Anda di halaman 1dari 29

PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Pengajaran

Kepelbagaian Pelajar

UNIT 2
TEORI PERKEMBANGAN PELAJAR

Nama :MOHD FAIDHOL HULAIMI BIN ABD AZIZ LUTFI


No Matriks : 20212011945
No HP :01156552589
Group : DPLI PERAK B 2022/2023

PENSYARAH
ABU BAKAR YUSUF
DR SITI RAHAIMAH BINTI ALI
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

SINOPSIS
Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan
mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat
perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang
saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan
membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-
kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan
bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui
jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur
untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di
dalam bilik darjah. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof matlama bidang psikologi
pertumbuhan dan perkembangn adalah untuk beri pemerian yang paling tepat,
objektif dan sempurna tentang asal-usul fungsi biologi dan psikologi dan
seterusnya untuk menentukan jenis serta ciri-ciri perubahan umur di dalam fungsi-
fungsi tersebut. Selain itu untuk memahami makanisme, proses dan penentu
penentu tingkah laku dan akhir sekali untuk meramal tingkah laku.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan tentang beberapa teori perkembangan psikologi.
2. Menghuraikan konsep-konsep kendiri yang perlu ada pada setiap pelajar.
3. berkaitan analisis pelajar (kebolehan kognitif, tahap kesediaan, kelajuan
penerimaan motivasi dan konsep kendiri, gaya belajar/ gaya kognitif)

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

KANDUNGAN HALAMAN

2.0 Pengenalan

2.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan


2.2.1 PerkembanganTeori Psikologi Ericson
2.2 2 Peringkat dan Ciri-ciri Teori Psikologi Ericson
Aplikasi Teori Ericson
2.2.3 Cara Membantu Murid Memperolehi Sense of Industry
2.2.4 Cara Membantu Murid Memperteguhkan Identiti

2.3 Teori Perkembangan Piaget


2.3.1 Implikasi Teori Perkembangan Kognitif
2.3.2 Konsep Kendiri
2.3.3 Konsep Kendiri/Self-concept
2.3.4 Harga Diri/ Self-esteem
2.3.5 Keberkesanan Diri

2.4 Motivasi
2.4.1 Pengertian Motivasi
2.4.2 Meneroka Motivasi
2.4.3 Motivasi pembelajaran
2.4.4 Motivasi untuk berjaya
2.4.5 Motivasi Untuk Mencapai Teori Atribusi
2.4.6 Motivasi Untuk mecapai Motivasi Pengusaan
2.4.7 Motivasi Pengajaran dan Pembelajaran
2.4.8 Motivasi, Hubungan dan Kontek Sosial Budaya
dan hubungan Sosial

2.5 Gaya Pembelajaran


2.5.1 Gaya kognitif
2.5.2 Gaya Belajar

2.6 Isu dalam Teori Psikologi dan Motivasi

2.7 Penutup

2.8 Glosari

2.9 Bibiliografi

2.10 Latihan
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2.0 Pengenalan

Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan
teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam
proses menccapai kematangan. Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang
tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza
daripada tahap perkembangan yang terdahulu. Perkembangan juga adalah sebagai
perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Ia terhasil daripada fungsi
biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar. Perkembanga juga
merupakan perubahan yan bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat dengan
membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang terbentuk. Dengan kata lain,
perkembangan boleh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai
kematangan, pengukuhan dan kestabilan. Menurut Crow dan Crow, perkembangan
merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi
pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan
adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di antara perkembangan
jasmani dan pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan
perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan
organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubng
dengan pertambahan umur.

2.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

3
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2.2.1 Peringkat dan Ciri-ciri Teori Psikologi Ericson

Kategori/Peringkat Ciri-ciri
1. Kepercayaan dan  Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman.
ketidak percayaan  Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai
(kelahiran-1 tahun) orang.
 Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya
dengan orang lain.
 Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi
serta mengatasi masalah dalam hidup.
 Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak
percaya. Perasaan percaya pada persekitaran dan orang
lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat
penjagaan yang baik dari penjaganya; terutama daripada
ibu. Sebaliknya; jika bayi tersebut tidak mendapat
penjagaan yang sempurna maka akan timbul perasaaan
tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan
mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri
bayi tersebut.
2. Autonomi vs rasa  Konsep diri mula bertambah nyata.
malu dan ragu-ragu  Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan
(2-3 tahun-pra tindakannya bukan orang lain.
sekolah)  Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat.
 Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada
orang lain.
 Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan.
 Rasa diri kurang cekap – malu dan mula meragui
kebolehan diri.
 Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji – lebih
yakin.
 Sentiasa didenda/dimarah – malu dan ragu-ragu.
 Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan
yang diingini dipuji – dapat mengenal jenis-jenis t/laku
yang digalakkan dan yang hendak dielakkan.
3.Inisiatif vs rasa  Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan
bersalah mencabar – inisiatif.
(4-5 tahun-pra  Dapat belajar dan bergerak dengan cepat.
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

sekolah hingga  Lebih peka kepada perkara betul dan salah.


tadika)  Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya
membina sikap positif.
 Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi
diri.
 Sering dikawal dari mencuba–akan berasa kurang inisiatif.
 Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan
persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi
naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan
kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa.
Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana
akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka
menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila
memasuki alam persekolahan.
4.Industri vs rendah  Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran
diri baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah
(6-11 tahun-sekolah diri, kegagalan dan tidak cekap.
rendah-sekolah
menegah

5.Identiti vs  Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam pekerjaan,


kekeliruan peranan kemahiran, jantina dan bersosial.
(12-18 tahun –  Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan,
pertengahan hingga peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan
sekolah menengah) rendah diri akan timbul.

6.Keintiman vs  Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya


pengasingan merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan.
(dewasa muda)  Mula membentuk keintiman dalam hubungan, menuju ke
arah perkahwinan dan membina kerjaya. Kegagalan
membawa kepada perasaan terasing dan tersisih.
7.Generaitiviti vs  Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan
kenangan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri.
(usia pertengahan)  Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan
membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri.
8.Intergriti vs putus  Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan karier. Kegagalan
asa membawa kepada kesedihan dan kekecewaan.
(usia tua)  Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan karier. Kegagalan
membawa kepada kesedihan dan kekecewaan.

2.2.2 Aplikasi Teori Ericson


Kaum Ciri-Ciri Kepelbagaian
Kanak-kanak pra Fokus Utama: Guru dan ibu bapa perlu memberi tumpuan dalam
sekolah pembinaan personaliti pelajar
( 3 – 6 tahun)
 Para guru perlu mengetahui aktiviti yang diminati oleh
pelajar pada tahap ini dan mewujudkan aktiviti yang dapat
menggabungkan semua minat mereka dalam satu
permainan dalam bilik darjah.
 Memberi peluang kepada anak-anak untuk memikul
tanggungjawab dalam proses pembelajaran apabila terlibat
dalam aktiviti bilik darjah bersama-sama rakan sebaya.
 Memastikan anak-anak menerima pujian terhadap perkara-
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

perkara baik yang mereka lakukan supaya mereka lebih


percaya dan yakin dengan perkara yang bakal mereka
lakukan selepas ini.
 Jangan mengejek atau mengkritik anak-anak secara
terbuka sebaiknya diajak berbual mengenai kelakuan atau
pilihan yang dibuatnya. Membantu anak-anak membentuk
pilihan yang sesuai dengan membimbing mereka untuk
mencapai penyelesaian positif dan hasil yang
membanggakan.

Sekolah rendah Fokus Utama: Tertumpu kepada pencapaian dan hubungan


( 7 – 12 tahun) dengan rakan sebaya.

 Melakukan aktiviti fizikal untuk membina hubungan sosial


dan membantu pelajar menghargai kebolehan sendiri dan
kebolehan orang lain.
 Menggalakkan pelajar untuk membantu pelajar lain yang
mungkin mempunyai masalah tingkah laku atau prestasi
belajar dan tidak sesekali menjadikan mereka sebagai
bahan ejekan.
 Menyakinkan mereka bahawa kesempurnaan bukanlah
sesuatu yang penting sebaliknya sentiasa belajar daripada
kesilapan yang lalu dan mampu mematangkan pemikiran
mereka. Mengajar mereka untuk lebih kuat semangat dan
sentiasa bermotivasi untuk meneruskan hidup walau
apapun yang berlaku.
 Membina keyakinan melalui aktiviti-aktiviti kecemerlangan
anak-anak.

Sekolah Fokus Utama: Tertumpu kepada membina identiti dan harga


menengah diri.
( 13 – 18 tahun)
 Memperlakukan dengan melayan pelajar secara saksama
dan elakkan sikap pilih kasih, pelajar kesayangan
berdasarkan jantina, pencapaian akademik dan sebagainya.
 Memberi galakan kepada pelajar untuk membina dan
menambah keyakinan diri melalui pembentukan kaedah
penyelesaian masalah yang pelbagai.
 Menggunakan aktiviti berunsurkan keseronokkan dalam
kelas untuk mengurangkan tekanan belajar, perasaan
negatif dalam diri dan meningkatkan semangat untuk belajar
disebabkan suasana yang harmoni.
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2.2.3 Cara Membantu Murid Memperolehi Sence of Industry


- Antara tadika dan murid tahun 6 : Murid-murid bersungguh-bersungguh
mempamerkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
- Memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dan menyempurnakan
tugasan yang diberi guru.
- Pelajar mengetahui, faham dan patuh kepada arahan: proses pembelajaran dengan
hemat dan cermat berdasarkan kepada peraturan dalam kelas, prosedur, notis
peringatan ditampal diruang tertentu bagi memudahkan pelajar sentiasa berada
dalam landasan yang betul.
- Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka : pelajar digalakkan terlibat
aktif dalam pembelajaran.
- Penilaian berasaskan pencapaian : guru mesti sentiasa menjalankan penilaian
dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian. Ganjaran
mestilah realistik dan di komunikasikan kepada murid sebelum pelaksanaan.

2.2.4 Cara Membantu Murid Memperteguhkan Integriti


- Perteguhkan kekuatan diri dari segi rohani dan jasmani.
- Libatkan pelajar dalam merancang masa depan mereka.
- Berikan pujian keatas pengaruh yang positif.
- Rasa selesa dengan apa yang dimiliki.
- Guru membimbing dengan meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
- Pembelajaran aktif sama ada perbincangan bersama rakan atau penggunaan
komputer.
- Berikan peluang yang sama rata dan berikan komunikasi yang baik antara pelajar
didalam kelas.
- Pembelajaran kendiri, kelas boleh berfungsi dengan pelbagai aras pembelajaran
dengan pelajar memainkan peranan yang lebih aktif
- Persekitaran yang kondusif, tidak terlalu sesak dan peralatan mengajar asas yang
cukup seperti papan putih, LCD projector
- Saling hormat-menghormati antara guru dan pelajar, guru perlu menggalakkan
pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2.3 Teori Perkembangan Piaget


PANDANGAN PIAGET TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK:

Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang


bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan
sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan
perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu
berlaku dengan berperingkatperingkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak
bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang
lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangkan yang berikutnya.
Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama, melalui
interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku
yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan
yang diperolehi dengan cara sedemikian. Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu
pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui
penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama,keras dan
lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman
dengan persekitaran. Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi konsep nombor,
klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian.
Kategori/Peringkat Ciri-ciri
Pada peringkat ini, bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan
kebolehan motor untuk membentuk skema tingkahlaku yang
membolehkan mereka
PENGAJARAN “bertindak” dan
KEPELBAGAIAN “mengetahui”
PELAJAR
persekitarannya. Dalam peringkat ini piaget membahagikannya
kepada 6 sub-peringkat kecil dimana berlaku pertumbuhan bayi
yang pesat daripada organism ‘reflexive’ kepada ‘reflective’. Dalam
1.sensor motor
peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya
(1-2tahun)
untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya.
Selepas dilahir selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh
membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Antara 4
hingga 8 bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-
objek di dalam persekitarannya.

Pada peringkat ini, berlaku perkembangan drastik dalam


penggunaan simbol mental (perkataan dan imej) untuk
menyatakan objek, orang dan peristiwa yang dialami oleh
kanak-kanak. Simbol bermaksud perkataan yang boleh
menggantikan perkataan lain. Contohnya anjing boleh
2.Praoperasional digantikan dengan haiwan empat kaki atau mamalia domestik.
(2-7 tahun) Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa
serta symbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila
mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur
dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu,
perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat.

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mengalami


perkembangan pesat dalam operasi kognitif dan mengaplikasi
kemahiran ini bila berfikir tentang objek, situasi dan orang yang
3.Operasional mereka lihat. Operasi Kognitif adalah aktiviti mental dalaman
(7-11 tahun) yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun
semula imej dan symbol dalam membuat rumusan atau
keputusan yang logik. Beberapa pemikiran yang yang beransur-
ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit
ini ialah pengekalan terutamanya isipadu dan berat,
mengklasifikasikan dan mengkategorikan serta berupaya
membuat perkaitan logik (relational logic).
Pada peringkat, pada peringkat ini kanak-kanak boleh
melakukan proses mental secara logik ke atas objek dan
peristiwa yang boleh dilihat (konkrit). Sebaliknya peringkat ini ,
kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea atau
4.Oparasional akta dan andaian-andaian (propositions). Pemikiran kanak-
formal kanak peingkat operasi formal tidak lagi terikat kepada benda
(lebih dari 11 yang konkrit dan boleh diperhatikan, malah mereka boleh
tahun) memikirkan tentang proses hipotetikal dan peristiwa secara
logik walaupun pada asasnya bukan realiti. Contohnya perkara-
perkara seperti perdagangan antara Negara atau turun naik
harga saham. Ciri pemikiran penting kanak-kanak ini ialah
mereka berkebolehan dalam penaakulan hipotetikal deduktif
(Hypothetico Deductive Reasoning) dan berfikir saintis.
(Mohamad Syukur, 2010)
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2.3.1 Implikasi Teori Perkembangan Kognitif


PRA-OPERASI (2-7tahun)
1. Menggunakan bahan bantu belajar yang konkrit dan menarik.
2. Arahan yang diberikan harus mudah difahami, pendek dan beserta contoh.
3. Murid pada peringkat ini sukar untuk memahami pendapat dari sudut orang lain.
4. Beri peluang kepada murid untuk melakukan hands-on terhadap sesuatu
kemahiran dan untuk meningkatkan keyakinan diri murid.
5. Pengalaman pembelajaran yang pelbagai dan tidak hanya tertumpu aktiviti di
dalam bilik darjah.

OPERASI KONKRIT (7-11tahun)


6. Teruskan penggunaan bahan konkrit terutamanya untuk mempelajari kemahiran
yang baru.
7. Beri peluang kepada murid untuk memanipulasi dan menguji objek yang diajar dan
bimbing menjadi kreatif dan kritis.
8. Pastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun di samping
untuk meningkatkan kemahiran berbahasa.
9. Perkenalkan soalan-soalan yang berbentuk penyelesaian masalah yang
memerlukan pemikiran yang logik dan analitik. Tunjukkan langkah yang mudah
dan sistematik.

OPERASI FORMAL (12 tahun keatas)


10. Gunakan bahan yang konkrit untuk mengilutrasi konsep yang lebih kompleks.
11. Beri peluang kepada murid untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab
kepada. Penyelesaian yang dikemukakan. Latih murid untuk bentangkan idea
dan kritik idea tersebut.
12. Beri peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah dengan memberi
sebab, Kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat dengan fakta-fakta
dan Terima pendapat yang dikemukakan oleh pelajar

2.3.2 Konsep Kendiri

persepsi individu itu sendiri mengenai dirinya KENDIRI Penilaian individu


dan persepsi orang
lain terhadap dirinya
Penilaian orang lain akan diri individu

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia
menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep
kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi
persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan
tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Carl Rogers (1950),
mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang
ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang
lain dan persekitarannya.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara
memahami konsep kendiri. Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik
oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu: 1)
tanggapan diri seseorang individu 2)proses yang menentukan tingkah laku
seseorang individu. Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan
suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir
daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan
menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2.3.3 Konsep Kendiri/Self-concept


Struktur konsep kendiri

Terdiri daripada 4elemen utama dan elemen-elemen ini berkait rapat antara satu
sama lain. Elemen tersebut ialah :
1. Konsep kendiri positif
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif
3. Konsep kendiri negatif
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif

Jenis konsep kendiri


- Positif
- Negatif
Konsep Kendiri Positif Konsep Kendiri Negatif
- seseorang yang dikaitkan ^ individu yang sering
dengan kejayaan dalam hidup dikaitkan dengan kegagalan
ialah mereka yang dapat membina dalam apa bidang sekalipun.
konsep kendiri positif ^ sentiasa berasa tidak puas
- mereka sentiasa mendapat hati, tidak gembira, cepat
layanan dan perhatian yang baik merajuk dan perasaannya
daripada ibu bapa keluarga guru mudah tersinggung.
rakan dan orang persekitarannya. ^ individu ini sering dimarahi,
-sentiasa lebih banyak berjaya dikritik sama ada daripada ibu
berbanding kegagalan. bapa, guru, rakan atau
Konsep
-sentiasa tenang dan stabil serta sesiapa sahaja yang berada di
seimbang dari segi emosi. persekitarannya
^ individu berkenaan akan
berasa dirinya mempunyai
keyakinan yang rendah
^ kesannya individu akan
menjadi pasif dan suka
melakukan kerja-kerja mudah
dan senang untuk menjamin
kejayaannya.
* sentiasa memperoleh ganjaran # kurangnya kasih sayang,
yang positif seperti pujian yang perhatian dan belaian
membina, hadiah sejak dari kecil daripada ibu bapa, guru atau
apabila melakukan sesuatu orang dewasa yang lain.
samaada mendapat kejayaan # suasana keluarga yang
mahupun kegagalan. kucar-kacir
* layanan yang baik daripada ibu # kedudukan sosio-ekonomi
bapa dan keluarga. Tidak akan keluarga yang rendah.
merasa kekurangan atau # aspek fizikal yang tidak
Faktor yang
kekosongan. sentiasa dihargai sempurna, misalnya
mempengaruhi
dan merasakan ada orang kecacatan yang dimiliki
bersama-samanya dalam dirasakan menjadi penghalang
melakukan sesuatu. kepadanya.
* persekitaran keluarga yang stabil
dan Harmoni. Keluarga ceria
membuatkan ahli keluarga berasa
selamat dan gembira.
* sentiasa mendapat pengiktirafan
daripada ibubapa, Guru dan
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

rakan-rakan. Mereka sentiasa


riang dan gembira kerana
membuatkan orang yang berada
dipersekitarannya
mempercayainya dan yakin
dengan kebolehannya.
* keyakinan yang tinggi dalam diri
tinggi hidup sendiri juga dapat
membentuk konsep kendiri positif.
Seseorang akan berusaha untuk
melakukan yang terbaik untuk
dirinya tanpa berasa takut
mengalami kegagalan.
- mengalami lebih kejayaan - sentiasa mengalami
daripada kegagalan kegagalan akademik/
- sering mendapat pujian, kokurikulum
gembira, yakin Dan percaya - selalu dikritik oleh guru,
- dapat menghadapi masalah dan rakan dan ibu bapa.
cabaran dengan tabah - emosi tidak stabil( mudah
- optimistik,terbuka, sedia tersinggung dan merajuk)
menerima kritikan orang lain - kurang diterima oleh rakan.
- lebih tenang, mudah berinteraksi - keyakinan diri rendah, pasif,
Ciri-ciri murid
dengan orang lain dan senang menarik diri dari bersosial.
dihampiri - Suka bermain dengan
- mempunyai emosi stabil individu yang lebih muda.
- dapat kasih sayang, perhatian - mempunyai daya intelek
ibu bapa, guru dan rakan yang yang rendah.
lain. - kurang kasih sayang
daripada ibu bapa
- gemar membuat kerja
mudah, tiada cabaran.

Cara guru membantu pembentukan konsep kendiri positif

Seorang guru perlu menjaga konsep kendiri murid muridnya. Oleh itu guru
mesti mengembangkan potensi yang sedia ada dalam murid-murid sama ada dalam
bidang akademik atau kokurikulum. Perbuatan membandingkan murid adalah tidak
wajar sama sekali, Kerana setiap murid adalah berbeza dan unik. Selain itu, guru
mesti pandai menggunakan penilaian fleksibel kerana prestasi akademik murid-murid
sentiasa berubah.
Disamping itu sebagai seorang pendidik tidak boleh melabel seperti
memanggil murid-muridnya 'bodoh' atau 'lambat' kerana bimbang lambat laun murid-
murid tersebut akan mempercayai bahawa mereka betul-betul bodoh.Oleh yang
demikian sentiasalah memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha
pembelajaran murid-murid. Waima memberi bimbingan yang wajar dengan
membetulkan kesilapan dalam proses pembelajaran.
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Kesimpulannya, konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah.


Seseorang yang memiliki konsep kendiri yang baik akan membantunya menuju ke
arah kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Oleh itu
guru memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan konsep kendiri
murid agar mereka dapat menempuh masa depan dengan penuh cemerlang.

2.3.4 Harga Diri/Self-esteem


Pengertian Harga Diri (Self Esteem) menurut Stuart dan Sundeen (1991), ia
mengatakan bahwa harga diri (self esteem) adalah penilaian individu terhadap hasil
yang dicapai dengan menganalisa seberapa jauh perilaku memenuhi ideal dirinya.
Dapat diartikan bahwa harga diri menggambarkan sejauh mana individu tersebut
menilai dirinya sebagai orang yang memiliki kemampuan, keberartian, berharga, dan
kompeten. Sedangkan menurut Gilmore dikatakan bahwa: “….self esteem is a
personal judgement of worthiness that is a personal that is expressed in attitude the
individual holds toward himself”. Pendapat ini menerangkan bahwa harga diri
merupakan penilaian individu terhadap kehormatan dirinya, yang diekspresikan
melalui sikap terhadap dirinya. Sementara itu, Buss (1973) memberikan pengertian
harga diri (self esteem) sebagai penilaian individu terhadap dirinya sendiri, yang
sifatnya implisit dan tidak diverbalisasikan. Sementara menurut Wikipidia Harga diri
adalah pandangan keseluruhan dari individu tenang dirinya sendiri. Penghargaan diri
juga kadang dinamakan martabat diri atau gambaran diri. Misalnya, anak dengan
penghargaan diri yang tinggi mungkin tidak hanya memandang dirinya sebagai
seseorang, tetapi juga sebagai seseorang yang baik. Sering kali harga diri (self
esteem) dikaitkan dengan rasa percaya diri, yaitu dimensi evaluatif yang menyeluruh
dari diri, yang pada akhirnya membentuk gambaran diri. Hal ini sejalan dengan
pendapat Roger dan Maslow. Mereka mengatakan bahwa harga diri (self esteem)
merupakan aspek yang penting dalam kepribadian, dimana harga diri (self esteem)
adalah evaluasi yang menyeluruh untuk membentuk gambaran diri (self image).

Terkait dengan harga diri (self esteem) dalam rentang kehidupan individu di mana
study dilakukan pada 300.000 orang didapati harga diri (self esteem) rendah pada
remaja dan dewasa akhir. Pada umumnya harga diri (self esteem) wanita lebih
rendah dari pada pria pada rentang hidupnya, terutama pada masa remaja.
Penelitian yang dilakukan oleh Hewitt (2001); Scarpa & Luscher (2002), dan
beberapa yang ditemukan oleh Baumeister (1997) sebagai berikut: Harga diri (self
esteem) relatif stabil dalam beberapa bulan dan dapat berubah terutama jika ada
perubahan kejadian dalam hidup, misal lulus ujian, mendapat pekerjaan atau
kehilangan pekerjaan. Harga diri (self esteem) tinggi pada masa kanak-kanak,
menurun saat remaja, dan meningkat lagi saat usia dewasa sampai pada dewasa
aksir kemudian menurun. Ada individu yang memiliki harga diri (self esteem) tinggi
atau rendah secara keseluruhan namun ada juga harga diri (self esteem) tinggi atau
rendah pada area tertentu, misal: harga diri (self esteem) tinggi di aspek sosial
namun atau rendah di bidang akademis. Jadi bisa merata di segala aspek namun
bisa juga fluktuasi.Harga diri (self esteem) rendah dapat berakibat seseorang
mengalami depresi dan sebaliknya.

Komponen harga diri (self esteem) , menurut salah satu definisi (Braden, 1969), ada
tiga komponen kunci dari harga diri (self esteem) : 1). Harga diri (self esteem)
merupakan kebutuhan manusia yang penting yang sangat vital bagi kelangsungan
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

hidup dan normal, perkembangan yang sehat. 2). Harga diri (self esteem) muncul
secara otomatis dari dalam berdasarkan keyakinan dan kesadaran seseorang. 3).
Harga diri (self esteem) seiring dengan pikiran, perilaku, perasaan dan tindakan
seseorang.

2.3.5 Keberkesanan Diri/Self-efficacy


Keberkesanan diri adalah konsep yang diperkenalkan oleh Albert Bandura, psikolog
Ukraine-Kanada yang dilahirkan pada tahun 1925. Pada tahun 1986, beliau
mengembangkan Teori Pembelajaran Sosial, merujuk kepada peraturan motivasi
dan tindakan manusia, yang menunjukkan tiga jenis harapan: jangkaan keadaan-
keadaan, jangkaan tindakan-tindakan dan keberkesanan diri. Keberkesanan diri,
atau keyakinan dalam kemampuan seseorang untuk menghadapi situasi yang
berbeza yang timbul, memainkan peranan penting bukan hanya dengan cara
merasakan objektif atau tugas tetapi akan menentukan atau tidak mencapai
matlamat dalam hidup anda . Konsep keberkesanan diri adalah aspek utama
psikologi, kerana ia menekankan peranan pembelajaran observasi, pengalaman
sosial, dan kesan terhadap perkembangan peribadi seseorang.

Dalam teori Albert Bandura, dikatakan bahawa keberkesanan diri adalah satu
pembentukan utama untuk melakukan tingkah laku, kerana hubungan antara
pengetahuan dan tindakan akan dimantapkan dengan pemikiran berkhasiat sendiri.
Kepercayaan diri keberkesanan, iaitu, pemikiran seseorang tentang keupayaannya
dan peraturan diri untuk melaksanakan tingkah laku tersebut akan
menentukan.Dengan cara ini, orang akan lebih bermotivasi jika mereka menyedari
bahawa tindakan mereka boleh menjadi berkesan, iaitu jika terdapat keyakinan
bahawa mereka mempunyai kemahiran peribadi yang membolehkan mereka
mengawal tindakan mereka. Bandura berpendapat bahawa ia mempengaruhi tahap
kognitif, afektif dan motivasi. Oleh itu, keberkesanan diri yang tinggi adalah berkaitan
dengan pemikiran dan aspirasi positif tentang prestasi tingkah laku yang berjaya,
kurang tekanan, kebimbangan dan persepsi ancaman, bersama dengan
perancangan tindakan yang mencukupi dan jangkaan hasil yang baik.

Pada peringkat perkembangan ini, pemikiran menjadi lebih canggih dan maju. Kanak-
kanak boleh berfikir tentang konsep abstrak dan menggunakan logik untuk menghasilkan
penyelesaian kreatif kepada masalah. Kemahiran seperti pemikiran logik, pemikiran
deduktif, dan perancangan sistematik juga muncul semasa peringkat ini. Terdapat dua
ujian yang terkenal untuk menguji pemikiran operasi formal dalam beberapa cara yang
berbeza iaitu meneroka konseptualis fizikal dan abstraksi pemikiran.
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2.4 Motivasi

2.4.1 Pengertian Motivasi

Motivasi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu motivation yang bermakna


bersemangat. Motivasi adalah sesuatu yang ada atau tiada dalam diri dan minda
yang akan menentukan kejayaan ataupun kegagalan dalam apa jua perkara yang
dilakukan.

Menurut Kimble, (1984) motivasi adalah proses yang terjadi dalam diri yang
menciptakan tujuan dan memberikan tenaga bagi tingkahlaku seseorang iaitu daya
penggerak yang ada di dalam diri seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu
demi mencapai suatu tujuan. Manakala bagi Santrock (2008) mengatakan bahawa
“motivation is the reason why people behave the way they do. Motivated
behavior is energized, directed, and sustained”. Motivasi adalah kuasa yang
menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu


unsur yang penting yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif,
disamping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan
bermakna, berfaedah dan menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993)
Berikut adalah antara beberapa ciri utama motivasi:-
● Motivasi tidak wujud secara semula jadi
● Motivasi tidak diwarisi
● Motivasi boleh diwujudkan oleh keperluan fisiologi atau keperluan psikologi
● Motivasi menuju ke arah pencapaian matlamat.
● Paras motivasi adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang
lain. Semakin kuat keinginan seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat,
semakin tinggilah motivasinya.

2.4.2 Meneroka Motivasi


Motivasi melibatkan proses yang mengekalkan tenaga untuk tingkah laku berterusan
menumpu ke satu hajat tertentu. 4 perspektif motivasi ialah:
Kategori Perspektif Ciri-ciri
1.Perspektif tingkah laku Perspektif tingkah laku menekankan ganjaran dan
dendaan luaran sebagai kunci menentukan
motivasi pelajar.
2.Perspektif kognitif Perspektif kognitif fokus kepada motivasi dalaman ,
untuk berjaya pelajar percaya yang mereka boleh
mengawal persekitaran mereka.
3.Perspektif social Perspektif keperluan sosial untuk membina dan
mengekalkan perhubungan yang rapat, mesra.
4.perspektif humantistik Perspektif humanistik menekankan kemampuan
pelajar untuk berkembang dan kebebasan pelajar
memilih halatuju sendiri.

2.4.3 Motivasi Pembelajaran


Manusia mempunyai keperluan untuk berkembang dan maju begitu juga pelajar
mempunyai motivasi dalam pembelajaran untuk berjaya , motivasi berfungsi sebagai
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

pendorong sekaligus penggerak perilaku seseorang bagi mencapai sesuatu


tujuan .Prinsip-prinsip pembelajaran berkaitan dengan perhatian , motivasi ,
keaktifan , keterlibatan dan pengulangan.Motivasi untuk berjaya juga didorong
dengan beberapa aspek:
1)Motivasi ekstrinsik dan interistik
2)Lain-lain proses kognitif
3)Kerisauan dan pencapaian
4)Jangkaan guru

Guru perlu bertindak dengan sewajarnya bagi memberi ransangan kepada


pelajarnya untuk berusaha ke arah kejayaan dari segi jasmani , rohani , emosi dan
intelek.

2.4.4 Motivasi Untuk Berjaya


Pelajar Dengan Motivasi Ekstrinsik Pelajar Dengan Motivasi Intrinsik

 melakukan sesuatu untuk  mempamerkan penentuan nasib


mendapatkan sesuatu yang lain sendiri dengan melakukan sesuatu itu
 terpengaruh dengan ganjaran dan kerananya.
dendaan  motivasi meningkat apabila diberi
 pujian yang kerap serta kritikan peluang membuat pilihan.
membina bagi mengawal pelajar  perasaan dalam pembelajaran
untuk meningkatkan motivasi diri. merangkumi sikap, nilai dan minat
pada sesuatu benda, perkara atau
orang.

2.4.5 Motivasi Untuk Mencapai Teori Atribusi

 Teori ini juga merujuk kepada dalam usaha mereka untuk memahami tingkah
laku prestasi mereka sendiri, individu termotivasi untuk mengetahui
penyebabnya.
 Penekanan ditumpukan kepada persepsi seseorang murid yang mempengaruhi
cara mereka mentafsir kejayaan / kegagalan usaha mereka yang turut sama
mempengaruhi kecenderungan murid untuk mengulangi tingkah laku yang sama.
 Menurut Weiner, atribut atau kualiti karakter seseorang wujud dalam tiga
dimensi iaitu:

i) Lokus (Lokasi):

-Lokasi di mana penyebab itu berada.

-Pelajar yang menganggap kejayaan mereka disebabkan oleh faktor internel (iaitu
usaha) lebih cenderung mempunyai harga diri yang lebih tinggi.

ii) Kestabilan:

-Penyebab boleh berubah atau tidak.

-Sekiranya pelajar mengaitkan hasil positif dengan sebab yang stabil, ada jangkaan
kejayaan masa depan.
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

iii) Kebolehkendalian/ Kawalan:


-Sejauh mana murid-murid bertanggungjawab ke atas kejayaan atau kegagalan
mereka untuk mengawal situasi pembelajaran yang sedang dilalui.

-Kegagalan kerana faktor luaran menyebabkan kemarahan. Kegagalan kerana faktor


dalaman boleh menyebabkan rasa bersalah

Empat faktor yang akan mempengaruhi motivasi dalam pendidikan seperti dalam
jadual:

Atribut Lokasi Kestabilan Kawalan

1) Kebolehan Dalam diri murid Stabil Luar kawalan

2) Usaha Tidak stabil Dalam kawalan

3) Nasib Luar diri murid Tidak Stabil Luar kawalan

4) Aras kesukaran tugasan Stabil Luar kawalan


yang diberi

2.4.6 Motivasi Untuk Mencapai Motivasi Penguasaan


1) Mastery orientation
- Orientasi penguasaan dicirikan oleh kepercayaan bahawa kejayaan adalah hasil
usaha dan penggunaan strategi yang sesuai. Individu yang berorientasikan
penguasaan berusaha untuk mengembangkan pemahaman dan kecekapan mereka
pada sesuatu tugas dengan melakukan usaha yang tinggi.
- Melalui banyak kajian, orientasi penguasaan telah ditunjukkan untuk
mempromosikan corak pembelajaran adaptif, yang akhirnya membawa kepada
pencapaian dan penyesuaian akademik yang tinggi.
- Sebagai contoh, pelajar dengan orientasi penguasaan lebih terdorong untuk
belajar, menggunakan strategi kognitif yang lebih mendalam, dan bertahan melalui
cabaran dan kegagalan. Mereka lebih focus kepada tugasan berbanding keupayaan
mereka. Malahan, mereka hasilkan strategi yang berorientasikan penyelesaian
(berdasarkan kriteria).
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

- Ramai kanak-kanak berbakat mempunyai sifat ini. Selain itu, kanak-kanak yang
mempunyai orientasi penguasaan tinggi cenderung mempunyai motivasi atau
tingkah laku intrinsik yang tinggi yang digerakkan oleh ganjaran dalaman.
- Dalam suasana sekolah, kanak-kanak yang mempunyai orientasi penguasaan
tinggi ingin belajar demi belajar . Mereka tidak sibuk dengan prestasi mereka (iaitu
gred mereka atau kelulusan guru) dan terus bekerja di sekolah walaupun mereka
mendapat maklum balas yang kurang baik.
- Malah, mereka mengalu-alukan cabaran dan pengalaman pembelajaran baru.
Penyelidikan menunjukkan bahawa orientasi penguasaan dapat meningkatkan
prestasi akademik anak dalam jangka pendek dan dalam jangka panjang.

2) Helpless orientation (Orientasi tidak berdaya)


- Pelajar memberi tumpuan kepada kekurangan peribadi mereka. (Students focus on
their personal inadequacies).
- Individu ini mengaitkan kejayaan mereka dengan faktor luar dan tidak terkawal dan
percaya bahawa kegagalan mencerminkan kekurangan kemampuan. "Saya tidak
dapat melakukannya!"
- Antara ciri-ciri lain Helpless orientation ialah:
i. Mudah berasa cemas dan gelisah.
ii. Tidak terlalu yakin dengan kemampuannya menyelesaikan tugasan dengan
berkesan.
iii. Selalu memandang rendah apa yang boleh dilakukannya.
iv. Walaupun dia telah berjaya, dia meragui bahawa dia dapat melakukannya lagi.
v. Lebih suka membuat latihan atau sesuatu yang membantunya mempraktikkan
kemahiran yang sudah dia kuasai daripada mencuba tugas dan masalah baru.
vi. Cepat putus asa jika jawapannya tidak jelas.

3) Performance orientation
- Orientasi pencapaian merujuk kepada bagaimana seseorang individu menafsirkan
dan bertindak balas terhadap tugas-tugas, yang menghasilkan corak kognisi,
pengaruh dan tingkah laku yang berbeza.
- Mementingkan hasil daripada prosesnya. Being concerned with the outcome rather
than the process. (norm ref based).
- Dibangunkan dalam kerangka sosial-kognitif, teori matlamat pencapaian
mencadangkan bahawa motivasi dan tingkah laku yang berkaitan dengan
pencapaian pelajar dapat difahami dengan mempertimbangkan alasan atau tujuan
yang mereka pakai semasa terlibat dalam pekerjaan akademik.
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

- Fokusnya adalah bagaimana pelajar berfikir tentang diri mereka sendiri, tugas
merek dan prestasi mereka.
- Orientasi pencapaian telah terbukti berkaitan dengan individu pencapaian akademik,
penyesuaian, dan kesejahteraan.
- Orientasi pencapaian dicirikan oleh kepercayaan bahawa kejayaan adalah hasil
kemampuan unggul dan mengatasi rakan sebaya. Individu yang berorientasikan
prestasi ingin mengungguli orang lain dan menunjukkan (mengesahkan) kemampuan
mereka. Orientasi prestasi meramal kesan negatif, penghindaran cabaran dan hasil
pencapaian yang buruk.

2.4.7 Motivasi Pengajaran dan Pembelajaran

Konsep pengajaran merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuan dan


juga merupakan aktiviti intelek. Suatu tindakan yang bertujuan unutk membawa
perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Merupakan satu sistem aktiviti
yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan
tingkah laku dalam kalangan mereka.

Konsep Pembelajaran Pembelajaran sebagai proses belajar dan belajar


dimaksudkan sebagai usaha memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.
Dari segi psikologi pendidikan, takrifan ini tidak memadai kerana aliran pemikiran
semasa tentang pembelajaran adalah tertumpu kepada perubahan tingkah laku dan
pengalaman samada yang dapat diperhatikan atau tidak dapat diperhatikan. Secara
amnya, dalam keadaan bilik darjah, sekiranya pengajaran dapat mempengaruhi
pelajar sehingga tingkah lakunya mengalami perubahan yang dapat diperhatikan
selepas pengajaran berbanding dengan sebelum pengajaran, maka dapat
disimpulkan bahawa pembelajaran telah berlaku.

Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan,


penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan.
Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan.
Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran
semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, dan kesenian serta ciri dalaman
juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan pada diri
seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan.
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan,


makan, penyakit tidak dianggap sebagai pembelajaran.

Terdapat perbezaan pendapat mengenai pengertian pembelajaran di antara ahli-ahli


psikologi pendidikan mengikut mazhab atau fahaman psikologi masing-masing.
Morris L., Biggie, 1982 beberapa perubahan sistematik dalam tingkah laku atau
penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang
tertentu. Anita E. Woolfok, 1995 proses di mana pengalaman menyebabkan
perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal.

2.4.8 Motivasi, Hubungan dan Kontek Sosial Budaya dan

Hubungan Sosial

Budaya sosial adalah sistem norma sosial dan peraturan, pengetahuan dan nilai-nilai,
dengan bantuan yang ada di masyarakat. Walaupun ia tidak meliputi kehidupan
manusia yang luas, ia menggabungkan kedua nilai spiritual dan moral. Ia juga
ditafsirkan sebagai aktiviti kreatif, yang bertujuan untuk penciptaan mereka. Konsep
semacam itu perlu bagi seseorang untuk menetapkan fungsi utama budaya
masyarakat.

Kebudayaan secara keseluruhan dan sosial adalah konsep yang berbeza dengan
keluasan permohonan mereka. Istilah umum boleh digunakan untuk banyak bidang
aktiviti manusia - falsafah, sejarah, antropologi sosial, bahasa dan lain-lain. Budaya
sosial masyarakat adalah gabungan gabungan kata-kata, yang bermaksud istilah itu
mempunyai sifat sosial, dan tanpa itu ia tidak dapat wujud secara prinsip.
Pendekatan ini, memastikan interaksi individu dalam masyarakat, adalah penting.

Budaya sosial adalah sistem berstruktur yang terdiri daripada pengetahuan rakyat,
nilai-nilai mereka, taraf hidup dan tradisi. Ia adalah dengan bantuan unsur-unsur
sedemikian bahawa seseorang itu hidup, menganjurkan dirinya, memberikan fikiran
yang betul. Peranan konsep ini sangat penting, kerana ia dapat mengawal kehidupan
rakyat sepanjang masa.

Pembelajaran Sosial, Albert Bandura lebih menumpukan pada pembentukan sikap.


Beliau percaya sikap individu terbentuk melalui pemerhatian dari tingkah laku orang
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

lain dan kemudian melakukan kembali tingkah laku yang telah dilihatnya. Pada 1986
Bandura telah menulis Social Foundations of Thought and Action dimana
kandungannya banyak menyentuh tentang teori beliau mengenai” "Teori Kognitif
Sosial". Teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura berasaskan
teori behaviorsme dan teori kognitif. Beliau berpendapat bahawa pembelajaran tidak
semestinya melibatkan pengalaman individu secara langsung. Kebanyakan
pengetahuan dan kemahiran dapat dipelajari melalui pemerhatian terhadap kelakuan
dan kesan yang dikenakan ke atas kelakuan tersebut. Selain itu, pembelajaran sosial
melibatkan proses minda (pembentukan imej, ingatan, analisis dan membuat
keputusan) sebelum suatu kelakuan dipersembahkan.

2.5 Gaya Pembelajaran

Gaya bermaksud stail atau cara. Maka, gaya pembelajaran adalah merujuk
kepada cara pembelajaran. Dalam konteks psikologi pendidikan, gaya
pembelajaran ialah cara seseorang murid memberi tumpuan untuk
memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat, pengetahuan, kemahiran
atau pengalaman yang baharu serta merumus konsep dan prinsip.

Terdapat tujuh jenis gaya pembelajaran murid yang utama iaitu:

1. Visual – murid yang mempunyai kekuatan pada deria penglihatannya.


Pengajaran guru terhadap kumpulan ini perlu memastikan ada komponen
bahasa isyarat, gambar/visual yang menarik, nota berbentuk rajah, peta
minda, carta, bahan edaran dan lain-lain.
2. Auditori – murid yang mempunyai kekuatan pada deria pendengaranya.
Guru boleh menggunakan pendekatan kuliah, perbincangan, dan taklimat.
3. Kinestatik – murid yang cenderung kepada pergerakan, sentuhan, rekaan,
binaan dan praktikal secara hands-on. Guru perlu membawa murid ke
lapangan untuk merasai pengalaman sebenar tentang sesuatu perkara.
4. Aktivis – murid yang suka terlibat secara langsung dalam pengajaran
guru. Contohnya dipanggil oleh guru untuk jadi model, buat eksperimen
dan sebagainya.
5. Reflektor – murid yang sangat teliti pemikirannya dan bersifat futuristik.
Mampu membuat pelbagai tafsiran terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari.
Guru perlu memantau kecenderungan ini kerana bimbang murid seperti ini
tersasar dalam memberikan jawapan yang tepat.
6. Teoris – kumpulan murid yang taasub dengan teori ataupun dalil yang
menjelaskan sesuatu hujah. Golongan ini sentiasa akan menuntut pihak
yang membuat pernyataan/ dakwaan/tuduhan supaya memberikan dalil-
dalil yang kredibel sebagai asas rujukan.
7. Pragmatis – murid yang tinggi daya ingin tahu mereka terhadap sesuatu
perkara. Mereka ingin tahu bagaimana sesuatu perkara itu berfungsi atau
terjadi. Guru boleh mengadakan aktiviti pembelajaran yang bercorak
penyelesaian masalah.
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

2.5.1 Gaya Kognitif


Gaya kognitif dipandang sebagai dimensi bipolar yang mengubah cara khas atau
kebiasaan seseorang untuk menyelesaikan masalah, berfikir, memahami dan
mengingati: dianggap stabil dari masa ke masa, dan berkaitan dengan penyelidikan
teori atau akademik. Gaya kognivit memfokuskan kognisi dan bagaimana maklumat
diproses di otak.

Gaya kognitif dan Gaya Pembelajaran adalah sesuatu yang berbeza. Gaya
pembelajaran atau modaliti menerangkan bagaimana maklumat memasuki otak:
secara visual, aural, atau taktik, Manakala gaya kognitif pula merujuk kepada
bagaimana maklumat diproses sebaik sahaja maklumat sampai ke otak.

2.5.2 Gaya Belajar


Gaya belajar ialah cara seseorang menghadapi sesuatu maklumat, memproses dan
cara menyimpan maklumat baru yang dan sukar. Dunn & Dunn mencadangkan
keutamaan dalam pembelajaran:

1. Unsur persepsi
2. Unsur persekitaran
3. Unsur psikologi
4. Unsur emosi
5. Unsur fisiologi
6. Unsur sosiologi

2.6 Isu Dalam Teori Psikologi dan Motivasi

2.6.1 Isu Dalam Teori Psikologi, Motivasi dan Gaya

Pembelajaran Terhadap Kepelbagaian Pelajar


Konflik Penjelasan Contoh
Suasana
1. Psikologi dalam pendidikan merupakan pembelajaran di
bidang psikologi gunaan atau praktikal. Ia dalam kelas
membina serta menghasilkan teori–teori serta akan
prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada memainkan
memahami tingkah laku, emosi, serta psikologi para
pemikiran pelajar. Psikologi memberikan pelajar. Maka,
banyak panduan kepada pendidik bagi pendidik
Teori Psikologi meningkatkan kecekapan proses mestilah
pembelajaran pada keadaan yang berbeza- mewujudkan
beza seperti memahami perbezaan individu suasana
( para pelajar) dan bagi mewujudkan suasana pembelajaran
pembelajaran yang kondusif di dalam kelas. yang kondusif di
Jika pendidik tidak menguasai aspek psikologi dalam kelas
teruatamanya berkaitan dengan perkembangan dan bagi membantu
pemikiran pelajar, ini akan membawa kesan yang kerberhasilan
tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan dan kejayaan
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

pembelajaran di dalam bilik darjah pmebelajaran

Motivasi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu Contoh


motivation yang bermakna bersemangat. Motivasi peneguhan
adalah sesuatu yang ada (ataupun tiada) dalam diri positif yang
dan minda yang akan menentukan kejayaan ataupun berunsur
kegagalan dalam apa jua perkara yang dilakukan. motivasi ialah :
Motivasi juga boleh difahami sebagai proses yang
terjadi dalam diri yang menciptakan tujuan dan Pujian,
memberikan tenaga bagi tingkahlaku seseorang iaitu sokongan atau
daya penggerak yang ada di dalam diri seseorang pujukan yang
untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu demi diberikan oleh
mencapai suatu tujuan. guru kepada
Motivasi di dalam pembelajaran adalah perlu bagi seseorang
menggerakkkan tingkah laku seseorang untuk pelajar kerana
mencapai kejayaan di dalam diri melalui pelajaran kerjanya yang
dan pendidikan. baik akan
Dalam pembelajaran, kebanyakan tingkahlaku menyebabkan
manusia boleh dibentuk dengan cara menggunakan daya usaha
Motivasi skema-skema peneguhan, sama ada peneguhan pelajar itu
positif atau negatif. Peneguhan ini pula boleh meningkat.
dilakukan secara berterusan atau secara berjadual,
iaitu berkala. Peneguhan positif ialah stimulus atau
peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam
pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif. Manakala,
Peneguhan negatif adalah stimulus atau peristiwa hukuman
yang juga menyebabkan kemajuan dalam suatu ataupun deraan
tingkahlaku tetapi untuk mengelak daripada berlaku adalah suatu
sesuatu yang tidak dikehendaki. bentuk
peneguhan
Di dalam kelas, guru perlu tahu jenis peneguhan negatif yang
yang hendak diberikan dan sekerap mana ia perlu akan memberi
diberikan.Ada peneguhan yang dapat diberikan motivasi buruk
dengan kerap. ataupun baik
mengikut
penerimaan
pelajar itu
sendiri.
Gaya pembelajaran terdiri daripada empat lapis iaitu
model sahsiah, model pemprosesan maklumat, Gaya
model interaksi sosial dan model medium pembelajan
pembelajaran yang disukai. Kaedah pengajaran ialah yang
satu siri tindakan guru yang sistematik untuk berunsurkan
mencapai objektif pengajaran dalam jangka pendek. model sahsiah
Sesuatu kaedah pengajaran yang diaplikasikan oleh menerangkan
guru dalam pengajaran adalah berkaitan dengan bagaimana
Gaya
pendekatan dan teori tertentu. pelajar
Pembelajaran
Menurut Davis(1993), tiada satu pun gaya berinteraksi di
pembelajaran yang mempamerkan caraterbaik bilik kuliah.
daripada yang lain, dan tidak ada juga mana-mana
gaya pembelajaran yang dapatmeningkatkan prestasi Saiz kelas juga
dalam pembelajaran. Beliau seterusnya menekankan akan
kepentinganmemahami gaya pembelajaran untuk; mempengaruhi
menerangkan perbezaan strategi pembelajaran gaya
pelajar,membentuk strategi pengajaran supaya pembelajaran
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

mudah difaham pelajar dan membimbing


pelajarmeneroka strategi pembelajaran yang lebih
berkesan.Kaedah pengajaran ialah satu siri tindakan
guru yang sistematik untuk mencapai objektif
pengajaran dalam jangka pendek. Sesuatu kaedah
pengajaran yang diaplikasikan oleh guru dalam
pengajaran adalah berkaitan dengan pendekatan dan
teori tertentu.menekankan bahawa pengajar
mempunyai peranan yang berbeza, iaitu pengajar
sebagai pengurus perubahan.Pengajar dalam model
ini, perlu mengubah kaedah pengajaran supaya
sesuai dengan setiap pelajar

2.7 Penutup
Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembangan akan membolahkan
kita mengenali pengaruh sesuatu teori terhadap sesuatu rekabentuk penyelidikan
dan cadangan yang disyorkan untuk menangani kanak-kanak. Pembentukan teori-
teori dipengaruhi oleh pandangan yang dipegang oleh pengkaji. Teori-teori yang
dikemukakan akan mempengaruhi tindakan ibu bapa, guru, ahli psikologi dan doktor
perubatan kanak-kanak. Antara beberapa teori utama yang dikemukakan oleh ahli-
ahli psikologi mengenai peringkat perkembangan individu adalah:

- Teori Perkembangan Arnold Gesell


- Teori Perkembangan Robert Haringshurst
- Teori Perkembangan Jean Piaget
- Teori Perkembangan Sigmund Freud
- Teori Perkembangan Erik Erikson

2.8 Glosari
Atribut Sifat (ciri) khusus pada seseorang atau sesuatu.
Hak atau kuasa sendiri atau pemerintahan sendiri tanpa campur tangan orang
Autonomi luar

Berhubungkait telinga atau deria pendengaran.


Aural
Bertujuan memberi penjelasan pendetailan
Deskriptif

Egosentrik (psikologi) bersifat mementingkan keperluan sendiri sahaja (tanpa


PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

mengendahkan keperluan orang lain).

Prestasi aktiviti dalam usaha untuk mencapai hasil, ditentukan oleh kuasa luar.
Ekstrinsik Contoh:pelajar yang cuba belajar kerana dimarahi ibubapa.

Sebahagian daripada sifat atau ciri seseorang atau sesuatu: perubahan ~ yg


berlaku dlm kehidupan peribadi dan sosial pelajar menyebabkan mereka
berfikiran sbg orang Islam dan bukan sbg orang Melayu yg terpengaruh dgn
Intrinsik
budaya; kekreatifan sebahagian besarnya terletak pd aspek ~, iaitu pd sikap,
nilai, dan dorongan

Suatu idea atau konsep yang mengenai sesuatu yang tidak konkrit. Yang
bermaksud cara berfikir dimana konstrentasi adalah ada konsep atau
Pemikiran penyebaran sesuatu tertentu yang mana idea itu tidak dapat dilihat oleh orang
abstrak lain.

Proses berfikir yang bermula dari hal yang bersifat umum untuk memperoleh
Pemikiran kesimpulan yang bersifat khusus berdasarkan fakta-fakta.
deduktif

Proses intelektual dan logik pemikiran manusia.


Penaakulan

2.9 Bibliografi
1) Halimtussaadiah Salleh, Badrul Hisham Ismail, Ahmed Nasir Abd Muthalif &
Izzah Abu Bakar (2015). Murid & Alam Belajar: Pelangi Professional Sdn.
Bhd.

2) Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd Aziz Abd Shukor,


Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha, Hazalizah Hamzah (2012).
Pembelajaran Perkembangan Pelajar: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

3) Tahir, N. (2016, December 10). silo.tips. Retrieved from TEORI


PERKEMBANGAN NORDIN TAHIR JIP IPG KAMPUS IPOH:
https://silo.tips/download/teori-perkembangan-nordin-tahir-jip-ipg-kampus-
ipoh

4) Nor Junainah Mohd Isa, Mohd Razimi Husin, Nurulhuda Md Hassan, Norliza
Abdul Majid. (2021) Modul Aplikasi Psikologi Pendidikan

5) Psikologi Pendidikan: Perbincangan 2. (n.d.). Retrieved September 18, 2021,


from Media Dalam Pendidikan:
https://mediadalampendidikan.wordpress.com/perbincangan-psikologi-
pendidikan/perbincangan-2/

2.10 Latihan
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Kemukakan 5 soalan objektif & 2 soalan esei berserta skema jawapan.

1. Teori Erikson menekankan....…


a. Kognisi adalah proses dan produk dalaman pemikiran yang membawa kepada
"mengetahui"
b. Kepentingan hubungan sosial dengan individu di persekitaran
c. Menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang
mempengaruhi perubahan tingkahlaku.
d. Menekankan kepada ciri-ciri kemanusian.

2.Berikut ialah peringkat teori perkembangan Piaget, kecuali


a.Sensorimotor
b.Paoperasi
c.Operasi formal
d.Operasi tidak formal

3.Di peringkat apakah,bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk


mempelajari tentang persekitarannya?
a.Peringkat Sensorimotor
b.Peringkat Operasi Konkrit
c.Peringkat Praoperasional
d.Peringkat Operasi Formal

4. Antara pernyataan berikut, strategi kognitif yang manakah paling efektif


untuk membantu menyimpan maklumat ke dalam ingatan jangka masa panjang?
a.Menyalin nota daripada kawan
b.Menghafal semua fakta atau maklumat yang disampaikan oleh guru
c,Memerhati demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru untuk membantu
mengekalkan ingatan terhadap pelajaran mereka
d.Menggunakan graf, carta, rajah dan peti minda untuk menyusun maklumat
dengan teratur agar mudah difahami dan diingati

5.Apakah ciri pelajar dengan motivasi ekstrinsik?


a.Melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lain
b.Tidak terpengaruh dengan ganjaran dan denda
c.Bertekad untuk melakukan sesuatu kerana keinginan sendiri
d. Motivasi meningkat apabila diberi peluang untuk membuat pilihan

6.Berikut adalah cara yang sesuai untuk menarik minat pelajar berpencapaian
rendah yang terasing, kecuali
a.Membangunkan hubungan positif antara guru dan pelajar
b.Menjadikan sekolah lebih menarik
c.Mengajar strategi untuk menjadikan proses pembelajaran menyeronokkan
d.Menggalakkan pelajar belajar kendiri

SOALAN SUBJEKTIF
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1.Terangkan empat peringkat Teori Perkembangan Piaget.

Jawapan:

Teori perkembangan Piaget menunjukkan bahawa kanak-kanak bergerak melalui


empat peringkat perkembangan. Perkembangan kognitif melibatkan perubahan
dalam proses kognitif dan kebolehan. Ia juga melibatkan proses berdasarkan
tindakan dan kemudian berkembang kepada perubahan operasi mental.

Pada peringkat pertama, ia dinamakan tahap sensorimotor dan melibatkan bayi dari
lahir sehingga berusia dua tahun. Semasa peringkat awal perkembangan, kanak-
kanak memperoleh pengetahuan melalui deria dan memanipulasi objek.
Pengalaman keseluruhan kanak-kanak berlaku melalui refleks asas, deria dan
tanggapan motor.

Peringkat kedua dinamakan preoperasional. Ia melibatkan kanak-kanak dari usia dua


hingga tujuh tahun. Di peringkat ini, kanak-kanak mula berfikir secara simbolik dan
belajar menggunakan perkataan dan gambar untuk mewakili objek. Mereka juga
cenderung egosentris dan berjuang untuk melihat perkara dari perspektif orang lain.

Peringkat ketiga adalah operasi konkrit. Kanak-kanak berumur tujug hingga sebelas
tahun mula berfikir secara logic mengenai peristiwa konkrit. Mereka juga boleh
melakukan operasi tetapi menyelesaikan masalah dengan pengalaman konkrit.
Mereka di peringkat ini tidak berupaya memanipulasi minda kecuali di alami sendiri.

Peringkat terakhir dinamakan operasi formal yang melibatkan remaja yang berusia
sebelas tahun dan keatas. Pada peringkat ini, mereka boleh melakukan pemikiran
abstrak, memanipulasi dalam minda, menghasilkan hipotesis dan menyelesaikan
masalah secara sistematik.

2. Bincangkan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik


pelajar di sekolah.

Jawapan:

Banyak faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar di sekoah


antaranya taraf sosioekonomi. Keluarga yang mampu menyediakan segala
kemudahan yang mendorongkan pencapaian seseorang. Bahan-bahan
pembelajaran seperti buku-buku cerita yang boleh memperbaiki penguasaan Bahasa
dapat disediakan dan lebih penting lagi, seorang tutor disediakan untuk membimbing
pelajar berkenaan dari segi kerja pengukuhan atau pemulihan.

Faktor yang kedua ialah sosialisasi. Perhubungan yang baik antara ibu bapa dengan
anak-anak dapat menjamin kestabilan emosi pelajar yang dapat membantu mereka
member tumpuan penuh terhadap pengajaran guru. Taraf pendidikan ibu bapa yang
tinggi menyebabkan mereka lebih memahami keperluan anak-anak mereka.
Pencapaian ahli-ahli lain dalam keluarga juga akan mendorong pelajar untuk
memperoleh prestasi akademik yang cemerlang.

Selain itu, kumpulan rakan sebaya juga memperngaruhi pencapaian akademik


mereka di sekolah. Sikap rakan sebaya yang positif seperti rajin dan tekun belajar
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

serta menyiapkan tugasan kerja sekolah akan memberi pengaruh yang besar
kepada pelajar tersebut. Dengan kata lain, sikap, harapan serta nilai rakan sebaya
secara langsung mempengaruhi pencapaian persekolahan seseorang pelajar.

Akhir sekali, pentadbiran yang licin, kemas dan sistematik akan menjamin kelicinan
proses pengajaran-pembelajaran. Keberkesanan pengajaran-pembelajaran tetap
akan membantu pencapaian pelajar. Kemudahan-kemudahan yang lengkap seperti
buku-buku, perpustakaan, alat bantu mengajar dan bilik televisyen pendidikan akan
mendorong pencapaian sekolah yang baik.

3. Anda ditugaskan untuk mengajar di kelas yang pelajarnya suka ponteng


sekolah meskipun telah diambil berbagai tindakan ke atas mereka. Mereka di
katakana dari keluarga yang miskin dan tidak bermotivasi untuk ke sekolah
dan lebih cenderung untuk bekerja membantu menambahkan pendapatan
keluarga.Dengan memilih mana-mana satu teori motivasi yang telah anda
pelajari, jelaskan bagaimana anda boleh membantu jenis pelajar yang
mempunyai masalah berkenaan?

Jawapan:

Berdasarkan permasalahan pelajar, didapati pelajar tersebut kerap ponteng sekolah


dan lebih cenderung untuk bekerja. Pelajar dalam kelas tersebut tidak dapat melihat
kepentingan menuntut ilmu. Mereka lebih mengutamakan keuntungan segera
berbanding keuntungan jangka masa panjang. Oleh itu, teori ekspektansi x nilai
boleh diaplikasikan bagi membantu jenis pelajar yang mempunyai masalah ini.

Menurut teori ekspektansi nilai motivasi adalah gabungan antara dua nilai penting
iaitu “nilai’’ dan “ekspektansi”. Jika salah satu nilai tidak ada, maka kemungkinan
besar motivasi untuk berusaha mencapai matlamat itu akan menjadi lemah dan tidak
signifikan lagi.

Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus meransang pelajar sedemikian untuk
menghargai nilai pendidikan sebagai satu cara meningkatkan taraf hidup mereka di
kemudian hari.

Pelajar juga harus dibimbing agar dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan
seterusnya memperoleh kejayaan. Apabila seseorang pelajar merasai kemanisan
sebuah kejayaan mereka akan mempunyai pengharapan yang tinggi terhadap
pembelajaran. Secara tidak langsung mereka akan lebih bermotivasi untuk belajar
dan lebih gembira untuk hadir ke sekolah.

Anda mungkin juga menyukai