Anda di halaman 1dari 20

Kepentingan Sirah Nabi

Utk memahami peribadi Nabi menerusi kehidupan baginda.


dapat menentukan bwa Muhammad bin Abdullah adalah benar-benar Rasul Allah.

Membantu umat Islam memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran


banyak ayat2 Quran dihurai /tafsir oleh peristiwa2 sejarah hidup Nabi.

Setiap muslim dapat kumpul seberapa banyak perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yg sebenar.
dari segi aqidah, hukum hakam dan akhlak Islam.

membolehkan para pendidik /pendakwah mencontohi dan mengajar mengikut sistem pendidikan yg diajar oleh Rasulullah
- baginda adalah pendidik, penasihat, pendakwah dan petunjuk yg unggul dan utama.

- FirmanAllah:


Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh tauladan yg baik bagi org yg mengharapkan pertemuan dgn Allah dan Hari Akhirat..

Kelahiran Nabi
Ahli sej. mencatat Nabi lahir pd hari Isnin 12 Rabiulawal 571 Masehi tahun gajah. Lahir dalam keadaan yatim bapanya meninggal ketika baginda dua bulan dlm kandungan ibunya.
Dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib apabila dilahirkan Abdul Muttalib setelah mengetahui kelahiran Muhammad, segera ke rumah Aminah lalu membawa Muhammad ke kaabah dan berdoa serta bersyukur kpd Allah dan menamakan bayi tersebut dgn nama Muhammad.

Menjadi tradisi bangsawan Arab anak yg baru lahir akan disusu oleh ibu susuan di daerah desa.
Tujuan supaya anak membesar dlm suasana aman, bebas dari penyakit yg menular di kota, menjadi anak yg pintar dan cerdas Ibu Nabi sempat menyusu 3 hari, kemudian 2 wanita lain menjadi ibu susuan Nabi. Suwaibah hamba Abu Lahab menyusu Nabi selama 4 bulan.

Ramai di kalangan ibu susuan yg menawarkan khidmat utk menyusukan anak tetapi enggan menerimanya apabila mengetahui Muhammad anak yatim.
Akhirnya Halimah bt Abu Zuwaib wanita dari Bani Saad bersedia menerima Nabi sbg anak susuannya.

Peristiwa Luar biasa semasa kanak-kanak.


Apabila Nabi tiba ke rumah ibu susuan Halimah keadaan kampung tersebut telah berubah dgn s/merta ketika kampung itu mengalami kemarau yg teruk.
Pohon2 sekeliling rumah Halimah menjadi segar menerbitkan buah yg lebat. Rumput2 kering tiba2 segar menghijau Seluruh desa alami perubahan, haiwan kembali gemuk, susu bertambah banyak.

Dinyata dlm Sahih Muslim satu peristiwa menggemparkan berlaku ketika usia Nabi 5 tahun.
Nabi bermain2 dgn saudara susuan baginda Datang seorg lelaki memegang Nabi merebahkan Nabi dan membedah dada Nabi. Saudara susuannya berlari pulang memberitahu Halimah peristiwa yg berlaku.

Bimbang dgn kejadian tersebut Halimah segera menemui Abdul Muttalib dgn berat hati menyerahkan kembali Muhammad kpd ibunya Aminah.

Nabi datang dari semulia keturunan


Allah memberi suatu keistimewaan kpd bangsa Arab kelahiran seorg msia yg dimuliakan Allah sbg. Nabi akhir zaman. Satu keistimewaan bangsa Arab dari segi nasab keturunan.
Ini terbukti dlm nasab Nabi yg dapat ditelusuri dgn sempurna sehingga nasab nendanya yg ke 21 bernama Adnan. ( jangka masanya kira2 seribu tahun)

Tidak mudah utk suatu bangsa mengingat nasab keturunan mereka sehingga begitu panjang. Nasab Nabi nasab generasi manusia yg terpanjang pernah dicatat di dunia belum ada pihak yg mempertikaikannya.

Keistimewaan kedua Nabi dilahirkan dari Arab Quraisy.


banyak dijelas dlm hadis2 iaitu Nabi Muhammad dipilih oleh Allah dari org yg terpilih dari yg terpilih dan yg terpilih seterusnya sampai kpd Nabi Ibrahim.

Kemuliaan bangsa Arab disebabkan lahir seorg Nabi dari zuriat Arab Quraisy.

At-Tarmizi dlm kitab sahihnya menyebut. Pada suatu hari Nabi berpidatu dan bertanya kpd org ramai.
Siapakah saya? Maka jawab org ramai bahawa kamu adalah Rasulullah. Berkata Nabi: Aku adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib. Sesungguhnya Allah SWT ketika mencipta makhluk jenis manusia, maka dijadikannya dua firqah(kelompok), satu kelompok yg baik dan satu lagi kelompok yg tidak baik. Allah SWT letakkan aku dalam kelompok yg terbaik. Kemudian Allah jadikan pula dari kelompok itu kabilah yg baik, dan aku dari kabilah yg baik itu. Dari kabilah yg baik itu, Allah SWT jadikan pula suku kaum yg terbaik, Allah SWT jadikan aku dalam suku kaum yg terbaik itu. Sesungguhnya Allah Jadikan aku dari sebaik-baik jiwa.

Kemuliaan bangsa berbeza dgn kemuliaan individu


Allah telah berikan peluang seluasnya kpd individu utk mencapai kemuliaan disisiNya. Jika msia ingin mulia mereka mesti terima Islam seluruhnya.

Nabi Menjadi Yatim Piatu


Selepas peristiwa pembedahan dada Nabi dkembalikan kpd ibunya Aminah. Nabi sempat hidup disamping ibu sehingga berumur 6 tahun. Ibu Nabi meninggal dunia ketika dlm perjalanan pulang dari menziarahi kubur ayahndanya di Yastrib (madinah). Yg tinggal ialah datuknya Abdul Muttalib datuknya menjaga dan mengasuhnya baginda dengan baik dan penuh kasih sayang bahkan melebihi anak2nya sendiri.

Ketika berusia 8 tahun 2 bulan 10 hari datuknya pula meninggal dunia. Sebelum meninggal Abdul Muttalib telah berpesan kpd Abu Talib (bapa saudara Nabi) supaya memelihara cucunya itu.

Hikmah dan Pengajaran


1. Peristiwa pembedahan dada oleh Malaikat Jibril
Riwayat menyatakan Nabi dibedah sebanyak 4 kali oleh Jibril. Terakhir mlm ketika Nabi hendak diisrak dan mikraj oleh Allah. Membersihkan hati sanubari dan fikiran Nabi dari gangguan syaitan. Persiapan utk hadapi tugas besar yg bakal dipikul

- pelbagai cabaran, halangan dan


tentangan yg mencabar terpaksa dihadapi

2. Membesar sbg yatim piatu


Bukan suatu kebetulan ia adalah perancangan Allah. Membentuk jiwa yg cekal, tabah, sabar, tidak patah semangat, tidak merasa kecewa dan merajuk hati, tidak merasa gerun dgn ancaman, tidak gentar menghadapi musuh. Ini kerana Nabi diajar sejak kecil tiada tempat bergantung kecuali Allah.

Allah menghendaki sebelum pemimpin umat msia memegang teraju kepimpinan ia harus merasai penderitaan, sengsara dan pengalaman pasang surut kehidupan
utk membentuk jatidiri, kesabaran, keberanian bagi menyiapkan diri menghadapi rangkaian kesengsaraan dan keterasingan kemudian hari.

Supaya tiada sebarang tuduhan segala kerja dakwah hasil tunjuk ajar ibu bapa baginda.
Ayah, bonda dan datuk Nabi meninggal ketika Nabi masih kecil Diasuh oleh Halimah jauh dari kota Mekah bukan asuhan ibu baginda sendiri. Yg paling lama mengasuh nabi ialah Abu Talib 42 tahun. tetapi Abu Talib sendiri tidak masuk Islam maka tiada alasan utk mengatakan apa yg disampai oleh Nabi hasil dari asuhan Abu Talib.

Terbukti bwa segala yg berkait dgn peribadi Nabi dan apa yg dibawa pimpinan secara langsung drp Allah. Allah menghendaki dari awal kehidupan baginda, ia mesti bebas, berdikari bagi kemajuan dan kecemerlangan akhlak. Pembentukan watak, jalan fikiran, kebesaran dan keistimewaannya bersumber drp wahyu.

Anda mungkin juga menyukai