Anda di halaman 1dari 11

KANDUNGAN

Borang Maklum Balas

Penghargaan

Kandungan

1.0 Pengenalan ....................................................................................................................... 5


2.0 Kepentingan Keterampilan Berbahasa ........................................................................... 6
3.0 Bentuk Keterampilan Berbahasa .................................................................................... 8
4.0 Teori-Teori Keterampilan Berbahasa .............................................................................. 10
5.0 Penutup............................................................................................................................. 12

Rujukan................................................................................................................................... 13

4
1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), keterampilan didefinisikan sebagai kecekapan
atau kemampuan yang tinggi manakala bahasa pula merupakan sistem lambang bunyi suara
yang digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan. Oleh itu, keterampilan
berbahasa merupakan kecekapan atau kemampuan seseorang dalam menggunakan bahasa
sebagai alat perhubungan untuk berkomunikasi. Keterampilan berbahasa merupakan perkara
penting dalam berkomunikasi untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan
suara yang dikeluarkan oleh alat sebutan (articulator) manusia. Setiap individu sudah pasti
menggunakan bahasa kerana ia merupakan alat komunikasi bagi aktiviti harian mereka untuk
berinteraksi bersama orang lain. Tanpa bahasa, seseorang individu tidak dapat mengungkapkan
keinginan, perasaan, pendapat serta buah fikiran mereka dengan jelas dan baik. Oleh itu,
keterampilan bahasa setiap individu wajib untuk dikembangkan kerana ia merupakan sesuatu
yang penting dalam kehidupan seharian manusia.

Keterampilan berbahasa terbahagi kepada empat iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis (Muliawan, 2020). Keempat-empat aspek keterampilan berbahasa tersebut mempunyai
peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu bahasa di sekolah.
Mendengar dan bertutur merupakan komponen asas dan dikategorikan sebagai kemahiran lisan
di mana kedua-duanya berkait rapat serta saling melengkapi. Membaca dan menulis pula
merupakan kemahiran bukan lisan. Penguasaan terhadap keempat-empat kemahiran ini amat
penting bagi mencapai komunikasi yang berkesan. Mendengar adalah satu proses fizikal yang
melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa. Mendengar bukan sahaja mendengar
bunyi-bunyi bahasa tetapi ia juga perlu memahami maklumat atau maksud sesuatu yang hendak
disampaikan. Menurut Ambar Wulan Sari (2016), komunikasi yang efektif bergantung kepada
keterampilan seseorang semasa menyampaikan atau menerima maklumat. Oleh yang demikian,
keterampilan mendengar penting bagi mewujudkan komunikasi yang efektif. Bertutur pula
merupakan aspek kemahiran berbahasa yang kedua sebagai aktiviti melafazkan bunyi-bunyi
bahasa seperti ayat atau kata-kata dengan sebutan, tekanan, kelancaran, tatabahasa, dan
intonasi betul yang dilahirkan melalui alat sebutan manusia. Menurut Nor Aina Dani (2007),
pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.

Seterusnya ialah membaca yang merupakan sebagai kemahiran bahasa yang ketiga.
Membaca ini ditakrifkan sebagai memindahkan tulisan kepada suara iaitu menyuarakan tulisan
walaupun tidak memahami isi atau perkara yang dibaca (Kamarudin Hj. Husin, 1995). Kemahiran
bahasa yang terakhir ialah menulis. Manusia juga berkomunikasi melalui tulisan iaitu sebagai

5
saluran bagi seseorang mengungkapkan perasaan atau idea secara grafik atau pembentukan
simbol-simbol tulisan. Tulisan merupakan lambang-lambang bunyi bahasa yang dipindahkan
dalam bentuk grafik untuk melahirkan buah fikiran, perasaan, dan pendapat (Chomsky, 1957).
Oleh itu, dapat kita lihat di sini bahawa tidak akan berlaku komunikasi di dunia ini tanpa sebuah
bahasa baik bahasa lisan mahupun bahasa bukan lisan.

2.0 Kepentingan Keterampilan Berbahasa

Berbahasa tidak asing daripada kehidupan seharian seseorang dan memainkan peranan
yang penting kepada manusia terutamanya dalam berkomunikasi. Komunikasi merupakan suatu
aktiviti yang amat penting kerana tanpa komunikasi, tidak akan wujud masyarakat aman, damai
dan harmoni (Institut Aminuddin Baki, 2020). Menurut Aminudin Mansor (2022) pula,
sesungguhnya bahasa merupakan satu daripada pencapaian terawal dalam tamadun manusia.
Ini dapat dibuktikan bahawa bahasa sangat penting dan berharga kerana perkembangan serta
pembangunan yang sempurna di sesuatu negara bermula daripada keterampilan berbahasa.
Penyampaian atau pemindahan sesuatu maklumat daripada seorang kepada orang lain akan
terjadi dengan adanya bahasa.

Sehubungan dengan itu, kepentingan keterampilan berbahasa pertama boleh dilihat di sini
ialah melalui bidang pentadbiran. Dalam sesuatu pentadbiran, penyampaian suatu maklumat
atau arahan daripada satu pihak kepada pihak yang lain merupakan satu perkara yang amat
penting bagi mencapai matlamat organisasi atau objektif pentadbiran. Menurut Seri Lanang et al.
(2012), dalam melaksanakan tugas seharian, kita tidak dapat lari daripada melaksanakan aktiviti-
aktiviti berbahasa dan keupayaan kita menggunakan bahasa sangat membantu kejayaan tugas
seharian. Menurut beliau juga, kita mungkin terlibat dengan tugas menyediakan laporan dan
laporan tersebut mungkin dalam bentuk tulisan dan mungkin juga pertuturan. Ini bermaksud jika
seseorang tidak mempunyai keterampilan berbahasa dalam dirinya, sesuatu tugasan tidak akan
lengkap dan sempurna. Keterampilan berbahasa amat penting bagi seorang ketua dalam sesuatu
organisasi untuk mengarahkan atau memimpin organisasinya. Jika tahap keterampilan
berbahasa seorang ketua dalam organisasi rendah, pekerja tidak akan melaksanakan tugas dan
tidak akan mengikuti arahan yang diberikan serta ia akan menjatuhkan sesebuah organisasi itu.
Contohnya di sekolah, tugas pengetua mahupun guru besar sebagai ketua, mereka perlu
mengetahui cara atau kaedah untuk menyampaikan sesuatu perkara seperti visi dan misi serta
matlamat sekolah kepada semua warga sekolah. Oleh itu, seorang ketua perlu mempunyai tahap

6
keterampilan berbahasa yang tinggi agar dapat menjaga organisasi dengan baik serta dapat
meningkatkan kualiti pekerja dan prestasi organisasi.

Keterampilan berbahasa bukan sahaja penting dalam bidang pentadbiran bahkan ia juga
penting dalam bidang pekerjaan. Kita kerap menerima arahan-arahan daripada majikan dan kita
perlu mendengar dengan teliti supaya arahan-arahan yang disampaikan tidak disalahertikan (Seri
Lanang et al., 2012). Ini menunjukkan bahawa dalam bidang pekerjaan, kita perlu mendengar
dengan fokus dan teliti arahan yang diberikan agar dapat melakukan kerja dengan baik. Hal ini
penting bagi mengelakkan diri daripada melakukan kerja yang sia-sia dan dapat mengelakkan
diri daripada dimarahi oleh majikan. Selain itu, keterampilan berbahasa juga penting bagi
pekerjaan sebagai seorang guru. Menurut Mas Roro Diah Wahyulestari (2018), mengajar
merupakan proses yang sukar kerana ia bukan sekadar menyampaikan ilmu kepada murid malah
banyak aktiviti atau tindakan yang perlu dilakukan terutamanya bagi memberikan hasil
pembelajaran yang terbaik kepada murid. Hal ini demikian kerana, guru perlu menyampaikan
ilmu kepada murid-murid dengan jelas dan betul serta komunikasi seorang guru akan memberi
kesan kepada cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jika tahap keterampilan seseorang
guru itu tinggi, cara pengajarannya di dalam bilik darjah akan menarik minat, menceriakan murid
untuk belajar serta maklumat atau ilmu yang hendak disampaikan dapat difahami oleh murid
tersebut. Menurut Adawiyah, F. (2021), hasil yang dapat dilihat daripada penelitian yang telah
dilakukan ialah cara pengajaran guru Pendidikan Agama Islam (PAI) di sekolah dengan
menggunakan kaedah menggabungkan ceramah bersama sesi soal jawab, ceramah bersama
tugasan diberikan serta ceramah bersama eksperimen bagi meningkatkan keterampilan
mengajar khususnya dengan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran yang baik dan
terarah. Sebaliknya, jika seorang guru mempunyai tahap keterampilan yang rendah, murid tidak
akan memahami perkara atau ilmu yang ingin disampaikan seterusnya boleh menjejaskan
pencapaian mereka. Bukan sahaja guru malah murid juga perlu mempunyai tahap keterampilan
yang tinggi. Ini kerana apabila murid-murid tidak mempunyai kemahiran berbahasa atau tahap
keterampilan berbahasanya rendah, tugasan yang diberikan oleh guru kepada mereka tidak akan
lengkap dan sempurna. Bukan sahaja tidak lengkap malah jika tahap keterampilan berbahasa
murid itu rendah, mereka akan menghasilkan tugasan yang tidak berkualiti dan maklumat yang
ingin disampaikan dalam tugasan tersebut tidak tercapai seterusnya akan menjejaskan markah
mereka. Secara tidak langsung, perkara ini boleh menyumbang kepada masalah isu keciciran
murid di negara.

7
Di samping itu, keterampilan berbahasa juga penting bagi bidang sosial. Ini kerana dalam
kehidupan seharian seseorang, keterampilan berbahasa digunakan untuk berinteraksi atau
berkomunikasi dengan orang lain bagi menyampaikan maklumat dan arahan, mengeratkan
hubungan baik antara individu dan sebagainya. Komunikasi merupakan proses pemindahan
maklumat dengan menghantar dan menerima maklumat daripada satu sumber kepada sumber
yang lain dan ia berlaku sama ada secara lisan ataupun bukan lisan (Institut Aminuddin Baki,
2020). Menurut Muhammad Takari (2019), komunikasi bukan lisan merupakan tingkah laku
sebagai simbolik yang menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang
serta boleh difahami oleh orang lain. Oleh itu, setiap individu perlu mempunyai keterampilan
berbahasa yang baik agar dapat menghasilkan komunikasi yang berkesan.

3.0 Bentuk Keterampilan Berbahasa

Menurut Saifulazry Mokhtar et al. (2021), komunikasi merupakan proses penyampaian


maklumat dari seseorang kepada orang lain, dengan menggunakan lambang-lambang atau
simbol-simbol yang dapat difahami dan diterima antara mereka. Setiap individu menggunkan
keterampilan berbahasa yang telah dimiliki untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian
mereka. Tanpa keterampilan berbahasa, seseorang tidak dapat berkomunikasi dengan lancar,
jelas dan berkesan. Keterampilan berbahasa mempunyai bentuk-bentuk penyampaiannya
tersendiri iaitu penyampaian bentuk mendidik, memujuk, perbincangan, syarahan umum, dan
menghibur.

Bentuk penyampaian keterampilan berbahasa yang pertama ialah mendidik. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2015), pendidikan didefinisikan sebagai perihal mendidik. Tanpa
keterampilan berbahasa,, pendidikan mungkin tidak akan berlaku kerana asas keterampilan
berbahasa merupakan salah satu asas dalam pembinaan pendidikan. Menurut Institut Aminuddin
Baki (2020), keterampilan berbahasa penyampaian bentuk ‘mendidik’ yang dinyatakan di sini
bertujuan untuk menyampaikan maklumat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran orang
lain dalam sesuatu perkara dengan harapan seseorang itu dapat menukarkan sesuatu yang
kurang baik kepada yang lebih baik dan seterusnya menjadikannya sebagai rutin dalam
kehidupan. Contoh yang dapat dilihat ialah sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, di mana
komunikasi antara guru dan murid berlaku. Ilmu yang hendak disampaikan dalam mendidik di
sekolah perlulah jelas dan betul serta penerima maklumat iaitu murid perlulah mendengar dengan
teliti dan memahami perkara yang hendak disampaikan. Oleh itu, jelaslah bahawa keterampilan

8
berbahasa amat penting untuk pendidikan tidak kira di sekolah mahupun di rumah. bagi mencapai
komunikasi yang berkesan.

Bentuk keterampilan berbahasa yang seterusnya ialah penyampaian bentuk memujuk.


Memujuk boleh didefinisikan sebagai menggunakan atau memakai kata-kata manis dengan
tujuan untuk memikat atau menarik hati (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015). Bentuk ini penting
dalam berkomunikasi bagi menarik perhatian seseorang mendengar dengan teliti tentang mesej
yang disampaikan. Fungsi memujuk dalam komunikasi bertujuan untuk mempengaruhi dan
mengubah sikap, persepsi dan tingkah laku seseorang penerima (Institut Aminuddin Baki, 2020).
Oleh yang demikian, seorang guru memerlukan kemahiran untuk memujuk seseorang agar dapat
mempengaruhi murid-murid. Contohnya, guru menggunakan nada atau intonasi yang rendah
untuk menegur murid-murid agar mereka dapat memberi perhatian terhadap pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

Di samping itu, penyampaian bentuk perbincangan merupakan jenis bentuk keterampilan


berbahasa yang ketiga. Penyampaian bentuk perbincangan ini biasanya melibatkan dua orang
atau lebih dalam satu kumpulan. Bentuk ini bertujuan untuk bertukar-tukar fikiran dan pandangan
seperti forum, usrah, seminar, simposium, dan muzakarah (Supyan Hussin, 2003). Menurut Noor
Indon Abd Samad et al. (2011), faktor utama yang mendorong kepada penglibatan murid dalam
pembelajaran aktif ialah interaksi yang baik antara rakan sekelas dan sememangnya murid suka
untuk berinteraksi antara satu sama lain di dalam bilik darjah. Contohnya, guru memberikan topik
yang berbeza-beza kepada setiap kumpulan dan mereka perlu membincangkan topik tersebut
bersama. Oleh itu dengan adanya perbincangan berkumpulan ini, wujudnya idea atau buah fikiran
dari pelbagai perspektif yang berbeza serta ia akan menyebabkan murid-murid dapat berfikir
dengan lebih kritis dan memberikan pengalaman atau ilmu baharu kepada mereka. Selain itu,
keupayaan murid untuk melontarkan sesuatu pendapat akan meningkat dan secara tidak
langsung keterampilan berbahasa juga wujud dengan adanya komunikasi antara ahli kumpulan
semasa perbincangan tersebut.

Seterusnya, syarahan umum juga merupakan antara bentuk penyampaian keterampilan


berbahasa. Syarahan umum merupakan suatu aktiviti komunikasi secara sehala yang
disampaikan dalam bentuk ucapan dan dilakukan dalam situasi formal atau tidak formal
(Sulaiman Masri, 2005). Penyampaian bentuk syarahan umum ini adalah bertujuan untuk
menjelaskan atau menerangkan sesuatu perkara, isu, persoalan, dan sebagainya dengan
melibatkan fakta yang tepat serta contoh yang relevan untuk memujuk dan mempengaruhi fikiran
pendengar supaya mereka dapat memberi tumpuan terhadap isu-isu yang disampaikan.

9
Pertuturan pengucap semasa memberikan ucapan perlulah betul dan jelas, terutama dari segi
sebutan, tekanan, intonasi, dan nada agar pendengar dapat memahami intipati mesej yang
disampaikan. Pengucap perlu menggunakan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan
menarik minat pendengar serta menyelitkan unsur-unsur keindahan bahasa seperti pantun,
peribahasa, dan perumpamaan. Contoh penyampaian bentuk syarahan umum ialah
pembentangan hasil sesuatu penyelidikan kepada sekumpulan penyelidik, taklimat jabatan
kepada para pegawai, pembentangan sesuatu kertas kerja dalam seminar, khutbah yang
disampaikan oleh khatib kepada para jemaah, dan sebagainya (Abdul Mua’ti, 2022). Oleh itu,
penting bagi seseorang untuk memiliki tahap keterampilan berbahasa yang tinggi agar mesej
atau ucapan yang hendak disampaikan betul dan dapat mempengaruhi serta meyakinkan
pendengar.

Bentuk penyampaian yang terakhir dalam keterampilan berbahasa ialah penyampaian bentuk
menghibur. Menurut Institut Aminuddin Baki (2020), hiburan diperlukan untuk memudahkan
penyampaian dan penerimaan maklumat dalam kehidupan. Ini kerana sesuatu perkara atau
komunikasi yang disampaikan dalam bentuk menghibur lebih difahami oleh seseorang tanpa
mengira usia, jantina, ataupun bangsa. Dalam menjalani kehidupan seharian, hiburan diperlukan
untuk memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat (Institut Aminuddin Baki, 2020).
Penyampaian bentuk menghibur lebih sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah terutama sekali bagi sekolah rendah kerana ia dapat menarik
minat atau merangsang minat belajar seseorang kanak-kanak. Contohnya, guru boleh
mengaplikasikan tajuk-tajuk yang dipelajari dengan nyanyian agar dapat menarik minat murid-
murid untuk belajar.

4.0 Teori-Teori Keterampilan Berbahasa

Teori keterampilan berbahasa yang pertama ialah teori behaviorisme yang dipelopori oleh
Skinner, Pavlov dan Thomdike. Teori ini mengkaji tentang tingkah laku individu yang boleh
diperhatikan atau diukur, bukan kejadian andaian yang berlaku dalam diri individu (Zabedah
Mohammed et al., 2023). Terdapat individu yang menganut teori behaviorisme ini mempercayai
bahawa bahasa yang dikuasai oleh kanak-kanak adalah melalui persekitarannya tetapi tidak
menyatakan secara khusus tentang bagaimana bahasa itu telah dikuasai. Skinner percaya
bahawa dalam teori ini, proses pembelajaran berlaku jika terdapat rangsangan dan tindak balas
secara berulang-ulang sebagai tujuan pengukuhan. Bagi membantu proses pengajaran dan
pembelajaran, teori ini mementingkan persekitaran murid seperti cara guru, tingkah laku rakan

10
sekelas mereka dan suasana persekitaran dalam bilik darjah. Contohnya, guru memberikan
ganjaran apabila murid menjawab soalan yang diberikan serta mendengar arahan dengan betul.
Ini dapat merangsang murid untuk bertutur, menarik minat mereka untuk belajar serta
mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh murid itu.

Seterusnya ialah teori biologis yang dipelopori oleh Noam Chomsky, Piaget, Lakoff dan
Lenneberg. Menurut Noor Azmira Mohamed (2001), pengkaji-pengkaji ini beranggapan bahawa
manusia telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk memperolehi bahasa sejak kecil
lagi kerana manusia dibekalkan dengan alat penguasaan bahasa yang dinamakan Peranti
Pemerolehan Bahasa atau disebut Language Acquisition Device untuk membantu manusia
memperolehi dan menguasai bahasa. Kanak-kanak dapat menyerapkan pengetahuan yang
sedia ada dalam fikirannya dengan perkara yang mereka perolehi daripada persekitaran.
Contohnya kanak-kanak memanggil semua makanan dengan panggilan yang sama
kemudiannya panggilan itu menjadi lebih khusus. Oleh itu, jika terdapat pendedahan di
persekitaran kanak-kanak, mereka akan memperolehi banyak ilmu dan pendedahan bahasa.
Sebaliknya, jika tiada pendedahan kepada kanak-kanak, mereka tidak akan berupaya untuk
memperolehi dan menguasai bahasa.

Akhir sekali ialah teori mentalistik yang dipelopori oleh tokoh terkenal iaitu Noam Chomsky
yang menekankan fungsi mental seseorang manusia itu berbanding tingkah laku mereka . Teori
ini menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak dengan mengajar bahasa
secara berperingkat mengikut kematangan atau tahap umur murid berkenaan. Menurut Zulkifley
Hamid (2006), penguasaan bunyi-bunyi bahasa melibatkan organisasi minda dan tidak dianggap
terjadi melalui proses peniruan semata-mata. Di samping itu, tokoh-tokoh mentalis juga
menunjukkan bahawa kanak-kanak memperbaiki kesilapan mereka kerana mereka dapat
menentukan rumus-rumus yang betul dan bukan kerana mereka ditegur oleh orang-orang
dewasa (Zulkifley Hamid, 2006). Tiga perkara utama yang diberikan penekanan ialah proses
perkembangan pemikiran, pembelajaran mengikut kadar kendiri iaitu murid belajar sesuatu
perkara berdasarkan minat serta kebolehan mereka sendiri dan yang terakhir ialah strategi
pengajaran berpusatkan murid iaitu murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dengan
menggunakan bahan-bahan pembelajaran. Hubungan teori mentalistik dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah kecekapan dan prestasi merupakan dua perkara penting dalam penguasaan
bahasa, undang-undang bahasa ditekankan, tulisan dan bacaan diutamakan serta teknik yang
digunakan ialah teknik hafalan. Jika terdapat kanak-kanak yang mengalami masalah untuk

11
bertutur atau memerlukan masa yang lama untuk bercakap, mereka perlu diberikan latihan yang
khusus bagi melatih mereka

Penekanan terhadap setiap teori adalah berbeza. Teori behaviourisme memberi penekanan
dari aspek pengukuhan dan persekitaran murid. Teori biologis pula merupakan kebolehan semula
jadi yang wujud sejak kecil lagi untuk memperolehi bahasa manakala teori mentalistik memberi
penekanan terhadap fungsi mental atau proses pemikiran murid-murid. Teori mentalistik lebih
sesuai digunakan berbanding dengan teori-teori lain kerana dengan teori ini proses pembelajaran
akan berlaku secara teratur kerana guru dapat mengawal tahap kemajuan pembelajaran murid
secara berperingkat-peringkat.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, keterampilan berbahasa amat penting bagi setiap individu untuk menjalani
kehidupan seharian dalam membangun hubungan baik antara setiap individu. Menurut Ambar
Wulan Sari (2016), komunikasi yang efektif bergantung kepada keterampilan seseorang dalam
menyampaikan atau menerima sesuatu maklumat. Tanpa keterampilan berbahsa, komunikasi
tidak akan berlaku dengan berkesan kerana manusia dan komunikasi ibarat isi dan kuku, kedua-
duanya tidak mungkin terpisah. Individu yang mempunyai tahap keterampilan berbahasa yang
tinggi menyebabkan komunikasi yang dilakukan difahami dan berkesan. Namun, individu yang
tahap keterampilan berbahasanya lemah akan menyebabkan timbulnya salah erti dalam
berkomunikasi. Oleh itu, tahap keterampilan berbahasa yang rendah di sekolah perlu diteliti oleh
semua pihak agar dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan. Jika segala masalah dapat
ditangani dengan betul, mesej atau maklumat yang hendak disampaikan tidak akan kabur dan
mudah difahami.

12
Rujukan

Abdul Mua’ti. (2022). Panduan pengucapan awam. Percetakan Adab Sdn. Bhd.

Adawiyah, F. (2021). Variasi Metode Mengajar Guru Dalam Mengatasi Kejenuhan Siswa Di
Sekolah Menengah Pertama. Jurnal Paris Langkis, 2(1), 68-82.

Ambar Wulan Sari. (2016). Pentingnya Ketrampilan Mendengar Dalam Menciptakan Komunikasi
Yang Efektif. Jurnal Ilmu Pendidikan dan Ilmu Sosial. 2(1).

Aminudin Mansor. (2022). Bahasa dan Budaya Mengeratkan Perpaduan Masyarakat. Dipetik
daripada https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2022/02/11/2511/

Chomsky. (1957). On Human Communication. Cambridge, Mass.

Institut Aminuddin Baki. (2020). Asas komunikasi untuk pemimpin pendidikan. Kementerian
Pendidikan Malaysia: Genting Highlands.

Kamarudin Hj. Husin. (1995). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya : Siri Pendidikan Longman.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Takari. (2019). Memahami ilmu komunikasi. Fakulti Ilmu Budaya, Universiti
Sumatera Utara.

Muliawan, B. (2020). Analisis Kerangka Dalam Keterampilan Menulis Teks Cerita Pendek.
Jurnal Bahasa.

Noor Azmira Mohamed. (2001). Pemerolehan dan penguasaan bahasa di kalangan kanak-kanak.
Masters thesis, Universiti Malaya.

Noor Indon Abd. Samad, Intan Shafinaz Abd. Razak & Azniza Zainul. (2011). Persepsi Pensyarah
Terhadap Pembelajaran Aktif. Dipetik daripada
https://www.researchgate.net/publication/260438743_PERSEPSI_PENSYARAH_TERHADA
P_PEMBELAJARAN_AKTIF

Nor Aina Dani. (2007). Penghantar psikolinguistik.sasbad. Pertaling jaya : UG Press Sdn. Bhd.

Saifulazry Mokhtar & Kasoma Thia. (2021). Saintifisme Islam dan Paradigma Barat: Kecaknaan
Terhadap Komunikasi Komparatif. Jiwa Merdeka: Isu dan Persoalan Sabah.

Seri Lanang Jaya Rohani & Dahlia Janan. (2012). Terampil berbahasa. PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd.

13
Sulaiman Masri. (2005). Komunikasi pejabat. Utusan Publications.

Supyan Hussin. (2003). Kecemerlangan dalam pengucapan awam. Utusan Publications.

Mas Roro Diah Wahyulestari. (2018). Ketrampilan Dasar Mengajar di Sekolah Dasar. In Prosiding
Seminar Nasional Pendidikan (Vol. 1, No. 1).

Zabedah Mohammed, Hajah Maria Hj. Tahir, Mastura Mohamed Berawi & Hj. Patarai Hj. Cholen.
(2023). Literasi Bahasa. MK e-Solutions Sdn. Bhd.

Zulkifley Hamid. (2006). Aplikasi psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

14

Anda mungkin juga menyukai