Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Secara etimologi, resensi berasal dari Belanda resentie serta Bahasa Latin recensio, recensere
atau juga revidere yang bermaksud mengulas kembali atau juga melihat kembali. Sedangkan
apabila Bahasa Inggris dikenal dengan istilah review.

WJS. Poerwadarminta (2003:75) mengemukakan bahawa resensi secara bahasa sebagai


pertimbangan atau perbincangan tentang sebuah buku yang menilai kelebihan atau kekurangan
buku tersebut, tema dan isi buku, kritikan dan memberi dorongan kepada khalayak tentang
perlu tidaknya buku tersebut dibaca dan dimiliki atau dibeli. Perbincangan buku tersebut dimuat
di surat kabar atau majalah. Menurut Kamus Dewan (2010: 1323), resensi adalah pertimbangan
atau pembicaraan mengenai buku.

Secara ringkasnya, resensi adalah sebuah kegiatan atau aktivitI menilai, membahas, mengkritik
atau juga mengungkapkan kembali isi yang terdapat di dalam sebuah karya dengan cara
memaparkan data-data, sinopsis dan juga kritikan terhadap karya tersebut. Menulis resensi
terdiri daripada kelebihan, kekurangan dan juga informasi yang diperoleh dari buku atau karya
serta juga disampaikan kepada masyarakat, biasanya dengan melalui media massa, seperti
surat kabar ataupun majalah.

2.0 RESENSI CERPEN

2. 1 MAKLUMAT BERKAITAN CERPEN

Judul cerpen : Gerhana Manusia

Pengarang :Aminah Mokhtar

Penerbit :Sasbadi Sdn. Bhd.

Tahun terbit beserta cetakannya : Cetakan Pertama 2015

Jumlah halaman : 69-76

1
2.2 WATAK PERWATAKAN

Nusia merupakan jururawat yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital. Nusia
ialah seorang yang akur akan perintah ketua kerana dia sentiasa mengikut arahan ketuanya
seperti Profesor Doktor Juaidi. Nusia juga merupakan seorang yang prihatin terhadap semua
pesakitnya kerana dia sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya. Nusia
juga seorang jururawat yang bertanggungjawab. Nusia sentiasa memeriksa keadaan semua
pesakitnya dari masa ke masa bagi memastikan pesakitnya berada dalam kedaan stabil. Jika
berlaku apa-apa masalah, Nusia segera memberitahu Profesor Doktor Juaidi.

Seterusnya ialah watak Doktor Murni. Beliau merupakan pegawai perubatan muda di sebuah
hospital. Beliau bertugas merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital. Doktor
Murni sangat mementingkan aspek kemanusiaan pesakit. Beliau sentiasa berlaku adil terhadap
pesakit dengan memberikan rawatan kepada semua pesakitnya tanpa mengira latar belakan
mereka.

Selain itu ialah Profesor Doktor Juaidi. Beliau ialah pegawai perubatan senior di sebuah
hospital.
Beliau merupakan ketua jabatan kepada Doktor Murni dan Nusia. Beliau merupakan seorang
yang sangat materialistik. Hal ini kerana beliau lebih mengutamakan ganjaran material daripada
nilai-nilai kemanusiaan. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Tuan
Besar sehinggakan sanggup mengorbankan nyawa pesakit-pesakit lain.

Akhir sekali ialah. Tuan Besar Musa. Tuan Besar ialah seorang ahli korporat dan teknokrat yang
memiliki gedung perniagaan yang besar. Tuan Besar bersifat dermawan. Beliau banyak
memberi sumbangan kepada kelab elit hospital berkenaan. Beliau juga telah menderma ratusan
ribu ringgit untuk majlis makan malam hospital tersebut. Namun, Tuan Besar seorang yang
tidak menjaga kesihatan dirinya walaupun sudah berumur. Beliau mengambil minuman keras
selama bertahun-tahun. Oleh sebab itu, beliau berada dalam keadaan koma kerana perbuatan
beliau sendiri dan akhirnya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi tubuhnya yang mengalami
kehilangan darah yang banyak.

2
2.3 BINAAN PLOT

Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara kronologi.

Pada fasa pengenalan, Tuan Besar Musa sedang koma dan tenat akibat perbuatannya yang
mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. Pada waktu itu, Nusia, Doktor Murni dan
Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawanya yang berada di ambang
maut.

Pada fasa perkembangan, Nusia telah memberitahu Doktor Murni bahawa stok tabung darah di
bank darah yang sudah kehabisan. Doktor Murni mengarahkan Nusia menghebahkan masalah
itu kepada pihak media dengan harapan ada insan yang mahu mendermakan darahnya kepada
Tuan Besar Musa.

Seterusnya, perumitan. Nusia berasa bahawa Tuan Besar Musa tidak mampu diselamatkan lagi
kerana dia hanya bergantung pada alat sokongan hayat. Nusia membantah tindakan Profesor
Doktor Juaidi yang memintanya memasukkan darah tulen ke dalam tubuh Tuan Besar Musa
kerana 50 pek darah yang dimasukkan ke dalam tubuhnya sebelum itu telah keluar semula.
Selepas itu, Nusia memujuk juruteknik makmal darah agar memberikan lima pek darah tulen
yang sejuk itu untuk kegunaan pesakit-pesakit lain. Juruteknik makmal darah itu termakan
pujukan Nusia dan menyerahkan lima pek darah sejuk itu kepadanya. Nusia menjelaskan
kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia sanggup menanggung segala risiko dan
herdikan atas tindakannya itu.

Berikutnya, klimaks. Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar
Musa dengan meningkatkan kadar penggunaan adrenalina, dopamin, dan atropina.

Akhir sekali adalah peleraian. Tuan Besar Musa gagal diselamatkan dan menghembuskan
nafasnya yang terakhir. Profesor Doktor Juaidi berasa tertekan atas kematian Tuan besar Musa
kerana kelab elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM100 ribu. Doktor Murni pula
menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu. Kemudian,
Doktor Murni menggapai tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah supaya mereka dapat
mendermakan darah untuk semua pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu.

3
2.4 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN CERPEN

2.4.1 KELEBIHAN CERPEN

Kelebihan yang ada pada cerpen ini adalah penceritaannya yang menarik kerana boleh
dikaitkan dengan situasi sebenar masa ini yang mementingkan darjat dan pangkat dalam
kehidupan. Cerpen ini bertemakan konflik terhadap etika kerja. Konflik yang dibincangkan
adalah konflik antara memenuhi etika seorang jururawat dan tuntutan dari pihak atasan dalam
membantu pesakit yang lebih berpengaruh. Contohnya, Doktor Juaidi menyuruh Nusia memberi
bantuan darah kepada Tuan Besar Musa yang sedang koma disebabkan oleh dirinya sendiri
yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti meminum arak. Hal ini kerana Tuan
Besar Musa banyak memberi sumbangan kewangan kepada hospital tersebut.

Kelebihan dalam sesuatu bahan bacaan juga dapat dilihat dari segi nilai yang dapat diperoleh
pembaca. Harmin dan Simon (1980) merumuskan nilai sebagai garis panduan umum terhadap
tingkah laku. Garis panduan ini memberikan satu arah kepada kehidupan seseorang atau
anggota sesuatu masyarakat. Masyarakat Melayu mempunyai cara tersendiri dalam mendidik
masyarakatnya untuk menghayati nilai. Penghayatan nilai ini bukannya secara terang-terangan
namun disampaikan secara halus melalui pelbagai bahan bacaan.

Terdapat banyak nilai yang diperoleh pembaca dalam cerpen Gerhana Manusia. Antara nilai
yang terdapat dalam novel tersebut adalah nilai bertanggungjawab. Contohnya sebagai
seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat
atau pangkat seseorang. Selain itu, nilai kasih sayang. Contohnya, Nusia amat menyayangi dan
mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya. Seterusnya adalah nilai baik hati.
Contohnya, Doktor Murni bersedia mendermakan darahnya untuk bekalan darah yang
kehabisan di bank darah. Nilai keberanian. Contohnya, Nusia berani menanggung risiko
berhubung tindakannya yang mendesak juruteknik makmal darah agar menyerahkan lima pek
darah sejuk kepadanya. Berikutnya, nilai rasional. Contohnya, Nusia mendesak juruteknik
makmal darah agar menyerahkan lima pek darah sejuk kepadanya untuk menyelamatkan
empat nyawa pesakit yang sedang koma. Akhir sekali adalah nilai keyakinan. Contohnya,
Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya kerana dia yakin ada hospital lain yang
akan mengambilnya sebagai doktor perubatan.

4
Pengajaran juga menjadi unsur penting dalam penghasilan sesebuah karya. Pengajaran adalah
unsur teladan dalam sesebuah karya sastera. Sebahagian daripada pengkaji sastera
menyebutnya sebagai mesej. Pengajaran dapat dikesan melalui gagasan penulis atau tindakan
dan pemikiran watak dalam sesebuah cerita. Pembaca dapat mengesan unsur ini dalam
sesebuah karya sastera dengan menggunakan pemikiran positif. Pembaca akan dapat
membuat kesimpulan bahawa sesuatu gagasan penulis atau tindakan dan pemikiran watak itu
patut diikuti dicontohi atau tidak.

Antara pengajaran yang dapat diambil dari cerpen tersebut ialah kita mestilah bersifat
penyayang sesama insan tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang. Contohnya, Nusia
amat menyayangi dan mengambil berat terhadap semua kesihatan pesakit-pesakitnya tanpa
berat sebelah. Selain itu, kita perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang
diberikan seperti yang dilakukan oleh Dr Murni dan Nusia. Contohnya, mereka sentiasa
memantau keadaan semua pesakitnya. Seterusnya, kita hendaklah bijak berikhtiar untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi mengarahkan
Doktor Murni menghubungi hospital lain untuk mendapatkan bekalan darah bagi mengisi tabung
darah di hospital mereka yang kehabisan. Berikutnya, kita hendaklah bersedia menderma
darah untuk menyelamatkan nyawa pesakit atau insan yang memerlukannya. Contohnya,
Doktor Murni dan Nusia bermurah hati untuk menderma darah bagi menampung bekalan darah
yang tidak mencukupi di bank darah hospital. Akhir sekali ialah kita hendaklah bijak berikhtiar
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Contohnya Doktor Murni membuat keputusan
untuk menderma darahnya bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di hospital
tersebut..

Selain itu, cerpen tersebut mempunyai unsur kohesi dan koheren. Kohesi adalah keserasian
hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur yang lain dalam sesebuah wacana untuk
menghasilkan wacana yang mantap. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Nusia
memberikan gelafundin (cecair yang mempunyai kandungan seakan-akan darah) kepada
Solehah apabila Nusia melaporkan kepada beliau bahawa tekanan darah Solehah semakin
rendah. Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan kata yang maknanya berbeza
dengan makna kata yang ditujukannya. Yang penting, kata yang digantikan dan kata pengganti
menuju pada rujukan yang sama.

5
Manakala, koheren adalah kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana
sehingga menjadikan teks itu bermakna. Koheren juga merupakan perkaitan antara proposisi,
tetapi perkaitan itu tidak secara eksplisit (nyata) dapat dilihat daripada ayat yang
mengungkapkannya. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi ternganga yang menandakan beliau
terkejut setelah menerima surat peletakan jawatan daripada Doktor Murni. Hal ini
menunjukkkan perkaitan antara proposisi tetap wujud, tetapi tidak secara nyata memperlihatkan
perkaitan gramatikal atau semantik.

Akhir sekali, kelebihan yang ada pada cerpen tersebut adalah terdapat lukisan yang menarik
berdasarkan setiap peristiwa yang berlaku. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu
pembaca mendalami dan memahami jalan cerita cerpen tersebut. Lukisan tersebut juga dapat
menarik minat pembaca untuk membacanya.

6
2.4.2 KELEMAHAN CERPEN

Salah satu kelemahan cerpen tersebut adalah jenis dan saiz tulisan serta jarak antara
perkataan yang digunakan. Hal ini kerana tulisan yang digunakan terlampau kecil serta jarak
antara perkataan agak rapat yang membuatkan pembaca sukar untuk membacanya.

Kelemahan yang ada pada cerpen ini juga adalah cerpen ini akan menimbulkan perasaan
marah dan geram pembaca kepada watak Dr. Juadi yang materialistik dan tidak mengutamakan
etika kerja sebagai seorang doktor. Hal ini kerana Profesor Doktor Juaidi amat mengutamakan
Tuan Besar dalam membekalkan pek darah agar Tuan Besar dapat meneruskan hidup dan
yang paling penting ialah Profesor Doktor Juaidi tidak kehilangan sumber kewangan utama
hospital tersebut walaupun terdapat ramai lagi pesakit tenat yang sangat memerlukan darah
untuk meneruskan hidup. Pihak hospital telah membazirkan 50 pek darah semata-mata ingin
menyelamatkan Tuan Besar walaupun Profesor Doktor Juaidi sudah sedia maklum bahawa
Tuan Besar mempunyai peluang yang sangat tipis untuk diselamatkan.

Selain itu, kelemahan yang terdapat dalam cerpen tersebut adalah gaya bahasa yang
digunakan oleh pengarang. Pengarang menggunakan istilah-istilah Sains Perubatan yang
membuatkan pembaca susah untuk memahami perkataan tersebut. Hal ini kerana tidak semua
pembaca berlatar belakangkan bidang Sains dan secara tidak langsung membuatkan mereka
sukar untuk memahami cerpen tersebut. Sebagai contoh, penggunaan istilah gelafundin,
adrenalina, dopamine, dan atropina.

Akhir sekali adalah pengakhiran cerpen tersebut yang menimbulkan perasaan tidak puas hati
pembaca. Hal ini yang mana Nusia dan Doktor Murni telah meletakkan jawatan sebagai
petugas di hospital tersebut sedangkan mereka tidak melakukan kesalahan. Nusia dan Dr,
Murni tidak seharusnya meletakkan jawatan kerana mereka telah melakukan tugas mereka
dengan sebaiknya. Sepatutnya, Profesor Doktor Juaidi yang perlu meletakkan jawatan kerana
beliau telah melanggar etika kerja sebagai seorang doktor. Profesor Doktor Juaidi telah
menindas orang yang kurang berkemampuan dengan mengutamakan Tuan Besar dalam
memberikan rawatan sedangkan terdapat ramai lagi pesakit yang perlu dirawat.

7
3.0 KESIMPULAN

Cerpen ini merupakan bahan bacaan yang menarik bagi semua usia baik tua mahupun muda.
Melalui cerpen ini, pengarang menitik beratkan inti cerita yang berkonsepkan etika kerja.
Cerpen ini dapat membuka mata manusia tentang betapa pentingnya untuk memiliki sifat
perikemanusiaan dan betapa ruginya seseorang yang mementingkan wang dalam hidup.
Penulis telah membuka mata saya bahawa orang yang sentiasa mementingkan material tidak
selalunya bahagia dalam hidup.

Harapan saya agar semua pihak dapat menjadikan watak Profesor Doktor Juaidi sebagai iktibar
dan pengajaran dan sedar akan betapa ruginya seseorang yang mengetepikan sifat
perikemanusiaan dalam diri demi wang semata-mata. Selain itu, saya juga berharap agar
pembaca dapat mencontohi watak Nusia dan Doktor Murni yang sanggup mengorbankan
pekerjaan mereka kerana tidak lagi sanggup bersekongkol dengan orang yang tidak mengikuti
etika kerja yang betul demi kepentingan diri.

8
SUMBER RUJUKAN

Sejadah Rindu. (2015). Selangor: Sasbadi Sdn Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

W.J.S Poerwadarminta. Kamus Umum Bahasa Indonesia. (1984). Johor Bahru: Balai Pustaka.

Robiah Kulop Hamzah. Nilai Murni Dan Pengajaran Bahasa Melayu. (2011). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka

Aminah Mokhtar. (2016). Gerhana Manusia. Retrieved Feb 15, 2020, From

http://cikgurahimkvsi.blogspot.com/2016/02/gerhana-manusia-aminah-mokhtar.html

Maisarah Ahmad. (2013). Definisi Fungsi Dan Nilai. Retrieved Feb 15, 2020, From

http://kindeadpm.blogspot.com/2013/12/definisi-dan-fungsi-nilai.ht

Anda mungkin juga menyukai