Anda di halaman 1dari 10

nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe

rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
DIPLOMA PENDIDIKAN
SEM 2 2023/2024

asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
KPR 4063
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb
nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe
[PANDUAN KERJA KURSUS]

rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb
nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe
rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
asdfghjklzxcvbqwertyuiopasdfghjklzx
cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopa
sdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjkl
PROGRAM DPLI, JAIS, DAN YIK, JAIPk

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN


(KPR 4063)

1.0 PENGENALAN

Kursus ini meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan latar belakang sejarah dan
pemikiran kajian tindakan, definisi, rasional dan kepentingan kajian tindakan.
Kemahiran khusus berkait dengan pelaksanaan kajian tindakan seperti membuat
refleksi, merancang tindakan, mengenal pasti teknik pengumpulan dan analisis data,
menginterpretasi data serta melapor dan mendokumentasi hasil kajian juga akan
diberi perhatian.

2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

CLO1 menganalisis secara kritis konsep kajian tindakan dalam konteks


penyelidikan pendidikan (C4, PLO7)
CLO2 membuat refleksi isu/masalah dalam pengajaran dan pembelajaran (A3,
PLO3)
CLO3 menganalisis isu/masalah dalam bidang pengkhususan masing-masing
(BKMM1, PLO6)
CLO4 menilai secara kritis hasil kajian tindakan yang dijalankan (C5, PLO8)

3.0 PENILAIAN KURSUS

3.1. Pemberatan
Kategori Pemberatan
Tugasan 60%
Peperiksaan 40%
( Projek Khas)
JUMLAH 100%
3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus

KAEDAH
BAHAGIAN PENERANGAN PENYAMPAIAN PERATUSAN

Penyediaan dan
Tugasan 1 pembentangan proposal 20
(kumpulan ) kajian tindakan yang Kuliah semuka
mengandungi:

1. Pernyataan Masalah
(Refleksi terhadap
amalan PdP)
2. Objektif Kajian dan
Soalan Kajian
3. Tinjauan Literatur
4. Rekabentuk dan model
kajian
5. Sampel kajian
6. Instrumen kajian
7. Prosedur Kajian
(Perancangan Tindakan)
8. Tatacara Analisis Data
9. Rujukan
10. Lampiran

Tugasan 2 Laporan kajian Tindakan Kuliah semuka 20


(Kumpulan) Dalam bentuk artikel

Tugasan 3 Penglibatan E - Forum e-Pembelajaran


(Individu) 20

Penilaian Peperiksaan Akhir 40


akhir

JUMLAH 100
4.0 KERJA KURSUS

Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat
kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus
anda.

Tugasan
Kategori/ bentuk Arahan Markah
tugasan

PENYEDIAAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Arahan:

1. Pilih satu isu/masalah yang hendak dikaji.

2. Isu /masalah adalah berdasarkan refleksi dari


pengajaran anda di sekolah
3. Isu/masalah tersebut MESTI relevan dengan
matlamat perkembangan profesional anda
sebagai seorang guru.

Tugasan 1 : 4. Sediakan proposal kajian tindakan yang


Kumpulan mengandungi:
1. Pernyataan Masalah (Refleksi terhadap amalan
PdP) (20%)
PROPOSAL 2. Objektif Kajian dan Soalan Kajian
KAJIAN 3. Tinjauan Literatur
TINDAKAN 4. Rekabentuk dan model kajian
5. Sampel kajian/kumpulan sasarn
6. Instrumen kajian
7. Prosedur Kajian (Perancangan Tindakan)
8. Tatacara Analisis Data
9. Rujukan
10. Lampiran

5. Anda boleh rujuk buku Kajian Tindakan


Penyelidikan Asas di Sekolah (Norazilawati,
Noraini & Siti Rahaimah, 2022) untuk
panduan menyediakan proposal kajian.

6. Format penulisan mengikut APA (Edisi


Tugasan
Kategori/ bentuk Arahan Markah
tugasan
terkini) dengan sekurang-kurangnya 5
rujukan daripada artikel jurnal,
tesis/disertasi, bab dalam buku, buku dan
lain-lain bahan yang relevan dan berkaitan
yang boleh memberi input yang berguna
kepada kajian yang hendak dijalankan.

7. Semua rujukan yang dibuat perlu terkini


(dalam lingkungan 10 tahun kebelakangan)
kecuali teori/kerja/proses yang masih
mempengaruhi pemikiran sekarang

8. Proposal kajian tindakan yang mestilah tidak


kurang 20 muka surat (termasuk muka
hadapan, halaman judul dan rujukan),

9. Line spacing 1 ½ langkau dan menggunakan


fon saiz 12 Times New Roman.

10. Format dan panduan penulisan keseluruhan


laporan kajian tindakan secara terperinci
akan dibincangkan dalam kuliah. Panduan
ringkas dihuraikan di bawah.

Panduan penulisan laporan kajian tindakan


adalah saperti berikut:

Pernyataan Masalah/Penulisan refleksi

Anda boleh mula dengan menanya soalan


“Apakah isu/perkara/masalah yang perlu saya
prihatin/ambil tahu dalam pengajaran saya?”

Berdasarkan refleksi yang saya lakukan setiap


kali selepas pengajaran apakah
Isu/perkara/masalah yang saya kenal pasti
berlaku hampir setiap kali pengajaran dan
pembelajaran

Pilih isu/perkara/masalah yang anda boleh buat


sesuatu mengenainya, misalan yang berkaitan
dengan kualiti pembelajaran murid anda,
penambahbaikkan dalam sesuatu
program/pendekatan /kaedah pengajaran dan
sebagainya.

Perkataan “perhatin” merujuk kepada nilai-nilai


Tugasan
Kategori/ bentuk Arahan Markah
tugasan
peribadi dan anda perlu memilih aspek-aspek
pengajaran anda yang penting dan berkaitan
dengan pembelajaran murid anda.

Projek kajian tindakan anda MESTI ada


kepentingan kepada pengajaran dan
pembelajaran dalam konteks persekolahan.

Berikut adalah contoh perkara yang perlu ada :


• Permasalahan kajian/Refleksi
o Kenapa anda menjalankan kajian
ini? (nyatakan isu/masalah yang
dikaji)

• Objektif kajian
o Apakah objektif kajian yang ingin
dicapai
• Persoalan kajian
o Apakah soalan-soalan kajian yang
diajukan

Tinjauan Literatur

Menulis tinjauan kajian lepas secara terperinci


berkaitan skop utama isu kajian.

Anda perlu membuat rujukan sekurang-


kurangnya 5 bentuk bahan rujukan

Bahan rujukan seperti buku, artikel jurnal,


laporan, dan bahan-bahan lain yang relevan dan
berkaitan dengan permasalahan kajian anda.

Setiap tinjauan yang dibuat perlu dikupas dan


dibincang secara kritis bagaimana ia berhubung
kait dengan permasalahan yang hendak dikaji.
Rujukan mesti berkaitan dan terkini (dalam
lingkungan 10 tahun kebelakang) dipetik dan
ditulis dalam format yang betul mengikut sistem
APA (American Psychological Association)
terkini.

Metodologi

Anda perlu menghuraikan cara/proses anda


akan menjalankan kajian.

Dengan berpandukan kepada model-model


terpilih yang akan dikupas dalam modul kuliah.
Tugasan
Kategori/ bentuk Arahan Markah
tugasan

Bincang strategi/cara/kaedah bagaimana anda


akan mengumpul data untuk menjawab
isu/masalah/persoalan kajian yang anda telah
kemukakan.

Rancang dengan teliti


(i) tindakan penambahbaikkan yang akan
diambil,
(ii) bila dan bagaimana anda akan
mengumpul data dan bagaimana
menganalisa data tersebut.

Anda juga perlu peka dan patuhi etika dan


integriti dalam menjalankan kajian yang
melibatkan individu.

• Siapa yang terlibat dalam kajian ini?


• Pelan tindakan penambahbaikkan yang
akan dibuat
• Perancangan pengumpulan data (tarikh
mula kajian, kumpul data, analisa data,
tempoh masa kajian dan lain-lain yang
difikirkan penting.

Penulisan ringkasan proposal kajian tindakan anda


PERLU dimuat naikkan di tapak tugasan dalam
portal MyGURU pada tarikh yang akan ditetapkan
oleh pensyarah anda. Kegagalan untuk berbuat
demikian akan mengakibatkan anda kehilangan
markah untuk tugasan tersebut

Tugasan 2
Tuliskan laporan lengkap kajian tindakan dalam
20%
bentuk artikel. Rujuk lampiran A
(Kumpulan)

Forum

Arahan:
Tugasan 3
Forum 1: Sila baca bab 1 buku Kajian Tindakan
Penyelidikan Asas di Sekolah (Norazilawati, Noraini 20%
E- FORUM
& Siti Rahaimah, 2022). Berdasarkan pembacaan
(individu)
anda:

1. Bina satu info grafik bebas mengikut kreativiti


masing-masing (satu muka sahaja) tentang apa
yang anda faham dalam bab tersebut.
Tugasan
Kategori/ bentuk Arahan Markah
tugasan

2. Bina 3 soalan objektif (aras rendah, sederhana


dan tinggi). Soalan yang dibina mengunakan fon
saiz 12 Times New Roman.

Forum 2: Sila baca bab 2 buku Kajian Tindakan


Penyelidikan Asas di Sekolah (Norazilawati, Noraini
& Siti Rahaimah, 2022). Berdasarkan pembacaan
anda:

1. Bina satu info grafik bebas mengikut kreativiti


masing-masing (satu muka sahaja) tentang apa
yang anda faham dalam bab tersebut.

2. Bina 3 soalan objektif (aras rendah, sederhana


dan tinggi). Soalan yang dibina mengunakan fon
saiz 12 Times New Roman.

Forum 3: Sila baca bab 3 buku Kajian Tindakan


Penyelidikan Asas di Sekolah (Norazilawati, Noraini
& Siti Rahaimah, 2022). Berdasarkan pembacaan
anda:

1. Bina satu info grafik bebas mengikut kreativiti


masing-masing (satu muka sahaja) tentang apa
yang anda faham dalam bab tersebut.

2. Bina 3 soalan objektif (aras rendah, sederhana


dan tinggi). Soalan yang dibina mengunakan fon
saiz 12 Times New Roman.

Forum 4: Sila baca bab 6 buku Kajian Tindakan


Penyelidikan Asas di Sekolah (Norazilawati, Noraini
& Siti Rahaimah, 2022). Berdasarkan pembacaan
anda:

1. Bina satu info grafik bebas mengikut kreativiti


masing-masing (satu muka sahaja) tentang apa
yang anda faham dalam bab tersebut.

2. Bina 3 soalan objektif (aras rendah, sederhana


dan tinggi). Soalan yang dibina mengunakan fon
saiz 12 Times New Roman.
Tugasan
Kategori/ bentuk Arahan Markah
tugasan

Forum 5: Sila baca bab 7 buku Kajian Tindakan


Penyelidikan Asas di Sekolah (Norazilawati, Noraini
& Siti Rahaimah, 2022). Berdasarkan pembacaan
anda:

1. Bina satu info grafik bebas mengikut kreativiti


masing-masing (satu muka sahaja) tentang apa
yang anda faham dalam bab tersebut.

2. Bina 3 soalan objektif (aras rendah, sederhana


dan tinggi). Soalan yang dibina mengunakan fon
saiz 12 Times New Roman.

LAMPIRAN 1

PEMARKAHAN
1 TUGASAN 1

RIS

SEMESTER 2 SESI 2022/2023


KPR 4063
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

TAJUK TUGASAN

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON

NAMA PENSYARAH:____________________________________

Anda mungkin juga menyukai