Anda di halaman 1dari 2

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di luar kelas.

Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan mendapat kepuasaan dan kesernokan d samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan. Huraikan LIMA peranaan bacaan ekstensif dalam pembelajaran bahasa. Cadangan jawapan: i. Meningkatkan ketrampilan berbahasa dalam kalangan murid Bacaan ekstensif dapat membantu murid untuk mengenal perkataan dan simbol-simbol yang terdapat dalam bahan bacaan. (ii) Menambahkan kosa kata Kajian menunjukkan kanak-kanak tidak banyak mengetahui atau menguasai kosa kata melalui pembelajaran secara formal. Sebaliknya, penguasaan kosa kata banyak diperoleh melalui bahan bacaan. Malah, penguasaan kosa kata melalui bacaan dapat membantu kanak-kanak memahami kosa kata berkenaan. (iii) Membantu murid dalam penulisan Kajian mendapati kanak-kanak atau murid yang banyak membaca dapat menulis dengan baik. Perkara ini berlaku disebabkan oleh penguasaan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki oleh murid berkenaan yang akhirnya dapat disalurkan dalam penulisan mereka. (iv) Memotivasikan murid untuk membaca Bahan bacaan yang digunakan untuk bacaan ekstensif sebaik baiknya bersesuaian dengan keperluan, minat dan cita rasa murid. Perkara ini perlu diberi perhatian sebagai usaha untuk menarik minat dan motivasi murid untuk membaca. (v) Mengukuhkan pengetahuan bahasa yang telah dipelajari Aspek-aspek bahasa yang telah dipelajari sebelumnya di dalam bilik darjah dapat diberi pengukuhan dan penekanan serta dapat diaplikasikan dalam pembelajaran bahasa pada masa yang akan datang. Kemahiran membaca merupakan soalan salah satu kemahiran penting daripada empat elemen pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur (lisan), kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Terdapat beberapa teknik membaca yang boleh dijalankan dalam bilik darjah. Penggunaan teknik-teknik ini bergantung kepada situasi, kecerdasan pelajar dan tujuan pembelajaran membaca. a. Jelaskan EMPAT fakta mengenai teknik membaca KWLH. b. Jelaskan EMPAT tujuan KLWH diterapkan dalam pengajaran. Cadangan jawapan: a. i). Dalam teknik membaca KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. ii). Dalam teknik ini, pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada boleh mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya. iii). Mengikut tekniki ini, pengetahuan sedia ada amat penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan/teks yang dibaca. iv). Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan sumber bahan yang perlu dibaca lagi. b. (i) Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran (ii) Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (iii) Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan (iv) Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan (semasa). Contoh soalan Bahagian A: Perlu jawab semua soalan, biasanya ada 5 soalan. Setiap soalan diberikan 4 markah

Berikan empat teori pemerolehan bahasa dalam kajian bahasa. Cadangan jawapan: Teori behaviourisme, teori kognitivisme, teori interaksionalisme dan teori konstruktivisme. Boleh disenaraikan seperti yang berikut: i. teori behavourisme ii. teori interaksional dll Jawapan hendaklah ringkas. Setiap jawapan betul diberikan 1 markah. Bahagian ini mudah untuk mendapat markah penuh, kalau dijawab dengan betul. 1. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. a. Terangkan LIMA fakta mengenai teknik latih-tubi. (10m) b. Terangkan LIMA objektif tersirat yang terdapat dalam teknik permainan bahasa. (10m) Panduan jawapan: Fakta merupakan kenyataan atau maklumat. Dalam soalan ini, calon dikehendaki memberi 5 maklumat tentang teknik latih-tubi. Objektif tersirat di sini bermaksud objektif yang tidak dinyatakan secara langsung. Tersirat lawan dengan tersurat, iaitu yang dinyatakan secara nyata.

Anda mungkin juga menyukai