Anda di halaman 1dari 10

nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe

DIPLOMA PENDIDIKAN

rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
SEM 2 2023/2024

asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
KPR 4063
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb
nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe
[PANDUAN KERJA KURSUS]

rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb
nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe
rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
asdfghjklzxcvbqwertyuiopasdfghjklzx
cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq
wertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopa
sdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjkl
PROGRAM DPLI, JAIS, DAN YIK, JAIPk

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN


(KPR 4063)

1.0 PENGENALAN

Kursus ini meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan latar belakang sejarah dan
pemikiran kajian tindakan, definisi, rasional dan kepentingan kajian tindakan.
Kemahiran khusus berkait dengan pelaksanaan kajian tindakan seperti membuat
refleksi, merancang tindakan, mengenal pasti teknik pengumpulan dan analisis data,
menginterpretasi data serta melapor dan mendokumentasi hasil kajian juga akan
diberi perhatian.

2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

CLO1 menganalisis secara kritis konsep kajian tindakan dalam konteks


penyelidikan pendidikan (C4, PLO7)
CLO2 membuat refleksi isu/masalah dalam pengajaran dan pembelajaran (A3,
PLO3)
CLO3 menganalisis isu/masalah dalam bidang pengkhususan masing-masing
(BKMM1, PLO6)
CLO4 menilai secara kritis hasil kajian tindakan yang dijalankan (C5, PLO8)

3.0 PENILAIAN KURSUS

3.1. Pemberatan
Kategori Pemberatan
Tugasan 60%
Peperiksaan 40%
( Projek Khas)
JUMLAH 100%
3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus

KAEDAH
BAHAGIAN PENERANGAN PENYAMPAIAN PERATUSA
N

Penyediaan proposal
Tugasan 1 kajian tindakan: 20
(kumpulan ) Kuliah semuka
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Tinjauan Literatur
Bab 3: Metodologi

Pembentangan Proposal
Kajian Tindakan

Tugasan 3 Laporan kajian Tindakan Kuliah semuka 20


(Kumpulan) Dalam bentuk artikel

Tugasan 3 Penglibatan E - Forum e-Pembelajaran


(Individu) 20

Penilaian Peperiksaan Akhir 40


akhir

JUMLAH 100

4.0 KERJA KURSUS


Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat
kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus
anda.

Tugasan
Kategori/ bentuk Arahan Markah
tugasan
Tugasan 1 : (20%)
Kumpulan PENYEDIAAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Arahan:
PROPOSAL
KAJIAN 1. Pilih satu isu/masalah yang hendak dikaji.
TINDAKAN
2. Isu /masalah adalah berdasarkan refleksi dari
pengajaran anda di sekolah
3. Isu/masalah tersebut MESTI relevan dengan
matlamat perkembangan profesional anda
sebagai seorang guru.

4. Sediakan proposal kajian tindakan (Bab 1 –


3)
a. Bab 1 : pengenalan
b. Bab 2 : Tinjauan literature
c. Bab 3 : Metodologi Kajian
d. Rujukan
e. Lampiran yang berkaitan

5. Anda boleh rujuk modul yang dibekalkan


untuk menyediakan proposal kajian.

6. Format penulisan mengikut APA (Edisi


terkini) dengan sekurang-kurangnya 5
rujukan daripada artikel jurnal,
tesis/disertasi, bab dalam buku, buku dan
lain-lain bahan yang relevan dan berkaitan
yang boleh memberi input yang berguna
kepada kajian yang hendak dijalankan.

7. Semua rujukan yang dibuat perlu terkini


(dalam lingkungan 10 tahun kebelakangan)
kecuali teori/kerja/proses yang masih
mempengaruhi pemikiran sekarang

8. Proposal kajian tindakan yang merangkumi


Bab 1-3 mesti tidak kurang 20 muka surat
(termasuk muka hadapan, halaman judul dan
rujukan),

9. Line spacing 1 ½ langkau dan menggunakan


fon saiz 12 Times New Roman.

10. Format dan panduan penulisan keseluruhan


laporan kajian tindakan secara terperinci
akan dibincangkan dalam kuliah. Panduan
ringkas dihuraikan di bawah.

Panduan penulisan laporan kajian tindakan


adalah saperti berikut:

Bab 1 – Pengenalan

Anda boleh mula dengan menanya soalan


“Apakah isu/perkara/masalah yang perlu saya
prihatin/ambil tahu dalam pengajaran saya?”

Berdasarkan refleksi yang saya lakukan setiap


kali selepas pengajaran apakah
Isu/perkara/masalah yang saya kenal pasti
berlaku hampir setiap kali pengajaran dan
pembelajaran

Pilih isu/perkara/masalah yang anda boleh buat


sesuatu mengenainya, misalan yang berkaitan
dengan kualiti pembelajaran murid anda,
penambahbaikkan dalam sesuatu
program/pendekatan /kaedah pengajaran dan
sebagainya.

Perkataan “perhatin” merujuk kepada nilai-nilai


peribadi dan anda perlu memilih aspek-aspek
pengajaran anda yang penting dan berkaitan
dengan pembelajaran murid anda.

Projek kajian tindakan anda MESTI ada


kepentingan kepada pengajaran dan
pembelajaran dalam konteks persekolahan.

Berikut adalah contoh perkara yang perlu ada


dalam Bab 1

 Pengenalan
 Latar belakang kajian
o Di mana kajian ini akan
dilaksanakan? (perihal lokasi
kajian)
 Permasalahan kajian
o Kenapa anda menjalankan kajian
ini? (nyatakan isu/masalah yang
dikaji)
 Objektif kajian
o Apakah objektif kajian yang ingin
dicapai
 Persoalan kajian
o Apakah soalan-soalan kajian yang
diajukan
 Definisi operasional
o Apakah maksud istilah yang
digunakan mengikut konteks kajian
anda

Bab 2 – Tinjauan Literatur

Menulis tinjauan kajian lepas secara terperinci


berkaitan skop utama isu kajian.

Anda perlu membuat rujukan sekurang-


kurangnya 5 bentuk bahan rujukan

Bahan rujukan seperti buku, artikel jurnal,


laporan, dan bahan-bahan lain yang relevan
dan berkaitan dengan permasalahan kajian
anda.

Setiap tinjauan yang dibuat perlu dikupas dan


dibincang secara kritis bagaimana ia berhubung
kait dengan permasalahan yang hendak dikaji.
Rujukan mesti berkaitan dan terkini (dalam
lingkungan 10 tahun kebelakang) dipetik dan
ditulis dalam format yang betul mengikut sistem
APA (American Psychological Association)
terkini.

Bab 3 – Metodologi

Anda perlu menghuraikan cara/proses anda


akan menjalankan kajian.

Dengan berpandukan kepada model-model


terpilih yang akan dikupas dalam modul kuliah.

Bincang strategi/cara/kaedah bagaimana anda


akan mengumpul data untuk menjawab
isu/masalah/persoalan kajian yang anda telah
kemukakan.

Rancang dengan teliti


(i) tindakan penambahbaikkan yang akan
diambil,
(ii) bila dan bagaimana anda akan
mengumpul data dan bagaimana
menganalisa data tersebut.

Anda juga perlu peka dan patuhi etika dan


integriti dalam menjalankan kajian yang
melibatkan individu.

 Siapa yang terlibat dalam kajian ini?


 Pelan tindakan penambahbaikkan yang
akan dibuat
 Perancangan pengumpulan data (tarikh
mula kajian, kumpul data, analisa data,
tempoh masa kajian dan lain-lain yang
difikirkan penting.

Penulisan ringkasan proposal kajian tindakan anda


PERLU dimuat naikkan di tapak tugasan dalam
portal MyGURU pada tarikh yang akan ditetapkan
oleh pensyarah anda. Kegagalan untuk berbuat
demikian akan mengakibatkan anda kehilangan
markah untuk tugasan tersebut

Tugasan 2
Tuliskan laporan lengkap kajian tindakan dalam
20%
bentuk artikel. Rujuk lampiran A dan lampiran B
(Kumpulan)
Tugasan 3 20%
Penglibatan E- Forum
E- FORUM
(individu)
Arahan:

1) Tapak forum kumpulan akan diwujudkan oleh


pensyarah masing-masing.

2) Lima (5) topik perbincangan yang berkaitan


dengan kursus ini akan dimuat naikkan.

3) Anda dikehendaki memberi respon kepada


topik yang dibincangkan dan memberi 2
respon atau berinteraksi dengan pelajar lain
dalam kumpulan anda.
4) Respon jawapan individu bagi setiap
kenyataan ialah tidak kurang 80 patah
perkataan.
5) Respon jawapan rakan lain bagi setiap
kenyataan ialah tidak kurang 40 patah
perkataan

Soalan forum:
1. Pilih dua model kajian tindakan. Carikan dua
persamaan dan dua perbezaan antara kedua-dua
model tersebut.

2. Creswell (2008) telah membahagikan kajian


tindakan kepada dua jenis iaitu Kajian tindakan
amalan dan Kajian tindakan penyertaan. Banding
bezakan kedua-dua jenis kajian tindakan ini.

3. Berikan pendapat mengapa guru perlu melakukan


refleksi setelah kajian selesai dijalankan. Berikan
contoh yang sesuai dengan penjelasan anda.

4. Proses refleksi ini adalah proses mengimbas


kembali apa yang dilakukan oleh guru terhadap
tugas seharian mereka. Berdasarkan pengalaman
anda, cari 3 isu atau masalah yang wujud di bilik
darjah dan secara kritis, tuliskan 3 contoh penulisan
refleksi.

5. Dalam membentangkan analisis dapatan kajian,


anda perlu memperjelaskan huraian data dan
perbincangan berdasarkan persoalan kajian.
Jelaskan mengapa perlu berbuat demikian?
LAMPIRAN 1

PEMARKAHAN
1 TUGASAN
1

RIS

SEMESTER 2 SESI 2022/2023

KPR 4063
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

TAJUK TUGASAN

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NAMA PENSYARAH:____________________________________

Anda mungkin juga menyukai