Anda di halaman 1dari 16

KEPENTINGAN PENDEKATAN USLUB AL-QISSAH SEBAGAI METOD

DAKWAH MENGIKUT PANDUAN AL-QURAN

PENGENALAN

Al-Quran adalah kalam Allah s.w.t dan diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
sebagai petunjuk bagi manusia. Dalam al-Quran mengandungi perintah dan kisah-kisah
yang diceritakan oleh Allah melalui kalamnya. Kisah-kisah yang terkandung dalam al-Al-
Quran merupakan kisah terdahulu untuk dijadikan pengajaran dan teladan kepada umat
Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran mengandungi kisah-kisah baik dari segi syurga dan
neraka, orang mukmin dan kafir malah banyak juga menceritakan kisah-kisah perjalanan
hidup dan dakwah para nabi dan rasul terdahulu.

Kisah-kisah dalam al-Quran juga sarat dengan pengajaran dan teladan kepada
manusia, khususnya kepada pembaca dan pendengar, al-Quran juga menceritakan kisah
tentang kesusahan dan kesabaran para nabi dan umat terdahulu dalam menghadapi kaum
yang menolak dakwah dan yang menerimanya. Kisah-kisah yang dituturkan tidak
terlepas dari kehidupan manusia (Zulkifli Mohd Yusoff. 2011). Firman Allah SWT:








..



:Maksudnya
Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka
Allah mengutus para nabi sebagai pemberi kabar gembira dan pemberi
peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar,
untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka
perselisihkan.

(Al-Quran, al-Baqarah, 2 : 213)


2

Dalam dakwah, kisah-kisah yang dimuatkan dalam al-Quran adalah salah satu uslub yang
dipertengahkan untuk dijadikan teladan dan pengajaran kepada pendakwah dan juga
kepada penerima dakwah. Dakwah pada hakikatnya adalah usaha orang beriman untuk
menyebarkan Islam kepada ketaatan kepada Allah s.w.t baik kepada individu, keluarga,
masyarakat, mahaupun kepelbagaian bangsa.

KONSEP KISAH DALAM AL-QURAN

Definisi al-Qissah dari segi bahasa, perkataan kisah berasal dari bahasa Arab iaitu Qissah
( (
) yang diambil dari akar kata ( (,
,
) mufradnya Qissah ( (
) . Manakala
jamanya adalah Qasas (
( ) Mustafa al-Said Mustafa Khalil. 2009).

Kisah Al-Quran adalah kisah yang terbaik. Dalam al-Quran terdapat banyak kisah
tentang kaum-kaum terdahulu, para nabi dan orang-orang mukmin. Sebagaimana terdapat
berbagai kisah orang-orang kafir dan para perosak di muka bumi. Apa yang dikisahkan
oleh Allah SWT melalui al-Quran kepada kita merupakan kisah yang terbaik. Firman
Allah SWT:












Maksudnya:

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah


kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini.

(Al-Quran, Yusuf, 12: 3)

Menurut Abdul Karim Zaidan , semua kisah yang ada dalam al-Quran adalah kisah yang
terbaik. Kalimat ahsanal qashash (sebaik-baik kisah), dalam bahasa Arab ada yang
mengatakan sebagai masdar, ada juga yang mengatakan sebagai maful bih (objek). Jika
mengikut perdapat pertama, maka ayat di atas bermaksud kami mengisahkan yang
paling baik . manakala pendapat kedua bermaksud kami mengisahkan kepada kalian
sebaik-baik apa yang dikisahkan Seterusnya firman Allah s.w.t:
3





:Maksudnya

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang


mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.

(Al-Quran, Yusuf, 12: 111)

Menurut Ibnu Taimiah pengertian kisah berpanduakan ayat di atas ialah yang benar
bahawa kata qashas (kisah) dalam firman Allah s.w.t kami kisahkan kepada kamu,
sebaik-baik kisah adalah maful bih, walaupun asalnya masdar, namun boleh dipakai
sebagai maful bih (Abdul karim Zaidan. 2001). Menurut pakar-pakar bahasa Arab
bahawa Qissah ( (
) mengandungi beberapa pengertian:

Pertama: mengikut jejak. Pendapat ini dipegang oleh Imam Abu Bakr al-Razi, merujuk
kepada kata-kata (( bermaksud mengikuti jejaknya

Kedua: Khabar berita, pendapat ini disokong oleh Ibn Manzur. Pengertian tersebut
) maksudnya ia mengkhabarkan beritanya
merujuk kepada kata-kata Arab, (
kepadaku

Ketiga: Mendekatkan. Pendapat ini diambil oleh al-Farra. Pengertian ini merujuk
) membawa maksud mendekatkanya kepada
kepada kata-kata (
mati( Ahmad Ghalus. 1987).

Manakala dari segi istilah, pengertian kisah dari sudut istilah ialah berita-berita tentang
keadaan umat masa lampau yang menerangkan kedudukan dan sikap mereka terhadap
para nabi. Kisah adalah kesan yang dan ia bertujuan untuk menyampaikan. Kisah secara
umumnya menurut al-Quran adalah untuk memberi pengajaran (ibrah) dan (Izzah). Oleh
yang demikian, dapat dirumuskan bahawa kisah yang terkandung dalam al-Quran
membawa kesan kepada manusia dan ia dijadikan sebagai iktibar dalam kehidupan umat
manusia (Mustafa al-Said Mustafa Khalil. 2009).

Maka dapatlah difahami bahawa kisah yang disebut dalam al-Quran adalah asas
kepada lafaz kata-kata yang baik dan maknanya yang menceritakan tentang peristiwa-
4

peristiwa terdahulu dan disertai dengan apa yang memberi petunjuk kepada agama dan
membawa kepada kebaikan (Ahmad Ghalus. 1987).

JENIS-JENIS KISAH DALAM AL-QURAN

Kisah Para Nabi

Tugas para nabi adalah mengeluarkan umat manusia daripada kegelapan kepada cahaya
iaitu mengeluarkan mereka dari kesesatan kepada petunjuk yang benar. Dalam al-Quran
Allah SWT menceritakan kisah-kisah perjalanan dakwah para nabi dan mukjizat yang
diberikan Allah SWT kepada mereka. Selain itu, menerangkan kisah-kisah sikap orang
yang ingkar terhadap seruan dakwah para nabi dan menjelaskan tahap-tahap dakwah serta
perkembangannya. Malah ia juga menceritakan kisah balasan kepada orang yang beriman
mahupun ingkar seperti kisah Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa
a.s, Nabi Muhammad s.a.w dan nabi-nabi yang lain.

Kisah Tentang Peristiwa Masa Lampau

Kisah yang terkandung dalam al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa lampau seperti
kisah Talut-Jalut, Kisah Qabil-Habil, kisah Ashab al-Kahfi, Zulqarnayn, Maryam, Qarun,
kisah Ashab al-Ukhduddan Ashab al-Fil dan kisah Ashab al-sabt.

Kisah yang Terjadi Pada Zaman Rasulullah S.A.W

Kisah al-Quran yang menceritakan peristiwa penting yang berlaku pada zaman
Rasulullah s.a.w bersama umatnya seperti kisah perang Badar, perang uhud dalam surah
al-Imran, perang Hunayn dan perang Tabuk dalam surah al-Taubah, perang Ahzab dalam
surah al-Ahzab. Begitu juga kisah peristiwa Isra maraj, Hijrah dan sebagainya.(Mustafa
al-Said Mustafa Khalil. 2009).
5

MATLAMAT DAN KISAH DALAM AL-QURAN

Kisah-kisah yang terkandung dalam al-Quran contohnya perjalanan dakwah para nabi
dan umat terdahulu seperti Nabi Adam a.s, Nabi Nuh a.s sehingga Nabi Muhammad
SAW, kisah ashab al-Kahfi, Isra maraj, perang Badar, perang Ahzab adalah salah satu
uslub kisah yang terpenting kepada pendakwah untuk dijadikan sebagai metod dalam
menyeru manusia kepada Allah.

Kisah penceritaan yang terdapat dalam al-Quran yang penuh dengan pengajaran
dan pengiktibaran mempunyai matlamat tertentu. Antara matlamat al-Qissah dalam al-
Quran adalah seperti berikut seperti berikut:

Sebagai Petunjuk Dan Panduan

Tentangan, makian penghinaan adalah antara halangan dan cabaran Rasulullah SAW
dalam memyampaikan misi dakwahnya kepada kaumnya. Tentangan yang hebat, ejekan
dan juga seksaan juga antara cabaran dakwah Baginda SAW dalam masa yang sama,
kaum kufar Quraisy turut menyeksa pengikut dan sahabat-sahabat baginda dengan
seksaan yang sangat berat. Antara mereka Bilal bin Rabah, Ammar bin Yasir dan lain-
lain.

Untuk meringankan beban tersebut, maka Allah SWT menurunkan wahyu


menceritakan kisah nabi-nabi terdahulu bersama pengikut mereka, di mana mereka juga
turut menerima penderitaan dan seksaan sama seperti yang dialami oleh Rasulullah s.a.w
dan pengikutnya. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:
Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu
(wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya dan telah datang
6

kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi
orang-orang yang beriman.

(Al-Quran, Hud ,11: 120)

Sebagai Bukti Kebenaran Wahyu Ilahi

Kisah al-Quran sebagai bukti atas kebenaran wahyu dan risalah yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w. Baginda yang dikenali sebagai seorang yang tidak pandai menulis dan
tidak pernah menimba ilmu daripada tokoh-tokoh Yahudi dan Nasrani. Hal ini cukup
membuktikan bahawa Al-Quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w bukan hasil
dari pengalaman Baginda melainkan wahyu Allah SWT kepadanya.

Firman Allah s.wt:












:Maksudnya

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan


jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau
sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah
menyedari akan halnya.

(Al-Quran, Yusuf , 12: 3)

Bukti Bahawa Semua Agama Samawi Berasaskan Satu Akidah

Apabila diperhatikan dengan teliti didapati semua kisah-kisah para nabi Allah s.w.t dalam
al-Quran menyampaikan seruan yang sama, seolah-olah seruan itu berasal dari orang
yang sama, seruan itu ialah akidah tauhid. Dalam dakwah mereka menyeru beriman
kepada Allah s.w.t dan membenteras ajaran-ajaran yang menyesatkan seperti akidah
7

syirik, percaya kepada benda-benda dan lain-lain. Persamaan perjalanan dakwah para
nabi membuktikan kebenaran agama Islam yang dibawa oleh para nabi seperti kaum Nabi
Nuhaa.s, Nabi Hud a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Muhammad s.a.w dan ramai lagi (Ismail
al-Qursyi. 2012)

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:

Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Dia
berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada
Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu
bertakwa kepadaNya?

(Al-Quran, al-Araf 7: 65)

Untuk Menguji keteguhan Iman Para Mukmin

Kisah-kisah keteguhan umat terdahulu dalam menghadapi dugaan serta ujian yang berat
turut diceritakan oleh Allah s.w.t sebagai perbandingan kepada orang-orang yang
mengaku beriman. Antaranya kisah sahabat Salamah bin Hisyam, Iyash bin Abi Rabah,
Walid bin Walid, Amar bin Yasir. Mereka diseksa bahkan dibunuh kerana
mempertahankan keislaman mereka. Kisah umat terdahulu sengaja diceritakan oleh Allah
s.w.t supaya mukmin pada hari ini mengambil pengajaran dari kisah tersebut.

Firman Allah s.w.t:


8










:Maksudnya

Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan


dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji
(dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji
orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang
demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang
sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang
orang-orang yang berdusta.

(Al-Quran, al-Ankabut, 29:1-3)

Untuk Menunjukkan Kekuasaan Allah Atas Segala Ciptaa-Nya

Sememangnya kisah yang terkandung dalam al-Quran adalah tanda-tanda keagungan dan
kekuasaan Allah SWT. dalam masa yang sama menjadi pengajaran kepada manusia,
manakala bagi orang beriman menjadi pendorong untuk sentiasa membela kebenaran dan
menumpas kebatilan. Antara kisah yang diceritakan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran
sebagai bukti kekuasaan Allah s.w.t terhadap ciptaan-Nya.

Contonya kisah ashab al-Kahfi, yang disebut dalam surah al-Kahfi. Kisah ini cukup
memberikan bukti kepada seluruh makhluk tentang kekuasaan Allah s.w.t. iaitu kisah
ajaib para pemuda yang berdiam di dalam gua bebrapa abad lamanya. Pemuda-pemuda
tersebut menginggalkan kampong halaman mereka kerana menjaga kesucian akidah
mereka (Ahmad Muhammad Jamal. 1994).

Allah s.w.t menegaskan di dalam firmanya:

Maksudnya:

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul


Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda
yang membuktikan kekuasaan Kami? (Ingatkanlah peristiwa) ketika
serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai
Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-
kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.

(Al-Quran, al-Kahfi, 18: 9-10)

Bukti lain kisah isra dan miraj Nabi Muhammad s.a., yang Allah s.w.t ceritakan dalam
Surah al-Isra. Kisah di mana Allah SWT memperjalankan Baginda SAW pada suatu
malam dari masjidil al-Haram ke masjid al-Alqsa, kemudian ke satu tempat yang paling
tinggi (sidratul muntaha) dengan menaiki Burak. Peristiwa seumpama ini tidak mungkin
dalam jangkauan manusia, tapi tidak mustahil bagi Allah. Justeru itu, kisah-kisah tersebut
semestinya dapat menambah dan menebalkan keimanan para mukmin terhadap Allah
SWT.

Untuk Membuktikan Bahawa Pertembungan di Antara Kebenaran dan Kebatilan


Tetap Berlaku

Pertembungan antara haq dan batil sudah berlaku sejak awal mula kejadiaan manusia.
Al-quran menceritakan bagaimana keingkaran iblis bersujud kepada Nabi Adam a.s
ketika mana Allah SWT memerintahkan kepada iblis. Namun iblis ingkar terhadap
suruhan Allah, maka Allah SWT menghukumnya sebagai makhluk yang derhaka dan
terlaknat sebagaimana firman Allah SWT:

:Maksudnya
10

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri


hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi
hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari
golongan yang kafir.

(Al-Quran, al-Baqarah, 2: 34)

Sejak itulah pertembungan antara haq dan batil terus berlaku sehingga hari kiamat.

Pembalasan Terhadap Sesuatu Kezaliman

Allah Maha Adil, setiap perbuatan pasti dibalas dengan seadil-adilnya tidak kira
perbuatan buruk atau baik. Pembalasan terhadap kezaliman dibalas setimpal dengan
perkara yang dizalimi dan tidak melebihinya begitu juga sebaliknya. Dalam penceritaan
ini, antaranya contoh kisah yang Nabi Musa dangan Firaun, Qarun dengan hartanya,
Talut dengan tentera pasukanya, perang Ahzab dan banyak lagi (Johari Yaman. 2009)

Penceitaan kisah tersebut sebagai peringatan dan ancaman bagi manusia yang
zalim dan ingkar terhadap Allah. Seperti mana kisah peperangan al-Ahzab atau dikenali
juga dengan perang Khandak (parit) yang disebut dalam surah Ahzab. Bagaimana
Baginda SAW bersama umat Islam pada ketika itu dalam menghadapi perang tersebut
penuh tekanan dan ujian yang sangat berat. Bagaimana tegangnya suasana ketika itu
apabila jiran umat Islam dari puak Yahudi Bani Nadhir dan Banu Wail yang disangka
sebagai kawan dan sekutu mengkhianati dan bersekongkol dengan kaum musyrikin
Quraisy Mekah untuk menghancurkan kerajaan islam yang sedang berkembang di
Madinah al-Munawwarah. Bantuan tentera dari yahudi seramai sepuluh ribu tentera
musuh lengkap bersenjata untuk mengempur habis-habisan tentera muslim yang serba
kekurangan dan bilangan yang hanya kurang tiga ribu orang sahaja. Pakatan Musyrikin
dan yahudi begitu angkuh dan benar-benar bertekad utuk menghapusakan Rasulullah
SAW dan seluruh umat Islam di muka bumi ini (Ismail al-Qursyi. 2012).

Firman Allah SAW:














11









Maksudnya:
Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang
tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: Allah dan RasulNya
tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan
sahaja. Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata:
Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk
berjuang di sini), oleh itu baliklah dan sebahagian dari mereka pula meminta
izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: Sesungguhnya rumah-rumah
kami memerlukan perlindungan, pada hal dia tidak memerlukan
perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang
menegakkan Islam).

(Al-Quran, al-Ahzab, 22 :12-13)


Situasi yang tegang dan bertambah teruk dengan tekanan dalaman dari golongan yang
secara terang-terangan menunjukkan sikap kemunafikan dan cuba menimbulkan
keraguan di kalangan kaum muslimin sepertimana yang disebut dalam ayat di atas.
Namun begitu, dalam perang ini menggambarkan dengan jelas akan karisma Rasulullah
SAW sebagai tauladan bagi umat manusia yang lain sepertimana Allah SWT gambarkan
dalam firmannya:

Maksudnya:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan
(balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

(Al-Quran, Al-Ahzab, 22 :21


12

Hasil dari kepimpinan Baginda SAW dan perpaduan umat Islam yang teguh dan penuh
keyakinan iman, Allah memberi kemuliaan dan kemenangan yang manis dengan
menyaksiakan kehancuran barisan musuh tanpa perlu menghayunkan sebilah pedang
pun. Peristiwa kemenangan tentera Islam ini dilihat sangat banyak pengajaran berharga
yang perlu dipelajari dan diambil panduan (Mohd Mustaffa bin Jusoh. 2013).

USLUB AL-QISSAH DALAM AL-QURAN

Pengulangan Kisah dalam al-Quran

Dalam al-Quran kadang-kadang satu kisah diulang beberapa kali dan pengulangan
tersebut terkandung dalam ayat dan surah yang berbeza. Namun pengulangan begitu,
tersebut sebenarnya mempunyai manfaat tersendiri dan rahsia yang terkandung di
dalamnya. Kisah di dalam al-Quran diturunkan untuk tujuan pelajaran, nasihat dan
mempengaruhi akal dan hati manusia. Maka bertitik tolak dari tujuan tersebutlah
penyampiannya bervariasi antara singkat dan terperinci (ijaz dan ithnab). Dapat dilihat
pada satu bahagian disebut beberapa makna dan pengajaran yang tidak terdapat pada
bahagian lain sehingga tidak membosankan sama ada dari segi lafaz atau makna.

Selain itu, perkataan yang diguna pakai untuk mengisahkan satu kisah, bukanlah
perkataan yang asal dari orang yang dikisahkan, bahkan nmerupakan ungkapan yang
mewakili bahasa asal dan kejadian suatu kisah yang diceritakan. Hal ini kerana,
sebahagian orang yang dikisahkan adalah bukan orang-orang Arab dan tidak bercakap
dalam bahasa Arab. Sekiranya ada yang menggunakan bahasa Arab, maka tidak sama
dengan bahasa al-Quran dari segi kefasihan dan ketinggian tata bahasanya. Namum
begitu metod dan cara penyampaian sesuatu kisah dalam al-Quran tidak berbeza, malah
masih mempunyai makna yang sama (Abdul Karim Zaidan. 1987)
13

Kisah para nabi diturunkan di dalam beberapa surah. Secara jelas kisah tersebut
berulang-ulang, namun pengulangan ini mempunyai hikmah yang tinggi dan isyarat yang
mendalam. Antara rahsia pengulangan kisah dalam al-Quran, dimana bertujuan untuk
memperkuatkan dan memperjelaskan kisah berkenaan dengan pengulangan yang dapat
mendatangkan pengajaran baru di mana pengajaran tersebut tidak terdapat pada ayat atau
surah yang lain pada waktu menceritakan kisah tersebut. Pengulangan kisah al-Quran
sebagai bukti kemukjizatan al-Quran, Ianya juga sebagai pembeza antara kalam Allah
dengan manusia. Sekaligus menafikan kemampuan manusia untuk menandingi sejak
mula diturunkan hingga ke akhir zaman. Selain itu, pengulangan kisah al-Quran juga
sebagai bukti yang membezakan kitab samawi dan bukan samawi, malah kisah-kisah
yang disebutkan secara berulang-ulang mempunyai tujuan yang berlainan dalam
penceritaannya. Begitu juga dengan keindahan gaya bahasa al-Quran ketika mana
menceritakan kisah-kisah yang berbeza dengan kitab-kitab yang ditulis oleh manusia.

Pengulangan kisah al-Quran sebagai bukti kisah dalam al-Quran. Terdapat


beberapa contoh pengulangan kisah di dalam al-Quran. Tetapi terdapat sesetengah kisah-
kisah al-Quran tidak diulang dan ia hanya diceritakan sekali sahaja dalam al-Quran.
Contohnya kisah Nabi Musa a.s dan Firaun diulang sebanyak tiga puluh kali dalam
beberapa surah al-Quran dan merupakan kisah yang paling banyak berulang dalam al-
Quran sama seperti kisah Nabi Adam dan juga Nabi Isa. Mereka merupakan sebahagian
nabi yang diceritakan sejak daripada mula kelahiran mereka yang berkait rapat dengan
peristiwa-peristiwa penting. Ada juga kisah sebahagian para nabi yang diceritakan sejak
dari usia muda seperti Nabi Yusuf, nabi Daud, Nabi Ibrahim. Bahkan ada juga sebahagian
kisah nabi yang ceritakan dalam al-Quran pada saat akhir kehidupan mereka. Di mana al-
Quran tidak menceritkan masa kelahiran dan masa muda mereka, tetapi al-Quran hanya
menceritakan tentang perjalanan hidup mereka setelah mendapat wahyu dan perjalanan
dakwah mereka. Contohnya Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Soleh, Nabi syuayb dan para
nabi yang lain.

Selain dari kisah-kisah panjang yang diceritakan seluruh peristiwa yang berlaku
seperti kisah Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Adam, Nabi Ibrahim. Malah ada juga kisah
pendek yang di singkatkan, di mana kisah ini diceritakan yang berkaitan dengan
14

pengajaran sahaja. Contoh kisah Nabi Nuh, Nabi Lut, Nabi soleh, dan Nabi Hud. Bahkan
ada juga kisah sebahagian nabi diceritakan terlalu singkat seperti kisah Nabi Zakaria a.s,
Nabi Ayub a.s, Nabi Yunus a.s dan lain-lain. Ada juga kisah nabi yang disebut dalam
dalam kisah nabi lain, kemudian disebut semula pada akhir wafatnya seperti Nabi
Yakub. Sesetengah nabi yang hanya disebut nama tanpa diceritakan kisah atau peristiwa
yang berlaku kepada mereka, seperti Nabi Idris, Nabi Ilyas, Nabi Zulkifli dan ada juga
kisah-kisah yang terdapat dalam al-Quran tidak menyebut bilangan ahli mereka seperti
kisah ashab al-Kahfi, di mana Allah tidak menyebut nama pemuda tersebut. Dan dalam
al-Quran tidak semua nabi disebut tentang kisah mereka, hal ini kerana kisah-kisah
tersebut diceritakan bertujuan agar manusia dapat mengambil suatu pengajaran,
peringatan, petunjuk serta memahami tentang prinsip-prinsip dakwah.

HASIL KAJIAN KEPENTINGAN PENDEKATAN USLUB AL-QISSAH SEBAGAI


METOD DAKWAH MENGIKUT PANDUAN AL-QURAN

Kisah yang diceritakan oleh Allah SWT dalam al-Quran merupakan salah satu metod
dakwah yang terpenting dalam mendatangkan contoh atau penceritaan ketika
menyampaikan, kisah dalam al-Quran adalah pengajaran dan panduan bagi manusia
dalam menyelesaikan segala kemelut dan permasalah yang dihadapi oleh umat manusia
pada hari ini. Dapat dilihat bagaimana Allah menceritakan kepada manusia tentang
sesebuah kisah, tidak semua nabi disebuat dalam al-Quran, ada yang disebut berulang
kaji dalam surah yang berlainan dan ada juga yang diceritakan pada awal kelahiran dan
pada kewafatannya sahaja.

Kisah-kisah yang terdapat dalam al-Quran penting sebagai Teladan, penasihat dan
pengajaran dari pada Allah SWT kepada seluruh umat manusia.

KESIMPULAN
15

Pendekatan uslub al-Qissah dalam al-Quran sebagai metod dakwah adalah uslub
terpenting dalam menyeru manusia supaya beriman kepada Allah s.w.t. melalui kisah-
kisah al-Quran yang mengandungi pengajaran dan peringatan yang boleh diambil
sebagai panduan dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Kisah-kisah yang
terdapat dalam al-Quran bukan hanya berkisar tentang ketaatan, perintah dan larangan
sahaja,bahkan kisah-kisah para nabi dan umat terdahulu juga turut diceritakan untuk
dijadikan panduan penguat kepada para pendakwah.

Oleh yang demikian, Para pendakwah haruslah merenung dan menghayati cara
penggunaan uslub kisah dalam menjadikan kisah al-Quran sebagai metod dakwah, untuk
dijadiakan contoh teladan dalam penyampian dakwah mereka.

RUJUKAN

Al-Quran, Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran.


1988. Kuala Lumpur:Bahagian Hal Ehwal Islam

A.Iiyas Ismail.2006. Paradigma Dakwah Sayyid Quthub: Rekonstruksi Pemikiran


Dakwah Harakah. Jakarta: Penamadani.

A.Hasjmy. 1974. Dustur Dawah Menurut Al-Quran. Jakarta: Bulan Bintang.

Abdul karim Zaidan. 2001. Kisah-Kisah Al-Quran: Pelajaran Untuk Dawah Dan
Kehidupan Berjemaah. Jakarta: Robbani Press.

Ahmad Muhammad Jamal. 1994. Kisah Di Sebalik Wahyu Ilahi. Kuala Lumpur: Jasmin
Enterprise.

Ahmad Ghalus.1987. al-Dakwah al-Islamiyah. Bairut: Darul Kitab Mesir.

Ismail al-Qursyi. 2012. Peringatan Bagi Seluruh Alam: Kisah-Kisah Dalam Al-Quran.
Terj. Abdul Rachman Saleh Siregar. Selangor: Al-Hidayah Publication.

Johari Yaman. 2009. Kisah Para Nabi Prengajaran dan Iktibar. Selangor: Nadi Minda
Resources.

Mohd Mustaffa bin Jusoh. 2013. Pengajaran Perang Al-Ahzab di dalam Pengurusan
Dan Kepimpinan Islam. Majlis Agama Islam Selangor News, 9 Disember: 3
16

Muhammad Ali ash-Shabuni. 1422H/ 2001M. Kenabiaan Dan Riwayat Para Nabi. Terj.
Alwi AS. Jakarta: PT Lentera Basritama

Mustafa al-Said Mustafa Khalil. 2009. Ijaz al-Tasir Lil-Quran al-Karim: wal asru fi.
al-Dakwah Ila Allah Taala. : Agialuna.

Zulkifli Mohd Yusoff. 2011. Tafsir Ayat Ahkam: Huraian Hukum-Hakam Dalam Al-
Quran. Selangor: PTS Darul Furqan.

Anda mungkin juga menyukai