang menerangkan pemeliharaan dan
pertolongan Allah Subhanahu waTa’ala kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam,
antaranya ialah:

Dan Allah jualah akan memeliharamu (Muhammad) dari (kejahatan) manusia. [al-
Maidah 5:67]

21
22
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang
menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang
melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar. [al-Anfal
8:17] Ayat ini turun semasa Perang Badar apabila Allah Azza waJalla menurunkan pasukan
tentera para malaikat bagi menolong Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dan umat Islam.

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah)


menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau
mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka),
kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. [al-Anfal 8:30]

Jika kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah


telahpun menolongnya. [at-Taubah 9:40]

[5] Allah menyifatkan pengutusan Rasulullah sebagai Rahmat bagi sekalian alam.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan rahmat-Nya kepada orang-orang yang


beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul…..[‘Ali Imran 3:164]
Perkataan mannaLlah bererti limpahan nikmat, rahmat dan kurnia yang Allah berikan
kepada orang-orang Islam, iaitu apabila diutuskan kepada mereka Muhammad sallallahu-
alaihi-wasallam.23[11]

Katakanlah: Dia mendengar (Muhammad) apa yang baik bagi kamu, ia beriman
kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-
orang yang beriman di antara kamu. [at-Taubah 9:61]

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk


menjadi rahmat bagi sekalian alam. [al-Anbiya’ 21:107]
 
[6] Allah mensyaratkan kasih sayang kepada-Nya dengan ikutan kepada Rasulullah.

Sesiapa yang benar-benar mengasihi Allah Subhanahu waTa’ala, hendaklah dia


membuktikan kasih sayang tersebut dengan mengikuti sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-
wasallam. Firman Allah Subhanahu waTa’ala melalui lisan Rasulullah.

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka


IKUTILAH daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.
Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [‘Ali Imran 3:31]
 
[7] Sesiapa yang memuliakan, menolong dan mengikut sunnah Rasulullah akan berjaya
dunia dan akhirat, dan akan memperolehi, kasih sayang, keampunan dan keredhaan
Allah.

23
Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya,


juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya, mereka
itulah orang-orang yang berjaya. [al-A’raaf 7:157]

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka


IKUTILAH daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.
Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [‘Ali Imran 3:31]

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan
baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak. [al-
Ahzaab 33:21]

[8] Allah memuji akhlak dan perilaku Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang


amat mulia.[al-Qalam 68:04]

 
[9] Allah memberi amaran keras kepada sesiapa yang biadap dan tidak sopan terhadap
Rasulullah.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti
seruan atau panggilan sesama kamu. [an-Nur 24:63] Iaitu janganlah dipanggil Muhammad
tetapi panggilah “Ya Rasulullah” atau “Wahai Nabi”.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu


melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa
bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa
bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal
kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. [al-Hujerat 49:02]

Allah Subhanahu waTa’ala juga memberikan amaran keras kepada sesiapa yang
menyakiti Rasulullah dan melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya. Malah dalam
satu ayat lain Allah meletakkan Rasulullah di sisi nama-Nya dalam memperingatkan
kesalahan yang besar ini:

Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah, bagi mereka azab seksa yang tidak
terperi sakitnya. [at-Taubah 9:61]

Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti (atau melakukan perkara yang tidak


diredai oleh) Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat,
dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. [al-Ahzaab 33:57]
 
[10] Allah tidak akan menghukum sesuatu kaum selagi Rasulullah hadir di tengah-tengah
mereka ketika itu.

Firman Allah Subhanahu waTa’ala:

Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai
Muhammad) ada di antara mereka. [al-Anfal 8:33]
Demikian 10 dalil al-Qur’anul Karim yang menerangkan kemulian, penghormatan dan
kelebihan yang diberi oleh Allah Subhanahu waTa’ala kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-
wasallam. Semua ini menunjukkan bahawa beliau bukanlah sekadar manusia yang biasa tetapi
adalah manusia terpilih yang dikhususkan oleh Allah Tabaraka waTa’ala.24[12]

Hujah Keempat:

Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah dilarang keras oleh Allah Subhanahu waTa’ala


dari mengata atau mengajar sesuatu selain dari al-Qur’an sahaja. Firman Allah:

Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh
Rasul yang mulia. Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana
yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman. Dan juga bukanlah
Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi
sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (Al-Quran itu) diturunkan dari
Allah Tuhan sekalian alam.

Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan


atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan – Sudah tentu Kami akan
menyentapnya, dengan kekuasaan Kami – Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan
tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta); Maka tidak ada seorangpun di antara
kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya. [al-Haqqah
69:40-47]

Jawapan:

Ayat di atas khusus membicarakan tentang sifat keaslian kitab al-Qur’anul Karim. Asal ayat
adalah bagi menjawab tuduhan orang-orang kafir di zaman Rasulullah sallallahu-alaihi-
wasallam yang enggan menerima dan beriman kepada kitab al-Qur’an. Mereka berkata al-
Qur’an itu adalah hasil sebutan dan tulisan seorang penyair dan pawang, yakni Muhammad
bin Abdullah sendiri. Ia bukan wahyu Allah. Lalu ayat ini diturunkan bagi menolak dakwaan
mereka dengan menyatakan bahawa al-Qur’an yang disebut dan diajar oleh Muhamad bin
Abdullah itu sebenarnya adalah wahyu Allah dan Muhammad itu bukanlah seorang penyair
atau pawang tetapi adalah seorang Rasul Allah yang mulia.

Ayat ini juga seterusnya menyatakan bahawa seandainya Muhammad itu menyebut atau
mengajar sesuatu urusan agama yang tidak berasal dari sumber wahyu, nescaya nyawanya
akan diragut serta merta. Ancaman terakhir ini tidak lain adalah bagi membuktikan bahawa
risalah agama yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah benar-
benar tulen dari Allah Azza waJalla dan ia bukan rekaan atau dustaan beliau semata-mata.

24
Justeru keseluruhan ayat ini memberi jaminan kepada kita semua bahawa kesemua yang
disampaikan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam urusan agama dan syari’at ini
adalah dari sumber wahyu Illahi belaka.

Namun Golongan Anti Hadis telah menyempitkan tujuan ayat tersebut kepada pengertian
bahawa kononnya Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak dibenarkan untuk menyebut
atau mengajar apa jua urusan agama melainkan apa yang tertera di dalam al-Qur’an sahaja.
Perlu diingatkan bahawa ancaman Allah Azza waJalla dalam ayat: Dan kalaulah (Nabi
Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta
– sebarang kata-kata rekaan……adalah umum meliputi seluruh ajaran deen dan syari’at
Islam yang disampai, diucap dan diajarkan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, yakni
ajaran al-Qur’an dan sunnah-sunnah beliau. Ayat di atas tidak menyebut …… Dan kalaulah
(Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara
dusta – sebarang kata-kata selain al-Qur’an … ……

Oleh itu ancaman ayat di atas tidaklah terhad kepada al-Qur’an sahaja tetapi meliputi semua
yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam urusan agama.

Hujah Kelima:

Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sendiri pernah mengadu kepada Allah Subhanahu


waTa’ala bahawa umat Islam telah membelakangkan al-Qur’an dan hanya merujuk dan
mengutamakan hadis sahaja. Aduan diungkap sendiri oleh al-Qur’an:

Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-
Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”. [al-Furqan 25:30]

Jawapan:

Dakwaan ini mudah dijawab apabila kita perhatikan benar-benar kepada siapakah pengaduan
Rasulullah tersebut ditujukan. Perhatikan bahawa istilah yang digunakan dalam surah al-
Furqan di atas adalah “kaumku” dan bukannya “umatku”. Perkataan kaum lazimnya merujuk
kepada satu bangsa, suku atau kabilah manakala perkataan umat lazimnya merujuk kepada
satu kumpulan manusia yang mengikuti satu jalan atau pimpinan. Seruan Rasulullah
sallallahu-alaihi-wasallam terhadap kaumnya dalam ayat di atas adalah mirip kepada seruan
beberapa Rasul dan Nabi sebelum baginda terhadap kaum mereka masing-masing
sepertimana yang telah diungkap oleh al-Qur’an:

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Wahai kaumku!
Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah
patung anak lembu itu.” [al-Baqarah 2:54]

Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru
kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman).” [Nuh 71:05]

Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Hud ia berkata: “Wahai
kaumku! Sembahlah kamu akan Allah !” [Hud 11:50]
Nukilan 3 ayat di atas jelas menunjukkan bahawa para Nabi dan Rasul menggunakan
panggilan kaumku apabila merujuk kepada kaum atau masyarakat yang mereka hidup
bersama. Akan tetapi istilah kaumku akan berubah kepada umatku atau umat sahaja apabila
yang dirujuk adalah sekumpulan manusia yang mengikuti jalan atau pimpinan seseorang
Rasul tanpa mengira sama ada sekumpulan manusia tersebut hidup sezaman dengan Rasul
tersebut atau sesudahnya. Perhatikan ayat-ayat berikut:

Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya). [Yunus
10:47]

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul
(dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan
jauhilah Taghut.” [an-Nahl 16:36]

Dan bagi setiap umat yang memiliki Rasul tersendiri, diturunkan juga syari’at tersendiri:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan
jalankan. [al-Hajj 22:67]

Kita juga dikenali sebagai satu umat, yakni umat yang diutuskan seorang Rasul bernama
Muhammad bin Abdullah sallallahu-alaihi-wasallam:

Demikianlah, Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kepada satu umat yang telah lalu
sebelumnya beberapa umat yang lain. [ar-Ra’d 13:30]

Dan akhirnya setiap umat ini akan dipertanggung-jawabkan di Hari Kiamat nanti:

Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan
cemas dan menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk menerima kitab suratan
amalnya (serta dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa
yang kamu telah kerjakan !” [al-Jaathiyah 45:28]

Perbandingan antara ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita perbezaan antara istilah
kaum dan umat. Diulangi bahawa perkataan kaum lazimnya merujuk kepada satu bangsa,
suku atau kabilah manakala perkataan umat lazimnya merujuk kepada satu kumpulan manusia
yang mengikuti satu jalan atau pimpinan. Perkataan umat boleh mewakili kaum tetapi
perkataan kaum tidak boleh mewakili umat. Perbezaan guna antara istilah kaum dan umat
akan dapat dilihat dengan lebih jelas dalam ayat berikut:

Telah mendustakan sebelum mereka kaum Nabi Nuh dan golongan-golongan sesudah
mereka. Dan tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat terhadap
Rasul mereka untuk menawannya (dan membinasakannya); dan mereka pula telah
membantah dengan perkara yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan perkara
yang salah itu; sebab itu Aku binasakan mereka. Maka (lihatlah) bagaimana kesan
azabKu ! [al-Mu’minun 40:05]

Perhatikan bahawa apabila merujuk kepada golongan yang didakwah oleh Nabi Nuh alaihi-
salam, al-Qur’an menggunakan istilah kaum manakala apabila merujuk kepada sesuatu
golongan secara umum, yang keseluruhannya diutuskan seorang Rasul kepada mereka, al-
Qur’an menggunakan istilah umat.
Perbezaan guna antara istilah kaum dan umat juga dapat kita lihat dalam hadis-hadis
Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Pernah sekali Rasulullah disajikan dengan hidangan
daging dhab akan tetapi baginda tidak memakannya, lalu sahabat bertanya – apakah dhab itu
haram untuk dimakan ? Baginda menjawab:

“Tidak. Tetapi ia tidak terdapat di bumi kaumku lalu aku merasa jijik.” 25[1] Perhatikan
bahawa baginda Nabi mengaitkan keasingan daging dhab dengan masyarakat atau tempat
asalnya, dengan menggunakan istilah kaumku. Demikian juga apabila Rasulullah sallallahu-
alaihi-wasallam merujuk kepada kaum kafir Quraish yang telah menghalaunya dari kota asal
kelahirannya, yakni Kota Makkah al-Mukarramah, Rasulullah merujuk kepada mereka
sebagai kaumku, sebagaimana dalam hadis berikut ini:

Dari Ibnu Abbas (radiallahu-anhu), beliau berkata, telah bersabda Rasulullah sallallahu-
alaihi-wasallam tentang Kota Mekah: “Alangkah baiknya kamu sebagai satu negeri dan
alangkah kamu aku cintai, seandainya kaumku tidak mengusirku dari kamu, nescaya aku
tidak tinggal di tempat selain kamu.” 26[2]

Akan tetapi apabila Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam merujuk kepada urusan orang-orang


Islam seluruhnya hingga akhir zaman, beliau akan menyebut umatku sebagaimana terukir
dalam dua hadis berikut:

Sesungguhnya Allah memberi keampunan dan tidak mengambil kira segala pembicaraan
hati umatku selagi mereka tidak memperkatakannya atau melakukannya.27[3]

Perumpamaan umatku adalah seperti hujan, tidak diketahui apakah awalnya yang baik
atau akhirnya. 28[4]

Justeru pengaduan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam terhadap “kaumku” dalam ayat di


atas sebenarnya merujuk kepada bangsa atau sukunya sendiri di saat itu, yakni bangsa
Quraish.29[5] Ayat ini tidak ditujukan kepada kita umat Islam kerana kita tetap merujuk
kepada al-Qur’an di samping rujukan kepada al-Hadis.

Perlu ditambah bahawa sekalipun ayat ini merujuk kepada kaum Quraish di zaman Rasulullah
sallallahu-alaihi-wasallam, pengajarannya tidaklah terlepas dari kita umat Islam sehingga ke
akhir zaman. Tentu sahaja kita tidak ingin temasuk dalam kelompok yang dirujuk dan
diadukan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tersebut. Justeru kita tetap perlu berusaha
untuk mengimani, membaca, mendengar, mempelajari, mengkaji, mempraktik dan
membumikan al-Qur’anul Karim.30[6]

https://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah5.htm

25
26
27
28
29
30

Anda mungkin juga menyukai