Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

Nama : MUHAMMAD AMMAR BIN ROSIDI


P
E Angka Giliran : 2022182310011
N
G No. K/P : 041209020127
A Unit : BAHASA MELAYU 1
K
U Kod & Nama : BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA
A
N Kursus
P Tajuk Tugasan : PENULISAN ESEI
E
L Nama Pensyarah : ENCIK AZMAN BIN ARIS
A Tarikh Hantar :
J
A
R
S
a
y
a

m
e
n
g
a
k
u

b
a
h
a
w
a

t
u
g
a
san kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: _______________________ Tarikh:

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar: _________________________ Tarikh:

Penghargaan

Pertama sekali, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan
tugasan esei bagi kursus keterampilan berbahasa ini. Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Azman bin Aris yang
telah banyak membantu saya dan kawan-kawan yang lain dalam melaksanakan tugasan ini.
Tanpa sokongan dan tunjuk ajar dari beliau, agak sukar bagi saya dalam menyiapkan
penulisan esei ini.

Seterusnya, saya juga ingin memberikan penghargaan dan mengucapkan terima kasih
kepada semua rakan yang banyak memberikan pandangan dan nasihat dalam
melaksanakan tugasan esei ini. Alhamdulillah saya berasa sangat bersyukur kerana
dikurniakan rakan-rakan yang sentiasa menjawab pertanyaan yang saya utarakan kepada
mereka. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya
yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada saya dari segi nasihat dan
sebagainya. Sokongan dan dorongan yang diberikan oleh mereka telah banyak
memotivasikan diri saya untuk terus gigih melaksanakan tugasan ini. Akhir kata, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya sama ada
secara langsung atau secara tidak langsung.

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1.0 Pengenalan 1
2.0 Asas Keterampilan Berbahasa 1
2.1 Definsi Keterampilan Berbahasa 1

2.2 Fungsi Keterampilan Berbahasa 2

2.3 Prinsip Keterampilan Berbahasa 2

2.4 Kepentingan Keterampilan Berbahasa 3

3.0 Teori Pemerolehan Bahasa 3


3.1 Teori Behaviorisme 3-4

3.2 Teori Biologis 4

3.3 Teori Mentalistik 4

4.0 Bentuk Keterampilan Berbahasa 5

4.1 Penyampaian Bentuk Mendidik 5

4.2 Penyampaian Bentuk Memujuk 5

4.3 Penyampaian Bentuk Perbincangan 6

4.4 Penyampaian Bentuk Syarahan Umum 6

4.5 Penyampaian Bentuk Menghibur 6

5.0 Penutup 7

6.0 Rujukan 8

7.0 Lampiran 9

KETERAMPILAN BERBAHASA

1.0) Pengenalan

Bahasa merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita
sebagai manusia. Tanpa penguasaan bahasa, manusia tidak akan dapat berkomunikasi
antara satu sama lain dan tidak dapat menyatakan perasaan masing-masing. Jika kita lihat
pada pandangan Asmah Haji Omar, beliau berpendapat bahawa bahasa merujuk kepada
alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia yang lain dengan
menghasilkan bunyi-bunyi yang dilahirkan oleh alat ujaran yang terdapat dalam tubuh
seseorang manusia. Beliau juga berpendapat bahawa bahasa dapat melambangkan buah
fikiran yang sudah, sedang dilahirkan dan yang akan dilahirkan. Jelaslah kepada kita
bahawa bahasa merupakan komponen penting untuk menjalani kehidupan seharian.

Jika kita lihat pada komunikasi pula, komunikasi secara umumnya merupakan proses
penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Dalam melaksanakan
komunikasi, empat elemen penting yang perlu wujud ialah penyampai, mesej, pendengar
dan maklum balas. Secara ringkasnya, komunikasi ialah proses dimana manusia
menyampaikan perasaannya dan buah fikirannya sama ada melalui lisan atau bukan lisan.
Sebagaimana yang telah diterangkan di atas, bahasa dan komunikasi menjadi dua tonggak
penting dan saling berkait dalam kehidupan kita. Kedua-dua komponen ini juga menjadi
asas kepada keterampilan berbahasa seseorang individu.

2.0) Asas Keterampilan Berbahasa

2.1) Definisi keterampilan berbahasa

Keterampilan berbahasa dapat didefinisikan sebagai kecekapan dan kemahiran


seseorang individu dalam menggunakan bahasa secara lisan mahupun tulisan. Seseorang
yang mempunyai keterampilan berbahasa dikatakan mampu menguasai bahasa yang
dituturkannya. Tambahan lagi, menurut Kamus Dewan (2018), keterampilan membawa
maksud kecekapan atau kemampuan yang tinggi manakala berbahasa pula merujuk kepada
mempunyai bahasa atau bercakap dalam sesuatu bahasa. Secara ringkasnya, keterampilan
berbahasa merujuk kepada bagaimana seseorang itu mengendalikan bahasanya dalam
setiap jenis situasi. Disamping itu, seseorang yang berketerampilan ketika berbahasa juga
memiliki kemahiran bahasa yang baik. Sebagaimana yang kita tahu, kemahiran berbahasa
terbahagi kepada empat aspek iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
1
2.2) Fungsi keterampilan berbahasa

Seterusnya, keterampilan berbahasa ini juga mempunyai beberapa fungsinya yang


tersendiri dalam kehidupan kita Selain dapat menonjolkan kesantunan dan keperibadian
seseorang individu, keterampilan berbahasa juga mampu memberikan manfaat buat kita.
Antara fungsi keterampilan berbahasa ini ialah membantu dalam memperoleh maklumat.
Hal ini dikatakan kerana kecekapan mendengar sangat penting bagi memastikan maklumat
yang didengar dan disampaikan itu difahami. Bukan itu sahaja, seseorang yang mempunyai
keterampilan berbahasa juga mampu mencatat maklumat yang didengar dengan lebih baik.
Selain itu, fungsi yang seterusnya ialah keterampilan berbahasa mampu membantu
seseorang dalam menguasai maklumat. Seseorang itu dikatakan mempunyai keterampilan
berbahasa apabila beliau dapat mengoperasikan dan memproses maklumat dalam
mindanya apabila menerima sesebuah maklumat. Seterusnya, fungsi yang ketiga ialah
membantu dalam mengadaptasi sesebuah maklumat dalam konteks situasi baharu yang
sebenar. Hal ini dikatakan setiap kemahiran yang telah dipelajari oleh kita kadang kala
berbeza dengan setiap persekitaran. Oleh yang demikian, keterampilan berbahasa ini
dikatakan berfungsi untuk membantu kita mengadaptasi sesebuah maklumat dalam
persekitaran yang sebenar.

2.3) Prinsip keterampilan berbahasa

Disamping fungsi, keterampilan berbahasa ini juga mempunyai beberapa prinsipnya.


Antara prinsip keterampilan bahasa ialah keterampilan bahasa ini akan dimulakan dengan
kemahiran lisan kemudian barulah diikuti dengan kemahiran bukan lisan.Sebagaimana yang
kita tahu, keterampilan merujuk kepada bagaimana seseorang itu mengendalikan
bahasanya dalam setiap situasi. Dengan itu, kemahiran lisan sangat penting dan perlu diberi
keutamaan. Seterusnya, prinsip yang kedua ialah bertujuan dan mempunyai matlamat.
Keterampilan berbahasa ini bukanlah suatu benda yang sia-sia sebaliknya aspek ini
mempunyai matlamat yang jelas iaitu melahirkan seorang insan yang disegani dan dihormati
oleh orang di sekelilingnya. Selain itu, prinsip yang ketiga ialah penguasaan aspek
tatabahasa yang tinggi. Disamping penggunaan laras bahasa yang betul, kita juga perlu
menekankan dan memberi tumpuan kepada aspek tatabahasa yang betul. Perkara inilah
yang mampu menonjolkan lagi keterampilan berbahasa seseorang itu.

2.4) Kepentingan keterampilan berbahasa

Disamping fungsi dan prinsip, keterampilan berbahasa juga mempunyai kepentingannya


yang tersendiri. Kepentingan keterampilan berbahasa pula terbahagi kepada tiga bidang
utama iaitu bidang pentadbiran, bidang pekerjaan dan bidang sosial. Dalam bidang
pentadbiran, seseorang pemimpin yang mentadbir perlu mempunyai keupayaan untuk
berbahasa yang tinggi bagi memastikan pentadbiran dan urusan kerjanya berjalan dengan
lancar. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin yang tidak berketerampilan ketika
berbahasa tidak dapat mengawal organisasinya ekoran daripada cara berkomunikasi yang
salah atau sebagainya..
Seterusnya, kepentingan keterampilan berbahasa yang kedua adalah dalam bidang
pekerjaan. Hal ini kerana seseorang yang memiliki keupayaan berbahasa dengan baik dapat
berinteraksi secara lebih mudah dengan orang lain sekaligus dapat memudahkan urusan
pekerjaan mereka. Disamping itu, kepentingan keterampilan berbahasa yang ketiga adalah
dalam bidang sosial. Keterampilan berbahasa dikatakan penting dalam bidang sosial kerana
tanpa adanya kecekapan berbahasa, seseorang itu akan menghadapi masalah ketika
berkomunikasi dengan masyarakat yang lain dan secara tidak langsung dapat mencetuskan
konflik sesama masyarakat.

3.0) Teori Pemerolehan Bahasa

Teori pemerolehan bahasa sebenarnya merujuk kepada bagaimana seseorang atau


kanak-kanak itu memperoleh bahasa ibundanya untuk berkomunikasi. Teori pemerolehan
bahasa ini terbahagi kepada beberapa teori antaranya ialah teori behaviorisme, teori
biologis, dan teori interaksionalis.

3.1) Teori Behaviorisme

Teori Behaviorisme ini pada awalnya dipelopori oleh ahli psikologi seperti Skinner,
Pavlov, dan Thorndike. Menurut teori Behaviorisme ini, sesuatu perkara akan dapat
diperoleh sekiranya dilakukan secara berulang dan secara tidak langsung menjadi suatu
kebiasaan dalam kehidupan. Dalam konteks pembelajaran di sekolah, teori ini menekankan
latihan yang berterusan dan latih tubi pola. Tambahan lagi, teori ini juga menekankan
pembelajaran melalui pemberian ganjaran dan hukuman. Sebagai contoh, apabila murid
melakukan perkara yang betul, maka guru memberikan ganjaran tetapi apabila murid
melakukan perkara yang salah mereka akan diberikan hukuman.
3
Hal ini bertujuan untuk memberikan gerak balas kepada murid agar mereka dapat
mengulangi tabiat tersebut sekaligus menjadi kebiasaan. Selain itu, teori ini juga lebih
mementingkan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Menurut ahli-
ahli teori Behavorisme ini, kemahiran lisan merupakan kemahiran terpenting dalam
pembelajaran dan kemudian diikuti dengan kemahiran bukan lisan sebagai kemahiran
kedua dalam proses pembelajaran. Akhir sekali, teori Behaviorisme ini juga mementingkan
persekitaran murid termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana
dalam bilik darjah.

3.2) Teori Biologis


Teori Biologis ini pula dikaji oleh Noam Chomsky, Piaget, Lakoff dan Lenneberg. Teori ini
secara umumnya menekankan proses mental dalam pemerolehan sesuatu bahasa. Menurut
teori ini, proses pemerolehan bahasa seseorang individu bukan secara asuhan tetapi secara
alamiah iaitu semula jadi. Dalam erti kata lain, teori ini mengatakan bahawa manusia sejak
lahir sudah mempunyai kebolehan untuk memperoleh sistem perhubungan yang dipakai
oleh manusia iaitu bahasa. Kebolehan ini kemudian dinamakan sebagai Jentera
Penguasaan Bahasa oleh Chomsky pada tahun 1965. Bukan itu sahaja, menurut teori ini,
kanak-kanak yang diberikan pendedahan terhadap sesuatu bahasa mampu dan
berkeupayaan merumus sekali gus membentuk hukum nahu bahasa tersebut. Tambahan
lagi, menurut E.H. Lenneberg, kanak-kanak yang berada dalam keadaan sihat dan normal
akan mula bertutur pada usia yang sama. Ketika kanak-kanak mencapai suatu peringkat
umur, mereka akan mula memahami dan memilih bunyi yang penting serta mengetepikan
perkara yang tidak penting. Pembentukan pertuturan bahasa ini telah membuktikan kepada
kita bahawa adanya sesuatu yang telah dijadualkan daripada segi biologi.

3.3) Teori Mentalistik

Teori ini secara asasnya menekankan fungsi mental dan pemikiran seseorang itu.
Chomsky berpendapat bahawa kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat
perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat deria motor, kemudia pra-
operasi, seterusnya operasi konkrit dan yang terakhir sekali ialah operasi formal. Bukan itu
sahaja, teori ini juga menekankan kepada proses perkembangan pemikiran seseorang
kanak-kanak. Tambahan lagi, teori ini juga berpendapat bahawa pembelajaran perlu
dilaksanakan mengikut kadar kendiri murid. Dengan ini, murid dapat belajar berdasarkan
minat dan tahap kognitif mereka sendiri. Namun kelemahan yang terdapat dalam teori ini
ialah teori ini lebih mementingkan kemahiran bukan lisan berbanding kemahiran lisan.
Dengan ini, murid cuma mahir menggunakan kemahiran menulis dan membaca sahaja dan
lemah dalam kemahiran lisan.
4
4.0) Bentuk Keterampilan Berbahasa

Keterampilan berbahasa ini juga terbahagi kepada lima jenis bentuknya. Bentuk-bentuk
tersebut ialah penyampaian bentuk mendidik, penyampaian bentuk memujuk, penyampaian
bentuk perbincangan, penyampaian bentuk syarahan umum, dan penyampaian bentuk
menghibur. Kelima-lima jenis bentuk keterampilan ini mempunyai tujuan dan perbezaannya
yang tersendiri.

4.1) Penyampaian bentuk mendidik


Mendidik ini dapat didefinisikan sebagai satu kelakuan bagi membimbing seseorang itu
untuk meluaskan kebolehannya dari segi intelektual dan sahsiah diri. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, mendidik dapat ditakrifkan sebagai memelihara dan melatih
seseorang individu. Penyampaian bentuk mendidik juga mempunyai beberapa ciri yang
tersendiri. Antara cirinya ialah berdisiplin, saintifik, ringkas, kebolehterimaan dan
memotivasikan. Berdisiplin di dalam konteks ini bermaksud mempunyai nilai moral yang
mulia manakala saintifik pula bermaksud menggunakan kaedah yang logik dan tepat.
Ringkas pula dalam konteks ini bermaksud bahasa yang singkat dan kebolehterimaan dapat
ditakrifkan sebagai penggunaan bahasa yang boleh diterima oleh kanak-kanak. Akhir sekali,
memotivasikan dalam konteks ini bermaksud bahasa yang memberikan inspirasi.

4.2) Penyampaian bentuk memujuk

Menurut Trenholm (1989), pemujukan dapat didefinisikan sebagai suatu proses berlaku
apabila seseorang itu mampu mempengaruhi sikap pendengar apabila beliau berkomunikasi
dengannya. Tambahan pula, Dewan Bahasa dan Pustaka berpendapat bahawa kata dasar
pujuk bermaksud penggunaan perkataan yang mampu memikat hati seseorang itu.
Penyampaian bentuk memujuk ini juga mempunyai beberapa cirinya yang berlainan. Antara
ciri penyampaian bentuk memujuk ialah penggunaan bahasa yang manis dan unik,
mementingkan kehalusan bahasa dan yang terakhir sekali ialah bahasa yang digunakan
berunsur aspek psikologi. Kebiasaannya, penyampaian bentuk memujuk ini akan digunakan
oleh pihak bomba untuk memujuk individu yang ingin membunuh diri atau sebagainya.

5
4.3) Penyampaian bentuk perbincangan

Perbincangan sebenarnya dapat ditakrifkan sebagai urusan bertukar-tukar pendapat


antara satu sama lain tentang sesuatu yang dibincangkan bersama. Sebagaimana dengan
bentuk keterampilan bahasa yang lain, penyampaian bentuk perbincangan ini juga
mempunyai cirinya yang tersendiri. Antara ciri penyampaian bentuk perbincangan ialah
berbudi bahasa iaitu menggunakan bahasa yang sesuai ketika berbincang, aktif yang
bermaksud sentiasa mengambil bahagian dan memberi pandangan dan yang terakhir sekali
ialah toleransi yang bermaksud mampu menerima pandangan orang lain dengan cara yang
baik.

4.4) Penyampaian bentuk syarahan umum

Jika kita lihat pada definisi syarahan umum, syarahan dapat didefinisikan sebagai suatu
aktiviti komunikasi secara sehala dan disampaikan kepada sekelompok pendengar yang
ramai. Berbeza dengan komunikasi biasa, syarahan tidak melibatkan komunikasi secara dua
hala sebaliknya hanya menggunakan komunikasi secara sehala iaitu hanya seorang sahaja
yang bercakap. Antara ciri syarahan umum ialah mempunyai sekelompok audiens yang
ramai, mempunyai idea yang akan disampaikan secara lisan dan ciri yang terakhir ialah
berkesempatan untuk pendengar atau audiens mengajukan soalan kepada penyampai.
Seterusnya, penyampaian sesebuah syarahan umum yang baik dapat dilihat di atas
beberapa ciri berikut. Antaranya ialah lancar, menggunakan intonasi dan nada yang betul
serta mampu dan cekap dalam berbahasa. Antara contoh syarahan umum yang sering
diadakan ialah seperi ceramah, pidato, taklimat, kuliah dan lain-lain lagi.

4.5) Penyampaian bentuk menghibur

Menghibur dalam konteks ini bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati


seseorang itu. Kebiasaannya, kaedah ini akan digunakan oleh guru untuk menggirangkan
hati murid atau membuat mereka seronok dan gembira. Disamping membuat murid gembira
dan tersenyum, guru juga boleh menyelitkan isi pengajaran dan pembelajaran agar mereka
juga dapat memperoleh sesuatu daripada sesebuah aktiviti yang dijalankan. Sama seperti
bentuk keterampilan yang lain, penyampaian bentuk menghibur ini juga mempunyai
beberapa ciri. Antaranya ialah sentiasa peka dengan perasaan dan emosi murid,
mengelakkan sindiran ketika menghibur dan memfokuskan kepada minat murid. Matlamat
utama kaedah penyampaian bentuk menghibur ini ialah memudahkan penyampaian dan
penerimaan maklumat serta meransang minat belajar dalam diri murid-murid.
6

5.0) Penutup

Secara kesimpulannya, keterampilan berbahasa sangatlah penting dalan diri seseorang


individu. Disamping dapat menunjukkan tahap penguasaan bahasa seseorang, keterampilan
ini juga mampu meningkatkan imej seseorang itu dan mampu menjadikannya seseorang
yang diho rmati dan dis egani oleh orang di sekeliling. Jelaslah disini bahawa
keterampilan berbahasa merupakan salah satu aspek terpenting dalam kehidupan kita.
Sekiranya keterampilan berbahasa ini tidak wujud dalam dunia ini, kemungkinan hidup kita
akan menjadi huru-hara kerana semua orang tidak menampilkan keterampilan berbahasa
dan perkara ini sekali gus akan menjuruskan kepada konflik yang lebih besar.

7
6.0) Rujukan
ishardiansyah. (2021, November 22). Keterampilan Berbahasa. Retrieved from SCRIBD:
https://www.scribd.com/document/541643390/Keterampilan-berbahasa

kusnadi, Y. (2020). BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU. Retrieved from


SlidePlayer: https://slideplayer.info/slide/14526696/

Suhaili, M. (2023, January 8). Asas Keterampilan Berbahasa. Retrieved from MUHAIMI
SUHALI: http://muhaimisuhaili.com/index.php/ms/portfolio/70-keterampilan-
berbahasa-2

unknown. (2014, January 16). Teori Pemerolehan Bahasa. Retrieved from Dunia Bahasa
Pendidikan: http://pismpbahasa.blogspot.com/2014/01/teori-pemerolehan-bahasa.html

xiaomei. (2014, July 2). teori pemerolehan-bahasa. Retrieved from Slideshare:


https://www.slideshare.net/xiaomei1029/kuliah-4-teori-pemerolehanbahasa

8
7.0) Lampiran
9

Anda mungkin juga menyukai