Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JABATAN ASAS PENDIDIKAN


FAKULTI PENDIDIKAN

PENSYARAH:

DR. AHMAD MUHYUDDIN B. HJ. HASSAN

PERKARA:

DLQ 3072 – SIRAH NABAWIYYAH

TAJUK:

PENULISAN ULASAN TENTANG FILEM NABI MUHAMMAD S.A.W

NAMA AHLI NO. MATRIK

NURKHALISATUL AQILAH BT ABD RAHIM DX125529PIJ15


1. Daripada filem yang ditonton ini mengenai kisah Filem Nabi Muhammad SAW dapat saya
membuat ringkasan tentang cerita ini iaitu perjuangan Rasulullah untuk menegakkan
agama Islam di kalangan masyarakat Jahiliyah yang jauh terpesong dari jalan yang benar
bukanlah perkara yang mudah dan ianya menuntut pengorbanan dari segi mental dan
rohaniah.

Perjuangan Rasullullah S.A.W untuk menegakkan syiar Islam bermula setelah baginda
dilantik menjadi Rasul. Baginda menerima wahyu pertama pada malam 17 Ramadhan
melalui perantaraannya iaitu malaikat Jibril a.s ketika baginda di Gua Hira’. Baginda
berulang – alik dari Gua Hira’ ke rumahnya semata-mata unuk tahannus yang bermaksud
tabarrur yang bererti berbuat bakti. Baginda mampu melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang telah diamanahkan. Setelah beberapa ketika lamanya menghilangkan
diri, malaikat Jibril a.s datang menemui Rasulullah S.A.W Nabi Muhammad S.A.W. pun
segera pulang ke rumah kerana terlalu terkejut dan menyuruh isteri baginda,iaitu Saiditina
Khadijah menyelimutinya. Lalu,Malaikat Jibril a. s. datang membacakan wahyu. Di dalam
hal ini, bahawa Rasulullah S.A.W. di dalam usahanya untuk berdakwah,baginda telah
melalui empat peringkat. Pada peringkat awalnya,dakwah Rasulullah di Mekah berlaku
secara sulit. Langkah pertama baginda,ialah untuk menyebarkan Islam kepada mereka
yang paling hampir kepada baginda sahaja. Pada mulanya,risalah tauhid ini disampaikan
kepada isteri baginda sahaja iaitu Saidatina Khadijah yang muncul sebagai orang yang
pertama memeluk agama Islam. Kemudiannya diikuti dengan Ali bin Abi Talib,Zaid bin
Harithah yang merupakan orang suruhan dan anak angkat nabi,Abu Bakar bin Quhafah,
Uthman bin Affan,Al-Zubair bin Awwam,Abdul Rahman bin Auf,Saad bin Abi Waqqas
dan lain-lain lagi. Dakwah ini dirahsiakan sehingga memeksa Rasulullah dan umat Islam
yang lain terpaksa ke gua-gua dan lereng-lereng bukit untuk menunaikan sembahyang
bersama sahabat-sahabatnya supaya tidak dilihat oleh orang lain.

Pada,suatu hari,perbuatan Rasulullah ini telah dilihat ole Abu Talib,iaitu bapa saudara
baginda,lalu ia bertanya kepercayaan baru apakah yang telah dianuti olehnya. Rasulullah
S.A.W. menjawab bahawa ini adalah agama neneknya,Ibrahim. Lantas Abu
Talib,berkata,walaupun ia tidak menerima agama ini,tetapi ia membenarkan Rasulullah
S.A.W. menganutnya dan akan terus melindunginya. Setelah tiga tahun dakwah secara
sulit ini berlaku,maka Allah S.A.W. menurunkan perintah supaya dakwah ini dijalankan
secara terang-terangan, sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

1
Maksudnya:”Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang
diperintahkan(kepada kamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. ”

Menyahut seruan Allah S.W.T. ini,perkara pertama yang baginda lakukan ialah dengan
mengumpul Bani Fihr dan Bani Adi di atas bukit Safa. Kesemua mereka hadir,dan bagi
yang tidak hadir dihantarkan wakil bagi mewakili mereka. Kemudian Rasulullah S.A.W.
pun berkata:”Sesungguhnya aku ini pembawa berita yang menakutkan iaitu di hadapanku
ini suatu azab sengsara yang paling hebat. ” Abu Lahab yang turut menghadiri perjumpaan
itu pun bangun lalu berkata “Binasalah engkau ini Muhammad,apakah untuk ini saja yang
engkau kumpulkan kami?”Kemudian turunlah ayat Al-Quran iaitu surah Al-Masad.
Selepas itu,baginda menggunakan pendekatan yang telah di tunjuk ajarkan kepadanya oleh
Allah S.W.T. dalam firmanNya:

Maksudnya:”Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. Dan


rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu iaitu orang-orang yang
beriman. ” (Al-Syu`ara:14&15)

Sebagai menyambut seruan Allah di atas,Rasulullah S.A.W. telah mengumpul kaum


kerabatnya seperti Ka`b bin Luai,Bani Murran bin Ka`b,Bani Hasyim, Bani Abdul
Manaf,Bani Abdul Mutalib serta anaknya Fatimah dan menyeru mereka selamatkan
mereka dan hindarkan diri mereka dari api neraka. Namun seruan baginda mendapat
reaksi negatif dari kaum kafir Quraisy. Baginda menerangkan kepada mereka di mana
berhala yang diperbuat daripada batu itu yang kemudiannya disembah itu langsung tidak
memberi faedah dan menbahayakan mereka.

Akibat daripada kecaman Rasulullah S.A.W. terhadap berhala dan


penyembahannya,baginda telah ditentang secara habis-habisan oleh kafir Quraisy kecuali
mereka yang memeluk Islam serta bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Mereka inilah yang
mempertahankan Rasulullah S.A.W. dari serangan kafir Quraisy. Kafir Quraisy
menentang dengan menghina dan mengejek baginda. Namun itu tidak sedikit pun
melunturkan semangat baginda untuk menyebarkan Islam dan ini menunjukkan betapa
kuatnya jati diri dan kesabaran yang dimiliki oleh Rasulullah S.A.W. Di antara
penghinaan-penghinaan yang dilemparkan kepada Rasulullah S.A.W. ialah:

 Mereka mencampakkan duri-duri yang tajam di jalan yang dilalui oleh Rasulullah
S.A.W. dan ketua-ketua masyarakat yang lain.
 Kafir Quraisy membuat bising ketika baginda bersolat.
2
 Perut-perut binatang yang kotor serta jijik diletakkan di belakang baginda ketika
baginda sedang sujud.
 Leher Rasulullah S.A.W. diikat dan dijerut sehingga terbeliak matanya.
 Najis binatang yang jijik lagi kotor dilemparkan ke pintu rumah baginda.

Namun semua tentangan itu gagal untuk menghalang baginda daripada meneruskan
perjuangan baginda untuk menyebarkan agama Islam. Kemuliaan akhlak baginda dan
keimanan yang teguh telah menenangkan beliau.

Apabila penghinaan dan ejekan tidak meninggalkan kesan,helah secara lembut dan halus
pula digunakan oleh kafir Quraisy. Diantaranya ialah,mereka mengemukakan tawaran
seperti harta benda dan kekayaan,kepimpinan atau akan dilantik sebagai raja sekiranya
baginda sanggup meninggalkan perjuangannya sebagai mana yang tercatat dalam
cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Uthbah bin Rabia ketika beliau dihantar
menemui Rasulullah S.A.W.

Penindasan ini bukan sahaja ditujukan kepada Rasulullah S.A.W sahaja, malahan sesiapa
saja dari pengikut-pengikutnya, contohnya ialah :

 Bilal bin Rabah dihumbankan ke atas pasir yang panas terik dan seketul batu yang
besar diletakkan ke atas dadanya,namun lidahnya sentiasa menyebut perkataan
“Ahad,Allah Ahad ( Allah yang satu ). ”
 Ammar bin Yasir dilemparkan di atas pasir yang panas dan dipukul hingga pengsan.
Keluarganya dicampak ke air dan dipaksa baring di atas besi yang panas membara.
Ibunya Sumaiyah dibunuh oleh Abu Jahal.
 Zunairah,seorang hamba perempuan yang bekerja di rumah Saidina Omar,telah
dibelasah hingga buta kedua belah matanya oleh Abu Jahal.

Rasulullah S.A.W. pun berhijrah ke Yathrib atau nama barunya Madinah dengan para
pengikut baginda pada 1 Muharram. Di Madinah,usaha pemantapan akidah dan dakwah
berlaku secara aman. Baginda juga telah mengambil beberapa langkah ke arah perubahan
baik dari segi sosio-budaya,politik mahu pun kenegaraan. Diantara langkah-langkah itu
ialah, mempersaudarakan orang-orang Ansar dan Muhajirrin di mana orang-orang Ansar
bukan setakat melindungi keselamatan orang-orang Muhajirrin malah memberi tempat
tinggal,harta benda,isteri dan lain-lain lagi. Melaksanakan syariat dengan turunnya
perintah berpuasa,zakat dan haji. Rasulullah S.A.W. juga berpeluang mendirikan masjid-

3
masjid seperti masjid Qubaa` dan masjid An-Nabawi sebagai tempat ibadat,pendidikan
dan pengajaran,juga sebagai tempat pentadbiran hal negara Islam. Membentuk
Perlembagaan Madinah(Sahifah Madinah),dimana orang Islam bebas menjalankan seruan
Islam di sekitar Madinah. Dengan wujudnya Perlembagaan Madinah,maka terbentuklah
negara Islam yang pertama iaitu Madinah dengan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai ketua
negara.

Selepas sekian lama,berlakulah beberapa peperangan yang kebanyakkannya dipimpin


oleh baginda dan membawa kejayaan kepada Rasulullah S.A.W. seperti kejayaan baginda
membuka negara Islam yang pertama di dunia iaitu Madinah Al-Muwarrah.

Rasulullah S.A.W. merupakan manusia terunggul yang pernah wujud di dunia ini. Tidak
ada siapa pun yang mampu yang mampu menandingi kehebatan baginda sehingga mampu
membangunkan agama yang mulia ini. Semangat perjuangan baginda seharusnya
dicontohi oleh semua umat Islam di dunia ini. Oleh itu,kita sebagai umat Nabi
Muhammad S.A.W. seharusnya mencontohi semangat baginda untuk berdakwah dan
mengikuti sunnahnya agar kita akan menjadi manusia yang dirahmati dan diberkati Allah
S.W.T.

2. Pengajaran yang dapat kita tahu tentang dakwah Nabi Muhammad S.A.W ialah :
 Rasulullah S.A.W menjalankan tugas dakwah secara rahsia bukanlah kerana takut
sesuatu yang akan menimpa diri Baginda. Baginda amat faham akan perintah
Allah S.W.T.
 Seruan Nabi Muhammad S.A.W terhadap kaum Quraisy terang-terangan telah
memeranjatkan kaum Quraisy khususnya dan umat Arab umumnya. Ini dapat
dilihat dengan nyata sekali daripada penentangan Abu Lahab. Ini menunjukkan
sifat Rasulullah S.A.W dalam kerja dakwah baginda. Baginda tidak berselindung
dan menyembunyikan kebenaran, bahkan berani berterus terang.
 Rasulullah S.A.W menyeru kaumnya agar membebaskan diri dan pemikiran
daripada menyembah berhala dan cengkaman tradisi yang tidak boleh diterima
oleh akal yang waras.
3. Nilai atau sifat yang baik yang ada pada para sahabat iaitu ,tidak pernah minum
minuman keras, seorang yang setia kawan. Abu Bakar setia kepada kawan yang sedang
dalam kesusahan. Sikap setia kawan ini terlihat saat Nabi Muhammad S.A.W hijrah dari
Makkah ke Yatsrib. Abu Bakar melakukan persiapan dengan membawa perbekalan dan

4
menemani Rasulullah S.A.W dalam perjalanan. Abu Bakar juga menemani Nabi
Muhammad S.A.W saat bersembunyi di dalam gua untuk menghindari dari orang-orang
kafir Makkah. Selain itu, Suka menolong antara satu sama lain. Abu Bakar
memerdekakan yang diseksa tuannya memeluk Islam. Antaranya yang dimerdekakan
oleh Abu Bakar, adalah Bilal ibn Rabbah. Tambahan lagi , membenarkan ucapan Nabi
Muhammad S.A.W. Abu Bakar mendapat gelaran Ash-Shiddiq iaitu orang yang
membenarkan apa yang dikatakan Nabi Muhammad S.A.W. Sebagai sahabat sejati,
Sayidina Abu Bakar rela memberikan komitmen untuk bersama-sama Rasulullah S.A.W
berhijrah dari Mekkah ke Madinah. Meskipun dia tahu perjalanan itu sangat berbahaya
karena terpaksa berhadapan dengan musuh-musuh Rasulullah S.A.W. yang ingin
membunuhnya.

4. Nilai atau sifat yang buruk di kalangan kaum musyrikin ialah nilai kepercayaan dan moral
kaum musyrikin adalah amat rendah kerana tiada seorang nabi yang diutuskan untuk
memberi petunjuk dan tiada satu kepercayaan agama yang dapat membawa kepada
kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat. Majoriti masyarakat kaum musyrikin adalah
menyembah berhala. Pada ketika itu kaum musyrikin membina patung-patung berhala
dan menyembahnya. Mereka juga membina patung tersebut untuk dijual untuk ditukar
dengan barang dagangan yang membawa keuntungan. Terdapat juga di kalangan mereka
yang percaya dengan memuja dan menyembah kejadian alam seperti bulan, matahari,
bintang, binatang, pokok, roh dan lain-lain lagi. Suasana yang berlaku ini menunjukkan
kepercayaan masyarakat kaum musyrikin penuh dengan unsur-unsur mitos dan tahyul.
Selain itu juga, keadaan akhlak dan moral masyarakat kaum musyrikin juga adalah amat
buruk. Mereka mempunyai sikap yang tidak sopan dan tidak berperikemanusiaan, ada
dikalangan mereka yang sanggup bertukar isteri dan mengahwini ibu dan bapa sendiri.
Malah ada yang sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup demi menjaga maruah
mereka. Kaum wanita pada ketika itu dianggap seperti barangan dagangan dan
mempunyai taraf yang cukup rendah.

5. Kepentingan pendidikan sirah kepada masyarakat pada masa kini ialah mengetahui kejadian-
kejadian bersejarah yang telah dilalui oleh nabi kita Nabi Muhammad S.A.W
sebagaimana kita mempelajari teks-teks sejarah lain dengan menghayati sirah nabi,
seseorang Islam itu akan lebih memahami hakikat Islam. Ini kerana hakikat Islam itu

5
sendiri keseluruhannya terkandung dalam keperibadian Rasulullah S.A.W dan seluruh
perjalanan hidupnya.

Selain itu, manusia seluruhnya dapat menjadikan Nabi sebagai suri tauladan yang paling
utama dalam setiap aspek kehidupan. Penghayatan Sirah Nabi memudahkan kita
memahami dan menghayati kandungan kitab suci (Al-Quran) dan dapat merasai
kemanisan dan kehendak al-Quran. Tambahan lagi, seorang Muslim dapat mengumpul
sebanyak mungkin maklumat yang tepat berkaitan dengan pengetahuan Islam. Maklumat
dan pengetahuan ini meliputi setiap aspek yang berkaitan aqidah, hukum hakam, akhlak
dan sebagainya.
Antara kepentingan sirah kepada kehidupan manusia yang lain ialah kajian sirah dapat
melengkapkan kefahaman tentang akidah kerana beriman kepada nabi menuntut supaya
kita lebih memahami maklumat-maklumat diri Baginda s.a.w. Keduanya adalah
menunaikan perintah Allah yang menyuruh supaya umat Islam mengikuti contoh
teladannya. Oleh itu, melalui sirah umat Islam mendapat gambaran yang lebih lengkap
dan terperinci tentang kehidupan Rasulullah. Di samping itu, ia dapat membantu dan
mempermudahkan lagi mempelajari ilmu-ilmu lain seperti tafsir dan sejarah Islam. Ia
juga menonjolkan nilai-nilai keinsanan yang praktis yang dilakukan oleh Rasulullah
untuk ikutan generasi muda kini supaya Rasulullah sentiasa menjadi qudwah mereka
sepanjang hayat.

Anda mungkin juga menyukai