Anda di halaman 1dari 24

Top i k X Penyediaan

2 Cadangan
Kajian
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan kepentingan cadangan kajian sebagai penunjuk arah
kepada kajian yang dicadangkan; dan
2. Menyediakan satu cadangan kajian, menyatakan permasalahan kajian,
hipotesis, teori, soalan kajian, tinjauan literatur, metodologi dan batasan
kajian.

X PENGENALAN
Langkah pertama dalam menulis sesebuah kajian ilmiah ialah menyediakan draf
cadangan kajian, iaitu ringkasan atau sebuah dokumen yang ditulis secara
sistematik, yang melakarkan kajian yang akan anda lakukan. Sebuah cadangan
kajian yang lengkap, pada amnya, mengandungi masalah kajian, persoalan
kajian, tinjauan literatur, metodologi kajian dan senarai rujukan.

2.1 KENAPA ANDA MENULIS CADANGAN


KAJIAN?
Cadangan kajian ialah rancangan kajian yang meliputi kerangka konsep kajian,
tujuan dan objektif kajian, soalan dan hipotesis kajian, kepentingan dan batasan
kajian, tinjauan literatur dan kajian lepas serta alat kajian dan kaedah
penganalisisan data. Pengkaji akan menjalankan kajian berpandukan cadangan
24 X TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

kajian ini, yang akhirnya akan menghasilkan kertas kajian, disertasi, tesis atau
kertas projek. Dengan menyediakan cadangan kajian pengkaji boleh:

(a) Mengenalpasti permasalahan yang dikaji dan menyatakan satu set soalan
kajian untuk dijawab dalam kajian;

(b) Membuat tinjauan literatur berkaitan dengan permasalahan kajiaan (ini


menunjukkan status pengetahuan ilmiah dalam bidang itu), serta mengenal
pasti bidang yang belum lagi dikaji atau kurang diberi perhatian oleh
pengkaji;

(c) Menghasilkan hipotesis (jawapan yang diramalkan untuk soalan kajian,


jika berkaitan);

(d) Membina metodologi kajian yang sepadan untuk menguji hipotesis atau
untuk menjawab soalan-soalan kajian;

(e) Membina rekabentuk kajian dan teknik pengumpulan data yang sesuai;
dan

(f) Mengenalpasti prosedur analisis data yang sesuai dan justifikasinya.

2.2 KANDUNGAN CADANGAN KAJIAN


Sebenarnya tidak ada suatu cara tertentu untuk kita menstruktur sesebuah
cadangan kajian. Bagaimanapun, anda dicadang untuk menbahagikan cadangan
kajian anda kepada seksyen atau bab seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Cadangan Kajian

Bab Satu Bab Dua Bab Tiga

menyatakan memaparkan literatur menjelaskan secara


masalah yang ingin berkaitan dan kajian terperinci tentang reka
dikaji, termasuk berkaitan dengan bentuk kajian, termasuk
tujuan, soalan kajian topik yang anda pilih. pemilihan sampel dan
dan kepentingan cara data dikutip dan
kajian. dianalisis.

Rajah 2.1: Cadangan kajian


TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN W 25

2.2.1 Bab 1: Masalah Kajian


Bahagian seterusnya menerangkan kandungan Bab 1.

(a) Pengenalan
Dalam bahagian ini anda akan memperkenalkan masalah kajian dengan
sedikit elaborasi tentang fokus utamanya dan variabel yang terlibat dan
tujuan kajian. Anda juga harus mengetengahkan beberapa kajian yang
signifikan dalam bidang kajian yang anda pilih. Ia sepatutnya ditulis lebih
kurang 200 perkataan seperti ditunjukkan dalam contoh berikut. (Contoh
ini tidak diterjemahkan supaya ia dapat menjadi contoh kepada pelajar-
pelajar yang perlu menulis laporan kajian dalam Bahasa Inggeris).

Topic: Inculcating Noble Values through Cooperative Learning in Science


Introduction
Cooperative learning is learning in small group of 4-5 persons with
emphasis on interdependency among members, and maintaining individual
responsibilities in achieving specific learning objectives. It has been proven
through more than 100 research that it enhances achievement as well as
affective domain (Johnson & Johnson, 1994). The noble values (nilai murni)
in the Malaysian school curriculum cut across curriculum and are required
to be included in the daily lesson plan. This research attempts to see if the 5
noble values: love, rationale, diligent, independent and cooperativeness can
be inculcated through teaching of science using the cooperative learning TGT
structure. Cooperative learning to inculcate values was conducted in 12
secondary schools in Malaysia, using the structures of Jigsaw2 and STAD
(NorAzizah et al, IRPA 1998). This experimental study, however, will focus
on cooperative learning using TGT (Team Games Tournaments), which was
not extensively researched locally in science. It is introducing learning
through group competitive games which would make learning interesting
and encourages students to attain positive values in life.

(b) Latar Belakang Masalah Kajian


Dalam bahagian ini, anda perlu huraikan masalah kajian yang telah anda
kenalpasti dan terangkan kenapa perlunya kajian ini dibuat. Anda juga
harus melakarkan keadaan semasa atau isu isu yang perlu ditangani, dan
terangkan bagaimana kajian anda akan menghasilkan penyelesaian yang
diperlukan atau menjelaskan masalah-masalah yang ada. Di sini juga anda
boleh menjelaskan literatur yang berkaitan dengan kajian anda dan yang
menghasilkan pertemuan signifikan.
26 X TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Berikut adalah contoh latar belakang masalah kajian.

Crimes such as theft, robbery, murder, gang fight, and juvenile delinquency
are common topics in Malaysian daily newspapers currently. One wonders
what makes individuals lose their humanities and conduct criminal acts on
other fellow human beings. How can we help? Parents and teachers are
among the responsible parties in bringing up children to have positive
characters as delineated in the 16 noble values including love for life and the
environment, love, kind-heartedness, rationale, cooperativeness and diligent.
Teaching values is difficult but it is important in moulding future citizens
into human beings who are responsible towards themselves, others and the
nation. Hence this research is undertaken to improve the teaching and
learning of values in an effort to realize the philosophy of the Malaysian
School Curriculum in bringing about a balanced individual affectively,
cognitively, physically and spiritually. The research hopes to answer the
questions: can we inculcate values (love, kind- heartedness, cooperativeness,
rationale and diligent) through cooperative learning in science using TGT
cooperative learning structure? Throughout the 1990s many research in
Malaysian schools had indicated that cooperative learning can bring about
achievements as well as values (NorAzizah & Chong Poh Wan, 2000). This
research would use TGT cooperative structure which has not been widely
used in science lessons in Malaysian secondary school.

LATIHAN 2.1

Jelaskan apa yang anda faham tentang “Latar Belakang Masalah


Kajian”.

(c) Pernyataan Masalah


Pernyataan masalah boleh ditulis sebagai tujuan am kajian atau dalam
bentuk persoalan kajian. Pada amnya kenyataan ini amat spesifik dan
mengandungi variabel kajian. Sekiranya anda menggunakan hipotesis,
sebagaimana lazimnya dalam kajian kuantitatif, ia juga perlu anda
nyatakan. Berikut adalah contoh-contoh pernyataan masalah kajian dalam
bentuk soalan:
TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN W 27

(i) Apakah keperluan professional sesuatu kumpulan guru sains


tertentu?
(ii) Adakah mereka memerlukan kursus pedagogikal, Bahasa Inggeris,
kandungan sains, rekreasi, pengendalian kelas atau mana-mana
kursus lain?
(iii) Adakah kursus-kursus profesional perlu dibezakan untuk guru-guru
berdasarkan kadar gaji bulanan?
(iv) Adakah pelajar-pelajar Tingkatan 2A yang mengikut latihtubi kursus
percakapan bahasa Inggeris harian mempunyai keupayaan lisan lebih
baik daripada pelajar Tingkatan 2B yang mengikut kurikulum biasa?
(v) Adakah pelajar-pelajar yang melawat rumah anak-anak yatim dan
rumah orang-orang tua mendapat markah lebih tinggi bagi indeks
simpati dan belas kasihan berbanding dengan pelajar-pelajar yang
tidak mengikuti program tersebut?

LATIHAN 2.2

Cadangkan satu topik kajian dan tuliskan “Pernyataan Masalah” bagi


topik ini.

(d) Kerangka Konsep


Kerangka konsep adalah kerangka yang menunjukkan hubungan sebab-
kesan antara variabel tak bersandar (independent) dan variabel bersandar
(dependent) yang biasanya digambarkan dalam sebuah rajah. Contohnya,
suatu kajian untuk melihat kesan peralatan makmal ke atas personaliti
guru dan pendapat pelajar tentang pencapaian sains am. Contoh kerangka
konsep ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Kerangka konsep: Faktor-faktor


yang mempengaruhi pencapaian sains

(e) Objektif dan Soalan Kajian


Di dalam cadangan kajian anda perlu menyatakan objektif dan soalan
kajian yang akan anda lakukan dengan jelas. Berikut adalah beberapa
contoh objektif kajian untuk mengkaji pembelajaran koperatif:
28 X TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Objektif-objektif kajian ini ialah:


(i) Untuk memastikan sama ada pembelajaran menggunakan TGT dapat
meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Sains.
(ii) Untuk memastikan sama ada pembelajaran koperatif menggunakan
TGT dapat membina rasa kasih sayang, belas kasihan, kejujuran, sikap
rasional dan kerjasama.

(f) Kepentingan Kajian


Bahagian ini biasanya menceritakan kepentingan hasil kajian anda nanti. Ia
juga sepatutnya dapat mengenal pasti individu, kumpulan atau institusi
yang mungkin akan mendapat manfaat daripada kajian ini. Contohnya,
pembelajaran koperatif mungkin akan berguna kepada guru-guru sains
khasnya, dan amnya guru-guru mata pelajaran lain yang mungkin
mencari-cari cara baru untuk menerap nilai-nilai tertentu. Ia juga mungkin
berguna untuk guru besar yang ingin mengetahui bagaimana pembelajaran
koperatif boleh digunakan di sekolah mereka.

(g) Batasan Kajian


Di sini nyatakan batasan kajian anda, iaitu nyatakan sejauh manakah
penemuan anda boleh diguna pakai dalam konteks lain? Contohnya, jika
kajian pembelajaran koperatif (TGT) anda melibatkan penerapan nilai-nilai
tertentu di 12 buah sekolah kerajaan di negeri Selangor, maka
penemuannya mungkin boleh diamalkan di sekolah-sekolah di negeri
Selangor sahaja, dan tidak di semua sekolah di seluruh negara.

(h) Penerangan Terminologi


Kebanyakan, tetapi tidak semua, cadangan kajian mengandungi bahagian
yang memberi definisi terminologi penting yang digunakan, terutamanya
termonologi teknikal. Contohnya, didalam kajian “The Inculcation of
Values Using Cooperative Learning in Science,” terminologi yang
didefinisikan termasuk: pembelajaran koperatif, TGT, sains, pencapaian
dan nilai-nilai. Terminologi-terminologi ini perlu didefinisikan dalam
konteks kajian ini. Definisi-definisi ini boleh ditulis dalam bentuk
konseptual dan operasional. Definisi operasional adalah definisi tentang
perubahan dalam bentuk yang boleh diukur, terutama sekali dalam kajian
kuantitatif. Contohnya:
TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN W 29

Pencapaian bererti markah sains (0 ke 100) yang dapati dari ujian bulanan.
Nilai ini dikira menurut skala Likert dari 1 ke 9.

Sesetengah perubahan boleh didefinisi secara konseptual, contohnya, TGT


adalah pendekan kepada Team Games Tournament di mana pelajar
membantu satu sama lain untuk belajar dalam kumpulan-kumpulan kecil
dan pengajarannya menurut empat (4) langkah:
(i) Guru mengajar;
(ii) Pelajar belajar dalam kumpulan;
(iii) Adakan pertandingan; dan
(iv) Beri hadiah.

(i) Rumusan
Ini adalah perenggan pendek yang menyatakan tujuan kajian dan rumusan
dari apa yang tertulis sebelumnya.

LATIHAN 2.3

Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, lukiskan “Kerangka Konsep”


bagi kajian ini.

2.2.2 Bab 2: Tinjauan Literatur


Sekarang kita akan melihat tinjauan literatur dan apa yang terkandung di
dalamnya.

(a) Pengenalan
Dalam bahagian tinjauan literatur ini, anda akan menyatakan tujuan kajian
anda dan topik kecil tentang “Literatur Berkaitan” dan “Kajian Berkaitan”
yang akan disampaikan dalam mukasurat seterusnya.

(b) Literatur Berkaitan


Anda perlu menyampaikan lakaran kasar semua literatur yang berkaitan
dengan kajian anda. Ini termasuklah teori-teori dan prinsip-prinsip dalam
topik kajian anda. Contohnya:
30 X TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Kaedah mengajar kemahiran berfikir bagi fungsi dan persamaan kuadratik.

Dalam mengkaji topik ini, literatur berkaitan adalah tentang:


(i) Kemahiran berfikir;
(ii) Pendekatan-pendekatan mengajar kemahiran berfikir; dan
(iii) Strategi-strategi mengajar.

(c) Kajian Berkaitan


Dalam bahagian ini, anda akan memfokus kepada kajian-kajian lepas yang
dijalankan di dalam dan di luar Negara yang berkaitan dengan soalan
kajian yang anda pilih. Anda harus memberi ringkasan kepada setiap
kajian dan terangkan penemuannya. Kemudian, nyatakan pandangan anda
sekiranya terdapat persamaan dan perbezaan antara kajian-kajian tersebut.

(d) Rumusan
Berdasarkan tinjauan literatur yang anda buat, tulis pandangan kritikal
anda tentang kajian-kajian lepas dan juga kepentingan tinjauan ini kepada
kajian anda.

Satu lagi aspek penting yang perlu anda muatkan dalam cadangan kajian
anda ialah metodologi kajian yang akan anda gunakan untuk menjalankan
kajian anda.

LATIHAN 2.4

Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, tuliskan satu ayat berkaitan
“Literatur Berkaitan” dan satu ayat berkaitan “Kajian Berkaitan”.

2.2.3 Bab 3: Metodologi Kajian


(a) Pengenalan
Di sini dinyatakan sekali lagi tujuan kajian anda. Anda harus memberitahu
pembaca yang bab in akan mengandungi beberapa topik kecil termasuk
rekabentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat-alat kajian, kaedah
pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data.
TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN W 31

(b) Reka Bentuk Kajian


Di sini anda perlu nyatakan jenis kajian anda, sama ada ia menggunakan
kaedah kuantitatif atau kaedah kualitatif dan berikan juga justifikasi
pilihan anda. Anda juga harus menerangkan rekabentuk kajian anda.
Contohnya, ini adalah suatu kajian eksperimental, anda mungkin akan
menggunakan “pre-test-post-test-equivalent group design.” Jika anda
membuat kajian tinjauan, anda mungkin akan menggunakan reka bentuk
“cross-sectional atau longitudinal.”

(c) Populasi dan Sampel


Dalam bahagian ini, anda akan menyatakan populasi yang dirangkumi
kajian anda dan teknik memilih respoden kajian daripada populasi yang
ditetapkan. Saiz dan lokasi populasi dan sampel perlu diterangkan dengan
jelas.
Sebagai pengkaji, anda perlu memilih populasi sasaran dan memilih
responden kajian yang mewakili populasi itu. Dalam tinjauan, lazimnya
10% daripada populasi akan diambil. Teknik persampelan berdasarkan
kebarangkalian, termasuklah persampelan rawak mudah, persampelan
rawak berstrata, persampelan rawak sistematik dan persampelan
kelompok. Bagi kaedah kualitatif, persampelan khusus (bukan berdasarkan
kebarangkalian) digunakan. Saiz sampel biasanya kecil, terutama dalam
kajian kes, sampel itu mungkin seorang pelajar, satu kumpulan atau suatu
organisasi.

(d) Alat Kajian


Alat kajian ialah alat yang digunakan untuk mengukur variabel kajian
anda. Contohnya, sebuah alat penimbang digunakan untuk mengukur
berat dan pita ukur digunakan untuk mengukur panjang bilik darjah.
Dalam kajian pendidikan, anda perlukan alat untuk mengukur pencapaian
pelajar, kemahiran manipulatif atau sikap. Anda perlu menyatakan alat
kajian anda yang mungkin terdiri daripada pelbagai alat seperti borang
kaji selidik, borang pemerhatian, borang temuduga, skala mengukur sikap
dan pelbagai jenis ujian (ujian pencapaian, kemahiran berfikir, kecerdasan
fizikal dan sikap).
(i) Teknik pengutipan data
Anda patut menyatakan siapakah yang akan mungutip data,
bagaimana ia akan dikutip dan bila. Sama ada anda akan mengutip
data sendiri atau anda akan gunakan orang lain (contohnya, guru
kelas) untuk mengutipnya. Teknik utama mendapatkan data
termasuklah memberi ujian kepada responden dan meminta mereka
mengisi borang kaji selidik. Teknik-teknik lain adalah dengan
mengadakan temuduga yang dirakam dan membuat pemerhatian
dengan peralatan video.
32 X TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Anda perlu ingat yang anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu sebelum
membuat temuduga atau lawatan. Adalah penting untuk mendapatkan
kebenaran dari guru besar atau pengetua sekolah terlebih dahulu sebelum anda
menjalankan kajian. Anda perlu membuat jadual waktu untuk membolehkan
anda menyiapkan kajian dalam masa yang telah ditetapkan. Di bawah
disediakan jadual waktu kerja kajian yang anda boleh adaptasi untuk
keseluruhan kajian dan ia harus dimasukkan bersama cadangan kajian anda.

Jadual 2.1: Kajian: Persepsi Guru Berijazah tentang Kepuasan Kerja

Aktiviti Jan 06 Feb 06 Mac 06 April 06 Mei 06

Menulis cadangan kajian X

− Membina dan menguji alat X


kajian
− Mendapatkan kebenaran X
menjalankan kajian di sekolah

Membuat tinjauan dan mengutip data x

Analisis data X X x

Menulis laporan x X x

(ii) Kaedah analisis data


Kaedah analisis data adalah cara yang akan anda gunakan untuk
menganalisis data kajian anda. Analisis data bermula dengan bentuk
kajian yang akan anda jalankan: Adakah bentuknya deskriptif atau
inferential? Nyatakan jenis analisis statistik yang sesuai untuk
menganalisis jenis data kajian. Sekiranya anda menggunakan pekej
perisisan statistik, jangan lupa menyatakanya dalam cadangan kajian
anda. Jika anda menggunakan borang kaji selidik, apakah statistik
deskriptif yang akan anda gunakan? Sekiranya ia adalah kajian
kualitatif, bagaimanakah anda akan memproses laporan temuduga
dan data pemerhatian anda? Tujuan bahagian ini ialah untuk
menerangkan peringkat demi peringkat bagaimana data yang telah
anda kutip akan diproses dan dianalisis untuk mendapatkan inferens
dan hasil kajian. Data perlu dianalisis untuk mendapatkan jawapan
kepada soalan-soalan kajian dan menguji hipotesis.
TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN W 33

(iii) Rumusan
Dalam bahagian ini, anda akan merumus dengan ringkas semua topik
kecil yang ditulis sebelumnya, termasuklah soalan kajian, sampel
kajian reka bentuk kajian, alat dan analisis data.

Nota:

Nota: Bajet Kajian

Ini tidak diperlukan bagi semua cadangan kajian, tetapi ia penting sekiranya
anda bercadang untuk memohon bantuan kewangan dari mana-mana
agensi. Perincian kewangan ini akan diteliti oleh bakal penderma untuk
tujuan membuat keputusan. Perkara-perkara yang akan dimasukan ke
dalam bajet termasuklah:
Ć Barang pakai-habis seperti alat tulis.
Ć Elaun perjalanan dan lojing.
Ć Keperluan sumber manusia (pembantu kajian/makmal).
Ć Peralatan/alat khas.
Ć Percetakan laporan/menghadiri seminar.

LATIHAN 2.5

Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, tuliskan dua (2) item soal
selidik yang dapat mengukur motivasi belajar.
34 X TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Lampiran A

Cadangan kajian ini diadaptasi dari cadangan kajian Mohd. Noh (2000), sebuah
latihan ilmiah Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau membuat kajian ke atas sebab
pelajar berhenti mengambil biologi di peringkat SPM. Anda diminta melihat
cadangan kajian ini dan komen tentang strukturnya, tinjauan literaturnya,
kaedah kajiannya dan latar belakangnya.

1.1 Background
Presently, the writer finds no research had been done on problems in teaching
Biology since it started. The Malaysian Biology curriculum changes with time
and contemporary needs. Now Malaysia has introduced computer aided
learning (SMART SCHOOL) beginning year 2000 at 90 pioneer schools. No thesis
has been done on the effectiveness of Biology instruction in school. However,
there is the phenomenon of some science students leaving Biology at SPM level,
with few leaving the other pure sciences. In Kuala Lumpur, about 25% of SPM
candidates drop Biology each year, as confirmed by the examination section in
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (refer to Table 2.1).

Table 2.1: List of Candidates in the Respective Science


Streams in Schools of Wilayah Persekutuan. 1996-1999

% Candidates
Year Physics Chemistry Biology Total Candidates
Leaving Biology
1996 4243 4271 3360 4271 21.3%
1997 4358 4353 3215 4358 26.1%
1998 5221 5249 3786 5249 27.9%

1999 5880 5873 4371 5880 25.7%

More students were predicted to leave Biology at HSC level due to changes in the
education policy as confirmed by the Ministry of Education.This was reported in
the radio, Channel One, 7.00 am of 14th June 1999 that all HSC candidates must
take English (MUET) Malaysian University English Test. Science candidates have
to drop a science subject if the maximum subjects remain 5 (General Paper is a
compulsory subject).

This occurence gave an impetus for the writer to investigate the reasons why
more students leave Biology and not the other science subjects. It is the writer’s
TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN W 35

belief that there must be pertinent reasons but not due to the failure of KBSM
Biology instructions in the classroom.

1.2 Aims of the Research


The National Education philosophy stresses understanding of concepts as well as
inculcation of moral values and implies learning as whole not partitioned to a
few subjects. This is manifested in the various sciences taught in schools, including
biology. Why should biology be driven out? The aims of the research are:
(a) To identify sources that lead many science students to drop KBSM Biology
compared to other science subjects; and
(b) To identify replacement subjects selected by the students who drop KBSM
Biology.

1.3 Objectives
Based on the aims above, the objectives of the research are:

(a) To identify sources that lead science students to drop Biology. The
identified sources to be researched are:
(i) Students’ attitude toward Biology;
(ii) Students perception of the Biology teachers;
(iii) Lack of science equipments in the science lab to continue studying
Biology effectively;
(iv) Biology is not essential with the students future career. e. Parents do
not encourage their children to take Biology; and
(v) The school administrators do not encourage students to take Biology.

(b) To identify replacement subjects as alternative to Biology and the reason for
the choice.

1.4 Significance of the Research


The research is important because no research had been done on teaching and
learning Biology. Therefore, the results of this study would be useful to
Malaysian educators. In addition, this would be the baseline for other researchers
to research KBSM Biology in such areas as curriculum implementation and
teaching aids.
36 X TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

1.5 Limitation of Research


The research is restricted to students who had dropped Biology in a number of
schools in Kuala Lumpur only. Five hundred students dropped Biology at the
SPM level in 1999 from Kuala Lumpur area and thus the sample for this research
would be taken at this location. Schools are randomly selected regardless of race,
sex and school size. Results of the research could be generalised to schools
located in the Kuala Lumpur area only.

1.6 Definition of Terms


Career Choice: This refers to the students’ ambition on the career they would
pursue after SPM.

Students Attitudes: This is a concept that describes the students perceptions and
beliefs toward a subject and so manifested in their actions and behaviours.

Teaching Approach: The methods and techniques used by a teacher in presenting


the subject of Biology in class and in the science lab.

Support from Parents: The motivation and guidance given by parents at home
that would influence their choice of subject in school and the career choice.

Lab Facilities: This includes the physical structure of the lab. The standard
according to the Ministry of Education are 24x30 feet wide and 50 feet long with
tables, chairs and electrics outlet. Water and gas facilities, teaching aids, OHP,
charts and projector are sufficient for students to conduct KBSM Biology
experiment.

School Administration: Policy, priority and preferences placed by the school on


the science curriculum, adequate number of science teachers, flexibility to drop
Biology for other subjects such as accounting and technical drawing.

Students Dropping Biology: Students’ decision to stop taking biology as an SPM


subject and to replace it with other electives such as accounting principles,
technical drawing, economy, languages (Mandarin, Arabic).

Teaching Problems include problems which frequently occur during teaching in


the classroom or within the school compound. Factors related to this include
environment, teaching objectives, teachers preparedness, teaching strategy and
evaluation of achievement. All these problems effect teaching and learning in the
classroom. Objectives may be too high to be attainable by students; content may
be too much or difficult and teaching strategy may be ineffective (Atan Long,
1991).
TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN W 37

CHAPTER 2: LITERATURE REVIEW

In this section, students’ attitudes toward science teachers’ personalities and


science practicals are discussed. The research include all sciences (biology,
chemistry and physics). Research specifically on Biology alone are few.

Students’ attitude toward science affects achievement. According to a research by


Rozita Ismail (1991), Form 4 students of high achievement have a significantly
positive attitude toward science than those of lower achievement. The research
was conducted in three schools in Perak. Eisenhardt (1977) found that it was
good performance in chemistry that motivates students to like chemistry. Lee
Bang Hock (1988) found in his research in four schools in Kajang that Biology
was favoured by the girls while the boys preferred Physics and Chemistry.

Students’ attitudes toward teachers can help students to like science. According
to Norlela (1995) students preferred teachers they can easily communicate for
academic problems Abdullah Nor (1998) also indicated that teachers who
established good learning climate facilitates students’ learning of Physics.

Practicals in the science laboratory facilitates science manipulative skills and


interest according to Ogunniyi (1983), who made his study on Nigerian school
teachers. Similar results were reported by Tobin (1986), who conducted the study
in an Australian High School. According to Wong Kam Kin (1999), practicals
helped students to understand science concept better. Muraly Theran a/l
Rengasamy (1978) studied Form 4 students achievement in science and found
that teachers used of teaching aids and facilities improved students performance.

CHAPTER 3: RESEARCH METHODOLOGY

3.1 Introduction
The items discussed in this chapter include some aspects related to strategy of
implementing the research: the research design, sample, location of research,
instruments, procedure, technique of data collection, and method of data analysis.

3.2 Research Design


This is a survey research using questionnaire administered to respondents who
had dropped Biology at SPM level in the year 1999. The questionnaire include 35
close-ended items and one open- ended item. The items are categorised into 7
themes:
(a) Attitudes towards biology;
(b) Perceptions towards the teacher;
38 X TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

(c) Effect of lab facilities on learning;


(d) Parental influence, effect of career choice;
(e) Influence of school administration in handling students’ decision making
process; and
(f) Subjects alternative to Biology.

3.3 Location of Research


The areas are located within the vicinity of Kuala Lumpur. The researcher chose
four (4) schools from each of the four zones of Kuala Lumpur There is a
total of 16 schools as shown in Table 2.2.

Table 2.2: List of Schools in the Research

Zone School

(a) Bangsar 1. SMK Bukit Bandaraya, K.L.


2. SMK Seri Pantai, K.L.
3. SMK Taman Tun Dr. Ismail, K.L.
4. SMK Victoria, K.L.
(b) Pudu 1. SMK(P) Bandaraya, K.L.
2. SMK Aminuddin Baki, K.L.
3. SMK Cheras, K.L.
4. SMK Sains Selangor, K.L.
(c) Sentul 1. SMK (P) Jalan Ipoh, K.L.
2. SMK Menjalara, Kepong, K.L.
3. SMK Kepong, K.L.
4. SMK Bandar Baru Sentul, K.L.
(d) Keramat 1. SMK Desa Tun Hussein Onn, K.L.
2. SMK Wangsa Maju, K.L.
3. SMK Teknik, Setapak, K.L.
4. SMK Tinggi, Setapak, K.L.

3.4 Instruments
A set of questionnaire was designed based on the research questions. The
questionnaire was adapted from that of Abdul Wahid Othman (1998), entitled
“Sikap pelajar terhadap mata pelajaran fizik: Satu perbandingan di antara pelajar
pencapaian tinggi, sederhana dan rendah di Sekolah Alam Shah, Kuala
Lumpur.” Abdul Wahid had adjusted the items from questionnaire of Siti
TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN W 39

Rahayah Ariffin (1988), entitled, “Kajian mengenai sikap terhadap sains dan
pencapaian dalam mata pelajaran sains paduan bagi pelajar tingkatan tiga.”
Some items are derived from questionnaire of Lee Beng Heok (1988) research,
entitled, “Sikap pelajar terhadap biologi dan sekolah: Dikotomi dan tahap
pencapaian.”

For content validity the questionnaire was referred to the supervisor whose area
is Biology education. Next, the writer was advised to do the reliability test using
test and retest techniques. Reliability test determines the consistencies of answers
by respondents should the test be repeated again. The reliability test was done at
Sekolah Menengah Lelaki Methodist, Sentul where 20 form five students do the
first test on Wednesday at 1.00 pm, 30th September,1999. The retest was done on
Friday, at 10.30 am, 1st Oktober 1999. The reliability was high (above 0.8).Some
improvements to the items were made. There are two sections on the
questionnaire:

(a) Section A : Backgound of respondents.

(b) Section B : Include 35 close-ended items and one open-ended item.

The 35 items are categorised into 7 themes each having 4 to 6 items.

Table 2.3: Themes and the Respective Items in the Questionnaire (Close Ended Items)

No. Themes Item

1. StudentsÊ attitude towards biology. 1,2,3,4,5,6

2. StudentsÊ attitude towards biology teacher. 7,8,9,10,11,12

3. Effect of lab facilities. 13,14,15,16,17

4. Effect of future career. 18,19,20,21

5. Parental influence. 22,23,24,25

6. School administrationÊs influence. 26,27,28,29

7. Sources of alternative subject replacing biology. 31,32,33,34,35,36


40 X TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Item number 30 is an open-ended item requesting students to choose the subjects


alternative to Biology. The rest of the 35 items, respondents are requested to
circle the answer on the scale of 1 to 10. Number one indicates highly disagree to
the given statement, while 10 indicates student highly agree to it.

3.5 Procedure
The research topic was chosen after consultation with the supervisor and the
drafting of proposal was made, entitled “Factors that influence science students
to drop Biology at SPM level”. The revised proposal was sent to the Ministry of
Education Research and Policy Division (Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Perancangan Pembangunan dan Penyelidikan BPPP), for their
evaluation and approval to visit the schools for data collection. In addition,
permission was also sought from Bahagian Pendaftaran, Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Both letters would be shown to the school
on the visit.

The questionnaire were submitted to the school administrator who will


administer it to the respondents. The data collected would be examined, sorted
and analysed.

3.6 Data Collection


This is a survey using a self administered questionnaire to the respondents
(selected students). It is not posted by mail but the questionnaire was delivered
by the researcher to the school and he would collect it back.

The Senior science teacher of the school was requested to help in the
distribution and administration of the questionnaire to the respondents with the
permission of the school head. Students would be briefed on how to respond to
the questionnaire and 45 minutes would be allocated for the answering session.
The researcher would come back to the school after a week to collect the
questionnaire forms.

3.7 Data Analysis


The 35 close-ended items will be analysed based on the scale 1 to 10. The
following table shows how scores would be obtained:
TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN W 41

Table 2.4: Scale for Answering Questionnaire from Strongly Agree to Strongly Disagree

Category Strongly Disagree ------------- ----------------- Strongly Agree

Level of agreement 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Score (S) 5 4 3 2 1 1 2 3 4 5

Sample (n)

Total
(S x n)

References:

Abdul Wahid Othman. (1999). Sikap pelajar terhadap matapelajaran fizik: Satu
perbandingan di antara pelajar berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah
di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Abdullah bin Nor. (1998). Kajian mengenai beberapa faktor yang mempengaruhi
kecenderungan terhadap fizik bagi pelajar tingkatan 4. Latihan Ilmiah
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Atan Long. (1983). Pedagogi kaedah mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Eisenhardt, W.D. (1977). A research for predominant causal sequence in
interrelationship ofinterest in academic subject and academic achievement,
Dissertation Abstract International, 37, no 07:4225.
Lee Ben Hock. (1988). Sikap pelajar terhadap biologi dan sekolah: Dikotomi
jantina dan tahap pencapaian. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Masmuda Hj Bakri. (1981). Persepsi Terhadap Matapelajaran di Kalangan Pelajar
Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Muraly Tharen a/l Rengasamy. (1987). Kesan penggunaan ABM terhadap
pencapaian murid tingkatan 4 dalam matapelajaran fizik. Latihan Ilmiah
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norlela Sulaiman. (1995). Strategi mempertingkat minat pelajar terhadap subjek
sains bagi memenuhi matlamat pendidikan negara, Seminar Kebangsaan
Matrikulasi/Asasi Pertama, Malaysia 22-23 November.
Ogunniyi, M.B. (1983). An analysis of laboratory activities in selected Nigerian
secondary school. Journal of science education. 5(2): 195-201.
42 X TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Rozita Ismail. Kajian mengenai sikap dan pencapaian dalam


(1991).
matapelajaran fizik moden tingkatan 4 di 3 buah sekolah menengah di
daerah Batang Padang Perak. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Tobin, Kenneth. (1986). Secondary school science laboratory activities. Journal of
science education. 8(2): 199-211.

Lampiran B

Pilih satu topik kecil kajian dan berdasarkan panduan di bawah, tulis cadangan
kajian untuk topik yang telah anda pilih:

Jadual 2.1: Panduan Menulis Cadangan Kajian

Contents Items to be Included

Chapter Research
1 Problem

Background of Why must this research be done? Data from


the Research previous research to support it.

Statement of Statement of the research problem in terms of what the


the Problem research will attempt to do.

Conceptual
Relationship between research variables.
Framework

Aim of the General aim of the research, objectives, research


Research questions, hypothes. (if any)

Significance of
Why is it significant to you as a researcher, to the
the Research
profession, the organisation or the community in
general? What benefit will you or they get?

Limitation of Factors that limit the research or data collection. To


the Research what extent can the result be generalised to a
bigger population ?

Definition of Conceptual and operational definition of main variables


Terms in the research (in measurable terms).
TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN W 43

Chapter 2 Literature Review

Introduction Review the literature related to the research:


State principles or theories directly related to the
research.

Related Research Ć Review the past research related to the present


research.
Ć Compare and contrast the findings and give
conclusion and comments.

Summary
Summarise related literature and research and states
the reasons why such literature as research are
important for the research.

Research
Chapter 3
Methodology

Introduction Introduction to the conceptual framework of the


research: stating the relationship between proposed
in the research.

Research Design
Which research design do you use? Why is it suitable?
Population and Which specific population does the research address?
Sample How and where the samples are taken?

Sampling What procedure do you follow?

Research Instruments Description, sources, its validity and reliability


(attach it to appendix).

Data Collection
Who collects the data? How and when? Time line to
do the research: getting permission, informing
schools, colleges or institutes.

Data Analysis Plan how data would be analysed. Desciptive or


inferential? Which specific statistical test would be
used?

References List of references.


44 X TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

Selain daripada kandungan yang diberikan dalam Jadual 2.1, format bagi
penulisan cadangan kajian adalah seperti berikut:

Topik Tesis/Thesis Title


Pengesahan/Declaration
Abstrak/Abstract (in Bahasa Melayu or English) Jadual Kandungan/Table of
Contents
Senarai Jadual/List of Tables
Senarai Rajah/List of Figures

Bab 1: Masalah Kajian/Chapter 1: Research Problem

1.1 Pengenalan/Introduction

1.2 Pernyataan Masalah/Statement of the Problems

1.3 Kerangka Konsep/Conceptual Framework

1.4 Matlamat Kajian/Aim of the Research

1.5 Kepentingan Kajian/Significance of the Research

1.6 Batasan Kajian/Limitations of the Research

1.7 Definisi Istilah/Definition of Terms

1.8 Ringkasan/Summary

Bab 2: Tinjauan Literatur/Chapter 2: Literature Review

2.1 Pengenalan/Introduction

2.2 Literatur Berkaitan/Related Literature

2.3 Kajian Berkaitan/Related Research

2.4 Ringkasan/Summary

Bab 3: Kaedah Kajian/Chapter 3: Research Methodology

3.1 Pengenalan/Introduction

3.2 Reka Bentuk Kajian/Research Design


TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN W 45

3.3 Populasi dan Sampel/Population and Sample

3.4 Alat-alat Kajian/Research Intruments


3.4.1 Pembangunan Alat-alat Kajian/Development of Research
Instruments
3.4.2 Variabel Kajian/Research Variables

3.5 Tatacara Pengutipan Data/Data Collection Procedure

3.6 Tatacara Penganalisisan Data/Data Analysis Procedure

3.7 Ringkasan/Summary

Ć Menulis cadangan kajian memakan masa yang panjang dan saya cadangkan
anda berkerja rapat dengan tutor penyelia anda.
Ć Jangan risau kepada kritikan yang membina, terima kritikan dengan fikiran
terbuka, sebab kritikan ini akan membaiki kajian anda.
Ć Sesuatu cadangan kajian mengandungi soalan kajian, reka bentuk kajian
yang terperinci dan terang, kepentingan kajian, definisi istilah, alat-alat
kajian, kaedah pengutipan data dan kaedah penganalisisan data.

Cadangan kajian Pernyataan masalah


Kerangka konsep Tinjauan literatur
Latar belakang masalah
46 X TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

1. Pengkaji perlu menyediakan cadangan kajian terlebih dahulu sebelum.


Nyatakan mengapa rancangan kajian ini perlu disediakan.

2. Dalam “Pengenalan” kepada Bab 1, apakah tujuan kajian yang ditunjukkan


dalam contoh kajian “Inculcating noble values through cooperative
learning in science”?

3. Dalam contoh cadangan kajian yang diberi, nyatakan apakah batasan-


batasan kajian yang dijelaskan oleh pengkaji.

4. Andaikan anda sebenarnya ingin menjalankan kajian bertopik: “Hubungan


antara motivasi dan kemahiran asas dengan pencapaian matematik”.
(a) Jelaskan dengan ringkas kepentingan kajian ini sama ada kepada
murid, ibu bapa, guru atau guru besar sekolah.
(b) Senaraikan dua (2) soalan kajian yang berkait dengan variabel-
variabel yang diberikan dalam topik kajian ini.
(c) Tuliskan sedikit “Latar Belakang Masalah Kajian” dalam “Bab 1:
Masalah Kajian” yang sesuai bagi topik kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai