Anda di halaman 1dari 10

NAMA : NUR AMALINA AYUNI MOHD SABARI

NO HP : 01117848210

TUGASAN 2 (21/8/23)

1. TEORI ERIKSON : NYATAKAN 3 PERINGKAT.

Teori psikososial adalah suatu kuasa yang sangat berpengaruh pada separuh pertama abad ke-20
dan dipengaruhi oleh Freud terus mengembangkan idea-idea Freud dan mengembangkan teori-
teori mereka sendiri. Dari neo-Freudians ini, idea-idea Erik Erikson telah menjadi yang paling
terkenal.

Erik Erikson seorang tokoh yang di kenali dalam dunia Psikologi, sumbangannya teramat besar dan
penting dalam dalam bidang ini terutama dengan kelahiran buku pertamanya ‘Childhood and
Society (1950)’. Beliau, telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa
kehidupan mereka dan menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan
perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut.

Menurut beliau, Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya
bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan
perkembangan kanak-kanak.

Teori ini adalah sebuah teori perkembangan individu yang menggabungkan faktor kendiri emosi dan
sosial. Teori ini didasari oleh penyelidikan yang dilakukan beliau semasa hidupnya terhadap
perkembangan kanak-kanak.

Prinsip-prinsip teori Erikson menjelaskan bahawa,


1. manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
2. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas.
3. Perkembangan manusia mengikut peringkat-peringkat yang tertentu.
4. Setiap peringkat mempunyai krisis dan krisis ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi
secara efisien pada peringkat yang seterusnya.
5. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu peringkat akan menjejaskan perkembangan di peringkat
yang seterusnya.

Erikson membawa satu teori di mana personaliti seseorang terbentuk melalui beberapa fasa
peringkat. Beliau melihat bahawa terdapat 8 peringkat dalam perkembangan hidup seseorang
manusia, dan di setiap peringkat akan terdapat krisis yang tersendiri. Dalam perkembangan
psikososial sepanjang hidup seseorang individu yang merangkumi keseluruhan daripada jangka
hayat manusia dari lahir hingga usia tua. Setiap peringkat ditakrifkan oleh krisis pusat yang individu

1
mesti bergelut dalam usaha untuk bergerak ke peringkat seterusnya. teori Erikson telah menjadi
sangat berpengaruh kepada kefahaman ulama ‘pembangunan manusia dan pembentukan identiti’.

Sungguhpun begitu, dalam perkembangan kanak-kanak hanya ada 3 peringkat yang perlu diberi
perhatian penuh. Peringkat tersebut adalah:

Peringkat 1
Kepercayaan LAWAN Ketidakpercayaan (0 -18 bulan)
− Mempengaruhi perkembangan psikososial bayi melalui pengalaman
− Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain
− Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain
− Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup
− Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya. Perasaan percaya pada
persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik
dari penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya; jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan
yang sempurna maka akan timbul perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi
akan mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut.

Peringkat 2
Kemandirian LAWAN Malu & Ragu (18 bulan – 3 tahun)
− Konsep diri mula bertambah nyata
− Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya bukan orang lain
− Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat
− Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
− Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan
− Rasa diri kurang cekap – malu dan mula meragui kebolehan diri
− Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji – lebih yakin
− Sentiasa didenda/dimarah – malu dan ragu-ragu
− Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang diingini dipuji – dapat mengenal
jenis-jenis t/laku yang digalakkan dan yang hendak dielakkan
− Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima atau didorong
− Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu perbuatan sendiri.
Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini
merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak
tersebut. Dorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina perkembangan
psikososial dan menyelesaikan sesuatu tugasan.

2
Peringkat 3
Inisiatif LAWAN Rasa Bersalah (3 tahun-6 tahun)
− Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar – inisiatif
− Dapat belajar dan bergerak dengan cepat
− Lebih peka kepada perkara betul dan salah
− Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap positif.
− Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri
− Sering dikawal dari mencuba (akan berasa kurang inisiatif)
− Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan
bagi memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang
dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan
menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah
apabila memasuki alam persekolahan.

2. TEORI ALBERT BANDURA : PENIRUAN APA YANG DIMAKSUDKAN DAN BERI


CONTOH.

Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak-kanak tadika berumur 3 hingga 6 tahun
untuk menjalankan kajian mereka pada tahun 1963, dan berjaya membuktikan bahawa kanak-kanak
keseluruhanya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan
bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan
sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain.

1. Meniru secara langsung


Iaitu kanak-kanak melihat model sendiri atau secara tidak langsung iaitu dengan menonton filem,
video, mendengar huraian atau melihat gambar foto.
contohnya, kanak-kanak meniru ibu bapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan
dan sebagainya.

2. Peniruan melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan


Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi A tetapi tidak sesuai
dalam situasi B.
Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak
melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari oleh murid-murid disebabkan adanya
peraturan-peraturan bilik darjah yang boleh menyebabkan hukuman jika amalan itu berlaku.

Murid-murid juga meniru melalui tak sekatlakuan. Ini bermakna murid-murid akan terus meniru
amalan di dalam sesuatu situasi.

3
Contohnya, kalau dia telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuai di dalam
kelas tetapi kali ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid berkenaan
akan bermula menjeritkan jawapan. inilah merupakan peniruan melalui tak sekatlakuan.

3. Peniruan melalui elisitasi


Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh
orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui bagaimana melakukan sesuatu tindakan yang
dilakukan oleh orang itu.
Contohnya, apabila melihat seseorang murid membaca buku cerita di dalam kelas, Hassan pun
mengeluarkan buku cerita lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timbul selepas
melihat murid lain membaca. Sekiranya tidak ada murid yang membaca, kemungkinan keinginan
Hassan untuk membaca tidak timbul. Pendek kata, satu-satu gerak balas seseorang individu
hanya timbul setelah memerhati gerak balas orang lain.

Berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura, pemerhati akan meniru
setiap tingkahlaku 'model' sekiranya tingkahlaku model tersebut mempunyai ciri-ciri seperti bakat,
kecerdasan, kuasa, kecantikan atau pun populariti yang diminati oleh pemerhati.

Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan bahawa kita sendiri boleh menunjukkan
tingkahlaku yang boleh diteladani serta memaklumkan kepada anak murid berkenaan kesan sesuatu
tingkahlaku yang tidak bermoral, melanggar norma-norma masyarakat dan undang-undang, bersifat
eksploitasi dan manipulasi dan sebagainya.

3. TEORI LEV VYJGOTSKY : KAITKAN DENGAN KANAK-KANAK.

Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif dipengaruhi oleh faktor persekitaran sosial dan
budaya. Perkembangan kognitif berlaku melalui interaksi sosial ibu bapa, guru, rakan, orang dewasa
lain, sekolah, dan sebagainya. Menurut Vygotsky, bayi lahir dengan beberapa fungsi asas mental
(elementary mental function) iaitu perhatian, sensasi, persepsi dan memori.

Teori sosiobudaya Vygotsky menjadikan beliau dikenali sebagai seorang ahli psikologi pendidikan.
Teori ini juga menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi kanak-
kanak dengan orang yang ada disekitarnya yang menjadi alat penyampaian sesuatu budaya yang
membantu mereka membina pandangan tentang sekeliling mereka. Vygotsky berpendapat bahawa
sosiobudaya disampaikan melalui tiga cara iaitu:
− Belajar daripada peniruan
− Mengingati dan membuat pemahaman sendiri
− Belajar melalui kolaborasi kumpulan

4
Teori yang dinyatakan oleh Vygotsky ini merupakan teori gabungan antara kognitif dan persekitaran
sosial. Kanak-kanak akan lebih tinggi tahap pemikiran dan tingkah lakunya apabila berinteraksi
dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Vygotsky percaya bahawa interaksi sosial yang
menjadi tunjang kepada perubahan pemikiran dan tinhkah laku kanak-kanak. Pemikiran dan tingkah
laku inilah yang membezakan sesuatu budaya.

4. TEORI JEAN PIAGET : NYATAKAN 4 PERINGKAT YANG DIKAJI OLEH PIAGET

Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau telah menggunakan model biologi
untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh
berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan
persekitaran.

4 peringkat perkembangan kajian Piaget


1. Peringkat deria motor/ sensori motor (0-2 tahun)
− Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai sarana perkembangan kognitif berkaitan
persekitarannya.
− Pengekalan objek (gambaran objek di dalam memori).
− Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke
bentuk asal.

2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)


− Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu (perancangan)
− Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik)
− Kemahiran berbahasa kian meluas; - Tidak mampu menguasai proses transformasi,
keterbalikan dan penakulan
− Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)


− Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit
− Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada tiga
prinsip asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip
keterbalikan
− Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait
− Penguasaan proses penyusunan secara bersiri

5
4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
− Pemikiran abstrak
− Pemikiran sistematik
− Kebolehan berhipotesis
− Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan
sekeliling).

5. TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER : NYATAKAN ELEMEN BERSERTAKAN CONTOH

Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas
perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa
perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-
kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak
itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk
kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang
merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi
oleh faktor persekitaran

Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum
dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. Menurut
Bronfenbrenner terdapat 5 elemen yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak iaitu ;-

1. Mikrosistem
− Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai
interaksi secara dan menghabiskan paling banyak masa.
Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik
beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru terlibat dalam proses perkembangan
kanak-kanak.
− Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam
kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran
dengan kehidupan seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas
tingkah laku kanak-kanak.
Contohnya faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga
akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk
membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak
lagi menghormati mereka.
− Tahap penglibatan ibu bapa luar bandar berada pada tahap yang rendah.

6
2. Mesosistem
− Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang
lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi
interaksi dengan mikrosistem yang lain.
Contohnya, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti
seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di
rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi
mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran
mereka.

3. Eksosistem
− Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid
secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi
kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak
tersebut. Maksudnya di sini, pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi
orang lain.
Contohnya, persekitaran sekolah dan pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan
peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak
langsung akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

4. Makrosistem
− Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh norma-
norma, nilai dan amalan masyarakat.
Contohnuya, disesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab
yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan
yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap sebagai
kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum
lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka
mengganggap pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita
hanyalah di dapur sahaja.

5. Kronosistem
− Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.
Contohnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi
selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan
internet, memuat turun maklumat melalui internet dan sebagainya. Berbeza dengan
kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya bermain permainan yang
bersumberkan alam sekitar seperti wau, gasing dan sebagainya. Oleh hal yang demikian,
pembangunan sesebuah negara memberi implikasi yang besar kepada perkembangan
kanak-kanak dari banyak aspek. Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta
berpandangan jauh. Namun begitu, setiap benda terdapat juga kesan negatifnya iaitu

7
kanak-kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana hidupnya adalah bersama
komputer. Selain itu, anasir-anasir negatif juga semakin meningkat andainya
pembangunan sesebuah negara semakin maju.

6. TEORI EDWARD JOHN BOWLBY : NYATAKAN TEORI DIKAJI DAN PENEMUAN.

John Bowlby adalah ahli psikologi dan psikoanalisis British yang percaya bahawa lampiran awal
kanak-kanak memainkan peranan penting dalam pembangunan kemudian dan fungsi mental.
Bowlby percaya bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan kecenderungan yang diprogram secara
biologi untuk mencari dan tetap dekat dengan angka lampiran. Ini memberi kesejahteraan dan
keselesaan, tetapi ia juga membantu dalam kehidupan kanak-kanak. Melekat dekat dengan penjaga
memastikan bahawa keperluan kanak-kanak dipenuhi dan bahawa dia dilindungi dari bahaya di
alam sekitar.

Teori yang dihasilkannya mencadangkan bahawa usia paling awal yang dibentuk oleh anak-anak
dengan penjaga mereka mempunyai impak besar yang berterusan sepanjang hayat. Bowlby telah
terlatih sebagai seorang psikoanalisis, dan seperti Sigmund Freud , percaya bahawa pengalaman
terawal dalam kehidupan mempunyai kesan yang berkekalan terhadap pembangunan. Menurut
Bowlby, lampiran juga berfungsi untuk menjaga bayi dekat dengan ibu, sehingga meningkatkan
peluang anak untuk bertahan hidup.

Dalam kajian 1935 yang terkenal di Lorenz tentang pencetakan, beliau dapat menunjukkan bahawa
angsa muda akan mencetuskan angka lampiran dalam persekitaran dalam tempoh kritikal tertentu
selepas penetasan. Lorenz juga dapat mendapatkan angsa yang baru menetas untuk
mencetuskannya dan melihatnya sebagai tokoh "ibu". Ini mendedahkan bahawa bukan sahaja
lampiran semula jadi, tetapi terdapat juga tempoh kritikal di mana pembentukan hubungan
lampiran adalah mungkin. Penyelidikan Lorenz mendapati bahawa selepas tempoh tertentu (kira-
kira 32 jam untuk angsa), lampiran tidak mungkin berlaku.

Tema utama teori lampiran Bowlby adalah bahawa ibu-ibu yang sedia dan responsif terhadap
keperluan bayi mereka menubuhkan rasa aman. Bayi tahu bahawa penjaga boleh dipercayai, yang
menjadikan pangkalan yang selamat untuk kanak-kanak itu kemudian meneroka dunia.

1. Teori Lampiran
Bowlby menonjolkan lampiran sebagai "keterkaitan psikologi yang berkekalan di antara
manusia." Teori lampiran etnologinya menunjukkan bahawa bayi mempunyai keperluan semula
jadi untuk membentuk ikatan lampiran dengan penjaga. Ini adalah tindak balas yang
berkembang yang meningkatkan peluang anak untuk bertahan. lahir dengan beberapa tingkah
laku seperti menangis dan bersenam, dan penjaga secara biologi diprogramkan untuk bertindak
balas terhadap isyarat-isyarat ini dan menghadiri keperluan kanak-kanak.

8
Walaupun ibu sering dikaitkan dengan peranan ini sebagai penjaga utama dan angka lampiran,
Bowlby percaya bahawa bayi dapat membentuk ikatan dengan orang lain. Pembentukan ikatan
lampiran menawarkan keselesaan, keselamatan, dan khasiat, tetapi Bowlby menyatakan
bahawa makan itu sendiri bukanlah asas atau tujuan lampiran ini.

Apabila angka lampiran tersedia dan boleh dipercayai, kanak-kanak itu membangun rasa
amanah di dunia. Pada ketika ini, kanak-kanak kemudian boleh bergantung kepada pengasuh
sebagai pangkalan yang selamat dari mana untuk meneroka dunia.

Bowlby juga mencadangkan bahawa bentuk lampiran dalam beberapa peringkat:


− Semasa bahagian pertama fasa pra-lampiran , bayi mengenali pengasuh utama mereka
tetapi belum mempunyai lampiran. Mereka menangis dan membingungkan menarik
perhatian dan penjagaan ibu bapa, yang memberi ganjaran kepada kedua-dua anak dan
penjaga. Ketika tahap ini berlangsung selama kira-kira tiga bulan, bayi mula mengenali
lebih banyak orangtua dan mengembangkan kepercayaan.
− Semasa fasa lampiran sembarangan , bayi menunjukkan keutamaan yang berbeza untuk
penjaga utama dan juga pengasuh menengah tertentu dalam kehidupan mereka.
− Semasa tempoh lampiran diskriminasi , kanak-kanak membentuk lampiran yang kuat
kepada seorang individu dan akan mengalami kesukaran pemisahan dan kebimbangan
apabila berpisah daripada orang itu.
− Akhirnya semasa fasa lampiran berganda , kanak-kanak mula mengembangkan lampiran
yang kuat kepada orang di luar pengasuh utama.

Penyelidikan John Bowlby mengenai perkembangan lampiran dan kanak-kanak meninggalkan


kesan abadi terhadap psikologi, pendidikan, penjagaan anak, dan keibubapaan. Penyelidik
melanjutkan penyelidikannya untuk membangunkan teknik rawatan dan strategi pencegahan
klinikal.

9
7. PANDANGAN / PENDAPAT IMAM GHAZALI : MENGENAI KANAK-KANAK.

• Anak-anak adalah amanat di tangan kedua ibu bapa. Hatinya yang suci laksana mutiara yang
berharga, indah bersih dari segala gurisan dan bentuk. la akan menerima apa saja yang
dibuat kepadanya dan condong kepada apa yang ditarik kepadanya.

• Jika anak-anak dididik dengan perbuatan yang baik ia akan membesar dalam persekitaran
yang demikian dan akan menjadi manusia yang baik.

• Kedua ibubapa, guru, pengasuh dan semua orang yang mendidiknya akan bersyarikat
mendapat pahala daripada Allah Ta'ala.

• Sebaliknya, jika anak-anak itu dibiasakan dengan perbuatan-perbuatan yang jahat dan
pendidikannya diabaikan, ia akan menjadi manusia yang jahat dan dosanya turut ditanggung
oleh ibubapanya dan mereka yang dipertanggungjawab untuk menjaganya.

10

Anda mungkin juga menyukai