Anda di halaman 1dari 62

BAB 1 PENGENALAN KEPADA MASALAH 1.

0 Pendahuluan Proses kajian ini akan dijalankan ke atas sekumpulan murid disebuah kelas tahun lima di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Tobiar, Pendang, Kedah. Kajian ini adalah berkaitan kaedah pembelajaran yang akan digunakan ke atas murid melibatkan kemahiran membaca dan menulis perkataan homograf di dalam tulisan jawi, yang merupakan salah satu kemahiran yang agak sukar oleh murid-murid terlibat, kerana ada murid yang boleh membaca tetapi kurang tepat dari segi penulisan. .Kenyataan ini diperolehi hasil daripada kaji selidik secara tidak rasmi setelah membuat perbincangan dengan Guru Pendidikan Islam .

Kemahiran membaca dan menulis dipilih kerana saya beranggapan ia amat sesuai dan berkesan untuk menarik minat dan penglibatan yang maksimum di kalangan murid. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan ia bakal menemukan suatu impak yang berkesan terutamanya peningkatan penguasaan tulisan jawi di kalangan murid.. Disamping itu proses ini juga akan memberi kesan yang bermakna terhadap penguasaan murid dalam menulis dan membaca jawi khususnya dan mata pelajaran Pendidikan Islam umumnya.

Kajian ini, saya akan menggunakan sebuah kelas yang terdiri daripada 20 orang murid yang berbagai tahap kebolehannya. Perbandingan keberkesanan dan pengaruh

terhadap minat akan diukur setelah dilakukan pengajaran dan pembelajaran ke atas murid yang terlibat. Hasil dapatan kepada keberkesanan sebelum dan selepas kajian akan dibuat perbandingan untuk menilai sejauh mana kekuatan sesuatu kaedah yang dipraktikkan..

Tumpuan konsep kajian ini ialah bagaimana untuk menjana minat membaca perkataan atau ayat dengan bacaan yang betul perkataan homograf dalam tulisan jawi bagi murid-murid dalam situasi yang berbeza tersebut. Disamping itu juga, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman guru tentang perkataan homograf dalam tulisan jawi semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kajiankajian lepas dan penulisan-penulisan yang berkaitan dengannya.

Berdasarkan kepada fakta yang mengatakan bahawa antara ciri-ciri yang dapat dikaitkan dengan kejayaan membaca dan menulis perkataan homograf dalam tulisan jawi seseorang murid ialah kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar. . Ciriciri ini dapat di jana melalui kaedah pandang sebut, kaedah bunyi dan kaedah mengeja dan kaedah imlak, kerana kaedah ini melibatkan aktiviti yang berbagai serta memerlukan penglibatan yang menyeluruh serta menjadi agenda baru untuk memupuk minat yang lebih tinggi terhadap tulisan jawi..

1.1

Latar Belakang Kajian. Penguasaan kemahiran membaca dan menulis perkataan homograf yang

terkandung dalam tulisan jawi merupakan kemahiran penting untuk membaca jawi

dengan baik. Kelemahan dalam kemahiran ini akan menjejaskan kemahiran membaca dan menulis jawi, kerana perkataan homograf agak banyak di dalam tulisan jawi. Perkataan homograf ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu homograf biasa, homograf hakiki sama ejaan dan homograf hakiki imbuhan. Pengetahuan dan kemahiran murid menguasai bacaan dan penulisan perkataan homograf akan membantu murid menguasai bacaan. dan tulisan jawi dengan berkesan seperti di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Tulisan dan bacaan jawi merupakan satu kemestian yang wajib dikuasai oleh setiap murid Islam , justeru itu pencapaian dalam penguasaan bacaan jawi menjadi satu kayu pengukur kejayaan seseorang murid itu dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kelemahan dalam perkara tersebut juga akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran dalam topik-topik seperti pelajaran al-Quran fekah, aqidah, sirah dan akhlak, kerana buku teks Pendidikan Islam Sekolah Rendah sebagai bahan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi sepenuhnya.

Berdasarkan laporan keputusan E-Pantau Bulan Mei Tahun 2011 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam untuk tahun lima Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh ini menunjukkan hanya 42.86% pelajar yang lulus berbanding 57.14% gagal. Ini

menunjukkan tahap penguasaan bacaan dan tulisan jawi masih lagi rendah, kerana soalan tersebut dibuat dalam tulisan jawi.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN Berdasarkan pemerhatian yang dibuat semasa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas didapati ramai murid yang tidak memahami perkataan homograf iaitu ejaan yang sama pada asalnya tetapi berlainan maksud. Paling mengecewakan setengah daripada mereka ialah tidak dapat menulis dengan jelas perkataan-perkataan homograf ini. Perkara ini mungkin disebabkan murid tersebut tidak memahami bacaan pada perkataan yang sama tetapi berlainan maksud.

Murid didapati mempunyai masalah untuk membezakan penulisan pada perkataan tersebut. Mengikut kaedah pada homograf biasa ialah meletakkan huruf Alif pada suku kata yang berbunyi a untuk membezakan dua maksud perkataan tersebut (lihat rajah 2 ). Homograf hakiki sama ejaan ialah perkataan yang dibaca mengikut konteks ayat, perkataannya tetap sama tetapi sebutannya agak berbeza. (lihat rajah 3 ). Sementara homograf hakiki berimbuhan terjadi apabila diletakkan imbuhan diawal atau diakhir perkataan (lihat rajah 4 ).

Pencapaian murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh dalam mata pelajaran Pendidikan Islam kurang memuaskan terutama pada perkataan homograf. Kelemahan ini menyebabkan murid kurang yakin untuk membaca buku teks dan tidak dapat menjawab soalan peperiksaan yang ditulis dalam tulisan jawi seterusnya mereka menjadi kurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam. Jika sebarang penyelesaian tidak diambil, dijangka sikap ini akan berpanjangan untuk jangka

masa yang lama dan akan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam keseluruhannya.

Dalam kajian ini, ia melibatkan pembolehubah bersandaran di mana kita ingin melihat sejauh mana murid boleh membaca dan menulis perkataan homograf di dalam tulisan jawi. Melalui kaedah pembelajaran pandang sebut, kaedah bunyi dan kaedah mengeja dan kaedah imlak dapat dibuat perbandingan pencapaian murid dalam kemahiran yang diuji dalam keadaan sebelum, semasa dan selepas kajian dibuat.

Kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak saling berhubung dengan kaedah pembelajaran yang dilakukan oleh guru. Guru yang dapat memotivasikan muridnya dengan baik akan dapat membentuk nilai yang baik dalam diri murid dan seterusnya akan dapat mengubah daya fikir mereka untuk bersikap dengan lebih baik, berminat terhadap pengajaran guru dan lebih yakin dalam membaca dan menulis jawi dengan lebih gigih.

1. Kaedah pengajaran 2. Peranan Guru 3. Minat Murid Rajah 1 : Kerangka Konsep : Faktor yang mempengaruhi pencapaian jawi. Pencapaian Jawi

2.1 Kepentingan Kajian Kajian ini dibuat bertujuan untuk membantu guru khususnya guru Pendidikan Islam dalam meningkatkan prestasi membaca dan menulis jawi di kalangan murid dengan mengamalkan kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak dalam kemahiran membaca dan menulis perkataan homograf dalam tulisan jawi dengan harapan ia dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam. Ia diharap dapat mengubah persepsi murid bahawa Pendidikan Islam adalah satu mata pelajaran yang sukar dan dapat memperbaiki pembacaan dan penulisan jawi dalam mata pelajaran tersebut. Kajian ini akan membantu Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha memartabatkan tulisan jawi kepada semua murid sekolah rendah seluruh Negara. Pada masa ini rata-rata orang memperkatakan mengenai kelemahan murid-murid sekolah dalam bacaan dan tulisan jawi, usaha memartabatkkan kembali tulisan jawi telah diusahakan oleh pelbagai pihak seperti majalah, surat khabar dan melalui seminar. Jabatan-Jabatan kerajaan dan swasta juga berusaha memartabatkan tulisan jawi dengan meletakkan papan tanda pejabat dengan tulisan jawi. Tetapi malangnya terdapat tulisan yang salah ejaannya terutama pada perkataan homograf. Diharap hasil daripada kajian ini akan membantu semua pihak yang menyintai tulisan jawi dapat menggunakan perkataan homograf dengan betul.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Berdasarkan persoalan-persoalan yang timbul, kajian ini dijalankan dengan tujuan i) Untuk melihat sama ada minat murid dapat dipupuk melalui Kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak ii) Untuk pengumpulan maklumat secara sistematik bagi mengatasi permasalahan murid dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan murid semasa membaca dan menulis perkataan homograf dalam tulisan jawi. iii) Membantu murid meningkatkan prestasi membaca dan menulis jawi seterusnya dapat meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. iv) Memupuk murid menjawab soalan kemahiran berfikir berkaitan perkataan homograf di dalam tulisan jawi. v) Membantu murid mengaplikasikan kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak dalam kemahiran membaca , menulis dan menggunakan perkataan homograf dengan baik semasa membaca tulisan jawi supaya pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. vi) Membina jati diri murid untuk lebih meminati membaca penulisan jawi dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. 7

b.

SOALAN KAJIAN Kajian ini adalah untuk menjawab tujuan kajian di atas, kerana persoalan ini

akan membantu saya mencapai objektif dan tujuan kajian ini, antaranya : i. Sejauh manakah minat murid dapat dipupuk melalui kaedah

pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak semasa pengajaran dan pembelajaran jawi? ii. Adakah dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan murid semasa membaca dan menulis perkataan homograf dalam tulisan jawi dapat mengatasi masalah murid? iii. Sejauh manakah peningkatkan prestasi membaca dan menulis jawi dapat meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam? iv. Mampukah kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak dalam kemahiran membaca , menulis dan menggunakan perkataan homograf dapat diaplikasikan dalam tulisan jawi supaya pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan?

Persoalan utama dalam menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui sama ada minat murid dapat dipupuk melalui kaedah-kaedah tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran jawi dari segi bacaan dan penulisan pada perkataan homograf serta 8

hubungan antara pemahaman strategi penyelesaian masalah dengan prestasi murid. Dalam kajian ini juga, persoalan lain adalah menguji sama ada meningkatnya bacaan jawi dikalangan murid dapat meningkatkan pencapaian dalam Pendidikan Islam dan seterusnya menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam adalah satu mata pelajaran yang menyeronokkan. Sekiranya persoalan-persoalan ini dapat dikupas dalam kajian ini, kemungkinan guru dapat mencari alternatif yang terbaik dalam meningkatkan prestasi murid-muridnya.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini hanya dijalankan di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh dalam Daerah Pendang yang mempunyai 391 orang murid. Tumpuan kajian ialah dalam kelas Tahun 5 yang terdiri daripada murid terpilih seramai 20 orang. Dalam kajian ini, andaian prestasi murid dalam kemahiran membaca dan menulis perkataan homograf di dalam tulisan jawi dibuat menggunakan keputusan E-Pantau Bulan Jun dan juga soalansoalan rutin yang dijalankan oleh guru Pendidikan Islam tentang kemahiran tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Keputusan-keputusan bagi kajian ini hanya dibataskan kepada sekolah ini sahaja dan tidak boleh digeneralisasikan kepada sekolah-sekolah lain.

Murid-murd ini merupakan murid yang berlatar belakang

kehidupan yang

sederhana dan tinggal dalam kelompok kehidupan orang Melayu yang masih belum di serapi budaya-budaya yang tidak sesuai. Jadi berdasarkan kajian ini, murid-murid ini

boleh dibentuk sikap dan sahsiah diri mereka kerana kurang terdedah kepada dunia luar yang lebih mencabar. Mereka ini ibarat rebung yang masih boleh dilentur.

Di bawah adalah profil responden bagi kajian ini. Tahun Lima Bestari Lima Arif Jantina Lelaki Perempuan Bilangan 7 13 Peratus 35% 65%

Jadual 1: Profil Responden

5.0 TINDAKAN 5.1 Prosedur Tindakan

Berbagai istilah digunakan dalam kajian ini untuk memantapkan persoalan yang dikaji. Berdasarkan teori Taksonomi Bloom, murid-murid perlu ditanamkan kemahiran memahami masalah dalam pembelajaran mereka agar mereka dapat bersama sama guru mencungkil di mana kekuatan dan kelemahan mereka. Muird akan dapat menterjemah sendiri di mana kesilapan dan kekuatan mereka dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi membaca dan menulis perkataan homograf dalam tulisan jawi.

10

Pokok persoalan dalam kajian ini ialah bagaimana untuk meningkatkan minat dan prestasi pelajar dalam melibatkan kemahiran dengan menggunakan kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak. Murid akan membantu antara satu sama lain untuk belajar dalam kumpulan yang kecil menurut 4 langkah iaitu: i) ii) iii) iv) seorang guru mengajar kumpulan murid. permainan atau pertandingan ganjaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, meningkatkan bermakna meninggikan kedudukan, memperbesarkan atau memperhebatkan Dalam kajian ini meningkatkan bermaksud meninggikan atau memperhebatkan penguasaan murid terhadap sesuatu kaedah pengajaran yang mendorong pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, kemahiran berasal dari kata dasar mahir bermakna terlatih untuk mengerjakan sesuatu, cekap, lancar dan pandai. Dalam Kajian ini kemahiran yang dimaksudkan adalah murid dilatih supaya berkemahiran menggunakan perkataan homograf, seterusnya murid lebih lancar dan fasih membaca dan menulis jawi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan homograf bermakna perkataan yang sama ejaannya tetapi berbeza makna, asal dan

11

sebutannya. Dalam Kajian ini perkataan homograf dalam tulisan jawi mempunyai tiga kategori,iaitu: a. Homograf biasa iaitu ejaan yang sama pada asalnya tetapi berlainan maksud. Bagi membezakan maksudnya hendaklah memasukkan huruf Alif pada suku kata yang berbunyi a untuk membezakan dua maksud perkataan tersebut. Contoh :-

Pantas

Pentas

Buaya

Buai

Rajah 2. : Homograf biasa.

b. Homograf hakiki iaitu perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan bunyi dan dibaca berdasarkan perkataan dalam ayat. Contohnya :-

Biro

Biru

Koko

Kuku

Rajah 3 : Homograf hakiki.

12

c. Homograf hakiki berimbuhan terjadi apabila diletakkan imbuhan diawal atau

diakhir perkataan.

Contohnya :sembilan

markah Me + rekah

Sambil + an

Rajah 4 : Homograf hakiki berimbuhan.

Menurut Janvier, Girardon dan Morand (1988), murid-murid ini akan dapat memperbaiki prestasi diri mereka sekiranya guru dapat menggabungkan model mental pelajar dengan perwakilan yang guru gunakan. Pembelajaran yang memberi peluang kepada murid akan dapat membentuk sikap murid untuk lebih yakin dan berani dalam pembelajaran mereka. Menurut Shonfeld, 1985: Boaler, 1998, pengalaman dalam menguruskan diri akan dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul dengan lebih berkesan. Dengan kajian yang dijalankan ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid. Guru juga akan dapat menyediakan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan persekitaran murid agar pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang menyeronokkan. Dengan itu maka timbul minat murid untuk belajar dengan lebih tekun .

13

Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk deskriptif. Melalui kajian ini, guru cuba melihat hubungan di antara kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan membentuk kenyakinan murid dalam kemahiran menulis dan membaca perkataan homograf dalam tulisan jawi Adakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

diperkenalkan akan berupaya mempengaruhi murid dalam memahami cara menulis dan membaca perkataan homograf dan langsung mendatangkan impak yang lebih berkesan bagi mempertingkatkan pencapaian mereka dalam tulisan jawi. Antara langkah-langkah atau prosuder bagi reka bentuk kajian ini ialah :1. Mengenalpasti masalah. 2. Strategi pengajaran; 3. Pemerhatian dan pengumpulan data. 4. Analisa data. 5. Menjalankan refleksi dan membuat keputusan. 6. Peringkat akhir (semua berjalan lancar)

Mengenalpasti Masalah 14

Kaedah pengajaran

Pemerhatian & Mengumpul Data

Refleksi

Masalah Kaedah

Analisis Data

Rajah 9 : Reka bentuk kajian. Berdasarkan perancangan yang dibuat, sekiranya pencapaian murid tidak memberangsangkan, guru boleh menjalankan pengajaran bermula langkah 1-6.

Dalam menjalankan kajian ini, masalah dikenalpasti melalui Laporan Pencapaian Keputusan E-Pantau bulan September Tahun 2009 bagi murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Patani Para, Sungai Petani, Kedah. Berdasarkan pencapaian tersebut, satu analisa dibuat untuk mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan murid. Bagi mengenalpasti masalah , Laporan Pencapaian Keputusan E-Pantau Bulan September bagi murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Patani Para,Sungai Petani , telah dibuat rujukan. Berdasarkan pencapaian tersebut, didapati peratusan pencapaian bagi mata pelajaran tulisan jawi masih lagi berada dalam tahap yang kurang memuaskan berbanding pencapaian bagi mata pelajaran-mata pelajaran lain.

Temubual dengan guru mata pelajaran juga dilakukan bagi mengenalpasti punca yang menyumbang kepada pemasalahan ini. Didapati antara puncanya ialah tidak memahami kemahiran yang ditanya, kurang minat, kurang kenyakinan dan sikap yang negatif terhadap pelajaran tersebut. Dalam hal ini persoalan pokok kepada 15

ketidakupayaan menjawab dengan baik ialah kerana tidak menguasai sesuatu kemahiran yang dipelajari.

Post mortem atau kaji selidik tahap penguasaan tajuk juga telah dibuat oleh guru mata pelajaran, dan didapati murid menghadapi masalah mengenai membezakan sebutan dan menulis pada perkataan homograf tulisan jawi. Ini berdasarkan kepada post mortem yang dijalankan, mendapati hanya 30% sahaja murid berjaya menjawab soalan berbanding 70% murid lagi masih tidak dapat menjawab dengan tepat. Kelemahan ini amat ketara berbanding bagi topik-topik yang lain dalam mata pelajaran tersebut.

Berikut adalah proses yang telah dilakukan dengan bantuan guru mata pelajaran bagaimana mengenalpasti masalah.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Bilik Penilaian E-Pantau Bulan September 2009 Penilaian Hasil Kerja Murid oleh Guru Mata Pelajaran Ppelajaran Post Mortem Terhadap Keputusan dan Soalan Keputusan, Laporan Pencapaian, Laporan Post Mortem Dibuat Rujukan Untuk Kajian Ini.

Rajah 10 : Proses mengenalpasti masalah. Setelah mengenalpasti masalah dan beberapa faktor penyebab yang mungkin, satu keputusan telah diambil untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan mencuba kaedah 16

baru iaitu melalui kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi masalah tersebut.

Kaedah ini dipilih setelah dijangkakan keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran murid dalam kemahiran menulis dan membaca perkataan homograf dalam tulisan jawi. Peningkatan atau anjakan kemahiran ini akan mencetuskan peningkatan dan kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya. Selain daripada itu, kaedah ini dipilih kerana keberkesanannya hingga Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencadangkan supaya kaedah ini digunakan oleh semua Guru Pendidikan Islam sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi.

Kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak merupakan kaedah yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran jawi di mana murid dapat mengeja, membunyi, membaca dan menulis perkataan berpandukan bahan bantu yang menarik. Keadaan ini akan menjadikan murid seronok dan berminat untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru, di samping itu murid juga dapat bermain dan bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan dan berkerjasama dalam kumpulan bagi mencari perkataan pada sesuatu gambar.

Pengajaran menggunakan kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak ini akan dijalankan ke atas murid-murid tahun 5 di Sekolah

17

Kebangsaan Penghulu Jusoh bermula bulan September 2011. Tempoh masa pengajaran yang akan digunakan ialah selama tidak kurang 8 minggu.

5.2 CARA MENGUMPUL DATA

Instrumen yang digunakan ialah Ujian Diagnostik yang mengandungi 30 soalan pendek. Ujian diagnostik ini digubal berdasarkan kemahiran-kemahiran spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi. Satu set senarai selidik juga disediakan untuk menguji sejauh mana minat dan keterbukaan murid terhadap pembelajaran tulisan jawi, khususnya terhadap kemahiran membaca dan menulis perkataan homograf. Instrumen-instrumen lain yang digunakan adalah seperti: a. Bentuk pemerhatian b. Bentuk temuramah c. Skala-skala perkadaran sikap d. Ujian-ujian pelbagai bentuk (ujian pencapaian, Imlak dan kebolehan semulajadi murid)

3.4

Prosedur Pengutipan data

18

Dalam kajian ini, pengumpulan data merupakan perkara yang harus dititikberatkan kerana sekiranya data yang dikumpul tidak mempunyai kesahihan, maka maklumat mungkin tidak tepat dan kajian tidak berjaya dengan sepenuhnya. Berdasarkan kajian yang akan dibuat ini, Guru Pendidikan Islam akan bertindak untuk mengumpul maklumat samada semasa sesi pengajaran-pembelajaran atau keadaan di luar bilik darjah. Guru akan mencatat refleksi setiap kali pengajaran dijalankan. Selain itu rakan sejawat guru juga akan bertindak sebagai pemerhati untuk merekod apa yang berlaku dalam kelas berpandukan borang pemerhatian. Guru (merupakan pengkaji) boleh juga merekodkan setiap temuramah dan pemerhatian-pemerhatian melalui rakaman kamera video dan setiap temuramah yang dibuat hendaklah dibuat temujanji dan perancangan yang teliti agar hasil yang diperolehi boleh dimaksimumkan dalam membuat analisa data nanti. Guru juga harus menyediakan jadual waktu tersendiri dalam menyiapkan kajian ini agar ia berjalan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Perancangan yang lengkap dan teliti akan dapat memudahkan kerja guru dalam menyediakan bahan dan mengutip setiap maklumat yang dikehendaki.

3.5

Prosedur Penganalisaan data Apabila data dikumpul, guru akan menganalisis data dan membuat keputusan

berdasarkan analisis data yang diperolehi, data dianalisis secara kualitatif. Data dari soal selidik murid, temubual, pemerhatian rakan sejawat dan catatan guru akan dikira dan dianalisis. Hasil analisis dilaporkan dalam bentuk huraian. Kesimpulan akan dibuat apabila semua sumber dianalisa dan sekiranya terdapat masalah semasa membuat

19

keputusan, proses penyelidikan dan proses tindakan akan dilakukan semula sehingga setiap maklumat yang diperolehi mempunyai kebolehpercayaan dan keesahan yang boleh diterima pakai untuk membuat kajian selanjutnya.

Bab ini menerangkan tentang reka bentuk ujian, populasi dan sampel, instrumen kajian, prosedur pengumpulan dan penganalisaan data. Murid-murid akan lebih bermotivasi sekiranya kaedah pengajaran dapat diaplikasikan dengan sebaiknya. Perubahan sikap dan keterbukaan murid dalam mempelajari tulisan jawi akan dapat dikesan dengan menggunakan instrumen penyelidikan yang dirancang oleh guru. Penyelidikan ini difokuskan kepada sebahagian murid tahun lima yang menjadi sampel kajian dan berlatarbelakangkan kehidupan murid yang sederhana dan tahap pencapaian yang sederhana. Murid-murid ini akan dapat dimotivasikan dengan baik kerana faktor persekitaran mereka yang menyumbang kepada keadaan ini. Instrumen instrumen yang akan digunakan hendaklah disediakan dengan secukupnya agar tidak timbul masalah kepada pihak guru, murid dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam kajian.

Data-data yang dikumpul hendaklah dianalisis dengan terperinci agar dapat diambil tindakan susulan dalam menangani permasalahan murid dalam kemahiran ini. Sekiranya objektif yang dibuat tercapai dengan jayanya, guru boleh membuat kesimpulan bahawa kaedah pengajaran memainkan peranan yang penting dalam pemupukan sikap keterbukaan murid terhadap pelajaran. Seandainya kesan pengajaran ini menghasilkan sikap positif kepada murid, kemungkinan kita boleh mengubah paradigma Pendidikan Jawi sebagai Jumud subject kepada fun subject. Semuanya

20

ini terletak kepada kepandaian guru dalam mengurus muridnya kerana dimana ada kemahuan disitu ada jalannya.

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Bahagian ini menunjukkan beberapa perkara penting dalam kajian termasuklah profil responden dan juga penemuan-penemuan kajian ini. Di sini juga disertakan statistik yang diperolehi melalui kaedah pengajaran yang dipilih sama ada ia dapat memupuk sikap, minat dan keyakinan diri pelajar dalam mempelajari kemahiran yang dipilih mengikut jantina ditunjukkan dengan jelas dalam bahagian ini.

6.1

Profil Responden

Lokasi kajian ini adalah di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Pendang, Kedah. Manakala responden-responden yang terlibat pula adalah terdiri dari para murid tahun lima yang terpilih kesemuanya berjumlah 20 orang dan terdiri dari pelajar lelaki serta perempuan dan kesemuanya berbangsa Melayu

Di bawah adalah profil responden bagi kajian ini. Tahun Lima Jantina Lelaki Bilangan 7 Peratus 35

21

Perempuan

13

65

Jadual 1: Profil Responden 6.2 Penemuan-penemuan kajian

6.2.1 Mata Pelajaran Yang Digemari

Dalam soal selidik yang dijalankan, setiap responden dikehendaki menyatakan mata pelajaran yang digemari. Daripada 20 responden, didapati peratusan yang meminati mata pelajaran jawi adalah satu pertiga dari jumlah pelajar dalam kelas tersebut. Data tentang minat responden ditunjukkan dalam jadual 2 berikut,

Bil

Mata Pelajaran Yang Paling Digemari

Jumlah

Klasifikasi Menurut Turutan 1 4 3 5 2 2 5

1 2 3 4 5 6 7

B. Melayu B.Inggeris Matematik Sains Pendidikan Islam Jawi Kemahiran Hidup

2 0 1 0 2 1 1

3 2 2 1 2 3 0

5 2 3 1 4 4 1

25.0 10.0 15.0 05.0 20.0 20.0 05.0

Jadual 2: Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Mata Pelajaran yang digemari

22

Mata Pelajaran Paling Digemari

5% 20%

1 B. Melayu 25% 2 B.Inggeris 3 Matematik 4 Sains 10% 5 Pendidikan Islam 6 Jawi 7 Kemahiran Hidup

20% 5%

15%

Rajah 11 : Carta Pai Pecahan Matapelajaran Yang Digemari Responden

Mata Pelajaran Yang Paling Digemari


3.5 3 2.5 Bilangan 2 1.5 1 0.5 0 1 2 3 4 Mata Pelajaran 5 6 7 L P

Rajah 12 : Matapelajaran Yang Paling Diminati Berdasarkan kajian yang dibuat, didapati 20 % daripada murid tahun lima meminati subjek jawi iaitu hampir 1/5 daripada pelajar kelas tersebut meminati mata pelajaran jawi. Keadaan sebegini dapat dilihat seperti paparan graf pada Rajah 1 dan Carta pai 1 di atas. Kajian yang saya jalankan ini menunjukkan minat pelajar boleh

23

dipupuk lagi dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan jiwa dan naluri mereka.

Dari jadual, Carta Pai 1 dan Rajah 1 di atas kita dapati ketahui bahawa seramai 4 orang murid menggemari jawi dan ini merupakan jumlah kedua terbanyak berbanding pelajar yang menggemari subjek lain. Bahasa Melayu merupakan subjek terbanyak iaitu seramai 5 orang dan terdapat juga subjek yang tidak digemari oleh murid iaitu subjek sains dan kemahiran hidup. Dari nilai ini kita boleh membuat andaian bahawa jawi merupakan satu subjek yang digemari oleh pelajar tetapi minat ini perlu dipupuk dari semasa ke semasa supaya ia tidak tenggelam begitu sahaja.

Ini bermaksud di antara setiap murid terdapat perbezaan minat terhadap kaedah pengajaran yang diperkenalkan oleh guru Pendidikan Islam mereka. Keadaan ini

kemungkinan berlaku disebabkan oleh faktor persekitaran dan kecerdasan seseorang individu itu. Namun begitu perbezaan minat terhadap kaedah pengajaran ini boleh diubah dengan memperkenalkan kaedah pengajaran yang berpusatkan kepada penglibatan murid yang boleh menimbulkan minat mereka terhadap subjek dan aktiviti guru. Perancangan guru yang teliti amat perlu dalam menimbulkan minat terhadap mata pelajaran yang diajar.

6.2.2

Kaedah Pengajaran Yang Di Minati Responden diminta menandakan kaedah pengajaran yang diminati. Mereka

boleh menandakan lebih daripada satu pilihan. Sebanyak 102 pilihan telah dibuat.

24

Kekerapan, peratusan dan kedudukan bagi setiap kaedah pengajaran yang diminati oleh responden dinyatakan dalam jadual 3 K aedah 1 2 3 4 Kaedah Pengajaran Yang Diminati Guru mengajar menggunakan papan tulis. Guru mengajar dengan melibatkan murid secara sukarela Guru mengajar dengan menggunakan alat bantu./gambar Guru mengajar dengan membunyikan suku kata dan 5 menyambung suku kata yang lain. Guru membunyikan suku kata dan murid menyambungkan supaya 6 7 menjadi ayat. Mengajar mengeja dengan melibatkan kumpulan murid Guru meminta supaya murid mengeja dan membatang 8 9 perkataan secara individu. Guru menyebut perkataan dan murid menulis . Murid menyalin perkataan yang sesuai dengan gambar. Jumlah Jadual 3 : Kaedah Pengajaran Yang Diminati 4 5 37 7 9 65 11 14 102 55.0 70.0 100 5 4 6 5 9 11 15 16 75.0 80.0 3 2 3 5 8 40.0 7 L 2 1 7 4 P 3 5 10 6 Bil 5 6 17 10 % 25.0 30.0 85.0 50.0 Klasifikasi Menurut Turutan 9 8 1 6

25

Kaedah Pengajaran Yang Diminati


12 10 Bilangan 8 6 4 2 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Mata Pelajaran L P

Rajah 13 : Carta Bar : Kaedah pengajaran yang diminati mengikut jantina

Kaedah Pengajaran Yang Diminati

14% 11%

5%

6% 16%

1 2 3 4 5 6

15% 15% 8%

10%

7 8 9

Rajah 14 : Carta Pai Pecahan Bilangan Responden Yang Meminati Setiap Kaedah

26

Berdasarkan jadual di atas, terdapat sembilan kaedah pengajaran yang boleh dijalankan oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Dari kajian yang dibuat, kaedah yang paling diminati oleh murid adalah kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak. Murid minat belajar jika kaedah yang digunakan adalah berkaitan dengan minat dan mereka dilibatkan bersama dalam pengajaran tersebut.

Merujuk kepada Carta Pai 2 dan Rajah 2 di atas, 71 % murid berminat dengan kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak berbanding dengan kaedah pembelajaran yang lain. Dalam kajian yang saya buat ini ini bilangan murid perempuan adalah yang terbanyak iaitu seramai 46 orang berbanding 65 orang kesemuanya. Data ini dikutip setelah murid dibenarkan memilih lebih dari satu pilihan. Ini menunjukkan dalam menentukan sikap, minat dan keyakinan diri murid terhadap pengajaran guru, faktor kaedah pembelajaran juga perlu diambil kira kerana ia berkaitan dengan gaya pembelajaran pelajar.

6.2.3

Kaedah Pengajaran Yang Diminati Mengikut Jantina

Jadual 4 berikut menunjukkan bilangan murid yang berbeza jantina terhadap kaedah pengajaran yang diminati .

Kaedah 1 27

Lelaki 1

Perempuan 1

2 3 4 5 6 7 8 9 Jumlah

0 2 0 1 2 0 0 1 7

1 3 1 1 2 1 2 1 13

20

Jadual 4: Kaedah Pengajaran Yang Diminati Mengikut Jantina

Huraian dari jadual 4 Dalam pengajaran yang tidak melibatkan murid, hanya terdapat 2 orang murid sahaja di mana 1 murid lelaki dan 1 orang murid perempuan yang berminat dengan kaedah tersebut tetapi jika pengajaran melibatkan murid dan dibantu oleh guru, pengajaran tersebut akan lebih diminati iaitu seramai 14 orang terlibat iaitu 5 lelaki dan 9 perempuan. Setelah dijalankan soal selidik tentang minat dan sikap pelajar terhadap pelajaran jawi, maka guru telah mengadakan ujian diagnostik, ujian pra dan ujian post. Ini dilakukan bagi menguji sejauhmana minat dan sikap murid mempengaruhi pembelajaran mereka terhadap pelajaran jawi dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam matapelajaran tersebut. Hasil dari ujian dapatlah dibuat perbandingan seperti berikut:

28

Gred A B C D E Lulus Peratus Lulus Gagal Peratus Gagal

Ujian Diagnostik 0 4 6 8 2 10 50.0 % 10 50.0 %

Ujian Pra 0 4 8 8 0 12 60.0 % 8 40.0 %

Ujian Post 1 6 10 3 0 17 85.0 % 3 15.0 %

Jadual 5 : Jenis-Jenis Ujian Yang Dijalankan

Rajah 15 : Perbandingan Gred Yang Diperolehi Oleh Responden Berdasarkan Peringkat Ujian

29

Dari data yang diperolehi, didapati semasa ujian diagnostik dijalankan tidak terdapat murid yang memperolehi gred A, begitu juga semasa ujian pra. Namun begitu setelah murid diberi pendedahan dan diajar membaca dan menulis perkataan homograf yang terdapat dalam tulisan jawi melalui pengajaran kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak, didapati hasilnya adalah amat

memberangsangkan kerana berlaku perubahan terhadap pencapaian murid. Begitu juga dengan peratusan lulus murid yang semakin meningkat iaitu bila dilakukan kaedah pengajaran tersebut terhadap murid, mereka lebih berminat untuk belajar. Bila adanya minat, sikap dan keyakinan, cara belajar mereka juga turut berubah. Mereka akan lebih bersemangat untuk mengikuti pengajaran guru dan hasilnya dapat dilihat melalui perubahan prestasi yang diperolehi. Dalam ujian diagnostik yang dijalankan, seramai 10 orang murid telah lulus iaitu 50.0 % dan 10 orang telah gagal iaitu 50.0 % juga berbanding ujian pra di mana 12 orang telah lulus iaitu 60.0 % lulus dan 40% gagal. Setelah dilakukan pengajaran mengikut kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak, minat murid telah dapat dirangsang dan prestasi murid juga dapat ditingkatkan. Hasilnya bilangan murid yang lulus telah dapat ditingkatkan iaitu sebanyak 17 orang iaitu 85.0 % berbanding pencapaian sebelumnya. Peningkatan peratusan adalah sebanyak 25.0 % bila dibuat perbandingan antara ujian pra dan ujian post. Justeru itu dapatlah kita simpulkan bahawa kesan dari kaedah pengajaran yang dijalankan oleh guru, sikap, minat dan keyakinan murid terhadap pelajaran akan turut

30

berubah. Hal ini akan dapat dikesan bila berlakunya peningkatan atau penurunan dalam pencapaian prestasi mereka. 6.3 Ringkasan Berdasarkan penemuan-penemuan kajian itu kita dapati ada di antara jangkaan bahawa kaedah pengajaran pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak mampu meningkatkan minat dan keyakinan murid untuk belajar dengan lebih berkesan, seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam membaca dan menulis jawi. Penemuan ini membantu kita untuk membuat kesimpulan nanti apakah kaedah pengajaran yang digemari dapat mempengaruhi minat, sikap dan keyakinan diri responden-responden dalam kajian ini untuk mempelajari pelajaran jawi terhadap topik yang dikaji.

7.0 DAPATAN 7.0 Pengenalan Dalam bab ini saya akan memperkatakan secara ringkas tentang hasil dapatan serta membincangkan beberapa penemuan sebagaimana yang dapat kita lihat dalam bab yang lalu. Melalui penemuan itu kita boleh menghasilkan beberapa kesimpulan seterusnya menilai implikasi penemuan itu kepada kita khasnya guru-guru Pendidikan Islam. Adalah diharapkan juga, kesan atau implikasi bagi penemuan-penemuan itu akan

31

menghasilkan beberapa syor atau cadangan yang positif demi kemajuan murid dan meningkatkan prestasi di kalangan guru-guru. 7.1 Ringkasan Kajian. Kajian ini adalah bertujuan mengkaji samada penggunaan kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak dapat memberi kesan terhadap minat, sikap dan keyakinan diri murid terhadap topik yang dikaji dan kecenderungan murid untuk belajar jawi. Kaedah ini diguna pakai bagi tajuk perkataan homograf dalam jawi terhadap murid tahun 5 dan responden bagi kajian adalah terdiri dari sejumlah 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Penghulu Juosh, Pendang, Kedah. Instrumen kajian ini adalah borang soalselidik dan juga pemerhatian terhadap murid sewaktu pengajaran berlaku. Data-data yang dikumpul dianalisa mengikut kategori yang hendak dikenalpasti dan seterusnya dilakukan pengiraan bagi mendapat keputusan dan dibuatkan kesimpulannya. Penemuan yang diperolehi di sekolah ini dibandingkan dengan penemuan yang diperolehi dari penyelidikan Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (2003) telah membuat satu kajian untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kemahiran penguasaan penulisan jawi dikalangan guru pelatih terhadap kemahiran yang diajar oleh guru. Satu kumpulan terdiri daripada 25 orang guru pelatih Semester Satu Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) Pengajian Bahasa Arab (PABA) Ambilan Januari 2003 kerana aspek yang dikaji adalah hampir-hampir sama. Hasil perbandingan tersebut didapati, minat murid sekolah di Sekolah Kebangsaan Patani Para, Sungai Patani, Kedah dengan pelatih Institut Perguruan Sultan Abdul Halim terhadap kaedah sesuatu 32

pengajaran adalah tidak jauh bezanya. Maka dengan itu wujudlah beberapa syor yang mungkin akan dapat diperbincangkan dalam seminar-seminar pendidikan suatu masa nanti. 7.2 Perbincangan Penemuan-penemuan kajian Dalam membincangkan penemuan-penemuan yang telah diperolehi, saya akan memfokuskan kepada persoalan kajian ini terlebih dahulu. Kajian ini akan dianggap berjaya sekiranya tujuan dan objektif kajian tercapai dan persoalan kajian juga telah terjawab. Sebagaimana dalam bab terdahulu, persoalan kajian adalah mengkaji sejauh mana pembelajaran kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak dapat memberi kesan terhadap pembentukan sikap, minat dan keyakinan diri murid untuk mempelajari jawi terhadap tajuk yang dikaji dan adakah faktor jantina mempengaruhi sikap, minat dan keyakinan diri murid terhadap pembelajaran jawi seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran jawi di sekolah.

7.2.1 Kedah.

Penemuan Kajian Di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Pendang,

Faktor Perbezaan Jantina dan Akademik Penemuan kajian menunjukkan bahawa sebenarnya faktor jantina bukanlah sesuatu perkara yang membezakan murid lelaki dan perempuan dalam memilih matapelajaran yang diminati. Penemuan membuktikan bahawa antara murid lelaki dan

33

perempuan, ramai yang membuat pilihan yang hampir sama tentang sesuatu kaedah yang paling diminati. Jadi persoalan dari segi jantina telah terjawab. Di samping itu, penemuan kajian juga telah menunjukkan bahawa kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak dapat menimbulkan minat murid untuk belajar kerana bagi mereka belajar secara berpandu lebih baik dari bersendirian dan keyakinan diri mereka pun bertambah. Kesan dari penemuan ini dapatlah kita andaikan bahawa naluri sesaorang murid baik lelaki atau pun perempuan, cerdik atau pun sederhana semuanya sangat mengharapkan agar mereka diberikan sesuatu yang terbaik oleh guru-guru mereka. Tentu sekali di bidang pengajaran mereka ini mahukan sesuatu kaedah yang menarik, mudah difahami, tidak membosankan dan juga menguntungkan kedua-dua pihak. Perkara ketiga yang ingin dibincangkan di sini adalah penemuan bagaimana kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak mampu menarik minat dan keyakinan diri murid. Untuk membincangkan penemuan ini, saya juga akan cuba membuat perbandingan dengan satu penemuan oleh Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (2003) terhadap 25 orang pelatihnya. Isu yang dibincangkan hampir sama di mana dibuat perbandingan bagi mengenalpasti dan menilai sejauhmanakah keberkesanan dan kebenaran teori-teori yang sering dibincangkan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang di utarakan dalam kajian ini. Adalah diharapkan, penemuan saya ini akan menyokong teori-teori yang telah diperkatakan itu serta dapat membantu menjelaskan sebarang ketidakkonsistenan yang wujud bagi penemuanpenemuan yang lepas bagi perkara yang sama itu. 34

Murid-murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Pendang, Kedah menunjukkan minat yang jelas terhadap kaedah pengajaran yang diminati. Sebelum dilakukan kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak minat yang ditunjukkan oleh murid adalah kurang memberangsangkan tetapi setelah diperkenalkan kaedah pembelajaran kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak didapati minat mereka untuk mempelajari pelajaran jawi agak meningkat terutamanya terhadap tajuk yang dikaji iaitu perkataan homograf dalam tulisan jawi kerana mereka menemui satu kaedah yang boleh membantu mereka memahami setiap konsep yang dipelajari. Bagi mereka belajar secara berpandu lebih baik dari bersendirian. Guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan minat, sikap dan keyakinan diri murid terhadap pelajaran yang diajar dan pada masa yang sama murid juga perlu diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid akan minat belajar sekiranya mereka dilibatkan secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran dan guru bersikap kreatif dalam mengajar dan membuat aktiviti yang dapat menarik minat mereka, ini bermakna kaedah yang digemari mereka adalah penglibatan sesama rakan iaitu penglibatan secara terpimpin. Ini terbukti kerana selepas guru memperkenalkan kaedah pembelajaran pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak murid mula memberi penilaian bahawa pembelajaran jenis ini amat menyeronokkan kerana semua murid memainkan peranan dalam aktiviti. Mereka mempunyai tanggungjawab yang perlu dilakukan dan saling tolong menolong..

35

Untuk menjelaskan lagi perbincangan ini, berikut adalah penemuan yang diperolehi setelah pengajaran dijalankan. Hasilnya direkodkan dari soalselidik terhadap responden-responden di peringkat sekolah. Responden dikehendaki menjawab hanya satu sahaja kaedah pengajaran yang paling diminati.

Kaedah

Kaedah Pengajaran Yang Paling Digemari

Jum

Klasifikasi Mengikut Turutan

Guru mengajar menggunakan papan tulis.

0.00

Guru mengajar dengan melibatkan murid secara sukarela Guru mengajar dengan menggunakan alat bantu./gambar Guru mengajar dengan membunyikan suku kata dan menyambung suku kata yang lain. Guru membunyikan suku kata dan murid menyambungkan

0.00

3 4

2 1

3 2

5 3

25.00 15.00

1 3

10.00

36

6 7

supaya menjadi ayat. Mengajar mengeja dengan melibatkan kumpulan murid Guru meminta supaya murid mengeja dan membatang perkataan secara individu. Guru menyebut perkataan dan murid menulis . Murid menyalin perkataan yang sesuai dengan gambar. Jumlah

2 0

2 2

4 2

20.00 10.00

2 4

8 9

1 0 7

2 1 13

3 1 30

15.00 05.00 100

3 5

Jadual 6 : Bilangan Dan Peratus Responden Di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Pendang, Kedah mengikut Kaedah Pengajaran yang Diminati. ii. Kaedah pengajaran yang paling tidak digemari. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa kaedah yang paling tidak disukai atau diminati oleh murid. Kaedah pertama yang paling tidak diminati mereka adalah mengajar secara traditional iaitu menggunakan papan tulis, kaedah menyalin perkataan berdasarkan gambar dan dengan penglibatan sukarela. Ini akan menjadikan mereka sentiasa berada dalam keadaan tertekan sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimana pun murid juga tidak mahu aktiviti pembelajaran dimonopoli sepenuhnya oleh guru, dengan kata lain mereka tidak suka sekiranya guru langsung tidak melibatkan mereka ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru mengajar dengan menggunakan alat Bantu, membunyikan suku kata dan menyambung suku kata yang lain, membunyikan suku kata dan murid menyambungkan supaya menjadi ayat, mengeja dengan melibatkan kumpulan murid, murid mengeja dan

37

membatang perkataan secara individu dan guru menyebut perkataan dan murid menulis adalah kaedah-kaedah yang digemari oleh murid-murid terutamanya dalam mempelajari perkataan homograf dalam tulisan jawi ini. Kalau diteliti kaedah-kaedah yang menjadi pilihan murid ini merangkumi kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak. Dalam hal ini, pembelajaran sangatlah sesuai kerana penyertaan murid amat penting dalam pembinaan konsep dan pembelajaran aktif. Mengikut Kegan dan Slavin (1988), akauntabiliti individu dan penyertaan sama, adalah sesuatu yang penting dalam mencapai matlamat pelajaran. Mengikut kajian yang dilakukan ini, prestasi murid juga menunjukkan

peningkatan berbanding sebelum dijalankan kaedah pembelajaran pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak. Hasilnya dapat kita perolehi setelah dibuat ujian pra dan ujian post di mana ramai murid lulus dalam mata pelajaran jawi berbanding sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa setelah minat murid dapat dipupuk dalam pengajaran dan pembelajaran, maka pembelajaran akan menjadi lebih

menyeronokkan dan seterusnya prestasi mereka dapat ditingkatkan.

7.2.2 Penemuan kajian Institut Perguruan Sultan Abdul Halim. i. Kaedah pengajaran yang paling digemari Hasil penemuan di sekolah tidak banyak berbeza dengan penemuan kajian yang dibentangkan oleh Seminar Penyelidikan Institut Perguruan Sultan Abdul Halim. Anjuran Institut Perguruan Sultan Abdul Halim. Gaya pengajaran yang paling digemari di Institut Perguruan adalah kaedah pembelajaran pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah

38

mengeja dan kaedah imlak yang dibantu oleh pensyarah, kuliah dengan penglibatan sukarela pelatih dan kuliah. Jadual berikut menunjukkan dengan telitinya taburan kekerapan gaya pengajaran yang digemari oleh pelatih-pelatih Institut Perguruan Sultan Abdul Halim.

Klasifikasi Kae dah 1 2 3 4 5 6 7 8 Gaya Pengajaran Yang Paling Digemari Kuliah tanpa libatkan pelatih Kuliah dengan penglibatan sukarela pelatih Kuliah dengan bantuan ABM yang lengkap Kuliah dengan berbagai variasi seperti suku kata dan menyambung suku kata. Penglibatan pelatih dalam menyebut suku kata dan perkataan. Penglibatan pelatih dalam mengeja dan membaca ayat. Pelatih diminta secara individu membaca petikan. Pelatih menulis apa yang disebut oleh Bil. 0 4 6 2 1 8 0 4 Peratus 0 16.00 24.00 8.00 4.00 32.00 0 16.00 Mengikut Turutan 9 4 2 5 6 1 8 3

39

pensyarah. Pelatih membaca kembali apa yang ditulis. Jumlah

25

100

Jadual 7 : Kaedah yang diminati pelatih Institut Perguruan Sultan Abdul Halim ii. Kaedah pengajaran yang paling tidak diminati oleh pelatih . Daripada jadual di atas, didapati keputusan pemilihan pelatih guru jika dibandingkan dengan jadual pemilihan kaedah oleh pelajar sekolah adalah hampir sama walaupun jumlah responden berbeza antara kedua-duanya. 7.3 Kesimpulan Berdasarkan borang soalselidik, didapati pilihan kaedah pengajaran yang diminati agak berbeza antara seorang murid dengan murid yang lain, namun pada keseluruhannya mereka hampir sependapat tentang kaedah yang paling digemari. Malah jika dibandingkan dengan pelatih Institut Perguruan sekali pun nampaknya pilihan responden kajian ini hampir sama sahaja. Disamping itu penemuan juga menunjukkan kepada kita bahawa faktor jantina bukanlah sesuatu yang membezakan pilihan minat yang sama. Dengan kata lain penemuan menunjukkan kepada kita bahawa pelajar lelaki dan perempuan juga mempunyai minat yang hampir sama terhadap penentuan kaedah yang paling diminati atau pun tidak diminati. Kita tidak boleh untuk mengatakan bahawa pelajar lelaki mesti berbeza dengan pelajar perempuan tentang sesuatu pilihan kaedah pengajaran yang diminati. 40

7.4

Implikasi Penemuan Penemuan kajian ini diharap dapat memberikan sedikit implikasi kepada pihak-

pihak yang terlibat khususnya guru-guru, para pelajar atau pun pihak-pihak pentadbiran sesuatu institusi khasnya institusi pendidikan. Para guru perlu menyoal diri mereka sendiri iaitu sejauh manakah mereka telah melaksanakan tugas yang diamanahkan. Adakah mereka telah mengajar murid-murid sebagaimana yang sepatutnya?. Adakah mereka membimbing murid-murid sebagaimana yang dipelajari ketika menimba ilmu perguruan dahulu.? Ketika mengikuti kursus perguruan, semua bakal guru didedahkan dengan ilmu psikologi dan kaedah-kaedah untuk mengajar. Jadi melalui kajian ini, bagi guru-guru yang sensitif dengan persekitaran pengajaran dan suasana bilik darjah, mereka tentu sekali sedar bahawa gerak geri mereka sentiasa diperhatikan oleh murid, jadi laksanakanlah kaedah yang terbaik untuk pencapaian dan kejayaan para pelajarnya. Pihak pentadbiran juga boleh menilai apakah sehingga kini banyak kemudahankemudahan atau alatan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan atau dibekalkan kepada guru-guru mereka? Ini kerana, kaedah pengajaran tanpa alat bukanlah lagi sesuai dimasa kini. Para murid membuktikan bahawa mereka adalah satu golongan murid yang sentiasa bersedia untuk sama-sama melakukan aktiviti demi menceriakan suasana pembelajaran bukan lagi sebagai golongan pemerhati sahaja. Maka dapatlah dikatakan disini bahawa tanggungjawab untuk menarik minat murid untuk belajar bukanlah seorang guru sahaja tetapi juga pihak atasan disesuatu institusi. Ringkasnya semua pihak perlu sama-sama berganding bahu demi kejayaan murid, guru dan juga sesebuah institusi.

41

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Memandang kajian ini hanyalah dilakukan di sebuah sekolah dan respondennya pula adalah hanya sebilangan kecil murid, maka penemuan ini tidaklah boleh dianggap menepati dan boleh mewakili semua murid bagi sesebuah negeri atau negara. Untuk mendapat sesuatu penemuan yang lebih baik adalah disyorkan di sini beberapa perkara: Laksanakan kajian dengan mengambil sampel yang lebih besar bilangannya. Laksanakan kajian bagi semua murid yang tinggal di kawasan yang berbeza-beza seperti di kampong, di bandar atau pun di bandaraya yang besar. Laksanakan kajian dalam tempoh jangkamasa yang lebih lama untuk menilai dengan lebih tepat terutamanya jika instrumen kajian adalah melibatkan pemerhatian secara individu atau pun kumpulan. Laksanakan kajian dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza. Ini untuk menentukan kaedah mana yang betul-betul dapat menarik minat murid. Laksanakan kajian ke atas matapelajaran yang lain untuk melihat apakah faktor matapelajaran boleh menentukan minat sebenar responden-responden terbabit.

42

Laksanakan kajian ke atas tajuk-tajuk pengajaran yang berlainan untuk menentukan samada tajuk-tajuk dalam pengajaran menentukan minat, sikap dan keyakinan mereka terhadap pengajaran yang diajar.

8.1

Ringkasan Minat seseorang murid terhadap pelajaran seringkali diperkatakan oleh para

pendidik, ibubapa dan juga pihak pentadbiran sekolah khasnya. Sebagaimana yang telah diperbincangkan dalam bab yang pertama, banyak gejala yang tidak sihat dikalangan murid adalah disebabkan oleh faktor ponteng sekolah. Ponteng sekolah pula berpunca dari akibat tidak berminat untuk ke sekolah dan juga tidak berminat dengan pengajaran guru. Penemuan kajian ini sedikit sebanyak telah menunjukkan bahawa minat murid terhadap pelajaran sebenarnya boleh diubah. Bukan semua murid tidak berminat, cuma kaedah pengajaran guru yang berbagai-bagai perlu diperbaiki untuk menarik minat mereka. Penemuan kajian menunjukkan bahawa faktor perbezaan jantina dan juga pencapaian akedemik bukan sesuatu yang menentukan minat mereka terhadap pelajaran. Semua murid boleh menilai kreatif atau tidaknya guru mereka di dalam kelas dan mereka juga boleh menilai menarik atau tidaknya pengajaran sesaorang guru itu. Ini terbukti dimana penemuan kajian menunjukkan mereka hampir sepakat ketika memilih kaedah manakah yang diminati dan yang tidak diminati.

43

Sebagai seorang guru atau pendidik, penemuan kajian ini juga boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi daya kreativiti dan kefahaman mereka terhadap kehendak-kehendak murid mereka. Untuk menarik minat murid, guru perlu sentiasa bersedia dan menguasai segala bidang yang hendak diajar terlebih dahulu. Tingkatkan keyakinan diri sendiri, kuasai ilmu yang hendak diajar seterusnya laksanakan pengajaran secara ikhlas, bersungguh-sungguh serta dibantu oleh alat-alat pengajaran yang sesuai dan menarik. Minat murid nescaya boleh diubah dan ditingkatkan dari masa kesemasa.. Walaubagaimana pun, kajian ini hanyalah meliputi peringkat sekolah ini sahaja dimana respondennya hanyalah seramai 20 orang dan untuk matapelajaran tulisan jawi sahaja. Penemuan ini tidaklah boleh dianggap sesuai dan tepat untuk semua murid bagi sesebuah negeri atau negara. Namun, penemuan kajian ini tentu sekali boleh dijadikan panduan dan idea untuk penambahbaikan seterusnya. Untuk itu, adalah disyorkan agar banyak lagi kajian-kajian sebegini dilakukan oleh pengkaji-pengkaji yang lain dimasamasa hadapan. Adalah dicadangkan juga untuk kajian seterusnya, tambahkan bilangan responden, lakukan kajian di kawasan yang berbeza-beza seperti dipersekitaran pekan dan juga bandar-bandar besar. Kajian ini juga hanya melibatkan perkataan homograf dalam tulisan jawi , oleh itu untuk perbandingan adalah disyorkan agar pengkaji seterusnya dapat memilih matapelajaran yang lain sebagai unsur kajian. Semoga dengan banyaknya kajian-kajian seumpama ini nanti, kita akan dapat menemui kaedah terbaik dan lebih memahami citarasa para murid kita demi meningkatkan pencapaian tulisan jawi serta mengurangkan gejala-gejala yang tidak sihat dikalangan murid. Bagi kaum guru pula, kajian ini seharusnya dapat memberikan

44

panduan berguna untuk meningkatkan kualiti pengajaran demi kecemerlangan mutu pendidikan Negara .

Rujukan

1) Musa bin Daia. (1992). Kaedah dan Teknik Pengajaran. Johor Bahru: Badan Book Store Sdn. Bhd. 2) Prof. Dr. Ansary, Prof. Dr. Mansor Fadzil, Prof. Dr. Abd Razak Habib. (2007). HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor: Meteor Doc.Sdn. Bhd. 3) Prof. Dr. Ansary, Prof. Dr. Mansor Fadzil, Prof. Dr. John Arull Phillips. (2006). HBIS 2103 Pendidikan Islam. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. 4) Dewan Bahasa dan Pustaka. (1994). Percetakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. 5) Mohd Sharani Ahmad. (2004). Psikologi Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd. Daftar Ejaan Rumi Jawi. Selangor:

45

6) Mohd Zaini bin Yahya, Effendi bin Saji, Zulhazam bin Umar. (2004). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 5. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd. 7) Siti Zamani Thambi. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Secara Kritis Di kalangan Guru Terlatih: Pembinaan Rancangan mengajar Berfikir Secara Kritis. Projek Sarjana, UKM Bangi. 8) Hamdan bin Abdul Rahman. (1999). Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9) Dewan Bahasa dan Pustaka. (2004). Kamus Dewan Edisi Baru. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

10) Ismail Dahaman Manshoor bin Hj. Ahmad. (2000). Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11) Unit Latihan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. (2006). Koleksi Laporan KajianTindakan, Versi 2. Sungai Petani: Yusran Publishing House.

12) Mohammad Jusoh, Editor. (1999). Kertas Kerja Bengkel Penulisan Jawi dan Khat Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

46

13) Rashidi Azizan & Abd Razak Habib. (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah : Kaedah dan Strategi. Kajang: Masa Enterprise.

LAMPIRAN A SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU JUSOH, TOBIAR 06700 PENDANG KEDAH DARUL AMAN SAMPEL KAJIAN BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. NAMA MURID AMMAR MUSTAQEEM BIN ASRI MALEK EQROQ TANZEE BIN MALEK REDZUAN MUHAMMAD AKMAL DANIASH BIN FIRDAUS MUHAMAMD ALIF IKMAL BIN OSMAN MUHAMMAD ASYRAF BIN ABU YAZID MUHAMMAD AZIM IKHWAN BIN MOHD AMIR MUHAMMAD DANIAL ALIF BIN AHMAD FAUZI AFRINA BT. AZHAR AIDA HUMAIRA BT. RAHIMI UMUR 11 11 11 11 11 11 11 11 11 KELAS TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5

47

10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

ALIS FARLIANA BT. ZAKARIA NUR ADILAH BT. ZAKARIA NUR AMIERA SYAZWANI BT. MOHD RAHIMI NUR DALILA WAHIDA BT. MOHD ASRI NUR IZZATUL AFIFAH BT. BORHANUDDIN NUR SYAMIMI YASMIN BT. MOHD YUSOFF NUR YUSRAISHA AIDA BT. YUSOFF NUR ZARIHAN BT. ZULKIFLI NUR ZAYANI BT. ZAMRI NURUL NATASYA BT. MOHD NASRI SITI BALQIS BT. ABD. MANAN

11 11 11 11 11 11 11 11 11 11 11

TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5 TAHUN 5

LAMPIRAN B

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU JUSOH, TOBIAR 06700 PENDANG KEDAH DARUL AMAN LATAR BELAKANG KAJIAN PROFIL SUBJEK Nama Tahun Agama :_______________________________________________ : ____________________________________________ :_______________________________

48

Bangsa Umur

:________________________________ :________________________________

Pekerjaan Ibu :__________________________ Pekerjaan Bapa : ________________________ Alamat : _______________________________

Keputusan Peperiksaan 1. Ujian Diagnostik :_________________ 2. Ujian Pra :_____________________ 3. Ujian Post : ____________________

49

LAMPIRAN C SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU JUSOH, TOBIAR 06700 PENDANG KEDAH DARUL AMAN MENULIS PERKATAAN HOMOGRAF UJIAN DIAGNOSTIK (Masa : 1 jam) Nama Murid : .. Kelas : Tahun 5

Tandakan ( / ) pada perkataan yang di eja dengan betul dan ( x ) pada perkataan yang di eja dengan salah.

50

Benda 2

Banci 1

Cangkir 4

Bandar 3

Cerca


Cangkuk

. 5


Ganjak

. 8


Gempar

. 7

Gendang 10

Gantar 9

51

Hantar

12


Hembus

. 11

Jambak 14

Jemba

13


Kempas

. 16

. 15

Jempo l

Kancing 18

Kampi t

17

52

Kerier

20


Kentung

. 19

Lembin g

. 22

Lambang 21

Lengkap

24

Lambung

23

Rambut

26

Lantik

25

Rantas

28


Rengkung

. 27

53

Sandar

30


Resmi

. 29

54

LAMPIRAN D SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU JUSOH, TOBIAR 06700 PENDANG KEDAH DARUL AMAN MENULIS PERKATAAN HOMOGRAF UJIAN PRA (Masa : 45 minit) Nama Murid : Tandakan ( / ) pada perkataan yang dieja dengan betul :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9 1 0 1 1 1 2 1
55

Lantik Pancar Rambang Rentas Sembung Tandas Tampa Banda Banci Benda Cangkir Bandar Cangkuk

3 1 4 1 5 1 6 1 7 1 8 1 9 2 0 2 1 2 2 2 3 2 4 2 5 2 6 2 7 2 8
56

Gempar Genjak Gentar Gendang Hembus Hantar Jemba Jembak Jempol Kempas Kampit Kencing Kantung Kerear Lambang

2 9 3 0

Lembing Lambung

57

LAMPIRAN E SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU JUSOH, TOBIAR 06700 PENDANG KEDAH DARUL AMAN MENULIS PERKATAAN HOMOGRAF UJIAN POS (Masa : 20 minit) Nama Murid : SKOR: ................................ Tahun 5

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9 1 0 1 1 1 2 1

TEMBAK TAMBAK TENDANG TANDANG SANDAT SENDAT SENTAP SANTAP SAMBAR SEMBAR RAMPUNG REMPUNG LUNTUR

58

3 1 4 1 5 1 6 1 7 1 8 1 9 2 0 2 1 2 2 2 3 2 4 2 5 2 6 2 7 2 8
59

LENTUR MARKAH MEREKAH PENDANG PANDANG PANTAS PENTAS KANCING KENCING KAMPAS KEMPAS HAMPAS HEMPAS RAMBANG REMBANG

2 9 3 0

RANGKA RENGKA

60

LAMPIRAN F SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU JUSOH, TOBIAR 06700 PENDANG KEDAH DARUL AMAN MENULIS PERKATAAN HOMOGRAF BORANG SOAL-SELIDIK NAMA GURU : _______________________________ MATA PELAJARAN : ________________________________

TANDAKAN (/) PADA KAEDAH PENGAJARAN YANG DIMINATI. ANDA BOLEH MENANDA LEBIH DARI SATU PILIHAN KAEDAH 1 2 3 4 5 6 7 8 9 KAEDAH PENGAJARAN YANG DIGEMARI / DIMINATI Mengajar tanpa libatkan murid Mengajar dan penglibatan sukarela Mengajar dan penglibatan wajib Mengajar dengan demonstrasi Demonstrasi sahaja Mengajar dengan melibatkan perbincangan kumpulan murid Perbincangan dibantu oleh guru Perbincangan kump. Murid sahaja. Pembentangan murid-murid sahaja Jumlah LAMPIRAN G TANDAKAN (/) PADA PILIHAN ANDA

61

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU JUSOH, TOBIAR 06700 PENDANG KEDAH DARUL AMAN MENULIS PERKATAAN HOMOGRAF BORANG SOAL-SELIDIK NAMA GURU MATA PELAJARAN : _______________________________ : ________________________________

TANDAKAN (/) PADA KAEDAH PENGAJARAN YANG DIMINATI. ANDA BOLEH MENANDA SATU PILIHAN SAHAJA KAEDAH 1 2 3 4 5 6 7 8 9 KAEDAH PENGAJARAN YANG PALING DIGEMARI / DIMINATI Mengajar tanpa libatkan murid Mengajar dan penglibatan sukarela Mengajar dan penglibatan wajib Mengajar dengan demonstrasi Demonstrasi sahaja Mengajar dengan melibatkan perbincangan kumpulan murid Perbincangan dibantu oleh guru Perbincangan kump. Murid sahaja. Pembentangan murid-murid sahaja Jumlah TANDAKAN (/) PADA PILIHAN ANDA

62

Anda mungkin juga menyukai