Anda di halaman 1dari 5

KEPENTINGAN PENDIDIKAN

AWAL KANAK-KANAK
Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan
berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang
kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di
persekitaran dan dengan ilmu/kemahiran yang diperolehi ia
akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai
samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun
sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan
datang. Menurut perspektif Islam, pendidikan anak adalah
proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani
mereka dengan berteraskan nilai baik dan terpuji yang
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tujuannya adalah bagi
melahirkan insan rabbani yang beriman, bertakwa dan beramal
soleh.
Kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat
membezakan yang baik dan yang buruk dan perlu dibentuk dan
dididik sejak dari awal. Barat dan Islam mempunyai perspektif
yang sama dalam hal ini, Apa yang membezakan ialah Islam
menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak
bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlak
perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam
ruh dan jiwanya. Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh
seseorang kanak-kanak itu hanya di aras pengetahuan tanpa
adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlak, akibatnya
generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap
perkembangan inteleknya tetapi dari aspek-aspek yang lain ia
pincang dan tiada keseimbangannya.
Jika inilah yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini,
dibimbangi sejarah lama akan berulang. Analisis fakta dari perspektif
sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun
manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari
gagalnya penerapan nilai-nilai akhlak murni kepada generasi pewaris
dan kontangnya penghayatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku
dalam dunia hari ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi
akan datang khasnya bagi ibubapa dan pendidik Muslim. Dalam
menempuh alam cyber dan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan
pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan
selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini
kerana kanak-kanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu
bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka adalah generasi pewaris
yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan sesebuah
negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin
ummah dan mencorak keunggulan Islam sebagai agama sejagat
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa
setiap nilai dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti
tinggi dapat memberikan pulangan yang tinggi samada dari segi
perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan
masyarakat di negara tersebut. Manakala Jepun, negara yang suatu ketika
dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom, dalam jangkamasa yang
tak sampai setengah abad mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia.
Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat mendapati
bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun berpunca dari keprihatinan
dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan
generasi awal. Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi mereka
dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental,
dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya
keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-
kanak sejak dari peringkat awal perkembangan. Justeru itu boleh dikatakan
di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang
kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang
akan datang

Anda mungkin juga menyukai