Anda di halaman 1dari 187

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Ditubuhkan dengan matlamat memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pendidikan serta sahsiah, Qalam Bistari Consultant Sdn.Bhd. merupakan YOUR ONE STOP TRAINING CENTER untuk pelanggan kami mendapatkan pelbagai perkhidmatan daripada gabungan pakar-pakar motivasi, akademik dan konsultan bumiputera. Program dan modul latihan yang dikendalikan menjurus kepada pelbagai aspek serta mengambilkira arus perubahan pendidikan hari ini. Kami berpengalaman dalam mengendalikan kursus serta seminar untuk peringkat sekolah dan organisasi kerajaan, korporat dan profesional. Fokus kami adalah untuk memberikan sokongan dan bimbingan dalam meningkatkan dan melahirkan pelajar yang seimbang dan cemerlang.

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Melahirkan pelajar cemerlang dalam aspek pendidikan dan sahsiah sehingga menjadi bangsa yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah di pentas global. Mewujudkan generasi muda hari ini memiliki jati diri, nilai kepimpinan ,daya juang dan daya saing yang tinggi Memperkasa pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk memiliki MINDA KELAS PERTAMA

Mendedahkan pelajar dengan teknik pembelajaran berkesan dari aspek ingatan,pengurusan masa, penetapan matlamat, mengenal potensi diri dan memahami gaya belajar. Mengenalpasti dan menyediakan keseluruhan aspek kendiri ke arah pembangunan, peningkatan dan kecemerlangan diri. Memberikan kesedaran terhadap tugas dan tanggungjawab individu kepada keluarga,bangsa, agama dan negara. Membina tahap keyakinan diri yang tinggi, daya saing, daya juang, dengan memiliki harga diri (self esteem) yang berkualiti Mencungkil dan menerapkan nilai kepimpinan,kreativiti, inovasi dengan kemahiran analitikal dan kritis dalam membentuk semangat berpasukan yang mantap dan penyayang.

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BUKU LOG DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TARIKH

ISI KANDUNGAN

TANGGUNGJAWAB

RUJUKAN

POWERPOINT

TANGGUNGJAWAB

1. Visi 23.9.12 2. Misi 3. Objektif

1. Yuslina 2. Noor Anati 3. Aluni 4. Noor Hazriah

1. 5 rujukan 2. 4 rujukan 3. 6 rujukan

1. Visi 2. Misi 3. Objektif

1. Yuslina 2. Noor Anati 3. Aluni 4. Noor Hazriah

27.9.12

Buku Log & Carta Gantt

Aluni

3 rujukan

Pendahuluan / Prakata

Yuslina

3.10.12

Akta Pendidikan 1996 dan peraturannya

Noor Hazriah

4 rujukan

Akta Pendidikan 1996 dan peraturannya

Noor Anati & Noor Hazriah

11.10.12

Akta Kanak-kanak (2001)

Noor Hazriah

3 rujukan

Akta Kanak-kanak (2001)

Noor Anati & Noor Hazriah

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BUKU LOG

TARIKH

ISI KANDUNGAN

TANGGUNGJAWAB

RUJUKAN

POWERPOINT

TANGGUNGJAWAB

17.10.12

Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506)

Aluni

4 rujukan

Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506)

Noor Anati & Aluni

25.10.12

Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanakkanak Swasta

Aluni

3 rujukan

Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak Swasta

Noor Anati & Aluni

30.10.12

Memahami Kanak-kanak dan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Aluni

4 rujukan

Memahami Kanakkanak & Pendidikan Awal Kanak-kanak

Noor Anati & Aluni

2.11.12

Tokoh-tokoh Pend. Awal

Noor Anati

3 rujukan

Tokoh Pend.Awal

Noor Anati

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BUKU LOG

TARIKH

ISI KANDUNGAN

TANGGUNGJAWAB

RUJUKAN

POWERPOINT

TANGGUNGJAWAB

7.11.12

Falsafah-falsafah dalam Pendidikan Awal Kanakkanak

Noor Anati

4 rujukan

Falsafah-falsafah dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Noor Anati

22.11.12

Konsep-konsep Pendidikan Awal Kanakkanak Prinsip-prinsip

Noor Anati

4 rujukan

Konsep-konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak

Noor Anati

Yuslina 4 rujukan

Prinsip-prinsip Pendidikan Awal Kanak-kanak Pendidikan Awal

Noor Anati & Yuslina

28.11.12

Pendidikan Awal Kanakkanak Pendidikan Awal

Noor Anati & Yuslina

4.12.12

Kanak-kanak di Luar Negara

Yuslina

3 rujukan

Kanak-kanak di Luar Negara

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BUKU LOG

TARIKH

ISI KANDUNGAN

TANGGUNGJAWAB

RUJUKAN

POWERPOINT

TANGGUNGJAWAB

19.12.12

Pendidikan Awal Kanakkanak di Malaysia

Yuslina

4 rujukan

Pendidikan Awal Kanak-kanak di Luar Negara

Noor Anati & Yuslina

10.1.12

Kesimpulan

Yuslina

3 rujukan

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ABSTRAK

Kanak-kanak adalah sumber modal insan dan jaminan masa depan sesebuah institusi kenegaraan. Mengadakan satu sistem pembelajaran awal kepada kanak-kanak seawal 4 tahun memberikan kekuatan secara mental dan fizikal. Perkembangan kanak-kanak dapat diransang secara menyeluruh dan memberikan ruang impak yang terbaik. Di Malaysia terdapat pelbagai kaedah yang dijalankan bagi memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang sempurna tidak kira di bandar ataupun di luar bandar. Disamping itu juga, kurikulum pendidikan awal kanak-kanak digubal bagi memastikan pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Transformasi kurikulum dan perubahan dalam sistem juga dilakukan mengikut peringkat yang telah disusun oleh pihak kerajaan bagi memastikan kejayaan dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak. Di Malaysia terdapat empat agensi utama yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian Pelajaran sendiri, pihak KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, PERMATA serta pihak swasta bertujuan memastikan kanak-kanak yang ada di negara ini memperolehi pendidikan yang secukupnya selaras dengan perkembangan minda dan usia mereka.

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PRAKATA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak. Sekiranya seorang kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi. Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) telah mengiktifaf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap persaingan yang lebih baik dari 142 buah negara di seluruh dunia dan berdasarkan laporan terbaharunya, Malaysia menduduki tangga ke- 21 berbanding pada tahun 2010 di tangga ke- 26. Menurut laporan, tahap persaingan global pada tahun 2011/2012, kedudukan yang lebih baik itu disebabkan oleh kesungguhan kerajaan melaksanakan pelbagai perubahan untuk mencapai hasrat menjadi negara maju pada tahun 2020 dan melangkah keluar daripada situasi ekonomi berpendapatan sederhana tinggi kepada negara berpendapatan tinggi. Penekanan yang lebih meluas dalam pembangunan sektor pendidikan itu telah menjadikan Malaysia berada di kedudukan ke-14 secara keseluruhannya dan tangga kedua selepas Singapura bagi rantau Asia Tenggara. Kedudukan ini turut menjadikan sistem pendidikan Malaysia adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman. Mengenai kualiti pendidikan peringkat asas (rendah), Malaysia berada di tangga ke -21, iaitu dengan skor 5.0 daripada tujuh skala yang diukur. Kadar enrolmen pendidikan rendah ialah 94.0 peratus, iaitu berada pada tangga ke-61 daripada keseluruhan 142 buah negara yang dikaji. Kadar enrolmen pendidikan rendah di Malaysia adalah lebih tinggi (5.0) daripada skor purata iaitu 3.8. Kedudukan tersebut membuktikan bahawa Malaysia lebih terkedepan berbanding Brunei Darussalam (92.9 peratus), Amerika Syarikat (92.0 peratus), Filipina (91.7 peratus), dan Thailand (90.1 peratus). Pencapaian itu telah mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk menentukan bahawa setiap rakyat menerima pendidikan berkualiti dan tidak disisihkan daripada sistem persekolahan, kerana Malaysia yakin menerusi pembangunan modal insan akan dapat melonjakkan pencapaian sebagai negara maju pada tahun 2020. Usaha gigih kerajaan menerusi Inisiatif Keberhasilan Utama Negara (NKRA) misalnya dalam bidang pendidikan telah berjaya mempertingkatkan pencapaian pelajar kepada akses pendidikan. Sejak mula dilancarkan setahun lalu, pada tahun 2011 enrolmen kanak-kanak berumur lebih 4 tahun ke prasekolah telah 9

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK meningkat sebanyak 732,902 kanak-kanak iaitu ke tahap 77.23 peratus. Sejumlah 3,089 kelas prasekolah telah beroperasi dan jumlah tersebut merupakan dua kali ganda daripada tahun 2010. Inisiatif NKRA di peringkat sekolah rendah telah membuktikan bahawa program LINUS (Literasi dan Numerasi) kepada kanak-kanak darjah 2 menunjukkan peningkatan yang besar, iaitu 97.5 peratus kadar literasi dan 98.6 peratus kadar numerasi. Bagi kanak-kanak yang berada di tahun 1 bagi kohort ke-2, kadar literasi ialah 91 peratus manakala kadar numerasi ialah 95.4 peratus. Pengukuran kadar literasi dan numerasi ini dapat membantu usaha mengesani murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran pada peringkat awal dan pada tahun 2011 misalnya, sejumlah 3,916 murid lemah dalam Tahun 2 dapat ditangani dengan berkesan. Ukuran-ukuran yang dibuat itulah telah berjaya melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang mengalami transformasi pendidikan yang berkesan dan mampu bersaing di peringkat global. Bagi meneruskan usaha menambahbaik kedudukan daya saing di peringkat global, terutamanya dalam pendidikan rendah dan menengah. Malaysia sentiasa membuka ruang kepada semua pihak untuk membantu memperkenalkan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan. Ini adalah sesuatu yang amat penting kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan amat bergantung kepada perubahan persekitaran. Dalam usaha memenuhi aspirasi semua rakyat, Kementerian Pelajaran Malaysia akan memulakan siri dialog pendidikan di seluruh negara bermula bulan April ini di mana akan menghimpunkan pelbagai pihak, dari professional, warga pendidik, pemimpin masyarakat dan ibu bapa berganding bahu menyumbangkan idea bagi membentuk sebuah blueprint pendidikan yang bakal mencorakkan arah tuju sistem pendidikan pada masa hadapan dan tentunya dimulakan dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

10

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK BAB 1

AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN PERATURANNYA

Pendahuluan

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitandengannya. BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa. DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat, DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik, DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia, DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip

11

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Rukunegara:

DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen.

Isi Akta

12

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Perkembangan pendidikan di Malaysia bemula dengan pesat selepas kewujudan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 sehinggalah terbentuknya Akta Pendidikan 1996 yang menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Cabarannya bermula apabila kerajaan melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang memfokus kepada aspek 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Al Ramaiah (2009) mendapati peranan kepimpinan sekolah lebih ketara sebagai pemimpin pengajaran. Pencapaian dalam menghasilkan sekolah cemerlang memang terletak kepada misi dan visi yang dipelopori oleh Guru Besar di sekolah. Ia seharusnya dibantu oleh Guru Penolong Kanan yang dinamakan sebagai Guru Penolong Kanan 1 ( Pentadbiran ) dan Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid). Tugasan ini jelas dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 2007, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia mengenai perubahan Skim Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

Akta Pendidikan (Akta 550) 1996 diwujudkan bertujuan untuk menjamin dan mengawal selia keseragaman kualiti dalam sistem pendidikan di Malaysia. Mengikut sejarah pentadbiran pendidikan di Malaysia, pada zaman selepas merdeka sehingga tahun 1995, pentadbiran pendidikan di Malaysia bersifat sentralisasi atau berpusat. Ini bermaksud semua bahagian dan unit adalah sebagai pelaksana kepada semua yang dirancang dan ditentukan oleh pihak atasan. Pusat akan bertanggungjawab terhadap segala urusan pentadbiran dan akan membetulkan kesilapan sekiranya berlaku penyelewangan. Ia selari dengan konsep birokrasi. Pada tahun 1995, penyusunan semula di kementerian dilaksanakan dengan kewujudan jabatan-jabatan tertentu dan ditadbir urus sendiri oleh pengarah dan timbalan pengarah masing-masing. Pada tahun 2004, penyusunan struktur sekali lagi dibuat dengan memisahkan urusan pentadbiran sekolah dengan pengurusan pengajian tinggi dan hasilnya wujudlah Kementerian Pengajian Tinggi. Bagi mencapai tahap ini, sekolah perlu sentiasa menjadi cemerlang dari pelbagai aspek. Sekolah yang cemerlang dan berada di tahap terbaik dalam semua bidang memainkan peranan penting dalam membentuk diri murid seimbang dari segi akademik dan sahsiah yang akan membekalkan tenaga mahir kepada Negara. Junaidah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005) menyatakan sekolah sebagai satu sistem terbuka yang terdedah kepada faktor luaran serta pelbagai pengaruh. Jadi, seseorang pemimpin sekolah perlu peka dan bertindakbalas terhadap desakan dan pengaruh pelbagai dalam masyarakat. Maka, kepimpinan di sekolah perlu merangka satu strategi yang berkesan dan padu agar kecemerlangan sekolah sentiasa wujud dan sentiasa dititikberatkan oleh setiap warga sekolah. Abdul Ghani Abdullah (2009) 13

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK menyatakan pemimpin sekolah perlu digesa mencari kaedah berkesan bagi mengurus dan menggerakkan budaya cemerlang di sekolah. Ia seperti mendefinasikan semula struktur, reka bentuk kerja, mengubah perhubungan, transformasi budaya, mencipta peranan baru bagi guru dan bertindak sebagai fasilitator yang berkemahiran dalam mengurus perubahan.

Perkembangan pendidikan di Malaysia bemula dengan pesat selepas kewujudan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 sehinggalah terbentuknya Akta Pendidikan 1996 yang menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Cabarannya bermula apabila kerajaan melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang memfokus kepada aspek 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Al Ramaiah (2009) mendapati peranan kepimpinan sekolah lebih ketara sebagai pemimpin pengajaran. Pencapaian dalam menghasilkan sekolah cemerlang memang terletak kepada misi dan visi yang dipelopori oleh Guru Besar di sekolah. Ia seharusnya dibantu oleh Guru Penolong Kanan yang dinamakan sebagai Guru Penolong Kanan 1 ( Pentadbiran ) dan Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid). Tugasan ini jelas dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 2007, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia mengenai perubahan Skim Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

Akta Pendidikan (Akta 550) 1996 diwujudkan bertujuan untuk menjamin dan mengawal selia keseragaman kualiti dalam sistem pendidikan di Malaysia. Mengikut sejarah pentadbiran pendidikan di Malaysia, pada zaman selepas merdeka sehingga tahun 1995, pentadbiran pendidikan di Malaysia bersifat sentralisasi atau berpusat. Ini bermaksud semua bahagian dan unit adalah sebagai pelaksana kepada semua yang dirancang dan ditentukan oleh pihak atasan. Pusat akan bertanggungjawab terhadap segala urusan pentadbiran dan akan membetulkan kesilapan sekiranya berlaku penyelewangan. Ia selari dengan konsep birokrasi. Pada tahun 1995, penyusunan semula di kementerian dilaksanakan dengan kewujudan jabatan-jabatan tertentu dan ditadbir urus sendiri oleh pengarah dan timbalan pengarah masing-masing. Pada tahun 2004, penyusunan struktur sekali lagi dibuat dengan memisahkan urusan pentadbiran sekolah dengan pengurusan pengajian tinggi dan hasilnya wujudlah Kementerian Pengajian Tinggi.

Penstrukturan yang berasaskan kepada prinsip disentralisasi yang membawa penurunan kuasa kepada pusat-pusat tanggungjawab bertujuan melicinkan pentadbiran dan bahagian, unit dan sekolah-sekolah boleh membuat keputusan. Ia juga akan menambah kecekapan terhadap 14

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK tindakbalas dengan cepat, relevan dan tepat. Dengan perubahan kepada struktur pentadbiran ini, maka pentadbiran sumber sekolah adalah ditadbir diperingkat sekolah sendiri. Oleh sebab itu, Guru Besar, Penolong Kanan dan semua guru perlu mempunyai misi dan visi yang jelas tentang matlamat dan hala tuju sekolah masing-masing. Junaidah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005) menyatakan kepimpinan sekolah yang berkesan adalah kepimpinan yang berjaya mengimbangi peranan bukan sahaja di sekolah tetapi perancangan strategik di peringkat daerah, negeri dan Negara disamping mengutamakan kesinambungan dan saling berkaitan antara sekolah dengan elemen persekitaran.

Bagaimana Akta Ini Diaplikasikan

* Sistem Pendidikan Kebangsaan Sistem Pendidikan Kebangsaan hendaklah terdiri daripada : (a) pendidikan prasekolah; (b) pendidikan rendah; (c) pendidikan menengah; (d) pendidikan lepas menengah; dan (e) pendidikan tinggi, tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat. * Kategori institusi pendidikan. Maka hendaklah ada tiga kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan

Kebangsaan, iaitu: (a) institusi pendidikan kerajaan; (b) institusi pendidikan bantuan kerajaan; dan (c) institusi pendidikan swasta.

* Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. (a) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini (b) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. 15

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK * Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah. (a) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

(b) Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan.

(c) Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual diajarkan di sekolah

(d) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menambah, meminda atau mengubah Jadual.

* Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan. (a) Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan murid-muridnyabagi peperiksaan yang

ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melainkan jika dikecualikan selainnya oleh atau di bawah Akta ini. * Kurikulum prasekolah. (a) Program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri.

* Bahasa pengantar di tadika (a) Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa-bahasa selaindaripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib. * Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah. (a) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini.

16

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK * Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak. (a) Peruntukan Bab ini tidaklah terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan taman sedemikian. *Menteri hendaklah mengadakan pendidikan rendah. (a) Hendaklah menjadi kewajipan Menteri mengadakan pendidikan rendah di sekolah rendah kerajaan dan di sekolah rendah bantuan kerajaan.

* Penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. (a) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolah-sekolah itu. * Tempoh pendidikan rendah. (a) Sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah mengadakan kursus pendidikan rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun.

* Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah. (a) Hendaklah menjadi kewajipan Menteri untuk mengadakan pendidikan menengah di sekolah menengah kebangsaan yang berikut: (b) sekolah menengah akademik; (c) sekolah menengah teknik; dan (d) sekolah menengah daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan oleh Menteri dan semasa ke semasa. (e) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh mengadakan pendidikan menengah atas di mana-mana sekolah menengah kebangsaan. * Penubuhan dan penyenggaraan sekolah menengah. (a) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan mana-mana sekohah yang diperihalkan dalam seksyen 30. Institusi pendidikan, tidak ada lembaga pengelola yang ditubuhkan di bawah Akta ini maka Menteri boleh melantik seseorang atau orang yang difikirkannya layak untuk menjalankan fungsi-fungsi pengelola bagi institusi itu selama apa-apa tempoh yang diarahkan olehnya. 17

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Artikel Berkaitan

Akhir-akhir ini, banyak isu tentang pendidikan negara dibangkitkan terutama yang berkaitan dengan program Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI). Terdapat pelbagai pandangan dikemukakan termasuk daripada kalangan yang

menentang pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, PROF. DATUK DR. SIDEK BABA mengemukakan pandangannya tentang langkah memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris. Pandangan beliau memang wajar diberi perhatian berikutan latar belakangnya yang telah begitu lama terlibat dalam bidang pendidikan dan sudah mengkaji dasar pendidikan negara secara mendalam. Beliau berpandangan bahawa PPSMI memang menjadi satu isu yang kontroversi. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut memimpin Kementerian Pelajaran, telah memutuskan harus diperkenalkan balik penggunaan bahasa Melayu bagi mengajar subjek Matematik dan Sains. Keputusan itu dicapai setelah tinjauan kembali secara serius dibuat berhubung keberkesanan pelaksanaan PPSMI dari segi pro dan kontra. Ia diputuskan selepas diadakan perbincangan yang melibatkan banyak pihak. Keputusan itu mengembalikan semula wibawa perundangan seperti yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 mengenai penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara. Bagi beliau langkah beralih kepada MBMMBI adalah sesuatu yang bijaksana dan berpandangan jauh. Pertamanya, Bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan adalah bahasa rasmi dan terungkap dalam Akta Pendidikan 1996 sebagai bahasa pengantar tidak sahaja di sekolah rendah dan menengah, tetapi juga di institusi pengajian tinggi (IPT). Penekanan untuk memperkasakan Bahasa Inggeris pula adalah satu langkah wajar. Kita kini menghadapi cabaran globalisasi. Dari satu sudut ilmu pengetahuan banyak yang berkembang dalam Bahasa Inggeris, jadi munasabah untuk memperkasakan pengajaran bahasa ini di segenap peringkat untuk membolehkan anak-anak kita menerima ilmu-ilmu terkini dalam bahasa Inggeris. Menurut beliau, kalau kita lihat sejak 30 tahun lalu, perkembangan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kita amat memberangsangkan. Statistik menunjukkan dengan menggunakan bahasa ibunda, pencapaian anak-anak Melayu dalam subjek Sains dan Matematik amat baik

18

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

sekali. Pada 2001, statistik menunjukkan pencapaian subjek Fizik anak-anak kita ini melampaui peratusan yang dicapai oleh anak-anak bukan Melayu. Ini menunjukkan bahawa dengan menggunakan bahasa ibunda, ia tidak menjadi halangan untuk anak-anak kita menguasai Sains dan Matematik. Usaha untuk memperkasakan bahasa Inggeris pula dibuat kerana ia bahasa antarabangsa. Sebahagian besar anak-anak kita yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kesarjanaan dan kedoktoran contohnya, banyak belajar di universiti-universiti di Barat yang menggunakan bahasa itu. Oleh itu, kurikulum Bahasa Inggeris yang diajar harus disusun semula supaya ia sesuai dengan etos Malaysia. Guru-guru terlatih dan berkualiti juga harus dibekalkan tidak saja di bandar tetapi juga di luar bandar. Bahasa Inggeris yang bersifat komunikatif harus diajarkan secara berkesan. Pengajaran Bahasa Inggeris perlu dibuat dengan komprehensif seperti menambah masa belajar untuk subjek itu, dibantu oleh makmal bahasa, penyusunan kembali kurikulum dan buku teks yang menggunakan etos Malaysia supaya belajar Bahasa Inggeris bukan untuk menjadi Englishman tetapi belajar bahasa Inggeris sebagai media bahasa untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang sifatnya pantas berkembang. Beliau berpandangan mungkin terdapat penentang MBMMBI ini terdiri daripada kelompok Melayu dalam organisasi tertentu. Mereka mungkin mengaitkan bahawa untuk maju Bahasa Inggeris adalah penting. Atau mungkin sikap elitis yang ada menyebabkan pendewaan kepada bahasa itu. Sesetengah menghubungkan korelasi atau hubung kait pemodenan adalah menerusi Bahasa Inggeris. Tanggapan ini adalah tidak betul. Perancis dan Jerman maju menggunakan bahasa ibunda mereka. Mereka juga tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris. Filipina sejak merdeka menggunakan Bahasa Inggeris. Apakah Filipina boleh dijadikan contoh negara maju. Hakikatnya sistem kita tidak menolak usaha memperkasa Bahasa Inggeris. Malaysia tidak saja memberi fokus kepada pembangunan lokal tetapi sedang menjangkau kepada pemain global. Keperluan mempelajari bahasa negara maju adalah sesuatu yang sifatnya menyumbang. Beliau berkata orang Melayu harus ada perasaan sayangkan kepada bahasanya. Kalau orang Melayu tidak sayangkan kepada bahasanya orang lain lebih-lebih lagi. Ada juga yang memberi alasan bahawa mengutamakan bahasa Melayu peluang mendapat pekerjaan adalah susah. Kalau kita sama-sama jayakan MBMMBI dengan baik, tidak timbul isu ini kerana para pelajar dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik dan secara komunikatifnya boleh
19

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

berbahasa Inggeris. Ini boleh menjadikan yang dikendung dapat dan yang dikejar tidak berciciran. Adalah sesuatu yang menjanggalkan dalam sistem pendidikan negara apabila kita memiliki dua arah dalam dasar berbahasa. Sebab itu, bahasa Melayu mesti menjadi bahasa yang patut dimartabatkan. Ia sama seperti Korea Selatan, Jepun dan China yang tetap menggunakan bahasa ibunda masing-masing walaupun ketika dalam proses mengejar kemajuan. Dalam masa sama, negara terbabit tidak menolak keperluan generasi mudanya untuk belajar bahasa-bahasa lain yang terkandung kekuatan ilmu di dalamnya. Oleh itu, langkah Malaysia memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa pengucapan dan bahasa antarabangsa adalah satu langkah yang cukup wajar. Langkah kementerian untuk memperkasakan kembali bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa penyelidikan, bahasa pengkaryaan dan bahasa antarabangsa adalah satu keputusan yang berpandangan jauh. Logiknya, apabila MBMMBI dilaksanakan maka dengan sendirinya langkah

memartabatkan dan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah akan menuju ke pengajian tinggi. Ia satu petanda baik bagi IPT di Malaysia kerana ia selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan semangat yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 yang memberikan isyarat bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Artikel Penuh:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Renc ana&pg=re_01.htm#ixzz2B6CHOJiT Utusan Melayu (M) Bhd

20

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Kesimpulan

Akta Pendidikan 1996 telah menampakkan secara jelas, hala tuju dan wawasan pendidikan kita, tidak seperti Akta pelajaran 1961 yang jelas hanyalah untuk menyatupadukan kaum di Malaysia. Hal ini penting pada waktu itu sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan tugas utama untuk menjaga perpaduan kaum. Akta Pelajaran 1961 adalah sesuai pada waktu itu dan ia perlu diolah semula mengikut kehendak dan aspirasi pendidikan masa kini. Lantaran itulah lahirnya Akta Pendidikan 1996 yang lebih canggih dan dapat mencapai cita-cita negara sekarang, yang mahu menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan negara yang dilihat bukan sahaja pembangunan dari segi material tetapi juga emosi dan jasmani serta intelektualisme individu. Dengan adanya akta baru ini, maka hasrat dan cita cita negara untuk menjadi sebuah negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, dapat melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif , turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai aspirasi negara seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020.

21

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 2 AKTA KANAK-KANAK 2001

Pendahuluan
Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian,

penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan. Justeru, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka. Kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat penting kerana kepada merekalah segala harapan dan cita-cita negara disandarkan selaku pemimpin di masa hadapan. Kanakkanak juga adalah golongan yang perlu diberi perlindungan kerana di dalam keadaan-keadaan tertentu, mereka mungkin terdedah kepada pelbagai bahaya sama ada mereka menjadi mangsa atau terlibat dengan perlakuan jenayah. Menyedari hakikat ini, maka pertimbangan utama di dalam segala tindakan yang menyentuh hal ehwal kanak-kanak adalah kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak berkenaan. Ini boleh dilihat di dalam pelbagai undang-undang yang terdapat di negara ini. Walau bagaimanapun, permasalahan mengenai kanak-kanak masih terus berlaku di merata tempat sama ada di dalam atau luar negara. Dalam hal ini kita sering mendengar atau membaca bahawa terdapat kanak-kanak yang diabaikan, ditinggalkan di perhentian bas, di bawah pokok, ada yang ditinggalkan di dalam kereta tanpa penjagaan sewajarnya. Kita juga mendengar bahawa perlakuan jenayah oleh kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Jika dulunya perlakuan jenayah oleh kanak-kanak hanyalah jenayah yang kecil atau petty offences tetapi pada masa sekarang terdapat kanak-kanak yang berani melakukan rompakan bersenjata, merogol bahkan ada yang berani membunuh. Persoalannya sekarang ialah siapakah yang harus dipersalahkan jika perkara ini berlaku kepada kanak-kanak di negara ini?

22

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Apa yang pasti ialah kanak-kanak ini tidak harus dipersalahkan seratus peratus kerana apa yang berlaku mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor yang diluar kawalan mereka. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang diketahui umum pihak yang terlibat secara langsung dengan pembesaran dan pembangunan diri kanak-kanak adalah ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa atau penjaga telah diberi tugas dan tanggungjawab utama untuk membentuk keperibadian anak-anak kerana mereka mempunyai impak yang besar terhadap perkembangan anak-anak di dalam jagaan mereka. Ibu bapa atau penjaga adalah mereka yang saban hari bercampur gaul dan sentiasa berada di sisi anak-anak. Oleh itu, pasti banyak perkara yang dipelajari oleh anak-anak itu daripada orang yang menjaganya. Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud: Setiap anak itu dilahirkan itu dalam keadaan suci (menganut agama yang benar iaitu Islam), kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi ibu bapanyalah yang kemudiannya menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Apa yang jelas daripada hadis di atas ialah ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu merupakan orang yang sangat penting dalam mencorakkan masa hadapan anak-anak di dalam jagaan mereka termasuklah menentukan keadaan persekitaran di mana kanak-kanak itu akan dibesarkan. Sehubungan dengan itu, di dalam artikel ini, penulis akan cuba mengupas isu yang mencakupi tugas dan peranan ibu bapa atau penjaga ke atas anak yang berada di bawah jagaan mereka. Dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik seperti Diana Baumrind, SM Dornbusch dan Stanley Coopersmith didapati cara bagaimana seseorang kanak-kanak itu dibesarkan akan mempengaruhi personaliti dan pembangunan sahsiahnya. Kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa atau penjaga mereka lebih berkecenderungan untuk terlibat dalam pelbagai masalah sosial. Menyedari hakikat bahawa keluarga merupakan satu institusi penting di dalam pembentukan masyarakat yang dinamik, maka kerajaan harus campur tangan dari awal apabila telah dikenal pasti bahawa terdapat kaitan di antara masalah sosial dan hubungan kekeluargaan. Campur tangan ini adalah penting untuk mengelak keruntuhan sesuatu masyarakat secara keseluruhan. Di dalam hal ini kerajaan boleh memainkan peranannya dengan menggubal undang-undang yang mengenekan kewajipan tertentu teratas ibu bapa atau penjaga bagi menjaga kebajikan, kepentingan atau kesejahteraan kanak-kanak yang berada di bawah jagaan mereka.

23

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Isi Akta Takrif Kanak-kanak Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001 Perlindungan Merujuk kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanakkanak. Pengabaian Merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka. Penderaan kanak-kanak Adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping seksual dan pengabaian. Penderaan fizikal Menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu. menyebabkan risiko dalam

kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi,

24

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Penderaan emosi Menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat. Penderaan seksual Menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apaapa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. Keganasan Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan sebarang bentuk kecederaan dari segi fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak. Eksploitasi Merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak. Pernyataan Dasar Dasar Perlindungan Kanak-Kanak ini merupakan satu dasar yang mengandungi pernyataan mengenai prinsip perlindungan kanak-kanak selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001. Dasar ini memberi tumpuan kepada aspek advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan bagi melindungi kanak-kanak.

25

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Pernyataan matlamat Secara khususnya, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak bertujuan untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Dasar ini juga menjadi pemangkin kepada kesedaran dan komitmen semua pihak, termasuk setiap anggota masyarakat dalam melindungi kanak-kanak.

Objektif Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara menetapkan 7 objektif utama seperti berikut: (a) meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak terhadap usaha melindungi kanakkanak sebagai tanggungjawab bersama; (b) mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak; (c) menggalakkan organisasi yang berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan kanak-kanak mewujudkan dasar perlindungan kanak-kanak organisasi masing-masing; (d) melindungi setiap kanak-kanak daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi; (e) menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja boleh berurusan secara langsung dengan kanak-kanak; (f) meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak; dan (g) meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik perlindungan terhadap kanak-kanak.

26

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Bagaimana Akta Ini Diaplikasikan Bagi mencapai objektif-objektif di atas, 11 strategi dirangka berasaskan 4 aspek utama iaitu advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan. Strategistrategi tersebut adalah seperti berikut: i) Advokasi 1. Menerap dan memupuk kesedaran tentang pentingnya tanggungjawab melindungi kanakkanak kepada semua lapisan masyarakat termasuk mewujudkan perkongsian pintar ( smart partnership) dengan pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk sektor swasta dan organisasi masyarakat. 2. Memastikan kanak-kanak dan anggota masyarakat termasuk pengamal undang-undang, penuntut jurusan undang-undang, pendidik, pekerja sosial, doktor, anggota penguat kuasa (seperti pegawai polis dan imigresen), pemandu pengangkutan awam (seperti bas dan teksi) dan pengawal keselamatan diberi kefahaman mengenai hak kanak-kanak di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dengan fokus kepada aspek perlindungan.

3. Memastikan mereka yang berurusan secara langsung dengan kanak-kanak berupaya mengenal pasti dan seterusnya melaporkan kes-kes pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. 4. Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak. 5. Menggalakkan setiap organisasi mewujudkan dasar dan peraturan mengenai perlindungan kanak-kanak. ii) Pencegahan 6. Mewujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme perlindungan kanakkanak di peringkat nasional dan antarabangsa. 7. Menyediakan pengetahuan asas kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka melindungi diri daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi serta mengenal pasti keadaan yang berisiko kepada mereka.

27

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 8. Mewujudkan sistem saringan, pengiktirafan dan latihan bagi mereka yang bekerja secara langsung dengan kanak-kanak. iii) Khidmat Sokongan 9. Memperluas dan meningkatkan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa, keluarga, pesalah dewasa, pesalah kanak-kanak dan komuniti setempat. 10. Meningkat dan memperluaskan perkhidmatan perlindungan dan kesihatan kepada mangsa dan keluarga. iv) Penyelidikan dan Pembangunan 11. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai perlindungan kanak-kanak serta menyebar luas hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan. v) Penambahbaikkan akta 12. Walaupun Akta 611 tidak memperuntukkan bagi hak-hak penjagaan atau pemeliharaan secara nyata, ia boleh disirat dari beberapa seksyen dalam Bahagian V. Seksyen 18 memperuntukkan bagi pengambilan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan ke dalam jagaan sementara oleh mana-mana Pelindung atau pegawai polis. 13. Seksyen 19 memperuntukkan bahawa setiap kanak-kanak yang diambil ke dalam jagaan sementara hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa 24 jam. Subseksyen (2) memperuntukkan bahawa jika tidak mungkin seorang kanak-kanak dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa yang dinyatakan, maka kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret yang boleh mengarahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan di satu tempat selamat atau dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai sehingga masa kanak-kanak itu dapat dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. 14. Jika seseorang kanak-kanak itu diletakkan di satu tempat selamat atau dalam pemeliharaan seorang yang layak dan sesuai, pihak tersebut hendaklah mempunyai kawalan ke atas, dan bertanggungjawab bagi penyenggaraan kanak-kanak itu sama seperti ibu atau bapa kanakkanak itu (seksyen 19(3)(a) ).

28

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 15. Selanjutnya, subseksyen (3) memperuntukkan bahawa kanak-kanak itu hendaklah terus berada dalam pemeliharaan orang yang disebut dalam perenggan (a) walaupun kanak-kanak itu dituntut oleh ibu atau bapa atau penjaganya atau mana-mana orang lain. Soalan yang timbul selepas mengkaji seksyen 19(3) ialah sama ada seksyen 19(3)(a) dan (b) menyebabkan kehilangan hak-hak penjagaan dan pemeliharaan seorang ibubapa atau penjaga ke atas seorang kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan penjagaan? 16. Menurut seksyen 30 (1) apabila seorang kanak-kanak dibawa ke hadapan Mahkamah bagi Kanak-Kanak di bawah seksyen 19 atau 25, mahkamah boleh: a) memerintahkan supaya ibu atau bapa atau penjaganya menyempurnakan bon untuk menjalankan pemeliharaan dan penjagaan yang sepatutnya selama satu tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu; b) membuat satu perintah meletakkan kanak-kanak itu dalam jagaan seorang yang layak dan sesuai selama satu tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu; c) tanpa membuat apa-apa perintah lain atau sebagai tambahan kepada perintah yang dibuat di bawah perenggan (a) atau (b), membuat satu perintah meletakkan kanak-kanak itu di bawah pengawasan seorang Pelindung atau seorang lain yang dilantik bagi maksud itu oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak selama satu tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah tersebut; d) membuat satu perintah meletakkan kanak-kanak itu di satu tempat selamat selama tempoh tiga tahun dari tarikh perintah itu atau sehingga dia mencapai umur 18 tahun, mengikut manamana yang lebih pendek; atau e) dalam hal seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga atau yang telah terbuang, membuat satu perintah meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalan seorang ibu atau bapa peliharaan yang didapati sesuai oleh Ketua Pengarah selama tempoh 2 tahun atau sehingga kanak-kanak itu mencapai umur 18 tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek, dan sementara menantikan itu, meletakkan kanak-kanak itu di suatu tempat selamat.

29

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Artikel Berkaitan 1

KUALA LUMPUR: Pihak media massa diminta mematuhi peruntukan Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 601) bagi melindungi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak selaras dengan obligasi negara di bawah Konvensyen Hak Kanak-kanak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata Seksyen 15 itu memperuntukkan sekatan ke atas laporan dan penyiaran gambar kanak-kanak sebagai mangsa dalam kes jenayah disiarkan dalam akhbar atau majalah atau disampaikan melalui perantara elektronik. Beliau berkata, pelanggaran terhadap undang-undang itu adalah suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan oleh mahkamah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA Artikel Berkaitan 2 SEDIKIT masa lalu, negara digemparkan oleh beberapa kejadian kehilangan kanakkanak. Kes-kes yang melibatkan kanak-kanak seperti Nurin Jazlin, Sharlinie dan Asmawi telah mendapat liputan luas di dada-dada akhbar dan media elektronik. Bahkan ia turut disertai oleh pelbagai kempen dan tindakan masyarakat untuk mencari dan berusaha menyelamatkan mereka. Meskipun isu tersebut lama-kelamaan semakin pudar daripada perhatian masyarakat, dan seolah-olah telah dilupakan. Namun beberapa persoalan asas terhadap hak perlindungan dan keselamatan diri kanak-kanak masih menunggu penjelasan dan tindakan semua pihak. Sehubungan itu, usaha Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (PPLI) dalam menganjurkan bengkel mengenai Hak Perlindungan dan Keselamatan Diri Kanak-Kanak baru-baru ini adalah sebahagian daripada usaha mendidik masyarakat berkaitan persoalan keselamatan kanak-kanak. Antara perkara yang dibangkitkan adalah Sejauh manakah kanak-kanak di negara ini dilindungi oleh undang-undang? Undang-undang mengenai perlindungan terhadap kanak-kanak di Malaysia telah digubal seawal tahun 1947 melalui Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak pada 1991.

30

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Bagaimanapun, menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk mengubah hala tuju perlindungan terhadap kanak-kanak dan mengakui bahawa perlunya pembaharuan dalam undang-undang sejajar dengan perkembangan semasa, maka satu akta yang khusus dan menyeluruh mengenai kanak-kanak telah digubal dan diluluskan. Akta Kanak-Kanak 2001 (disebut Akta 611) dan telah berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2002. Tujuan utama Akta 611 adalah untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkaraperkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611 adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan mahkamah bagi kanak-kanak, cara perbicaraan dan hukuman. Persoalan kedua yang sering dibangkitkan adalah, apakah Akta Kanak-Kanak 2001 ini akan berkesan, tanpa tindakan dan penguatkuasaan daripada pihak berwajib? Apabila berlaku sesuatu kejadian yang melibatkan kanak-kanak, seringkali juga akan diikuti dengan adegan saling menuding jari di antara pelbagai pihak yang terlibat. Ibu bapa akan menuding jari kepada pihak polis dan agensi kerajaan, lantaran kurangnya unsur pengawasan keselamatan di luar. Pihak polis pula akan menyebut mengenai longgarnya ikatan kemasyarakatan yang membenarkan para penjenayah dan penjahat berleluasa mengancam kanak-kanak. Begitu juga pelbagai pandangan daripada pihak PIBG, guru, NGO dan ibu bapa sendiri, yang kadangkala tidak menemui penyelesaian yang utuh kepada soal keselamatan kanakkanak ini. Soal keselamatan kanak-kanak di sekolah dan pusat jagaan juga tidak kurang menjadi persoalan dan dibahaskan. Terdapat kecenderungan sesetengah ibu bapa untuk meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah dan guru. Oleh itu, jalan tengah untuk memahami isu keselamatan kanak-kanak di sekolah perlu diambil segera. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan sebagai jambatan yang menyediakan kesinambungan usaha menjaga keselamatan kanak-kanak, daripada rumah hinggalah ke sekolah dan sebaliknya. Justeru, penglibatan ibu bapa dalam kegiatan PIBG dan acara-acara sekolah yang memungkinkan pergaulan lebih baik sesama anggota PIBG perlu diberi perhatian. Soal keselamatan kanak-kanak tidak seharusnya hanya menjadi perhatian ibu
31

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

bapa, guru dan pihak sekolah sahaja, kerana kehidupan kanak-kanak di luar rumah dan sekolah memerlukan tanggungjawab bersama semua lapisan masyarakat. - Bernama Artikel Berkaitan 3 Pada Khamis dua minggu lepas Syafiah Humairah Sahari, 3, maut dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di padang bola. Genap seminggu kemudian, kita dikejutkan pula dengan satu lagi kes penderaan yang meragut nyawa seorang kanak-kanak yang lebih muda, berusia setahun enam bulan. Kanak-kanak malang itu, K. Hareswarral mengalami kecederaan serius enam tulang rusuknya patah, hatinya pula hancur, kepalanya terdapat kesan cedera parah akibat dipukul manakala kemaluannya pula dicekak dengan kuat berdasarkan penemuan kesan-kesan kuku. Kedua-dua kes malang ini membayangkan betapa manusia berupaya bertindak sebegitu kejam terhadap kanak-kanak kecil yang fitrahnya terlalu lemah berbanding orang dewasa. Ketika rencana ini ditulis, tertuduh bagi kedua-dua kes sedang ditahan reman bagi tujuan penyiasatan di bawah seksyen 302, Kanun Keseksaan iaitu tuduhan bunuh yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahannya. Lazimnya, tujuan hukuman keras sebegini adalah untuk menjadi iktibar dan pengajaran kepada orang lain agar tidak mengulangi perbuatan kejam ini di masa yang mendatang. Namun dalam kes-kes ini, nasi sudah pun menjadi bubur, yang pergi tetap telah pergi. Apa yang lebih penting sekarang adalah apa yang mampu dan boleh kita lakukan untuk mengelak kejadian yang serupa berulang lagi. Bagi menghapuskan secara total mungkin agak mustahil kerana ada ketika manusia akan hilang kewarasan dan bertindak di luar kawalan rasional dan emosi dan undang-undang seberat manapun tidak akan berupaya mengekang individu sebegini. Tetapi apa yang mungkin kita dapat lakukan adalah untuk mencari jalan-jalan terbaik untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku lagi. Selain pendidikan dan kesedaran tanggungjawab sosial yang mesti ada di kalangan masyarakat, undang-undang juga merupakan suatu mekanisma yang mungkin berkesan seandainya terdapat kesedaran yang jitu mengenainya serta pelaksanaan yang tegas oleh pihak-pihak yang berkuasa. Kes-kes kematian akibat penderaan bukan merupakan fenomena yang baru di Malaysia. Kes-kes penderaan yang tidak

32

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

membawa maut mula dikesan seawal tahun 60-an lagi disusuli dengan penemuan-penemuan golongan perubatan mengenai kecederaan-kecederaan yang dialami kanak-kanak yang dikatakan bukan disebabkan oleh kemalangan (non-accidental injuries). Kes-kes sebegini telah diterbitkan di dalam jurnal-jurnal perubatan dan perkembangan ini dikenalpasti rentetan daripada the battered baby syndrome yang mula diperkatakan oleh Profesor Kempe di awal 60-an di Amerika. Di Malaysia, penderaan kanak-kanak mula diterima sebagai suatu permasalahan sosial di dalam tahun 1990, selepas penderaan kejam yang berlaku dan menyebabkan kematian S.Balasundram, kanak-kanak kecil yang ditinggalkan di sebuah tandas air di Hospital Kuala Lumpur dengan kesan-kesan penderaan fizikal dan seksual yang dahsyat. Kematian Balasundram mencetuskan reaksi yang luarbiasa di kalangan masyarakat kerana tidak terjangkau di fikiran kita terdapat manusia sekejam pendera Balasundram, yang sanggup mendera seorang kanak-kanak yang tidak berdosa sedemikian rupa. Balasundram meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang teruk akibat didera secara fizikal dan bedah siasat mendapati kesan-kesan luka baru dan lama juga kesan diliwat. Peristiwa malang ini bagaimanapun menjadi pemangkin kepada penggubalan Akta Pelindungan Kanak-Kanak 1991, akta khusus bagi menangani permasalahan kanak-kanak yang memerlukan pelindungan. Kesimpulan
Apa yang jelas daripada peruntukan-peruntukan yang telah dibincangkan di atas adalah bahawa tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tidak akan terlepas jika kanak-kanak di bawah jagaan mereka terlibat dengan sebarang perlakuan jenayah. Kini ibu bapa atau penjaga diajak bersama-sama untuk membantu menangani masalah sosial yang dialami oleh kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Adalah tidak adil kepada semua pihak jika ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu bersikap "lepas tangan" selepas anak mereka didapati melakukan sesuatu kesalahan. Pada masa yang sama, ibu bapa atau penjaga juga harus menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dengan sebaik mungkin dan mengelak daripada sebarang perbuatan penderaan, pengabaian dan kecuaian yang boleh mengakibatkan penderitaan sama ada dari segi fizikal atau emosi kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Pengenaan tugas dan tanggungjawab melalui undang-undang ke atas ibu bapa atau penjaga kanak-kanak merupakan satu kaedah untuk memastikan kanak-kanak yang telah terlibat dengan jenayah atau yang menjadi mangsa deraan tidak terus hanyut dan menderita. Walau

33

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK bagaimanapun, menuding jari semata-mata tidak akan membantu, sebaliknya semua pihak harus bekerjasama bagi mengatasi segala masalah yang berkaitan dengan kanak-kanak. Tujuan dan matlamatnya adalah jelas iaitu supaya kanak-kanak di negara ini dapat hidup di dalam keadaan yang sempurna dan sejahtera.

34

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 3 AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 ( AKTA 308 )

Pendahuluan
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

[Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur1 Mac 1985, MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANGUNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya.

Isi Akta

35

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK * Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian Akta ini bolehlah dinamakan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya bahagian atau peruntukan yang berlainan dan bagi bahagian yang berlainan dalam Malaysia.

* Tafsiran Taman asuhan kanak-kanak ertinya mana-mana premis yang empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah dan taman asuhan kanak-kanak berdaftar ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7. * Pengecualian Akta ini tidak terpakai kepada: (a) mana-mana hospital kerajaan atau hospital persendirian yang dilesen di bawah *Akta Hospital Persendirian 1971 (b) mana-mana institusi yang dikecualikan daripada peruntukan Akta ini oleh Ketua Pengarah; (c) mana-mana tadika atau sekolah asuhan yang didaftarkan di bawah **Akta Pelajaran 1961 (d) mana-mana rumah kanak-kanak yang dikelolakan oleh Kerajaan atau suatu Kerajaan Negeri.

(2) Akta ini tidak terpakai kepada penerimaan masuk seseorang kanak-kanak oleh seseorang saudara.

* Larangan ke atas taman asuhan kanak-kanak yang tidak berdaftar (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah peruntukan Akta ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) bersalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya denda tidak melebihi dua ribu ringgit.

Bagaimana Akta Ini Diaplikasikan 36

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1. Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan TASKA berharga RM10.00 di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat). Buku ini secara amnya, menggariskan kehendak-kehandak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.

2. Setelah membaca buku itu, sekiranya masih terdapat kekeliruan tentang maklumat yang disediakan, pemohon bolehlah berhubung terus dengan mana-mana pegawai TASKA di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan memandangkan mereka lebih mahir mengenai kehendak 3 agensi teknikal setempat.

3. Pemohon mendaftarkan operasi TASKAnya samada dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan atau Pertubuhan. Pemohon mengemukakan permohonan kepada 3 agensi teknikal di atas bagi mendapatkan kelulusannya dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap.

4. Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian, senarai aktiviti bersama ibubapa, pelan lantai beserta pengiraannya dan melengkapkan Borang Permohonan (Jadual 2).

5. Pemohon mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu: Jadual 2 yang telah dilengkapi Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan) Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannya Senarai aktiviti harian Senarai menu Senarai aktiviti bersama ibubapa

37

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Pertubuhan Senarai kakitangan (nama, no.k/p, jawatan dan sijil) Wang pos/cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

Nota: senarai menu dan aktiviti disediakan mengikut peringkat umur iaitu bagi kanakkanak di bawah 2 tahun dan 2-4 tahun 6. Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap, pemohon akan diminta oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan untuk melengkapkannya atau mengemukakan maklumat tambahan.

7. Bagi permohonan yang lengkap, seliaan oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan akan dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.

8. Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri sebelum dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat).

9. Permohonan akan diproses dan sekiranya ianya lengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan TASKA, suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah setahun dari tarikh mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan.

10. Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu set Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 untuk dilengkapi dan mengemukakan permohonan itu beserta dokumen-dokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan.

11. Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah permohonannya lengkap.

12. Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya yang mutlak mendaftarkan atau enggan mendaftarkan mana-mana taman asuhan kanak-kanak.

38

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK *Terma dan syarat yang hendak dikenakan Ketua Pengarah boleh mendaftarkan mana-mana taman asuhan kanak-kanak tertakluk kepada yang berikut: (a) dengan mengehadkan bilangan kanak-kanak yang diterima masuk dalam mana-mana taman asuhan kanak-kanak pada satu-satu masa;

(b) dengan menjamin bahawa pemohon atau mana-mana orang lain yang diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak seorang yang layak dan sesuai, sama ada disebabkan oleh umur atau selainnya, untuk menjalankan, mengambil bahagian dalam pengurusan atau diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak itu;

(c) dengan menjamin bahawa taman asuhan kanak-kanak itu hendaklah mengadakan kakitangan yang cukup, baik dari segi bilangan mahu pun kelayakan atau pengalaman orang yang diambil bekerja atau mengambil bahagian dalam penjalanannya;

(d) dengan menjamin bahawa taman asuhan kanak-kanak itu hendaklah dilengkapkan dan disenggarakan dengan secukup dan sesuainya;

(e) dengan menjamin bahawa, jika mana-mana kanak-kanak diterima masuk di mana-mana taman asuhan kanak-kanak dan tinggal di sana selama suatu jangka masa terus-menerus yang melebihi empat jam dalam satu-satu hari, hendaklah ada peraturan yang cukup dan sesuai bagi makanan, rehat dan hiburan bagi kanak-kanak itu dan diet yang cukup serta seimbang hendaklah diadakan;

(f) dengan mematuhi apa-apa kehendak yang berkaitan dengan struktur, pencegahan api, kesihatan, kebersihan dan keselamatan; (g) apa-apa syarat lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Ketua Pengarah.

* Daftar yang hendak disimpan 1) Ketua Pengarah hendaklah mengarahkan supaya disimpan, dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang boleh ditetapkannya, suatu daftar taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah Akta ini yang mengandungi:

39

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (a) nama dan alamat tiap-tiap orang yang didaftarkan berhubungan dengan mana-mana taman asuhan kanak-kanak; (b) nama dan alamat tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak berdaftar; dan (c) apa-apa butir lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

2) Satu salinan catatan dalam daftar yang berupa diperakui dengan tandatangan Ketua Pengarah hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, diterima dalam keterangan sebagai bukti fakta yang dinyatakan dalamnya pada tarikh salinan diperakui itu.

* Perakuan pendaftaran (1) Jika mana-mana taman asuhan kanak-kanak didaftarkan, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan selepas suatu fi yang ditetapkan dibayar suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan berkenaan mana-mana taman asuhan kanak-kanak itu, dan perakuan itu hendaklah menyatakan alamat taman asuhan kanak-kanakyang dimaksudkan dengan pendaftaran itu dan juga apa-apa syarat yang dikenakan di bawah peruntukan Akta ini.

(2) Suatu perakuan pendaftaran hendaklah dikeluarkan kepada, dan atas nama orang yang membuat permohonan baginya, dan tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana orang lain.

(3) Tiap-tiap perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan seksyen ini sah selama dua belas bulan kalendar.

(4) Jika berlaku apa-apa perubahan dalam apa-apa hal keadaanyang butir-butirnya dinyatakan dalam suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah peruntukan seksyen ini, orang yang kepadanya perakuan itu telah dikeluarkan hendaklah, dalam tempoh empat belas hari, memberitahu Ketua Pengarah dengan sewajarnya secara bertulis, dan Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pindaan sebagai ganti perakuan asal itu.

(5) Suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah peruntukan seksyen ini hendaklah sentiasa ada untuk pemeriksaan oleh pegawai diberi kuasa, dan orang itu boleh meminta supaya perakuan itu ditunjukkan di taman asuhan kanak-kanak yang berkenaan pada bila-bila masa. 40

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK * Garis panduan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) 1.1 Perletakan Taska Taska boleh dijalankan mengikut keperluan masyarakat setempat di: a) Rumah Sesebuah b) Rumah Berkembar c) Rumah Teres (Bahagian Tepi Lot) d) Rumah Pangsa (di tingkat bawah sahaja) e) Di ruang pejabat (di tingkat bawah sahaja) f) Tanah yang direzabkan untuk kegunaan TASKA

1.2 Bangunan-bangunan yang tidak sesuai a) Rumah teres dan berangkai yang terletak di lot tengah (intermediate lots) dan lot tepi yang tidak mempunyai kawasan lapang. b) Rumah kediaman yang terletak di persimpangan atau berhampiran lebuhraya dan jalanjalan sesak dan sibuk dengan kenderaan / lalulintas. c) Keutamaan akan diberikan kepada lokasi yang berhampiran dengan kawasan lapang permainan awam.

1.3 Lokasi bangunan a) Jalan keluar masuk sekurang-kurangnya 33 (10 meter) dari simpang utama. b)Tidak terletak di kawasan sesak di mana lokasi bangunan tidak terletak di sebatang jalan yang sibuk / jalan utama. c) Tiada halangan dari jiran berkaitan bunyi bising dan kesesakan lalulintas. d) Mendapat kebenaran bertulis dari pemilik rumah.

1.4 Keselamatan premis a) Taman asuhan dijalankan hanya dibenarkan di aras satu bagi rumah kediaman yang bertingkat. b) Ada 2 tangga (laluan) bagi masa kecemasan jika premis ditempatkan dalam bangunan bertingkat jika bukan bangunan kediaman biasa c) Tangga hendaklah selamat untukkegunaan kanak-kanak. d) Tangga kayu (stair case) dan tangga konkrit hendaklah dialas dengan permaidani atau bahan lembut.

41

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK e) Tangga hendaklah dipasang dengan pagar (railings) yang tingginya sesuai dengan ketinggian kanak-kanak.

1.5 Peredaran udara yang semulajadi dan bersih a) Ada peredaran udara dan cahaya semulajadi.

1.6 Kegunaan ruang a) Kemudahan belajar dan bermain. Ruang berasingan hendaklah disediakan untuk kanakkanak belajar dan bermain, ruang untuk perpustakaan dan kawasan permainan yang lengkap dengan alat-alat permainan yang tidak merbahaya (di luar bangunan). b) Tempat rehat untuk kanak-kanak sakit. Ruang berasingan (sick bay) hendaklah disediakan bagi kanak-kanak yang kurang sihat, Sediakan kotak perubatan kecemasan c) Ruang dapur dan penyediaan makanan iaitu ruang dapur hendaklah mempunyai pintu yang tidak mudah dibuka dan dimasuki oleh kanak-kanak.Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah bersih. Tempat makan yang disediakan hendaklah bersih. Dapur juga hendaklah berpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yang diasingkan untuk aktiviti-aktiviti kanak-kanak. Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih dan selamat. Kanak-kanak mestilah dilarang masuk ke ruang dapur dan stor pada setiap masa.

1.7 Keperluan tandas (a) Tandas bagi murid-murid lelaki dan perempuan hendaklah berasingan. (Tertakluk kepada keadaan bangunan). (b) Peralatan dan rekabentuk tandas : - Kemudahan kebersihan, mesti menyediakan ; elbow tap. - Lantai tandas hendaklah sentiasa bersih, tidak licin dan air tidak bertakung. (c) Sediakan tempat pemegang (railings) untuk kanak-kanak cacat. (d) Mangkuk tandas tidak melebihi 6 inci tinggi dari paras lantai. (e) Besin mencuci tangan hendaklah rendah. (f) Lain-lain peralatan yang sesuai. (selkiranya ada kanak-kanak cacat).

1.8 Kemudahan keselamatan dan kecemasan a. Dua pintu yang berasingan (satu di hadapan dan atu di belakang) hendaklah disediakan. b. Semua pintu dan tingkap di tingkat atas bangunan tidak boleh dipasang dengan pagar besi. 42

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK c. Tingkat jenis louvres tidak dibenarkan. d. Semua punca kuasa (power point) hendaklah dipasang dengan plug kosong yang berkedudukan di paras yang tinggi. e. Lampu meja dan berkaki tidak dibenarkan. f. Kipas meja, kotak dan berkaki tidak dibenarkan. g. Pintu pagar dan grills tingkat bawah hendaklah dari jenis yang tidak tajam dan merbahaya. Artikel Berkaitan 1 TASKA & Pusat Jagaan Belum Berdaftar

Selasa, 29 Disember 2009 07:55 Samada kita sedar atau tidak, Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) & Pusat Jagaan adalah 'rumah kedua' anak-anak kita. Kasihan sungguh mereka, terpaksa diletakkan di taska atau pusat jagaan. Semata mata kerana ibu bapa mereka perlu keluar mencari rezeki dan tidak mampu menggaji pembantu rumah asing yang kini melibatkan kos tinggi (RM7,000 untuk mendapatkan seorang pembantu Indon). Bagi IbuBapa yang kurang pengetahuan atau pendedahan tentang betapa pentingnya asuhan awal kanak kanak, mereka terpaksa menghantar anak anak ke taska yang rendah yurannya biasanya ada pengasuh pengasuh tidak mempunyai latihan khusus. Kalau mereka ditanya jawapan yang diberikan ialah mereka tidak mampu, gaji dan elaun rendah, katanya taska di mana mana sama sahaja, dan pelbagai jawapan lagi. Kasihan sungguh anak anak mereka. Sebagai ibu bapa yang perihatin dan bertanggungjawab, kita perlu memilih dan menghantar anak-anak ke TASKA & Pusat Jagaan yang berdaftar dengan JKMM. JKMM telah memberi akreditasi kepada syarikat Vonad bagi menjalankan kursus asas asuhan kanak-kanak. TASKA & Pusat Jagaan yang berdaftar berupaya memberikan asuhan berkualiti kepada kanakkanak. TASKA & Pusat Jagaan dianggap sebagai institusi yang amat penting kepada ibubapa, keluarga dan masyarakat sesabuah negara. Di negara-negara maju dan sedang membangun seperti Malaysia, penubuhan dan operasi setiap TASKA mendapat perhatian Pihak Berkuasa Kerajaan. Di negara-negara maju seperti negara Jepun dan UK penubuhan dan operasi TASKA & Pusat Jagaan dipantau dan dikawal dengan ketat oleh Pihak Berkuasa yang bertanggungjawab.
43

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Di Malaysia tanggungjawab ke atas TASKA dan Pusat Jagaan berada di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia salah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Berasaskan laman web JKM dan maklumat lain yang sediada, serta pengalaman pengusaha pengusaha taska dan pusat jagaan, didapati paras kawalan dan pemantaun ke atas TASKA dan Pusat Jagaan di negara ini masih rendah. Hanya sejumlah 422 buah sahaja Taska telah berdaftar dengan JKM sehingga 10 April 2010. Di Putrajaya daripada sejumlah kira kira 70 buah Taska - Pusat Jagaan hanya sebanyak 7 buah sahaja yang sudah berdaftar. JKM yang sudah terkenal dengan sifat kebajikannya didapati agak sukar melaksanakan Akta Taman Asuhan Kanak Kanak 1984 (seperti dipinda). Difahamkan JKM sudah pun menghantar ramai pegawai untuk berkursus bagi tujuan penguatkuasaaan Akta tersebut, tetapi bilangan pegawai yang berpengalaman untuk turun naik ke mahkamah berhadapan dengan peguambela dan pihak pihak berkuasa mahkamah masih kurang.
Isunya ialah : 1) Adakah ribuan bilangan taska dan pusat jagaan yang tidak berdaftar atau tanpa lesen dengan JKM harus dibiarkan beroperasi menjaga anak anak kita? 2) JKM masih boleh melaksanakan Akta Taska sekiranya JKM mengambil langkah langkah 'penguatkuasaan contoh' dengan 1 atau 2 kes dahulu dibawa ke mahkamah berasaskan bilangan pegawai yang terhad. Dengan bantuan sebaran am khususnya media massa berita tersebar akan memberi kesan menakutkan ramai pengusaha pengusaha yang berdegil selama ini supaya berdaftar dengan JKM 3) Masih boleh diwujudkan satu Jabatan Khas di bawah KPWKM untuk Taska dan Pusat Jagaan 4) Sekiranya, apa yang diperkatakan di atas tidak dapat juga dilakukan, mungkin Akta Taska dan Akta Pusat Jagaan diletakkan di bawah satu Steering Committee Kabinet memandangkan isu penjagaan dan pendidikan awal kanak kanak bukanlah semata mata isu kebajikan, ianya sebenarnya satu ISU PEMBANGUNAN MODAL INSAN iaitu pembangunan sumber tenaga manusia yang wholistic untuk menyokong sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

44

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Sebagai seorang pesara pegawai PTD (batch tahun 1975), menyedari beberapa orang KSU beberapa Kementerian Persekutuan sekarang adalah dari batch yang sama, saya terpanggil membangkitkan perkara ini sebagai seorang rakyat yang prihatin ke atas apa yang berlaku kepada Sektor Pembangunan Sumber Insan negara ini. Iaitu dengan harapan isu yang dibangkitkan akan mendapat perhatian. Negara negara maju termasuk Jerman dan Jepun sudah lama mengamalkan SDLN di mana latihan praktikal digabungkan dengan input teori di dalam kelas dan di tempat kerja. Sementara paras kawalan ke atas Taska dan Pusat Jagaan sudah mencapai paras 70% seprti di Jepun. Di negara Jepun setiap taska yang hendak beroperasi diwajibkan memberitahu secara rasmi tentang taskanya kepada pihak berkuasa. Kita tidak harus berpuashati atau menerima sahaja hakikat kedudukan apa yang sedang berlaku sekarang di mana belum wujud satu pendekatan komprehensif di antara Pihak-Pihak Berkuasa yang bertanggungjawab : Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan, BOMBA & Keselamatan , Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pengalaman dengan pihak pihak berkuasa sudah cukup banyak, masing masing hanya mengutamakan bidang kuasa masing masing. Sedangkan sektor swasta memerlukan kelulusan segera. Harus wujud peraturan-peraturan yang mudah & kemas dan kesediaan serta komitment pegawai berpengalaman untuk mengwujudkan suasana 'orderly development' TASKA & Pusat Jagaan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984. Oleh kerana TASKA & Pusat Jagaan mudah 'ditubuhkan tanpa berdaftar', pada hari ini kira-kira 80% TASKA dan Pusat Jagaan yang sedang aktif beroperasi di negara kita, didapati beroperasi secara haram. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat difahamkan masih belum bersedia untuk mengambil tindakan tegas bagi menguatkuasakan undang-undang tersebut. Pelbagai implikasi negatif boleh wujud seperti berikut: 1. pembangunan TASKA dan Pusat Jagaan yang tidak berlesen adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada pembangunan masyarakat dan keluarga di negara ini; 2. TASKA dan Pusat Jagaan telah tumbuh tanpa kawalan seperti cendawan, 3. Kebanyakan pengasuh tidak mempunyai ilmu asuhan awal kanak-kanak, kerana tidak menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pusat-pusat latihan KAAK, 4. TASKA dan Pusat Jagaan yang tidak berdaftar tidak dapat menyediakan asuhan yang berkualiti kepada anak-anak kita 5. Keselamatan kanak-kanak juga tidak terjamin kerana pengasuh dan pengusaha ada yang tidak menyertai kursus pertolongan cemas 45

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 6. latihan asuhan awal kanak-kanak dijalankan juga di bawah Program Permata Negara tetapi ianya tidak menjurus kepada penyediaan kemudahan Taska-Taska untuk didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Asuhan Kanak-Kanak; 7. Difahamkan JKMM tidak mendapat peruntukan untuk membantu agensi-agensi latihan yang telah diakreditasikan untuk menjalankan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak secara percuma iaitu membiayaai yuran menyertai kursus asas asuhan kanak-kanak yang dianjurkan; 8. Sebahagian daripada peruntukan Program Permata Negara patutlah diagihkan kepada JKMM supaya lebih banyak kursus asuhan kanak-kanak dapat dijalankan secara percuma kepada pengasuh-pengasuh dan pengusaha TASKA dan Pusat Jagaan. Dengan cara ini lebih banyak TASKA dan Pusat Jagaan akan dapat didaftarkan. 9. Kina wujud pula beberapa buah agensi yang tidak mendapat akreditasi JKM menjalankan bengkel penubuhan taska. Kementerian perlu mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha-pengusaha taska & pusat jagaan yang tidak memohon lesen. Dengan tidak mengambil apa-apa tindakan, hanya mencerminkan kelemahan Kerajaan. Dengan Konsep Satu Malaysia rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, pertumbuhan TASKA & Pusat Jagaan yang sihat dan teratur di negara ini haruslah menjadi matlamat utama pembangunan keluarga dan masyarakat. Menggalakkan pertumbuhan satu industri yang sihat dan berpotensi tinggi dalam bidang penjagaan kanakkanak amatlah baik. Untuk jangka panjang, Kerajaan boleh menjadi pemangkin utama kepada pencapaian objektif-objektif berikut: 1. pembangunan taman asuhan kanak-kanak yang teratur dan sihat 2. lebih ramai pengusaha yang berjaya dalam bisnes asuhan kanak-kanak 3. lebih banyak input latihan akan dapat diberikan kepada pengusaha dan pengasuh taman asuhan kanak-kanak bagi meningkatkan kualiti penjagaan 4. perdaftaran TASKA dan Pusat Jagaan dapat dilakukan secara teratur di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia atau sebuah jabatan khas untuknya supaya lebih fokus; 5. pembangunan taman asuhan kanak-kanak yang teratur dan sihat serta terkawal akan dapat menjana bisnis 'spin-off' besar berkaitan untuk pembekalan perabot, permainan, jurulatihan, pembinaan taman-taman asuhan. Semuanya ini boleh meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara ini.

46

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Artikel Berkaitan 2

Kematian dua orang kanak-kanak di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Permata, Ulu Klang, Selangor adalah satu tragedi yang membuka mata terhadap soal penguatkuasaan undang-undang dan peraturan serta kepekaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kita sedih dan dukacita atas kematian Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan Arif Amsyar Ruhi Budiman, tujuh bulan, yang punca pulangnya kedua-dua mereka ke Rahmatullah belum dipastikan oleh pihak berkuasa kesihatan. Bedah siasat telah dilakukan dan menunggu laporan forensik/patologi untuk mengetahui puncanya. Kepada ibu bapa dan keluarga kedua-dua kanak-kanak ahli syurga itu kita doakan agar mereka bersabar menerima dugaan Allah dan tabah menghadapinya kerana semuanya itu adalah ketentuan Ilahi. Namun demikian, yang menjadi tanda tanya ialah sikap pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang awal-awal lagi mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja salah tetapi seolah-olah mempersalahkan pihak tertentu. Saya merujuk kepada kenyataan Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi, JKM, Zaitol Salleh seperti yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh Sabtu 21 Januari iaitu pusat penjagaan berkenaan beroperasi tanpa lesen atau sebarang pendaftaran. "Dari segi penyeliaan, tempat itu langsung tidak memenuhi syarat minimum yang ditetapkan. Buat masa ini, ia diarahkan tutup sehingga siasatan lebih lanjut selesai dilakukan," kata Zaitol. Kenapa Zaitol berkata demikian setelah pusat itu beroperasi sejak 22 tahun lalu? Apakah selama tempoh itu JKM tidak sedar dan tidak tahu sama sekali akan kewujudan pusat jagaan kanak-kanak itu? Saya tidak tahu sama ada Zaitol telah melawat pusat jagaan kanakkanak berkenaan atau sedar akan kedudukan sebenar sebelum dia mengeluarkan kenyataan tersebut atau dia memberi ulasan hanya dengan berada di pejabat tanpa turun padang? Saya berkata demikian kerana setelah melungsuri laman sesawang JKM dan menyemak senarai Pusat Jagaan Berdaftar, JKM Selangor, saya dapati pusat jagaan berkenaan di Taman Permata berdaftar dengan JKM dan pendaftaran telah diperbaharui pada 30 Disember 2011 dan akan tamat tempoh pada 29 Disember 2016. kanak-kanak

47

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Bagaimana seorang pegawai kanan JKM boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak betul iaitu pusat penjagaan kanak-kanak itu beroperasi tanpa berdaftar? Atau wartawan Utusan Malaysia yang membuat kesilapan dalam laporannya itu? Sementara itu, dalam laporan pada hari yang sama, akhbar The New Straits Times memetik jurucakap JKM (yang namanya tidak disiarkan) sebagai berkata pusat itu berdaftar dengan JKM, tetapi tiada lesen untuk kendali sebagai 'nursery' atau pusat jagaan kanak-kanak bawah umur empat tahun. Kenyataan yang bercanggah oleh pegawai JKM memperlihatkan kelemahan di pihak mereka yang

bertanggungjawab ke atas penguatkuasaan undang-undang dan peraturan berkaitan pusat jagaan kanak-kanak. Ia menimbulkan tanda tanya akan keberkesanan dan kecekapan para pegawai JKM itu sendiri. Apakah setelah berlaku sesuatu tragedi barulah pihak berkenaan sedar dan tiba-tiba proaktif sedangkan sebelum ini mereka mungkin tidak turun padang menyiasat sama ada pusat-pusat jagaan kanak-kanak di daerah atau negeri masing-masing berdaftar atau tidak? Atau sama ada pusat-pusat berkenaan mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh JKM? Umum mengetahui bahawa di Malaysia ada undang-undang yang ketat dan teratur tetapi yang sering menjadi masalah ialah soal penguatkuasaan yang kadang-kala amat kurang, lemah dan mungkin tiada sama sekali. Saya tidak merujuk kepada kes ini tetapi secara umumnya begitulah keadaannya. Banyak tragedi berlaku berpunca daripada tiada atau kurangnya penguatkuasaan undang-undang termasuk di jalan raya, lereng bukit dan bidang perniagaan. Sebagai contoh, pemandu di larang mengguna telefon bimbit semasa memandu melainkan secara "hands free", tetapi oleh kerana soal penguatkuasaan, kita boleh lihat pelanggaran undang-undang tersebut setiap hari. Berbalik kepada soal penjagaan kanak-kanak, semua pihak mempunyai

tanggungjawab sama ada dari segi moral atau dari segi undang-undang. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa atau penjaga mempunyai tugas dan tanggungjawab ke atas kanak-kanak dibawah jagaan mereka. Kita sedar bahawa pada zaman serba moden sekarang, ibu dan bapa terpaksa bekerja untuk menampung kos hidup yang semakain melambung dan jalan keluar bagi mereka adalah menghantar anak ke pusat-pusat jagaan kanak-kanak. Oleh itu, kita tidak boleh mempersalahkan

48

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

ibu bapa kerana mereka terpaksa berbuat demikian demi memenuhi keperluan hidup, lebih-lebih lagi di bandar-bandar besar. Oleh itu, beban tangungjawab ke atas kanak-kanak yang dihantar ke pusat-pusat penjagaan dipikul oleh pihak pusat berkenaan. Semua pengusaha dan pengendali Taman Asuhan Kanak-Kanak atau TASKA dan Pusat Jagaan diwajibkan berdaftar dibawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993 di Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah yang berhampiran. Kelulusan pendaftaran bergantung kepada kelulusan teknikal terlebih dahulu oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. Oleh itu, bukan mudah untuk sesiapapun membuka sama ada TASKA atau Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Persoalannya, apa yang berlaku selepas itu? Adakah pihak-pihak berkenaan mengadakan lawatan pemantauan ke atas TASKA dan pusat-pusat jagaan kanak-kanak yang didaftar itu? Inilah yang selalunya menjadi tanda tanya dalam penguatkuasaan undang-undang dan peraturan oleh pihak-pihak berkenaan. Kita tidak mahu dengar lagi kata-kata seperti yang didakwa dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat, iaitu "Dari segi penyeliaan, tempat itu langsung tidak memenuhi syarat minimum yang ditetapkan". Kenapa tiada tindakan jika benar apa yang didakwa oleh Zaitol Salleh? Apakah selama 22 tahun pusat jagaan kanak-kanak di Taman Permata itu wujud, pegawai JKM tidak memantau, menyelia atau memeriksanya?Ia adalah soal penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang merupakan satu masalah besar di Malaysia.

49

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 4

AKTA PUSAT JAGAAN 1993 Akta 506

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan, dan pemeriksaan pusat jagaan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [Semenanjung Malaysia-1 Jun 1994, P.U. (B) 250/1994] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pusat Jagaan 1993 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi bahagian-bahagian yang berlainan dalam Malaysia.

Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain daftar ertinya daftar pusat jagaan berkediaman atau daftar pusat jagaan harian, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dikehendaki disimpan di bawah seksyen 8; jagaan termasuk perlindungan, pengawasan, pemulihan dan Latihan; Ketua Pengarah ertinya Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Malaysia;pegawai diberi kuasa ertinya seseorang pegawai kebajikan masyarakat atau seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 12; pengendali, berhubung dengan sesuatu pusat jagaan berdaftar, ertinya orang yang atas permohonannya pusat itu didaftarkan; penghuni, berhubung dengan sesuatu pusat jagaan berkediaman, ertinya seseorang yang telah diterima untuk jagaan sebagai penghuni di pusat jagaan berkediaman itu; pusat jagaan ertinya pusat jagaan berkediaman dan pusat jagaan harian mengikut pengertian Akta ini;

50

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK pusat jagaan berdaftar ertinya sesuatu pusat jagaan yang didaftarkan di bawah seksyen 6; pusat jagaan berkediaman ertinya, tertakluk kepada seksyen 3, mana-mana premis di mana empat orang atau lebih diterima untuk jagaan sebagai penghuni di dalamnya, sama ada untuk upah atau selainnya; tetapi dalam hal premis yang dikendalikan atau diuruskan oleh orang sebenar, seseorang yang merupakan saudara kepada orang itu tidak boleh dikira dalam menentukan bilangan orang yang diterima di premis itu bagi maksud takrif ini; pusat jagaan harian ertinya, tertakluk kepada seksyen 3, manamana premis di mana empat orang atau lebih diterima untuk jagaan selama suatu tempoh berterusan yang melebihi tiga jam sehari antara matahari terbit hingga matahari terbenam, dan selama sekurangkurangnya tiga hari seminggu, sama ada untuk upah atau selainnya; tetapi dalam hal premis yang dikendalikan atau diuruskan oleh orang sebenar, seseorang yang merupakan saudara kepada orang itu tidak boleh dikira dalam menentukan bilangan orang yang diterima di premis itu bagi maksud takrif ini; saudara ertinya penjaga di sisi undang-undang bagi orang yang berkenaan, atau seseorang yang, sama ada melalui pertalian darah, persemendaan atau pengangkatan di sisi undangundang, adalah menjadi kepada orang yang berkenaan, atau berkedudukan berhubung dengan orang yang berkenaan seperti, bapa, ibu, anak, adik, abang, kakak, datuk, nenek, cucu, bapa saudara, ibu saudara, atau anak saudara. Premis, dsb. yang dikecualikan 3. Akta ini tidaklah terpakai bagi (a) mana-mana hospital kerajaan, atau mana-mana hospital persendirian yang dilesenkan di bawah *Akta Hospital Persendirian 1971 [Akta 43]; *CATATANAkta Hospital Persendirian 1971 [Akta 43] dimansuhkan oleh Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]. Pusat Jagaan 7 (b) mana-mana institusi atau premis yang tertakluk kepada kawalan di bawah, dan ditubuhkan, didaftarkan, dikendalikan, atau diuruskan dengan sahnya mengikut, *Akta Pelajaran 1961 [Akta 43 tahun 1961]; (c) mana-mana taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 51

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK [Akta 308]; (d) mana-mana institusi atau premis bagi rawatan, pemulihan, atau jagaan lanjutan penagih dadah, yang ditubuhkan atau dikendalikan dengan sahnya di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283];

(e) mana-mana institusi atau premis yang dikendalikan atau diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri; atau

(f) mana-mana institusi atau premis yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri bagi perumahan atau jagaan sementara orang apabila berlaku apa-apa kejadian yang menimbulkan darurat, atau demi kepentingan keselamatan awam.

PENDAFTARAN PUSAT JAGAAN Pusat jagaan hendaklah didaftarkan 4. Tiap-tiap pusat jagaan hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini.

Larangan terhadap pusat jagaan tidak berdaftar 5. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), tiada seorang pun boleh mengendalikan atau mengambil bahagian dalam pengurusan sesuatu pusat jagaan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal sesuatu kesalahan berterusan, boleh sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan. *CATATANAkta Pelajaran 1961 [Akta 43/1961] telah dimansuhkan oleh Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. (3) Jika sesuatu pusat jagaan sedang dikendalikan sebelum sahaja tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, tidak menjadi kesalahan di bawah seksyen ini bagi mana-mana orang mengendalikan atau mengambil bahagian dalam pengurusan pusat jagaan itu

52

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

(a) semasa tempoh enam bulan dari tarikh itu; dan

(b) jika permohonan untuk pendaftaran pusat jagaan itu dibuat dalam tempoh yang disebut dalam perenggan

(c), semasa suatu tempoh selanjutnya selepas berakhirnya tempoh itu sehingga habisnya tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemohon diberitahu tentang keputusan enggan mendaftarkan pusat jagaan itu; dan

(d) jika pemohon merayu kepada Menteri di bawah seksyen 22 dalam tempoh tiga puluh hari tersebut, semasa suatu tempoh selanjutnya selepas berakhirnya tempoh itu sehingga tarikh pemohon diberitahu tentang keputusan menolak rayuan itu.

Pendaftaran 6. (1) Sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu pusat jagaan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan.

(2) Ketua Pengarah boleh mendaftar atau boleh enggan mendaftar mana-mana pusat jagaan.

(3) Bagi maksud menimbang sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu pusat jagaan, Ketua Pengarah boleh (a) memasuki dan memeriksa premis pusat jagaan itu untuk memastikan bahawa pusat itu mematuhi segala kehendak undang-undang dan mana-mana pihak berkuasa yang berhubungan dengan binaan bangunan dan keselamatan kebakaran, dan bahawa pusat itu dilengkapkan dan disenggarakan dengan cukup dan sesuai; dan (b) menghendaki pemohon itu memberi kepadanya apa-apa maklumat dan butir-butir sebagaimana yang perlu untuk dia menentukan permohonan itu.

(4) Tanpa menjejaskan keluasan kuasanya di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh enggan mendaftar manamana pusat jagaan jika apa-apa kehendak undang-undang yang

53

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK berhubungan dengan pengendalian pusat jagaan itu atau yang berhubungan dengan premisnya belum dipatuhi.

Syarat-syarat untuk dikenakan

7. Ketua Pengarah, apabila mendaftar sesuatu pusat jagaan, boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya layak dan sesuai, termasuklah syarat-syarat (a) yang mengehadkan bilangan orang yang boleh diterima di pusat jagaan itu pada bila-bila masa;

(b) untuk memastikan bahawa mana-mana orang yang diambil kerja di pusat jagaan itu, sama ada dalam pengurusannya atau selainnya, orang yang layak dan sesuai, sama ada tentang umur atau selainnya, untuk diambil kerja di pusat jagaan itu;

(c) untuk memastikan bahawa pusat jagaan itu akan dilengkapi secukupnya, dari segi kakitangan, dengan secukup bilangan orang yang mempunyai kelayakan atau pengalaman yang sesuai;

(d) untuk memastikan bahawa perkhidmatan bagi jagaan, kawalan, penyeliaan, layanan, dan latihan penghuni atau orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan itu diberi dengan baik;

(e) untuk memastikan bahawa diet yang cukup dan seimbang dan rehat dan rekreasi yang cukup disediakan di pusat jagaan itu;

(f) untuk memastikan bahawa pusat jagaan itu akan dilengkapkan dan disenggarakan dengan cukup dan sesuai khususnya demi kepentingan kesihatan;

(g) untuk memastikan bahawa perkiraan yang cukup akan dibuat untuk rawatan perubatan, fisioterapi, psikoterapi, terapi pekerjaan atau apa-apa rawatan lain yang sesuai dan wajar, dalam masa yang munasabah, berkenaan dengan apa-apa penyakit yang dihidapi oleh penghuni atau orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan;

54

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

(h) untuk memastikan pematuhan di pusat jagaan itu akan apa-apa kehendak undang-undang atau mana-mana pihak berkuasa yang berhubungan dengan binaan bangunan, langkah berjagajaga kebakaran, kesihatan, sanitasi dan keselamatan;

(i) yang menghendaki pembayaran sejumlah wang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah sebagai deposit jaminan untuk memastikan pematuhan oleh pengendali akan peruntukan Akta, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24, dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini, dan untuk perlindungan dan demi kepentingan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan. Daftar pusat jagaan

8. (1) Ketua Pengarah hendaklah memastikan supaya disimpan, dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang dinyatakan olehnya, (a) suatu daftar pusat jagaan berkediaman; dan

(b) suatu daftar pusat jagaan harian, yang didaftarkan di bawah Akta ini yang mengandungi, berkenaan dengan setiap pusat jagaan (i) nama dan alamat pengendali pusat jagaan itu; (ii) nama dan alamat pusat jagaan itu; dan (iii) apa-apa butir lain sebagaimana difikirkan perlu oleh Ketua

Pengarah. (2) Suatu salinan bagi atau cabutan daripada sesuatu catatan dalam daftar itu yang berupa sebagai diperakui di bawah tandatangan Ketua Pengarah hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, diterima dalam keterangan sebagai bukti fakta yang dinyatakan di dalamnya sebagaimana pada tarikh perakuan itu. Pemeriksaan daftar 9. Mana-mana orang boleh, atas permohonan secara bertulis kepada Ketua Pengarah dan setelah membayar fi yang ditetapkan, memeriksa daftar itu dalam masa waktu pejabat.

55

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Perakuan pendaftaran 10. (1) Setelah sesuatu pusat jagaan didaftarkan, Ketua Pengarah hendaklah, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalam bentuk yang ditetapkan berkenaan dengan pusat jagaan itu, dan perakuan itu hendaklah menyatakan nama dan alamat pengendali pusat jagaan itu, nama dan alamat pusat jagaan itu dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7.

(2) Perakuan pendaftaran itu hendaklah dikeluarkan kepada pengendali pusat jagaan itu dan tidak boleh dipindahkan.

(3) Pendaftaran sesuatu pusat jagaan dan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan berkenaan dengannya adalah sah untuk dua belas bulan kalendar. (4) Sesuatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan berkenaan dengan sesuatu pusat jagaan hendaklah sentiasa ada untuk Pusat Jagaan 11 pemeriksaan oleh seseorang pegawai diberi kuasa, yang boleh menghendaki pengemukaannya di pusat jagaan yang berkenaan pada bila-bila masa.

Pengkanselan pendaftaran 11. Ketua Pengarah boleh mengkanselkan pendaftaran sesuatu pusat jagaan (a) jika telah berlaku apa-apa pelanggaran, atau ketidakpatuhan kepada, apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 atau apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7;

(b) jika pengendali pusat jagaan itu telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau keburukan akhlak;

(c) jika ternyata kepadanya bahawa pusat jagaan itu telah terhenti daripada dikendalikan sebagai demikian, atau terhenti wujud, atau terhenti daripada terletak di bawah kawalan pengendalinya; atau

(d) jika pengendalinya memohon supaya pendaftaran itu dikansel.

56

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PEGAWAI DAN KUASA MEREKA

Pelantikan pegawai 12. Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik sekian bilangan pegawai yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.

Kuasa Ketua Pengarah dan pegawai diberi kuasa 13. (1) Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki dan memeriksa mana-mana premis yang digunakan sebagai atau bagi sesuatu pusat jagaan berdaftar untuk menentukan sama ada (a) kesihatan dan kesejahteraan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan berdaftar itu dijaga dengan memuaskan;

(b) daftar, rekod dan akaun yang sepatutnya ada disenggarakan;

(c) kelengkapan yang cukup dan sesuai ada dibekalkan;

(d) premis itu disenggarakan dengan baik tentang keadaan binaannya dan tentang kebersihan dan sanitasinya;

(e) langkah berjaga-jaga yang cukup ada diambil terhadap kebakaran dan kejadian lain yang berkemungkinan membahayakan nyawa atau kesihatan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan berdaftar itu;

(f) peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7 telah, dan sedang, dipatuhi;

(g) pada amnya, pusat jagaan berdaftar itu sedang dikendalikan dan diuruskan dengan memuaskan.

(2) Dalam menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen ini Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh

57

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (a) mengemukakan soalan tentang pengurusan pusat jagaan berdaftar itu kepada pengendalinya atau mana-mana orang yang menjaga atau mengambil bahagian dalam pengurusan, atau yang bekerja di pusat jagaan berdaftar itu, dan semua orang sedemikian terikat di sisi undang-undang untuk menjawab dengan benar soalan demikian sedaya upaya mereka; dan

(b) menghendaki mana-mana orang sedemikian supaya mengemukakan kepadanya apa-apa rekod yang dikehendaki supaya disimpan di bawah Akta ini atau apa-apa rekod yang berhubungan dengan pusat jagaan berdaftar itu, dan boleh menyitanya dan mengambil salinan baginya. Kuasa Ketua Pengarah memberi arahan bertulis

14. (1) Ketua Pengarah boleh, berkenaan dengan mana-mana pusat jagaan berdaftar, memberi apa-apa arahan bertulis, konsisten dengan Akta ini, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24, dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7, sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk memastikan bahawa (a) ia dikendalikan dan diuruskan dengan memuaskan;

(b) kebajikan penghuninya atau orang yang diterima untuk jagaan dimajukan dengan cara yang sepatutnya;

(c) radas dan kelengkapan secukupnya yang perlu untuk memberi perlindungan daripada kebakaran ada dibekalkan di dalamnya; dan Pusat Jagaan 13

(d) peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7 dipatuhi. (2) Sesuatu arahan di bawah subseksyen (1) (a) hendaklah disampaikan kepada pengendali pusat jagaan itu; dan

(b) hendaklah menyatakan suatu tempoh masa, yang tidak boleh kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh penyampaian arahan itu, dalam mana arahan itu hendaklah dipatuhi.

58

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (3) Jika rayuan dibuat kepada Menteri di bawah seksyen 22 terhadap sesuatu arahan di bawah subseksyen (1) dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian arahan itu, kuat kuasa arahan itu tertangguh dan jika Menteri mengesahkan arahan itu, arahan itu hendaklah dipatuhi dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri. Kuasa memerintahkan penutupan pusat jagaan berdaftar 15. (1) Jika (a) ternyata kepada Ketua Pengarah bahawa ada apa-apa bahaya atau kemungkinan bahaya kepada mana-mana orang dalam mana-mana premis sesuatu pusat jagaan berdaftar; atau

(b) berkenaan dengan mana-mana premis sesuatu pusat jagaan berdaftar, sesuatu arahan di bawah seksyen 14 tidak dipatuhi dalam tempoh masa yang dinyatakan di bawah atau menurut perenggan (2)(b) atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, subseksyen (3) seksyen itu, Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, memerintahkan supaya premis itu hendaklah terhenti daripada digunakan sebagai atau bagi sesuatu pusat jagaan bagi apa-apa tempoh sebagaimana difikirkannya perlu, atau sehingga notis selanjutnya. (2) Sesuatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan kepada pengendali pusat jagaan berdaftar itu dan hendaklah mula berkuat kuasa dari suatu tarikh yang berikutan selepas sahaja hari terakhir bagi tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyampaian perintah itu atau, jika pengendali itu merayu kepada Menteri di bawah seksyen 22 terhadap perintah itu dalam tempoh itu dan Menteri mengesahkan perintah itu, dari tarikh keputusan Menteri diberitahu kepada pengendali itu. (3) Penyampaian sesuatu perintah di bawah seksyen ini adalah cukup jika

(a) ia dihantar serah sendiri kepada pengendali pusat jagaan berdaftar yang berkenaan itu; atau

(b) ia dihantar melalui pos berdaftar kepada alamat terakhirnya yang diketahui; atau

(c) satu salinannya ditampalkan di sesuatu tempat yang mudah dilihat pada atau dalam premis yang dimaksudkan olehnya.

59

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Kuasa memasuki dan memeriksa premis yang disyaki

16. (1) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa yang munasabah memasuki dan memeriksa mana-mana premis yang semunasabahnya disyaki sedang digunakan sebagai atau bagi suatu pusat jagaan yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini dan boleh membuat apa-apa siasatan di dalamnya sebagaimana yang difikirkannya perlu. (2) Dalam menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen ini Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh

(a) mengemukakan soalan tentang pengurusan premis itu kepada mana-mana orang yang menjaga atau mengambil bahagian dalam pengurusan, atau yang bekerja di premis itu, dan semua orang sedemikian terikat di sisi undangundang untuk menjawab dengan benar soalan demikian sedaya upaya mereka; dan

(b) menghendaki mana-mana orang sedemikian supaya mengemukakan kepadanya apa-apa rekod yang berhubungan dengan premis itu, dan boleh menyitanya dan mengambil salinan baginya.

Hak untuk enggan mematuhi jika tiada bukti tentang identiti dan kuasa

17. Mana-mana orang boleh enggan mematuhi apa-apa kehendak atau perintah Ketua Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawah Akta ini jika Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa itu enggan, apabila diminta, mengemukakan bukti tentang identiti dan kuasanya.

PELBAGAI Kesalahan dan penalti 18. Mana-mana orang yang (a) mengendalikan atau mengambil bahagian dalam pengurusan sesuatu pusat jagaan berdaftar dalam mana-mana premis selain daripada premis yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran pusat jagaan berdaftar itu;

60

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (b) mengendalikan atau mengambil bahagian dalam pengurusan sesuatu pusat jagaan yang dikendalikan dengan apa-apa nama selain daripada nama dengan mana ia didaftarkan;

(c) dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat sama ada secara lisan atau bertulis, yang palsu, atau yang dia mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui palsu, tentang apa-apa butir material;

(d) menghalang Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa dalam penjalanan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini;

(e) enggan mengemukakan apa-apa rekod apabila dikehendaki berbuat demikian di bawah seksyen 13 atau 16, atau enggan menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya di bawah seksyen 13 atau 16, atau member sesuatu jawapan yang palsu, atau yang dia mengetahui atau semunasabahnya patut mengetahui adalah palsu, tentang apa-apa butir material; atau

(f) gagal mematuhi sesuatu perintah di bawah seksyen 15, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan dan oleh pekerja dan ejen 19. (1) Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 atau apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7 telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau mana-mana orang yang berupa bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau mana-mana orang yang dalam apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau membantu dalam pengurusan sedemikian, melakukan suatu kesalahan melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan usaha untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankan olehnya memandangkan jenis fungsi atas sifat itu dan memandangkan semua hal keadaan. 61

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

(2) Jika mana-mana orang (dalam subseksyen ini disebut prinsipal) boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejennya itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh pekerja prinsipal dalam perjalanan pekerjaannya, atau oleh ejen apabila bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh pekerja ejen itu dalam perjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

Anggapan 20. Dalam mana-mana pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, jika dibuktikan bahawa mana-mana orang telah melakukan apa-apa perbuatan berkaitan dengan pengelolaan, pengendalian, atau pengurusan sesuatu pusat jagaan, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu telah mengambil bahagian dalam pengurusan pusat jagaan itu.

Penjalanan pendakwaan 21. Mana-mana pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini boleh dijalankan oleh seseorang pegawai diberi kuasa. Rayuan kepada Menteri 22. Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan atau tindakan Ketua Pengarah di bawah Akta ini boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan atau tindakan itu, merayu secara bertulis kepada Menteri, dan keputusan Menteri adalah muktamad.

Pengecualian

23. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, mengecualikan mana-mana pusat jagaan atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan pusat jagaan daripada mana-mana peruntukan Akta ini atau apaapa peraturan yang dibuat di bawahnya, jika Menteri berpuas hati bahawa terdapat hal keadaan khas, dan bahawa ia tidaklah berlawanan dengan kepentingan awam, untuk berbuat demikian.

62

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Peraturan-peraturan

24. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan maksud Akta ini. (2) Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi kesemua atau mana-mana perkara yang berikut: (a) pengendalian, pengurusan, dan pengawasan pusat jagaan berdaftar;

(b) tugas dan tanggungjawab pengendali pusat jagaan berdaftar;

(c) kelayakan, pengalaman, pelantikan, tugas, tanggungjawab, dan tatatertib orang yang terlibat dalam pengendalian, pengurusan, dan pengawasan pusat jagaan berdaftar;

(d) penjagaan kesihatan dan pemakanan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan berdaftar;

(e) pendaftaran orang yang diambil kerja dalam pusat jagaan berdaftar;

(f) penyimpanan dan penyenggaraan daftar dan rekod lain berkenaan dengan pusat jagaan berdaftar, dan berkenaan dengan penghuninya dan orang yang diterima untuk jagaan di situ;

(g) kehendak minimum yang kena dipatuhi oleh pusat jagaan berdaftar, termasuk kehendak sanitari, bekalan air, kehendak tentang kelengkapan, dan kehendak berkenaan dengan kesihatan;

(h) borang yang kena digunakan dan maklumat yang kena diberi bagi apa-apa maksud Akta ini;

(i) pengeluaran perakuan, dan pengeluaran salinan perakuan jika perakuan asal telah hilang atau musnah;

(j) fi yang kena dibayar di bawah Akta ini; dan

(k) apa-apa perkara yang dikehendaki atau yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini

63

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 5 Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak Swasta

Tujuan
Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) ini disediakan bertujuan untuk memudah cara serta memberi panduan kepada: i. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi teknikal dalam merancang dan menimbang permohonan pembangunan Tadika dan TASKA;

ii. Pihak pemaju untuk menyediakan tapak dan membina Tadika dan TASKA mengikut kategori premis yang ditetapkan; dan

iii. Pengusaha dalam proses penubuhan, pendaftaran dan permohonan lesen premis perniagaan untuk Tadika dan TASKA.

Garis panduan ini adalah: a. Berbentuk way forward untuk memenuhi keperluan dan kehendak masa hadapan serta mengambil kira parameter negara maju;

b. Menggabungkan dan mengambilkira keperluan agensi teknikal termasuk PBT, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN);

c. Mengiktiraf penyediaan Tadika dan TASKA sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR); dan

64

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK d. Bagi memenuhi kehendak NKRA yang mana sasaran pendaftaran kanak-kanak prasekolah adalah 87% pada tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Inisiatif yang dilaksanakan melalui NKEA bagi pendidikan telah memberi penekanan kepada kerjasama pihak awam dan swasta [Public-Private Partnership (PPP)] di bawah tema Rapid Scale-Up Initiatives melalui Entry Point Projects (EPP) iaitu EPP11 dan EPP22. 1 EPP 1: Scaling up early child care and education centres. 2 EPP 2: Improving early child care and education training. LATAR BELAKANG Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam Bil. 2/2011 pada 6 April 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) antara lain telah membincangkan isu-isu berkaitan operasi dan penubuhan Tadika dan TASKA seperti berikut: i. Tempoh permohonan kelulusan tukar syarat, Kebenaran Merancang (KM), pelesenan dan pendaftaran yang mengambil masa terlalu lama;

ii. Peraturan dan syarat dalam menimbang kelulusan yang tidak seragam diantara pelbagai agensi;

iii. Fi permohonan KM, lesen premis perniagaan yang baru dan pembaharuan lesen yang tidak seragam di antara PBT;

iv. Kewujudan operasi Tadika dan TASKA yang tidak berdaftar (operasi secara haram) di kawasan kediaman telah menyebabkan timbulnya kacau-ganggu terutamanya dari aspek lalulintas dan bunyi bising; dan v. Tapak khas Tadika dan TASKA yang dikenal pasti di dalam Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) tidak dibangunkan. Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam Bil. 2/2011 tersebut telah memutuskan supaya Tadika dan TASKA dikeluarkan daripada Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat (JPBD 19/97) dan disediakan satu Garis Panduan Penubuhan Tadika dan TASKA secara khusus yang meliputi aspek perancangan tapak, pelesenan dan proses penubuhan Tadika dan TASKA. 65

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SKOP Garis panduan ini adalah terpakai bagi penubuhan Tadika dan TASKA sama ada yang dijalankan oleh pengusaha Kerajaan atau swasta di seluruh Semenanjung Malaysia. Garis panduan ini disediakan dengan memberi perhatian terhadap proses penubuhan sesebuah Tadika dan TASKA mengikut kategori/jenis yang ditetapkan yang meliputi aspek perancangan tapak, penyeragaman fi, lesen dan senarai semak keperluan agensi terlibat. Garis panduan ini juga mengambil kira aspek perancangan, penyediaan kemudahan berkaitan dan perihal tanah dengan merujuk peruntukan Akta-akta berkaitan termasuk Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56].

Peruntukan Perundangan dan Peraturan Perancangan dan penubuhan Tadika dan TASKA adalah tertakluk kepada peruntukanperuntukan perundangan dan peraturan utama seperti berikut: i. Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56]; ii. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]; iii. Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]; iv. Akta Pelajaran 1961[P.U.(A)414/72]; v. Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]; vi. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308]; vii. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [UKBS, 1984]; viii. Peraturan-Peraturan Pendidikan 1997 & 1998; dan ix. Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi) 1985.

Peraturan-peraturan lain yang perlu dilihat adalah Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanakkanak Kebangsaan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

66

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DEFINISI TADIKA DAN TASKA Tadika Di bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], Tadika didefinisikan sebagai mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah (4 hingga 6 tahun) disediakan untuk 10 orang murid atau lebih. TASKA Menurut peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308], TASKA bermaksud mana-mana premis yang menerima masuk 4 atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dari lebih daripada satu isi rumah (2 atau lebih keluarga) untuk dijaga dengan upah. TASKA terbahagi kepada 4 jenis seperti di Jadual 1.0. Jadual 1.0: Jenis TASKA Jenis Penerangan

a. TASKA di Rumah

Menerima masuk 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.

b. TASKA di Institusi

Taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih.

c. TASKA di Tempat Kerja

Taman asuhan kanak-kanak yang disediakan di mana-mana tempat kerja.

67

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

d. TASKA Komuniti

Taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih di kawasan keluarga berpendapatan rendah (pendapatan isi rumah RM2,000.00 di kawasan bandar dan kurang RM1,200.00 di luar bandar) dan menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

KATEGORI PREMIS BAGI PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA Terdapat 4 kategori premis/tapak yang diberi pertimbangan untuk beroperasi sebagai Tadika dan TASKA iaitu :

i. Tapak Khas Yang Telah Didirikan Bangunan Merupakan tapak khas yang telah dikenal pasti oleh sesuatu rancangan pemajuan seperti RT atau RKK dan telah didirikan bangunan sama ada oleh pihak swasta (pemaju), kerajaan ataupun individu.

ii. Tapak Khas Yang Belum Didirikan Bangunan Merupakan tapak yang telah dikenal pasti oleh sesuatu rancangan pemajuan seperti RT atau RKK. Sila rujuk perkara 6.1.1 untuk penerangan lanjut mengenai Pematuhan Rancangan Pemajuan dan Perkara 8.1 bagi Tindakan dan Pelaksanaan Mengikut Rancangan Pemajuan dan Kebenaran Merancang.

68

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Contoh Tadika di tapak khas iii. Bangunan Tempat Kerja/Institusi/Bangunan Perniagaan/ Bangunan Berintergrasi dengan Kemudahan Masyarakat Tadika dan TASKA digalakkan dijalankan secara integrasi sama ada berpusat atau bertingkat di dalam satu bangunan dengan kemudahan lain seperti perpustakaan, pusat komuniti, klinik (seperti Rajah 1.0) atau di tempat-tempat kerja yang mana perlulah di aras bawah bangunan. Manakala bagi Tadika dan TASKA yang hendak dijalankan di bangunan perniagaan, ia hendaklah di aras bawah atau di aras pertama bangunan perniagaan tersebut. Ini adalah bagi tujuan kemudahsampaian, keselesaan dan keselamatan. Tadika dan TASKA di tempat kerja, institusi, bangunan perniagaan dan bangunan berintergrasi dengan kemudahan masyarakat yang lain merupakan alternatif kepada pemaju bagi mengelakkan penyediaan Tadika dan TASKA di dalam kawasan kediaman. PBT boleh mensyaratkan untuk penyediaan ruang bagi Tadika dan TASKA di kawasan ini semasa permohonan Kebenaran Merancang oleh pemaju. Bagi Tadika dan TASKA yang dijalankan di kawasan institusi seperti sekolah, masjid, surau atau lain-lain rumah ibadat, ia hendaklah disediakan di bangunan yang berasingan dan berpagar.

69

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Rajah 1.0: Contoh Konsep Penyediaan Tadika dan TASKA Secara Berintergrasi Dengan Kemudahan Masyarakat

TASKA di aras bawah bangunan tempat kerja (JPN Putrajaya, 14 Julai 2011).

70

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

iv. Di Kawasan Kediaman Tadika dan TASKA tidak dibenarkan di lot kediaman. Namun seandainya tapak khas telah dimajukan tetapi masih tidak dapat menampung permintaan setempat maka Tadika dan TASKA boleh diberi pertimbangan di lot kediaman dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PBT dan syarat-syarat lain seperti berikut: a. Mendapatkan surat persetujuan awal pemilik sah rumah berjiran yang bersempadan dengan tanah yang berhubung dengan tapak lokasi cadangan dalam jarak tidak melebihi 20 meter dari tapak lokasi cadangan, manakala dalam jarak 200 meter bagi cadangan Tadika dan TASKA di jalan mati3. Persetujuan ini hendaklah diperolehi terlebih dahulu (dengan nasihat PBT) oleh pengusaha sebelum mengemukakannya bersama-sama borang permohonan Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan. Sekiranya terdapat keraguan terhadap surat persetujuan tersebut, PBT hendaklah mengeluarkan notis berjiran mengikut peruntukan subseksyen 21(6), Akta 172 semasa proses KM bagi mendapatkan persetujuan pemilik sah rumah yang berjiran3 serta syarat-syarat lain yang difikirkan perlu3. b. Untuk kediaman jenis teres, hanya lot tepi (corner lot) sahaja dibenarkan. Lot tengah (intermediate lot) atau lot hujung (end lot) tidak dibenarkan kerana tidak mempunyai kawasan lapang di samping bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas. Walau bagaimanapun, Tadika dan TASKA di premis kediaman yang terletak bersebelahan dengan lot tepi dan diusahakan oleh pengusaha yang sama boleh dibenarkan dengan syarat keperluan kemudahan dan keluasan minimum telah dipatuhi. Larangan ini tidak timbul bagi rumah sesebuah (banglo) atau berkembar (semi-detached) yang lazimnya mempunyai kawasan lapang yang mencukupi. Sila rujuk Jadual 4.0 dan 5.0 untuk keperluan keluasan ruang lantai minimum Tadika dan TASKA.

71

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Premis di dua lot kediaman bersebelahan oleh pengusaha yang sama (Bandar Baru Bangi dan Putrajaya, 14 Julai 2011).

Tadika dan TASKA di lot tepi kediaman teres dilengkapi dengan kemudahan kawasan lapang dan tempat permainan (Putrajaya, 14 Julai 2011).

c. Jarak di antara sebuah Tadika dan TASKA dengan yang lain hendaklah melebihi 400 meter bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas di dalam kawasan perumahan. Selain itu ia dapat membendung persaingan yang tidak sihat di antara pengusaha Tadika dan TASKA. d. Untuk kawasan perumahan pangsa termasuk pangsapuri, kondominum dan service apartment, Tadika dan TASKA hanya dibenarkan di aras bawah (ground floor) sahaja, manakala Tadika dan TASKA di rumah pangsa termasuk pangsapuri, kondominum dan service apartment bertiang juga hanya dibenarkan di aras bawah (ground floor) dan disyaratkan didirikan dinding dan mempunyai luas ruang lantai yang mencukupi. Sekiranya aras bawah digunakan untuk tempat letak kereta, Tadika dan TASKA boleh dibenarkan di aras pertama.

72

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Tadika di unit aras bawah rumah pangsa Unit aras bawah rumah pangsa bertiang tanpa (Putrajaya, 14 Julai 2011). dinding tidak dibenarkan untuk Tadika atau TASKA.

PERANCANGAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA Perancangan Tapak Pengusaha, pemaju, PBT dan agensi teknikal hendaklah mengenalpasti atau merancang tapak/premis Tadika dan TASKA berasaskan kepada cadangan pembangunan dalam Rancangan Pemajuan, bilanganpenduduk, nisbah pengasuh, lokasi dan keadaan tapak.

Pematuhan Rancangan Pemajuan Perancangan tapak kemudahan Tadika dan TASKA hendaklah selaras dengan cadangan dan strategi pembangunan dalam rancangan pemajuan iaitu RT dan RKK yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa negeri (PBN). Sekiranya agensi pelaksana iaitu JPN dan JKM (TASKA Komuniti sahaja) tidak dapat menyediakan Tadika dan TASKA di tapak khas yang telah dikenal pasti di dalam RT dan RKK, agensi pelaksana tersebut perlu menyatakan justifikasi yang kukuh dan mencadangkan pihak yang akan membina Tadika dan TASKA di tapak tersebut. Sila rujuk perkara 8.1 bagi Tindakan dan Pelaksanaan Mengikut Rancangan Pemajuan dan Kebenaran Merancang.

73

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Rajah 2.0: Lokasi Tadika Dalam Rancangan Pemajuan

Sumber: Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020

Sumber: Draf Rancangan Kawasan Khas Pekan Kota Daerah Kuala Muda, Kedah Jika tapak khas tidak dikenalpasti oleh RT atau RKK, PBT boleh mengenakan syarat penyediaan tapak khas untuk Tadika dan TASKA kepada pemaju semasa permohonan KM. Selain itu, PBT boleh mengarahkan mana-mana pemaju melaksanakan satu daripada 3 pilihan dalam mengendalikan tapak khas iaitu: i. Meminta pemaju mendirikan bangunan Tadika dan TASKA di tapak khas yang telah dikenal pasti; atau

74

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ii. Meminta pemaju menyediakan tapak khas untuk Tadika dan TASKA serta diwartakan dan PBT akan menyerahkannya kepada JPN dan JKM (TASKA Komuniti sahaja) untuk dimajukan (rujuk perkara 8.1 bagi Tindakan dan Pelaksanaan Mengikut Rancangan Pemajuan dan KM); atau iii. Memberi pilihan kepada pemaju untuk menjual tapak khas yang disediakan kepada pihak lain untuk dimajukan sebagai Tadika dan TASKA. Namun begitu, PBT hendaklah memastikan bahawa pemilik baru tapak tersebut hanya boleh mendirikan Tadika dan TASKA sahaja mengikut pelan pengezonan kawasan sebagaimana terdapat dalam Rancangan Pemajuan atau kelulusan KM. Melalui tiga pilihan ini, tapak khas dapat digunakan sepenuhnya dan penyediaan Tadika dan TASKA di kawasan kediaman dapat dielakkan.

Bilangan Unit Kediaman dan Nisbah Pengasuh Perancangan Tadika dan TASKA adalah berdasarkan kepada bilangan penduduk seperti di Jadual 2.0. Jadual 2.0: Nisbah Penyediaan Tadika dan TASKA Mengikut Bilangan Unit Kediaman Bilangan 1 Tadika 1 TASKA Bilangan Unit Kediaman 200 unit kediaman 200 unit kediaman

Nota: Penduduk Malaysia golongan umur 0-6 tahun adalah 10% daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010. Penentuan bilangan penduduk hendaklah mengambilkira struktur umur penduduk di sesuatu kawasan kejiranan. Kawasan kejiranan yang mempunyai majoriti kumpulan penduduk muda/kanak-kanak memerlukan lebih banyak Tadika dan TASKA berbanding kawasan kejiranan yang terdiri daripada majoriti penduduk warga emas. Manakala bagi keperluan nisbah pengasuh dan kanakkanak bagi operasi TASKA pula adalah mengikut keperluan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti di Jadual 3.0. Maklumat ini diperlukan semasa permohonan pendaftaran TASKA.

75

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Jadual 3.0: Nisbah Pengasuh dan Kanak-Kanak

Kategori Kanak-Kanak

Umur Kanak-Kanak

Nisbah Pengasuh KanakKanak Profesional

TASKA di Rumah/Tempat Kerja/Institusi/Bangunan Perniagaan/ Bangunan Berintergrasi dengan Kemudahan Masyarakat Kanak-Kanak Baru Lahir - 1 tahun 1 - 3 tahun Kanak-kanak OKU 3 - 4 tahun Baru Lahir 1 tahun 1 3 tahun 3 4 tahun 1 pengasuh : 3 kanak-kanak 1 pengasuh : 5 kanak-kanak 1 pengasuh : 10 kanak- kanak 2 pengasuh : 3 kanak-kanak 2 pengasuh : 5 kanak-kanak 3 pengasuh : 10 kanak-kanak

Sumber: Diubahsuai daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2011 Nisbah guru bagi kanak-kanak di Tadika adalah 1 orang guru dan 1 orang pembantu pengurusan murid bagi setiap 25 orang murid

Bilangan guru bagi Tadika dan pengasuh bagi TASKA perlulah mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

76

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Lokasi dan Keadaan Tapak 1. Perletakkan Tadika dan TASKA hendaklah dalam lingkungan 400 meter jarak berjalan kaki di dalam kawasan perumahan. Jalinan laluan pejalan kaki ke Tadika dan TASKA hendaklah tanpa melintasi jalan utama. Jika terdapat jalan yang perlu dilintasi, kemudahan seperti lintasan pejalan kaki, jejantas atau lampu isyarat hendaklah disediakan. 2.

Kemudahan lintasan pejalan kaki di hadapan Tadika untuk tujuan keselamatan (Putrajaya, 14 Julai 2011).

ii. Tapak kemudahan Tadika dan TASKA tidak dibenarkan di kawasan berpaya, berbukit dan bercerun curam5 serta kawasan berisiko bencana seperti hakisan, tanah runtuh serta banjir, berdekatan laluan talian rentis elektrik dan kawasan industri atau kilang berisiko tinggi. iii. Tadika dan TASKA tidak dibenarkan di sepanjang jalan atau berhampiran jalan utama untuk keselamatan kanak-kanak dan juga untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. iv. Semua cadangan tapak Tadika dan TASKA hendaklah cekap, selamat dan efisien dari aspek sistem sirkulasi lalu lintas serta mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi untuk memudahkan urusan menghantar dan mengambil kanak-kanak di samping menekankan aspek keselamatan.

77

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Reka Bentuk Bangunan Selain daripada aspek perancangan tapak, reka bentuk bangunan juga perlu diberi perhatian oleh pemaju atau pengusaha Tadika dan TASKAdengan mengambil kira kehendak-kehendak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kesihatan dan memenuhi keperluan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 dan lain-lain garis panduan yang berkaitan khususnya: i. Keperluan keluasan lantai dan komponen kemudahan seperti yang ditetapkan. ii. Reka bentuk bangunan perlu mengambil kira keperluan semua golongan sama ada kanakkanak, dewasa, tua dan golongan OKU (termasuk kanak-kanak OKU) bagi memberi kemudahan akses di dalam dan di luar bangunan. Kemudahan-kemudahan asas yang bercirikan reka bentuk sejagat (Universal Design)6 seperti ramp dan handrail hendaklah disediakan mengikut keperluan dan kesesuaian. Sila rujuk Garis Panduan Perancangan Reka Bentuk Sejagat (Universal Design), JPBD SM, 2011. iii. Reka bentuk bangunan perlu mengambilkira keperluan Tadika dan TASKA yang terletak di aras pertama dibangunan 2 tingkat atau lebih,termasuk bangunan perniagaan di mana jalan keluar dan tangga kecemasan hendaklah disediakan.

Contoh Tadika di lot kediaman yang menyediakan tangga kecemasan. Contoh Tadika di lot perniagaan yang tidak menyediakan tangga kecemasan.

78

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK iv. Bagi Tadika yang hendak dijalankan di kompleks atau lot-lot perniagaan, keperluan ruang permainan hendaklah disediakan bagi menggantikan kawasan lapang. Sila rujuk keperluan keluasan ruang lantai minimum pada Jadual 4.0. Keluasan Ruang Lantai Minimum

a. Tadika Keluasan ruang lantai minimum bagi Tadika yang beroperasi sama ada di tapak khas/bangunan khas, bangunan berintegrasi, tempat kerja, institusi dan kawasan kediaman (sekiranya perlu, dengan syarat yang ditetapkan) adalah 1,786kp (166mp) seperti di Jadual 4.0.

Jadual 4.0: Keluasan Ruang Lantai Minimum Tadika Perkara Komponen dan Keluasan (kp/mp)

Keluasan Ruang Lantai Minimum

i. Keluasan per kanak-kanak :15kp(1.4mp)x 25org = 375kp(35mp) ii. Dapur = 48kp(4.5mp) iii. Tandas = 65kp(6mp) iv. Bilik Kakitangan = 218kp(20mp) v. Stor = 70kp(6.5mp) vi. Laluan = 210kp(20mp) Jumlah = 986kp(92mp)

Kawasan lapang/ruang permainan dan tempat letak kereta minimum

Kawasan lapang/ruang permainan = 538kp(50mp) Tempat letak kereta : 2 TLK x 130kp(12mp) = 260kp(24mp) (2.4m x 4.8m) Jumlah = 800kp(74mp)

Jumlah kawasan keseluruhan

1,786kp (166mp)

Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2011.

79

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Nota: ii. Anggaran maksimum 25 kanak-kanak per kelas. iii. Keperluan TLK adalah mengikut Garis Panduan Tempat Letak Kereta(TLK) JPBD SM. iv. Keperluan kawasan lapang mengikut Garis Panduan Kawasan Lapang JPBD SM. v. 1 tandas setiap 10 orang kanak-kanak.

80

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Keluasan ruang lantai minimum TASKA adalah bergantung kepada jumlah kanak-kanak di sesuatu TASKA mengikut jenis seperti berikut: Jadual 5.0: Keluasan Ruang Lantai Minimum TASKA Jenis TASKA Keluasan Ruang Lantai Minimum 2.5mp(26.9kp)/kanak-kanak(ruang dapur, i. TASKA di Rumah stor, tandas, bilik kakitangan dan tempat laluan tidak diambil kira).

ii. TASKA di Institusi

3.5mp(37.6kp)/kanak-kanak*(ruang dapur, stor, tandas, bilik kakitangan dan tempat laluan tidak diambil kira).

iii. TASKA di Tempat Kerja

iv. TASKA Komuniti (TASKOM)

Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 2011.

Nota: * Perkiraan 3.5mp/kanak-kanak adalah termasuk pembahagian ruang (mengikut keperluan) seperti sudut blok/binaan, mainan, lukisan/ kraftangan/pameran, prabacaan/pratulis/prasains/pramatematik, sudut kreatif, muzik dan ruang pergerakan bebas.

Pencahayaan dan Pengudaraan Semula jadi

Reka bentuk Tadika dan TASKA perlulah mengambil kira aspek pencahayaan dan pengudaraan semula jadi khususnya pada bangunan baru yang hendak dibina seperti mana yang dinyatakan di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 dan juga kehendak-kehendak Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Tiap-tiap bilik yang direkabentuk sebagai kelas hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi. Ini dibuat melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 20% daripada keluasan lega lantai bilik. 81

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Selain itu, ia hendaklah juga mempunyai ruang buka yang boleh membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu, yang tidak kurang daripada 10% daripada keluasan lega lantai itu.

Material dan Kemasan Dalaman

Material dan kemasan dalaman bangunan hendaklah dari bahan yang tidak membahayakan dan selamat digunakan, contohnya, bilik air hendaklah dibina dengan lantai yang tidak menakung air dan daripada material yang tidak licin. Kemudahan yang disediakan juga perlulah mengikut had ketinggian yang bersesuaian untuk kegunaan kanak-kanak.

Kemasan binaan dan kemudahan yang disediakan perlulah peka terhadap keperluan dan keselamatan kanak-kanak. PROSES PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA Terdapat dua proses penubuhan Tadika dan TASKA iaitu proses Tanpa Kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan dan melalui Proses Permohonan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan. Namun begitu, sebelum mengemukakan permohonan bagi penubuhan Tadika dan TASKA, pemohon hendaklah terlebih dahulu mendaftarkan perniagaan/syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan menjalani Kursus Latihan Pengendali Makanan anjuran KKM dan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) anjuran JKM. Pemohon juga perlu memastikan setiap pekerja di bawah jagaannya menghadiri kursus KAAK. Tindakan seterusnya melibatkan 3 aktiviti utama iaitu Permohonan KM mengikut peruntukan subseksyen 22(3)7 dan subseksyen 22(5)8Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] dan Pelan Bangunan (kecuali di tapak khas yang telah didirikan bangunan), Pendaftaran Tadika

82

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK dan TASKA dan Permohonan Lesen Premis Perniagaan seperti di Rajah 3.0 dan Rajah 4.0. Permohonan-permohonan ini hanya perlu menggunakan satu (1) borang yang telah diselaraskan seperti di Lampiran. Tidak Perlu Melalui Proses Kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan Proses PenubuhanTadika dan TASKA Di Tapak Khas Yang Telah Didirikan Bangunan Untuk cadangan Tadika dan TASKA di tapak khas yang telah didirikan bangunan, pemohon tidak perlu lagi melalui proses permohonan KM dan pelan bangunan. Oleh itu, hanya perlu melalui proses permohonan pendaftaran dan permohonan lesen premis perniagaan dalam tempoh 7 hari. Rujuk Rajah 3.0. Melalui Proses Permohonan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan i. Di Tapak Khas Yang Belum Didirikan Bangunan Untuk cadangan Tadika dan TASKA di tapak khas yang belum didirikan bangunan, pemohon perlu melalui proses permohonan KM9 dan Pelan Bangunan, permohonan pendaftaran dan permohonan lesen premis perniagaan dalam tempoh 21 hari tidak termasuk tempoh pembinaan (Rujuk Rajah 4.0). Untuk Perkara 7.1 dan 7.2, bangunan Tadika dan TASKA boleh disediakan oleh agensi kerajaan, pemaju atau individu. Subseksyen 21 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. 10 Subseksyen 22(3) dan 22(5) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] ii. Di Kawasan Kediaman Untuk cadangan Tadika dan TASKA di kawasan kediaman, pemohon perlu memohon KM10 dan Pelan Bangunan, permohonan pendaftaran dan permohonan lesen premis perniagaan dalam tempoh 21 hari tidak termasuk tempoh pembinaan bagi pengubahsuaian mendirikan tangga kecemasan (Rujuk Rajah 4.0). iii. Di Tempat Kerja/Institusi/Bangunan Perniagaan dan Bangunan Berintegrasi dengan Kemudahan Masyarakat

Untuk cadangan Tadika dan TASKA di tempat kerja, institusi, bangunan perniagaan danbangunan berintegrasi dengan kemudahan masyarakat, pemohon perlu melalui proses permohonan KMdan Pelan Bangunan, permohonan pendaftaran dan permohonan lesen premis

83

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perniagaan dalam tempoh 21 hari tidak termasuk tempoh pembinaan atau pengubahsuaian (Rujuk Rajah 4.0). Rajah 3.0: Tidak Perlu Melalui Proses Kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan

PERMOHONAN PENDAFTARAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN (7 HARI BEKERJA)

Mula

Permohonan Pendaftaran Lesen Premis Perniagaan

Bayaran Fi Pendaftaran Lesen Premis Perniagaan

3
Pembayaran oleh Agensi berkaitan

Pengeluaran Sijil Pendaftaran dan Lesen Premis Perniagaan

Tamat

84

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TINDAKAN DAN PELAKSANAAN Tindakan dan Pelaksanaan Mengikut Rancangan Pemajuan dan Kebenaran Merancang (KM) Bagi penyediaan Tadika dan TASKA di tapak khas yang telah dikenalpasti oleh RT dan RKK yang belum didirikan bangunan dan telah mendapat kelulusan KM, pemaju, PBT, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan agensi pelaksana iaitu JPN dan JKM (Tadika Komuniti) perlu memberi perhatian terhadap perkara berikut: i. PBT hendaklah memaklumkan kelulusan KM kepada pemaju, JPBD Negeri, PTG serta mengemukakan salinan pelan susunatur yang telah diluluskan semasa KM kepada agensi pelaksana untuk tindakan pemajuan; ii. Pemaju perlu membuat serahan tapak tersebut mengikut permohonan melalui Borang 12A [Permohonan Untuk Penyerahan Balik Tanah (Mengenai Kesemua Tanah Itu)] atau 12B [Permohonan Untuk Penyerahan Balik Tanah (Mengenai Sebahagian Daripada Tanah Itu Sahaja)] atau 12D [Permohonan Untuk Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula] di bawah Kanun Tanah Negara; iii. Agensi pelaksana perlu mengemukakan permohonan melalui Persuruhjaya Tanah Persekutuan sama ada bagi pemberimilikan/pengambilan balik; iv. Agensi pelaksana berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri serta memohon peruntukan bagi pemilikan tapak. Kos pemilikan tanah adalah melalui bayaran premium (jika tanah kerajaan) dan mengikut harga pasaran (jika tanah individu); v. PTG mengambil tindakan untuk warta/pemberimilikan tanah bagi Tadika dan TASKA dan membuat pemberitahuan melalui pewartaan kepada JPBD Negeri dan PBT; vi. Agensi pelaksana dengan bantuan peruntukan dari kementerian masing-masing membina bangunan Tadika dan TASKA; dan vii. Agensi pelaksana perlu menentukan peruntukan/kos pemantauan dan penyelenggaraan bangunan Tadika dan TASKA.

85

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 8.2 Tindakan dan Perlaksanaan Lain Yang Perlu Diberi Perhatian i. Pembinaan bangunan Tadika dan TASKA perlu mendapatkan Sijil Siap dan Pematuhan [Completion and Compliance Certificate (CCC)]. Walau bagaimanapun, projek-projek yang diurus dan diseliakan oleh JKR boleh dikecualikan daripada mendapatkan CCC, namun kesemua pelan yang berkaitan dengan pembinaan Tadika dan TASKA tersebut hendaklah dikemukakan kepada PBT untuk direkodkan. ii. Di peringkat pembinaan, pemaju atau Pengurus Hartanah bertanggungjawab untuk memastikan kualiti, keselamatan dan kredibiliti Tadika dan TASKA terjamin. iii. Di peringkat operasi, adalah menjadi tanggungjawab pengusaha untuk memastikan pengurusan dan penyelenggaraan premis Tadika dan TASKA sentiasa di dalam keadaan selamat, bersih dan selesa. iv. Penguatkuasaan dasar, polisi dan pemantauan premis berkaitan perkhidmatan Tadika dan TASKA adalah di bawah tanggungjawab JPN, JKM dan KKM dengan dibantu oleh PBT berkaitan bagi pemantauan premis tersebut. v. Pengeluaran sijil pendaftaran untuk Tadika dan TASKA adalah di bawah tanggungjawab JPN dan JKM masing-masing.

KADAR BAYARAN FI PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA Bayaran fi penubuhan Tadika dan TASKA melibatkan 3 fi utama iaitu: i. Fi KM dan Pelan Bangunan; ii. Lesen Premis Perniagaan; dan iii. Fi Pendaftaran Tadika dan TASKA.

86

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Kadar Bayaran Fi KM dan Pelan Bangunan Jadual 5.0: Kadar Bayaran Fi KM dan Pelan Bangunan Bil Jenis Permohonan Kadar Bayaran Mengikut Kategori PBT Bandaraya RM150.00 setiap permohonan RM100.00 bagi setiap permohonan RM250.00 Majlis Perbandaran RM100.00 setiap permohonan RM90.00 bagi setiap permohonan RM190.00 Majlis Daerah RM70.00 setiap permohonan RM80.00 bagi setiap permohonan RM150.00

1 2

Kebenaran Merancang Pelan Bangunan

JUMLAH

PENUTUP Penyediaan Garis Panduan ini dijangka akan dapat mempermudah dan mempercepatkan proses pendaftaran dan pelesenan operasi pengusaha Tadika dan TASKA, di samping menjamin keselamatan kanak-kanak di dalam proses pengasuhan dan pembelajaran prasekolah yang berkualiti. Garis Panduan ini telah memberi penekanan terhadap keperluan penyediaan Tadika dan TASKA di tapak khas. Walaubagaimanapun penyediaan Tadika dan TASKA di kawasan kediaman adalah dibenarkan, sekiranya perlu. Garis panduan ini juga menetapkan supaya permohonan bagi penubuhan Tadika dan TASKA hendaklah melalui kaunter pusat setempat (OSC) di PBT yang mana proses kerja di OSC perlu diselaraskan dan mengikuti senarai semak yang telah diseragamkan. Namun begitu, agensi teknikal berkaitan masih bertanggungjawab terhadap operasi dan pemantauan Tadika dan TASKA mengikut bidang kuasa masing-masing. Bagi jangka masa panjang, Tadika dan TASKA hendaklah dilihat sebagai entiti sosial dan bukannya perniagaan kerana ia menawarkan pendidikan awal kanak-kanak sebagai persediaan ke alam persekolahan sebenar. Oleh itu, aspek perundangan dan peraturan berkaitan, khususnya perihal tanah hendaklah diperkasakan semula. Adalah menjadi hasrat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia agar Garis Panduan yang digubal ini dapat memandu pihak-pihak terlibat termasuk pengusaha, PBT dan agensi bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan Tadika dan TASKA.

87

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 6 Memahami kanak-kanak dan pendidikan awal kanak-kanak

Pengenalan

Kanak-kanak ialah manusia yang muda, iaitu seseorang yang masih belum mencapai baligh. Kanak-kanak terbahagi kepada beberapa peringkat umur dan mempunyai tahap kemampuan yang berbeza dengan bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa. Sebaliknya, "pediatrik" merupakan cabang perubatan yang berkenaan dengan penjagaan kanak-kanak dari waktu pranatal sehingga remaja dan dewasa muda (umur antara 0 sehingga 21 tahun). Sebenarnya, model dan teori perkembangan awal kanak-kanak terbahagi kepada banyak jenis. Antara model yang terdapat dalam perkembangan awal kanakkanak ialah Model Projek, Model Pendekatan Reggio Emilia, Model Pendekatan Eriksonian, Model Montessori dan Model Analisis Tingkah Laku. Selain itu, antara teori yang berkaitan dengan perkembangan awal kanak-kanak ialah Teori Kematangan atau Kognitif, Teori Intreraksi, Teori Kecerdasan Pelbagai dan Teori Kecerdasan Emosi dan Teori Tingkah Laku. Dalam tugasan ini, kumpulan kami telah memilih Model Montessori dan Model Reggio Emilia. Kebanyakan model mempunyai perkaitan dengan teori bergantung kepada kandungan yang terdapat pada model tersebut. Model Montessori ialah model yang diasaskan oleh Maria Montessori dan model ini berkaitan dengan penerokaan kepada persekitaran, melalui penggunaan sensori-deria, belajar melalui aktiviti bermain dan belajar melalui fasa sensitive period (belajar bahasa tanpa pembelajaran formal). Kaedah Montessori, mula diperkenalkan di Casa dei Bambini, atau Rumah Kanak-kanak. Kaedah ini berpegang kepada dua prinsip, iaitu :

a) Kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan persekitaran di mana mereka berada, serta dengan bahan-bahan manipulative yang dibekalkan. Kanak-kanak digalakkan untuk berbuat demikian tanpa bantuan orang dewasa.

88

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK b) Kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri sendiri. Kedua-dua prinsip berikut telah mengilhamkan beliau dari segi reformasi pendidikan, metodologi, psikologi, pengajaran dan latihan perguruan. Teori yang berkaitan dengan Model Montessori antaranya ialah berkaitan dengan teori pendekatan Froebel, Teori Jean Piaget dan Vygotsky. Manakala Model Reggio Emilia pula berasaskan prinsip sosial konstruktivis seperti Piaget, Dewey, Montessori dan Vygotsky melihat keistimewaan yang ada pada kanak-kanak, persekitaran fizikal dan pengurusan ruang amat penting serta mendirikan sekolah berkeperluan khas. Pendekatan Reggio Emilia mengajar kanak-kanak kecil dengan menempatkan perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak serta hubungan rapat untuk membolehkan mereka berkongsi dengan persekitaran mereka di pusat asuhan. Setiap model dan teori perkembangan awal kanak-kanak adalah kaedah atau cara untuk mendidik kanak-kanak supaya lebih berkesan dan sesuai dengan peringkat umur kanakkanak.

1.0 DEFINISI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan bermaksud perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif. Atan (1982) dalam Suppiah Nachiappan et al. (2008) menjelaskan, Perubahan yang bersifat kualitatif, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Sementara Papalia dan Olds (1979) dalam Suppiah Nachiappan et al. (2008) menjelaskan, pembelajaran tentang perkembangan kanak-kanak memfokuskan kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kuatitatif dan kualitatif. Rumusannya, pertumbuhan adalah perubahan bersifat kuantitatif yang boleh diukur dan diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan kanakkanak daripada satu peringkat ke satu peringkat perkembangan. Perkembagan adalah perubahan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku terhadap kanak-kanak seperti perubahan dalam penggunaan kata-kata atau bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran (Suppiah Nachiappan at al.;2008)

89

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2.0 MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

2.1 MODEL PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK a) Model Montessori Latar Belakang Model Pendidikan Montessori Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal. Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut. Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor.

Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau kepada kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa. Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

Model Montessori dalam pendidikan awal kanak-kanak muncul dalam awal abad ke 20. Dr. Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalam perubatan daripada Universiti Rome. Beliau telah menubuhkan sekolah Montessori yang dikenali sebagai Casas dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanakkanak yang kurang berupaya. Beliau telah dipengaruhi oleh Rousseau, Locke, Itard dan Sequin. Beliau bersetuju dengan Rousseau bahawa kebebasan adalah penting bagi kanak-kanak dan konsep kelas sebagai sebuah komuniti. Beliau mempelajari pentingnya pengalaman awal, ketertiban, dan deria dari Itard dan Sequin. Itard dan Sequin adalah pelopor awal dalam penilaian ke atas kanak-kanak, terutamanya kanakkanak dengan keperluan khasnya.

90

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Montessori mengembangkan bahan sensori untuk belajar yang merefleksikan kegiatan yang konkrit sepertimana yang digunakan oleh Sequin dan itard untuk penilaian. Seperti Piaget, teori perkembangan Montessori juga adalah konstruktivis. Beliau mengambarkan peringkat dalam perkembangan atau tempoh sensitif untuk belajar. Chattin-McNichols (1992) dalam Sue C. Wortham (2010) menyatakan, seperti Piaget dan Vygotsky, Montessori percaya dalam alam pembelajaran yang aktif dimana guru berkhidmat sebagai pembimbing kepada perkembangan kanak-kanak. Kaedah Mengajar

Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). Ciri-ciri berikut adalah : Semua kanak-kanak mempunyai absorbent mind. Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif. Semua kanak-kanak ingin belajar. Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja. Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan. Semua kanak-kanak ingin berdikari.

Montessori menekankan kepada : Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan Sensory Teaching And Learning. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu The part to intellectual development is through the hand, merupakan tema yang penting dalam kaedahnya.

91

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Matlamat Pendidikan Montessori Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek. Persatuan Montessori Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada tahun 1998 menyatakan bahawa matlamat program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut (Nor Nurulhayati et al., 2009) :

Penumpuan Kemahiran membuat pemerhatian Kesedaran dan segi susunan dan urutan Koordinasi Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali Konsep matematik Kemahiran bahasa Kemahiran menulis dan membaca Kebiasaan dari segi seni kreatif Kefahaman tentang alam semulajadi Pengalaman dalam memahami sains sosial Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah Pendidikan Montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu :

Persekitaran Pusat Prasekolah. Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai kawasan yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik, teratur, sistematik dan indah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

92

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Kanak-kanak Berdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalam aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

Guru Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat self rewarding, motivasi intristik. Guru-guru Montessori mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti kursus intensif di peringkat ijazah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

Bahan Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk men gajarpelajaran tertentu.berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut. Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang divarnish (NorNurulhayati Aris et al., 2009).

Kurikulum Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah : Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian. Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria. Aktiviti yang bercorak akademik.

Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living) Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti: Mengenakan butang baju Memasang tali kasut Menggilap kasut 93

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Menyikat rambut Menyiram pokok Mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja.

Bahan Deria (Sensorial Material) Untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta berbagai alat bantuan mengajar seperti : Pink Tower Brown Stairs Red Rods Cylinder Block Smelling Jar Baric Tablets Latihan Mengecam Warna Sound Boxes Temperature Jugs Pelbagai Jenis Kain

SUASANA PEMBELAJARAN MONTESSORI

Berkerjasama dalam melakukan Aktiviti mengilap pasu aktiviti menggunakan bahan montessori bunga.

94

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI

Gambar: Pink Interlocking Gambar: Wooden Shapes &

Gambar: Wooden Shapes & Numbers

Gambar: Butterfly Wave Tray Puzzle

Gambar: Fruits 3-D Felt Motif Set

95

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI

Gambar: First Storytime Book and CD Set

Gambar: Ten Ring Puzzle Stacker

Gambar: Lobster Spooning & Tonging Kit

Gambar: Wood Sequence Patterns & Beads

96

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK b) Pendekatan Reggio Emilia

Seperti yang telah diketahui, Pendekatan Reggio Emilia adalah berasaskan falsafah Loris Malaguzzi iaitu orang yang menubuhkan pengurusan komuniti sekolah dan pusat asuhan di Bandar Reggio Emilia dalam daerah Utara Itali di Emilia Romagna selepas perang dunia kedua. Falsafah Malaguzzi dibina oleh John Dewey yang terjadi lebih dahulu dalam kerja Pestalozzi dan Proebel. Gardner (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, walaupun begitu Reggio Emilia mempunyai pendekatan yang lebih, tetapi telah mempertimbangkan di sini dalam tempoh waktu pendekatannya kepada kurikulum, nota itu adalah penggodaan kepada sifat romantik Reggio, Reggio adalah berkaitan dengan kawasan khusus di Itali dan tidak boleh diambil dan dipindahkan ke negara lain. Walaubagaimanapun, kebanyakan idea dasar dalam pendekatan Reggio ke kurikulum boleh berhubung dalam konteks yang berbeza. Rinaldi (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, imej kanakkanak dalam pendekatan Reggio adalah seperti kaya, kuat, berkuasa.

Kesemua kanak-kanak tidak mengira sama ada yang terlalu muda adalah dijangkakan bersosial dan kanak-kanak juga dilihat sebagai perantaraan aktif dalam mendirikan pembelajaran mereka sendiri. Melalui pendekatan Reggio, pemikiran kanak-kanak, idea-idea dan persoalanpersoalan perlu diambil serius. Gardner (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, model pendidik dalam pendekatan Reggio ialah mendengar kanakkanak, memajukan kanakkanak dengan mengambil inisiatif dan membimbing pembelajaran mereka Malaguzzi (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menerangkan, pendidik berpusatkan model ialah untuk mengaktifkan (bermaksud membuat mengikut kemampuan kanak-kanak). Edwards, Gandini & forman (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, pendekatan Reggio dalam kurikulum ialah berdasarkan kecemerlangan intelektual kanak-kanak yang dididik melalui fokus sistematik yang diwakili oleh simbolik. Kanak-kanak digalakkan untuk mewakili idea-idea mereka dan memahami melalui (100 bahasa) mereka atau menunjukkan mod-mod, termasuklah bercakap, menulis, melukis, mewarna, membina dan mengukir sebagaimana seperti permainan bayang-bayang, menari, kolaj, permainan drama dan muzik.

97

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Kekuatan fokus dalam seni visual bermaksud meneroka dunia dan menunjukkan sifat memahami pendidik di sekolahsekolah Reggio dan pusat asuhan, memberi perhatian bahawa banyak cara yang membolehkan kanak-kanak menonjolkan diri mereka dan mencadangkan banyak pendekatan tradisional untuk meremehkan kemampuan kanak-kanak. Pendekatan Reggio adalah berpusatkan kurikulum. Pendekatan kolaboratif memfokuskan kepada pembelajaran, dengan kekuatan pasangan antara pendidik,kanak-kanak, keluarga dan komuniti tempatan, penekanan dan mengambil hati kanakkanak dalam menyelesaikan masalah dan projek-projek dalam kumpulan kecil berpasangan. Spaggiari (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, pengurusan berasaskan komuniti mempromosikan interaksi yang kuat dan komunikasi antara pendidik-pendidik, keluarga kanak-kanak dan komuniti. Kerja pendidik dalam pasangan mengajar dan berjumpa sebagai satu pasukan dengan pendidik yang lain seperti satu keluarga. Katz (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, persekitaran-persekitaran adalah seperti di rumah dan atmosfera kehidupan bersifat kumpulan. Edward Gandini & Forman (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, kunci lain yang diperkenalkan ialah kelancaran dengan kanak-kanak kumpulan yang sama dan tinggal bersama dengan pendidik untuk dua hingga tiga tahun. Pendekatan Reggio Emilia adalah satu falsafah pendidikan pra-sekolah dan berfokuskan kepada dasar pendidikan. Ia bermula daripada Loris Malaguzzi dan ibu bapa dari desa-desa sekitar Reggio Emilia di Itali selepas Perang Dunia II. Kehancuran daripada perang menyebabkan ibu bapa percaya mereka memerlukan sesuatu yang baru dan pendekatan yang cepat untuk mengajar anak-anak mereka. Mereka berasa bahawa dalam tahun-tahun awal perkembangan anak-anak yang membentuk siapa penting bagi mereka sebagai individu. Hal ini menyebabkan penciptaan program berdasarkan prinsip-prinsip rasa hormat, tanggungjawab, dan masyarakat melalui penerokaan dan penemuan dalam menyokong dan memperkembangkan persekitaran berdasarkan kepentingan anak-anak melalui kurikulum berpandukan diri.

98

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Falsafah

Pendekatan Reggio Emilia di Itali terkenal di seluruh dunia bagi pendekatan inovatif pendidikan. Falsafah pendidikan telah dikenali sebagai Pendekatan Reggio Emilia yang banyak bagi program pra-sekolah di seluruh dunia termasuk yang telah diubahsuai di Amerika Syarikat. Falsafah Reggio Emilia berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut :

Kanak-kanak harus mempunyai kawalan bagi arah belajar mereka.

Kanak-kanak harus dapat belajar melalui pengalaman menyentuh, bergerak, mendengar, melihat, dan mendengar.

Kanak-kanak mempunyai hubungan dengan kanak-kanak lain dan dengan material di dunia bahawa anak-anak harus dibiarkan untuk meneroka.

Kanak-kanak harus kehabisan cara dan kesempatan untuk mengekspresikan diri.

Pendekatan Reggio Emilia mengajar kanak-kanak kecil dengan menempatkan perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak serta hubungan rapat yang membolehkan mereka berkongsi dengan persekitaran mereka di pusat asuhan. Program kanak-kanak pada usia ini telah berjaya disesuaikan dengan falsafah pendidikan dan mereka tertarik kepada Reggio kerana cara pandangan dan menghormati kanak-kanak.

Kebanyakan ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke program Reggio Emilia yang menggabungkan banyak prinsip dalam mengasuh anak mereka dan kehidupan rumah. Bahkan dengan hubungan antara sekolah dan rumah, kebanyakan orang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada anak-anak Reggio ketika mereka melakukan peralihan daripada gaya ini untuk pendidikan yang bukan di sekolah Reggio Emilia. Jawapannya ialah bahawa ada beberapa penyesuaian yang harus terjadi. Dalam kebanyakan persekitaran sekolah, sifat ingin tahu intelektual dihargai, sehingga siswa terus mendapat keuntungan dari Reggio selepas mereka telah meninggalkan program. 99

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Ibu bapa 'cermin peranan masyarakat, sama ada di seluruh sekolah dan tingkat kelas. Ibu bapa diharapkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan tentang dasar sekolah, keprihatinan perkembangan anak, dan kurikulum perancangan dan taksiran. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan ibu bapa termasuk ibu bapa yang bekerja juga menghadiri pertemuan yang diadakan pada malam hari sehingga semua yang ingin menyertai boleh melakukannya.

Dalam pendekatan Reggio, guru dianggap bukan hanya sebagai jurulatih. Guru digalakkan untuk memudahkan kanak-kanak belajar melalui kegiatan perancangan dan pelajaran berdasarkan kepentingan kanak-kanak, mengajukan soalan untuk lebih memahami, dan secara aktif terlibat dalam kegiatan bersama kanak-kanak, bukannya duduk kembali dan mengamati kanak-kanak belajar. "Sebagai rakan kepada kanakkanak, guru dalam situasi belajar" (Hewett, 2001). Ketika bekerja pada projek-projek dengan kanak-kanak, guru juga boleh memperkembangkan kanak-kanak dengan belajar mengumpul data seperti foto, nota, video, dan perbualan yang boleh dirakam.

100

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK Teori kecerdasan pelbagai, Howard Gardner

Howard Gardner

Dr. Howard Gardner dilahirkan di Scranton, PA pada tahun 1943. Orang tuanya ialah pelarian daripada Nazi Jerman. Seorang anak yang sangat gemar membaca dan mencintai muzik, dia kemudian menjadi pemain piano yang berbakat. Sebagai seorang pemuda, dia mendaftarkan diri di Harvard University dan menemui tempat yang menyenangkan untuk belajar. Ia bermula sebagai sejarah besar tapi akhirnya mengarah pada perkembangan kognitif psikologi. Pada tahun 1983, beliau mengembangkan teori kecerdasan pelbagai yang sangat dikenali ramai. Beliau telah terlibat dalam reformasi sekolah sejak 1980-an. Pada tahun 1986, beliau mula mengajar di Harvard Graduate School of Education dan memulakan peranannya di Projek Zero, sebuah kumpulan penyelidikan yang berfokus tentang kognisi manusia dengan fokus khusus tentang seni. Dr. Howard Gardner berkahwin dengan Ellen Winner, seorang psikologi perkembangan, dan mempunyai empat anak dan satu cucu. Ghairah hidupnya adalah keluarga dan karyanya. Dia sangat menggemari untuk melancong dan seni (DreamDolphin Media, 2007).

Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Mengikut Gardner, kecerdasan yang terdapat pada seseorang bukanlah hanya diwarisi semata-mata. Pada pandangan beliau, jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan sebagai tidak cerdas mengikut ukuran ujian IQ tidak semestinya anakanak mereka juga tidak cerdas. Kajian yang dijalankan oleh beliau terhadap kanakkanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah professional (Suppiah Nachiappan et al., 2008).

101

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya:

1. Individu mempunyai sembilan kecerdasan 2. Kecerdasan boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan. 3. Kecerdasan tidak berkembang seiring. 4. Satu atau dua kecerdasan tersebut boleh berkembang sepenuhnya. 5. Kecerdasan boleh dirancang. 6. Kecerdasan boleh dipindahkan. Contohnya, daripada kecerdasan interpersonal kepada kecerdasan verbal-linguistik.

Menurut Gardner lagi, teori kecerdasan pelbagai adalah berdasarkan pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan kepada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini disebabkan kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Kecerdasan pelbagai mencakupi Sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) (Suppiah Nachiappan et al., 2008).

Jenis-jenis teori kecerdasan pelbagai

Menurut

Gardner

(1983),

terdapat

sembilan

kecerdasan

pada

manusia,

iaitu

verballinguistik, logik matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intarpersonal, naturalis dan eksistensialisme. Daripada sembilan kecerdasan tersebut, kecerdasan naturalis dan eksistensialisme merupakan dua jenis kecerdasan yang terkemudian diperkenalkan oleh Gardner (Suppiah Nachiappan et al., 2008).

102

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Verbal Linguistik

Individu yang mempunyai kecenderungan dalam kecerdasan jenis verbal-linguistik boleh berfikir dan mampu menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mereka akan sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka mampu untuk berkomunikasi dengan baik melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca serta menulis. Mereka peka terhadap berbagai-bagai fungsi bahasa terutamanya dari segi kebolehan untuk mencuit perasaan dan emosi. Oleh itu, mereka mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat, gemar akan makna yang kompleks, mudah mengingati maklumat dan boleh memberi keyakinan kepada orang lain. Mereka juga pastinya pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca. Contoh-contoh aktiviti ialah memperkayakan perbendaharaan kata, berucap secara formal, berjenaka dan bercerita. Penyair, penyiar radio, pembaca berita, penceramah, penulis, pensyarah dalam bidang sastera, pengacara, dana ahli politik yang handal adalah pekerjaan yang sepadan untuk mereka yang mempunyai kecerdasan verballinguistik ini (Suppiah Nachiappan et al., 2008).

Logikal-Matematik

Kecerdasan logikal-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu, pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang kompleks berkaitan matematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap (Suppiah Nachiappan et al., 2008).

Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling mereka. Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, mereka juga suka mengklafikasikan benda untuk mudah mengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini ialah penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. 103

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan matematik dan sains (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Visual-Ruang

Kecerdasan visual-ruang merupakan kebolehan gambaran mental dan berupaya mengamati dunia melalui visual. Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat dan betul. Mereka dapat mengenali objek, bentuk, warna, dan corak dalam persekitaran. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga boleh berfikir dalam bentuk gambaran dan bayaran secara tiga dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak

menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang.

Kecerdasan visual-ruang membolehkan seseorang mempersembahkan idea-idea visual dan ruang secara grafik. Mereka biasanya kaya dengan imageri dalaman (internal imagery) sehingga berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Kecerdasan ini juga mampu membuat seseorang pelajar selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Sementara mereka yang termasuk dalam golongan cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna, membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat. Contoh-contoh aktiviti yang berkaitan kecerdasan visualruang ialah melukis, mengecat, mengenali skema warna dan ruang, mencipta gambaran mental, berimaginasi secara aktif dan gemar mengurus peta minda. Biasanya, orang yang mempunyai kecerdasan visual-ruang dilatih menjadi seorang pelukis yang terkemuka, arkitek yang popular serta pengukir dan pereka yang disengani (Suppiah Nachiappan et al., 2008).

Kinestetik

Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain (Suppiah Nachiappan et al., 2008). 104

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Di samping itu, individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Mereka berupaya menggunakan kemahiran fizikal untuk meluahkan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan semasa bergerak. Orang yang cerdas dalam bidang kinestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan kecerdasan kinestetik ialah tarian kreatif, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera,polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Muzik

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Seseorang ini mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini,baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik (Suppiah Nachiappan et al.,2008).

Mereka juga dapat menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagaibagai alat dan permainan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka kepada ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi dengan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. Penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini (SuppiahNachiappan et al., 2008). 105

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Interpersonal Kecerdasan interpersonal merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat, dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka juga dapat memberi motivasi kepada orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain (Suppiah Nachiappan et al., 2008).

Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Contoh aktiviti ialah komunikasi sesama individu, latihan kolaboratif, memberi maklum balas, strategi pembelajaran koperatif dan sedia bekerjasama. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi akan lebih sesuai mempunyai pekerjaan seperti pemimpin agama, guru, jurujual, pengacara, usahawan, jururawat, doktor dan pekerja sosial (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Intrapersonal Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran

metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari (Suppiah Nachiappan et al., 2008).

Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Biasanya individu dengan tahap kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. Contoh aktiviti ialah teknik metakognitif, strategi pemikiran, proses emosi, penaakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan. Individu yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi dapat menjadi seorang penulis 106

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK yang handal, penyajak, ahli motivasi, pakar kaunseling, ahli psikologi, guru dan ahli falsafah yang terkemuka (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Naturalist Kecerdasan naturalist merujuk kepada kebolehan untuk mengenal pasti dan

mengkategorikan pola, corak atau bentuk yang terdapat di alam sekitar. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalist yang menonjol biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Lazimnya, mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Mereka memiliki tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk pada binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Kecerdasan naturalist juga membolehkan mereka menikmati benda-benda dan cerita yang berkaitan dengan fenomena alam, contohnya terjadinya awan dan hujan, asal-usul binatang, pertumbuhan tanaman dan sebagainya. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalist akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti di luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar, ahli geologi dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan naturalist yang tinggi (Suppiah Nachiappan et al., 2008). Eksistensialisme

Orang yang memiliki kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang tertentu. Mereka cenderung bersikap untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.Mereka berkemampuan untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah- tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku fasafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam seperti Adakah makhluk lain selain manusia di alam semester, Berapakah jumlah kenderaan yang ditemui disepanjang perjalanan ke pejabat? dan sebagainya (Suppiah Nachiappan et al., 2008). 107

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Kesimpulannya dengan memanfaatkan kecerdasan masing-masing, semua tokoh di atas akhirnya menempa nama dalam bidang masing-masing. Dengan kata lain, masa depan yang cerah adalah menjadi penyumbang utama di dalam sejarah manusia seterusnya dihormati sepanjang zaman. Hal ini kerana, tokoh-tokoh ini dapat menyumbangkan pandangan, idea-idea dan pelbagai lagi terutamanya berkaitan dengan bidang masing-masing untuk masyarakatnya.

b) Teori pembelajaran konstruktivisme

Menurut Kauchak, D. P. dan Eggen, P.D. (1998) dalam Noor Azizah Ahmad (2006) menyatakan, pembelajaran secara Konstruktivisme adalah satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan. Pembentukan pengetahuan baru tersebut lahir daripada gabungan pembelajaran yang terdahulu dengan persekitaran semasa. Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, guru merekabentuk situasi pembelajaran di mana pelajar boleh mencipta penyelesaian mereka sendiri terhadap tugasan pembelajaran tersebut.

Menurut Sharifah Maimunah (2001) dalam Noor Azizah Ahmad (2006) menyatakan, pembelajaran konstruktivisme ini bertitik tolak daripada teori pembelajaran Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang mementingkan perubahan tingkahlaku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran dianggap berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku kepada pelajar contohnya daripada tidak tahu kepada tahu. Hal ini, kemudiannya beralih kepada teori pembelajaran Kognitivisme yang diperkenalkan oleh Jean Piaget di mana idea utama pandangan ini adalah mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental dikenali sebagai skema yang akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima difahami oleh manusia. Jika idea tersebut sesuai dengan skema, idea ini akan diterima begitu juga sebaliknya dan seterusnya lahirlah teori pembelajaran Konstruktivisme yang merupakan pandangan terbaru di mana pengetahuan akan dibina sendiri oleh pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

Menurut Arends, R. I. (1997) dalam Noor Azizah Ahmad (2006) menyatakan, pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh didefinisikan sebagai satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Lev Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia percaya bahawa pelajar yang bijak adalah individu yang berhadapan dengan benda baru dan menggunakan pengalaman serta

108

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK mereka bersungguh-sungguh untuk menghuraikan kelainan berdasarkan pengalaman-

pengalaman tersebut.

Manakala mengikut Sushkin, N. (1999) dalam Noor Azizah Ahmad (2006), beliau menyatakan bahawa teori Konstruktivisme ini memerlukan penekanan diberikan kepada pelajar lebih daripada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa serta memperolehi kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru itu, pelajar membina sendiri konsep dengan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi serta inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkan.

Menurut Borich dan Tombari (1997), dalam bukunya Educational Psychology. A Contemporary Approach (ms. 177) dalam Teori pembelajaran (2009) menyatakan, pendekatan pembelajaran konstruktivisme (constructivism) ialah Constructivism is an approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal connections or relationships among the ideas and facts being taught. Dalam definisi ini, mereka menjelaskan bahawa konstruktivisme adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstuktivisme juga dikenali sebagai fahaman binaan. Menurut Woolfolk (1998), dalam bukunya Educational Psychology dalam Teori pembelajaran (2009) menyatakan, Constructivist perspectives View that emphasizes the active role of the learner in building understanding and making sense of information.

Dari

kenyataan-kenyataan

ini

jelaslah

bahawa

mengikut

teori

pembelajaran

konsruktivisme, pelajar perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah dan telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang psikologi kognitif dan pendidikan. Yager (1999) dalam Teori pembelajaran (2009) menjelaskan, pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu Giambatista Vico, mengatakan one only knows something if one can explain it. Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Cheek (1992) dalam Teori pembelajaran (2009) menyatakan, misalnya, pelajar menerima maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan 109

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut. Seterusnya, perspektif konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt, Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey (Teori pembelajaran, 2009).

Mengikut John Dewey (1966) dalam Teori pembelajaran (2009) menyatakan, pembelajaran bermakna (meaningful learning), melibatkan belajar dengan membuat (learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey mempelopori gerakan progresivisme dalam pendidikan.

Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya terjemahan, Play, Dreams and Imitation in Childhood dan Vygotsky (1978) dalam Mind in Society yang dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme dalam perkembangan minda kanak-kanak (Teori pembelajaran, 2009). Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku teks telah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey dan Bruner.

Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula dalam pembelajaran sains dan matematik yang cuba menyemarakkan perspektif konstruktivisme (Teori pembelajaran, 2009). Pembelajaran dan pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme boleh dilaksanakan dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut (Teori pembelajaran, 2009) : Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep. Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain. Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka. Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap pandangan mereka. Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk hands on dan minds on. Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. 110

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis. Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar. Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain. Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar. Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai teori pengajaran-pembelajaran yang telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi. Teori-teori ini boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh guru-guru dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Namun, guru-guru perlulah memahami pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan ini berdasarkan kepada teori-teori pengajaran pembelajaran yang ada.

Teori perkembangan kognitif, Jean Piaget

Jean Piaget

Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva (Ahmad Tramizi Talib, 2009).

Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist". Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja 111

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanakkanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanakkanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak (Ahmad Tramizi Talib, 2009).

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanakkanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

Teori perkembangan kognitif Piaget bukanlah satu teori psikologi tetapi hanyalah satu pandangan epistemology iaitu satu falsafah pengetahuan yang diperolehi melalui pemerhatian terperinci ke atas kanak-kanak pada tahap umur dan tahap perkembangan yang berlainan (Jas Laile Suzana Jaafar, 2008 : 85). Di sini, dapatlah kita ketahui teori perkembangan kognitif Piaget adalah satu dapatan yang diperolehi hasil daripada pemerhatian yang terperinci yang dijalankan oleh Piaget ke atas kanak-kanak. Kanak-kanak ini terdiri daripada umur yang tahap perkembangan yang berlainan (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan 4 konsep utama: Skema (Schema) Penyerapan (Assimilation) Pengubahsuaian (Accomodation) dan Keseimbangan (Equilibrium) Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin 112

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap (Perkembangan fizikal dan kognitif kanakkanak, 2008). Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif (Perkembangan fizikal dan kognitif kanakkanak, 2008).

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubahsuai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan

pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubah suai melalui pengubahsuaian skema atau. mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa

113

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Peringkat Sensori Motor (0 2 tahun)

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objekobjek yang dapat dilihat dalam persekitarannya (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Peringkat Pra Operasi (2 7 tahun)

Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Peringkat Operasi Konkrit (7 12 tahun)

Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih

114

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung (Perkembangan fizikal dan kognitif kanakkanak, 2008). Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anakanak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat

pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktorfaktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan diantara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka.

115

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008). Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.

Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsurunsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

Contohnya, kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka (Perkembangan fizikal dan kognitif kanakkanak, 2008).

Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children), perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang melingkunginya, seperti rumah dan sekolah (Perkembangan fizikal dan kognitif kanakkanak, 2008).

116

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu rumah dan sekolah masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosioemosi, personaliti dan mental. Misalnya, perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu.

Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia. Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat sepertib bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan. Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaranpembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

117

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun 1988 (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan fizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapai kematangan).

Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan

kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak (Perkembangan fizikal dan kognitif kanakkanak, 2008). Jean Piaget berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat ini, perkembangan motor kanakkanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai.

Kemahiran-kemahiran

ini

adalah

seperti

lompat

tali

atau

skipping,

berenang,

menunggang basikal dan meluncur (skating). Misalnya, kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis 118

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanakkanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik. Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

Pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanakkanak (Perkembangan fizikal dan kognitif kanakkanak 2008).

Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanakkanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanakkanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol. Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, 119

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran.

Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu (Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain. 3 Ketua Bidang Dasar, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Sharifah Nor Puteh ((Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak, 2008).

120

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PANDANGAN DAN PENDAPAT TOKOH DARI DALAM DAN LUAR NEGARA MENGENAI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Terdapat banyak pandangan dan pendapat daripada tokoh dalam dan luar negara mengenai perkembangan awal kanak-kanak. Antaranya pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak dari Timur seperti Ibnu Khaldun, Imam Al-Ghazali, Ibnu Sina dan juga Ibnu Hazm. Pandangan mereka adalah seperti berikut: Ibnu Khaldun (Nadira Anis Sharina, Nur Fatiha, Nur Hazwani. 2009) : Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah: a. Berperingkat-peringkat. b. Mengadakan latih tubi. c. Menggunakan benda-benda maujud. d. Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar. Kanak-kanak perlu diberikan contoh-contoh konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera. Jadual kanak-kanak disuruh belajar haruslah disusun dengan baik. Contoh teladan yang baik harus didedahkan mendidik kanak-kanak yang belum baligh. Pembacaan al-Quran diajar dahulu sebelum menghafalnya. Kanak-kanak harus dibentuk dengan cara lemah lembut bukannya dengan kekasaran. Jangan dibebankan dengan perkara-perkara diluar kemampuan mereka. Ini menyebabkan mereka: a. Tidak mahu belajar b. Mencerca pengajaran yang diberi. Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa. Imam Al- Ghazali : Kanak-kanak adalah anugerah Tuhan yang mana Allah memberi kepercayaan kepada ibu bapa untuk corakkan hati kanak-kanak yang masih suci bersih menjadi hati yang sangat bernilai dan berharga. Cara mendidik anak-anak ialah pelajaran agama, tingkah laku yang mulia, bersikap tegas dengan kanak-kanak, tidak keterlaluan dalam mendenda anak-anak,

memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. Oleh sebab itu, seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Aktiviti bermain untuk kanakkanak mengikut pendapat Imam Al-Ghazali ialah membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otot mereka, fitrah semulajadi kanak121

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK kanak memang suka bermain, dan dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar (Nadira Anis Sharina, Nur Fatiha, Nur Hazwani. 2009). Ibnu Sina : Sumbangan karyanya yang terbesar ialah Qanun fi Tibb atau dialih bahasakan menjadi Precepts of Medicine. Menurut karyanya, beliau berpendapat ibu bapa dan guru tidak perlu terlalu marah,takut dan bekerja berlebih-lebihan. Kesederhanaan adalah baik dalam membesarkan anak-anak. Aktiviti bermain ,hiburan dan rehat adalah perlu diselang-selikan. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar. Beliau mencadangkan belajar dan bermain secara berkumpulan bersama rakan hampir sebaya dan bukan sebaya (Nadira Anis Sharina, Nur Fatiha, Nur Hazwani. 2009). Ibnu Hazm : 5 tahun adalah sesuai bagi permulaan proses pembelajaran secara sistematik yang bermula dengan mengetahui, meniru, dan menyebut huruf tanpa desakan atau kekerasan bagi mendapatkan kesempurnaan. Kanak-kanak digalakkan berfikir dan cuba menjawab sendiri, manakala guru hanya sebagai pembimbing (Nadira Anis Sharina, Nur Fatiha, Nur Hazwani. 2009).

Selain itu terdapat juga pandangan tokoh-tokoh lain seperti di bawah: Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827) : Idea-idea beliau mengenai pendidikan ialah anak-anak perlu dibimbing secara perlahanlahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak. Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009).Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh. Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping). Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009).

122

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Friedrich Froebel (1782-1852) : Menurut beliau kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main .Antara ideaidea Froebel ialah taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009). Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyibunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Di taman kanakkanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak (Zulkiply bin Hj Yaakob. 2009). Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam

pembelajarannya. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain (Zulkiplybin Hj Yaakob. 2009).

Dr. Mastura Badzis :

Segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang

123

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlak perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya (Zul, 2009). Paul Eggan, Don, Slavin, dan Crow dan Crow :

Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Ladyzuely (2010), berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Slavin (1997) dalam Ladyzuely (2010), berpendapat

perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional dan kognitif serta bahasa. Menurut Crow dan Crow (1980) dalam Ladyzuely (2010) menyatakan, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

Model Montessori

Caplan dan Caplan (1976) dalam Saayah Bt Abu (2008) dalam Perlaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain Di Tadika-tadika Kawasan Melaka Tengah Melaka menyatakan bermain sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan social dan intelek disamping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal ,koordinasi, dan ketangkasan seorang murid. Teori Kognitif Piaget

Good dan Brophy (1990) dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1926) dan dijelaskan oleh Aminah Ayob dalam Syarahan Umum : Pembelajaran Berasaskan Minda Dan Implikasinya Kepada Pendidikan menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru.

124

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Model Erikson

MacNaughton (2005) dalam Model Erikson (1975) dan dijelaskan oleh Mariani Md Nor dalam Realiti Trend Dan Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak menyatakan, pendidikan prasekolah merupakan peringkat awal dalam proses pembelajaran yang amat penting kerana pengalaman di prasekolah dapat member persediaan yang boleh membekalkan kanak-kanak dengan kemahiran, keyakinan diri, dan sentiasa mempunyai sikap yang positif terhadap individu lain tanpa ada kecenderungan (bias) negative terhadap yang lain.

Model Konstruktivisme

Rumelhart dan Norman (1978) dalam Subadrah Nair (2005) menjelaskan dalam Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah menyatakan, seseorang dapat membina kosep dalam kognitifnya dengan menghubungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya dan proses ini dinamakan accretion. Selain itu, konsep-konsep yang ada pada seseorang boleh berubah selaras dengan pengalaman baru yang diperolehinya dan ini dinamakan penyalaan atau tuning. Seseorang juga boleh membina konsep-konsep dalam struktur kognitifnya dengan menggunakan analogi iaitu berdasarnya pengetahuan yang ada padanya. KAJIAN-KAJIAN LEPAS YANG MENYENTUH ASPEK MODEL DAN TEORI YANG BERKAITAN

Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, telah memeriksa perspektif sekumpulan objek dengan menggunakan tiga buah model gunung yang mempunyai tanda-tanda saran seperti warna dan saiz yang berbeza dan kemuncaknya yang tertinggi diselubungi salji.

Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, bahawa mereka telah mereka bentuk tiga jenis tugasan berhubung dengan tiga buah gunung tersebut untuk mengkaji masalah penyelarasan perspektif. Pertama, satu boneka yang dianggap sebagai pemerhati diletakkan di beberapa kedudukan atau orientasi

125

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK keliling tiga buah gunung itu yang diletakkan dalam satu susunan yang tetap. Subjek telah memilih satu gambar yang difikirkan mewakili perspektif boneka.

Kedua, subjek ditunjukkan sekeping gambar dan diminta meletakkan boneka pada satu orientasi supaya perspektif di dalam gambar. Ketiga, subjek diminta menyusun tiga buah gunung itu supaya sama dengan perspektif di dalam gambar. Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) telah menyatakan, dalam kajian tersebut, mereka telah melibatkan seramai 100 kanak-kanak di Geneva yang berusia 4-12 tahun. Mereka telah berjaya mengesan tahap-tahap perkembangan yang membawa ke arah penguasaan penyelarasan perspektif. Ciri-ciri tahap perkembangan tersebut disertakan dalam Jadual 2.1. Sebagai kesimpulan, tahap-tahap perkembangan itu merupakan satu perubahan pemikiran dari egosentrisme tulen kepada pemahaman lengkap.

Kanak-kanak Tahap I tidak memahami tugasan yang perlu dilakukan. Kanak-kanak Tahap IIA tidak dapat mengenal pasti bahawa seseorang yang berada di tempat lain akan mempunyai perspektif yang berbeza daripada perspektifnya (egosentrisme tulen). Kanak-kanak Tahap 11B mula sedar tentang perbezaan perspektif, tetapi oleh kerana pengaruh Egosentrisme masih kuat, ia tidak boleh menggambarkan dengan tepat perspektif orang lain. Dalam TahapIII, kanak-kanak boleh mengenal pasti perbezaan perspektif. Walaupun demikian, mereka tidak mempunyai kemahiran untuk sentiasa berjaya dalam menggambarkan dengan tepat perspektif orang lain (IIIB-pemahaman lengkap).

Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) yang telah dinyatakan dalam Jadual 2.1 Ringkasan ciri tahap perkembangan yang dihuraikan oleh Piaget dan Inhelder (1956):

Tahap I Kanak-kanak tidak memahami arahan atau soalan yang dikemukakan.

Tahap II Kanak-kanak tidak boleh atau hampir tidak boleh membezakan pemandangannya dengan pemandangan seorang pemerhati.

126

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Tahap IIA Egosentrisme: Kanak-kanak memikirkan pemerhati mempunyai pandangan yang sama sepertinya dengan :

a) Memilih gambar yang mewakili pemandangan pemerhati. ATAU b) Menganggap sebarang gambar boleh mewakili semua pandangan, asalkan gambar itu menunjukkan ketiga-tiga buah gunung.

Tahap IIB Gerak balas peralihan. Kanak-kanak cuba membezakan berbagai-bagai pandangan dan menumpukan perhatian kepada satu ciri yang dominant. Walaupun demikian ciri itu dihuraikan dari segi pandangannya kerana pengaruh egosentrisme masih kuat.

Tahap III Kanak-kanak menunjukkan kemajuan dalam usaha membezakan berbagai-bagai pandangan hingga berjaya menyelaraskan berbagaibagai pemandangan.

Tahap IIIA Kanak-kanak menyedari berbagai-bagai pandangan seperti, tetapi menghadapi kesukaran untuk menyelaraskan hubungan kiri-kanan dan depan-belakang mengenai kedudukan ketiga-tiga gunung. Dengan itu, mereka tidak sentiasa dapat menentukan berbagai-bagai pandangan orang lain dengan betul.

Tahap IIIB Kanak-kanak menguasai sepenuhnya penyelarasn kedua-dua hubungan kiri-kanan dan depan-belakang. Ini membolehkan mereka menentukan berbagai-bagai pandangan orang lain dengan betul .Menurut Dodwell (1963), Laurendeau an Pinard (1970), Opper (1977) dan Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, telah menjalankan beberapa kajian replikasi mengenai tugasan yang direka bentuk oleh Piaget dan Inhelder (1956). Menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) telah menyatakan, di antara kajian mereka ialah penyelarasan perspektif. Pada amnya, mereka telah menyokong kewujudan tahap perkembangan yang dikesan oleh Piaget dan Inhelder (1956).

Menurut Piaget dan Inhelder .(1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, yang dinyatakan dalam jadual 2.2. Menurut Dodwell 1963) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) telah menyatakan, beliau tidak 127

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK menghuraikan dengan terperinci tingkah-tingkah laku yang mencirikan tahap-tahap

perkembangan yang dilaporkannnya. Dengan itu, kami tidak dapat menentukan sama ada tahap mula sedar perbezaan perspektif dapat dikesan atau tidak oleh beliau. Menurut Laurendeau an Pinard (1970) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan bahawa dalam kajian mereka, subjek di tahap mula sedar perbezaan perspektif masih dipengaruhi oleh egosentrik, tetapi dia membayangkan kesedaran bahawa perspektif orang lain tidak perlu sama dengan perspektifnya.

Menurut Opper (1977) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan bahawa dalam kajian beliau, kemungkinan besar subjek di tahap ini masih dipengaruhi oleh egosentrisme tetapi beliau tidak membuat kenyataan yang jelas. Lazimnya, bagi kanak-kanak yang sedang membesar, sesuatu bentuk pemikiran itu tidak akan timbul atau boleh hilang dengan secara mendadak. Menurut Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, telah menunjukkan ciri-ciri tahap perkembangan yang berbeza sedikit daripada yang dapat dikesan oleh penyelidik-penyelidik lain.

Walaupun demikian tiga tahap perkembangan yang telah dikesan itu boleh disusun dalam satu urutan berhierarki yang tetap iaitu syarat yang dikatakan oleh Piaget perlu ditunjukkan di dalam perkembangan sesuatu konsep. Menurut Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, di dalam kajiannya menyatakan ciri-ciri tahap perkembangan adalah seperti berikut : dalam Tahap I, kanak-kanak menetapkan dengan tepat sifat dominan sesuatu objek, manakala Tahap II, kanak-kanak mewakili dengan betul hubungan depanbelakang dan di Tahap III mereka dapat menguasai hubungan kiri-kanan untuk mencapai pemahaman keseluruhan perspektif.

Menurut Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, tahap pertama Robinson dan Robinson (1983) boleh dianggap sepadan dengan Tahap IIB Piaget dan Inhelder (1956) kerana kedua-duanya mempunyai satu ciri yang sama : kanak-kanak menumpukan perhatian kepada sifat dominan sesuatu objek. Tahap kedua pula diletakkan dengan Tahap IIIA dan Tahap ketiga adalah sama dengan Tahap IIIB.

128

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Menurut Robinson dan Robinson (1983) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, egosentrik hampir tidak wujud di kalangan kanak-kanak. Ini merupakan perbezaan yang ketara sekali di antara keputusannya dengan keputusan Piaget dan Inhelder (1956), Dodwell (1963), Laurendeau dan Pinard (1970) dan Opper (1977).

Sebaliknya menurut Flavell, Botkin, Fry, Wright dan Jarvis (1968) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994) menyatakan, tidak menyokong keputusan Piaget dan Inhelder (1956). Tingkah laku subjek (gred 2-8 dan 11, Amerika Syarikat) tidak boleh diklafikasikan secara kualitatif kepada tahap-tahap perkembangan itu. Walaupun menurut Piaget dan Inhelder (1956) dalam Omar Ibrahim dan Wan Rafaei Abdul Rahman (1994), tidak menyatakannya, Salatas dan Flavell (1976) berpendapat bahawa tahap akhir (IIIB) perspektif ruang boleh dibahagikan kepada dua bahagian.

Pertama, depanbelakang

kanak-kanak dan kedua,

boleh

menyelaraskan memahami

dimensi

ruang

kiri-kanan

dengan

kanak-kanak

maksud

sesuatu

pemandangan.

Pemahaman pemandangan mempunyai dua komponen: (a) kanak-kanak itu mesti memahami bahawa pemerhati tidak mempunyai lebih daripada satu pemandangan mengenai satu susunan objek-objek tetapi pandangan tunggal yang unik.

(b) kanakkanak itu mesti mengetahui bahawa sesuatu pandangan itu tidak boleh dilihat lebih daripada satu kedudukan atau orientasi sekeliling objek-objek itu. Mereka telah mengkaji dua komponen ini dengan melibatkan tadika dan gred 2.

Di antara dua komponen yang dikaji itu, pengetahuan bahawa pemerhati mempunyai satu pandangan unik adalah yang pertama sekali muncul. Komponen ini wujud di kalangan kanak-kanak gred 2 yang memahami bahawa dua pemerhati yang berada pada orientasi yang berbeza tidak mempunyai pandangan yang sama.

129

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Kesimpulan

Model dan teori perkembangan awal kanak-kanak ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada guru dan juga ibu bapa tentang perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak. Di samping itu, setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi perkembangan kognitifnya yang mana ia berkemungkinan dipengaruhi oleh faktorfaktor seperti baka, persekitaran, makanan, kecerdasan dan juga berbagai faktor lain. Seperti yang kita ketahui adalah amat penting bagi setiap ibu bapa mahupun guru untuk mengetahui tahap-tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat mengenal pasti kedudukan dan kebolehan kanak-kanak. Ini dapat mengelakkan kia mengharapkan lebih daripada apa yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, kita juga dapat mengenal bahawa setiap kanak-kanak adalah individu. Ibu bapa atau guru hendaklah menyesuaikan aktiviti dan ransangan mengikut ciri dan kebolehan kanak-kanak itu. Seterusnya, mereka juga boleh merancang aktiviti yang memahirkan kebolehan kanak-kanak dan sebagainya. Ibu bapa atau guru juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak supaya apa yang ingin diajar lebih berkesan. Secara ringkasnya boleh disimpulkan bahawa model dan teori perkembangan awal kanak-kanak mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Model dan teori yang dibina adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada guru, ibu bapa, masyarakat dan pihak yang terlibat bagi melahirkan kanak-kanak yang bijak, pandai, berkemahiran, mempunyai nilai sikap yang baik serta terpuji. Pandangan tokoh tidak kira sama ada di Barat ataupun Timur sebenarnya memberi peluang untuk menambah baik model dan teori yang sedia ada atau menjadikan model dan teori lebih mendapat perhatian serta pengguna yakin untuk menggunakannnya. Kajian-kajian lepas yang menyentuh tentang model dan teori ini juga banyak memberikan reaksi positif dan bersetuju dengan pendapat tokoh- tokoh falsafah ini. Sebenarnya pembelajaran dalam bentuk yang pelbagai membolehkan kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan persekitaran. Kanak-kanak seharusnya dibiarkan untuk meneroka dunia mereka sendiri, barulah kesan pembelajaran dapat dialami sendiri oleh kanak-kanak. Rumusan kepada pendekatan Reggio Emilia adalah bagi pendidikan awal mencerminkan teori kekeluargaan bersama John Dewey, Jean Piaget, Vygotsky dan Jerome Bruner dan lain-lain. Kebanyakan daripada apa yang berlaku di kelas mencerminkan pendekatan konstruktivis pendidikan awal. Pendekatan Reggio Emilia mempunyai cabaran dalam beberapa konsep dan kebolehan guru sesuai dengan tahap

130

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK perkembangan amalan. Ciri-ciri lain yang bertentangan dengan kepercayaan banyak pendidik Barat adalah pentingnya kemampuan anak untuk bergaul dalam kumpulan sebaya.

Salah

satu

aspek

yang

paling

mencabar

dari

Pendekatan

Reggio

Emilia

adalahpermohonan daripada banyak sudut pandangan mengenai keperluan kanak-kanak, minat, dan kemampuan, dan iman bersamaan dengan ibu bapa, guru, dan anak-anak untuk menyumbang dalam cara yang bermakna bagi penentuan pengalaman sekolah . Hasilnya adalah suasana masyarakat dan kolaborasi yang sesuai dengan tahapan perkembangan untuk orang dewasa mahupun anak-anak. Rumusan bagi Model Montessori ialah kaedah ini sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak.

Alatan mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanakkanak boleh menggunakan deria mereka. Selain itu juga, kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan Sensory Teaching And Learning. Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap dan beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tangan mereka.

Rumusan daripada Model Montessori ialah pembelajaran melalui penerokaan kepada persekitaran adalah penting bagi kanak-kanak kerana hal ini membolehkan mereka belajar semua benda di persekitaran mereka. Hal ini boleh menyebabkan kanak-kanak berasa seronok dan aktiviti mencabar di sekelilingnya dapat menjadikan fizikalnya lasak dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain itu, melalui penggunaan sensori-deria juga kanak-kanak dapat menyentuh, mendengar, melihat, menghidu, merasa dan keseimbangan (vestibular). Ransangan pelbagai deria yang bersesuaian yang diberikan dalam suasana kasih sayang dan penjagaan yang rapi terhadap keperluan kanak-kanak akan membantu perkembangan otaknya dan menggalakkan perkembangan kanak-kanak yang gembira, merasa selamat dan beremosi kukuh serta menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi cabaran dalam hidup samada di rumah, sekolah atau masa depan. Aktiviti ransangan yang bersesuaian perlu dimulakan secepat mungkin.

131

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 7 TOKOH-TOKOH DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;

1. Imam Al-Ghazali

2. Ibnu Khaldun

3. Jean Jacques Rousseau

4. Friedrich Froebel

5. Maria Montessori

6. Johann Heinrich Pestalozzi

IMAM Al-GHAZALI

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah

Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi

Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin. 132

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pandangan / Idea-idea beliau

Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga. Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-

senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka. Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat: Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka. Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar. Nasihat beliau kepada guru supaya: Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak. Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka. Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan

model tingkah laku yang baik.

133

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan pendidik. Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.

Pendapat beliau pada peringkat permulaan:

Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara: Berperingkat-peringkat Mengadakan latih tubi Menggunakan benda-benda maujud Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar

Kanak-kanak

kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka: Tidak mahu belajar Mencerca pengajaran yang diberi di peringkat prasekolah hendaklah diberi

Beliau mencadangkan kanak-kanak

contoh- contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum

menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain. Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang

134

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan. Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik. Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran.

Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna. Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam

membentuk peribadi kanak-kanak.

JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1772-1778)

Beliau merupakan seorang ahli falsafah, penulis dan pembina teori sosial. Biodata

Beliau telah dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 28hb. Jun 1712 dan meninggal dunia di Paris, Perancis pada tahun 2hb Julai 1778.

135

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Sifat Peribadi

Ketika kanak-kanakyang cerdik, penting kepada diri sendiri, tidak berdisiplin dan neurotik. Sikap buruknya kesan daripada kematian ibunya selepas beliau dilahirkan.. Zaman kanak-kanaknaya amat menyedihkan kerana berada dibawah jagaan ibu tiri dan bapa sehingga berumur 10 tahun Mengabaikan 5 orang anaknya dengan meletakannya di rumah kebajikan.

Pandangan Terhadap Pendidikan

Menggap kanak-kanak dilahirkan baik tetapi manusia yang mempengaruhi kebaikan tersebut. Pendidikan akan terhasil dan berkembang jika seseorang itu diberikan kebebasan belajar secara langsung dengan al;am sekitar. Berkonsep pada naturalisme dimana kanak-kanak perlu dibiarkan membesar mengikut kebolehan semula jadi mereka. Kanak-kanak perlu diberi pendidikan yang baik supaya dapat menyuburkan minat mereka melalui aktiviti yang dapat menggembirakan mereka. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar sebelum dia bersedia. Kanak-kanak dengan sendiri suka mencari ilmu. Peranan guru menasihat dan memerhati perkembangan kanak-kanak ketika Mengajar. Kanak-kanak adalah unik dan perlu dihargai. Memastikan bahan pengajaran yang konkrit pada kanak-kanak. Pendangannya berdasarkan persepsi deria yang diteruskan oleh Pestalozzi, Froebel dan Montessori.

136

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 1827)

Beliau

dilahirkan

di

Zurich,

Swizerland.

Beliau

membuka

sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama Neohof pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan.

Idea-idea beliau mengenai pendidikan

Anak-anak

perlu

dibimbing

secara perlahan-lahan

berdasarkan potensi

yang

ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak. Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalamanpengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu,

pembelajaran konsep

hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang,

mengukur, merasa dan menyentuh. Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping). Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

137

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

FRIEDRICH FROEBEL (1782 1852)

Seorang

tokoh

pendidikan

dari

Jerman.

Beliau

digelar

sebagai Bapa Tadika. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan Kindergarten.

Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan. Menurut beliau kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main Antara idea-idea Froebel ialah:

1.

Taman

kanak-kanak

perlulah

dipenuhi

dengan

keindahan

untuk

menarik

perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman,

binatang dan gambar- gambar. 2. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. 3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objekobjek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. 4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak

daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. 5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. 6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. 7. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia

hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. 8. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan.

138

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 9. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. 10. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. 11. Beliau menekankan disiplin diri terhadap adalah penting bagi kanak-kanak. 12. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. kanak-kanak dan motivasi dalaman

MARIA MONTESSORI (1870 1952)

Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan latihan kanak-kanak mendapat pengalaman dan

menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat

dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk

menolong kanak- kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut; a. Minda yang mudah menyerap

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut.

Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi. 139

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

B.Persekitaran yang tersedia

Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah

menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai. C. Didikan diri

Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak- kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanakkanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

d. Bahan pembelajaran Guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela.

Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan persepsi dan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran

kemahiran praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran pemahaman berkenaan alam sains social; pengalaman

menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan

menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.

140

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK e.Tempoh sensitif

Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. Menurut falsafah Montessori;

1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka. 2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanakkanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. 3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa. 4. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. 5. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran. 6. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan betul diri. 7. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanakkanak. 8. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak. 9. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas. 10. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.

141

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah:

Menghormati kanak-kanak dan hak mereka. Konsep kebebasan Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri. Pentingnya disiplin diri Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanakkanak mengajar diri mereka sendiri.

Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

142

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 1827)

Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya pada tahun 1774. Dikenali dengan nama Neohof . Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan. Idea-idea beliau mengenai pendidikan:

Anak-anak

perlu

dibimbing

secara perlahan-lahan

berdasarkan potensi

yang

ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak. Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalamanpengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu,

pembelajaran konsep

hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang,

mengukur, merasa dan menyentuh. Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping). Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

143

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 8 FALSAFAH DALAM PENDIDIKAN AWAL FALSAFAH PENDIDIKAN


Falsafah pendidikan pula adalah satu set kepercayaan tentang bagaimana kanakkanak berkembang dan belajar serta bagaimana meraka sepaputnya diajar. Falsafah hidup seseorang akan menentukan apa yang akan diajar kepada kanak-kanak. Morrison (2001) menyebut

Your philosophy of education is based on your philosophy of life. What you believe about yourself, about others, and about life infuses and determines your philosophy of education (hlmn. 13)

Falsafah pendidikan yang

dipegang oleh seseorang

guru

akan

membantunya

menentukan arah dan matlamat pengajrannya. Keyakinan guru tentang bagimana kanak-kanak belajar dengan baik akan menentukan pemilihan strategi dalam pengajarannya, sama ada ia ingin menggunakan kaedah pengajaran secara individu atau mengajar cara yang sama untuk setiap apa kanak-kanak. Falsafah guru juga akan mennentukan sama ada guru itu akan membiarkan kanak-kanak melakukan aktiviti untuk diri sendiri atau guru membantu mereka dalam membuat aktiviti.

Pengetahuan tentang falsafah pendidikan penting kerana guru perlu mempunyai matlamat dalam segala tindakannya. Pengetahuan tentang idea-idea yang dikemukakan oleh ahli falsafah yang terdahulu dapat membantu guru memilih program untuk kanak-kanak di bawah jagaannya. Pengetahuan ini memberi menjalankan tugasnya. keyakinan kepada guru tersebut

Morrison (1995) memberi beberapa sebab mengapa guru atau pengamal pendidikan taska atau tadika serta prasekolah perlu mengetahui idea dan teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidik. Di antaranya adalah dapat mengetahui bahawa idea yang terdapat pada hari ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi sesuatu yang dilahirkan semula (reborn) dan idea atau amalan yang baik sudah wujud sebelum ini dan diamalkan beberapa kali

144

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK dalam jangka masa sepuluh hingga dua puluh tahun. Idea-idea lama yang baik seperti pendekatan child- centered education boleh diaplikasikan semula dalam amalan pendidikan masa ini. Namun sekiranya terdapat beberapa aspek yang tidak bersesuai dengan arus pada masa kini, guru harus bijak dalam menubah suai dan menyesuaikannya sesuai dengan amalan pendidikan pada masa kini dan tahap kanak-kanak pada masa kini yang lebih maju contohnya dari segi pengetahuan IT dan dari segi pendedahan terhadap dunia

sekeliling.

Idea-idea ahli falsafah boleh membantu guru dalam memahami cara-cara melaksanakan strategi pengajaran. Contohnya Rousseau, Froebel dan Montessori percaya bahawa kanakkanak hendaklah dididik dengan penuh kemuliaan dan penghormatan. Selain itu teori-teori tentang bagaimana kanak-kanak membesar, berkembang, dan belajar telah membentuk pendidikan dan amalan penjagaan kanak-kanak pada hari ini. penerokaan dan

penganalisisan dan penemuan idea-idea falsafah boleh memberikan inspirasi dan ilham kepada pendidik awal kanak-kanak untuk menilai semula pendapat yang dipegang selama ini dan menjadi dorongan kepada guru untuk melakukan yang terbaik.

White dan Coleman (2000) menyatakan bahawa falsafah pendidikan yang dipegang oleh seseorang guru bukan sahaja membantunya dalam berinteraksi dengan kanakkanak malah membantunya memahami amalan pengajaran dan dapat membezakan

apa yang diamalkan dengan apa yang diamalkan oleh guru-guru lain.

Mengajar kanak-kanak pada peringkat awal berbeza jika dibandingkan dengan mengajar kanak-kanak di peringkat sekolah rendah yang terikat dengan silabus dan berbentuk lebih formal. Dalam pendidikan awal kanak-kanak pula, guru perlu kreatif dan fleksibel dalam mengajar kanak-kanak. Mereka juga perlu peka akan tahap perkembangan dan cirri-ciri peribadi kanak-kanak tersebut.

145

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PENDIDIKAN AWAL DARI SUDUT PERSPEKTIF FALSAFAH Proses Perkembangan Manusia menjalani proses perkembangan di sepanjang hayatnya bermula dari peringkat pra-lahir sehingga ke akhir hayat. Walaupun terdapat beberapa aspek fizikal yang kelihatan terhenti seperti pertumbuhan ketinggian, perkembangan dari segi perubahan dan adaptasi adalah berterusan sepanjang hidup. Seseorang yang sentiasa sakit semasa kecilnya tidak mustahil untuk menjadi dewasa yang sihat. Kematangan emosi juga meningkat dengan bertambahnya usia seseorang, begitu juga dengan pengalaman sosialisasi individu yang berlangsung di sepanjang hayatnya Potensi Kanak-kanak Manusia dijangkakan boleh mengalami perubahan atau kekal dalam pelbagai aspek perkembangan hidupnya. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang nakal dan lemah pencapaian akademiknya berkemungkinan menjadi dewasa yang matang dan bertanggungjawab ataupun sebaliknya. Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai faktor dalam persekitaran yang boleh mempengaruhi sama ada personaliti individu kekal atau berubah pada setiap tahap kehidupannya.Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan mengaitkannya dengan Teori Jean Piaget (1896) yang mana penelitiannya berkaitan dengan perkembangan intelek, pengetahuan dan kebolehan berfikir kanak-kanak yang melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor, peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal..Teori Jean Piaget ini juga membolehkan para pendidik memahami dengan lebih mendalam tentang proses mental kanak-kanak dalam pembelajaran menurut tahap perkembangan fizikal umur dan kematangan fikiran. Perkembangan Fizikal dan Mental Dalam kehidupan, manusia mengalami kepelbagaian dalam pertumbuhan dan

perkembangan di sepanjang hayatnya. Seorang kanak-kanak yang sedang mengalami transisi ke alam remaja kelihatan besar dari segi fizikal tetapi mungkin masih mempunyai pemikiran dan emosi seperti seorang kanak-kanak kecil. Kecelaruan akibat kepelbagaian ini kadangkala mengelirukan orang lain seperti ibubapa yang mengharapkan kanak-kanak tersebut

bertingkahlaku sebagai seorang remaja.

146

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Individu boleh berbeza dari segi masa dan kadar perkembangan. Misalnya ketinggian dan berat badan yang berbeza; kemampuan kognitif, kestabilan emosi dan kematangan personaliti. Perbezaan boleh juga wujud dari segi kemahiran sosial dan gaya hidup. Perspektif tindakbalas dua hala melihat bagaimana saling tindak balas antara individu boleh mempengaruhi perkembangan seseorang. Pengaruh orang dewasa dan persekitaran ke atas perkembangan kanak-kanak adalah tidak dinafikan. Walau bagaimanapun kajian telah membuktikan bahawa perbezaan pelbagai ciri yang ada pada kanak-kanak boleh mempengaruhi interaksi orang dewasa dengan mereka. Sebagai contoh, bayi yang comel dan tidak merengek lebih digemari oleh orang dewasa di sekelilingnya yang seterusnya akan memberikan reaksi mesra dan positif. Sebaliknya, seorang kanak-kanak nakal yang sukar dibentuk akan menjadikan dewasa di sekelilingnya bertindak garang dan menolak kehadiran kanak-kanak tersebut.

Pengalaman Awal Kehidupan manusia boleh dipengaruhi oleh pengalaman awal dalam kehidupannya. Pengalaman awal yang dilalui oleh individu dianggap akan terkumpul dan memberi impak kepada pengalaman kehidupan selanjutnya. Walau bagaimanapun pelbagai faktor boleh mempengaruhi pencapaian semasa seseorang dalam hidup dan bukan semata-mata berasaskan pengalaman lampau sahaja.Setiap yang dilalui oleh kanak-kanak. Menurut Friedrich Wilhelm Froebel ( 1782 1852 ), beliau berpendapat bahawa pengalaman semasa kanak-kanak membentuk sebahagian besar peribadi seseorang individu setelah dewasa.Jika dilihat dengan lebih meluas, dengan adanya pengalaman yang banyak maka seseorang kanak-kanak akan lebih cepat matang.

147

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

BAB 9

Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak


Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanakkanak atau Taska untuk kana-kanak yang bawah umur 4 tahun. Manakala peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun (Zulkiply Yaakob, 2009).

Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting bagi memenuhi tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Di mana, 90% perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur 5 tahun. Ini merujuk kepada perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor (2 tahun) hingga peringkat pra-operasi (6 tahun) (Zulkiply Yaakob, 2009). Konsep Kurikulum Prasekolah Kurikulum Prasekolah merupakan kombinasi perancangan, objektif, pengalaman dan bahan pengajaran. Bagaimanapun, kurikulum menjadi isu kontroversi dari semasa ke semasa dalam asuhan dan pendidikan kanak-kanak. Menurut Saayah Abu (2007), antara persoalan yang timbul semasa merangka kurikulum kanak-kanak adalah: Kurikulum itu berdasarkan sifat semulajadi kanak-kanak. Aktiviti permainan diberi penekanan. Memberi persediaan awal bagi pendidikan formal.

Oleh yang demikian, kurikulum prasekolah boleh didefinisikan sebagai suatu urutan pengalaman dan pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan secara terancang atau tidak terancang di dalam atau di luar biliki darjah. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak menurut Micheal Anak Ringgit (2007), kurikulum dapat dihuraikan dengan lima jenis definisi iaitu:

Kurikulum sebagai aktiviti atau pengalaman yang sedang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

148

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Kurikulum sebagai segala pengalaman kanak-kanak yang dirancang dan dikemukakan kepada prasekolah. Kurikulum sebagai rancangan pengajaran iaitu menyediakan kesempatan pembelajaran kepada kanak-kanak bagi mencapai objektif yang spesifik dan pelbagai jenis tujuan menyeluruh. Kurikulum sebagai isi kandungan mata pelajaran iaitu dokumen bertulis yang melakarkan isi kandungan yang akan diajar dan cara susunan penyampaian isi. Kurikulum sebagai program iaitu perancangan yang mengandungi matlamat, objektif, kaedah pengajaran, aktiviti pembelajaran dan penilaian.

149

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK BAB 10 PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Dasar & Polisi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membantu perkembangan otak kanakkanak yang berlaku dengan pantas mengikut peringkat umur masing-masing. Oleh yang

demikian, beberapa dasar dan polisi dalam pendidikan awal kanak-kanak diwujudkan untuk menentukan hala tuju Program Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak tersebut. Dalam satu pertubuhan iaitu, Convention On The Rights Of the Child CRC adalah satu pertubuhan antarabangsa. Konvensyen ini banyak membincangkan khususnya tentang keperluan-keperluan dan hakhak kanakkanak dan berfokuskan kepada kanakkanak berumur 0 hingga 18 tahun (Sumber: Convention On The Rights Of the Child 2009).

Akta Kanak-Kanak 2001 (disebut Akta 611) dan telah berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2002. Tujuan utama Akta 611 adalah untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611 adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan mahkamah bagi kanak-kanak, cara perbicaraan dan hukuman (Sumber: Akta Kanak-Kanak 2009).

Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007 (Act 308) suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Mengikut seksyen 4, tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Institusi-kanakkanak & Itemid 2009).

Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 adalah bertujuan memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 tersebut telah mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi maksud melaksanakan dasar

150

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Sumber: Akta Pendidikan 1996).

Oleh itu, rasionalnya dasar ini ditubuhkan adalah kerana keperluan dasar yang komprehensif Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mewujudkan dasar pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Sehingga kini, masih belum ada satu dasar yang komprehensif yang menggabungkan asuhan dan didikan awal kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun di negara ini.

Dasar asuhan dan didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ini merupakan asas penting sebagai landasan jangka panjang dari pelaburan awal dalam pembangunan modal insan seperti yang digariskan di dalam Rancangan Malaysia ke-9. Kanak-kanak hari ini merupakan bakal pewaris dan modal insan negara di masa hadapan. Penumpuan kepada peringkat umur ini merupakan salah satu strategi awal bagi mengasaskan pendidikan sepanjang hayat dengan menghasilkan insan berjiwa murni, berakhlak mulia, berdisiplin serta berkemahiran menangani perubahan teknologi dan sosioekonomi global.

Penjelasan secara khusus penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah "Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah Dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

Penyataan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulan masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan, ibu bapa, NGO dan pihak swasta supaya mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia. Justeru semua pihak yang bertanggungjawab perlu

menggembeleng tenaga, kepakaran dan sumber, menyediakan program, perkhidmatan, pendidikan dan latihan, perlindungan serta kemudahan yang dapat merangsang perkembangan positif kanak-kanak.

151

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah : Menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa; Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan. Membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan. Mewujudkan kemudahan peralatan pembelajaran infrastruktur yang dan persekitaran bagi pembelajaran termasuk hasil

berkualiti

membolehkan

pencapaian

pembelajaran yang positif. Menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, Kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat di dalam pengasuhan dan pendidikanawal kanak-kanak. Meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan awal kanakkanak dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama pembangunan holistik mereka sebelum memasuki alam persekolahan formal. Memastikan kewujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian

keberkesanan program asuhan dan didikan awal kanakkanak. Kumpulan sasar bagi Dasar ini adalah kanak-kanak di bawah umur 4 tahun khususnya bagi kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dari kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Mengikut statistik 2007, populasi kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun adalah seramai 3,116,200 orang. Dari jumlah ini hanya 10% atau seramai 300,000 orang kanak-kanak yang dianggarkan menghadiri taman asuhan kanak-kanak di 8841 buah TASKA (iaitu 2,176 buah TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan di 6,665 buah TASKA yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat). Dianggarkan juga daripada 8,841 buah TASKA ini hanya 30% atau 2,653 buah TASKA (berdaftar dan tidak berdaftar) terletak di kawasan luar bandar yang memberikan perkhidmatan pengasuhan kepada 80,000 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun. Daripada jumlah 2,653 buah TASKA ini, sebanyak 304 TASKA adalah dibawah kelolaan KEMAS dengan bilangan kanak-kanak seramai 3,654 orang.

152

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Komponen dasar asuhan dan didikan Awal Kanak-kanak ini meliputi 4 komponen utama iaitu : I. Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan II. Kemudahan Fizikal III. Tenaga pendidik dan IV. Penglibatan Ibu Bapa

Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Kurikulum PERMATA) Fokus Umur (Tahun) Dasar / Polisi / Akta Convention On The Rights Of the Child CRC Child Act 2001 (Act 611) Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007(Act 308) Education Act 1996 ( Act 550 ) Education Act 1996 (Regulation of Special Education 1997) Education Development Master Plan (PIPPT) 2006 - 2010 The Early Childhood Care & Development (ECCD) Policy 2007 Child Health Services Policy 1950 National Child Protection Policy (Act 574 & 521) National Policy on Disable Child (article 21 of CRC) National Policy on Indigenous Child (article 30 of CRC) 9th Malaysian Plan (2006 2010) 0 18 0 18 04 46 46 56 08 0 18 0 18 0 18 0 18 0 18

(Sumber: En. Azman b. Abd Salam 2009) Pendidikan peringkat awal melibatkan kanak-kanak seawal usia dua setengah tahun hingga prasekolah dilaksanakan atas dua prinsip utama. Pertama, ia berasaskan kajian saintifik bahawa otak manusia berkembang fungsinya pada awal alam kanak-kanak. Kedua, usaha menyegerakan pelaksanaan ini penting bagi melahirkan generasi yang lebih hebat serta menjadi modal insan yang berguna kepada negara. Bagi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, konsep pendidikan awal akan dapat mengukuhkan emosi dan psikologi kanak-kanak supaya lebih bersedia apabila memasuki sekolah rendah. Dalam konteks ini, kenyataan Najib ada benarnya. Satu kajian oleh

153

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK seorang pensyarah universiti di Pulau Pinang pada April tahun lalu menyaksikan keperluan persediaan secukupnya ke sekolah rendah yang perlu diberi perhatian. Kajian mendapati banyak murid tahun satu menjadi mangsa amalan pihak sekolah yang mengkategorikan semua murid sama dari segi tahap pencapaian dan pendidikan awal, sehingga ramai antara mereka tertinggal dalam pelajaran termasuk tidak tahu membaca, menulis dan mengira (3M).Kajian membabitkan tahap pencapaian murid-murid tahun satu ketika baru memasuki 121 buah sekolah luar bandar di Pulau Pinang pada 2003 mendapati 59 peratus murid belum mengenal pasti 26 abjad; 17 peratus belum kenal sebutan suku kata mudah dan 24 peratus lagi boleh membaca tetapi kurang lancar. Dari segi kemahiran asas mengira pula, kajian turut mendapati 12 peratus murid-murid hanya dapat mengira di bawah angka 10; 23 peratus tidak yakin tambah dan tolak (bawah digit 10); 44 peratus tidak yakin tambah dan tolak 2 digit angka dan 12 peratus belum tahu darab dan bahagi. Kajian yang diselenggarakan oleh Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Aminah Ayub itu mendapati fenomena tersebut berlaku kerana kebiasaannya guru-guru sekolah rendah di negara ini tidak mengambil tahu mengenai sejarah lampau atau tahap kemahiran murid-murid yang memulakan pengajian di tahun satu. Kegagalan guru-guru berbuat demikian, katanya, ada kaitan dengan amalan sekarang yang tidak mewajibkan rekod perkembangan kanak-kanak dari prasekolah disampaikan kepada guru-guru di sekolah rendah bagi membolehkan guru-guru membuat rujukan. Malah, ada murid yang tidak boleh mengikut pengajaran guru mereka kerana terlalu maju daripada tahap kemampuan murid-murid terbabit sehingga kesannya terbawa-bawa apabila murid-murid itu naik ke tahun dua dan seterusnya, katanya kepada Utusan Malaysia. Menurut Aminah, berbeza dengan amalan di luar negara, rekod pencapaian murid prasekolah wajib diserahkan kepada guru-guru tahun satu di sekolah rendah supaya ada kesinambungan pembelajaran dan pemantauan ke atas kanak-kanak tersebut. Realitinya, penekanan kepada pendidikan awal ini menjadi keutamaan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan memperuntukkan berbilion ringgit untuk melihat kemajuan dan kejayaan pembangunannya.

154

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Kementerian Pelajaran sahaja menerima peruntukan kedua tertinggi mengikut

kementerian selepas Jabatan Perdana Menteri, dengan siling sebanyak RM23.198 bilion atau 10.5 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan.Menurut menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, pihaknya memberi tumpuan tindakan kepada enam agenda, iaitu membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia, memperkasa sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan dan memartabatkan profesion keguruan. Dua agenda lagi ialah meningkatkan pengurusan pendidikan dan memperkasa bahasa kebangsaan. Kesemua ini, kata Hishammuddin, menuntut satu pelan perancangan

pembangunan negara menyeluruh dengan penekanan kepada modal insan bagi mencapai pembangunan seimbang untuk mengukuh pertumbuhan ekonomi lebih tinggi, mewujudkan masyarakat progresif serta memupuk integrasi nasional. Dalam RMK-9, untuk memantapkan pembangunan pendidikan prasekolah sahaja termasuk pembinaan 1,400 tadika baru di seluruh negara, sebanyak RM450 juta diperuntukkan. Bangunan tadika baru ini adalah untuk menggantikan kelas-kelas tadika yang kini menumpang di surau atau balai raya di kawasan luar bandar. Pada masa sama, peruntukan tersebut juga akan digunakan bagi membaik pulih dan menaik taraf kira-kira 1,800 tadika usang sedia ada. Kerajaan turut menyediakan kemudahan dan peralatan pembelajaran yang lebih baik kepada lebih 4,000 tadika di seluruh negara. Penyediaan kemudahan itu adalah untuk memastikan kanak-kanak khususnya di luar bandar mendapat pendidikan yang lebih baik di peringkat awal. Meskipun mereka tinggal di luar bandar dan kampung-kampung, kerajaan akan memastikan mereka turut mendapat pendidikan yang baik serta sistematik. Penekanan kerajaan kepada modal insan yang utuh adalah supaya murid memperoleh pendidikan akademik sempurna, tinggi nilai akhlaknya serta cergas fizikalnya. Pendidikan tinggi dan modal insan sebahagian daripada bidang-bidang keutamaan yang diberi perhatian di bawah RMK-9. Keperluan modal insan penting untuk membolehkan rakyat terus bersaing di peringkat global. Kementerian Pengajian Tinggi misalnya memberi lebih tumpuan kepada pembangunan modal insan. Menurut menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, RMK-9 mengandungi beberapa langkah radikal bagi membawa institusi pengajian tinggi meningkat ke tahap pembangunan seterusnya dengan mengambil kira perubahan pantas landskap global. Dalam usaha menambah nilai lebih tinggi ke atas ekonomi yang dipacu oleh teknologi, pihaknya juga perlu membangunkan modal intelek. 155

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Kementerian menekankan kualiti institusi, pensyarah dan graduan institusi pengajian tinggi. Kualiti institusi diukur dengan pencapaian perisian dan perkakasannya, katanya baru-baru ini. Kementerian Pengajian Tinggi mempunyai objektif untuk memastikan sekurangkurangnya dua universiti negara terus disenaraikan sebagai antara 200 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan dalam kalangan 50 universiti terbaik dunia. Kementerian juga mahu membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hak cipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan pengkomersialan hasil penyelidikan. Dalam menekankan keperluan pendidikan awal usia ini, Aminah mendedahkan bahawa hanya dua pertiga daripada populasi kanak-kanak di negara ini mengikuti pendidikan prasekolah. Selebihnya pula tidak mendapat sebarang pendidikan awal sebelum memasuki sekolah rendah. Ketidakadilan turut berlaku dari segi peluang kanak-kanak miskin mendapatkan pendidikan awal berbanding kanak-kanak daripada keluarga berada. Ia sehingga mewujudkan perbezaan tahap pencapaian ketika kedua-dua kategori kanakkanak itu memasuki tahun satu. Barangkali, ini antaranya yang perlu diberi keutamaan dalam merumuskan dasar khusus berhubung konsep pendidikan awal usia.

ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0704&pub=Utusan_Malays ia&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz2GMK6qFLE Utusan Melayu (M) Bhd

156

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK BAB 11

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI LUAR NEGARA.

Konsep Taska di Malaysia dan di luar negara mempunyai persamaan perbezaaan yang tersendiri. Di Malaysia, Prof Madya Dr. Mastura badzis ( 2008 ) menyatakan pendapat bahawa hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80 85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru itu, boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

Di luar negara, Jean Piaget (1980) menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya.

Di samping itu juga, seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson (1994) berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak- kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia

157

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK mempunyai identiti tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih sayang, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran yang tidak memberangsangkannya. Pendapat Ini bercanggah dengan pendapat Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap mempunyai perkembangan tertentu.

KAJIAN YANG TERDAPAT DI DALAM DAN LUAR NEGARA BERKAITAN TASKA.

Pelbagai kajian di Malaysia mengenai perkembangan awal kanak-kanak di TASKA khususnya di bawah umur 4 tahun yang menjelaskan bahawa otak kanak-kanak mengandungi 100 bilion sel saraf (neuron) yang mana akan membina perhubungan (sinaps) apabila sel-sel dirangsang. Hampir 90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku dengan pantas semasa mereka berumur di bawah 4 tahun. Ini membuktikan bahawa peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah tempoh formatif dan merangkumi detik-detik kritikal dalam pembangunan seseorang individu.

Pengalaman pembelajaran yang positif, di samping persekitaran emosi, fizikal dan intelektual yang ceria dan gembira akan memberi impak ke atas perkembangan otak kanakkanak melalui pembentukan lebih banyak sinaps yang seterusnya akan berkekalan. Perkembangan ini akan mempengaruhi pembangunan ilmu kognitif, kemahiran sosial, pertuturan dan bahasa ketika kanak-kanak tersebut dewasa kelak.

Melalui perbezaan latihan dan kelayakan tenaga pendidik bagi TASKA kerajaan dan swasta, ia mengikut kaedah dan matlamat masing-masing. Jurulatih yang menjalankan kursus ini juga mempunyai kelayakan yang pelbagai. Lanjutan dari pendedahan kursus yang pelbagai kaedah dan pendekatan ini, Kanak-kanak mendapat pendidikan pra sekolah yang pelbagai juga. Jika keadaan ini dibiarkan berlanjutan, ia tidak akan membantu usaha kerajaan untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti asuhan dan didikan awal kanak-kanak di negara ini.

158

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Dari segi kemudahan fizikal dan peralatan pembelajaran di taska-taska kerajaan dan swasta kini amat berbeza tertakluk kepada keupayaan TASKA berkenaan. Perbezaan ini memberi kesan kepada pembangunan potensi kanak-kanak berkembang dengan optimum.( Noorazleen, 2003 )

Selain itu, kajian yang telah dijalankan juga adalah untuk meninjau persepsi pengasuhpengasuh TASKA Nuri di Malaysia terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi asuhan dan perkembangan kanak-kanak. Tiga faktor yang ditentukan adalah faktor kemudahan di TASKA, faktor kefahaman psikologi pada diri pengasuh dan faktor diri pengasuh. Kajian ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang dibentuk oleh pengkaji sendiri.sebagai contoh, kajian rintis telah dilakukan ke atas 15 orang pengasuh Taska Az-Dzilal. Nilai pekali kebolehpercayaan item soal selidik faktor yang mempengaruhi asuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah 0.7. Seramai 30 orang responden telah dipilih secara rawak daripada 3 cawangan Taska Nuri. Min peratus digunakan untuk mengenalpasti sama ada faktor-faktor kemudahan di TASKA, faktor diri pengasuh dan faktor kefahaman psikologi pada diri pengasuh mempengaruhi asuhan dan perkembangan kanak-kanak di TASKA. Kajian mendapati bahawa ketiga-tiga faktor yang dikenalpasti telah memberi kesan kepada asuhan dan perkembangan kanak-kanak. Sehubungan itu, adalah disarankan supaya semua pengusaha TASKA dapat menekankan faktor yang mempengaruhi asuhan seperti faktor kemudahan di TASKA, faktor diri pengasuh dan faktor kefahaman psikologi pada diri pengasuh supaya kanak-kanak dapat berkembang dengan positif daripada segi mental, fizikal dan emosi. ( Noorazleen, 2003 )

Kajian yang dijalankan oleh Pullen dan Justice (2003) pula menekankan peranan prasekolah dan TASKA adalah salah satu faktor penunjuk bagi pencapaian pembacaan murid di sekolah ialah bilangan jam mereka dibacakan buku semasa di TASKA. Pembacaan yang diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahan bacaan tersebut akan menanam minat kanak-kanak terhadap bahan bacaan.

Pernyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Morrow (Mcquillan & Au, 2001) terhadap bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat bagaimana akses kepada buku di dalam bilik darjah disertai aktiviti kesusasteraan yang dibimbing oleh guru telah membawa kepada peningkatan pembacaan serta peningkatan tahap pembacaan kanak-kanak.

159

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK BAB 12

PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Peranan yang dimainkan oleh kanak-kanak amat penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak. Di Malaysia terdapat pelbagai kaedah yang dijalankan bagi memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang sempurna tidak kira di bandar ataupun di luar bandar. Disamping itu juga, kurikulum pendidikan awal kanak-kanak digubal bagi memastikan pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Transformasi kurikulum dan perubahan dalam sistem juga dilakukan mengikut peringkat yang telah disusun oleh pihak kerajaan bagi memastikan kejayaan dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak. Di Malaysia terdapat empat agensi utama yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian Pelajaran sendiri, pihak KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta bertujuan memastikan kanak-kanak yang ada di negara ini memperolehi pendidikan yang secukupnya selaras dengan perkembangan minda dan usia mereka.

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan pembangunan seseorang kanak-kanak. Sekiranya seorang kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi.

Terdapat empat agensi utama yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian Pelajaran sendiri, pihak KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta. Dari segi statistik didapati sehingga kini, KPM telah menyediakan sebanyak 7511 kelas prasekolah, KEMAS sebanyak 8,525, JPNIN 1643 dan prasekolah swasta yang berdaftar sebanyak 6378 Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak lebih kurang 2.9 peratus (69.9%) daripada kadar enrolmen pada tahun 2009 iaitu 67 peratus.

160

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEJARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK SEBELUM MERDEKA

Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula pada era 1950-an iaitu bermula selepas perang dunia ke 2. Pada tahun 1900-an pendidikan awal kanak-kanak mula ditubuhkan di

Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan pendidikan awal kanak-kanak bermula pada tahun 1940 an. Pada tahun 1940-an pendidikan awal kanak-kanak mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British (sistem pendidikan British) dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja belajar di tadika itu. Guru-guru pendidikan awal kanak-kanak pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di tadika.

Dari tahun 1950 hingga 1960, tadika di Malaysia telah dibuka oleh sosialis kristian sebagai sebahagian aktiviti gereja. Hampir kesemua tadika dipunyai oleh individu atau agensi persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibubapa yang mampu membayar yuran. Kesannya, hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika. Malangnya, ramai kanakkanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di tadika. ZAMAN SELEPAS MERDEKA Sekitar tahun 1960-an pula, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum berikutan kesedaran untuk mendapatkan pendidikan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula meningkat. Pada tahun 1969 satu revolusi telah berlaku iaitu, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia (Worker Society of Malaysia) bagi mendirikan tadika yang mirip kepada projek Head Start di Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dan miskin terdiri dari keturunan Melayu, Cina dan India. Satu kajian telah diambil di Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dalam projek ini telah mencapai prestasi yang baik dari segi akademik dan tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak terlibat dalam projek ini (Bernard Van Lee 2009).

161

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Pada tahun 1970, KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia. Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.

KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Melalui pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan kepada program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun.

Pada tahun 1972 pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ SekolahAsuhan)(Pendaftaran). Berdasarkan laporan daripada kajian Keciciran 1973 (Ee Ah Meng 1988) terdapat kesan yang positif di kalangan kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal di peringkat prasekolah. Sebanyak 90% daripada kanak-kanak yang mendapat pendidikan di peringkat ini diletakkan di dalam kelas pertama apabila mereka memasuki sekolah rendah (Ee Ah Meng 1998).

Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah, menganjurkan seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang khas untuk pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer Foundation, 2009). Perkembangan pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih banyak dalam pendidikan awal kanak-kanak. 162

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Sekitar tahun 1972 sehingga 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Usaha MPIK ini mendapatkan sambutan dan diteruskan melalui projek-projek rintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation 2009).

Pada tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah.

Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah empat tahun. Hal yang demikian ini

menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut. Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan. Buku ini diterbitkan bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Ia juga dapat membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran dan pembelajaran prasekolah dengan lebih sistematik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rujukan oleh para pelajar di pusat-pusat pengajian pendidikan.

Seterusnya, pada tahun 1993, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. Kini, Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanakkanak. Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga bertambah dari setahun ke setahun. 163

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kurikulum seperti yang tercatat dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996 dan Peraturanperaturan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997 merujuk kepada suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Kurikulum pendidikan apabila diterjemahkan dalam bentuk aplikasi di sekolah ia adalah sesuatu yang melibatkan program pembelajaran di dalam atau di luar kelas, aktiviti, peralatan, perancangan, jadual waktu, tajuk-tajuk bagi sesuatu yang dipelajari dan juga proses penilaian. Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan dengan kanak-kanak di peringkat awal perkembangan ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu yang dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya samada di pusat asuhan, di rumah atau di luar rumah. Para pakar unit kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dari National Children Beaureu , United Kingdom berpandangan bahawa kurikulum untuk kanakkanak di peringkat awal umur yang di letakkan di pusat asuhan kanak-kanak adalah merangkumi perkara-perkara berikut: 1. Segala peluang perkembangan pembelajaran yang disediakan untuk kanak-kanak 2. Segala aktiviti, sikap dan tingkah laku samada yang dirancang atau tidak, samada digalakkan atau ditegah. 3. Cara bagaimana persekitaran fizikal yang mengelilingi kanak-kanak disusun dan juga rutin harian yang dilakukan oleh orang dewasa atau kanak-kanak itu sendiri. 4. Peranan yang dimainkan oleh orang dewasa untuk menyusun atur, mengarah, mempengaruhi dan turut serta bersama melakukan apa yang dilakukan oleh kanakkanak. 5. Penglibatan ibu bapa dalam perkara-perkara yang disebutkan (NCB, 1989, p.11). Di dalam penulisan Prof. Madya Dr. Mastura Badzis ada menyatakan Bruce dan Meggitt (2005) menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat menyokong dan merangsang potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya. 164

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang didedahkan kepada kanak-kanak samada ianya dirancang ataupun tidak, secara langsung atau tidak langsung yang ditimba oleh seseorang kanak-kanak sepanjang proses mereka membesar. Kurikulum dan pengalaman ini sebenarnya tercetus dari sikap, nilai dan tatasusila yang ditonjolkan oleh guru, orang dewasa, keluarga dan masyarakat sekitar.

Dalam erti kata lain kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh orang dewasa, segala aktiviti yang ditentu dan difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri, termasuklah juga bahasa dan teknik berkomunikasi yang diamalkan oleh orang dewasa dan kanak-kanak

menggunakannya dalam kalangan rakan sebaya atau orang lain, malah segala apa yang mereka boleh lihat dan dengar daripada persekitaran mereka. Kadang kala kurikulum ini juga boleh jadi sesuatu yang tersembunyi, yang tidak dirancang tetapi tanpa disedari kanak-kanak mempelajarinya. Sebagai contohnya masa atau perhatian yang diberikan oleh pengasuh atau pendidik kanak-kanak terhadap sesuatu aktiviti mungkin menyebabkan kanak-kanak merasakan sesuatu perkara itu lebih berfaedah dari yang lain walaupun hakikatnya tidak begitu.

TRANSFORMASI KURIKULUM DAN PERUBAHAN DALAM SISTEM

Transformasi Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan. Ia merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang. Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilainilai kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Pernyataaan kurikulum ini perlulah diterjemahkan melalui pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksi

165

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK guru murid di bilik darjah. Perlu ditegaskan bahawa kurikulum bukannya satu entiti yang konsistan tetapi berubah mengikut senario dan keperluan ekonomi, sosial dan politik tanah air. Transformasi Kurikulum

Kajian keberkesanan KBSR dan KBSM yang dijalankan oleh agensi dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) banyak menunjukkan kelemahan dari aspek pelaksanaan kurikulum tersebut di sekolah. Beberapa prinsip KBSR dan KBSM tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri dan ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.

Ke arah itu, satu bentuk pengubahsuaian sedang dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Dari aspek kurikulum sekolah, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sedang berusaha membangunkan satu bentuk kurikulum baru yang lebih berpusatkan murid, lebih memberikan peluang kepada murid untuk meneroka bidang ilmu tersebut dengan lebih mendalam, dan kurikulum yang menyeronokkan dan tidak berorientasikan peperiksaan. Berdasarkan keperluan ini, BPK membangunkan konsep Transformasi Kurikulum Kebangsaan yang membawa cadangan perubahan kepada konsep, bentuk, struktur dan operasi kurikulum persekolahan kebangsaan. Struktur kurikulum baru KBSR memperkenalkan konsep tunjang satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Enam tunjang di kenalpasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang dihasratkan.

Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan merupakan dua strategi yang saling melengkapi ke arah merealisasikan agenda untuk membangunkan modal melalui pendidikan. Kedua-dua strategi menekankan kepada pencapain 166

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK standard yang ditetapkan; Transformasi Kurikulum melalui penetapan standard kandungan dan standard pencapaian manakala SPPK melalui Ujian Rujukan Standard. Pelaksanaan Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan SPPK akan memastikan prestasi murid dibitara dan setanding dengan standard antarabangsa dalam pelbagai bidang pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.

Pelan Tindakan Pelaksanaan Dasar

Pelaksanaan Dasar ini akan dijalankan secara berperingkat melalui fasa I dan fasa II mulai tahun 2009. Fasa Pertama (Mulai 2009) Penggunaan Kurikulum Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan di taska yang dikelolakan oleh kerajaan. Penggunaan Kurikulum Kebangsaan ini hanya terpakai bagi TASKA yang dikelolakan oleh Kerajaan atau badan-badan berkanun. TASKA KEMAS yang dikelolakan oleh KEMAS, Kementerian Kemajuan Luar Bandar. TASKA Perpaduan yang dikelolakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. TASKA Kementerian Pertahanan. Pusat Anak PERMATA Negara.

Pemakaian kurikulum ini boleh dibuat secara pentadbiran, tanpa perlu meminda manamana undang-undang. Ini adalah kerana TASKA yang dikelolakan oleh agensi Kerajaan tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang. Seksyen 3 Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308) telah mengecualikan TASKA yang dikelolakan oleh kerajaan daripada pemakaian Akta tersebut.

Bagi TASKA yang dikelolakan oleh pertubuhan perbadanan dan perlu berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, seperti TASKA FELDA, pertubuhan perbadanan boleh memilih untuk menerima pakai Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pelajaran.

167

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Penubuhan Pusat PERMATA KEMAS Fasa 1 akan melibatkan peningkatan taraf 304 taska sedia ada dari aspek latihan, perjawatan, kemudahan dan peralatan.

Latihan

Bagi melaksanakan kurikulum PERMATA di semua Taska KEMAS sepenuhnya, latihan tambahan kepada pegawai dan kakitangan KEMAS sedia ada yang mengendali dan memantau Taska KEMAS perlu diadakan seperti berikut : a) kursus Jurulatih Utama kepada seramai 20 orang Jurulatih KEMAS dan Pegawai / Penyelia Prasekolah untuk menjadi 'Master Trainers'. b) kursus Orientasi Kurikulum PERMATA kepada seramai 840 orang Pengasuh dan Penyelia / Pegawai Pemantau. Ia akan di buat secara berperingkat dalam jangka masa 3 tahun. c) Mempertingkatkan tahap kelulusan akademik Pemaju Masyarakat sedia ada ke peringkat diploma di institusi pengajian tinggi secara jarak jauh pada hujung minggu. d) Latihan pra perkhidmatan kepada Pemaju Masyarakat baru yang akan dilantik. e) Dengan mengambil kira nisbah seorang pengasuh kepada 5 orang kanak-kanak dari itu program PERMATA KEMAS akan memerlukan seramai 818 orang pengasuh tambahan. Kemudahan Premis dan Peralatan

Bagi menjadikan Taska KEMAS setaraf dengan Pusat PERMATA pengubahsuaian dan naik taraf dari segi ruang dan kemudahan serta peralatan pembelajaran perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan.

Perjawatan

Pada masa kini jawatan Pemaju Masyarakat Taska KEMAS adalah bertaraf kontrak dengan tangga gaji disandarkan ke jawatan Gred N11. Dengan perancangan latihan dan cadangan peningkatan tahap kelulusan akademik, gred jawatan Pemaju Masyarakat Taska KEMAS ini perlu disesuaikan selaras dengan kelulusan akademik. Disamping itu KEMAS juga memerlukan penambahan jawatan sebanyak 818 orang di peringkat pemaju Masyarakat dan 356 orang di peringkat Pembantu Taska. 168

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Penubuhan Pusat PERMATA Perpaduan

Sebagai

permulaan

Jabatan

Perpaduan

Negara

dan

Integrasi

Nasional

(JPNIN)

mencadangkan supaya Taska PERMATA Perpaduan ini dilaksanakan dalam lingkungan kawasan Rukun Tetangga di bandar dan pinggir bandar seperti di Pusat Aktiviti Perpaduan, pusat Rukun Tetangga dan bangunan Tabika Perpaduan. Bagi Fasa I sebanyak 105 Pusat PERMATA Perpaduan akan ditubuhkan iaitu 15 bagi tahun 2009, 30 buah Pusat pada tahun 2010 dan 60 buah Pusat pada tahun 2011.

Kemudahan Premis dan Peralatan Kebanyakan bangunan dan premis sedia ada JPNIN perlu ditambah baik dan diubahsuai supaya setaraf dengan Pusat PERMATA. Memandangkan kini terdapat 415 buah bangunan yang sesuai dijadikan sebagai Taska PERMATA Perpaduan, pelaksanaannya perlulah dibuat secara berperingkat bersesuaian dengan kemampuan kewangan.

Perjawatan Bilangan jawatan yang diperlukan bagi 105 Taska PERMATA Perpaduan ialah seperti berikut:

Tahun taska pendidik pembantu pendidik TAHUN 2009 2010 2011 Jumlah TASKA 15 30 60 105 PENDIDIK 60 120 240 420 PEMBANTU PENDIDIK 30 60 120 210

JPNIN mencadangkan supaya Pendidik dilantik pada Gred S27 dengan pembantunya pada Gred N11 berasaskan kelayakan akademik mereka. Latihan Pendidik di Pusat PERMATA Perpaduan di jangka perlu mengikuti latihan dalam bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak selama 6 minggu.

169

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Penubuhan pusat permata felda

FELDA bercadang untuk memperluaskan program PERMATA dengan menambah lima lagi Pusat iaitu di FELDA Jaya Raja Alias, FELDA Gugusan Besout, FELDA Gugusan Kertih, FELDA Ciku Kelantan dan FELDA Tenggaroh. Bangunan-bangunan sedia ada di lokasi-lokasi tersebut akan dinaik tarafkan supaya sesuai dengan keperluan program PERMATA.

Penubuhan pusat permata angkatan tentera malaysia (ATM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan Pusat PERMATA di 5 buah lokasi iaitu Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur (Markas ATM), Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur (Markas Tentera Darat), Pangkalan TLDM Lumut (Markas Tentera Laut), Pangkalan Udara Subang (Markas Tentera Udara), dan Taskanita Kementerian Pertahanan (PUSPANITA). ATM seterusnya akan menambah 8 lagi Pusat PERMATA ATM iaitu 4 lokasi bagi Tentera Darat, 2 lokasi bagi Tentera Laut dan 2 lokasi bagi Tentera udara.

Fasa Kedua (Mulai 2010) Pemakaian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan Di Taska Swasta. Sekiranya pemakaian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak ini akan dijadikan mandatori bagi semua taska, termasuklah yang ditubuhkan dan dikelolakan oleh pihak swasta, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 22 Akta Pendidikan 1996 bagi pemakaian Kurikulum Kebangsaan prasekolah di termasuk TADIKA Swasta, maka pindaan hendaklah di buat kepada Akta Pendidikan 1996 bagi memasukkan peruntukan yang serupa.

Dengan ini, Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak akan menjadi sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Bagi maksud ini, pindaan yang substansif perlu dibuat kepada Akta Pendidikan 1996, khususnya yang melibatkan Bahagian IV yang memperuntukkan perkara-perkara berhubungan dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Peruntukan mengenai kenyataan dasar yang disebut dalam perenggan 14 diatas adalah peruntukan membolehkan (enabling clause) yang memperuntukkan bahawa Menteri Pelajaran mempunyai kuasa untuk menggubal atau menetapkan serta bertanggungjawab bagi hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum asuhan dan didikanawal kanak-kanak. Selain itu, kenyataan Dasar ini tidak menyentuh obligasi mana-mana pihak untuk melaksanakan kurikulum tersebut. Ini adalah kerana pelaksanaannya boleh dibuat secara pentadbiran. 170

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Berhubung dengan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 yang memperuntukkan mengenai pengawalseliaan taska swasta, khususnya pendaftaran TASKA swasta, walaupun ia tidak memperuntukkan mengenai penggubalan dan pemakaian kurikulum di TASKA, namun pemakaian Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak adalah di peruntukkan di bawah PeraturanPeraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Di Institusi) 1985 yang dibuat di bawah Akta tersebut. Memandangkan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang digubal oleh Kementerian Pelajaran akan terpakai bagi semua TASKA, maka beberapa pindaan mungkin perlu dibuat kepada Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.

Bagi melaksanakan pemakaian Kurikulum Kebangsaan di semua TASKA swasta, adalah dicadangkan supaya pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 dan Akta Taman Asuhan Kanakkanak 1984 dipinda pada tahun 2010. HALA TUJU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Kepentingan pendidikan prasekolah sebagai penyediaan kepada kanak-kanak ke alam persekolahan telah banyak didokumentasikan. Menurut UNESCO, pendidikan awal kanak kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan minda kanak-kanak dan dapat mengurangkan kekurangan sedia ada dan di masa depan. 26 Kajian dijalankan di Amerika Syarikat mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah, lebih komited dalam pendidikan dan memperolehi pendapatan lebih tinggi pada masa hadapan

171

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Menyedari kepentingan pendidikan prasekolah serta skop Malaysia dalam meningkatkan kadar penyertaan prasekolah, yang mana kadar semasa ialah 67% bagi kanak-kanak yang berumur empat dan lima tahun, kami telah mengenalpasti pendidikan prasekolah sebagai salah satu fokus di bawah NKRA Pendidikan.

Bagi meningkatkan kadar penyertaan dan kualiti pendidikan prasekolah, terdapat tujuh teras yang dikenalpasti bagi memperkasa tadbir urus dan pelaksanaan pendidikan prasekolah yang berkualiti. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah. Jawatankuasa ini berperanan mengkaji semula dasar pendidikan prasekolah kerajaan dan prasekolah swasta yang berdaftar termasuk kurikulum, kriteria kelayakan, latihan dan penilaian, menyelaras semua prasekolah (kerajaan dan swasta) serta memantau dan menilai pendidikan prasekolah bagi menggubal dasar prasekolah masa depan. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran (MOE), manakala ahli tetapnya terdiri daripada Ketua Pengarah KEMAS, Ketua Pengarah JPNIN dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta (MOE).

172

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta. KSPK memberi penekanan dalam aspek berikut: Menggabungkan prinsip pendidikan holistik yang berorientasikan kepada hasil pembelajaran Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengambil kira latar belakang pelajar yang berbeza Mentakrifkan penggunaan bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin sebagai bahasa instruksional. Melibatkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemahaman budaya serta aktiviti pelbagai bangsa.

Penambaikan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ini merupakan satu inisiatif yang diterima baik Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan. Ini termasuk

penyeragaman pemberian geran per kapita kepada prasekolah MOE, KEMAS dan JPNIN serta menaikkan bantuan makanan bagi menampung inflasi. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah. Program Peningkatan Kemahiran akan diberikan kepada lebih kurang 30,000 guru dan pembantu guru prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun. Selain itu, kriteria kelayakan minima untuk semua guru prasekolah ialah Ijazah sarjana muda. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan membangunkan kerangka kecemerlangan pendidikan prasekolah, dengan menakrifkan sasaran yang perlu dicapai oleh prasekolah. Menambah bilangan kelas prasekolah, khususnya bagi kanak-kanak berumur 4 tahun. Berdasarkan kepada kadar penyertaan semasa, disasarkan bilangan kelas prasekolah yang diperlukan dalam anggaran 10,000 kelas. Bagi mencapai sasaran ini, pihak kami akan meningkatkan kerjasama dengan pihak swasta. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan prasekolah. Insentif baru akan diberikan kepada pengusaha presekolah swasta khususnya di kawasan miskin bandar dan di luar bandar. Manakala pihak swasta pula , perlu mematuhi standard yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan, termasuk sasaran yang ditetapkan. i. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan bagi menyelaras dan

mengumpul maklumat berkaitan prasekolah termasuk maklumat asas pelajar, personel 173

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK dan lokasi sekolah serta pencapaian prasekolah tersebut. Dengan sistem ini, pihak Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan akan dapat memantau dan menilai pelaksanaan prasekolah dengan lebih telus dan berkesan serta dapat merancang dasardasar baru bagi memantapkan pelaksanaan pendidikan prasekolah. (Dipetik daripada :http://klnportal.kln.gov.my/klnvideo/2010/transformasi/video/documents/Pelan%20Hala% 20Tuju%20GTP/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP_Bab08.pdf)

LITERASI

DAN

NUMERASI:

MEMASTIKAN

SEMUA

KANAK-KANAK

BERUPAYA

MENGUASAI KEMAHIRAN ASAS LITERASI DAN NUMERASI SELEPAS TIGA TAHUN MENGIKUTI PENDIDIKAN RENDAH Sasaran yang ditetapkan agak sukar dicapai, walaupun untuk golongan dewasa kerana kurang daripada 30 negara mempunyai kadar literasi mencapai 100%. Namum, sasaran yang tinggi untuk kadar literasi dan numerasi amat penting. Ini disebabkan pada tahun 2008 sahaja, masih terdapat 54,000 pelajar Tahun 1 (anggaran 13% daripada jumlah enrolmen pelajar Tahun 1) yang tidak menguasai kemahiran literasi dan 117,000 (24%) pelajar dalam Tahun 4 yang tidak menguasai kemahiran numerasi yang ditetapkan.

Kajian yang telah dijalankan oleh MOE menunjukkan bahawa faktor yang menyumbang kepada keciciran pelajar adalah disebabkan ketidakupayaan untuk menerima pelajaran yang diajar. Pada tahun 2008, hampir 32,000 pelajar cicir dari pelbagai peringkat persekolahan. Harapan kerajaan, sekiranya penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas diberi 174

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK penekanan bermula daripada peringkat awal pendidikan, kadar keciciran pelajar akan dapat dikurangkan. Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi pada peringkat awal pendidikan juga amat kritikal bagi seseorang kanak-kanak kerana penguasaannya akan menjadi lebih sukar di masa hadapan kegagalan adalah kumulatif. SENARIO KEWUJUDAN PRASEKOLAH ALAF BARU Pendidikan prasekolah adalah pendidikan untuk membantu pertumbuhan dan

perkembangan jasmani dan rohani anak didik di luar lingkungan keluarga sebelum memasuki pendidikan dasar, Pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk membantu meletakkan dasar ke arah perkembangan sikap, pengetahuan, ketrampilan, dan daya cipta yang diperlukan oleh anak didik dalam menyesuaikan diri dengan lingkungannya dan untuk pertumbuhan serta perkembangan selanjutnya. PENUTUP Usaha memajukan kanak-kanak di peringkat awal merupakan asas pembentukan modal insan yang berkualiti yang memberi pulangan tertinggi dalam kemajuan ekonomi kerana ia merupakan cara berkesan untuk mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Kanak-kanak yang dipelihara dan dididik hari ini perlu dilengkapkan bukan sahaja bagi menghadapi cabaran yang biasa masa kini tetapi juga kerumitan yang mungkin dihadapi masa akan datang. Oleh itu, mendidik anak-anak kita dengan betul adalah sesuatu yang perlu kita lakukan, bukan sahaja untuk faedah mereka tetapi juga bagi masa depan negara. Kualiti modal insan negara merupakan elemen penting bagi mencapai aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Pembangunan modal insan perlu holistik, yang merangkumi usaha menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran termasuk sains dan teknologi, keupayaan keusahawanan selain menyemai sikap progresif, positif dan beretika melalui pelajaran, latihan dan pembelajaran seumur hidup.

Proses menyemai nilai-nilai yang baik dan kemahiran yang sesuai bagi pembentukan menyeluruh sebagai individu perlu bermula sejak kanak-kanak itu masih bayi. Kita tidak patut membiarkan aspek pembangunan kanak-kanak itu apabila mengetahui bahawa kualiti jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak boleh menghasilkan kesan positif jangka panjang. Kerajaan Malaysia sentiasa secara konsisten memperuntuk sejumlah besar wang bagi bajet

175

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK pembangunan untuk kemajuan pendidikan bagi memastikan sasaran dalam pelan pendidikannya mencapai matlamat.

Pada 2007, kanak-kanak berumur lima dan enam tahun yang mendapat pendidikan pra sekolah adalah tinggi iaitu 67 peratus dan dijangka ia akan meningkat kepada 80 peratus menjelang akhir 2010. Bagaimanapun, peratusan ibu bapa yang menggunakan pusat jagaan kanak-kanak bagi kanak-kanak yang berumur empat tahun ke bawah adalah rendah. Kaji selidik pada 2006 yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara mendapati hanya 10.6 peratus ibu bapa menggunakan pusat itu berbanding 5.9 peratus bagi mereka yang tinggal di luar bandar.

Objektif program Permata adalah bagi mengisi jurang pembangunan, pendidikan dan jagaan kanak-kanak sejak mereka lahir hingga mencapai umur lima tahun dalam usaha untuk menyediakan jagaan berterusan sebelum mereka memasuki pra sekolah dan sistem persekolahan formal. Oleh itu, falsafah dan kurikulum disamping proses pembelajaran dan pengajaran perlu selari bagi mencapai pembangunan berterusan. Ibu bapa perlu lebih mesra dalam memandu kanak-kanak dalam menemukan mereka dengan persekitaran.

Dengan dunia tanpa sempadan dan proses globalisasi, wujud keperluan bagi menyediakan kanak-kanak untuk menjadi warganegara global dan mereka perlu diingatkan mengenai padang permainan mereka sebagai orang dewasa tidak terhad kepada tanah air mereka. Mereka perlu peka sejak awal mengenai kepelbagaian budaya, berurusan dan berinteraksi dengan yang lain merentasi dunia melalui teknologi maklumat dan komunikasi dan mengenai keupayaan untuk bekerja di dunia yang berbeza.

Oleh itu, adalah penting bagi memastikan semua sistem dalam masyarakat bermula dari ibu bapa, keluarga dan masyarakat dan sistem sekolah, untuk bekerjasama sepenuhnya bagi memaksimumkan potensi kanak-kanak itu dalam persekitaran holistik merangkumi lingkungan intelektual, kebudayaan dan kerohanian

176

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DEFINISI TASKA TASKA membawa maksud mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanakkanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Taska terbahagi kepada empat jenis iaitu taska di rumah, taska di institusi, taska di tempat kerja dan taska komuniti. Taska di rumah suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan. Taska di institusi pula ialah suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih. Taska di tempat kerja ialah suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih. Manakala taska komuniti suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri. (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2009).

Tempoh masa pengasuhan sehari pengasuhan sehari di TASKA ialah jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang berjumlah 6 hari seminggu. Terdapat juga perkhidmatan TASKA, terutamanya di luar bandar beroperasi separuh hari dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari sahaja yang berjumlah 5 hari seminggu. Ahli jawatankuasa TASKA bertanggungjawab menetapkan tempoh masa ini mengikut kesesuaian waktu bekerja ibu bapa dan masyarakat setempat.

TASKA KEMAS menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diintegrasikan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti dilaksanakan mengikut kebolehan, minat dan peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun.

LATAR BELAKANG KURIKULUM PERMATA

Kurikulum PERMATA telah dibentuk oleh sekumpulan pakar Pendidikan Awal Kanakkanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti setelah mengkaji pelbagai kurikulum sedia ada yang digunapakai di seluruh dunia. Mereka juga telah melawat dan menghadiri beberapa seminar dan persidangan, dan mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak yang berkaitan untuk mendapatkan idea terbaik bagi menyediakan kurikulum ini. Di antara model program

177

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK pendidikan awal kanak-kanak yang didapati paling sesuai dirujuk ialah Program Surestart dari Pen Green Center, Corby, United Kingdom. ( Aminah Ayob et al, 2008). Elemen-elemen yang terdapat dalam Program Surestart di Pen Green ialah rekabentuk kurikulum dan pedagogi meletakkan kanak-kanak di tengah-tengah sebagai keutamaan yang menghubungkan Pusat Pendidikan dan Asuhan (nursery) dengan rumah. Oleh itu, kurikulum ini menekankan penglibatan ibu bapa secara aktif. Kitaran ini dipanggil Pen Green Loop atau singkatannya PG Loop

Kurikulum PERMATA melihat perkembangan kognitif sebagai perkembangan deria dan pengetahuan tentang dunia, bukan sebagai penguasaan kemahiran akademik semata-mata. Kurikulum PERMATA menggabungkan semua aspek pembelajaran dan asuhan secara bersepadu supaya setiap individu kanak-kanak dapat berkembang secara holistik.

Rangka teori yang menjadi asas kepada Kurikulum PERMATA ini adalah unik dan tidak ada dalam mana-mana kaedah pendidikan awal kanak-kanak lain. Ini bermaksud, tidak ada kaedah yang menggunakannya kecuali di Pen Green Corby. Isi kandungan kurikulum PERMATA adalah sama seperti yang digunakan di Pen Green iaitu berasaskan konsep skema Piaget dan beberapa asas teori yang lain seperti : 1. Konsep Involvement oleh Laevars (1997) 2. Konsep Well-being oleh Laevars (1997) 3. Konsep Attachment oleh Bowlby (1969) 4. Konsep Holding and containment oleh Winnicot (1965) Bion (1962)

Falsafah Kurikulum PERMATA menekankan bahawa setiap anak umpama permata. Mereka adalah modal insan masa hadapan dan memastikan perkembangan secara holistik sejajar Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan dan asuhan perlu bermula dari awal/lahir. Umur 3 tahun pertama paling penting dalam perkembangan kanak-kanak yang cemerlang. Selain itu, aspek-aspek kerohanian, nilai-nilai mulia dan kefahaman antara budaya adalah amat penting dibina dari peringkat awal. Kebolehan bahasa, berfikir dan pra matematik perlu dikembangkan melalui pembelajaran awal. Kanak-kanak membentuk kefahaman dengan berinteraksi dengan orang lain dalam persekitaran yang ceria. Semua kanak-kanak berhak mendapat akses pendidikan dan asuhan yang sama dan berkualiti yang disediakan oleh kerajaan.

178

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ULASAN UMUM BERKAITAN KURIKULUM PERMATA

Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (PERMATA) dianggap sebagai usaha dan bukti agresif kerajaan dalam melahirkan modal insan terbaik yang bermula dari pendidikan awal dengan mendokumenkan garis panduan untuk kurikulum Permata bagi menyeragamkan aktiviti dan kualiti pembelajaran yang disediakan kepada kanak-kanak. Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Program PERMATA Y.A. Bhg. Datin Seri Paduka Rosmah Mansor berkata, garis panduan yang dimaksudkan ialah Garis Panduan Peralatan Luar, Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak Permata dan beberapa dokumen lain yang akan menjadi prosedur operasi standard (SOP) PERMATA.

Bagi memastikan teknik pembelajaran mengikut kurikulum PERMATA dapat disampaikan dengan lebih berkesan, PERMATA juga telah menyediakan peluang kepada pendidik untuk mengikuti Kursus Asas PERMATA selama enam minggu, Kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak RM3.64 juta kepada semua kerajaan negeri untuk memperluaskan pelaksanaan program PERMATA tahun ini. Bilangan Taska PERMATA di seluruh negara dijangka meningkat kepada 647 buah dalam tempoh dua tahun sejak penubuhannya pada 2008. Tahun lalu sahaja, program PERMATA telah menunjukkan perkembangan pesat dengan penubuhan 427 Taska PERMATA di seluruh negara dengan penyertaan 17,000 kanak-kanak berusia antara satu hingga 4 tahun (Rosmah Mansor,2010 )

PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti. Ini adalah bersesuaian untuk membentuk personaliti anak yang seimbang, yakin diri,. bijak bergaul dan ini juga adalah penting untuk pembangunan modal insan yang cemerlang, sekaligus mengelakkan anak-anak dari terjebak ke dalam kancah gejala sosial apabila mereka dewasa.

Dalam usaha merealisasikan objektif program PERMATA, Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara memfokuskan pada kumpulan sasaran atau segmen tertentu dimana kumpulan sasaran PERMATA ialah kanak-kanak berumur antara 1 hingga 4 tahun dengan tumpuan di kawasan bandar dan luar bandar. Ini dikira rasional berdasarkan bukti dari kajian neurosains yang menunjukkan bahawa 3 tahun pertama adalah amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak.

179

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Hubungan emosi dan sosial yang dibina dengan mereka memainkan peranan penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang. Maka sekiranya rangsangan yang betul diberikan dalam keadaan ceria dan gembira, otak akan berkembang segar. Oleh itu, kurikulum PERMATA digubal berbeza dari kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang ada di Negara ini.

Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik seperti kasih sayang dan belaian , interaksi dan komunikasi , pemikiran dan bacaan , memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas, mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak serta belajar melalui bermain.

Atas dasar ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspekaspek seperti pembinaan hubungan emosi, kasih sayang, rasa selamat dan yakin diri, melalui sentuhan dan belaian , melalui berkawan dan sosial , belajar melalui percubaan dan

penerokaan, membina minat membaca dan berfikir sejak awal serta merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik.

Dapatan ke atas hasil kajian penyelidikan yang dijalankan dari segi perkembangan emosi didapati 84% kanak-kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik berbanding 42% kanak-kanak bukan PERMATA. Program PERMATA didapati berjaya membentuk personaliti kanak-kanak yang tenang dan terkawal, stabil, ceria, mesra, penyayang dan berkeyakinan diri (Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara

(NCDRC):UPSI,2008).

Perkembangan bahasa dan komunikasi pula mendapai 80% kanak-kanak PERMATA boleh menggunakan ayat penuh dan betul berbanding 51% kanak-kanak bukan PERMATA. Kemahiran berkomunikasi menunjukkan bahawa 72% kanak-kanak PERMATA boleh

menggunakan bahasa ekspresi dan bercerita mengatasi 60% kanak-kanak bukan PERMATA, perkembangan sosial pula mendapati 80% kanak-kanak PERMATA bersifat mesra, mudah bergaul dan berkawan, berkongsi mainan, mengikut arahan dan menunggu giliran berbanding kanak-kanak bukan PERMATA (Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC):UPSI,2008 ). 180

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Dari segi pengurusan diri pula menunjukkan 85% kanak-kanak PERMATA lebih pandai mengurus diri sendiri berbanding 60% kanak-kanak bukan PERMATA, perkembangan intelek menunjukkan 85% kanak-kanak PERMATA mencapai kemahiran pra-sains berbanding 50% kanak-kanak bukan PERMATA manakala perkembangan rohani menunjukkan kanak-kanak PERMATA lebih berdisiplin dan suka bersalam berbanding kanak-kanak bukan PERMATA (Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC):UPSI,2008 ).

KESIMPULAN
Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Perlaksanaan Program TASKA berkonsepkan Kasih Sayang, Kemesraan dan Galakan. Melalui program ini kanak-kanak diasuh di tempat dan persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan galakan yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak yang sempurna.

Strategi yang dilaksanakan oleh program taska ialah taska diwujudkan di kawasan luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. Bangunan taska dibina dan diselarakan oleh Bahagian Pembasmian Kemiskinan, Kementerian

Pembangunan Luar Bandar dengan kerjasama KEMAS. KEMAS melatih dua orang Pengasuh bagi setiap TASKA terdiri dari masyarakat setempat di institusi latihan KEMAS. Selain itu, penyeliaan teknikal dan ikhtisas oleh Penyelia Prasekolah di peringkat Parlimen. Ahli Jawatankuasa yang dilantik dari kalangan ibu bapa dan masyarakat setempat bertanggungjawab dalam TASKA.

Secara keseluruhannya, pendidikan prasekolah membolehkan murid mempunyai peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik. Selain itu, mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

181

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PENUTUP
Kepentingan pendidikan prasekolah sebagai penyediaan kepada kanak-kanak ke alam persekolahan telah banyak didokumentasikan. Menurut UNESCO, pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan minda kanak-kanak dan dapat mengurangkan kekurangan sedia ada dan di masa depan. 26 Kajian dijalankan di Amerika Syarikat mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah, lebih komited dalam pendidikan dan memperolehi pendapatan lebih tinggi pada masa hadapan .

Menyedari kepentingan pendidikan prasekolah serta skop Malaysia dalam meningkatkan kadar penyertaan prasekolah, yang mana kadar semasa ialah 67% bagi kanak-kanak yang berumur empat dan lima tahun kami telah mengenalpasti pendidikan prasekolah sebagai salah satu fokus di bawah NKRA Pendidikan.

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama(KPI) 6 Teras Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA), termasuk

membabitkan bidang pendidikan prasekolah. Dibawah sub NKRA prasekolah sebanyak 1468 buah kelas prasekolah lagi akan dibuka dibawah KPM. Pecahan mengikut tahun adalah seperti berikut:

1. Pada 2010 : sebanyak 315 buah kelas prasekolah 2. Pada 2011 : sebanyak 705 buah kelas prasekolah 3. Pada 2012 : sebanyak 448 buah kelas prasekolah akan ditambah

Dijangkakan pada 2012, sebanyak 8644 buah kelas prasekolah beroperasi dibawah KPM. Meningkatkan penyertaan murid prasekolah sebanyak 20 peratus, pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta ke dalam sistem pendidikan negara. Usaha memajukan kanak-kanak di peringkat awal merupakan asas pembentukan modal insan yang berkualiti yang memberi pulangan tertinggi dalam kemajuan ekonomi kerana ia merupakan cara berkesan untuk mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

182

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Kanak-kanak yang dipelihara dan dididik hari ini perlu dilengkapkan bukan sahaja bagi menghadapi cabaran yang biasa masa kini tetapi juga kerumitan yang mungkin dihadapi masa akan datang. Oleh itu, mendidik anak-anak kita dengan betul adalah sesuatu yang perlu kita lakukan, bukan sahaja untuk faedah mereka tetapi juga bagi masa depan negara. Kualiti modal insan negara merupakan elemen penting bagi mencapai aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Pembangunan modal insan perlu holistik, yang merangkumi usaha menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran termasuk sains dan teknologi, keupayaan keusahawanan selain menyemai sikap progresif, positif dan beretika melalui pelajaran, latihan dan pembelajaran seumur hidup.

Proses menyemai nilai-nilai yang baik dan kemahiran yang sesuai bagi pembentukan menyeluruh sebagai individu perlu bermula sejak kanak-kanak itu masih bayi. Kita tidak patut membiarkan aspek pembangunan kanak-kanak itu apabila mengetahui bahawa kualiti jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak boleh menghasilkan kesan positif jangka panjang. Kerajaan Malaysia sentiasa secara konsisten memperuntuk sejumlah besar wang bagi bajet

pembangunan untuk kemajuan pendidikan bagi memastikan sasaran dalam pelan pendidikannya mencapai matlamat.

Secara keseluruhanya, dapat disimpulkan bahawa pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selaras dengan kemajuan negara. Pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) di Malaysia telah menjadi satu industri yang bercambah dengan pesatnya sejak kebelakangan ini namun inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menginstitusikan PAKK hanya bermula di sekitar tahun 1990-an melalui beberapa peraturan dalam Akta Pendidikan 1996.

Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak terus berkembang maju apabila pihak NCDRC akan diperluaskan bagi melaksanakan tugas-tugas seperti menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan perkembangan kanak- kanak, menjadi pusat rujukan dan memberi khidmat latihan kepada pendidik dan jurulatih PERMATA serta lain-lain pihak yang berminat, mewujudkan pangkalan data kanak-kanak seluruh Malaysia bagi tujuan memantau dan menyelidik perkembangan kanak-kanak seluruh Malaysia, menerbitkan bahan bacaan atau rujukan mengenai pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak hasil dari kajian yang dijalankan berasaskan keperluan pembangunan kanak-kanak dan membina jaringan dengan

183

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK pelbagai pihak dalam dan luar dalam meningkatkan mutu dan kualiti asuhan dan didikan awal kanak-kanak di Malaysia. Selain daripada itu, program Early Childrens Education Curriculum (ECEC) yang berkualiti adalah sangat penting kerana pelaburan yang dibuat untuk setiap kanak-kanak yang baru lahir pada hari ini akan memberikan pulangan yang amat besar di masa hadapan. Ini disebabkan program ECEC yang berkualiti adalah asas kepada pembangunan modal insan yang produktif di abad ke-21 yang berteraskan teknologi dan ICT.

Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yang tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses pendidikan kanak-kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang bertanggungjawab perlu

memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah. Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud dan banyak isu yang sentiasa menjadi bualan dalam sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.

184

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK BIBLIOGRAFI

Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ). 2003. International Law Book Services. Petaling Jaya, Selangor. Akta Pendidikan 1996, International Law Book Service, Kuala Lumpur, 1998 Asiah Abdul Rahim, (2001). Design of Building for Early Childhood Education. Kuala Lumpur: International Islamic University Malaysia Press.

Azizah Lebai Nordin dan Zainun Ishak, (2005). Pendidikan Prasekolah untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Azizah Lebai Nordin, (2004). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia, (1993). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Junaidah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. 2005. Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan : Teori, Polisi dan Pelaksanaan. Universiti Putra Malaysia, Selangor. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:Dokumen Standard Prasekolah.

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

(2001)

Kurikulum

Kebangsaan

Prasekolah

(Edisi

Percubaan).Pusat Perkembangan Kurikulum. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia , Kuala Lumpur, 1988

Mariatul Qatiah Zakaria (2010). Artikel Pendidikan : Program Pendidikan Awal Berkualiti Kanak kanak. Utusan Malaysia pada: 18 Mac 2010.

185

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Mastura Bazdis, (2008). Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah, (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Razali Arof (1991). Penghantar Kurikulum. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Saad Abdul Rahman, (1979). Pendidikan Prasekolah di Malaysia: Beberapa Isu dan Masalah. A paper presented at the international Childs Seminar. September. Kuala Lumpur.

Sufean Hussin (1993), Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Taba. H. (1962). Curriculum Development-Theory & Practise. New York: Harcourt, Brace and World.

UNESCO. Education For All, (2000). Assessment Country Report. Malaysia. UNESCO. PROAP. June 2000.

Wiles.J. &Bondi.J., (1989).Curriculum Development: A Guide to Practice.Ohio: Merrill Publishing Company.

http://www.kemas.gov.my/7# http://www.moe.gov.my/?id=134&lang=my http://www.permata.jpm.my/buletin/28.html http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0224&pub=Utusan_Malays&sec=Dalam_ Negeri&pg=dn_01.htm http://www.google.com.my/search?q=kualiti+jumlah+kelas+pendidikan+awal+kanakkanak&ie=utf -8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a

186

DASAR, POLISI DAN PRINSIP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK http://www.e-kedai.net/en/prasekolah/tadika-berkualiti.htm l http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0118&pub=Utusan_Malays&sec=Pendidi kan&pg=pe_08.htm http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0204&pub=Utusan_Malays&sec=Rencan a&pg=re_07.htm www.mindamadani.my/index2.php?option=com_content

187

Anda mungkin juga menyukai