Anda di halaman 1dari 2

Tema : Haiwan

Tunjang : Perkembangan fizikal dan kreativiti


Fokus : KT 1.0 : Seni Visual
Standard Kandungan : KTI 1.2 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan
karya. (Ekspresi kreatif)
Standard Pembelajaran : KTI 1.2.12 Menggunakan bahan kutipan yang sesuai
untuk penghasilan sesebuah karya kreatif.
KTI 1.2.13: Menghasilkan kraf tradisional yang mudah
dengan menggunakan bahan yang sesuai.
Objektif : Sekurang-kurangnya setiap kanak-kanak dapat menghasilkan satu
karya kreatif dengan bimbingan.
Alat Bantu Mengajar : Cawan kertas, gunting, gam, pen marker, kertas warna
dan pen warna.
Aktiviti :
1. Bersoal jawab secara spontan.
2. Memperkenalkan pelbagai haiwan seperti serangga.
3. Memperkenalkan nama serangga seperti rama-rama, kupu-kupu dan lalat.
4. Menerangkan dan menunjukkan cara menghasilkan kolaj rama-rama.
Cara membuat
a. Lukis garisan pada cawan seperti yang ditunjukkan.

b. Gunting mengikut garisan yang telah dilukis tadi. Buang bahagian
bawah cawan dan ketepikan bahagian atas untuk dijadikan sesungut.
c. Lipat dan kemaskan dengan jari.
d. Lukis bentuk sayap rama-rama pada cawan kertas yang telah
digunting.
e. Gunting mengikut bentuk sayap yang telah dilukis tadi.
f. Hiaskan dengan kertas warna yang telah digunting mengikut corak
yang disukai. Lukis atau warnakan dengan pen warna mengikut
kesukaan.
g. Rama-rama telah siap.
Langkah :
1. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang haiwan yang mereka
tahu.
2. Guru memperkenalkan haiwan terdiri daripada serangga, hidupan air,
haiwan jinak dan liar.
3. Guru memperkenalkan serangga dan contohnya.
4. Guru menunjukkan cara menghasilkan kolaj rama-rama.
5. Kanak-kanak menghasilkan karya kolaj rama-rama secara berkumpulan.

Anda mungkin juga menyukai