Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan literasi kanak-kanak dalam pendidikan pra sekolah 1.

0 Pengenalan Jurnal ini membincangkan tentang kepentingan literasi kanak-kanak dalam pendidikan prasekolah dan memberi panduan kepada guru dalam mengajar Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak melalui bercerita. 1.1 Kepentingan literasi kanak-kanak dalam Pendidikan Pra Sekolah Dalam literasi, kanak-kanak perlu diberi pendedahan dengan baik. Menurut Fisher, Flood, & Lapp, (1999) penceritaan yang baik dapat membantu kanak-kanak dalam memberi cabaran kepada intelek mereka, dapat berimaginasi dengan baik, membantu mereka mengenali dunia dan mendidik mereka supaya suka membaca. Apabila guru membaca cerita, ia dapat membantu kanak-kanak mengembangkan perhubungan ataupun ikatan mereka dengan buku. Hal ini dapat membantu kanakkanak berimaginasi, menggunakan bahasa dengan baik dan membentuk intelek yang baik (Cullinan, 1987, p.6). Setelah guru selesai bercerita kepada kanak-kanak, selalunya kanak-kanak akan mengambil buku tersebut untuk diterokainya. Mereka akan melihat gambar, membaca semula cerita dan berpura-pura membaca buku tersebut. Apabila kanak-kanak didedahkan dengan bacaan yang mereka suka, mereka akan mula mencari buku yang mempunyai persamaan dengan buku yang telah dibaca oleh guru. Perkara ini dapat menambah minat kanak-kanak untuk membaca. Contoh cerita yang berkaitan dengan literasi kanak-kanak adalah cerita Quick as a cricket. Cerita ini menceritakan mengenai Richey, kanak-kanak berumur 4 tahun yang sangat teruja menjumpai kriket ketika aktiviti luar kelas. Setelah masuk ke dalam kelas, Ms Ridgeway, gurunya mengambil buku Quick as a cricket. Ms Ridgeway memberitahu kanak-kanak tentang buku yang dibaca. Kanakkanak sangat teruja dan menyebut kriket, kriket. Ms Ridgeway menceritakan secara kuat, dengan ilustrasi yang besar dan cantik. Setelah membaca muka surat pertama dan kedua, kanak-kanak mula mendapat puisi iaitu I am as quick as a cricket, I am as slow as a snail, I am as small as an ant. Kemudian Ms Ridgeway membaca frasa seterusnya I am as gentle as a lamb. Seterusnya dia menunjukkan kepada seorang kanak-kanak lelaki di dalam ilustrasi dan berkata Hes .. kanak-kanak menyambung ..as gentle as a lamb. Apabila selesai membaca, Ms Ridgeway bertanya kepada kanak-kanak haiwan apakah yang paling mereka sukai. Salah seorang menjawab I am as strong as an ox. Seorang kanakkanak perempuan berkata I am loud as a lion. Dan Richey berkata I am quick as a cricket because I cought a cricket. Di pengakhiran pembelajaran Richey meminta buku daripada Ms Ridgeway.

2.0 Literasi kanak-kanak dan perkembangan sosial, emosi dan intelek kanak-kanak. Jurnal ini juga membincangkan mengenai proses perkembangan kanak-kanak dari segi sosial, emosi dan intelek apabila didedahkan dengan bahan bacaan. 2.1 Perkembangan Sosial Perkembangan sosial kanak-kanak dipengaruhi oleh apa yang diperhatikan disekelilingnya. Apabila kanak-kanak mendapat kritikan membina dari orang dewasa, mereka akan mengekalkan sikap dan tingkah laku yang baik itu dan akan bertindak sebaliknya apabila mendapat teguran yang tidak membina. Misalnya, apabila kanak-kanak dipuji kerana mengatakan perkara yang baik kepada rakannya, mereka akan memahami mengenai tingkah laku dan sikap yang baik dan positif. Manakala, jika guru menegur dan menghukum mereka apabila mereka mengatakan perkara yang buruk kepada rakan mereka, mereka akan memahami tingkah laku dan sikap yang tidak baik dan negatif. Oleh itu, mereka akan lebih memahami tentang sesuatu akibat dan pujian. Antara contoh cerita yang berkaitan dengan perkembangan sosial kanakkanak ialah Where the Wild Things Are dan The Quarreling. Buku The Quarreling menceritakan keluarga Mr. James yang masing-masing tidak dapat melepaskan rasa marah pada tempat yang betul. Kisah bermula apabila Mr. James terlupa untuk mencium selamat tinggal kepada Mrs. James. Mrs. James berasa sedih dan pada masa yang sama, Jonathan James turun ke ruang makan. Mrs. James memandang tajam dan merungut mengenai pakaian Jonathan James. Jonathan James berasa ibunya tidak adil dan menegur Sally James tentang kelewatannya turun sarapan dan akan lewat ke sekolah. 2.2 Perkembangan Emosi Sastera kanak-kanak dapat membantu dalam perkembangan emosi kanak-kanak yang sihat. Kesusasteraan dapat menyumbang tiga perkara dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Pertama, sastera membantu kanak-kanak memahami perasaan yang mereka pernah lalui adalah sama dengan kanak-kanak lain. Kedua, sastera dapat membantu kanak-kanak meneroka sesuatu perasaan itu melalui pelbagai sudut dan pandangan. Ketiga, aksi dari pelbagai perwatakan ilustrasi dapat memberi pilihan kepada kanak-kanak tentang beberapa perbezaan dalam menguruskan emosi. Literasi dapat membantu kanak-kanak dalam menguasai kepercayaan kendiri yang positif. Selain itu mereka dapat memahami perasaan mereka sendiri. Antara contoh cerita yang berkaitan dengan perkembangan emosi ialah The Carrot Seed, Spinky Sulks dan Ugly Duckling. Kisah Ugly Duckling menceritakan tentang seekor anak angsa yang dijaga oleh ibu itik. Dia sering

dipinggirkan kerana rupa yang tidak sama dengan anak-anak itik yang lain. Dia sering dikatakan hodoh dan telah dipinggirkan oleh ibu itik. Dalam perjalanan anak angsa mencari dirinya, dia terjumpa dengan beberapa orang yang menghalaunya dan memukulnya sehingga dia berasa sangat sedih. Di akhir perjalanannya, dia bertemu dengan beberapa ekor angsa yang serupa dengan wajahnya sedang bermain di kolam. Dia pun memasuki kumpulan itu dan melihat dirinya menjadi sangat cantik. 2.3 Perkembangan Intelek Perkembangan intelek merujuk kepada perkembangan yang berlaku kepada kemahiran kognitif kanak-kanak. Literasi kanak-kanak menyokong perkembangan kanak-kanak dengan menggalakkan pertukaran idea dan perkembangan kemahiran berfikir, termasuk pemerhatian, perbezaan, mengkategorikan, mengorganisasikan, menyimpulkan dan menilai. 3.0 Memperkembangkan kemahiran literasi menggunakan sastera kanakkanak Membaca dengan kuat dan jelas dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mendengar irama, aliran dan kepelbagaian bahasa buku. Kelebihan kepada kanak-kanak yang mendengar cerita, dapat meningkatkan kosa kata, bahasa yang sukar, mempertingkatkan kemahiran kefahaman dan berjaya dalam awal membaca (Cosgrove, 1989; Cullinan, 1992a; Elley,1989). Terdapat perbezaan antara kanakkanak yang diberi pendedahan awal membaca di rumah dan yang baru bermula perkembangan membaca di sekolah. Guru seharusnya mempunyai kemahiran dalam memperkenalkan literasi awal kanak-kanak. Berikut merupakan rangka kerja yang boleh diaplikasikan dalam memperkenalkan kemahiran membaca buku kepada kanak-kanak: 1. Terangkan kemahiran yang telah diajar kepada kanak-kanak.

Menurut cerita The Three Little Pigs, guru menyuruh kanak-kanak mengingat setiap turutan rumah yang dibina oleh The Pigs tersebut. Dimana kanak-kanak harus mendengar dengan baik apabila guru bercerita dan ingat rumah pertama, kedua dan ketiga yang dibina oleh binatang-binatang tersebut. Kemudian, guru akan meletakkan gambar rumah yang kanak-kanak boleh rasa atas flannelboard untuk kanak-kanak lihat. 2. Memberi contoh bagaimana untuk meletakkan kemahiran ke dalam perlakuan. Dalam langkah kedua, guru menggunakan flannelboard sebagai props. Guru akan bercerita rumah pertama yang dibina oleh The Pigs kemudian meletakkan bentuk rumah jerami di atas flannelboard dan sampailah kepada rumah yang seterusnya.

Selepas membaca, guru akan meletakkan nombor di setiap rumah sebagai gambaran terhadap turutan cerita. 3. Menyediakan peluang kepada kanak-kanak bercerita kembali mengikut kreativiti mereka. Guru meneteapkan kanak-kanak secara berpasangan dan memberi tiga keping rumah kertas yang menyerupai rumah yang boleh disentuh. Guru menyuruh kanakkanak menceritakan semula dan menyusun rumah di atas meja dihadapan mereka mengikut apa yang telah mereka ceritakan. 4. Menyediakan masa bagi kanak-kanak melakukan kemahiran secara sendiri dan mengaplikasikannya dalam kandungan yang berbeza. Semasa sudut literasi, kanak-kanak boleh menggunakan rumah-rumah tadi dan flannelboard untuk menceritakan balik tentang cerita The Three Little Pigsdan menyusun rumah mengikut turutan yang betul. 4.0 Menggunakan sastera kanak-kanak untuk belajar Bahasa Inggeris. Tidak semua kanak-kanak pandai berbahasa Inggeris. Mereka lebih selesa dengan bahasa ibunda mereka seperti orang Melayu, Bahasa Melayu, orang Jepun, Bahasa Jepun dan orang Cina, Bahasa Mandarin atau Kantonis. Oleh itu, guru harus mempunyai kreativiti dan cara yang betul dalam membantu kanak-kanak belajar menggunakan Bahasa Inggeris. Guru juga harus mencari cara yang dapat menarik minat kanak-kanak tersebut. Antara cara yang mudah bagi membantu kanak-kanak menggunakan Bahasa Inggeris adalah: 1. Jurnal ini mengupas tentang keadaan perpustakaan yang harus mempunyai buku dari Bahasa Inggeris dan juga bahasa ibunda kanak-kanak. Contohnya, menyediakan buku Bahasa Inggeris dan terjemahan dalam Bahasa Malaysia di dalam perpustakaan yang kanak-kanaknya berbangsa Melayu. Hal ini dapat membantu kanak-kanak senang memahami Bahasa Inggeris . 2. Menggalakan kanak-kanak berkomunikasi menggunakan dua bahasa agar mereka dapat membantu antara satu sama lain. Pembelajaran ini boleh menggunakan teknik buddy reading, di mana kanak-kanak dibantu oleh kanakkanak lain yang lebih mahir dalam Bahasa Inggeris . 3. Guru haruslah bercakap dengan jelas, perlahan dan teratur menggunakan bahasa yang mudah dan mengulangai frasa, menggunakan gerak tubuh dan memberi rujukan visual seperti gambar semasa berkomunikasi bagi membantu kanak-kanak lebih memahami Bahasa Inggeris dengan mudah.

4. Menyediakan ruang yang menarik di dalam kelas supaya mereka tertarik untuk belajar Bahasa Inggeris dan sediakan buku yang membuat mereka selalu membaca buku tersebut sehingga mereka serasi dengan struktur bahasa tersebut. 5. Selain itu, guru juga harus membiasakan kanak-kanak dengan perkataan Bahasa Inggeris seperti membuat label nama sudut-sudut di dalam kelas seperti reading corner, block center dan papan tanda yang mempunyai nama cuaca pada hari tersebut seperti rainy, sunny, windy dan cloudy. 6. Lakonan dan bercerita adalah cara yang paling sesuai dalam memperkenalkan bahasa secara visual. Contoh aktiviti yang boleh menolong kanak-kanak yang lemah dalam Bahasa Inggeris: Membaca dan menunjukkan gambar kepada kanak-kanak Bincang cerita yang dibacakan. Ulang membaca cerita yang sama Menggunakan buku yang besar Membaca dengan kuat di dalam kumpulan yang kecil Meminta kanak-kanak cerita semula cerita yang telah diceritakan guru. Pasangan membaca (kanak-kanak membaca dengan rakan)

5.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, sastera kanak-kanak dapat membantu dalam perkembangan sosial, emosi, intelek dan bahasa kanak-kanak. Pendedahan awal dalam bercerita kepada kanak-kanak adalah langkah terbaik untuk menarik minat kanak-kanak membaca dan menguasai bahasa. 5.1 Refleksi Artikel ini memberi fokus kepada kepentingan sastera kanak-kanak dalam perkembangan sosial, emosi, intelek dan bahasa kanak-kanak. Pada pendapat kami, artikel ini lebih menumpukan supaya guru bercerita dengan kuat di dalam kelas dalam memperkenalkan minat membaca kepada kanak-kanak. Guru juga dapat memperkembangkan kemahiran literasi menggunakan sastera kanak-kanak. Selain itu, artikel ini juga membantu guru mengajar Bahasa Inggeris menggunakan sastera kanak-kanak. Ia sangat baik untuk dijadikan rujukan kepada para guru dalam membantu kanak-kanak dalam awal membaca. Penerangan dan bahasa yang digunakan

sangat mudah difahami dan jelas. Contoh-contoh yang diberi dapat membantu guru memperkayakan lagi kemahiran mengajar kanak-kanak dalam awal membaca. Selain itu jurnal ini juga dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada guru dalam mengetahui perkembangan kanak-kanak yang berkait dengan literasi. Jurnal ini memandang bahasa secara keseluruhan. Ia membantu kanak-kanak yang menguasai bahasa ibunda mereka mudah untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Pendapat dan idea yang diberikan boleh meningkatkan lagi kemahiran guru mengajar Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak dengan lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai