Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING,

SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)


AMBILAN JUN 2022
SEMESTER 2

PENTAKSIRAN BERTERUSAN

TUGASAN 1
NAMA MUHAMMAD HARITH FAHREZI BIN
JAINALOFIDDIN
ANGKA GILIRAN 2022042310033
NO. KAD PENGENALAN 041021130949
KUMPULAN BM SK 2 PPISMP AMBILAN JUN 2022
KOD DAN NAMA KURSUS BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA
NAMA PENSYARAH ENCIK IPOT ANAK ANGKI
TARIKH HANTAR 16 FEBRUARI 2023

PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuk dan fahami.

Tandatangan Pelajar: Tarikh:


Kandungan Muka surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Asas Keterampilan Berbahasa 1
2.1 Fungsi Keterampilan Berbahasa 1
2.2 Prinsip Keterampilan Berbahasa 2
2.3 Kepentingan Keterampilan Berbahasa 2
3.0 Teori Keterampilan Berbahasa 4
3.1 Teori Behaviorisme 4
3.2 Teori Biologis 4
3.3 Teori Mentalistik 4
4.0 Bentuk Keterampilan Berbahasa 5
4.1 Penyampaian Bentuk Mendidik 5
4.2 Penyampaian Bentuk Memujuk 5
4.3 Penyampaian Bentuk Perbincangan 5
4.4 Penyampaian Bentuk Syarahan Umum 6
4.5 Penyampaian Bentuk Menghibur 6
5.0 Penutup 7
Rujukan 8

i
Soalan tugasan

Ransangan:

Henry Guntur Tarigan1 (1983:15) dalam bukunya “Berbicara Sebagai Suatu


Keterampilan Berbahasa” mengemukakan bahawa keterampilan berbicara adalah
kemampuan mengucapkan bunyi-bunyi artikulasi atau kata-kata untuk
mengekspresikan, mengatakan serta menyatakan fikiran, cadangan, dan perasaan.
pendengar menerima maklumat melalui rangkaian nada, tekanan, dan penempatan
persendirian. Komunikasi berlangsung secara bersemuka ditambah lagi dengan gerak
tangan dan air muka (mimik) pembicara.

Secara individu huraikan asas, teori dan bentuk keterampilan berbahasa

Panjang penulisan anda adalah 1200 patah perkataan

ii
1.0 Pengenalan
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1997), bahasa adalah suatu medium yang
digunakan dalam berhubung antara masyarakat. Keupayaan ini adalah kebolehan
asasi manusia dan berlaku kepada manusia yang mempunyai alat-alat artikulasi
yang berfungsi dengan baik. Keterampilan berbahasa bermaksud seseorang itu
mempunyai kecekapan dan kemampuan dalam berbahasa dengan baik dan
cekap. Keterampilan berbahasa merupakan suatu aspek pengucapan yang
penting untuk semua lapisan masyarakat. Keterampilan berbahasa telah
diterapkan dalam diri masyarakat sejak bangku sekolah. Keterampilan asas perlu
dititikberatkan supaya masyarakat mengetahui suatu pengucapan yang sesuai
mengikut situasi tertentu. Jika keterampilan berbahasa dipandang enteng, maka
masyarakat pada masa kini tidak mempunyai etika ketika bercakap ataupun dalam
suaut pengucapan berbentuk umum.

2.0 Asas Keterampilan Berbahasa


Definisi keterampilan berbahasa adalah sesuatu yang penting untuk dimahiri bagi
setiap insan. Dunia ini memerlukan sosial dan sosial memerlukan komunikasi di
mana perbuatan komunikasi melibatkan percakapan atau pertuturan.
Keterampilan berbahasa diperlukan bagi memberikan komunikasi yang berkesan.
Menurut Muhammad Ilham (2020), keterampilan berbahasa merangkumi empat
komponen termasuklah keterampilan menyemak, keterampilan berbicara,
keterampilan membaca dan juga keterampilan menulis.

2.1 Fungsi Keterampilan Berbahasa


Keterampilan berbahasa adalah penting dan mempunyai pelbagai fungsi.
Fungsi keerampilan berbahasa menitikberatkan perlakuan iaitu komunikasi
sama ada dalam perbualan mahupun pengucapan awam, penulisan iaitu
penggunaan bahasa yang sesuai dalam situasi yang khusus dan juga
penyeledikan di mana, keterampilan berbahasa berfungsi dalam
menjadikan bahasa pengantar menjadi lebih sesuai dan berkesan apabila
membabitkan komunikasi di dalam pembelajaran.

1
2.2 Prinsip Keterampilan Berbahasa
Keterampilan berbahasa berfungsi dalam membolehkan kita untuk
berkomunikasi dengan lebih baik dan berkesan. Maklumat yang ingin
disampaikan melalui komunikasi dapat difahami dan diamati oleh penerima
menyebabkan penerima dapat memberi respon terhadap perkara yang
dibincangkan. Secara asasnya, prinsip keterampilan berbahasa adalah
untuk melancarkan pemerolehan informasi dan pemberian informasi dalam
komunikasi. Menurut Muhammad Ilham (2020), tujuan keterampilan
berbahasa adalah bukan sahaja bertutur tanpa mempunyai objektif, tetapi
keterampilan berbahasa juga membentuk peribadi seseorang yang
mempunyai keyakinan diri ketika bertutur dalam berkomunikasi untuk
pembahasan yang dilakukan dapat menghasilkan pemuafakatan antara
penutur dengan lawan bicara.

2.3 Kepentingan Keterampilan Berbahasa


Keterampilan berbahasa sangat penting untuk dimahiri agar komunikasi
akan menjadi lebih berkesan. Hal ini juga keterampilan berbahasa adalah
unsur yang sangat penting dalam tiga aspek utama iaitu bidang
pentadbiran, bidang pekerjaan dan juga bidng sosial.

2.3.1 Bidang Pentadbiran


Pentadbiran merujuk kepada suatu kuasa ataupun pengurusan di
dalam sesuatu organisasi. Pentadbiran berlaku apabila suatu
kumpulan kecil atau besar yang mempunyai dua atau lebih
individu yang memerlukan kuasa besar untuk mengawal dan
menguruskan organisasi tersebut untuk mencapai sesuatu
tujuan. Keterampilan berbahasa memainkan peranan dalam
menjadikan komunikasi itu berkesan bagi pengursan pentadbiran
berjalan dengan lancar, Selain itu, penggunaan bahasa yang
sopan dan bagus akan dihormati dan disenangi oleh setiap
individu. Sebagai contoh, perdana menteri negara menggunakan
2
bahasa yang sopan dalam menasihati rakyat agar rakyat rasa
disenangi dan menerima nasihat tersebut. Keterampilan
berbahasa juga dapat mengeratkan hubungan sesama pekerja
seperti, pentadbiran yang mengamalkan ketrampilan berbahasa
di dalam sesebuah syarikat dapat menjadikan rakan sekerja
untuk tidak terasa hati.

2.3.2 Bidang Pekerjaan


Setiap individu mempunyai pekerjaan mereka untuk menyara
hidup. Pekerjaan juga memerlukan keterampilan berbahasa
supaya hasilnya lebih berkualiti. Contoh pekerjaan yang
memerlukan keterampilan berbahasa adalah guru, jurujual,
pramugari, doktor dan layanan pelanggan. Pekerjaan seperti ini
memerlukan keterampilan berbahasa untuk menjamin
kelancaran dalam sesuatu aspek khusus untuk pekerjaan yang
tertentu. Sebagai contoh, keterampialn berbahasa diperlukan
dalam pembelajaran di dalam kelas dan ini berlaku di antara guru
dengan murid. Guru yang mengamalkan keterampilan berbahasa
dapat memudahkan murid untuk memahami ilmu yang diajarkan
oleh guru.

2.3.3 Bidang Sosial


Sosial dapat dikaitkan dengan masyarakat, di mana sosial
merupakan suatu perbuatan yang melibatkan komunikasi sama
ada secara bersemuka ataupun secara visual seperti yang
digunakan dalam telefon pintar. Tanpa sosial, tiadanya
persepakatan dan tanpa keterampilan berbahasa, tiadanya
keberhasilan dan keberkesanan sosial. Keterampilan berbahasa
perlu dimahiri bagi tidak tercetusnya ketidakfahaman apabila
komunikasi. Keterampilan bahasa juga dapat membina
keterampilan peribadi seseorang. Contohnya, seseorang itu
disukai dan dikenali oleh masyarakat sekeliling kerana
perwatakannya yang baik apabila berbicara.
3
3.0 Teori Keterampilan Berbahasa
Keterampilan berbahasa mempunyai tiga teori utama di mana dapat dikaitkan
dengan teori pemerolehan bahasa.

3.1 Teori Behaviorisme


Teori Behaviorisme adalah teori yang dipelopori oleh Skinner iaitu seorang
ahli psikologi. Teori ini adalah mengkaji suatu organisma melakukan suatu
proses bagi membentuk kebiasaan. Secara asasnya, apabila kanak-kanak
diajar untuk melakukan sesuatu dengan betul dan mendapat ganjaran,
maka mereka akan mengulangi perbuatan tersebut untuk mendapatkan
ganjaran seterusnya mengulangi sehingga menjadi kebiasaanya. Begitu
juga dengan keterampilan berbahasa, apabila seseorang kanak tersebut
bertutur untuk meminta sesuatu seperti makanan dan minuman, dan
mereka mendapat ganjaran tersebut, lalu mereka akan mengulangi
perbuatan tersebut sehingga menjadi kebiasaan.

3.2 Teori Biologis


Teori biologis ataupun juga dikenali sebagai kognitif, adalah teori yang
dipelopori oleh Noam Chomsky iaitu seorang ahli psikologi. Teori ini
menekankan fungsi mental, di mana pemerolehan bahasa adalah daripada
mental seseorang. Menurut Chomsky (1965), setiap manusia yang baru
lahir sudahpun memiliki kemampuan untuk mendapatkan sistem
komunikasi pada masa tertentu. Contoh yang kita ketahui adalah di mana
seorang kanak-kanak yang masih lagi belajar bertutur akan memanggil
makanan “ma-mam’. Apabila mereka mencapai tahap kematangan maka
mereka akan memanggil makanan menggunakan nama yang khusus
seperti “ayam” dan “telur”

3.3 Teori Mentalistik


Teori Mentalistik juga dikenali sebagai teori Nativisme. Teori ini
membicangkan bahawa kanak-kanak yang baru lahir mempunyai suatu

4
peranti di mana mereka akan memperoleh bahasa. Pemerolehan
berbahasa manusia tidak dapat disamakan dengan binatang kerana
binatang tidak pandangan yang dipengaruhi oleh persekitaran. Teori ini
juga membahaskan tentang manusia akan belajar bahasa pertama mereka
sedikit demi sedikit sehingga mampu bertutur.

4.0 Bentuk Keterampilan Berbahasa


Keterampilan berbahasa sangat penting untuk setiap individu. Terdapat empat
bentuk utama di mana keterampilan berbahasa memainkan peranan yang sangat
penting.

4.1 Penyampaian Bentuk Mendidik


Dalam Pendidikan, pidato, syarahan dan juga ceramah adalah
menggunakan keterampilan berbahasa bagi pengucapan tersebut lebih
berkesan dengan para pendengar dapat memahami isi kandungan yang
ingin disampaikan. Penyampaian bentuk mendidik adalah bertujuan untuk
memberi dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan seseorang tentang
sesuatu yang lazim dalam kehiduoan mereka.

4.2 Penyampaian Bentuk Memujuk


Penyampaian bentuk memujuk di sini bukan sahaja bermaksud memujuk
seseorang individu yang beremosi, tetapi penyampaian ini adalah satu
usaha untuk mengubah pemikiran, kepercayaan, perlakuan, pendirian dan
juga khalayak. Keterampilan berbahasa dapat dikaitkan dengan
penyampaian bentuk memujuk secara rasional iaitu menggunakan fakta,
logik dan juga bersifat objektif. Medium yang digunakan untuk pemujukan
adalah seperti poster ataupun iklan. Sebagai contoh, iklan tentang
bahayanya rokok untuk mengubah pemikiran penghisap rokok tegar.

4.3 Penyampaian Bentuk Perbincangan


Perbincangan merupakan perihal bertukar-tukar pendapat antara satu
sama lain berdasarkan suatu topik yang dibincangkan. Perbincangan
memerlukan keterampilan berbahasa supaya tidak tercetusnya
5
ketidakpuasan hati oleh mana-mana pihak. Dengan keterampilan
berbahasa, setiap pihak dapat bermuafakat atau berkerjasama antara satu
sama lain. Perbincangan juga dapat memberikan peluang kepada seorang
pelajar yang ingin mengemukakan pandangan mereka. Tujuan
pelaksanaan perbincangan adalah untuk mengembangkan pengetahuan
dan dapat membincangkan keputusan yang dibuat. Contoh aktiviti
perbincangan adalah kumpualn kecil yang terdiri daripada sekurang-
kurangnya dua orang untuk membincangkan suatu permasalahan ketika
pembelajaran di dalam kelas.

4.4 Penyampaian Bentuk Syarahan Umum


Bentuk syarahan umum ini lebih dikenali dengan pidato dalam kalangan
masyarakat. Bentuk syarahan umum ini dilakukan bertujuan untuk
menyakinkan pendengar atau pembaca terhadap sesuatu isu yang
dikemukakan. Syaraha umum menekankan usaha untuk menegaskan
sesuatu pendirian terhadap isu yang dikemukakan. Pelaksanaan bentuk
penyampaian ini adalah secara individu kepada khalayak ramai untuk
menghuraikan dan menjelaskan sesautu tajuk. Pelaksanaa syarahan
umum merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala, iaitu menjelaskan
sesuatu perkara berdasarkan tajuk dalam masa yang ditentukan untuk
mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang
disyarahkan. Contoh-coboth syarahan umum yang dapat dikenalpasti
adalah berbentuk pertandingan dan bukan berbentuk pertandingan. Bentuk
bukan pertandingan adalah syarahan umum dilaksanakan secara tidak
formal di mana individu tersebut melakukan syarahan umum di depan
khalayak ramai bukan untuk mengambil ganjaran semata-mata, tetapi ingin
meningkatkan kepercayaan daripada para pendengar.

4.5 Penyampaian Bentuk Menghibur


Penyampaian bentuk menghibur adalah suatu pengucapan dibuat untuk
para pendengar berasa gembira. Penyampaian sebegini bertujuan untuk
melapangkan fikiran dan memberikan kegembiraan hati pendengar serta
dapat membangkitkan rasa riang ria dan seronok. Keberkesanan
penyampaian ini adalah berdasarkan reaksi para pendengar. Contoh
6
medium yang digunakan untuk menyampai sesuatu mesej melalui bentuk
hiburan adalah seperti wayang gambar, drama jenaka, majlis keraian dan
persembahan hiburan melalui televisyen ataupun radio. Penyampaian
berbentuk ini amatlah sesuai digunakan terhadap pendidikan kanak-kanak
di mana kanak-kanak mudah berasa riang dan gembira. Penyampaian
berbentuk menghibur bukan sahaja untuk menghiburkan hati para audiens,
malah penyampaian ini dapat menyelitkan mesej dan unsur pendidikan
tidak kira tersurat atau tersirat.

5.0 Penutup
Kesimpulannya, keterampilan berbahasa amatlah penting dalam aspek
berkomunikasi tidak kira secara lisan ataupun penulisan. Penggunaan laras
bahasa yang betul membolehkan penyampaian informasi lebih lancar dan
berkesan. Dengan keterampilan berbahasa juga, setiap individu akan lebih cekap
dalam berkomunikasi. Keterampilan berbahasa merupakan suatu asas
komunikasi yang harus dimahiri oleh setiap insan. Tanpa keterampilan berbahasa,
penyampaian dan juga penerimaan mesej yang disampaikan tidak berkesan
menyebabkan masyarakat menyalahtafsir sesuatu maklumat menyebabkan
kekecelaruan informasi. Keterampilan berbahasa seharusnya diterapkan dalam
pembelajaran di sekolah kepada kanak-kanak untuk mereka lebih mahir dalam
komunikasi.

(1187 Patah perkataan)

7
Rujukan

Dr. Hj. Mohd Sharifudin Yusop . (2015). BBM 3411 Keterampilan Berbahasa Melayu.
https://www.google.com/amp/s/slideplayer.com/amp/15053013/

Dr. Norazlina Mohd Kiram. (2015). BBM 3411 Keterampilan Berbahasa Melayu.
https://www.google.com/amp/s/slideplayer.info/amp/14526696/

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 2:
Ketrampilan Bahasa. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (2004). Keterampilan Bahasa
Melayu Merentasi Zaman Dan Disiplin. The Malay Language Council .
https://repository.nie.edu.sg/handle/10497/18423

Muhammad Ilham & Iva Ani Wijiati. (2020). Keterampilan Berbicara: Pengantar
Keterampilan Berbahasa. Lembaga Academic & Research Institute:
https://books.google.com/books?hl=en&lr=&id=WUTZDwAAQBAJ&oi=fnd&pg
=PP1&dq=keterampilan+berbahasa&ots=RsTh5sHu5w&sig=tb4Wr-
ItybXwlDuSzMHrcG2_d1s

Siti Sulistyani Pamuji & Inung Setyami. (2021). Keterampilan Berbahasa. Guepedia
The First On-Publisher in Indonesia.
https://books.google.com/books?hl=en&lr=&id=WrNMEAAAQBAJ&oi=fnd&pg
=PA3&dq=keterampilan+berbahasa&ots=GIxJobGGwv&sig=_dRqsunv0x35zI
-XblVg7cxmj1k

Anda mungkin juga menyukai