Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,

KOTA KINABALU,SABAH
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA

PERGURUAN PISMP(P)
-KERJA KURSUS-
KURSUS: LITERASI BAHASA
KOD KURSUS : BMMB 1124
KANDUNGAN:
I. TUGASAN 1:UJIAN
II. TUGASAN 2:PERSEMBAHAN
III. TUGASAN 3:PENULISAN

Nama Pelajar : MUHAMMAD HAZIM BIN KASRIN


No. Kad Matriks : P22070445
Angka Giliran : 2022072310035
No.Kad Pengenalan : 040928-12-0429
Kumpulan : PPISMMP BM SK2
Ambilan : Jun 2022 (Kemasukan Ogos 2022)
Semester : Semester 2/ / 2023
No. Telefon Bimbit : 010 823 2047
Alamat E-mel : 1701-24-hazim@epembelajaran.edu.my
Nama Pensyarah : PUAN ARBIAH BINTI MADDAHIRI
Markah :
KRITERIA 30% 30% 40% Jumlah

Ujian Persembahan Penulisan (100 %)

Pemeriksa 1

Pemeriksa 2

4/4/2023
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 MASALAH PENGUASAAN LITERASI 1

2.1 LITERASI MEMBACA 1-2


2.2 LITERASI MENULIS 2-3

3.0 HALANGAN LITERAS 3-4

4.0 ISU DAN CABARAN PENGUASAAN LITERASI 4-5

5.0 RUMUSAN 5

6.0 RUJUKAN 6
1.0 PENGENALAN
Literasi juga dikenali sebagai kemampuan dalam diri seseorang untuk menulis dan membaca
(Graff, Harvey J. 2006). Kemampuan lebih mudah difahami sebagai kemahiran dan kebolehan
seseorang untuk menguasai sesuatu. Berdasarkan kursus ini, kemampuan yang diperlukan iaitu
dalam aspek membaca dan menulis. Literasi membaca atau kemahiran membaca ialah
kemampuan sesorang untuk memahami dan mengenalpasti bahan informasi berdasarkan bahan
bacaan mereka. Manakala, literasi menulis pula merupakan kemahiran dan kemampuan untuk
seseorang dapat menghasilkan tulisan yang baik dan teratur serta dapat difahami oleh orang lain.
Walau bagaimanapun, terdapat masalah, halangan, isu dan cabaran yang muncul yang menjadi
gangguan untuk dikuasai oleh seseorang individu.

2.0 MASALAH PENGUASAAN LITERASI

2.1 LITERASI MEMBACA

Terdapat tiga peringkat untuk menguasai kemahiran membaca iaitu peringkat prabacaan,
peringkat bacaan mekanis dan peringkat bacaan mentalis. Pertama sekali, peringkat prabacaan.
Terdapat beberapa faktor yang yang mampu menjadi masalah dalam peringkat ini, antaranya
faktor keadaan fizikal atau persekitaran pembaca. Sebagai contoh, murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan dan pendengaran mampu menyukarkan murid untuk membaca. Proses
yang pertama perlu dilakukan untuk membaca iaitu dengan melakukan aktiviti melihat dan
mengecam perkataan atau lambang-lambang bahasa yang hendak dibaca (Marohaini Yusoff,
1999). Tanpa perbuatan ini, murid sukar untuk menguasai kemahiran membaca kerana ianya
merupakan kompenen yang penting. Pendengaran yang kurang baik juga dapat menjadi masalah
kepada murid yang hendak menguasai kemahiran ini kerana pendengaran perlulah jelas dan teliti
untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan. Faktor dalaman juga mampu meenggangu
seseorang untuk menguasai kemahiran membaca. Contohnya, masalah seperti kognitif dan
psikologi.

Seterusnya, peringkat bacaan mekanis iaitu bacaan yang perlu mengeluarkan suara
dengan kuat, jelas, terang dan intonasi yang betul. Peringkat bacaan ini selalunya dilakukan
semasa di tahap sekolah rendah. Peringkat ini perlu dikuasai agar dapat mengulas isi yang
terdapat dalam bahan bacaan. Terdapat beberapa faktor yang menjadi masalah kepada murid
untuk menguasai peringkat ini. Faktor yang pertama ialah fonem atau huruf perkataan,
ditinggalkan semasa membaca seperti perkataan ‘buat’ disebut ‘uat’, ‘kerja’ disebut ‘keja’. Selain

1
itu, terdapat juga faktor dimana pembaca menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang
dibaca seperti ‘kereta’ kepada ‘kareta’ dan ‘lor’ disebut ‘loli’. Seterusnya, terdapat juga murid yang
masih tidak mengenali hurf, maka mereka akan gagal untuk membaca secara mekanis kerana
tidak tahu akan cara sebutannya. Terdapat juga murid yang tidak tahu untuk membunyikan
sesuatu huruf sehingga menyebabkan perkataan yang dibaca tidak membawa maksud. Terdapat
juga murid yang membaca tetapi tidak mengikuti suku kata yang tersedia. Murid yang membaca
tersekat-sekat dan tidak lancar akan menjadi masalah mereka untuk menguasai kemampuan
membaca dengan baik. Dalam konteks yang sama, semasa aktiviti membaca terdapat murid
yang membaca secara perlahan dan tidak jelas. Ianya tidak dapat meningkatkan kemahiran
membaca mereka.

Akhir sekali, peringkat bacaan mentalis ataupun membaca secara senyap dan dilakukan
dalam hati untuk memperoleh informasi dan pemahaman daripada teks. Peringkat ini hanya boleh
dilakukan secara individu. Peringkat ini melibatkan minda, persepsi, linguistik dan psikologi.
Bacaan mentalis ini berguna untuk murid mendapatkan maksud atau makna kandungan yang
dibaca. Menurut Dooley (2011), kefahaman merupakan satu usaha bagi memberi maksud kepada
bahan bacaan. Murid perlu menggunakan minda untuk menghasilkan visual berdasarkan bahan
bacaan. Namun, terdapat beberapa masalah yang menyebabkan mereka tidak menguasainya
seperti murid tidak memberikan perhatian sepenuhnya kepada bahan bacaan disebabkan bahan
bacaan membosankan dan murid tidak menguasai kemahiran asas membaca iaitu prabcaan dan
bacaan mekanis. Disebabkan itu, mereka agak sukar untuk menguasai kemahiran membaca.

2.2 LITERASI MENULIS

Literasi menulis juga mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat pramenulsi, peringkat mekanis dan
peringkat pelahiran. Terdapat beberapa masalah yang ada pada setiap peringkat bagi
mnyukarkan murid untuk menguasai kemahiran ini. Pertama sekali peringakt pramenulis.
Peringkat ini melibatkan latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata. Ianya
penting untuk membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas sebelum mereka dapat
menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Antara masalah yang didapati dalam peringkat ini
iaitu cara pemegangan alat tulis yang tidak betul. Cara pemegangan alat tulis mempengaruhi
bentuk tulisan yang dihasilkan (Levin, 1987). Selain itu, sebahagian murid akan menghasilkan
huruf yang tidak mengikut tatacara dengan baik dan menghasilkan tulisan yang kurang baik dan
tidak difahami.

2
Seterusnya, peringkat mekanis iaitu peringkat yang mengajar murid untuk menulis huruf
dalam abjad, suku kata, perkataan dan ayat. Menurut Clay (1987), peringkat ini diajar kepada
murid untuk mereka mengamalkan untuk menulis dengan betul. Selalunya, aktiviti yang dilakukan
untuk murid mahir dalam peringkat ini seperti menyalin semula perkataan atau ayat yang
diberikan. Salah satu masalah yang ada dalam peringkat ini iaitu murid keliru dan tidak dapat
membezakan untuk menulis huruf contohnya, huruf ’b’ dan ‘d’ serta ‘z’ dan ‘s’. Disebabkan itu,
murid tidak dapat menulis huruf dengan betul. Terdapat juga murid yang menulis huruf-huruf
dalam perkataan secara bersambung dan menyebabkan tulisan mereka sukar untuk difahami.

Akhir sekali, peringkat pelahiran iaitu peringkat yang mereka sudah boleh menulis
pelbagai jenis karangan menggunakan ayat yang betul, kemas dan dapat dibaca dengan jelas.
Pada pringkat ini, masalah yang muncul iaitu tidak dapat menghasilkan ayat yang gramatis dan
lemah dalam penggunaan tanda baca.

3.0 HALANGAN LITERASI

Halangan literasi merupakan rintangan atau masalah yang disebabkan oleh faktor tertentu dan
menyebabkan murid-murid tidak berupaya atau lambat menguasai literasi membaca atau
menulis. Terdapat beberapa faktor halangan yang dapat dikemukakan antaranya faktor yang
datangnya sendiri dari murid iaitu kecerdasan intelek. Kecerdasan sangat mempengaruhi
seseorang untuk menguasai literasi. Murid yang mempunyai kecerdesan yang lemah bakal
menyebabkan dia sukar untuk mengingati nama-nama abjad dan bunyinya serta tidak dapat
memahami kandungan maklumat yang terdapat dalam teks. Selain itu, fizikal seorang murid juga
menjadi faktor untuk halangan mereka mnguasai literasi seperti kecacatan pada penglihatan dan
pendengaran. Bukan sahaja itu, Intrinsik, keperluan psikologi, fiiologi dan tahap kesedian murid
juga merupakan halangan literasi dari aspek murid sendiri.

Beralih kepada faktor guru, iaitu kompetensi. Sebagai seorang guru, ianya tanggungjawab
untuk mengajar murid agar dapat menguasai kemahiran asas literasi. Kepakaran, pengetahuan
dan kemahiran guru sangat diperlukan untuk mendidik murid agar dapat menguasainya. Jika
keupayaan seorang guru tidak berjaya untuk mengajar murid, maka ianya mampu menghalang
murid daripada menguasai literasi. Bukan sahaja itu, amalan pengajaran dan pembelajaran juga
merupakan faktor guru yang menjadikan murid sukar menguasai literasi. Guru perlulah
merancang dengan baik untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang sesuai dan kreatif
kepada murid agar dapat menguasai literasi. Tanpa strategi yang sesuai, murid akan kesusahan

3
untuk menguasai literasi. Masa juga salah satu penghalang bagi guru untuk memberikan
pengajaran yang secukupnya kepada murid untuk mereka menguasai literasi dalam tempoh
masa yang sepatutnya. Guru perlulah memberikan tumpuan kepada setiap murid yang ada dalam
kelas, namun masa yang singkat tidak dapat membolehkan untuk guru memberikan pengajaran
yang secukupnya kepada setiap murid. Menurut Wan Nurzuliana (2019) guru perlu membuat
perjumpaan yang kerap dengan murid untuk memberikan tumpuan dan bimbingan yang
sepenuhnya bagi murid yang menghadapi masalah seperti mudah lupa.

Akhir sekali, faktor ibu bapa sebagai halangan literasi iaitu sikap dimana peranan ibu bapa
sangat penting sebagai elemen utama dalam kemajuan murid (Amold,Zeljo & Doctoroff, 2008).
Ibu bapa perlu menitikberatkan pembelajaran ketika anak-anak berada di rumah bagi
meneruskan peningkatan semasa murid. Ibu bapa yang tidak mengambil berat dengan
pembelajaran murid, ianya akan membuatkan murid lebih sukar untuk menguasai literasi. Bukan
sahaja itu, pengetahuan ibu bapa juga salah satu halangan untuk murid tidak menguasai literasi
kerana terdapat ibu bapa yang tidak mempunyai pendidikan yang cukup untuk memberikan
didikan kepada anak mereka. Status ekonomi juga menjadi halangan bagi murid untuk
menguasai literasi kerana dapat mengganggu peluang dan keselesaan murid bagi menguasai
literasi.

4.0 ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI

Bertitik tolak daripada itu, terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh murid untuk
menguasai literasi. Salah satunya, isu kecerdasan kognitif. Murid yang mempunyai masalah
lambat menguasai literasi mempunyai hubung kait dengan kecerdasan murid. Menurut Dahlia
(2011), faktor kognitif atau intelek murid mengambil kira aspek-aspek seperti kecerdasan minda,
kebolehan bahasa, pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Murid yang mempunyai
kecerdasan yang lemah akan melambatkan proses mereka untuk mengingat apa yang dipelajari
daripada guru mereka. Jika murid seperti ini tidak diberikan bimbingan yang cukup, mereka akan
ketinggalan dengan murid yang lain.

Setersunya, isu murid bukan penutur jati bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan
subjek wajib yang perlu diajarkan di sekolah tanpa mengira bangsa. Namun, isu ini timbul
disebabkan murid lebih cenderung untuk menggunakan bahasa ibunda mereka apatah lagi jika
berada di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Dalam hal ini, murid akan menghasilkan bunyi abjad
yang tidak betul. Terdapat juga murid yang mempunyai masalah sebutan kerana kurang
membaca bahan bacaan bahasa Melayu. Kehadiran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

4
bukanlah secara semula jadi, namun ianya perlu dipelajari khususnya aspek kemahiran
membaca dan menulis (Nora’ Azian, 2020).

Selain itu, isu pacaindera juga salah satu isu yang menyebabkan murid susah untuk
menguasai literasi. Dalam proses membaca, mata akan melihat bahan bacaan lalu ditafsirkan
melalui otak untuk kita memahaminya. Proses ini akan melibatkan pacaindera mata iaitu
pengamatan penglihatan. Jika murid mempunyai masalah dengan penglihatan mereka seperti
rabun, kurang jelas dan sebagainya, ianya akan menyukarkan mereka bagi menguasai literasi.
Masalah ini mampu membawa perkara seperti kekeliruan dalam mengenalpasti abjad. Bukan
sahaja itu, pengamatan pendengaran juga mampu mempengaruhi murid untuk menguasai
literasi. Murid yang mempunyai masalah ini akan mengambil masa yang lambay untuk mahir
dalam literasi kerana tidak mempunyai pendengaran yang jelas untuk menganal dan dengar
bunyi abjad.

Akhir sekali, isu koordinasi kemahiran motor halus dan motor kasar. Dalam hal ini, literasi
membaca dan menulis akan melibatkan koordinasi motor halus sahaja. Hal ini kerana, motor
halus melibatkan otot-otot kecil seperti yang ada pada tangan kita serta kawasan mata.
Sebahagian murid akan mempunyai masalah seperti tidak pandai memegang alat tulis
disebabkan tangan mereka yang tidak kuat. Mereka mempunyai masalah yang ada pada otot-
otot kecil mereka untuk memegang dan menggeraakkan tangan mereka bagi menghasilkan
tulisan yang jelas dan mudah difahami. Begitu juga dengan otot pada mata, mereka mempunyai
masalah untuk mengerakkan mata dengan baik.

5.0 RUMUSAN

Jelaslah bahawa, terdapat pelbagai masalah, halangan, isu dan cabaran yang dihadapai oleh
seseorang yang ingin menguasai literasi membaca dan menulis khususnya murid. Setiap
masalah, halangan dan isu perlu dibendung bagi mempermudahkan murid untuk menguasai
literasi dan dapat meneruskan pembelajaran dengan baik. Semua pihak perlu memainkan
peranan yang penting agar dapat memberikan bimbingan yang secukupnya kepada murid. Oleh
itu, literas membaca dan menulis sangat penting untuk dikuasai agar dapat diaplikasikan dalam
kehidupan seharian.

5
6.0 RUJUKAN

Arnold, d. H., zeljo, A. & doctoroff, g. 1. (2008). Parent involvment in preschool: Predictors and
the relation of involvement to pre-leteracy development. School Psychology Review.
37(1), 74-89
Clay, M. M. (1987). Writing Begins at Home. Heinemann.

Dahlia Janan (2011). Guru dan ketrampilan membaca dalam kalangan murid. Jurnal Dian

Bahasa. 6-22

Dooley, C. M.M. (2011). Young Children’s Approaches to Books: The Emergence of

Comprehension. The Reading Teacher, 64(2), 120-130

Graff, Harvey J. (2006). Literacy. Microsoft® Encarta® [DVD]. Redmond, WA: Microsoft

Corporation.

Levin G (1987). Empowerment: An Emerging Mental Health Technology. J Primary Prevention,

USA.

Marohaini Yusoff (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nora’ Azian Nahar. (2020). Penguasaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam

kalangan murid bukan penutur natid di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Language

Studiea .Vol 9 No 1,2020. 107-123.

Wan Nurzuliana Wan Ahmad. (2019). Amalan guru dalam melaksanakan kemahiran literasi

Bahasa Melayu bagi program LINUS di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu. Vol. 9, Bil. 1 (Mei 2019): 1-11

Anda mungkin juga menyukai