Anda di halaman 1dari 4

Soalan:Sila jelaskan konsep self (kendiri), self efficacy, self-easteem.

Penjelasan hendaklah
disertakan dengan ccontoh. Kenapa ketiga-tiga konsep ini mempunyai hubungan yang
rapat dengan pembentukan motivasi positif
Konsep Kendiri
Konsep kendiri merupakan gambaran diri kita terhadap diri kita sendiri secara fizikal
contohnya,rupa paras,warna kulit ,ketinggian dan lain-lain dari luaran dan sudut psikologi seperti
kekuatan,kelemahan,kebolehan dan lain-lain yang lebih bersifat dalaman.
Konsep kendiri ini terbina hasil dari persepsi diri sendiri dan pandangan dari orang
lain.Konsep diri ini telah dibina dari kecil

dan akan sentiasa berubah,berkembang dan

meningkat sepanjang hayat.Konsep kendiri ini cara pe


Menurut Rogers (1951) yang mengemukakan Terapi Pusatan-Klien, beliau berpendapat
.bahawa konsep kendiri adalah terdiri daripada gabungan di antara penilaian sendiri, penilaian
orang lain dan penilaiannya mengenai persepsi orang lain terhadap dirinya .Misalnya, jika
seseorang individu mempunyai konsep kendiri yang dirinya adalah seorang yang baik dan bila
berada di dalam sesuatu persekitaran, dia

dilayan dan diberi perhatian sebagaimana yang

sepatutnya diberikan kepada orang baik.

Persepsi dari orang


lain

Persepsi diri sendiri

Konsep kendiri

Melalui konsep ini jika seseorang individu itu percaya bahawa dia seorang yang tinggi
dan berkulit cerah.Ahli keluarganya pula sering menyatakan perkara yang sama ,maka dia akan
berpandangan bahawa dirinya seorang yang kacak dan sering cuba mendapat perhatian ramai
pihak.

Konsep kendiri positif dan menigkatkan motivasi.

Melalui konsep ini pembentukan konsep kendiri positif atau konsep kendiri negative
boleh dibentuk. H.W.Marsh dan R.J.Shavelson (1985) telah mendapati bahawa pelajar-pelajar
mempunyai beberapa konsep kendiri yang berbeza-beza tetapi saling berkaitan. Konsep kendiri
mereka terbentuk oleh konsep-konsep kendiri lain yang lebih spesifik.
Individu yang berjaya sering dilihat yakin dengan keputusan yang dibuat dan berani
mempertahankan pendapatnya .Individu ini juga kelihatan gembira dan menyayangi diri sendiri
dan orang disekelilingnya berasa selesa serta selamat apabila berada disampingnya. Individu ini
mempunyai konsep diri yang positif dan dibina hasil dari penilaian dirinya sendiri dan penerapan
masyarakat disekeliling individu itu.
Persekitaran dan suasana yang baik,menyeronokan dan penuh kasih sayang akan
menghasilkan konsep kendiri yang positif.Individu yang sering di iktiraf dan dipuji akan
membentuk sesuatu yng baik dalam dirinya.Rakan sebaya juga turut memainkan peranan penting
kerana individu sering menghabiskan masa bersama rakan sebaya lebih banyak berbanding
ibubapa.
Konsep kendiri ini jelas dapat membentuk motivasi diri yang mendalam bergantung
kepada bagaimana individu tersebut menilai sesuatu ciri dan memasukannya kedalam dirinya
dan menjadikannya sebagai sifat diri sendiri serta dipengaruhi individu luar.Contohnya jika
seorang pelajar tahun satu yang berbadan besar sering diejek oleh rakannya kerana keadaan
fizikalnya maka dia akan memberi tahu dirinya dan membentuk konsep kendiri bahawa dirinya
banyak kelemahan dan tidak sesuai berada bersama masyarakat.Maka guru memainkan peranan
penting untuk merubah konsep kendiri ini menjadi lebih positif dengan menukar kelemahan
menjadi kekuatan diri. Guru mungkin boleh melantik pelajar tersebut sebagai ketua kelas dan
menyatakan bahawa murid tersebut bersaiz besar maka dia dapat mengawal rakan-rakannya
dengan baik dan dia kelihatan sangat berani berbanding rakannya.Pujian diberikan jika dia
berjaya,contohnya berjaya mengawal kelas semasa guru tiada dikelas.Ini akan membina motivasi
dalam pelajar tersebut malahan mungkin boleh membina sifat kepimpinan dalam diri pelajar
tersebut.
Self Efficacy (Kecekapan Kendiri)
Menurut Bandura, self efficacy atau kecekapan kendiri adalah secara saintifik mengenai
keyakinan seseorang untuk mencapai matlamat.Melibatkan pandangan diri sendiri mengenai

kebolehan diri sendiri mengorganisasi sesuatu atau menyusun tindakan secara tersusun untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan. Contohnya seorang pelajar tahun 6 bermatlamat mendapat
5A dalam UPSR.Maka pelajar ini akan menyusun langkah yang perlu dijalankan untuk dia
mencapai matlamatnya itu.Maka cara ini akan meningkatkan motivasinya sepanjang dia
menjalankan strateginya hingga dia mencapai matlamatnya.
Kecekapan kendiri atau self efficacy ini merupakan keyakinan seseorang terhadap
kemampuannya atau kebolehan yang dimiliki oleh diri seseorng.Kepercayaan ini membolehkan
seseorang bertindak ke arah yang positif dan bertidak dengan lebih tepat.
Motivasi Positif dan Keyakinan Terhadap Kebolehan Diri.
Dengan menggunakan

konsep ini guru boleh membantu pelajar mengenal pasti

kecenderungan dan kebolehan pelajarnya dan membantu pelajar tersebut memahami dan
mencipta impiannya.Sebagai contoh,seorang pelajar yang banyak bercakap atau selalu membuat
bising di dalam kelas mungkin cenderung kepada minat untuk bercerita.Maka guru boleh
memilih pelajar tersebut untuk pertandingan bercerita dan menunjukan beberapa teknik yang
betul untuk meyampaikan cerita seperti intonasi dan gaya bahasa yang betul.Pelajar tersebut
mungkin mempunyai konsep effekansi tersendiri yang dia mampu menjadi pencerita yang baik,
dia akan menggunakan kebolehan dirinya dan kemahiran yang diperolehi dari guru serta
menyusun langkah yang betul dan akhirnya menyampaikan cerita dengan cara tersendiri dan
mungkin yang terbaik.Ini adalah contoh pembentukan motivasi positif apabila pelajar yakin
dengan kebolehnya sendiri ini menunjukan self efficacy dapat mempengaruhi pembentukan
motivasi pelajar tersebut.

Self-Easteem (Penghargaan kendiri)

Estim kendiri merupakan persepsi diri mengenai nilai dirinya sendiri dan juga pandangan
orang lain terhadapat nilai diri sendiri.Estim kendiri ini amat penting dalam membentuk
keyakinan diri sendiri.Estim diri yang positif akan menjadikan kanak-kanak menjadi dewasa
yang berjaya dan gembira.

Pensyarah Psikologi dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti


Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, berkata kanak-kanak
melalui tiga peringkat kehidupan iaitu zaman awal kanak-kanak (0 hingga empat tahun), zaman
tengah kanak-kanak (empat hingga lapan tahun) dan zaman akhir kanak-kanak (lapan hingga 11
tahun).Apabila kanak-kanak semakin membesar, rasa estim kendiri itu membuatkan mereka
berasa perlu untuk mendapat gred yang baik dalam peperiksaan atau menyertai pasukan bola
sepak sekolah atau apa saja perkara yang membuatkan mereka bangga, katanya.
Kanak-kanak yang mempuyai estim kendiri yang positif akan cenderung kelihatan mudah
bergaul,bertanggung jawab dan gembira menjalani aktiviti di sekolah.Manakala kanak-kanak
yang mempunyai nilai estim diri yang negatif akan cenderung berfikiran negatif dan rasa kurang
disayangi.Maka guru perlu memerhatikan kelakuan pelajar untuk mengetahui estim kendiri
pelajar tersebut.
Melalui estim kendiri,guru boleh membentuk nilai motivasi positif dengan menyakinkan
pelajar mengenai nilai positif yang mereka miliki.Contohnya apabila seorang pelajar gagal dalam
pertandingan melukis,pelajar itu mungkin akan berkata saya tidak pandai melukis,cikgu ini
bermakna pelajar tersebut telah menilai dirinya sebagai tidak pandai melukis jadi untuk membina
motivasi positif guru perlu menyakinkan pelajar tersebut berbakat tapi kurang bernasib baik pada
kali ini dan akan cuba dengan baik pada pertandingan lain.Maka pelajar tersebut akan menilkai
semula nilai dirinya dan mencuba semula.Jika pelajar tersebut berjaya dalam pertandingan
pelukis lain maka pelajar tersebut akan bermotivasi dengan kebolehan diri sendiri.

Ahmad Salafi, (2009). Estim kendiri pengaruhi peribadi kanak-kanak. WordPress.com weblog
2. Jamaludin Ramli,Pengertian Konsep Kendiri.
1.

Anda mungkin juga menyukai