Anda di halaman 1dari 19

BBM 3402

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

Skrip Jawi atau tulisan Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke
Kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam. Skrip ini tergolong
dalam keluarga Semitik daripada cabangan Semitik Utara, yang menurunkan keluarga
kecil Aramaik dan seterusnya kepada Nabataen dan kepada skrip Arab.
Skrip Jawi seperti yang dinyatakan di atas berasal daripada skrip Arab dengan
dibuat beberapa penyesuaian dan tambahan. Walaupun ada beberapa batu nisan di
Kepulauan Melayu yang tertulis dalam skrip Arab sebelum abad ke-7 H./ ke-13 M yang
dijumpai, misalnya di Brunei 440H./ 1048 M, di Leran 1062 M. dan di Aceh 1297 M. dan
kepingan wang syiling yang dijumpai di Kelantan (557 H./1161M.), namun mengikut
pendapat kebanyakan pengkaji, skrip Arab mula diadaptasikan sebagai skrip untuk
mengeja bahasa Melayu dibuat sesudah abad ke-7H./ke-13M. Buktinya yang pertama,
menurut pengkaji-pengkaji seperti Fatimi (1963:50),S.M.N. al Attas (1988:1) yang jelas
menunjukkan penggunaan skrip Arab untuk mengeja teks berbahasa Melayu yang
terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 H./1303M.
Kajian telah banyak dilakukan tentang perkembangan tulisan Jawi di Kepulauan
Melayu sama ada yang dijalan oleh orang Barat mahupun oleh penduduk tempatan
sendiri. Dalam kajian ini penulis akan mengetengahkan kajian yang dilakukan oleh tokoh
Melayu yang memperkatakan sistem tulisan Jawi ini. Tokoh Melayu yang mula-mula
menganalisis sistem ejaan tulisan Jawi dengan bersungguh-sungguh dari segi prinsip dan
segala permasalahannya ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) dalam
(1)

BBM 3402

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

tulisannya yang bertajuk Jawi Spelling (JMBRAS, vol.1V, 1928, him.80-104). Beliau
telah memperkatakan tulisan Jawi dari segi sebab-sebab timbulnya ketidakseragaman
ejaan, sistem pemvokalan dalam Jawi, sistem ejaan dalam suku kata terbuka dan tertutup,
kepanjangan, tekanan dan intonasi, perkembangan penggunaan abjad
penggunaan abjad-abjad

dan penyebutan serta pengejaan bunyi a pada akhir

kata. Zaba juga menerbitkan buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi pada tahun 1949 dan
Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1940).
Usaha untuk memantapkan sistem tulisan Jawi ini diteruskan lagi iaitu pada
tahun 1983, melalui daya usaha Dewan Bahasa dan Pustaka, Awang Mohamad Amin,
telah membuat penyelidikan tentang tulisan Jawi yang berjudul Satu Kajian Terhadap
Kaedah Ejaan Jawi Zaba dengan tujuan unyuk mencari data tentang ejaan Jawi
bahasa Melayu dengan harapan bahawa data itu akan digunakan sebagai asas untuk
menyempurnakan ejaan tersebut. Satu bengkel telah diadakan untuk menyemak sistem
tulisan Jawi pada bulan Februari 1983 dan satu Jawatankuasa ejaan Jawi Dewan Bahasa
dan Pustaka, telah dibentuk untuk menyemak sistem tulisan yang ada pada masa itu
(khususnya sistem tulisan Jawi Zaba) dan memperkemaskannya.
Sistem ejaan itu dibengkelkan dalam konvensyen kebangsaan tulisa Jawi di
Terengganu pada bulan April, 1994. sistem ejaan itu telah diterima oleh konvensyen, dan
sebagai natijahnya, pada tahun 1986, diterbitkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan (PEJYD) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Bengkel tersebut telah
dipengerusikan oleh Haji Hamdan bin Haji Abdul Rahman.

(2)

BBM 3402

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

Buku ini mengandungi tiga bab, iatu tentang pengenalan abjad dan huruf, bentuk
huruf dan cara penulisan dan kaedah mengeja Jawi.

1.2

Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang dijalankan oleh penulis untuk menyiapkan kajian ini ialah

kaedah perpustakaan iaitu dengan merujuk buku-buku yang berkaitan yang terdapat di
perpustakaan selain merujuk halaman sesawang tertentu.

1.3

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyingkap sedikit sebanyak asal usul

tulisan Jawi dan juga melihat sejauh mana perkembangan tulisan iaitu dengan melihat
bentuk-bentuk huruf Jawi, jenis-jenis ejaan Jawi, kaedah mengeja dan menulis Jawi kata
dasar bahasa Melayu, kata-kata pinjaman, dan kata berimbuhan .

1.4

Batasan Kajian
Penulis akan membataskan kajian terhadap Sejarah Kemunculan Skrip dan Istilah

Jawi dan mengkaji tentang Sistem Ejaan Jawi pada Kitab Pemimpin Johor iaitu dengan
melihat huruf-huruf terpakai yang tedapat dalam kitab tersebut di samping melihat
penggunaan huruf saksi yang terdapat dalam kitab ini.Penulis juga akan menerangkan
peraturan-peraturan ejaan Jawi yang dianjurkan dalam buku ini.

(3)

BBM 3402

2.0

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

SEJARAH KEMUNCULAN SKRIP JAWI DAN ISTILAH JAWI


Sebagaimana yang diketahui skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang dibuat

beberapa penyesuaian dan tambahan. Walaupun ada beberapa batu nisan di Kepulauan
Melayu yang tertulis dalam skrip Arab sebelum abad ke-7H./ ke-13M. Yang dijumpai ,
misalnya di Brunei 440H./1048M. Di Leran 1062M. dan di Aceh 1297M. Dan kepingan
wang syiling yang dijumpai di Kelantan (557H./1161M.) namun mengikut pendapat
kebanyakan pengkaji, skrip Arab mula diadaptasikan sebagai skrip untuk mengeja bahasa
Melayu dibuat sesudah abad ke-7H./ke-13M. (lihat Russels jones,1983:125). Buktinya
yang pertama, menurut pengkaji-pengkaji (misalnya Fatimi (1963:50),S.M.N.al Attas
(1988:1) yang jelas menunjukkan penggunaan skrip arab untuk mengeja teks berbahasa
Melayu terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H./1303M.

Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu dikenali dengan nama skrip
Jawi. Mengikut Omar Awang (1985:190) tidak diketahui siapakah yang memberikan
nama Jawi kepada skrip itu, namun beliau memetik keterangan dalam kamus
R.J.Wilkinson (1959:452), perkataan Jawi dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok
Jawi-Jawi atau jejawi dan juga beras Jawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga
dengan makna lembu atau kerbau dalam bahasa Minangkabau.

Omar Awang (ibid) seterusnya menegaskan , kemungkinan perkataan Jawi berasal


daripada perkataan Arab al-Jawah. Kata tersebut pernah digunakan dalam catatan Arab
yang tertulis sebelum pertengahan abad ke-14M. untuk menamakan Pulau Sumatera
(4)

BBM 3402

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

(misalnya Yaqut, dalam Mujam al-Buldan, Abu al-Fida dalam Taqwim al-Buldan dan
ibn. Batutah dalam Rihlat Ibn Batutah (petikan Omar Awang, ibid.) Fakta ini
menunjukkan satu kemungkinan yang kuat bahawa skrip Jawi itu dinamakan oleh orang
Arab untuk merujuk skrip ejaan Jawi yang digunakan oleh orang Sumatera, iaitu
penduduk al- Jawah yang beragama Islam dan menggunakan bahasa Melayu.

W.Marsden (1812:XV) pernah menyebut bahawa nama Jawi juga menjadi tanda
tanya kepada G.H.Werndly (iaitu ketua penterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu
pada tahun 1731-33M. Dan penyusun sebuah tatabahasa Melayu pada tahun 1736M.)
tentang asal usulnya.G.H.Werndly telah membuat kesimpulan bahawa Jawi boleh
dikaitkan dengan perkataan Jawa yang disebut oleh Marco Polo sebagai nama lama bagi
Pulau Sumatera. Marsden juga menyebut tentang keterangan yang dibuat Raffles
berkaitan dengan nama Jawi. Menurut Raffles, perkataan Jawi bagi orang Melayu yang
bermaksud kacukan ( mixed or crossed), seperti dalam ungkapaan anak Jawi,iaitu
kacukan daripada bapa Keling dan ibu Melayu (dengan demikian timbullah istilah Jawi
Peranakan); oleh itu bahasa Jawi ialah bahasa Melayu yang ditulis dalam skrip Arab.

Wilkinson (op.cit.) pula berpendapaat bahawa Jawi itu bermakna Melayu,


misalnya dalam ungkapan Jawikannya yang bermaksud terjemahkan ke dalam bahasa
Melayu (tentunya dalam tulisan ), atau seperti yang disebut dalam Kitab Seribu
Masalah, iaitu(kitab) ... yang daripada bahasa Parsi... dipindahkan kepada bahasa
Jawi(Melayu) dari Palembang...pada tahun 1273 H.... Nampaknya penggunaan istilah
(5)

BBM 3402

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

Jawi dengan makna Melayu adalah sebagai lawan kepada istilah Arab/Parsi, iaitu
tulisan Jawi lawan tulisan Arab/Parsi, bahasa Jawi lawan bahasa Arab/Parsi, bangsa Jawi
lawan bangsa Arab/Parsi/Turki.

2.1

Sejarah Kajian Tulisan Jawi


Banyak kajian telah dilakukan tentang perkembangan sistem tulisan Jawi di

Kepulauan Melayu yang dijalankan oleh orang Barat. Mereka berbuat demikian kerana
tugas atau ada kaitan dengan keperluan pentadbiran, perniagaan dan agama Kristian. Ada
juga yang melakukannya disebabkan oleh kecenderungan kesarjanaan mereka, iaitu
sebagai pembawaan daripada tradisi pengajian yang dialami mereka di Universiti
Cambridge, Oxford, Laiden dan lain-lain.

Shellabear yang menulis artikel tentang perkembangan ejaan Melayu(Jawi) pada


tahun 1901 ( the Evolution of Malay Spelling, JMBRAS, 1901,Vol.36:75-135), telah
menyebut dan memberi ulasan terhadap beberapa orang pengkaji Barat yang telah
menyelidiki bahasa Melayu, termasuk ejaannya (Jawi). Antaranya ialah van
Rongkel(pada hlm.76),van Elbinck (pada hlm 81), Robinson(pada hlm.83),Gerth v.Wijk
(pada hlm .84), Werndly (pada hlm.88),van der Wall(pada hlm.87), Cohen Stuart (pada
hlm.92), de hollander (pada hlm.95), van der tuuk (pada hlm.98, nota kaki), Pijnappal
(pada hlm.103),Klinkert (pada hlm.103), dan Wilkinson (pada hlm.103) dan Shellabear
(ibid : 77).

(6)

BBM 3402

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

Mereka ini telah menyuarakan rasa kagumnya kerana keseragaman ejaan Jawi
yang terkandung dalam manuskrip-manuskrip sebelum kurun ke-17 masihi yang tertulis
di seluruh pelosok Kepulauan Melayu dari Aceh ke Sulawesi. Beliau telah memberi dua
sebab tentang hal itu. Pertama, kemahiran menulis pada masa itu, hanya dikuasai oleh
beberapa orang tukang tulis. Mereka ini tentu sekali terlatih dalam kaedah penulisan dan
dengan itu dapat menjaga keseragamannya. Kedua, teks pada masa itu kebanyakannya
terdiri daripada dokumen-dokumen rasmi tentang agama dan kerajaan, yang ditulis oleh
mereka yan terpelajar sahaja. Namun satu hakikat yang tidak dapat dinafikan mengiut
Shellabear (ibid :77) ialah wujudnya satu piawai dalam tulisan Jawi.

Satu perkara yang sangat menarik yang dinyatakan oleh Shellabear (ibid :77-78)
ialah oarang Melayu menerima sistem tulisan Jawi ini secara langsung daripada orang
arab, dan orang Arablah yang mula-mula menggunakan sistem tulisan Arab untuk
menulis bahasa Melayu yang seterusnya terkenal dengan nama tulisan Jawi itu.

Jika kita lihat tokoh Melayu yang mula-mula menganalisi sistem ejaan Jawi
dengan bersungguh-sungguh dari segi prinsip dan segala permasalahannya ialah Zainal
Abidin

bin

Ahmad

(Zaba)

dalam

tulisannya

yang

bertajuk

Jawi

Spelling(JMBRAS,vol.IV,1928,hlm.80-104). Beliau telah memperkatakan tulisan Jawi


dari segi sebab-sebab timbulnya ketidakseragaman ejaan, sistem pemvokalan dalam Jawi,
sistem ejaan dalam suku kata terbuka dan tertutup, kepaanjangan, tekanan dan intonasi,
perkembangan penggunaan abjad

, penggunaan abjad-abjad
(7)

dan

BBM 3402

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

penyebutan serta pengejaan bunyi a pada akhir kata. Zaba seterusnya menerbitkan buku
Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi pada tahun 1949. Beliau juga telah membincaangkan
kaedah ejaan Jawi dan Rumi dalam buku nahunya yang termasyhur, iaitu Pelita Bahasa
Melayu Penggal 1( 1940 ).

Dua orang tokoh Melayu lagi yang pernah memperkatakan ejaan Jawi ialah Raja
Haji Muhammad Tahir bin almarhum Murshid Riau yang termuat di dalam bukunya
Rencana Melayu (1928). Dalam buku tersebut beliau mengatakan ... peri menyatakan
tulisan Melayu...yang mengandungi juga ringkasan huruf, barisan huruf yang dirangka,
hamzah pada tulisan, hamzah dibantahi oleh

dan

dan segala huruf telor. Seorang

lagi Mejar Datuk Haji Muhammad Said Sulaiman yang telah menulis buku Buku Katan
(1936) dan Panduan Bagi Ejaan PBmPB (1936).

Kajian terhadap tulisan Jawi ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Dalam tahun
1972, Raja Mukhtaruddin Dain, telah mengesyorkan satu sistem pemvokalan ejaan Jawi
melalui penggunaan tanda-tanda baris sepenuhnya dengan mengenepikan penggunaan
abjad

, untuk menandakan bunyi vokal (Raja Mukhtaruddin Dain,1972:309-

312). Beliau mengesyorkan tanda baris di atas melambangkan vokal a, tanda baris di
bawah melambangkan vokal i, tanda baris di hadapan melambangkan tanda u, tanda `
melambangkan vokal o, tanda , untuk vokal pepet dan tanpa tanda baris untuk vokal e
taling.

(8)

BBM 3402

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

Pada tahun 1983, melalui daya usaha Dewan Bahasa dan Pustaka, Awang
Mohamad Amin, telah membuat penyelidikan tentang tulisan Jawi yang berjudul Satu
Kajian Terhadap Kaedah Ejaan Jawi Zaba dengan tujuan... untuk mencari data tentang
ejaan Jawi bahasa Melayu denga harapan bahawa data itu akan digunakan sebagai asas
untuk menyempurnakan ejaan tersebut, iaitu sebelum diajarkan kepada pelajar-pelajar
khasnya dan orang ramai amnya. Hasil kajian itu telah dibahaskan oleh Raja
Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain dalam artikelnya Laporan Tentang Satu Kajian
Kaedah Ejaan Melayu Zaba yang dibuat oleh Tuan Awang Mohd Amin dan Haji
Hamdan bin Haji Abdul Rahman dalam artikelnya Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu
Bagi Memenuhi Keperluan Masa Depan dalam satu bengkel yang diadakan di Dewan
Bahasa dan Pustaka pada bulan Februari 1983. Sebagai kesan daripada perbincangan
dalam bengkel itu, satu jawatankuasa dibentuk untuk menyemak sistem tulisan yang ada
pada masa itu (khususnya sistem tulisan Jawi Zaba) dan memperkemaskannya.

Hakikat ini ditegaskan oleh Pengerusinya Haji Hamdan bin Haji Abdul Rahman,
iaitu tugas Jawatankuasa itu..... mengekalkan yang sudah kemas, melengkapkan yang
kurang, mengadakan yang tiada, menjelaskan yang kabur dan mengemaskan yang
longgar...(jadi) yang (akan) dihasilkan hanyalah sistem ejaan Jawi Zaba yang
diperkemaskan dan dinyatakan semula dengan perkataan baru (Haji Hamdan Haji Abdul
Rahman, 1984:1)

(9)

BBM 3402

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

Sistem ejaan itu dibengkelkan dalam Konvensyen Kebangsaan tulisan Jawi di


Terengganu pada bulan april , 1994. Sistem ejaan itu diterima oleh Konvensyen, dan
sebagai natijahnya , pada tahun 1986, diterbitkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini mengandungi tiga bab, iaitu
tentang pengenalan abjad dan huruf, bentuk huruf dan cara penulisan dan kaedah
mengeja Jawi.

Pada tahun 1988 pula Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan pula buku
Daftar Ejaan Jawi Rumi yang memuatkan... perbendaharaan kata dasar umum bahasa
Malaysia , termasuklah kata pinjaman umum daripada bahasa asing seperti bahasa Arab,
bahasa Inggeris dan lain-lain. Kata-kata ini disusun menurut abjad Rumi dan padanan
Jawi yang digunakan berdasarkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan.

3.0

KAJIAN TERHADAP SISTEM EJAAN JAWI PADA KITAB PEMIMPIN

JOHOR
Kitab Pemimpin Johor ini telah dikarang oleh Muhammad Ibrahim bin Haji
Abdullah Munsyi dan dicetak pada tahun 1878 M. Di Singapura. Buku ini sebenarnya
merupakan sebuah buku panduan tulis-menulis dalam bahasa Melayu yang menyambung
dan memperbaharui kitab Bustan al- Katibin (Taman Juru Tulis) karya Raja Ali Haji.
Buku ini turut menyentuh sedikit tentang huruf dan bunyi bahasa dan seterusnya
mengemukakan

sistem ejaan Jawi secara teratur dan tanda bacaan/karangan serta

simpulan perkataan dalam ilmu karang-mengarang.


(10)

BBM 3402

3.1

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

Huruf Saksi(vokal)
Abjad Jawi yang disenaraikan terdiri daripada 22 abjad yang dinamakan huruf-

huruf yang terpakai dalam bahasa Melayu. Abjad-abjad yang dimaksudkan itu ialah :

Tiga abjad, iaitu

dinamakan huruf saksi (abjad vokal) manakala yang lain

dinamakan sebagai huruf benar. Abjad


abjad

(lam alif) dinamakan huruf jadi dan huruf

(hamzah) dinamakan tanda iaitu :


i)

Pengganti

(alif) pada tengah kata. Misalnya:


seorang

ii)

Pengganti abjad

iaitu

(qaf) pada akhir kata. Misalnya:


buruk

tengkok

bengkok

Selain itu diterangkan juga penggunaan huruf saksi seperti berikut:


i)

Huruf saksi (abjad vokal) digunakan untuk sebutan yang


panjang,misalnya:
untuk

alif:

kata

jalan

untuk

wau:

buku

kuku

untuk

ya

isi

diri

(11)

BBM 3402

ii)

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

Huruf saksi
a.

(alif) ada dua jenis, iaitu:


alif maruf untuk bunyi / / (e pepet). Misalnya:
tiba

b.

pinta

alif majhul untuk bunyi /a/. Misalnya:


tangan

iii)

Huruf saksi
a.

dapat

, (wau) juga mempunyai dua jenis, iaitu:

wau maruf untuk bunyi /u/. Misalnya:


buku

b.

wau jahul untuk bunyi /o/. Misalnya:


jodoh

iv)

Huruf saksi
a.

(ya) juga mempunyai dua jenis, iaitu:

ya maruf untuk bunyi /i/.Misalnya:


ibu

b.

ya majhul untuk bunyi /e/(e taling). Misalnya:


desa

Selain 22 abjad di atas, ada lima abjad tambahan untuk mengeja bahasa asing,
iaitu:

(v),

(z) ,

(ng) ,

(h) dan

November

measure

Ng

Goh

water

teacher

(12)

(t) Misalnya:

BBM 3402

3.2

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

Kaedah Penggandingan Huruf


Selain itu, dalam kitab ini juga dihuraikan kaedah-kaedah penggandingan huruf,

sifat-sifat huruf Hindi yang dalam bahasa Melayu dan sifat-sifat huruf tanda yang lain,
seperti angka / huruf, tanda kirat, tanda kurungan (paranthesis), petunjuk, garis bawah,
alamat, tanda bunga, noktah, tanda soal, tanda pengebat, bintang, pangkah, nombor, muka
surat, kandungan, pengenalan/pendahuluan dan juga huraian tentang lidah Melayu telor
(dialek) dan ibu perkataan.

Penerapan peraturan-peraturan ejaan Jawi yang dianjurkan oleh buku ini


menampakkan gejala pembaharuan yang lebih jelas, terutama dalam penggunaan abjadabjad vokal pada suku kata akhir, terbuka dan pada suku kata tertutup. Namun, bagi katakata yang sudah lazim ejaannya, pemvokalan dengan sistem baris, iaitu tanpa abjad vokal
pada suku kata akhir terbuka dan pada suku kata tertutup, dikekalkan. Sistem pemvokalan
demikian adalah seperti yang berikut:
3.2.1

Peraturan peraturan ejaan Jawi

3.2.1.1 Penggunaan abjad vokal pada suku kata terbuka pertama dan tengah kata
tanpa abjad vokal pada suku kata akhir terbuka. Misalnya:
lama

berapa

serta

pertama

pula

ada

percaya

nescaya

bahasa

utama
(13)

BBM 3402

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

suara

rongga

guna

kuasa

juga

kata

kita

itu

iaitu

ketika

tiada

apabila

daripada

sesuatu

3.2.1.2 Penggunaan abjad vokal pada suku kata akhir terbuka. Misalnya:
bahawa

lalu

dahulu

sedia

tetapi

kedua
Duli Yang Maha Mulia

istimewa

usaha

bagi

baharu

jadi

hina

bangsa

bunyi

Melayu

sendiri

begini

begitu

isi

pancaindera

belanga

guru

gigi

telinga

eja

tiba
(14)

BBM 3402

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

3.2.1.3 Penggunaan abjad vokal pada suku kata tertutup. Misalnya:


pemimpin

mengatur

belum

puas

mengiring

tekun

kecil

belum

menuntut

pengarang

barang

berselisih

masing-masing

murid

terbit

balik

cabut

hasil

tersebut

kecik

3.2.1.4 Tanpa penggunaan abjad vokal pada suku kata tertutup. Misalnya:
memungut

menimbang

cukup

patut

sambil

hampir

menyuruh

punca

sepenuh

mulut

teluk

tutur

bibir

minum

bintang

(15)

BBM 3402

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

3.2.1.5 Ada juga beberapa perkataan yang dieja secara anakronistik. Misalnya:

4.0

dari sebab

sebuah

sahaja

sungguhpun

KESIMPULAN
Sebanyak yang dapat dikesan, sistem ejaan pada akhbar yang telah diterbitkan

sekitar tahun 1880-an umumnya sistem ejaan tersebut banyak menyamai sistem ejaan
yang digunakan dalam Kitab Pemimpin Johor. Ini memberi implikasi bahawa pada
penghujung abad ke-19 M. Terdapat semacam pengekodan dalam sistem tulisan Jawi.

Kegiatan tersebut berpusat di sekitar kawasan-kawasan yang terdapat penubuhan


sekolah-sekolah Melayu, percetakan dan persuratkhabaran Melayu seperti Melaka,
Singapura, Johor dan mungkin juga Pulau Pinang. Kemungkinan hal ini berlaku kerana
dengan tertubuhnya sekolah-sekolah Melayu, maka buku-buku teks untuk kegunaan
sekolah perlu diterbitkan dan satu sistem ejaan Jawi yang baku perlu diterbitkan dan satu
sistem ejaan Jawi yang baku perlu diguna dan diajar kepada murid-murid. Dengan
tersebarnya literasi (celik huruf) , maka sebab itulah bahan-bahan bacaan umum seperti
akhbar dapat diterbitkan.

Kini, Jawi merupakan tulisan bahasa Melayu yang telah diangkat menjadi bahasa
rasmi negara, sudah sewajarnyalah Jawi dipelajari oleh semua lapisan masyarakat kerana
ia adalah warisan rakyat Malaysia.
(16)

BBM 3402

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

(17)

BBM 3402

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

(18)

BBM 3402

Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

(19)

Anda mungkin juga menyukai