Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PERLIS
01000 KANGAR
PERLIS

BMMB 114
Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi

Nama : NUR HANA ALIESHA BINTI MUHD


HASANUDDIN
No. K/P : 040714-10-0246
Angka Giliran : 2022232310017
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2022
Unit : BAHASA MELAYU A
Nama Pensyarah : ENCIK SAIFOL
AZHAR BIN GHAZALI
Tarikh Hantar : 6 FEBRUARI 2023
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengakuPEMERIKSA
bahawa tugasan pentaksiran berterusan
PENGESAHAN PELAJAR
MODERATOR
ini adalah hasil kerja saya
Markah
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang Markah
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Tandatangan : _____________________
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh
Tandatangan
Cop Pelajar:__________________________Tarikh
Cop : _____________________

Tarikh Tarikh

Penghargaan

Bersyukur ke atas hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta rahmat-Nya
dapat saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus bagi subjek Pengenalan Sistem Ejaan Jawi
dan Rumi (BMMB 1114). Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Encik Saifol Azhar Bin Ghazali yang telah membimbing saya melakukan kerja
kursus ini tanpa mengenal erti penat lelah serta telah memberikan tunjuk ajar kepada saya
dari awal sehinggalah dalam proses menyiapkan kerja kursus.
Penghargaan ini juga saya tujukan kedapa kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi
dorongan dan motivasi kepada saya untuk menyiapkan tugasa saya dengan lancarnya.
Mereka juga tidak pernah putus menitipkan doa kepada saya agar saya berjaya dalam
menyiapkan segala tugasan saya dengan lancar dan sempurna. Terima kasih ibu dan papa
kerana sentiasa menemani saya sepanjang perjalanan ini .

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan kasih sayang
kepada rakan-rakan saya kerana sentiasa membantu saya dalam menyiapkan kerja tugasan
ini. Terima kasih kerana sanggup berkongsi ilmu serta memberi pendapat kepada saya
dalam menghasilkan kerja kursus ini dengan jayanya. Sesungguhnya, segala bantuan dan
pertolongan yang kalian telah berikan kepada saya amat saya hargai.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan kerja kursus ini.

Sekian terima kasih.

Isi Kandungan

Penghargaan .................................................................................................................. 2

Isi Kandungan ................................................................................................................. 3

1.0 Pengenalan................................................................................................................ 4

2.0 Sistem Ejaan Jawi .....................................................................................................4-5

2
2.1 Sejarah Perkembangan Ejaan Jawi Sebelum Merdeka .............................................4-5

2.1.1 Zaman Kesultanan Pasai .......................................................................................5

2.1.2 Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor........................................................5

2.1.3 Tulisan Jawi Batu Bersurat Terengganu .................................................................5-6

3.0 Sistem Ejaan Rumi.....................................................................................................6

3.1 Sejarah Perkembangan Ejaan Rumi………………………………………………………6

3.1.1 Zaman Willkinson ...................................................................................................6

3.1.2 Zaman Pendeta Za’ba.............................................................................................7

3.1.3 Zaman Ejaan Melayu Kongres................................................................................7

4.0 Rumusan ................................................................................................................... 8

5.0 Rujukan ..................................................................................................................... 9

6.0 Lampiran……………………………………………………………………………………...10

1.0 Pengenalan

Setiap tamadun besar di dunia pasti akan mempunyai bentuk bahasanya yang tersendiri
serta akan mengalami revolusi tulisan. Kewujudan sesuatu bangsa dalam sesebuah
kerajaan akan mengakibatkan munculnya Bahasa yang baharu dan Bahasa itu akan
ditukarkan kepada bentuk tulisan. Kemudian, bangsa tersebut akan terus berkembang
sehingga mencipta suatu peradaban yang baharu. Alam Melayu juga tidak terkecuali dalam
mempunyai Bahasa dan tulisannya sendiri. Menurut Syed Naquib Al-Atas ( 1972) , sebelum
munculnya pendatang Islam yang membawa pengaruh Islam ke Kepulauan Melayu,
Bahasa Melayu telah mempunyai tradisi tulisannya yang telah digunapakai oleh

3
masyarakat Melayu bagi tujuan perdagangan mahupun berkomunikasi iaitu penggunaan
tulisan Kawi, Batak, Lampung dan Rencong. Penyatuan antara masyarakat- masyarakat
Melayu dapat ditelesuri melalui penyatuan antara Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi
yang telah mengakibatkan ketamadunan dan kebudayaan yang tinggi dapat dicapai oleh
masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu. ( Asraf Abdul Wahab et, al. (1985) ).

Ejaan Jawi merupakan harta pusaka yang sangat bernilai bagi bangsa Melayu kerana
ejaan ini telah memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan masyarakat
Melayu iaitu dari segi kebudayaan dan ilmu. Menurut Abd Jalil Borhan ( 2012),Penulisan
Jawi ini telah digunakan dalam pelbagai bidang penulisan berilmiah terutamanya pengajian
Islam, Kesusasteraan, Sejarah dan Perubatan. Tulisan atau skrip Jawi sebenarnya berasal
daripada skrip Arab yang tiba di kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan
Islam ( Hashim Hj Musa).

2.0 Sistem Ejaan Jawi

2.1 Sejarah Perkembangan Ejaan Jawi Sebelum Merdeka

Tulisan Jawi telah berkembang pesat sejak abad ke-10 di Tanah Melayu akibat daripada
kedatangan Islam melalui aktiviti perdagangan oleh pedagang Arab serta penyebaran
dakwah Islam yang berlaku pada waktu itu. Oleh hal demikian, perkembangan tulisan Jawi
dikatakan berkembang sejajar dengan perkembangan Islam di Nusantara Melayu ( Hashim
Hj Musa, 1995). Tulisan Jawi merupakan antara tulisan yang terawal dapat ditemui di alam
Melayu. Tulisan ini telah berkembang sejan zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian Melaka,
Johor dan Acheh. Terdapat banyak penemuan bukti wujudnya tulisan Jawi antaranya ialah
penemuan Batu Bersurat Terengganu pada 1303 Masihi. Ini membuktikan bahawa
kewujudan tulisan Jawi lebih awal daripada tulisan Rumi.

2.1.1 Zaman Kesultanan Pasai

Kerajaan Pasai juga dikenali sebagai Samudera, Pasai, Samudera Darussalam atau
Sumatera. Kerajaan ini merupakan antara kerajaan Islam pertama yang berada di Indonesia
kerana kerajaan Pasai ini sebenarnya terletak di Acheh Indonesia. Menurut Hikayat Raja-
raja Pasai, Merah Silu terlihat seekor semut yang anggarannya sebesar seekor kucing
kemudian bagindan menangkapnya lalu memakannya. Setelah itu, baginda mula menamai
tempat tersebut sebagai “Samandara“. Pada zamn kegemilangannya, kerajaan ini
merupakan antara pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pelbagai pendaganga dari

4
pelbagai negara. Misalnya, pedagang dari China, Arab, Siam, Parsi dan sebagainya. Antara
bukti penemuan tulisan Jawi muncul pada kerajaan ini adalah dengan penggunaan Dirham,
Kemunculan banyak karya kesusateraan Melayu seperti Hikayat Raja-raja Pasai. Abad ke-
13 juga merupakan abad di mana bermulanya kemunculan Bahasa Melayu Klasik yang
menggunakan aksara Arab atau tulisan Jawi.

2.1.2 Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor

Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor iaitu kira-kira sekitar abad ke-15
hingga ke-17, tulisan jawi juga telah digunakan secara meluas. Kedua-dua negeri ini telah
menghadapi revolusi sistem ejaan jawi yang lebih berifat baku. Hal ini kerana, terdapat
perubahan yang sangat ketara terjadi antara sistem ejaan jawi semasa pemerintahan
Kerajaan Pasai dengan Kerajaan Melaka dan Johor. Perkara ini terbukti apabila sebuah
manuskrip telah ditemui sekitar 600M iaitu manuskrip yang bertajuk Hikayat Banun
Budiman. Antara perubahan yang ketara ialah tanda baris tidak lagi digunakan serta
pemvokalan secara abjad vokal berdasarkan suara dan tekanan yang lebih pada suku kata
yang terakhir. Selain itu, Tuhfat al Nafis iaitu hasil karya Raja Ali Haji turut menggunakan
sistem ejaan jawi.

2.1.3 Tulisan Jawi Batu Bersurat Terengganu

Pada abad ke-13 Masihi tulisan Jawi mula ditemui di Kepulauan Melayu ( Abd Jalil,
2012). Antara bukti penemuan tulisan Jawi ini ialah penemuan artifak tertua di Kuala Berang
yang dipanggil sebagai Batu Bersurat Terengganu pada 22 Februari 1303 Masihi (Hashim,
2005; Abd Jalil, 2012; Berhanundin et al., 2012; Faisal @ Ahmad Faisal & Faizuri, 2014 ).
Tulisan yang telah terpahat pada batu bersurat ini mengandungi sepuluh syarat undang-
undang atau hukum hakam yang wajib diikuti oleh rakyat serta para pembesar. Tulisan batu
bersurat ini menggunakan tulisan Jawi yang sempurna ( Makmur et al., 2016). Menurut Adi
Yasran, sistem ejaan Jawi yang terdapat pada batu bersurat Terengganu ini sudah hampir
sempurna dengan sistemnya.

5
Batu Bersurat Terengganu

3.0 Sistem Ejaan Rumi

3.1 Sejarah Perkembangan Ejaan Rumi

Penggunaan tulisan rumi ini telah bermula pada abad ke-16 daripada pedagang,
pegembara mahupun penjelajah Eropah ke Nusantara secara perseorangan. Pedagang-
pedagang ini mendengar Bahasa Melayu semasa di pelabuhan kemudian menulisnya dalam
huruf Rumi serta mengeja perkataan tersebut berdasarkan kesan bunyi yang didengar.
Kemunculan kuasa-kuasa Barat di Tanah Melayu seperti Portugis, Belanda dan Inggeris
telah memperkenalkan sistem Ejaan Rumi.

3.1.1 Zaman Wilkinson

Sistem Ejaan Rumi Wilkinson ini telah digunakan secara rasmi dan seragam seperti yang
terdapat di dalam semua kamus dan penerbitan karya-karya Wilkinson yang telah dihasilkan
dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an di sekolah-sekolah umum. Kamus Jawi-Melayu-
Inggeris merupakan pedoman Ejaan Rumi Wilkinson yang telah disusun pada tahun 1903.
Antara inisiatif yang telah dilakukan oleh Wilkinson ialah pendekatan transliterasi daripada
Jawi dan Rumi sebagai satu kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. Romanised Malay
Spelling merupakan antara terbitan Ejaan Wilkinson yang terkenal dan telah digunakan
secara menyeluruh di sekolah-sekolah umum. Wilkinson menyatakan bahawa terdapat dua
sistem logis bagi perumian Bahasa Melayu. Pertama ialah sistem perumian secara harafiah
manakala sistem kedua pula ialah perumian secara fonetik. Harafiah bermaksud
pengambilan huruf-huruf jawi yang membentuk sesuatu kata dan memadamkannya dengan
huruf rumi yang diterima.

6
3.1.2 Zaman Pendeta Za’ba

Menurut Aiman & Tasnim ( 2020), Za’ba merupakan seorang pakar Bahasa yang sangat
dikenali dan disanjungi kerana pengetahuannya yang sangat mendalam dalam berbahasa
sehinggakan beliau dianugerahkan dengan gelaran Pendeta Bahasa semasa kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya pada tahun 1958. Sistem Ejaan Rumi Za’ba telah
muncul apabila beliau membuat pembaharuan kepada sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ejaan
ini telah digunakan di sekolah-sekolah Tanah Melayu. Sistem ini telah memperlihatkan
kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang telah menyebabkan
berlakunya ketidakseragaman kepada pengejaan kata. Kesannya, Penggunaan Sistem
Ejaan Rumi Za’ba telah menjadi bertambah lebih sukar kerana adanya pegejaan kata yang
masih berpandukan sistem Ejaan Wilkinson. Kesannya, di atas kebijaksanaan Za’ba dalam
mengatasi kelemhan tersebut MPSI (Maktab Perguruan Sultan Idris) telah bergerak
membuat sistem ejaan baharu yang dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah atau juga
dipanggil sebagai Sistem Ejaan Za’ba. Dalam karya terbitannya iaitu Pelita Bahasa Melayu I,
Za;ba telah memperjelaskan tentang penggunaan kata-kata istilah yang lebih spesifik dalam
memastikan Bahasa Melayu akan digunakan dengan tepat. Antara karya-karya terbitan
beliau yang lain adalah seperti Pelita Bahasa Melayu II dan III yang juga memberikan
penekanan yang sama.

3.1.3 Zaman Melayu Kongres

Sistem ejaan kogres merupakan sistem ejaan rumi Bahasa Melayu yang telah
dipersetujui oleh Kogres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang telah diadakan pada
tahun 1956. Berlaku pergolakan dalam menentukan jenis tulisan Bahasa Melayu yang rasmi
sekitar tahun 1950 hingga 1958. Perkara ini telah dirumuskan dalam empat dasar pengejaan
Bahasa Melayu dengan huruf Rumi. Namun, kongres kali ketiga pada tahun 1956 ini telah
menetapkan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi bagi Bahasa Melayu (Zurina & Adi, 2020).
Empat dasar yang telah dirumuskan dalam kogres ini ialah ejaan yang digunakan di Malaya
dan di Indonesia haruslah diseragamkan. Selain itu, sistem ejaan kongres menetapkan
peraturan yang mudah agar sistem fonologi ini diterima sebagai satu sistem yang lebih baik
daripada sistem fonetik. Pengejaan dalam sistem ini hendaklah sekata mengikut kaedah
yang telah diutarakan iaitu kaedah satu atau semacam. Akhir sekali, pinjaman kata-kata
daripada Bahasa asing hendaklah disusunkan pengejaannya selaras dengan hukum-hukum
fonologi Melayu.

7
4.0 Rumusan

Pendeta Za’ba pernah menyatakan bahawa tanggungjawab dalam memajukan serta


mengangkat darjat Bahasa dan pengembangannya jauh lebih sukar jika hendak dibezakan
dengan gembar-gembur yang dimainkan oleh pencaturan politik ( Ahmad & Tasnim, 2020).
Sesungguhnya, tulisan Jawi merupakan seni warisan bangsa yang tidak ternilai harganya
kerana tulisan ini telah menjadi simbol serta saksi kepada kegemilangan ketamadunan
tanah Melayu dari segi ilmu dan intelektual pada suatu ketika dahulu. Dengan ini diharapkan
agar setiap masyarakat mampu mengangkat darjat tulisan Rumi dan Jawi sehingga ke
seantereo buana serta menghargai khazanah ini dengan sepenuh hati. Kesimpulannya,
setiap bangsa di dunia ini mempunyai nilai tersendiri yang amat tinggi harganya yang perlu
dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya (Noor Azam et al., 2017).

8
5.0 Rujukan

Ahmad Nabil Amir & Tasnim Abdul Rahman (2020). Pemikiran Za’ba dan kesannya kepada

kebangkitan perjuangan nasionalisme Melayu. International Social Science and


Humanities Journal
http://journal.al-qiyam.net/index.php/my1/article/view/86/79

Abd Jalil Borham. (2012, Oktober 18). Tulisan Jawi: Tulisan serantau. Kertas Kerja Seminar

Tulisan Jawi dan Teknologi Peringkat Kebangsaan. Pahang: Universiti Malaysia Pahang,
1-6.

http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/3330/1/Prof_Jalil_seminar_jawi.pdf

Hashim Hj Musa (2006). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Edisi Kedua. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kang Kyoung Seok (1990). Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

http://commonrepo.um.edu.my/12610/1/Page%201-15.pdf

Suhasni Dollah (2022). Jawi dan Rumi. IPG Kampus Bahasa Melayu. Kuala Lumpur

9
6.0 LAMPIRAN

Buku rujukan – Hashim Hj Musa ( 2006)

Buku rujukan – Suhasni Dollah (2022)

10
11

Anda mungkin juga menyukai