Anda di halaman 1dari 9

Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Eropah, Amerika dan Asia

DEFINISI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada tempoh masa seseorang kanak-kanak itu mendapat pendidikan awal mereka. Menurut Pertubuhan Kebangsaan Bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda atau The National Association For The Education Of Young Children (NAEYC), pendidikan awal kanak-kanak adalah segala program pendidikan yang telah diberikan sama ada dalam memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari kanak-kanak tersebut lahir hingga ke umur 8 tahun.

Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Eropah


Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Eropah telah bermula dari zaman Rom, zaman Greek dan negara-negara di sekitar Eropah. Sepanjang perkembangan pendidikan kanak-kanak di Eropah di setiap abad memperlihatkan kepentingan hak kanak-kanak dan kemajuan dalam pendidikan mereka. Kebanyakan sistem pendidikan di Eropah hari ini merujuk kepada sistem pendidikan Greek dan Rom.

Pendidikan awal kanak-kanak semasa zaman Greek


Di Sparta
Pendidikan perlu bermula dari rumah semenjak bayi hingga 6 tahun oleh ibu bapa. Pendidikan secara formal akan diberi kepada kanak kanak setelah berumur 6 tahun dibawah satu pendidikan khas yang dinamakan Badan Kebajikan Masyarakat oleh pihak kerajaan. Kanak-kanak berumur 8 tahun di anggap dewasa. Latihan yang diberikan adalah berbentuk latihan fizikal seperti berlari, melompat, bergusti, bertinju dan sebagainya. Kanak-kanak perempuan juga diberi pendidikan untuk menguatkan fizikal supaya menjadi sihat dan tegap agar dapat melahirkan keturunan yang sihat dan kuat bila berkahwin nanti.

Di Athens
Warga Athens menitikberatkan pendidikan ilmu pengetahuan.

Pada peringkat awal, kerajaan tidak mengambil berat dalam pendidikan sekolah dan tidak membiayai kanak-kanak miskin Pendidikan awal kanak-kanak diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak yang mencapai umur 7 tahun, ibu bapa akan memberikan kanak-kanak ini kepada guru yang akan menentukan bidang pendidikan mereka. Dari umur 11 tahun pula, kanak-kanak akan menduduki ujian yang berupa ujian jasmani dan akal. Sistem pendidikan begini telah melahirkan ramai ahli falsafah. Tujuan pendidikan di Athens adalah untuk mencapai keseimbangan antara rohani dan jasmani - hidup dengan harmonis. Setiap warganegara hendaklah setia kepada negaranya.

Pendidikan awal kanak-kanak semasa zaman Rom


Pada zaman Rom
o Pada zaman Rom kuno, tidak terdapat sekolah sebagai institusi pendidikan. Kanak-kanak dididik di rumah. Mereka belajar mematuhi dan mencontohi orang tuanya dalam segala hal terutamanya kelakuan. o Pada kira-kira tahun 450 SM barulah wujud sekolah, kanak-kanak belajar membaca dan menulis tentang agama dan undang-undang negara. o Pada zaman peralihan kanak-kanak mula mendapat pendidikan di sekolah secara formal . o Perkembangan pendidikan di Rom memperlihatkan kemajuan dalam pendidikan mereka . o Pendidikan awal kepada kanak-kanak adalah: 1. Mengajar membaca dengan secukupnya 2. Mengarang dengan teliti 3. Mempelajari pidato untuk kanak-kanak yang ingin menceburi bidang peguam, ahli politik 4. Mempelajari aktiviti bermain pedang, berenang 5. Pendidikan menekankan membaca, menulis, mengira

Selepas kejatuhan kerajaan Rom


o Pendidikan merosot akibat kelemahan kerajaan. o Pendidikan kanak-kanak terletak di bawah tanggungjawab ibu bapa. o Kanak-kanak tidak mendapat pendidikan sempurna disebabkan ibu bapa bekerja. o Kanak-kanak perlu membantu kerja-kerja yang dilakukan oleh orang dewasa.

o Pada waktu yang sama anak-anak golongan istana mendapat keistimewaan untuk bersekolah. o Mereka di ajar membaca, menulis mengira dan mempelajari buku simpan kira.

Pendidikan Awal Kanak-kanak Abad ke 15


Abad ini kanak-kanak tidak mendapat tempat dan tiada pengiktirafan hak perlindungan yang khusus. Kanak-kanak kelas golongan atasan disediakan peluang pendidikan belajar menerusi tutor atau sekolah di rumah keluarga yang ternama. Kanak-kanak golongan pertengahan mendapat latihan vokasional Kanak-kanak golongan bawahan dan miskin bekerja membantu ibu bapa.

Pendidikan Awal Kanak-kanak Abad ke 16 Di German


Berlaku penyerahan perkhidmatan pendidikan kepada golongan biasa. Sekolah yang dahulu dikuasai gereja diserahkan kepada golongan biasa Di Belanda Diperkenalkan sistem pengendalian kelas iaitu nisbah seorang guru untuk sepuluh orang kanak-kanak.

Pendidikan Awal Kanak-kanak Abad ke 17


Perlindungan kanak-kanak bawa perubahan dalam masyarakat Sebelum ini pendidikan kanak-kanak berumur 6 tahun tidak berbeza dengan kanak-kanak yang lebih tua. Menurut Johann Pestalozzi penekanan pendidikan bermula di rumah Pembelajaran Adalah secara penemuan.

Pendidikan awal kanak-kanak Abad ke 18


Pada abad ini penekanan telah diberikan dalam sistem pendidikan kanakkanak. Menurut Robert Owen, sekolah dapat membendung pengaruh negatif yang terdapat di rumah. Manakala Freidreich froebel mempercayai kanak-kanak perlu diberi peluang memilih aktiviti yang diminati.

Pendidikan awal kanak-kanak Abad ke 19


Pendidikan awal kanak-kanak menjadi keperluan masyarakat. Wujud beberapa pendekatan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Pendekatan Reggio Emilia


Seorang guru Loris malaguzzi dengan bantuan beberapa orang guru dan ibu bapa telah membentuk satu sistem pendidikan untuk kanak-kanak pada peringkat awal iaitu 4 bulan hingga 6 bulan. Sekolah ini berasaskan prinsip Sosio Konstructivis seperti Dewey, Montessori,Piaget,Vygotsky. Pendekatan Reggio Emilia dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak 1. Keistemewaan yang ada pada setiap kanak-kanak 2. Peranan guru dalam P & P 3. Tumpuan pendidikan pada potensi 4. Susunan persekitaran fizikal dan ruang

Pendekatan Bank Street


o 1916 Bank Street diasaskan oleh lucy Sprague Mitchell. o Pendekatan berasaskan pertumbuhan kanak-kanak dari aspek sosial, emosional dan estetik serta intelektual. fizikal,

Ciri-ciri program
Kanak-kanak bertindakbalas terhadap bahan dipersekitaran. Kanak-kanak mempelajari menghadapi masalah dan meluahkannya. Orang dewasa penting sebagai pemudahcara. Pembelajaran bertemakan diri, keluarga, masyarakat dan dunia. Kanak-kanak sebaya berada dalam kelas yang sama dengan mempunyai seorang guru dan pembantu. Bilik darjah menyediakan pelbagai pusat aktiviti.

Sejarah Perkembangan Pendidikan awal Prasekolah


Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud Garden of Children. Prasekolah pertama di dirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Scotland dan diberi nama The Infant School .

Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Amerika


Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz.

Pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston. Penubuhan prasekolah di Amerika Syarikat tertumpu kepada kanakkanak dari golongan yang berada sahaja. Kanak-kanak yang miskin hanya terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Pada tahun 1960 berlaku transformasi di dalam sistem pendidikan Wujud pembelajaran menggunakan kaedah High Scope. Merupakan satu kaedah pendidikan bagi prasekolah,tadika atau sekolah rendah berdasarkan idea-idea dari Jean Piaget. Sekolah yang menggunakan pendekatan High Scope mempunyai kawasan yang tertentu untuk setiap aktiviti seperi bermain, aktiviti seni, menulis, permainan dramatik dan sebagainya. Kawasan bagi setiap aktiviti itu adalah berbeza. (Alice Butler et al., 2004). Menurut Jean Piaget anak-anak seharusnya terlibat secara aktif dalam pembelajaran kendiri mereka. Mereka belajar dengan melakukan, sering bekerja dengan bahan-bahan melaksanakan sesuatu mengikut pilihan sendiri. 1965 wujud program untuk membantu golongan miskin dalam pendidikan di Amerika Syarikat. Dinamakan Program Headstart. Tujuan penubuhan untuk membantu kanak-kanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran. Ianya merupakan sebuah program United States Department Health dan Human Services yang menyediakan pendidikan komprehensif, kesihatan, pemakanan dan perkhidmatan penglibatan ibu bapa untuk kanak-kanak berpendapatan rendah dan keluarga-keluarga mereka. Antara perisian program Head Start : 1. Early Head Start -memperkenalkan tentang kesihatan bayi baru lahir, mempekenalkan kesihatan keluarga dan fungsinya, kuatkan pembangunan bayi. 2. Migrant And Seasonal Program Branch -mewujudkan perkembangan sihat dalam zaman kanak-kanak berumur antara tiga hingga lima tahun. 3. American Indian Alaska Native Program Branch -dikhususkan untuk Orang India Amerika dan kanak-kanak Alaska Native di mana disediakan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan, sosialisasi yang berunsurkan pendidikan, pemakanan

serta perkhidmatan lain untuk meningkatkan kesediaan kanakkanak untuk ke sekolah (Alice Butler et.al., 2004).

Ciri-ciri Program Headstart


a) Penglibatan Ibu bapa
Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan pengurusan prasekolah.

b) Kesihatan
Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.

c) Pemakanan
Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri.

d) Pendidikan
Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.

e) Perkhidmatan Sosial
Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

f) Ketidakupayaan
Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanak-kanak kurang upaya atau keperluan khas.

g) Kesihatan Mental
Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.

Sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Amerika


Tahun 1856 1860 Amerika Syarikat Tadika Jerman berbahasa jerman ditubuhkan di Wisconsin Elizabeth Palmer Peabody membuka kindergarden persendirian di Bonston,Massachusetts untuk kanak-kanak penutur bahasa Inggeris Susan Blow membuka kindergarden pertama di St Louis Missouri. Latihan perguruan yang pertama untuk guru kindergardendi Oshkosh Norman School, Philadelphia. John Dewey memulakan makmal sekolah di University Of Chicago Harriot Johnson memulakan Nursery school di Bank Street

1873

1896 1919

1926

1943 1950 1965 1970 1990

College of education, new york National Association for the Education Of young Chidren (NAEYC) Diasaskan oleh Patty Smith Hill di Colombia Teacher College. Kaiser child Care Center dibuka di Oregan. Eric Erikson menulis teori perkembangan personaliti High/ Scope Diperkenalkan oleh David weikrat Head Start mendapat bantuan daripada kerajaan pusat Emergent Curriculum dipekenalkan oleh Elezabeth Jones Project Spectrum dipekenalkan Reggio Emilia mula berkembang dari Itali ke Amerika

Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Asia


o Perkembangan pendidikan kanak-kanak di asia bermula di negara-negara Asia Barat dan Timur Tengah.Pendidikan banyak dipengaruhi unsur-unsur keagamaan,kepercayaan,falsafah dan budaya o Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.

Pendidikan zaman tamadun mesir


Pendidikan dalam zaman tamadun Mesir purba telah wujud sejak 1000 tahun sebelum Masihi. Sekolah dalam tamadun Mesir purba hanya untuk orang lelaki sahaja. Sekolah banyak terdapat di Memphis dan Thebes. Tujuan pendidikan ialah menyediakan dan memberikan berbagai pelajaran tentang kehidupan sehari-hari. Mata pelajaran yang dipelajari ialah matematik, mekanik, binaan, ukiran, lukisan, muzik dan lain-lain lagi. Pada peringkat Pendidikan Rendah, umur 6 tahun merupakan permulaan bagi seseorang kanak-kanak menimba ilmu. Mereka belajar selama 6 jam sehari sama ada di rumah ( guru dijemput datang) atau dihantar ke sekolah. Pelajaran yang diajar ialah membaca, menulis, dan mengira .Mereka mempelajari tiga bentuk tulisan Mesir dengan cara menyalin sahaja. Alat yang digunakan untuk menulis ialah batu atau kepingan kayu yang diseliputi plaster yang boleh dibasuh (guna semula).

Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di India


Tujuan pendidikan pada masa itu ialah melahirkan manusia yang alim.

Semua pengetahuan yang dipelajari adalah berkaitan dengan agama. Pendidikan diwajibkan bagi semua yang ingin menjadi pendeta dan pendidikan ini dikendalikan oleh pendeta. Apabila seorang pelajar telah menerima benang yang dianggap suci, dia akan diletakkan di bawah jagaan seorang guru selama 12 tahun. Pada masa itu pelajar tersebut akan belajar tentang astronomi. Bangsa Aryan yang datang dari Lembah Ganges sehingga ke selatan dan barat India telah memperluaskan lagi pengetahuan tentang agama dan sains. Semua pengetahuan ini terkumpul dalam sutra-sutra yang ditulis dengan mudah, pendek dan menarik untuk dihafal oleh kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun.

Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di China


Ibu bapa China lebih gemar anak-anak mereka mengikuti kurikulum yang bercorak akademik dan apabila lulus terus memasuki peperiksaan awam untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan.

Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Arab


Pendidikan ialah untuk melatih dan menyediakan diri untuk kehidupan sehari-hari. Kanak-kanak dilatih membuat pekerjaan orang tuanya seperti membuat tempat kediaman, melawan musuh dan binatang buas. Pendidikan rumah tangga amatlah dipentingkan. Mereka mempelajari cara-cara mencari makanan, membuat pakaian, bertukang dan kesenian. Mereka juga diberi didikan akhlak dan belajar tentang syair, mengenal keturunan, ilmu mengecam bumi, perubatan dan mengenal arah mata angin.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Asia Foundation


1954, Asia Foundation telah menunjukkan satu usaha untuk meningkatkan kualiti pengajian di Asia. Persediaan awal dalam usaha ini ialah 1. Memajukan pihak university yang utama di Asia, termasuk Chinese Universiti of Hong Kong dan Ehwa Womans Universiti of Hong Kong dan Ehwa Womans Universiti di Korea. 2. memajukan perpustakaan dan pembangunan kurikulum. 3. menyediakan peruntukan peralatan yang diperlukan. 4. memberi biasiswa untuk pelajar. Mempelopori program-program untuk meningkatkan pendidikan budakbudak perempuan melalui biasiswa.

Program-program lain untuk meningkatkan insentif kepada keluarga untuk memastikan anak-anak gadis mereka di sekolah (Kimberly Gould Ashizawa, 2006).

Sejarah Asia Foundation Menyokong pembangunan sekolah-sekolah. Wujud perubahan kurikulum dalam Asia, terutama kawasan Islam Asia
Tenggara. Pertengahan 1980 hampir 80 peratus sekolah pondok telah menerima bantuan. Sepanjang 50 tahun sejarah, Asia Foundation telah menyediakan pelbagai keperluan untuk pengajaran profesional di Asia. 1980-an, The Asia Foundation menyediakan sokongan untuk universiti seluruh Thailand bagi membangunkan mahasiswa dalam kurikulum perniagaan dan program-program MBA. Membangunkan program-program latihan bahasa Inggeris yang telah dibuktikan amat penting untuk pembangunan ekonomi dan kapasiti penyelidikan skor bagi Negara Asia. Asia Foundation menyokong penciptaan makmal Bahasa Inggeris pertama untuk Universiti East Timor yang merupakan Negara merdeka terbaru (Kimberly Gould Ashizawa, 2006).

Anda mungkin juga menyukai