Anda di halaman 1dari 23

SISTEM

PEREDARAN
DARAH
Disediakan oleh:
Tiong Siew Ling
Vivien Ting Pang Wei
PISMP PEND. PRASEKOLAH
Sistem Peredaran Darah:
Adalah salah satu sistem yang penting di
dalam tubuh badan. Sistem ini
mengedarkan darah bermula dari jantung
ke seluruh badan dan masuk ke jantung
semula. Sistem peredaran darah manusia
juga dikenali sebagai sistem peredaran
tertutup kerana darah mengalir di dalam
salur darah yang tertutup
Fungsi asas peredaran darah ialah
menyampaikan zat-zat makanan dan
oksigen kepada sel-sel di dalam badan
dan mengeluarkan karbon dioksida dan
bahan yang tidak dikehendaki dari sel.
Sistem darah manusia mempunyai dua
jenis iaitu peredaran pulmonari dan
sistemik.
Peredaran Pulmonari
Peredaran ini membawa darah tidak
beroksigen dari jantung melalui arteri
pulmonari ke paru-paru dan balik ke
jantung melalui vena pulmonari
Peredaran Sistemik
Peredaran ini membawa darah
beroksigen dari jantung melalui aorta
ke semua bahagian badan dan balik
ke jantung
Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada
Jantung
Saluran darah
Darah
Jenis
Salur
Darah
Arteri
Vena Kapilari
Arteri
Arteri ialah salur darah yang membawa darah
keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain
badan.
Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya
ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi
disebabkan oleh denyutan jantung
Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol
Semua arteri membawa darah beroksigen
kecuali arteri pulmonari.
Arteri Vena
Vena
Vena ialah salur darah yang membawa darah ke
jantung dari bahagian-bahagian lain badan.
Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran
yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.
Darah yang berada dalam vena mengalir pada
tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang
tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar
memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran
darah.

Vena dilengkapi dengan injap-injap yang
menentukan darah mengalir hanya dalam
satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung.
Injap-injap ini akan tertutup jika darah
mengalir ke belakang dalam alirannya.
Vena yang terkecil sekali dinamakan venul
Semua vena membawa darah tidak
beroksigen kecuali vena pulmonari.
Kapilari darah
Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil
sekali.
Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada
venul.
Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.
Dinding-dindingnya yang nipis serta telap
memudahkan resapan bahan-bahan antara
darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
Darah
Darah terdiri daripada
Pepejal (sel darah ) 40%
Cecair (plasma) 60%
Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8
10 pain (6 liter) darah.

Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah,
sel darah putih dan sel pembekuan (platelet)
Plasma
Adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan
mengandungi bahan larut dalam air. Lebih kurang
90% daripada plasma terdiri daripada air.
Bahan larut yang terkandung dalam plasma:
Garam-garam
Bahan-bahan makanan glukosa, asid amino
Protin darah fibrinogen, globulin dan albumin
Bahan-bahan kumuh terutama urea
Hormon

Sel Darah Merah (Eritrosit)
Berbentuk ceper dwicekung
Tidak mempunyai nukleus
Mengandungi pigmen hemoglobin yang memberikan
warna merahnya.
Saiz dan bentuknya menghasilkan nisbah luas
permukaan terhadap isi padu yang besar dan ini
menambahkan kecekapan sel darah merah bagi
pertukaran oksigen dengan plasma
Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia
dimusnahkan dalam hati dan digantikan oleh sel-sel baru
dalam sumsum tulang

Sel Darah Putih (Leukosit)
Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata
Tiap-tiap leukosit mempunyai nukleus
Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang dan
kelenjar limfa dan hidup selama lebih kurang 30 jam.
Terdapat pelbagai jenis sel darah putih yang berlainan
dari segi rupa dan fungsi.
Ia memainkan peranan yang penting dalam pertahanan
badan terhadap serangan bakteria.



Sel Pembeku Darah (Platelet)
Sel-sel ini terbentuk daripada luluhan sel-
sel lain, iaitu trombosit merupakan
serpihan-serpihan sitoplasma yang sangat
kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus.
Ia memainkan peranan penting dalam
pembekuan darah. Sel ini hidup selama
lebih kurang 10 hari
Fungsi Darah:
1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke
seluruh sel dan tisu badan.
2. Melawan jangkitan kuman.
3. Membawa bahan buangan atau kumpulan,
hormon-hormon dan enzim-enzim.
4. Memberi warna kepada kulit
5. Mengawal suhu badan.

Anda mungkin juga menyukai