Anda di halaman 1dari 2

MAHASISWA : SUATU SUDUT PANDANG

Oleh : KHAIRI HAZIQUE MUHAMMAD ASRI

Mahasiswa. Siapa itu mahasiswa? Pada pandangan umumnya dilihat sebagai golongan penuntut ilmu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak kira awam atau swasta. Pada suatu sudut pandangnya dinilai hanya sebagai penuntut ilmu yang menggalas beg, membawa buku dan segala assignment kesana-sini. Pada suatu sudut pandang yang lainnya, mereka dinilai sebagai golongan pelapis yang berpotensi merubah atau mentransformasi serta mereformasi institusi kepimpinan negara. Jika dilihat sendiri dari sudut harfiah pada perkataan M.A.H.A.S.I.S.W.A, sebenarnya ia terdiri oleh 2 suku kata iaitu maha yang membawa maksud besar dan berkuasa; dan siswa yang merujuk pada sekelompok pelajar atau penuntut di institusi pengajian tinggi. Hasil sintesis kedua-dua suku kata ini memberi makna yang lebih tinggi iaitu satu bangsa yang bukan sahaja mulia disebabkan kesempatan belajar di institusi peringkat tinggi, tetapi turut mempunyai kuasa mobilisasi massa berteraskan kapasiti intelektual yang dimiliki oleh mereka. Dr. Zuhdi bin Marzuki (Universiti Malaya, 2001) mendefinisikan mahasiswa sebagai suatu kelompok pelajar yang yang berada dalam peringkat paling tinggi dalam sistem pendidikan formal sesebuah negara. Penggemblengan tenaga kelompok ini berteraskan daya keintelektualan yang bersifat idealis untuk mencapai matlamat yang digagaskan bersama, selaras dengan kedudukan mereka di menara puncak ilmu. Hal ini membawa kepada kredibiliti mahasiswa adalah genuine mengikut tahap intelektual mereka yang sedang berada di puncaknya. Mereka ini dipandang sebagai golongan yang masih segar dengan ilmu yang baru dipelajari hasil dari kaedah pembelajaran yang komprehensif ditambah lagi dengan daya kekuatan ingin tahu mereka tentang pelbagai perkara. Namun bagaimanapun, golongan mahasiswa ini jika dilihat secara kajian keseluruhannya masih mempunyai kelompangan dari suatu aspek yang penting iaitu, pengalaman. Mungkin banyak pihak yang mendakwa mahasiswa sebenarnya adalah golongan yang telah biasa berpersatuan di IPT (memimpin dan mengurus pelbagai aktiviti dan program penting di IPT masing-masing). Benar, tidak dinafikan sama sekali pengalaman dan kebolehan mahasiswa dari sudut tersebut. Malah setiap generasi mahasiswa merasai pengalaman-pengalaman berbentuk kepemimpian dan pengurusan dalam persatuan yang mereka ceburi.

Khairihazique | 2014

Cumanya, kemahiran pengalaman haqq al-yaqin itu masih kurang kerana kekurangan mereka dalam merasai pengalaman serta pengetahuan mereka berbanding dengan golongan dewasa. Apa yang saya maksudkan disini ialah pengalaman untuk mengkritik dan membuat konklusi terhadap sesuatu peristiwa dalam sejarah ataupun isu-isu semasa. Oleh yang demikian, ledakan ilmu dan pengetahuan yang diperoleh oleh mahasiswa di IPT adalah baik tetapi tidak semestinya 100% terbaik, malah perlu digabungkan dengan pengetahuan serta pengalaman golongan dewasa dalam menuntut suatu kebenaran dan keadilan dalam isu-isu semasa di sesebuah negara. Jika dapat dinisbahkan dengan peratusan pandangan dalam diri seseorang mahasiswa untuk menilai sesuatu perkara, mereka perlu mengambil kira pandangan golongan dewasa yang lebih mempunyai pengalaman haqq al-yaqin ( contoh : pandangan mahasiswa 50% dan pandangan dewasa 50% = pandangan BERSAMA 100%). Oleh yang demikian, pandangan BERSAMA ini seharusnya menjadi doktrin dalam pemikiran mahasiswa agar tidaklah keputusan atau tindakan mahasiswa itu berasaskan pendirian yang bias kepada sesetengah pihak sahaja. Berbalik kepada definisi mahasiswa itu sendiri iaitu golongan pelajar di IPT yang berkuasa. Berkuasa bukan sahaja pada diri sendiri, malah untuk kemaslahatan bersama ummah dan negara. Oleh itu, mahasiswa perlu juga berkuasa pada pemikiran mereka dengan tidak terdorong kepada sesuatu perkara secara membabi buta (satu sudut pandang sahaja / taksub) tanpa pengetahuan dan pandangan mereka yang lebih berpengalaman. Mereka wajarnya menjadi golongan yang mengambil-kira pandangan pelbagai pihak.

MAHASISWA itu, MAHA pada pengaruhnya, SISWA pada kerendahan dirinya, Moga MAHASISWA dapat memanisfestasikan identiti diri sebagai khalifah sejati.

Akhirnya, teringat saya akan kata-kata inspirasi daripada Almarhum Bapak Mohammad Nasir yg saya petik dari buku Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh oleh Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman yang berbunyi, Tiada percetakan dalam kepimpinan. Pemimpin tidak lahir di dalam bilik kuliah, tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol dalam kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung umat. Moga kata-kata ini menjadi pedoman buat para mahasiswa pewaris kepimpinan negara.

Khairihazique | 2014

Anda mungkin juga menyukai