Anda di halaman 1dari 42

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

1


TAJUK 1

Pengenalan Kepada Perkembangan Sosial




SINOPSIS

Unit ini menerangkan tentang konsep Perkembangan Sosial kanak-kanak.
Bab ini juga menjelaskan teori-teori perkembangan sosial dan implikasi
terhadap perkembangan kanak-kanak. Teori perkembangan social yang akan
dibincangkan adalah Teori Perkembangan social Erikson, Behavioris: Peniruan
dan modelling (Bandura) dan Konstruktivis: Kognisi sosial (Piaget, Vygotsky) .


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat:

1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan
awal kanak-kanak.
2. Menghuraikan konsep pertumbuhan dan perkembangan sosioemosi
dalam pendidikan awal kanak-kanak.








PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

2


KERANGKA TAJUK-TAJUK























1. PENGENALAN

1.1 Konsep perkembangan sosial

Pendidikan prasekolah memberi ruang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi
dengan persekitaran sosial yang sihat dan terancang. Perkembangan sosial
penting pada peringkat ini kerana perkembangan ini menjadi asas pembelajaran
sebagaimana yang diutarakan oleh Bandura dalam teori perkembangan sosial.

KONSEP
SOSIOLISASI
Teori Sosial
Erikson
Konstruktivisme
Behavioris
Implikasi
kepada
P & P
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

3


1.2 Konsep sosialisasi

Perkembangan sosial merujuk kepada kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-
kanak lain dan dengan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran
sosial termasuk berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Kemahiran ini
melibatkan komunikasi secara lisan atau bukan lisan. Dalam sosialisasi,
perkembangan kanak-kanak berlaku secara peniruan dan modeling.

1.2.1 Pandangan behavioris: Peniruan dan modelling (Bandura)

i) Peniruan

Social Cognitive Theory examines the processes involved as people
learn from observing others and gradually acquire control over their own
behaviour
( Bandura 1986, 1997 )

Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian mereka terhadap persekitaran.
Persekitaran mewujudkan rangsangan yang akan ditiru oleh kanak-kanak.
Melalui proses peniruan ini kanak-kanak akan membentuk suatu idea bagaimana
tindakan dilaksanakan dan apakah kesannya.

Menurut Teori Pembelajaran Peniruan Bandura, terdapat beberapa cara
peniruan, iaitu ;
Proses tiruan mudah iaitu meniru secara langsung.
Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.
Proses tiruan melalui elisitasi apabila melihat perlakuan orang lain.

Peniruan berlaku secara langsung dan secara tak langsung. Bandura (1986)
mengemukakan 4 unsur penting;
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

4

Attention ( Tumpuan / pemerhatian )
Retention ( Penyimpanan )
Reproduction ( Mengingat / mengeluarkan )
Motivation and Reinforcement ( Motivasi dan peneguhan )





ii) Modelling

Model tingkah laku dan sikap yang diingini
Jadikan rakan sebaya murid sebagai model
Pastikan murid sedar tingkah laku baik menjadi peneguhan kepada
orang lain
Arah murid popular/pandai melakukan aktiviti sukar sebagai model
kepada yang lain
Guna teknik think aloud
Guna peneguhan vicarious
Galakan disiplin arahan kendiri murid


Rujuk laman web http://www.ship.edu/~cgboeree/bandura.html
Untuk maklumat tambahan.

Bagaimana anda menyediakan rancangan pengajaran yang
mengaplikasi aspek peniruan dalam pembelajaran
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

5



1.2.2 TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL ERIKSON

Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan social kanak-kanak
dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia
mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung
kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak
berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap
mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan
perkembangan kanak-kanak.

Tahap-tahap Perkembangan Kanak-kanak berdasarkan Teori Erikson;
i ) Tahap 1 - Kepercayaan Lawan ketidakpercayaan (0 -18 bln)

- Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman
- Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain
- Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan
orang lain
- Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta
mengatasi masalah dalam hidup
- Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya.
Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud
sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari
penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya; jika bayi tersebut
tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul
perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan
Bina peta mida menggunakan maklumat daripada pencarian
pelbagai sumber, berkaitan modelling dan peniruan. Nyatakan
implikasi peniruan dalam pengajaran dan pembelajaran
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

6

mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi
tersebut.

ii )Tahap 2 - Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bln 3 thn )

Konsep diri mula bertambah nyata
Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya
bukan orang lain
Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat
Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang
lain
Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan
Rasa diri kurang cekap malu dan mula meragui kebolehan diri
Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji lebih yakin
Sentiasa didenda/dimarah malu dan ragu-ragu
Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang
diingini dipuji dapat mengenal jenis-jenis t/laku yang digalakkan
dan yang hendak dielakkan
Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima
atau didorong
sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka
dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan
permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada
kanak-kanak tersebut. Dorongan dan galakan ibu bapa akan
membantu kanak-kanak membina perkembangan dan
menyelesaikan sesuatu tugasan.

iii)Tahap 3 - Inisiatif lawan Bersalah (3-6 thn)

Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar
inisiatif
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

7

Dapat belajar dan bergerak dengan cepat
Lebih peka kepada perkara betul dan salah
Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap
positif.
Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri
Sering dikawal dari mencuba akan berasa kurang inisiatif
Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran.
Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang
tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh
orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh
kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka
menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki
alam persekolahan.






1.2.3 Pandangan konstruktivis: Kognisi sosial (Piaget, Vygotsky)

Kontruktivis berasal daripada perkataan bahasa Inggeris Constructivism yang
membawa maksud falsafah membina. Didalam konteks pembelajaran teori
kontruktivis berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar
minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini
adalah dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah dan
penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu.

Rancang pengajaran mengikut tahap perkembangan
sosial Erik Erikson (1902-1994)
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

8

Kontruktivisme sosial dipelopori oleh Lev Vygotsky (1896-1934),
seorang ahli psikologi Belarus, Rusia. Menurut Vygotsky perkembangan konsep
kanak-kanak berkembang secara sitematis, logikal serta rasional dengan
bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Teori kontruktivis sosial melihat
pembelajaran manusia dalam konteks sosio-budaya. Dalam konteks sosial inilah
individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru

Vygotsky beranggapan pembelajaran dapat berlaku melalui bermin,
penyampaian secara formal atau kerjasama antara pelajar dengan pelajar yang
lebih berpengalaman. Kontruktivis sosial mempunyai pandangan berikut:

Pelajar merupaka individu unik yang mempunyai latar belakang dan
keperluan yang berbeza.
Latar belakang pelajar, pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat
amat mempengaruhi pembelajaran individu pelajar.
Pelajar bertanggungjawab ke atas pembinaan pengetahuan dan
pengalaman sendiri.
Pengalaman berjaya dan keyakinan diri mempengaruhi motivasi untuk
belajar.
Guru berperanan sebagai pembimbing dan fasilitator pembelajaran.
Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial yang aktif
Kolaborasi dan interaksi guru, bahan dan pelajar penting dalam
memastikan pembelajaran berlaku.
Pembelajaran berasaskan konteks penting dan memudahkan pelajar
mengalami pembelajaran yang bermakna.

Jean Piaget (1896-1980) pula merupakan salah seorang tokoh yang terkenal
dengan teori perkembangan kognitif dan bagaimana manuasia membina
pengetahuan. Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pentahuan
berlaku secara berperingkat. Proses membina pengetahuan juga berlaku
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

9

mengikut peringkat bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur
kognitif.


a. Bagaimanakah pengetahuan dibina?

Maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui
proses adaptasi. proses adaptasi merujuk kepada proses menyesuaikan dan
menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan
keseimbangan antara skema dengan persekitaran. Ini dinamakan equilibrasi.

Piaget membahagikan adaptasi kepada dua proses iaitu asimilasi dan
akomodasi.

1. Asimilasi
Apabila maklumat baharu mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat
sedia ada dalam skema. Maklumat tersebut akan dapat diserap dengan mudah
kedalam struktur kognitif. Ini menyebabkan keseimbangan (equilibrasi) berlaku.

2. Akomodasi
Apabila maklumat baru tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat
dalam skema akan berlaku ganggu gugat atau ketidakseimbangan dalam
struktur kognitif. Proses ini dinamakan disequilibrasi. Apabila skema berubah,
melalui pembacaan, perbincangan atau seumpamanya, maklumat baharu akan
diserap masuk. Dengan ini struktur kognitif akan mencapai equilibrasi.

Melalui proses adaptasi, iaitu asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam
struktur kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila
perlu. melalui proses inilah, pembinaan pengetahuan sentiasa dibuat sepanjang
hayat individu.

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

10


b. Zon Perkembangan Terdekat (ZPD)

Merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar
tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir.
Sekiranya pelajar dapat melakukan sendiri, isi pelajaran tersebut dikatakan
berada pada zon bawah. Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan
dengan bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada dalam ZPD. Isi pelajaran
yang berada di luar zon aras bawah bermakna tidak berlaku pembelajaran
kerana pelajar sudah menguasai isi pelajaran. Isi pelajaran yang berada diluar
zon aras atas , tidak akan dapat dikuasai pelajar walaupun dengan bimbingan
orang lain. Contohnya jika pelajar belum menguasai olahan tambah, pelajar
tidak akan dapat belajar olahan darab kerana skema olahan tambah perlu ada
dalam struktur kognitif pelajar untuk mempelajari pendaraban.

Bagi membantu pelajar menguasai isi pelajaran yang berada dalam ZPD
teknik scaffolding diperkenalkan iaitu proses membimbing dan membantu
pembelajaran. Scaffolding ialah peringkat bimbingan dan sokongan yang
dilakukan mengikut keperluan pelajar. bimbingan akan dikurangkan apabila
pelajar telah menguasai peringkat demi peringkat.

c. Prinsip-prinsip konstruktivisme

1. Menekankan pembelajaran berpusatkan pelajar
2. Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan.
3. Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain.
4. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses
scaffolding
5. Pelajar membina pengetahuan dan yang bermakna kepada
mereka.
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

11

6. Pembelajaran baharu bergantung kepada pemahaman atau
pengetahuan sedia ada.
7. Interaksi sosial membantu dan menyokong pembelajaran.
8. Pembelajaran bermakna berlaku dalam konteks tugasan
berasaskan alam nyata.

d. Implikasi Teori Konstruktivisme kepada pengajaran.

1. Perancangan pengajaran berpusatkan pelajar dengan mengambil
kira keupayaan pelajar.
2. Guru hendaklah mengenalpasti ZPD pelajar melalui penyediaan
beberapa aktiviti yang berkaitan.
3. Gunakan ZPD pelajar untuk memastikan pembelajaran berkesan
dapat berlaku.
4. Pilih pelajar yang lebih berkemahiran untuk mengajar pelajar yang
belum menguasai.
5. Guru hendaklah menyediakan banyak contoh dan bahan sumber
yang boleh membantu pelajar membuat perkaitan dan membina
pemahaman baharu
6. Guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar.
Tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata,
pengalaman berasaskan konteks sebenar, simulasi dan
sebagainya boleh dimanafaatkan.






Bincangkan teknik-teknik yang sesuai dilaksanakan
dengan berasaskan kaedah scaffolding.
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

12



TAJUK 2

Perkembangan Emosi Kanak-Kanak




SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan konsep perkembangan emosi
kanak-kanak. Konsep IQ dan EQ juga antara item yang akan dibincangkan.
Maklumat ini penting untuk guru prasekolah lebih memahami perkembangan
emosi kanak-kanak bagi mengoptimumkan perkembangan mereka selaras
dengan fitrah manusia serta kesepaduan dan keseimbangan dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat:
1. Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri perkembangan emosi kanak-kanak
berdasarkan teori perkembangan kanak-kanak.
2. Menerangkan tahap perkembangan emosi kanak-kanak
3. Menghuraikan cara-cara menggalakkan perkembangan emosi kanak-
kanak.
4. Membezakan IQ dan EQ.
5. Mengesan emosi dan cara membantu perkembangan emosi kanak-kanak.







PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

13


KERANGKA TAJUK-TAJUK
























2.0 PENGENALAN

2.1 Perkembangan Sosioemosi

Dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, perkembangan emosi kanak-kanak
dimasukkan ke dalam Komponen Perkembangan Sosioemosi. Perkembangan
emosi yang sihat menjadi sebahagian daripada asas perkembangan seseorang
kanak-kanak justeru membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap
positif terhadap pembelajaran.



PERKEMBANGAN EMOSI
KANAK-KANAK
KONSEP PERKEMBANGAN
JENIS-JENIS EMOSI
KECERDASAN EMOSI
STRATEGI PENGURUSAN
EMOSI
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

14


2.2 Konsep Perkembangan Emosi

EMOSI perkataan Latin motere bermaksud bergerak; motus anima
semangat yang menggerakkan kita.

EI is a multifactorial array of interrelated emotional, personal, and sosial
abilities that help us cope with daily demands
( Ciarrochi J.et.al.)


The ability to perceive emotions, to access and generate emotions so to
assist thought, to understand emotions and emotion knowledge, and to
reflectively regulate emotions so as to promote emotional and intellectual
growth
(Mayer and Salovey)


Satu keadaan dialami oleh manusia melibatkan perubahan proses
fisiologi, diri dan psikologi
(Mahmood Nazar Mohamad,1991)








1.3 JENIS EMOSI SEMASA

Menurut teori perkembangan psikososial Erikson, bayi mula membentuk emosi
sejak lahir. Persekitaran dan orang di sekeliling akan mempengaruhi emosi bayi.
Perkembangan emosi yang sihat membolehkan kanak-kanak membesar sebagai
individu yang sempurna. Perkembangan awal emosi kanak-kanak akan
kelihatan melalui tindak balas tangisan atau ketawa dan seterusnya berkembang
Pencarian maklumat tentang konsep emosi daripada
pelbagai sumber seperti internet, junal , keratan
akhbar dll
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

15

sehingga kanak-kanak menguasai perkembangan emosi yang stabil serta dapat
membuat penilaian apabila berada pada tahap dua pada usia 5-6 tahun.

TAHAP 1

Peringkat bayi hingga 2 tahun
1. Peringkat awal pantulan (ketawa dan menangis )
2. 3 bulan - suka dan duka
3. 6 bulan - takut, jijik dan marah
4. 12 bulan gembira dan kasih sayang
5. 18 bulan cemburu mulai timbul
6. 2 tahun keriangan terserlah

Peringkat 2 3 tahun
1. Emosi tidak tenteram
2 Lebih banyak perasaan mahu dikasihi
3 Mahu tumpuan yang lebih
4 Takut kegelapan
5 Mulai cemburu
6 Mempunyai perasaan malu
7 Tidak suka diarah






Rajah 1
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

16



TAHAP 2

Peringkat 3 4 tahun
1. Perasaan ingin menjadi dewasa.
2. Kanak-kanak lelaki suka meniru perbuatan bapa.
3. Kanak-kanak perempuan suka meniru perbuatan ibu.

Peringkat 4- 5 tahun
1. Perasaan romantis hadir
2. Kanak-kanak tertarik kepada yang berlainan jantina
3. Takut kegelapan, kebakaran dan kematian
4. Tahap cemburu yang amat tinggi
5. Sering merasa diketepikan

Peringkat 5-6 tahun
1. Perasaan dan jiwa semakin stabil
2. Pergantungan kepada keluargasemakin berkurangan
3. Lebih berdikari dan bersemangat melakukan yang
4. Semangat untuk terus hidup semakin tinggi
5. Belajar membeza betul dan salah
6. Label baik bagi yang seronok dan jahat bagi yang sakit.
7. Mula membentuk kata hati , struktur nilai dan moral







Kejayaan individu bergantung kepada IQ dan bukan
EQ seseorang. Bincangkan!
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

17


2.4 KECERDASAN EMOSI

2.4.1. Konsep IQ dan EQ

Intelligence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif
seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah.

Alfred Binnet dan Theodore Simon; 1905- memperkenalkan ujian kecerdasan
yang digunakan sehinggai kini. IQ dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak
semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup. Perkembangan pesat
dalam bidang sains otak atau neurology mendapati emosi dapat mempengaruhi
kecerdasan (EQ) EMOTIONAL QUOTIENT

Intellegence test really assess skill in assimilating new information in solving
new problems. This bios toward crystallized rather than fluid knowledge can
be astounding consequences and individual can lose his entire frontal lobes,
in the process becoming redically different person unable to display any
initiative or to solve new problem and yet may continue to exhibit an IQ close
to genius level.Gardner


Ujian IQ tidak menjadi ukuran yang mutlak untuk meramalkan masa depan
seseorang. Menurut Coleman (Neurologist dan Psikologist kontemporari US) ,
peringkat terbaik IQ hanya menyumbang 20% kejayaan seseorang manakala 80%
lagi ialah faktor-faktor lain.


1.5 KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (EQ Coleman)

i ) Mengenal Emosi dan Kesannya

Sedar emosi yang dirasakan dan sebabnya
Sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran,perlakuan dan
pertuturan
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

18

Sedar bagaimana perasaan mempengaruhi prestasi
Mempunyai kesedaran tentang nilai dan matlamat
Sedar tentang kekuatan & kelemahan diri
Reflektif - belajar daripada pengalaman
Terbuka kepada maklum balas jujur, perspektif baru, pembelajaran
berterusan dan perkembangan baru
Berupaya menunjukkan unsur kesedaran perspektif sendiri
Berkeyakinan, berketrampilan dan disedari kehadirannya
Berani menyuarakan pandangan yang kurang popular dan
mempertahankan sesuatu yang betul
Berkebolehan membuat keputusan yang baik walaupun dalam
ketidakpastian dan tekanan


ii ) Pengurusan Emosi Sendiri

Mengurus perasaan dan emosi dengan baik
Tenang dan positif semasa tertekan/stress
Berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan
Bertindak secara beretika mengikut peraturan
Membina keyakinan melalui kebolehkepercayaan dan autentisiti
Mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika
orang lain
Mengekalkan pandangan yang berprinsip walaupun tidak popular
Bertanggungjawab atas prestasi diri
Mempunyai komitmen dan menunaikan janji
Bersifat akauntabiliti untuk memenuhi objektif
Teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas
Luwes dalam menangani perubahan
Luwes dalam persepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku
Inovasi
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

19

Menangani tuntutan pelbagai perubahan, keutamaan dan perubahan
persekitaran yang kerap
Selesa dan terbuka dengan idea dan maklumat baru.
Mencari idea baru daripada pelbagai sumber
Memikirkan penyelesaian kreatif terhadap masalah-masalah
Menjanakan idea baru
Mempunyai perspektif terkini dalam risiko pemikiran





iii ) Memotivasi Emosi Negatif

Berorientasikan hasil, dengan bermotivasi tinggi untuk memenuhi
objektif dan piawaian
Memberikan matlamat mencabar dan mengambil risiko yang
munasabah
Mencari maklumat untuk mengurangkan ketidakpastian dan mencari
jalan untuk penambahbaikan
Belajar cara untuk meningkatkan prestasi diri.
Bersedia membuat pengorbanan kendiri atau kumpulan untuk
memenuhi matlamat organisasi
Menyedari nilai tujuan dalam misi
Menggunakan nilai utama kumpulan dalam membuat keputusan dan
menjelaskan pilihan yang dibuat
Mencari peluang secara aktif untuk memenuhi misi kumpulan
Bersedia memanfaatkan peluang
Andaikan anda mengalami satu situasi yang memerlukan anda
menguruskan emosi sendiri, jelaskan bagaimana anda
menanganinya.?
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

20

Mengejar matlamat yang lebih tinggi daripada yang diperlukan atau
dijangkakan
Mengenepikan birokrasi dan peraturan sekiranya perlu untuk
menyelesaikan tugas
Memobilisasikan orang lain melalui usaha-usaha yang luar biasa dan
berfaedah
Terus berusaha mencari matlamat walaupun ada halangan dan
masalah
Bertindak daripada harapan untuk berjaya, bukannya ketakutan
untuk gagal
Melihat masalah sebagai akibat daripada keadaan yang boleh diurus,
bukan daripada satu kekurangan personal


iv ) Mengendali Perhubungan

Peka kepada emosi orang lain
Bersedia mendengar
Prihatin dan memahami perspektif pandangan orang lain
Memahami perasaan dan keperluan orang lain serta bersedia
membantu
Memahami keperluan pelanggan /klien dan memberi khidmat atau
produk yang diingini
Memikirkan cara-cara untuk meningkatkan kepuasan dan kesetiaan
pelanggan/klien
Bersedia memberi bantuan
Memahami perspektif pelanggan/klien dan memberi nasihat yang
meyakinkan
Memuji dan memberi ganjaran untuk menghargai kekuatan, kejayaan
dan perkembangan murid dan rakan.
Memberi maklum balas yang membina kepada murid dan rakan
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

21

Membimbing dan mecabar kemahiran rakan dan murid supaya lebih
berkembang
Menghormati dan bergaul dengan semua orang
Memahami pandangan pelbagai dari orang lain dan peka terhadap
perbezaan individu
Memandang kepelbagaian sebagai peluang
Mencabar pandangan sempit dan bias
Mengesan dengan tepat hubungan-hubungan kuasa dalam kumpulan.
Mengesan jaringan-jaringan sosial yang utama
Peka kepada faktor faktor yang mempengaruhi pandangan dan
tingkahlaku pelanggan dan saingan masing-masing.
Mahir dalam mendapatkan keyakinan orang lain
Menghasilkan persembahan yang menarik perhatian penonton
Menggunakan strategi berkesan untuk mendapat persetujuan dan
sokongan semua pihak
Memberi tunjuk ajar dengan cara yang dramatik dan berkesan
Bertolak ansur
Menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan ketelusan
Mendengar, memahami dan mengalu-alukan perkongsian maklumat
Memupuk komunikasi terbuka. Bersedia menerima maklum balas
sama ada baik atau buruk.
Mewujudkan minat dan sokongan kepada satu visi dan misi yang
sama
Bersedia memimpin bila perlu, tidak mengira kedudukan
Memimpin melalui teladan
Menyedari perlunya untuk berubah dan mengatasi halangan kepada
perubahan
Mencabar status-quo dan mengesahkan perlunya perubahan
Menyokong perubahan itu dan mendapat sokongan orang lain
Menjadi model perubahan untuk orang lain
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

22

Mempunyai diplomasi semasa menangani rakan-rakan yang
bermasalah atau situasi yang tegang
Mengesan dan mengambil tindakan yang bijaksana dalam
menyelesaikan konflik dan perselisihan
Menggalakkan perbincangan dan perbahasan
Mewujudkan penyelesaian MENANG-MENANG.
Menyemai dan mengekalkan jaringan hubungan yang luas dan tidak
formal
Membina hubungan mesra dengan orang llain.




1.7 CARA MENGESAN EMOSI KANAK-KANAK

i ). Melalui mimik muka






Marah Sedih Gembira Takut

ii). Penyoalan
Contoh:
Apa perasaan anda hari ini?
Apa yang menyebabkan anda tidak gembira?
Kenapa anda kelihatan sedih?
Cuba anda kaitkan kemahiran mengendalikan emosi ini
dengan kecerdasan Interpersonal yang dikemukakan
oleh Gardner.


PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

23


iii.) Menanda ikon-ikon.

Contoh
lain
iv ) Melalui aktiviti simulasi kanak-kanak dapat menunjukkan ekspresi /
mimik muka yang betul

v ) Melalui aktiviti nyanyian /puisi

vi ). Pemerhatian tingkah laku semasa interaksi dengan pelajar P&P,
aktiviti main dan rehat

vii) Menilai hasil kerja kanak-kanak seperti lukisan, kerja tangan, buku
kecil






1.8 MEMBINA EMOSI YANG SIHAT

Guru yang ceria dan penyayang akan menghasilkan murid yang ceria
dan penyayang

Rehatkan minda anda. Bayangkan perkara yang
menenangkan emosi anda!

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

24

Tahap EQ guru merupakan kayu ukur dalam menghasillkan bilik darjah
yang dapat membina EQ pelajar yang sihat.
Satu-satunya angkubah terpenting di dalam EQ guru ialah bagaimana
menangani emosinya terutama emosi negative secara tulen, benar dan
sihat
Pelajar yang menguasai kemahiran emosi akan menghasilkan keputusan
yang baik samada dalam ujian atau pengukuran yang lain
Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dan tingkah laku.
Pelajar yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala-
gejala sosial.
Mereka lebih bekerjasama, suka menolong, boleh diharap dan berempati
Mereka lebih fokus, tekal, boleh menangani kekecewaan dan sabar







Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada manusia
lain.
-Sabda Nabi Muhammad SAW-



Anyone can become angry--that is easy. But to be angry with the right
person, to the right degree, at the right time, for the right purpose,
and in the right waythis is not easy.
- Aristotle



The angry people are those people who are most afraid...

-Dr. Robert Anthony
Anda mampu menangani emosi anda hari ini? Fikirkan
pandangan tokoh-tokoh tentang kawalan emosi marah!
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

25




Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan
kemarahannya...
-Imam Al-Ghazali





Beberapa cara mengintegrasi EIQ (Emotional Intelligence Quotient) dalam
bilik darjah

Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan pelajar..

Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap sesi perbualan
pagi selama 5 minit.

Pengintegrasian secara menyeluruh melibatkan seluruh warga sekolah
termasuk pihak pengurusan, kakitangan akademik dan bukan
akademik, kakitangan kantin, pengawal dll.. (School wide culture)
College as an organism.

Menguasai kemahiran mengajar EQ supaya komponen emosi dapat
diajar secara berkesan

Lebih banyak mengajar apa yang perlu dibuat daripada melarang.

Mengintegrasi EIQ dalam setiap komponen yang diajar.

Menggunakan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan perasaan
(feeling words list)

Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan.
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

26


Menggunakan unsur puisi seperti sajak, pantun, puisi, cerita dan lain-
lain.

Memasukkan unsur kecindan yang berkaitan dengan perasaan.

Menggunakan biografi yang berkaitan.

Soalan-soalan yang mencungkil perasaan kanak-kanak ketika mereka
menjalankan tugasan atau bermain

Mengolahkan perasaan kanak-kanak selepas menghasilkan sesuatu
projek, hasil seni dan lain-lain lagi.

Mengucapkan perasaan sendiri.


RUMUSAN


Anda seharusnya sudah mengenalpasti konsep dan ciri-ciri perkembangan
emosi kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan kanak-kanak. Dengan itu
anda dapat menerangkan tahap perkembangan emosi kanak-kanak dan
menghuraikan cara-cara menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak
prasekolah. Seterusnya anda dapat membezakan antara IQ dan EQ. Sebagai
guru prasekolah, topic ini juga memberi panduan dalam usaha pengesanan
emosi kanak-kanak prasekolah dan cara membantu perkembangan emosi
kanak-kanak.






PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

27


TAJUK 3
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku
Kanak-Kanak


SINOPSIS

Unit ini memberi pemahaman yang menyeluruh tentang pelbagai jenis tingkah
laku yang positif dan negatif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak prasekolah di
dalam bilik darjah. Kita juga akan meneliti 4 model cara mengatasi masalah
tingkah laku kanak-kanak. Model-model yang dibincangkan ialah Displin Asertif,
Model Glasser, Model Ginott dan Model Dreikurs. Akhir sekali, dalam unit 4 kita
akan membincangkan pelbagai strategi membimbing tingkah laku dalam
pengurusan bilik darjah prasekolah.


HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mengikuti modul ini , anda akan dapat :

2.1 Mengenalpasti jenis-jenis tingkah laku kanak-kanak prasekolah.

2.2 Menghuraikan empat model cara mengatasi masalah tingkah laku
kanak-kanak prasekolah.

2.3 Mengenalpasti strategi membimbing tingkah laku kanak-kanak
Prasekolah.


PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

28

KERANGKA TAJUK-TAJUK

























3.0 PENGENALAN

3.1. Jenis-jenis tingkah laku

Satu perkara yang sering dibincangkan apabila ibu bapa berjumpa
dengan guru prasekolah ialah Bagaimanakah anak saya bertingkah laku dalam
kelas?. Guru prasekolah sentiasa berhadapan dengan kanak-kanak yang
menunjukkan pelbagai jenis tingkah laku dalam aktiviti seharian. Tingkah laku-
tingkah laku tersebut boleh dibahagikan kepada tingkah laku positif dan tingkah
laku negatif.

PENGURUSAN
TINGKAHLAKU
JENIS TINGKAHLAKU
MODEL PENGURUSAN
TINGKAHLAKU
MODIFIKASI & STRATEGI
PENGURUSAN TINGKAHLAKU
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

29






3.1.1. Tingkah laku positif

a. Pintar cerdas
Kanak-kanak yang dikatakan pintar cerdas adalah yang lebih maju dan
berbakat daripada kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak ini mempunyai
kebolehan mental yang luar biasa dengan kecerdasan (IQ) yang lebih tinggi
berbanding dengan kanak-kanak biasa iaitu IQ 120 dan ke atas. Mereka
mempunyai daya ingatan yang kuat, dapat berfikir secara logik dan secara
fleksibel. Mereka juga mempunyai daya cipta dan berupaya mengeluarkan
idea dan rekaan baru. Mereka bersifat kreatif dan suka mencuba sesuatu
yang baru. Kadang-kadang mereka cepat bosan dengan sesuatu perkara.
Oleh itu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan menyediakan
peluang untuk kanak-kanak ini menjalankan projek baru yang menarik
secara bersendirian atau pun secara berkumpulan (Shahabuddin et. al,
2003).

b. Cepat belajar
Kanak-kanak yang dikatakan cepat belajar adalah lebih cekap memproses
maklumat dan mengekalkan maklumat-maklumat yang diterima. Kanak-
kanak ini bersedia menerima pembelajaran baru dan bersikap positif
terhadap bahan-bahan baru. Kanak-kanak ini mempunyai kesediaan belajar
yang tinggi.

Jelaskan tingkah laku kanak-kanak yang dikatakan baik dan
sesuai?

Fikirkan tingkah laku yang dikatakan bermasalah?
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

30

c. Ingin tahu
Kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku ingin tahu mempunyai
perasaan ingin tahu yang tinggi. Mereka suka menjelajah dan meneroka
sesuatu secara sendiri. Oleh sebab itu kanak-kanak ini suka melibatkan diri
dalam aktiviti yang aktif dan suka membuat projek seperti mengadakan zoo
mini, berkebun sayur, mengkaji fenomena-fenomena alam sekeliling.
Aktiviti-aktiviti membuat tinjauan, kajian dan aktiviti luar sangat sesuai untuk
kanak-kanak ini. Mereka juga suka menghasilkan idea kreatif apabila
menyelesaikan masalah.

d. Proaktif
Kanak-kanak yang dikatakan proaktif adalah mereka yang bertindak atas
arahan sendiri. Mereka tidak perlu tunggu arahan orang lain dan akan terus
bertindak mengikut budi bicara mereka sendiri. Kanak-kanak yang
menunjukkan tingkah laku proaktif ini bersifat pratikal dan suka
menyelesaikan masalah secara sendiri. Mereka adalah aktif dan cepat
menghasilkan sesuatu kerja.




3.1.2 Tingkah laku negatif

a. Pergantungan berlebihan
Kanak-kanak yang bergantung secara berlebihan kepada orang lain seperti
ibubapa, guru, rakan sebaya dan tidak dapat berdikari atau membuat
keputusan sendiri

b. Hiperaktif
Keadaan kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, bergerak ke sana ke
mari tanpa tujuan, dan sukar dikawal.Kanak-kanak ini tidak takut kepada
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

31

orang, kerap menangis, suka ketawa, sukar beri tumpuan terhadap
permainan atau kerja yang dilakukan, mudah mengamuk apabila
kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan diri serta sukar untuk
berinteraksi dengan rakan sebaya yang lain.

c. Kebimbangan
Kanak-kanak yang berkeadaan tidak tenteram atau kurang senang atau
takut disebabkan kepercayaan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan
berlaku.

d. Tingkah laku merosakkan.
Keadaan kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku agresif untuk
melihat orang lain mengalami kesusahan atau menderita atau merasa
seronok orang lain mendapat malang seperti merosakan sesuatu alatan
atau benda, mematahkan, menconteng dan lain-lain..

e. Tingkah laku mengganggu
Pelakuan yang melampau yang mengganggu ketenteraman orang lain atau
pengajaran seperti membuat bising, pergerakan yang tidak perlu,
mengganggu rakan, menolak-nolak, bertumbuk dan lain-lain.

f. Pengunduran diri.
Keadaan kanak-kanak yang menarik diri daripada sesuatu situasi atau
aktiviti kerana rasa rendah diri, rasa tidak selamat, rasa terancam, kurang
kemahiran atau malu.





Huraikan tingkah laku kanak-kanak yang anda
jangkakan ?
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

32



3.2 Cara mengatasi masalah tingkah laku kanak-kanak
melalui 4 model

a. Assertive Discipline Model (Model disiplin asertif)

Tokoh yang selalu dikaitkan dengan Assertive Discipline ialah Lee Canter
(1976). Beliau menghasilkan model disiplin ini selepas menghabiskan
beribu-ribu jam memerhati guru- guru dalam bilik darjah. Apa yang
terkandung dalam model ini berdasarkan kejayaan guru.
Model ini menggunakan pendekatan positif dan secara langsung
untuk membolehkan guru mengajar dan kanak-kanak belajar. Beliau
menegaskan bahawa guru patut memerhati kanak-kanak semasa mereka
melakukan perbuatan baik dan memberi pujian dan sokongan kepada
mereka. Strategi ini mula digunakan sejak pertengahan 70an. Berikut
adalah beberapa prinsip yang perlu diikuti :-
1. Guru menegaskan perlakuan bertanggungjawab.
2. Sekiranya gagal melaksanakan disiplin asertif, sebab utama ialah
kelemahan guru mengawal kelas.
3. Ramai guru beranggapan kawalan (kelas) yang tegas, akan
berlaku tindakan tidak berperikemanusiaan. Anggapan ini adalah
salah. Sebaliknya, kawalan tegas yang berpatutan menjamin
kebebasan individu .
4. Hak guru sebagai pendidik ialah
- Menentukan persekitaran optima untuk pembelajaran
- Menentukan tingkahlaku yang besesuaian daripada kanak-
kanak
- mengharapkan bantuan daripada pihak pentadbir dan ibu
bapa bila sesuai.
5. Hak kanak-kanak sebagai kanak-kanak ialah mendapat
- guru yang boleh membantu perkembangan mereka, dalam
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

33

masa yang sama mengurangkan tingkah laku kendiri yang
bermasalah dan destruktif.
- Sokongan daripada guru mereka untuk menunjukkan
tingkah laku bersesuaian.
- Peluang memilih bagaimana untuk bertingkah laku
berdasarkan pengalaman yang dialaminya.
6. Guru Menyediakan rancangan disiplin yang jelas menerangkan
tentang harapan dan kesan.
7. Guru asertif adalah lebih berkesan berbanding dengan guru
garang ataupun guru yang tidak tegas. Suasana penyayang dan
menyokong adalah sesuai untuk meningkatkan pembelajaran.



Guru membimbing sambil memerhati kanak-kanak membaca doa makan

Lee dan Marlene Canter percaya sebagai seorang guru berhak
menentukan dan mengharap perkara yang baik dapat dicapai oleh kanak-
kanak . Kanak-kanak perlu mamatuhi arahan guru supaya dapat
menghasilkan persekitaran pembelajaran yang efektif dan efisyen. Guru
haruslah bertindak secara assertif untuk mencapai matlamat ini, dan bukan
secara agresif.
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

34


Guru yang asertif membina perhubungan yang boleh dipercayai dan
positif dengan kanak-kanaknya. Guru juga mengajar tingkah laku yang
bersesuaian dalam bilik darjah melalui pengajaran langsung (direct
instruction) seperti modeling, menerangkan, melakukan, meninjau,
menggalakkan dan memberi ganjaran kepada kanak-kanak yang belum
menguasai perlakuan yang baik itu. Guru asertif berharapan tinggi terhadap
kanak-kanak, bersifat peramah, menyokong dan menghormati kanak-kanak
semasa membetulkan kesilapan mereka. Guru mendengar secara teliti
apabila kanak-kanak menyatakan sesuatu. Menghormati ketika kanak-
kanak bercakap dan melayan kanak-kanak secara adil.

Cara melaksanakan asertif disiplin.
Menyatakan dan mengajar harapan awal (expectations early)
Sentiasa menyatakan hasrat dan harapan kepada kanak-kanak.
Contohnya,Saya nak awak .... Saya suka itu.
Gunakan kontak mata dan suara yang tegas, jelas dan tenang.
Gunakan gesture untuk menyokong bahasa lisan.
Tanpa menggunakan ancaman/ ugutan atau menengking untuk
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak
Mengamalkan broken record technique. (Guru perlu tenang setiap
kali kanak-kanak menunjukkan sikap membantah, untuk
mengelakkan situasi yang tegang.)




Guru perlu mengekalkan suasana penyayang , sokongan
yang positif dalam mengaplikasikan asertif disiplin. Sikap
guru yang garang perlu ditukarkan kepada sikap tegas
asertif.

PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

35


b. Model Glasser

Model Glasser (Glassser,1985) mencadangkan pemberian pilihan yang baik
kepada kanak-kanak dan menangani gangguan dalam kelas secara tenang
dan logik. Glasser percaya memberi pilihan yang baik, akan menghasilkan
tingkah laku yang baik. Pilihan yang tidak baik menghasilkan tingkah laku
tidak baik .

Antara keperluan yang dikenalpasti oleh Glasser ialah keperluan
dimiliki, keperluan kebebasan dan keperluan untuk berjenaka atau
gembira. Sebaliknya, sekolah yang kanak-kanak tidak mempunyai
perasaan memiliki (sense of belonging) atau tiada peluang membuat pilihan
merupakan sekolah yang sering mengalami masalah disiplin.

Glasser mencadangkan guru menstrukturkan pembelajaran (learning
experience) kanak-kanak supaya mereka mempunyai motivasi yang tinggi
untuk bekerja dalam kumpulan. Kanak-kanak yang pandai akan membantu
kanak-kanak yang lemah. Ini memberi peluang kepada kanak-kanak yang
pandai memenuhi keperluan memimpin atau berkuasa dan yang lemah
akan dapat menyumbang kepada kumpulannya.

Dalam Model Glasser, mesyuarat kelas antara kanak-kanak akan
membincangkan peraturan dan tingkah laku dalam bilik darjah. Walaupun
model ini lebih sesuai untuk kanak-kanak remaja yang lebih tua, model ini
juga sesuai digunakan di prasekolah kerana ia berfokus kepada
penyelesaian masalah. Kekuatan model ini terletak pada pilihan yang
disediakan serta ketabahan guru untuk menolong kanak-kanak yang
bermasalah dengan cara yang bersesuaian.


PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

36

c. Model Ginott

Model ini berdasarkan pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif
untuk disiplin melalui komunikasi berkesan antara guru dan kanak-kanak.
Salah satu daripada prinsip model ini ialah menyedarkan kanak-kanak
bahawa masalah konflik yang tercetus itulah yang harus ditangani dan
bukan kanak-kanak yang terlibat. Ginott percaya bahawa disiplin adalah
proses berterusan yang perlu dicapai .

Ginott menggalakkan kerjasama atau pemuafakatan dan bukannya
paksaan. Guru yang menggunakan model ini tidak melabel kanak-kanak
tetapi akan berkomunikasi kerelaan mereka untuk membantu kanak-kanak
menyelesaikan masalah. Ginott menegaskan bahawa kebolehan guru
berkomunikasi secara berkesan dengan kanak-kanak adalah sangat
penting untuk mengatasi masalah tingkah laku. Satu lagi aspek Model
Ginott yang penting ialah penekanan terhadap harga diri kanak-kanak dan
pentingnya guru menjaga tingkah laku sebagai contoh kepada murid.



Guru menghargai kanak-kanak


PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

37

d. Model Dreikurs

Dreikurs mendefinisikan disiplin sebagai mengajar kanak-kanak membentuk
peraturan yang membataskan tingkah laku mereka. Beliau percaya semua
kanak-kanak ingin rasa dimiliki dan tingkah laku mereka menggambarkan
usaha untuk dimiliki. Masalah salah laku berpunca daripada matlamat yang
tidak betul atau tidak jelas seperti ingin mendapat perhatian, ingin berkuasa,
membalas dendam atau mendedahkan kelemahan orang lain. Menurut
Dreikurs, cara yang paling berkesan untuk mendisiplin ialah menggalakkan
tingkah laku yang positif. Untuk menggalakkan tingkah laku yang positif,
Dreikurs mencadangkan guru menjelaskan kepada kanak-kanak kesan-
kesan yang timbul dari tingkah laku mereka. Charles dan Barr (1989)
berpendapat Dreikurs memberi peluang kepada kanak-kanak membina
tingkah laku secara adil kerana kanak-kanak mengamalkan tingkah laku
yang baik kerana kanak-kanak beranggapan mereka wajar berbuat
demikian.

3.3 Strategi membimbing tingkah laku kanak-kanak

Secara umum, sebarang tingkah laku yang menghalang seseorang kanak-
kanak daripada berfungsi secara berkesan boleh dianggap sebagai
masalah tingkah laku. Bagaimanakah kita boleh membimbing kanak-kanak
supaya mereka menunjukkan tingkah laku yang sesuai dan baik?


a. Memodelkan tingkah laku yang positif

Kanak-kanak belajar tingkah laku positif melalui modelling iaitu memerhati
orang lain menunjukkan sesuatu tingkah laku tertentu. Sehubungan dengan
ini, seseorang guru prasekolah boleh menjadi model atau teladan untuk
kanak-kanak belajar tingkah laku positif. Guru prasekolah boleh
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

38

menunjukkan tingkah laku prososial seperti menunjukkan amalan
berkongsi, bekerjasama dan menghormati orang lain serta berbudi bahasa
mengucapkan "Tolong, Terima kasih, Meminta maaf, dan lain-lain lagi.
Banyak peluang harus diberikan kepada kanak-kanak memerhati orang lain
(kanak-kanak lain atau pun orang dewasa) memodelkan tingkah laku
prososial.

b. Menggunakan pengurusan konflik dan teknik resolusi

Biasanya konflik berlaku semasa kanak-kanak berinteraksi di antara satu
sama lain. Strategi-strategi pengurusan konflik dan teknik-teknik resolusi
boleh membantu kanak-kanak menggunakan kemahiran menghadapi dan
menyelesaikan konflk di antara satu sama lain. Di antara strategi-strategi ini
ialah:

Talk it over (Bercakap bersama)
Kanak-kanak diberi peluang untuk memberi alasan dan bercakap
tentang sesuatu konflik yang berlaku. Ini adalah kerana setiap
perbalahan atau pergaduhan ada dua pandangan yang berbeza. Kanak-
kanak belajar bahawa dengan hanya bercakap dan meluahkan
pendapat dan perasaan secara verbal, sesuatu masalah boleh
diselesaikan dengan damai. Langkah ini boleh membantu kanak-kanak
berfikir cara-cara untuk menyelesaikan konflik mereka.

Model resolutions (Memodelkan resolusi)
Guru prasekolah boleh mengingatkan atau mencadangkan kanak-kanak
menunjukkan resolusi yang sesuai jika berlaku konflik,
contohnya: Alizah, tolong jangan tolak bangunan binaan Jaafar kerana
Jaafar telah lama membinanya; Kassim, apakah cara lain (selain
daripada memukul) awak boleh memberitahu Atan bahawa dia duduk di
tempat awak?.
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

39


Teach children to say Im sorry (Mengajar kanak-kanak meminta
maaf)
Meminta maaf adalah satu cara yang baik untuk mengubati perasaan
yang disinggung. Kanak-kanak perlu diajar dan digalakkan untuk
meminta maaf jika berlaku sesuatu peristiwa yang menyebabkan rakan
mereka tersinggung perasaan, marah atau terluka.

Do something else (Melakukan sesuatu yang lain)
Kadang-kadang kanak-kanak boleh dialihkan perhatian mereka kepada
aktiviti lain, contohnya apabila mereka tengah merebut sesuatu alat
permainan. Dengan mengalihkan tumpuan mereka boleh meredakan
keadaan konflik.

Take turns (Mengikut giliran)
Mengikut giliran dan menunggu untuk giliran adalah satu cara yang baik
untuk mengajar kanak-kanak bahawa mereka tidak seharusnya sentiasa
diberi layanan dahulu; bahawa orang lain juga berhak untuk dilayani.

Share (Berkongsi)
Kanak-kanak juga harus diajar untuk berkongsi dengan kanak-kanak
lain semasa bermain. Apabila konflik berlaku, kanak-kanak boleh
dibantu untuk membuat pilihan lain selain daripada merebut atau
memukul orang lain.


3.4 Modifikasi tingkah laku

Modifikasi tingkah laku merujuk kepada menghasilkan perubahan tingkah
laku yang positif melalui intervensi oleh guru prasekolah semasa interaksi
seharian yang berlaku di kalangan kanak-kanak seperti:
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

40


Peneguhan positif: Memberi ganjaran kepada kanak-kanak dalam
bentuk lisan seperti pujian (cantik, betul, bagus, budak baik dll.),
kata-kata perangsang (Saya tahu anda boleh melakukannya! Anda
boleh! dll.) atau pun dalam bentuk hadiah, gula-gula atau sesuatu
yang menyenangkan kanak-kanak jika mereka menunjukkan tingkah
laku yang positif.
Kadang-kadang dengan menepuk tangan, menunjukkan isyarat ok
atau mengangguk kepala boleh memberi peneguhan kepada kanak-
kanak. Kanak-kanak akan didorong untuk menunjukkan tingkah laku
yang positif dengan diberi peneguhan-peneguhan positif ini.
Sistem token: Guru prasekolah boleh memberi token seperti bintang,
sticker, gambar, setem dan lain-lain kepada kanak-kanak selepas
menunjukkan sesuatu tugasan atau telah menunjukkan sesuatu
tingkahlaku yang positif. Token-token ini boleh ditukar oleh kanak-
kanak untuk sesuatu hadiah atau pun sesuatu aktiviti yang
digemarinya.
Time-out: Amalan ini digunakan apabila kanak-kanak telah
melakukan sesuatu kesalahan. Kanak-kanak tidak dibenarkan
meneruskan sesuatu aktiviti untuk seketika waktu sehingga dia telah
bertenang (cool down) atau bersedia untuk bertingkah laku baik.

Menggunakan I message
I message ialah satu pernyataan tentang apa perasaan kita tanpa
menuduh atau mengkritik orang yang menyusahkan kita. I
message memaklumkan tiga (3) perkara kepada pihak yang
menyusahkan kita: Tingkah laku yang menyakiti kita; perasaan kita;
dan kenapa kita merasa begitu. Contohnya, Saya merasa sakit bila
dipijak pada kaki. Saya tidak suka apabila dipanggil nama itu.
Kanak-kanak perlu diajar menggunakan I message sebab ia
membantu kanak-kanak menyampaikan perasaan mereka dengan
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

41

lebih berkesan. I message adalah langkah pertama yang penting
dalam penyelesaian konflik. Guru prasekolah boleh mengajar
kanak-kanak penggunaan I message melalui modelling, iaitu
menunjukkan teladan.

Membantu kanak-kanak memahami akibat dan kesan tingkah laku
mereka (Consequences of behaviour)


Kanak-kanak perlu dibantu memahami kesan-kesan dan akibat daripada
tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka itu. Contohnya, seseorang
kanak-kanak yang merosakkan alat permainannya akan hilang peluang
bermain atau seseorang kanak-kanak yang membuang nasinya akan
merasa lapar kerana tidak berpeluang untuk memakannya.






Temubual beberapa orang guru prasekolah. Tanya
mereka apakah tingkah laku kanak-kanak yang paling
mencabar mereka ( guru prasekolah ) dan bagaimana
mereka bertindak balas terhadap tingkah laku-tingkah
laku tersebut. Berkongsilah dapatan anda dengan
rakan-rakan.


Berdasarkan strategi-strategi yang anda telah pelajari,
bolehkah anda renung kembali situasi-situasi konflik yang
pernah berlaku dalam kelas prasekolah anda. Di antara
strategi-strategi di atas, manakah yang paling sesuai
digunakan untuk setiap situasi itu?
PRA3107 Perkembangan Sosioemosi

42



RUMUSAN

Dalam tajuk ini anda telah didedahkan dengan faktor-faktor yang berkaitan
dengan pengurusan tingkah laku kanak-kanak. Sehubungan itu, anda perlu
membuat refleksi yang berkaitan dengan situasi sebenar di lapangan atau kelas
prasekolah, bagi mengukuhkan lagi maklumat daripada modul ini dengan
pengetahuan serta pengalaman sebenar anda. Ini akan dapat memantapkan dan
memperkasakan lagi ilmu dan kemahiran sosioemosi dalam mengurus
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai