Anda di halaman 1dari 7

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 69

UNIT 6
PANDUAN MENULIS CADANGAN KAJIAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda diharap akan dapat

1. mengetahui langkah-langkah menyediakan cadangan kajian tindakan


2. mengetahui format penulisan cadangan yang sesuai
3. menyediakan cadangan kajian tindakan yang sesuai

PENGENALAN
Apakah dia cadangan kajian dan mengapakah perlu disediakan? Menulis cadangan kajian merupakan
proses mencerna idea kajian yang umum dan luas tetapi menarik kepada set-set tindakan yang mampu
diuruskan bagi menghasilkan dapatan kajian yang sah dan boleh dipercayai. Kualiti sesuatu
penyelidikan banyak bergantung kepada kualiti perancangan kajian yang disediakan oleh penyelidik.
Cadangan kajian biasanya menjadi panduan dan memandu perkembangan dan perlaksanaan
penyelidikan. Cadangan disediakan untuk penyelidik mengemukakan pandangan, masalah dan fikiran
tentang fokus kajian serta prosedur dan proses yang sesuai untuk melaksanakannya. Di samping itu,
cadangan juga disediakan bagi tujuan untuk menjelaskan kepada pihak-pihak tertentu, kepada
pengetua, misalnya tentang tujuan kajian serta kepentingan kajian dijalankan. Di peringkat yang lebih
makro lagi, cadangan disediakan untuk mendapatkan sokongan kewangan dan sumber-sumber lain
bagi membiayai perlaksanaan kajian. Bagi pihak yang menilai cadangan kajian, ianya dapat
memberikan penilaian tentang tahap pengetahuan dan kemahiran pengkaji untuk melaksanakan kajian
dengan berkesan. Secara umumnya, kertas cadangan kajian tindakan adalah bertujuan untuk
mencapai dua tujuan utama iaitu untuk menyediakan pelan projek kajian tindakan anda; dan untuk
mempersembahkan idea-idea utama yang akan dilaksanakan.

ISI KANDUNGAN
Panduan umum memulakan penulisan

Dalam proses menyediakan cadangan kajian yang muktamad, perlu dipertimbangkan di antara apa
yang kita suka lakukan dengan apa yang kita boleh lakukan dengan munasabah. Oleh itu, dalam
memulakan penulisan cadangan kajian, perlulah difikirkan masalah dan skop kajian yang mampu
dilakukan sesuai dengan pengetahuan, kemahiran, sumber dan masa yang kita ada. Sebagai panduan
umum memulakan penulisan cadangan kajian, langkah-langkah berikut boleh diperhatikan:

i. Mulakan dengan menjelaskan isu atau masalah yang anda minat untuk mengkaji. Tulis satu
paragraf yang menyatakan tentang isu atau masalah dalam istilah-istilah yang spesifik
mungkin. Bagaimana isu-isu tersebut berkait dengan anda dan kerja anda? Bagaimana isu
atau masalah tersebut memberi kesan kepada latar kajian (sekolah, bilik darjah dan lain-lain),
pelajar yang terlibat, dan komuniti sekolah keseluruhannya? Mengapakah isu tersebut
penting?
ii. Apakah soalan (atau soalan-soalan) yang perlu dijawab untuk memahami masalah atau isu
tersebut?
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 70

iii. Buat sedikit sorotan literatur. Di manakah boleh diperolehi kajian-kajian lepas yang telah
dijalankan tentang isu yang hendak dikaji? Apakah yang anda perlu baca sebelum
memulakan kajian? (Namakan sekurang-kurangnya tiga sumber spesifik yang dikenalpasti)
iv. Apakah instrumen yang boleh digunakan untuk mengumpul data yang boleh membantu dalam
menjawab soalan atau isu? (ujian, soalselidik, pita video, pita audio dan lain-lain). Apakah
data sebenar yang anda ingin kumpul? (kerja pelajar, gred, refleksi, pemerhatian, rubrik dan
lain-lain). Terangkan apakah yang anda harap boleh diperolehi daripada setiap sumber data
yang anda kenalpasti.
v. Bagaimanakah anda akan mengurus pengumpulan dan analisis data? Berapa kerapkah anda
akan mengumpul data? Bagaimanakah anda akan menyusun atur data? Apakah yang anda
patut lakukan dengan data mentah yang dikumpul untuk memahami maknanya?
vi. Apakah yang anda akan lakukan dengan dapatan kajian?
vii. Akhirnya, reflek tentang kemungkinan yang anda akan menjalankan projek kajian tindakan
tersebut. Apakah yang anda lihat sebagai tindakan dalam kajian tindakan anda? Apakah
yang anda lihat sebagai kekangan dan halangan dalam menjalankan projek? Bagaimanakah
anda rasa dan fikir tentang proses kajian tindakan sebagai alat untuk membentuk perubahan
yang bermakna?

Kandungan dan Susun Atur Cadangan Kajian

1. Tajuk kajian

Perlu jelas dan tidak kabur. Perkataan-perkataan yang digunakan perlulah dapat
menggambarkan fokus cadangan. Gunakan hanya satu ayat yang dapat menggambarkan
kepada pembaca idea-idea utama cadangan. Contoh:

Penggunaan Peta Konsep Dalam Meningkatkan Kemahiran Menghurai Fakta Sejarah Di


Kalangan Pelajar Tingkatan Lima

2. Nama dan Ahli Pengkaji

Memandangkan kajian tindakan adalah lebih baik dijalankan secara berkumpulan, maka
sebaik-baiknya perlulah dinyatakan nama ahli-ahli yang akan terlibat dalam kajian yang
dicadangkan. Contoh:

Kertaskerja ini di kemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menengah Seri


Tanjong, …..
Nama-nama guru dalam Jawatankuasa adalah:
1.
2.
3.

3. Latar Belakang Kajian

Memperkenalkan topik kajian dengan menjelaskan „areas of concern‟ dan meletakkannya


dalam konteks dengan mengaitkan masalah kepada konteks yang lebih besar. Dengan
ertikata lain, latar belakang merupakan pernyataan latar belakang yang menyediakan konteks
yang luas dari mana kenyataan masalah timbul. Ini boleh dilakukan dengan memetik rujukan
sejarah, merujuk kepada satu atau dua kajian yang utama, merujuk kepada undang-undang
atau hukum-hukum tertentu, atau dengan ringkas membincangkan peristiwa-peristiwa yang
penting. Contoh:
Mata pelajaran Sejarah di dalam KBSM merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari
oleh semua pelajar sekolah menengah. Tujuan pendidikan sejarah adalah untuk memupuk
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 71

semangat setianegara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Berdasarkan


pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, para pelajar akan dibimbing
untuk menganalisa dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional.

Merujuk kepada format menjawab soalan Sejarah Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
huraian fakta dan tema penting dalam memantapkan jawapan calon. Unutk mencapai
matlamat ini, kemahiran menghurai fakta merupakan satu aspek yang penting. Oleh itu
melalui Peta Konsep kaedah ini dapat dipraktikkan dengan berkesan.

4. Pernyataan Masalah: Refleksi P & P lalu

Dinyatakan sebagai masalah sama ada merupakan keraguan, kesukaran atau ketidakpuasan
hati terhadap jawapan atau penyelesaian yang tidak mempunyai bukti yang segera.
Menyatakan dengan jelas masalah yang hendak dikaji dan menjadikannya satu kes yang
penting serta jangkaan penyelesaiannya. Dalam konteks kajian tindakan bilik darjah, biasanya
masalah adalah berkait rapat dengan masalah pengajaran dan pembelajaran. Melalui refleksi
yang dilakukan ke atas pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan biasanya, guru
akan mendapati kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi dengan segera.
Contoh:
Pelajaran Sejarah Menengah Atas adalah merupakan kesinambungan daripada pembelajaran
di peringkat Menengah Rendah. Hal ini bermakna segala maklumat atau fakta Sejarah pada
peringkat menengah rendah merupakan asas yang menghubungkaitkannya dengan
perkembangan Sejarah yang lain.

Hal ini menyukarkan kebanyakan pelajar kerana terpaksa mengingat banyak fakta. Pelajar
juga menghadapi kesukaran untuk mengaitkan sesuatu fakta dengan perkembangan Sejarah
yang lain. Oleh itu melalui Peta Konsep pelajar dapat mengembangkan idea-idea walaupun
hanya berdasarkan satu idea asas. Keadaan ini dapat mengembangkan pemikiran pelajar
untuk meluaskan lagi idea asas tersebut supaya ia terjalin menjadi satu cerita yang senang
untuk diingati. Setiap satu aspek atau idea itu dikaitkan dengan idea lain yang berkaitan. Peta
Konsep ini akan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh antara satu fakta dengan
fakta seterusnya.

Berdasarkan pemerhatian kami terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada
kesukaran pelajar mengingati fakta dan menghuraikan fakta atau idea asas. Pertama,
tiadanya satu cara untuk pelajar mengingati fakta dan mengembangkan fakta itu dengan idea
lain yang berkaitan. Kedua, disebabkan pengajaran guru yang kurang berkesan sehingga
membosankan pelajar.

5. Objektif Kajian

Menyediakan secara spesifik niat penyelidik. Biasanya pendek –dalam satu paragraf atau
satu ayat. Penggunaan perkataan serta pembentukan ayat adalah penting. Biasanya dalam
kajian tindakan bilik darjah, perlu dinyatakan tentang objektif berkaitan dengan peningkatan
pembelajaran pelajar serta peningkatan dan perubahan dalam amalan guru.

Contoh:

i. Menggunakan Peta konsep dalam pengajaran sejarah supaya mudah maklumat diingati
lebih lama dan berkesan
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 72

ii. Meningkatkan pemahaman pelajar ke atas sesuatu topik


iii. Membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran
iv. Menggalakkan pelajar membaca merujuk dan membincang
v. Memperbaiki amalan pengajaran guru yang dapat disampaiakan dengan berkesan dan
menyeronokkan

6. Metodologi Kajian

Menjelaskan tentang reka bentuk kajian serta model kajian tindakan yang akan digunakan. Di
samping itu, metodologi kajian juga perlu dapat menunjukkan tentang bagaimana subjek
kajian dipilih, metod teknik pengumpulan data serta alat atau instrumen pengumpulan data
yang akan digunakan. Bagaimana data akan dianalisis serta teknik analisis perlu juga
dijelaskan.

Contoh:

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model
berikut:

Langkah 1 - Pengenalpastian Isu dan Masalah


Langkah 2 - Perancangan Tindakan
Langkah 3 - Pelaksanaan Tindakan
Langkah 4 - Pemerhatian dan Menganalisis Data
Langkah 5 - Refleksi dan Penilaian

Setiap langkah perlu diberi penjelasan tentang perkara/aktiviti yang hendak dijalankan.

Sasaran Kajian

Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian in adalah terdiri daripada kumpulan
pengkaji, guru-guru yang mengajar Sejarah tingkatan 5 (2 orang), dan sebuah kelas murid
tingkatan 5, seramai 40 orang
Instrumen Kajian

Dalam kajian akan digunakan 2 kaedah pengumpulan data iaitu:

a. Soalan-soalan ujian – dua set soalan ujian iaitu Pra Ujian dan Pos Ujian akan
diberikan kepada pelajar berkaitan dengan topik “Struktur Pentabiran Kerajaan Persekutuan
Malaysia”. Tujuan pra ujian dan pos ujian dijalankan adalah untuk melihat pencapaian pelajar
bagi kedua-dua ujian tersebut. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, akan diketahui sama
ada berkesan atau tidak penggunaan Peta Konsep dalam pengajaran Sejarah.

b. Pemerhatian - Pemerhatian akan dilakukan oleh guru-guru Sejarah terhadap


tingkahlaku pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dilaksanakan.
Tujuannya untuk mengenalpasti sikap belajar mereka, bagaimana mereka memberi
tindakbalas terhadap pengajaran guru sama ada melalui latihan perbincangan,
mengemukakan fakta dan pendapat, menjawab soalan objektif dan latihan menulis esei.
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 73

Metod Analisis Data

a. Ujian pra dan ujian pos: Analisis markah pencapaian pelajar


b. Pemerhatian: Analisis secara perbincangan tentang tindakbalas pelajar semasa
pengajaran

7. Kesignifikanan Kajian

Sesuatu cadangan kajian perlulah dapat menunjukkan dengan jelas sumbangannya kepada
bidang, penyelidik serta pihak-pihak lain yang berkepentingan. Dalam konteks kajian
tindakan, biasanya selain daripada kajian dapat meningkatkan pembelajaran pelajar dan
pengajaran guru, ianya juga perlu dapat dikongsi bersama dengan guru-guru lain.
Contoh:
Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan Ahli Jawatankuasa KT SM Seri
Tanjong, guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf, dan juga guru-guru Sejarah.

8. Anggaran Perbelanjaan

Pecahan Kepala Jumlah

21000 Perjalanan RM XXXX

27000 Bahan dan alatan bantuan mengajar RM XXXX


Percetakan soal selidik/ujian RM XXXX
Percetakan modul/bahan pengajaran RM XXXX
Percetakan laporan kajian (5 jilid) RM XXXX

29000 Perbelanjaan mesyuarat RM XXXX


Bengkel penulisan laporan RM XXXX

Jumlah RM XXXX

9. Jadual Kerja

Perkara Tarikh

Mesyuarat Jawatankuasa XXXX


Penulisan kertas cadangan XXXX
Mesyuarat perancangan XXXX
Mesyuarat pembinaan ujian pra/pos XXXX
Pelaksanaan ujian pra XXXX
Memproses data ujian pra XXXX
Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian XXXX
Analisis data ujian pra, dan pemerhatian XXXX
Pelaksanaan ujian pos XXXX
Refleksi dan Penilaian XXXX
Penulisan laporan kajian XXXX
Pemurnian laporan XXXX
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 74

RUMUSAN
Cadangan kajian yang ditulis dengan baik akan dapat menghasilkan kajian yang baik. Cadangan yang
baik biasanya mengandungi pernyataan-pernyataan tujuan dan matlamat yang jelas dan boleh dicapai.
Pemahaman yang baik tentang isu dan masalah yang hendak dikaji adalah penting dalam menulis
cadangan. Pemahaman yang baik ini akan memandu kepada aspek-aspek lain seperti persampelan,
pengumpulan data dan analisis data.

KATA KUNCI
1. Cadangan kajian
2. Format cadangan kajian
3. Jadual kajian

Berdasarkan format dan contoh proposal yang dijelaskan di atas, sila sediakan
proposal kajian tindakan yang sesuai berdasarkan masalah pengajaran dan
pembelajaran yang anda kenal pasti dalam bilik darjah anda. Sediakan proposal
tidak melebihi 8 muka surat.

RUJUKAN

Creswell, J.W. (2003). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches (2nd
Ed.), Thousand Oaks: Sage

Othman Lebar, (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit
UPSI
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 75

RUJUKAN

Ary. D., Jacobs. L.C dan Razavieh. A (2002). Introduction to research in education. (6th
ed.).Wadsworth/Thompson Learning.Belmont: California.
Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Siri Pengajian dan Pendidikan
Utusan. Utusan Publications & Distributors Sd. Bhd. Kuala Lumpur.
Bogdan, R.C. & Biklen, S.K., (1998) Qualitative Research for Education, An Introduction to Theory and
Methods, 3rd Ed., Boston:Allyn & Bacon
Carr, W. & Kemmis, S. (1986). Becoming Critical: Education, Knowledge and Action Research,
London:Falmer Press
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2003). Research methods in education (5th ed.). New York:
RoutledgeFalmer.
Creswell, J.W. (2003) Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches (2nd
Ed.), Thousand Oaks:Sage
Elliot, J. (1991). Action Research for Educational Change, Buckingham: Open University Press.
Fontana, A., & Frey, J.H. (2003). The Interview: From Structured Questions to Negotiated Text, dalam
Denzin & Lincoln, (Eds) Collecting and Interpreting Qualitative Materials, 2nd Ed., Thousand
Oaks: Sage
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner, 3rd ed. Victoria, Australia: Deakin
University Press.
Miles, M.B., & Huberman, A.M. (1994) Qualitative Data Analysis: An Expanded Sourcebook (2nd ed.)
Thousand Oaks, CA.:Sage
Mills, G.E. (2003). Action research: A guide for the teacher researcher, 2nd Ed., Upper Saddle River NJ:
Merrill.
Othman Lebar, (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit
UPSI
Schensul, S.L., Schensul, J.J. & LeCompte, M.D. (1999). Essential Ethnographic Methods,
Ethnographer‟s Toolkit, New York:Altamira Press
Stringer, E., (2004) Action Research in Education, New Jersey: Pearson Prentice Hall

Anda mungkin juga menyukai