Anda di halaman 1dari 19

Kerasulan Dan Gerakan Dakwah Serta Cabaran

Peringkat2 Dakwah Nabi Melalui empat peringkat:


Dakwah secara sulit selama tiga tahun Dakwah secara terang2an tanpa kekerasan sehingga berlakunya Hijrah 10 tahun Dakwah secara terang2an ditambah dgn kesanggupan mempertahankan diri dgn harta benda dan nyawa sehingga peristiwa perjanjian Hudaibiyyah. Dakwah secara terang2an ditambah dgn kesediaan mempertahankan Islam sekira diganggu dgn berperang. Peringkat ini syariat Islam dipraktikkan dan perintah jihad diturunkan.

Dakwah Secara Sulit

Permulaan dakwah dilakukan secara sulit utk menyeru mkat arab jahiliyyah mentauhidkan Allah dan meninggalkan penyembahan berhala.
Supaya mkat arab tidak terperanjat dengan seruan yang disampaikan. Mereka terlalu fanatik dgn penyembahan berhala

Dakwah dituju kpd org yg paling hampir dgn Nabi anggota keluarga dan sahabat2 yg mengenali baginda secara baik.
Mereka menerima seruan Nabi kerana tidak sangsi dgn kebenaran dan kejujuran perkhabaran yg disampaikan.

Golongan awal yg menerima Islam dikenali sebagai As-Saabiqun alAwwalun


Antaranya Khadijah, Zaid bin Harithah, Ali bin Abi Talib (masih kecil) dan Abu Bakar mereka beriman pd hari pertama seruan Nabi. Kemudian Uthman bin Affan, Azzubair bin al_Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas, Talhah bin Ubaidillah dll.

Apabila pemeluk Islam meningkat 30 orang Nabi memilih tempat yg terpencil sedikit iaitu rumah al-Arqam bin Abi alArqam utk menyampaikan pengajaran Islam.
Seruan itu membuahkan hasil di mana hampir 40 orang menyahut seruan Islam. Kebanyakannya golongan fakir dan miskin serta hamba yg tidak ada tempat dalam mkat.

Begitu juga ketika hendak mengerjakan ibadat Nabi dan sahabat pergi ke tempat terpencil utk kerjakan solat
Solat telah diperintahkan ketika itu sebelum peristiwa isra dan mikraj.

Setelah itu semakin ramai yang memeluk Islam (lelaki/perempuan) hingga nama Islam tersebar ke seluruh Makkah. Akhirnya dakwah Islam mula diketahui oleh orang2 Quraish namun pada peringkat awal mereka tidak mempedulikan kegiatan Nabi SAW.

Tetapi lama kelamaan - perasaan khuatir mula menghantui mereka kerana pengaruh yang semakin merebak dan kuat. Akhirnya mereka mula memberikan perhatian.

Dakwah secara sembunyi berjalan selama tiga tahun dan telah wujud sekelompok orang Islam yg menguatkan silaturrahim dan berganding bahu di kalangan mereka. Dakwah secara sembunyi terus berjalan hinggalah turun ayat/wahyu yang menyuruh Nabi menyamapaikan seruan secara terangterangan.

Hikmah dan Pengajaran

Dakwah secara sulit bukan kerana takut.


Allah ilhamkan kpd Nabi agar memulakan dakwah secara rahsia dan tidak memilih sebarangan org yg menjadi sasaran dakwah.
Utk menjadi pengajaran kpd seluruh para pendakwah selepas Nabi Memberi tunjuk ajar kpd umat Islam yg bakal menyambung tugas dakwah tentang bagaimana perlunya menggunakan taktik/langkah khittoh dalam berdakwah.

Nabi diilham supaya guna cara2 yg dapat menyelamatkan dakwah Islam.


Segala taktik dan teknik berdakwah uslub addakwah perlu digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian masa dan tempat.

Oleh kerana dakwah merupakan perintah Allah maka segala usaha dan ikhtiar atau teknik yg dilakukan mestilah bersesuaian dgn perintah Allah.
Jangan tugas dakwah dikotori dgn cara2 yang bercanggah dgn dasar syariat.
Spt persembahan muzik konon utk menyampaikan lagu2 dakwah sedangkan dlm masa berpesta lagu dakwah ramai orang yg tidak tunaikan sembahyang serta pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

Inilah dasar fleksibiliti yg ada dlm syariat Islam yg perlu dicontohi oleh umat Islam hari ini seperti yg diajar dan ditunjukkan oleh Rasulullah.
Tidak boleh berdakwah secara sembunyi dlm keadaan yg memerlukan terang-terangan. Tidak boleh berkompromi dgn golongan yg zalim dah talam dua muka yg sentiasa mencari peluang menghancurkan Islam. Tidak boleh berdiam diri utk menentang golongan musuh yg hendak memusnahkan dakwah Islam w/pun terpaksa berperang.

Penyokong awal Nabi terdiri drp golongan lemah spt fakir miskin dan golongan hamba.
Lemah dari segi pemikiran Lemah dari segi ekonomi Lemah kerana menjadi hamba abdi.

Persolan kenapa golongan ini menjadi penyokong awal Islam/Nabi apakah hikmah disebalik fenomena ini. Sejarah mencatat bwa penyokong para Nabi dan Rasul terdahulu terdiri dari kalangan msia yg dhaif (mustadhafin).

Kesah Nabi Nuh berdakwah 950 tahun yg menjadi pengikut ialah golongan fakir miskin dan hina Nabi Nuh dicemuh oleh golongan bangsawan kerana para pengikutnya terdiri drp golongan fakir miskin/rendah taraf spt yg disebut dlm Quran.

Maka berkatalah pemimpin org kafir dari kaumnya: Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) msia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat org2 yg mengikut kamu, melainkan org2 yg hina dina di antara kamu yg cepat percaya sahaja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apa pun atas kami.

Begitu juga Nabi Musa Firaun dan para menterinya memperlekeh Nabi Musa dan para pengikutnya kerana terdiri drp para imigran dari Palestin (bani Israil) yg serba dhaif dan melarat. Firaun menolak kenabian Musa bukan atas ukuran benar atau salah tetapi kerana memikirkan taraf dirinya sbg raja sedangkan pengikut Musa golongan hina. Contoh lain ialah pengikut Nabi Soleh kaun Thamud yg lemah dan hina melarat. Allah jelaskan dlm Quran:

Pemuka2 yg menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada org2 lemah yg telah beriman di antara mereka: :Tahukah kamu bahawa Soleh diutus (menjadi Rasul) oleh Tuhannya? Mereka menjawab: Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu yg disampaikan olehnya (Soleh). Orang2 yg menyobong diri berkata: Sesungguhnya kami adalah orang yg tidak percaya kpd apa yg kamu imani itu.

Faktor Golongan Mustadhafin Lebih awal memeluk Islam

Kerana agama samawi hanya membawa satu ajaran iaitu keimanan kpd Allah
Hanya kpd Allah msia menyembah dan menggantungkan harapan. Ajaran para Nabi dan Rasul menolak segala bentuk pengabdian kecuali hanya kpd Allah SWT. Peraruran syariat yg dibawa para Rasul spt solat, puasa haji dsbnya bertujuan mendisiplinkan msia supaya tidak mengabdikan diri kpd msia atau lain2 makhluk.

Msia dan lain2 makhluk yg lemah tidak layak utk diabdikan diri kpdnya kerana mereka juga memerlukan pertolongan Allah.

Oleh kerana ajaran agama mengajak kpd keEsaan Allah maka org yg paling tersentak dan terguris hatinya ialah msia yg angkuh dan sombong yg berlagak tuhan. Mereka yg berlagak tuhan ini ialah dari kalangan alMalak pembesar dan hartawan/bangsawan.

Sedangkan orang miskin dan lemah bebas dari keangkuhan dan berlagak spt tuhan kerana mereka tidak memiliki sesuatu yg boleh dibanggakan pd pandangan msia.

Oleh itu mka lebih mudah menerima ajaran para Nabi dan Rasul kerana mereka tidak mempunyai sebarang muslihat. Mereka lebih serasi mengikut ajaran Nabi Muhammad berbanding sikap angkuh golongan mustakbirin yg mengabdikan mereka selama ini. Jika sebelum ini mereka terpaksa menjadi abdi kpd msia kerana kelemannya bila Islam mengajak msia mengabdikan diri kpd Allah ia amat sesuai dgn mereka.

Gol. lemah dan miskin menerima Islam bukan sbg peluang utk bebaskan diri dari gol mustakbirin Quraisy dan pengabdian yg dipaksakan.
Tetapi Islam yg dibawa Nabi adalah ajaran yg sangat mudah difahami dan diterima oleh msia yg berakal samada lemah, miskin atau golongan bangsawan. Tetapi bagi gol bangsawan mereka melihat dari segi kepentingan dan keegoan merasa tidak layak bersama golongan papa kedana yg mengikut Muhammad. Bagi gol bawahan mereka tiada halangan dan kepentingan utk mengikut Nabi Muhammad dgn senang hati bukan sebagai suatu pelarian dari cengkaman gol mustakbirin Quraisy.

Keegoan Gol Atasan Punca Tolak Dakwah Nabi

Mereke merasa dirinya menjadi sanjungan dan perhatian kaumnya menjadi payah bagi mereka menerima ajaran Nabi.
Bimbang akan tersisih dari sanjungan kaumnya dan tidak dipedulikan. Inilah punca lambatnya gol ini menerima ajaran Nabi SAW. Zaman moden ini pun masih wujud dan berlaku.

Contoh bapa saudara Nabi Abu Talib beliau tidak menentang Nabi malah membela Nabi tetapi tidak mahu beriman.
Kerana kedudukannya sbg org besar di kalangan kaumnya. Bapa saudara Nabi yg lain menentang secara terang-terangan Beliau pernah berkata, Lebih baik aku masuk neraka daripada aku menanggung malu. Tidak mungkin baginya sbg pemimpin kaumnya menjadi pengikut anak saudara yg selama ini dipeliharanya.

Anda mungkin juga menyukai