Bentuk kata tunggal merujuk kepada perkataan-perkataan yang tidak mengalami pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan.Kata tunggal merupakan bentuk kata akar atau kata dasar yang mendirikan perkataan dengan sendirinya.Kata tunggal turut diperluas bagi membentuk kata terbitan.Namun,ada juga kata tunggal yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti ini,itu,sini,situ,dan sana.(Menurut Dr.Siti Hajar Binti Hj. Abdul Aziz,melalui buku Siri Pendidikan Guru iaitu Bahasa Melayu 1) Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal iaitu satu suku kata dan dua suka kata atau lebih.Jika dilihat daripada penyukuan kata,perkataan boleh mengandungi satu suku kata atau lebih.Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada vokal sahaja atau vokal disertai dengan konsonan.(Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu).
Contoh pola-pola kata tunggal: Suku kata KV VK KVK KKVK KKKV KKKVK Contoh: Ya Am Sen Dram Skru Straw Skrip Tin Trak Roh Gred Bah Kord Contoh: Yu Contoh: Ru Contoh:
V+KV+KVK (amanah,ijazah,akidah,amatur,ibarat) VK+KV+KV (almari,umpama,istana,asmara,isteri) KV+KV+KV (teruna,keliru,delima,sutera,putera) KVK+KV+KV ( menteri,kemboja,bestari,bendera,misteri) VK+KV+VK (imiah,ikhtiar) V+KV+VK (akaun,amaun,ideal,elaun)
KV+KV+KVK ( belalang,senapang,teratak,kelamin,riwayat) KVK+KV+KVK (tempurung,matlamat,martabak,cengkerik,tempayan) KV+KVK+KV (belanja,setanggi,royalti,selamba,keranda) KVK+KVK+KV (sempurna) KV+KVK+KVK (kelongsong,belimbing,telanjang,kelompok,belangkas)