Anda di halaman 1dari 35

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional







Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pembelajaran
Kelas Tambahan Tahun 5 Pelajaran Matematik Bagi Tajuk
Darab Dalam Lingkungan 100 000 ke atas Pencapaian Pelajar di
Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II





PUTERI ARFAH BINTI NORDIN













Mei 2014

i

ABSTRAK
Penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti sejauh
mana keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalam pembelajaran
kelas tambahan tahun lima bagi mengatasi kelemahan murid dalam mata
pelajaran matematik dan menarik minat mereka terhadap matematik.
Tumpuan kajian adalah dengan melihat kepada penggunaan pendekatan
konstruktvisime ini dapat mengatasi kelemahan murid dan menarik
minat murid terhadap matematik berbanding dengan pengajaran biasa
atau tradisi. Seramai 60 orang murid yang terdiri dari dua kelas yang
terpilih dalam mengikuti kelas tambahan tahun lima dari sebuah Sekolah
Kebangsaan Machang Bubok II, Pulau Pinang. Kajian dilaksanakan
dalam dua buah kelas dimana kelas pertama kumpulan A seramai 30
orang pelajar dan kelas kedua kumpulan B juga seramai 30 orang
pelajar. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set borang
soal selidik dan ujian dimana ujian pra dan ujian pos diberikan. Borang
soal selidik yang diberikan bertujuan untuk meninjau tentang minat
mereka dalam matematik dan berfokus pada tajuk darab dalam
lingkungan 100 000. Bagi ujian pra, ia bertujuan untuk melihat tahap
semua pelajar yang terlibat dimana pencapaian mereka sebelum
kumpulan B didedahkan dengan pendekatan konstruktivisme. Bagi ujian
pos pula, tahap pencapaian pelajar kumpulan B dapat dikenalpasti
setelah didedahkan dengan pendekatan konstruktivisme ini. Dengan ini,
penyelidik dapat membuat rumusan tentang keberkesanan pendekatan
konstruktivisme ini dapat mengatasi kelemahan murid dan menarik
minat mereka terhadap mata pelajaran matematik.




ii




PENGHARGAAN




Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia
penyelidikan tindakan , Pn.Harlina atas bimbingan dan dorongan yang
diberikan di sepanjang tempoh penyediaan proposal ini. Kerjasama
daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II juga
amatlah dihargai. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada ahli
keluarga saya yang telah banyak bekorban bagi memastikan saya dapat
menghasilkan proposal ini. Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan
kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidakk
langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini.


iii




ISI KANDUNGAN




ABSTRAK ........................................................................................................ i
PENGHARGAAN ......................................... Error! Bookmark not defined.
ISI KANDUNGAN ........................................ Error! Bookmark not defined.
BAB 1 PERNYATAAN MASALAH
1. Pengenalan
1.1 .................................................................. Error! Bookmark not defined.
LIST OF TABLES ......................................... Error! Bookmark not defined.
CONCLUSIONS AND RECOMMENDATIONS ........................................ 22
REFERENCES ............................................... Error! Bookmark not defined.
APPENDIX A TITLE .................................... Error! Bookmark not defined.
APPENDIX B TITLE .................................... Error! Bookmark not defined.





1

BAB 1

MASALAH KAJIAN


1. 1 Latar Belakang Penyelidikan

Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan kaedah
konstruktivisme dalam mengajar tajuk Darab Dalam Lingkungan 100
000. Dalam pemerhatian saya kajian ini dilakukan kepada murid tahun
lima yang terlibat dengan kelas tambahan iaitu terdiri dari dua buah
kelas kerana penguasaan mereka masih lemah dalam mata pelajaran
matematik. Untuk penyelidikan ini, saya menggunakan kedua-dua buah
kelas dan menjadikan kumpulan A dan kumpulan B untuk membuat
perbandingan keberkesanan kaedah pengajaran konstruktivisme
berbanding dengan kaedah pengajaran guru yang biasa seperti hanya
memberi penerangan dan nota sahaja di dalam kelas. Dalam tajuk ini,
pelajar sering mengalami masalah untuk memahami sesuatu konsep
darab. Ini menyebabkan mereka tidak faham dan tidak boleh menguasai
kemahiran-kemahiran yang berikutnya Concept of Denisty, seterusnya
hilang minat untuk hadir ke kelas tambahan yang diadakan di sekolah
sehingga menjejaskan pencapaian murid dalam mata pelajaran
matematik. Murid sering mengalami miskonsepsi kerana membuat
tanggapan yang salah melalui pengalaman yang mereka lalui tanpa
bimbingan.

Selain itu, pelajar juga mudah lupa dengan apa yang mereka pelajari. Ini
berlaku kerana mereka tidak melalui proses pembelajaran yang
bermakna. Melalui kaedah kontruktivisme, pelajar diberi peluang untuk
meneroka sesuatu konsep dan ilmu melalui bimbingan guru, melalui
proses pembelajaran bermakna dan memperbetulkan konsep yang salah
dalam diri mereka. Ini dapat menjadikan mereka mengingati apa yang
telah mereka pelajari. Kebanyakkan pelajar suka menghafal sesuatu

2

konsep dan fakta tanpa memahamimya. Ini telah tersasar dari objektif
mata pelajaran Matematik di mana ilmu diperolehi dihafal tanpa
memahami konsep asas dan memberikan rasa perkaitan di antara setiap
kemahiran yang semakin meluas serta ilmu yang terhad. Dengan
menggunakan kaedah konstruktivisme yang di ajar semasa pembelajaran
di kelas tambahan dalam tajuk ini, diharap murid memperolehi
pengalaman pembelajaran yang bermakna dan memperbetulkan konsep
yang salah dalam diri mereka semasa pengajaran guru di waktu
persekolahan biasa dimana bersesuaian sekali dengan definisi
konstruktivisme di mana murid membina ilmu mereka sendiri secara
aktif. Oleh itu, minat murid terhadap mata pelajaran matematik akan
bertambah, kehadiran ke kelas tambahan memuaskan dan yang penting
membantu mereka menguasai konsep bagi meningkatkan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Matematik.

1. 2 Pernyataan Masalah

Matematik merupakan mata pelajaran yang abstrak yang sering
dianggap susah dan sukar difahami oleh sesetengah murid dan
adakalanya mata pelajaran ini dianggap membosankan. Kesukaran
murid memahami kandungan pelajaran sedikit sebanyak akan
meyebabkan mereka lemah dan mempengaruhi prestasi pencapaian serta
minat para murid dan malas untuk menghadiri kelas tambahan bertujuan
untuk membantu mereka di luar waktu persekolah. Tambahan pula,
kebanyakan murid mempelajari Matematik hanyalah sekadar untuk lulus
peperiksaan semata-mata. Murid seolah-olah tidak dapat melihat
perkaitan ilmu Matematik dengan kehidupan seharian. Pembelajaran
konsep dan prisip Matematik tidak dapat difahami oleh murid dengan
mudah. Situasi ini menjadikan murid kurang bermotivasi untuk
mengahadiri kelas tambahan belajar Matematik. Hal ini diperlihatkan
dalam pencapaian murid yang kurang memuaskan dalam ujian bulanan
mahupun peperiksaan.


3

Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu
faktor murid pasif, kurang memberi perhatian dan kurang berinteraksi
dengan rakan sekelas. maka kajian ini adalah penting menentukan sejauh
mana keberkesanan pembelajaran meningkatnya prestasi pencapaian
mereka dalam mata pelajaran Matematik.


1. 3 Objektif Penyelidikan

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

1. Mengkaji sejauh manakah keberkesanan kaedah konstruktivisme
dapat membantu kefahaman pelajar dan membatulkan miskonsepsi
dalam mempelajari topik darab dalam lingkungan 100 000 bagi pelajar
tahun lima Sekolah kebangsaan Machang Bubok II.

2. Mengkaji sama ada kaedah ini dapat meningkatkan minat murid
dalam mempelajari topik darab dalam lingkungan 100 000.

1. 4 Persoalan penyelidikan

Persoalan kajian ini adalah seperti berikut :

1. Sejauh manakah keberkesanan konstruktivisme membantu
meningkatkan kefahaman dan pencapaian murid tahun lima dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk darab dalam lingkungan
100 000.

2. Adakah kaedah ini dapat meningkatkan minat murid dalam
mempelajari topik darab dalam lingkungan 100 000 sewaktu
pembelajaran kelas tambahan tahun lima.


4

Tinjauan Keberkesanan
Pengajaran Dan Pembelajaran
Miskonsepsi (Soal Selidik)
Kaedah
pengajaran biasa
sebelum menggunakan
kaedah konstruktivisme
Pengajaran Secara
Penerangan
Nota
Latihan
Aplikasi Idea Baru
Penstrukturan
Semula Idea
Uji Idea Melalui
Aktiviti Mencabar
Pengetahuan Sedia ada
Kaedah
Konstruktivisme
Refleksi Idea
Lama dan Baru
Ujian Pos
Analisis Keberkesanan
1. 5 Rangka kerja


















Ujian Pra

5

1. 6 Kepentingan penyelidikan

Adalah diharapkan hasil penyelidikan ini dapat memberi maklumat
kepada guru tentang kepentingan dan keberkesanan pendekatan kaedah
konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
mengatasi kelemahan murid dalam matematik. Kajian ini diharapkan
membolehkan guru memperbaiki pendekatan pengajaran agar lebih
berpusatkan murid dan lebih bermakna supaya dapat membantu murid
yang hadir kelas tambahan ini menguasai objektif pengajaran. Murid
perlu diberi ruang dan peluang yang maksimum untuk meneroka dan
memahami ilmu matematik secara berdikari dan seronok sebagaimana
yang dihasratkan. Hasil daripada pendekatan ini membolehkan murid
terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran, lebih memahami dan
mengingati pelajaran.

Kajian ini juga penting kepada para guru dan pihak sekolah dengan
melihat sejauhmana pendekatan konstruktivisme dapat meningkatkan
minat murid terhadap mata pelajaran matematik dan sekali dapat secara
tidak lansung dapat mengatasi kelemahan mereka terhadap matematik.
Ia juga berguna kepada pentadbir sekolah dan Panitia Matematik yang
ingin mengetahui sama ada pembelajaran secara konstruktivisme ini
sesuai diberi penekanan atau sebaliknya di sekolah mereka. Hasil
dapatan daripada kajian ini juga memberi peluang kepada guru memilih
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan efektif.
Seterusnya, lebih ramai murid akan menunjukkan minat dalam
mendalami ilmu berkaitan matematik. Secara tidak langsung, mutu
pengajaran dan pembelajaran yang dipertingkatkan ini dapat membantu
menarik minat murid untuk hadir ke sekolah pada setiap hari
persekolahan dan kelas tambahan yang berjadual kerana merasakan
pembelajaran mereka lebih bermakna.
Hasil kajian ini juga diharapkan dapat mengubah persepsi murid
terhadap mata pelajaran Matematik dengan menyifatkan Matematik itu
sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya menyukarkan. Sikap dan

6

budaya penerokaan dalam Matematik diharapkan boleh dikembangkan
dan diterapkan di kalangan murid-murid dan guru-guru. Mutu
pengajaran akan dapat dipertingkatkan bagi memastikan ia memberi
peningkatan dalam pemahaman murid dan seterusnya membantu
mengatasi kelemahan mereka.
Seterusnya, hasil dapatan kajian ini akan digunakan untuk:
(a) memberi peluang kepada murid membina pengetahuan baru
dengan melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar
(b) menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan
eksperimen
(c) menggalakkan interaksi dua hala antara murid dengan murid
lain serta murid dengan guru
(d) memberikan idea kepada guru menggunakan kaedah pengajaran
konstruktivisme untuk meningkatkan prestasi dan minat murid
terhadap matematik
(e) menyokong pembelajaran secara koperatif
(f) dapat memantapkan minda dengan penyelesaian masalah

1. 7 Skop penyelidikan


1. 8 Batasan penyelidikan

Kajian yang dijalankan ini terhad kepada beberapa batasan ketika
pelaksanaan dijalankan. Kajian ini berbentuk eksperimen dan bertujuan
untuk menentukan samada terdapat kesan melalui pembelajaran
konstruktivisme dalam mengatasi kelemahan murid dalam mata
pelajaran matematik dalam pembelajaran di kelas tambahan. Kajian ini
hanya melibatkan kumpulan yang kecil iaitu 2 buah kelas tahun lima di
sebuah Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II. Oleh itu, kajian ini
tidak dapat digeneralisasikan kepada semua murid sekolah ini. Kajian
yang dilaksanakan ini juga terbatas kepada topik tertentu yang dipilih

7

dalam kurikulum Matematik Tahun 5. Maka, keberkesanannya tidak
dapat dilihat terhadap keseluruhan kandungan sukatan pelajaran
Matematik Tahun 5.
Faktor masa juga menjadi salah satu batasan kajian yang
dihadapi. Tempoh masa kajian yang terhad menyebabkan kajian perlu
dilaksanakan dengan bijak dan teratur bagi mendapatkan hasil. Tugas
sebagai seorang guru, dan juga pengkaji perlu diagih dengan sebaik
mungkin supaya tiada keciciran menajalankan tugas berlaku ketika
melaksanakan kajian.
Keputusan yang diperoleh daripada kajian ini adalah berdasarkan
kepada murid yang terlibat dengan kelas tambahan tahun lima sahaja.
Maka, kesimpulan menyeluruh terhadap keberkesanan pendekatan
pengajaran yang dilaksanakan ini tidak boleh dianggap sebagai satu
kesimpulan yang muktamad dan jitu.
Kajian ini hanya tertumpu kepada hubungan pendekatan
pengajaran-pembelajaran dalam mengatasi kelemahan murid dan dapat
menarik minat murid terhadapa mata pelajaran matematik. Fokus hanya
diberikan terhadap perkara yang dikaji. Faktor latar belakang keluarga,
persekitaran sekolah dan hubungan sosial pelajar terhadap prestasi
pencapaian murid.

1. 9 Definisi Istilah

a) Keberkesanan
Kesan adalah sesuatu tindakan atau hasil tindakan menyebabkan sesuatu
perubahan berlaku. Keberkesanan merujuk kepada keupayaan untuk
mewujudkan hasil atau perubahan yang diingini.

b) Pendekatan Kontruktivisme
Satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada
pembentukan pemahaman pelajar dalam sesuatu perkara yang diajar.
Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Ia juga merujuk

8

kepada cara murid membina dan mengembangkan idea. Murid diberi
ruang dan peluang untuk memahami kemahiran yang diajar secara
pembinaan kefahaman oleh mereka sendiri.


c) Mengatasi Kelemahan murid
Menangani pelajar yang tidak berupaya menguasai sesuatu isi pelajaran


d) Menarik Minat
Kecenderungan, kesukaan, keinginan atau gemar terhadap sesuatu
perkara.

g) Pencapaian
Pencapaian murid dalam kajian ini diukur berdasarkan hasil ujian pos
yang dilaksanakan setelah tamat tempoh pembelajaran yang dijalankan.

h) Kajian eksperimental
Sebuah eksperimental ialah satu situasi dalam penyelidikan di mana
sekurang-kurangnya satu pembolehubah yang dipanggil pembolehubah
eksperimental di manipulasikan oleh penyelidik. Corak eksperimental
pula ialah struktur di mana pemboleh ubah disusun, dibina dan
diletakkan.

h) Konsep darab
operasi darab membawa maksud menambah nombor yang sama
berulangkali atau satu susunan atau pameran segiempat tepat.

i) Simbol Darab
Menggunakan simbol X di dalam ayat matematik. Murid perlu
berhati-hati dengan simbol darab yang melibatkan operasi Matematik.

j) Kognitif

9

Kognitif ialah kebolehan untuk memikirkan dan membezakan sesuatu. Ia
berkaitan dengan pemikiran seseorang.

k) Konstruktivisme
Konstruktivisme ialah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan pembinaan pemahaman sendiri melalui pengalaman.

l) Miskonsepsi
Miskonsepsi ialah salah tanggapan tentang sesuatu konsep. Contohnya
dalam tajuk darab dalam lingkungan 100 000, murid selalu keliru
dengan penyusunan nombor - nombor. Murid tersalah konsep apabila
meletakkan nombor yang tidak mengikut nilai tempat yang betul.

m) Responden
Responden ialah seseorang yang memberi maklumat. Dalam kajian ini
murid tahun lima boleh dianggap sebagai responden kerana mereka
dapat memberikan banyak maklumat.

n) Struktur
Struktur ialah susunan sesuatu atau pun cara penyusunan sesuatu.




10

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
Pendekatan pengunaan kaedah dan strategi pengajaran akan
menjadi lebih lengkap apabila guru melibatkan teori-teori pengajaran
dan pembelajaran. Guru boleh meninjau sejauh mana keberkesanan
sesuatu pengajaran dan pembelajaran apabila guru mengaplikasikan
penggunaan teori-teori yang dipilih. Menurut Arif Sukardi (1987), teori
pembelajaran memainakan peranan yang penting kepada guru kerana
melalui teori-teori ini, guru akan lebih memahami proses pembelajaran
yang berlaku dalam diri muridnya, memahami faktor yang
mempengaruhi dan mempercepatkan proses pembelajaran pelajar.
Sehubungan dengan ini, salah satu teori yang sesuai untuk proses
pengajaran dan pembelajaran ialah teori konstruktivisme.

Pendekatan konstruktivisme merupakan salah satu pendekatan
pengajaran yang dicadangkan. Kajian yang berbrntuk kajian eksperimen
mengkajisejauh mana keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalam
mengatasi kelemahan murid dalam mata pelajaran matematik dan
menarik minat murid terhadap matematik tahun empat khususnya.
Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan tentang pengenalan
pembelajaran konstruktivisme, ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme,
pembelajaran secara konstruktivisme, faktor-faktor yang diambil kira
dalam pembelajaran konstruktivisme, prinsip-prinsip asas teori
konstruktivisme, peranan guru dan murid dalam kelas konstruktivisme
dan kajian-kajian lalu yang berkaitan dengan konstruktivisme.

2.2 Literatur berkaitan
2.2.1 Pengenalan Pembelajaran konstruktivisme
Pendekatan konstruktivisme menyatakan bahawa murid belajar dan
membina pengalaman dan pengetahuan lepas yang bermakna tentang
apa yang dipelajari. Dalam erti kata lain, murid-murid perlu membina

11

pengetahuan mereka sendiri terhadap kemahiran yang diajar. Fahaman
konstruktivisme yang dicetus dari teori kognitif Piaget (1952) yang
menekankan kepada keperluan murid membina pengetahuan secara
aktif, bukannya menyerap secara pasif pengetahuan yang disampaikan
oleh guru. Menurut McBried & Brandt(1997), konstruktivisme adalah
satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang
bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap
individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima
pengetahuan daripada orang lain.

Manakala menurut Arends, R.I (1997), pembelajaran secara
konstruktivisme ini boleh ditakrifkan sebagai satu fahaman bahawa
murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam teori
konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru.
Hal ini kerana murid perlu berinteraksi dengan bahan dan peristiwa
untuk memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut.
Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian
kepada masalah. Automi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan
digalakkan (Sushkin,1999).

Dalam konteks tempatan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM 2001)
memetik takrifan Nik Azis Nik Pa (1999) tentang konstruktivisme
seperti di bawah :
Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap
pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini
bermakna bahawa sesuatu pengetahauan yang dipunyai oleh seseorang
individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu
tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima
secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan
daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu lain.
Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan
menggunakan pengalamannya secara terpilih.

12


Manakala Briner, M (1999) berpendapat bahawa murid membina
pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikan kepada situasi
baru dan mengintegrasi pengetahuan baru yang diperolehi dengan
membina intelektual yang sedia ada.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), pembelajaran
konstruktivisme menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis. Ia menggalakkan murid berfikir untuk menyelesaikan masalah,
menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi
pelbagai kemungkinan dan cabaran, misalnya dalam aktiviti
penyelidikan dan penyiasatan.

Amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah amat penting
dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Amalan-amalan guru dalam
melaksanakan kurikulum matematik KBSR dapat dilihat dari laporan-
laporan Jemaah Nazir Persekutuan (JNS,1996). Antara laporannya
menyatakan Pada keseluruhannya, pengajaran masih berpusatkan guru
dan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran amat terhad. Aktiviti
yang dapat menggalakkan penglibatan murid dalam pembelajaran
kurang digunakan.

Pembentukan pengetahuan baru lahir daripada gabungan pembelajaran
terlebih dahulu. Pembelajaran ini menggalakkan murid-murid mencipta
penyelesaian mereka sendiri dan menguji dengan menggunakan
hipotesis-hipotesis dan idea-idea baru. Pandangan ini bertitik tolak
daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan
seterusnya konstruktivisme. Ciri-ciri teori tersebut ditunjukkan seperti di
bawah:

Ciri-ciri
Pembelajaran
Ciri-ciri
Pembelaja
Ciri-ciri
Pembelajaran

13

Behaviorisme

ran
Kognitivis
me
Konstruktivis
me
Menek
ankan
tingkahlaku
yang boleh
diperkatikan
Perlaku
an boleh
Diperkukuh/
dihentikann
melalui
ganjaran
atau
hukuman
P
engetahuan sedia
ada dan perubahan
yang berlaku
dalam minda
murid tidak perlu
diambil tahu
Semua
idea dan
Imej dalam
minda
individu
diwakil
melalui
skema
Ma
klumat
baru akan
diterima
jika ia
sesuai
Jika
maklumat
baru tidak
sesuai,
maklumat
diolah
Atau dibuat
pengubahsuai
an
skema


Pengetahu
an dibina
sendiri oleh
murid
secara aktif

berdasarkan

pengetahuan
sedia
ada


2.2.2 Pendekatan Pembelajaran konstruktivisme
Secara ringkasnya, konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid
membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan

14

pengetahuan sedia ada. Dalam proses ini, pengetahuan yang diterima
disesuaikan oleh murid dengan pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan baru (PPK, 2003).
Pendekatan secara konstruktivisme dapat dibahagikan kepada lima
peringkat iaitu:
a) Penglibatan(Engage);
b) Penjelajahan(Explore);
c) Penerangan(Explain);
d) Penghuraian(Elaborate);dan
e) Penilaian(Evaluate)

Jadual di bawah menunjukkan penerangan tentang lima peringkat
dalam pendekatan secara konstruktivisme
PERINGKAT PENERANGAN
Penglibatan
(Engage)
Simulasi perasaan ingin tahu murid melalui
pemberian topik atau konsep, tugasan,
memupuk minat dan membangkitkan
persoalan.
Penjelajahan
(Explore)
Bertujuan untuk memuaskan perasaan ingin
tahu melalui penggunaan pendekatan inkuiri
untuk menjelajah dan menyiasat, melalui
eksperimen, menggalakkan murid untuk
bekerjasama dan menyoal.
Penerangan
(Explain)
Pendekatan yang melibatkan definisi konsep
dan pernyataan. Pertanyaan tentang
penerangan orang lain dan membuat
pertimbangan dan penjelasan.
Penghuraian
(Elaborate)
Memperdalamkan lagi konsep ke dalam
sudut kandungan yang lain. Murid akan
menghubungkaitkan dan melihat
perhubungan sesuatu konsep atau topik
dalam sudut kandungan yang lain dan
membuat perkaitandengan konsep/ topik ke

15

dalam situasi dunianya.
Penilaian
(Evaluate)
Menilai pemahaman murid melalui
demonstrasi pemahaman dan kemahiran
atau konsep pengetahuan. Mengemukakan
soalan terbuka.

2.2.3 Faktor-faktor Penting Yang Perlu Diambil Kira Dalam
Pembelajaran Konstruktivisme

Faktor-faktor penting yang perlu diambilkira dalam pembelajaran
konstruktivisme adalah (Driver & Bell, 1985):
a. Output pembelajaran tidak sahaja bergantung kepada
persekitaran pembelajaran tetapi pengalaman, sikap dan matlamat
pelajar yang terlibat;
b. Proses konstruksif melibatkan hubungan di antara ilmu atau
pengalaman lepas dengan proses membentuk, memeriksa dan membina
idea dan hipotesis;
c. Pembelajaran melibatkan pembinaan ilmu melalui pengalaman
dengan persekitaran fizikal melalui interaksi sosial;
d. Ia juga melibatkan pengorganisasian semula idea-idea;
e. Proses pembelajaran bukan sesuatu yang pasif. Pelajar
mempunyai matlamat dan boleh mengawal pembelajaran mereka
sendiri; dan
f. Makna yang telah dibentuk tidak semestinya membawa
kepercayaan.
Maka, konsep konstruktivisme yang boleh digunakan dalam bilik darjah
adalah dengan syarat ianya:
a. mengaitkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada pelajar
dengan konsep yang diperkenalkan kepada mereka;

16

b. membina konteks dalam menerangkan sesuatu konsep atau
simbol di dalam darjah;
c. menggunakan peralatan seperti objek yang dapat
dimanipulasikan oleh pelajar dalam membina kefahaman mereka; dan
d. menekankan penggunaan konsep itu dalam kehidupan seharian
pelajar.


2.2.4 Prinsip-prinsip asas Teori Konstruktivisme
Brooks & Brooks (1999) menggariskan 5 prinsip dalam bilik darjah
berpendekatan konstruktivisme.
a. Guru bertanya dan menghargai pandangan murid. Dalam bilik
darjah konstruktivis, pandangan murid adalah panduan kepada guru
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
b. Aktiviti dalam bilik darjah konstruktivis mencabar pandangan
murid. Semua murid mempunyai pengalaman sedia ada mereka yang
membentuk pandangan mereka mengenai kebenaran persekitaran
mereka. Pengalaman bermakna dalam bilik darjah akan mengukuhkan
pengetahuan mereka mengenai persekitaran ataupun menyangkal
pandangan murid mengenai alam sekeliling mereka.
c. Guru mengemukakan masalah yang bersesuaian. Kesesuaiana,
makna dan minat tidak wujud secara automatik dalam sesuatu mata
pelajaran. Kesesuaian sesuatu masalah bergantung kepada murid. Oleh
itu, bagi guru konstruktivis, pembelajaran adalah berpusatkan murid dan
penstrukturan pembelajaran dalam bilik darjah akan membina makna
kepada pelajar.
d. Kurikulum dilaksanakan secara makro kepada mikro dengan
berfokuskan konsep utama. Kebanyakan kurikulum dilaksanakan
sebagai sebahagian kecil yang tidak ada kesinambungan dengan murid.
Murid menghafal maklumat untuk lulus dalam peperiksaan. Dalam bilik
darjah konstruktivis, guru akan mencabar murid dengan masalah yang
bertemakan konsep utama untuk dijadikan panduan murid dalam
penyiasatan.

17

e. Penilaian murid adalah berdasarkan pengajaran harian. Guru
konstruktivis tidak melihat penilaian sebagai proses akhir pengajaran
dan pembelajaran. Penilaian berterusan diamalkan dalam bilik darjah.
Penilaian boleh dilakukan semasa murid-murid melaksanakan
penyiasatan dan melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.


2.2.5 Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), ciri-ciri pembelajaran
secara konstruktivisme adalah seperti berikut:
i. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan guru
ii. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama
penting dengan hasil pembelajaran
iii. Menyokong pembelajaran secara koperatif
iv. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
v. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan
baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi
dunia sebenar
vi. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan
eksperimen
vii. Mengambil kira tentang dapatan kajian bagaimana murid belajar
sesuatu idea
viii. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
ix. Menggalakkan soalan dan idea yang dimulakan oleh murid dan
menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

2.2.6 Peranan Murid Dalam Pembelajaran Konstruktivisme
i. Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu
kemudian dengan sendiri membuat analisis dan menjawab soalan-soalan
itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri
dan boleh menyelesaikan masalah.

18

ii. Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.
Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan
idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat
mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina
asas pengetahuan yang mereka faham.
iii. Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan
berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan
peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui
perbincangan dalam kumpulan.
iv. Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif
atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

2.2.7 Peranan Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme
i. Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta
menghargai pandangan mereka.
ii. Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.
iii. Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada
kehidupan mereka.
iv. Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas bukan
hanya dalam bentuk ujian bertulis.
v. Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk
penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis.
vi. Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
vii. Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan
bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.
viii. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab
soalan setelah soalan dikemukakan.
ix. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat
perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan.
x. Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan
tugasan tertentu.

2.2.8 Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme

19


a) Kemahiran berfikir murid lebih berkembang
Semasa proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk
menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang
bijak dalam menghadapi pelbagai cabaran. Contohnya kemahiran
berfikir murid dapat dikembangkan melalui aktiviti penyelidikan dan
penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat,
memproses data, membuat interprestasi dan membuat kesimpulan.

b) Ingatan murid akan lebih kekal
Setelah memahami sesuatu konsep, ingatan murid terhadap konsep
tersebut akan bertahan lebih lama kerana mereka terlibat secara aktif
dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang
diterima untuk membina pengetahuan baru.

c) Murid akan lebih faham dan jelas terhadap konsep yang
disampaikan
Apabila murid terlibat secara langsung dalam membina pengetahuan
baru, kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea akan bertambah.
Seorang murid yang memahami apa yang dipelajarinya akan
memudahkannya mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam
kehidupan dan situasi yang baru.

d) Keseronokan murid bertambah
Dalam pembelajaran konstruktivisme, murid membina sendiri
pengetahuan, idea dan konsep secara aktif. Ini menjadikan pembelajaran
mereka lebih bermakna, seronak dan keinginan mereka untuk terus
belajar akan bertambah walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan
rintangan.

e) Peningkatan keyakinan murid
Keyakinan murid akan bertambah kerana mereka diberi ruang dan
peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu

20

perkara di samping mencubanya dalam menyelesaikan masalah situasi
baru.

f) Kemahiran sosial murid ditingkatkan
Murid akan memperluaskan kemahiran sosial mereka semasa berinterasi
dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru. Murid
yang berkemahiran sosial akan mampu menyesuaikan diri dengan rakan-
rakan dan guru dalam menghadapi masalah dan cabaran.

2.3 Kajian berkaitan
Terdapat banyak kajian tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah
Matematik menunjukkan bahawa murid membina ilmu pengetahuan
berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan ilmu pengetahuan bukan
diterima secara pasif melalui deria atau komunikasi. Kajian
menunjukkan bahawa pengajaran mempengaruhi apa yang dipelajari
oleh murid, tetapi tidak menentukan apa yang sebenarnya dibina oleh
murid (Aida Suraya Aj Md. Yunus & rakan, 2002)

Pendekatan konstruktivisme merupakan salah satu bidang kajian yang
mendapat perhatian ramai penyelidik. Abdul Razak (1993) dalam
kajiannya mendapati bahawa minat para murid terhadap matematik
bergantung kepada cara pengajaran yang dilakukan oleh guru.
Penekanan kepada pemahaman konsep mendatangkan rasa minat, dan
kesedaran dalam diri murid terhadap kepentingan matematik. Murid
didapati lebih berhait-hati, bekerjasama, mempercayai serta saling
menghormati antara satu sama lain.

Kajian eksperimental oleh Sarasvathi (2006) mendapati pendekatan
konstruktivis dapat meningkatkan pencapaian secara signifikan bagi
operasi asas matematik, operasi bergabung dan nombor bulat. Minat dan
keupayaan menaakul murid juga meningkat selepas diajar dengan
kaedah konstruktivis.


21

Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku pada kadar yang sangat
pantas. Ketika inilah kanak-kanak mula membina pengetahuan
matematik berdasarkan pengalaman dan pendedahan yang mereka
perolehi dalam persekitaran kehidupan seharian. Kajian Gelman dan
Gallistel (1978) mendapati kanak-kanak peringkat prasekolah telah
mampu menunjukkan kefahaman tentang bilangan dan konsep
keabadian nombor jika mereka didedahkan dengan pengalaman
persekitaran yang sesuai bagi mencabar minda mereka.

2.4 Rumusan
Berdasarkan hasil tinjauan literatur, saya dapat merumuskan bahawa
pembelajaran berasaskan konstruktivisme memberi kesan yang positif
terhadap mengatasi kelemahan murid dalam matematik, memupuk minat
dan sikap murid berbanding kaedah pengajaran secara langsung. Murid
yang diberi peluang untuk membina kefahaman baru bukan sahaja akan
lebih berkeyakinan terhadap apa yang dipelajarinya malah memberi
implikasi positif terhadap pembentukan sahsiah dan jati diri mereka.
Kajian yang lepas juga telah menunjukkan bahawa pendekatan
konstruktivisme adalah sesuai dan berkesan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Matematik. Kajian ini juga dapat mengkaji sejauh
mana keberkesanan kaedah konstruktivisme yang digunakan dapat
membantu murid yang selama ini lemah atau tidak berminat untuk terus
cemerlang dan meminati pelajaran Matematik.



22

BAB 3
METODOLOGI


3.1 Pengenalan

Berdasarkan tujuan kajian di atas, bab ini membincangkan mengenai
reka bentuk kajian, batasan kajian, populasi dan persampelan kajian,
instrumen dan prosedur kajian serta penganalisisan data. Bab ini turut
menerangkan prosedur yang digunakan untuk menjalankan kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk eksperimental. Bentuk kajian ini dipilih
kerana pengkaji dapat mengumpulkan maklumat dengan mudah.
Pengkaji akan mendapatkan maklumat tentang miskonsepsi dalam
kalangan murid melalui ujian pra yang dijalankan terhadap murid tahun
lima. Ujian pra dapat memberikan maklumat seperti pengetahuan sedia
ada murid, pencapaian dan miskonsepsi murid. Murid akan dibahagikan
kepada dua kumpulan kepada murid kumpulan A dan murid kumpulan
B.

Seterusnya, guru akan menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kepada dua kumpulan murid tadi dengan menggunakan
kaedah yang berbeza. Kumpulan A akan diajar dengan kaedah
tradisional manakala kumpulan B akan diajar dengan menggunakan
kaedah konstruktivisme. Setelah itu, ujian pos akan dijalankan.
Tujuannya ialah untuk membandingkan pencapaian pelajar dan
seterusnya menguji keberkesanan kaedah konstruktivisme dalam
meningkatkan kefahaman pelajar bagi tajuk ini.

Di samping itu, soal selidik akan dijalankan kepada murid bagi menilai
dan mengesan sikap, minat dan penglibatan murid dalam aktiviti

23

pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk darab dalam lingkungan 1000
dengan menggunakan kaedah ini.
Carta Alir Reka Bentuk Kajian

Reka Bentuk Kajian



3.3 Populasi dan Sampel Kajian
Lokasi kajian ini adalah di sekolah saya sendiri iaitu Sek Keb Machang
Bubok II, Pulau Pinang. Murid yang terlibat ialah pelajar tahun lima.
Bilangan murid yang terlibat ialah seramai 60 orang iaitu daripada dua
kelas. Satu kelas akan di ajar dengan kaedah tradisional dan satu kelas
lagi kaedah konstruktivisme.

Tinjauan Keberkesanan
P&P
Ujian Pra
Pelajar Kumpulan A
(Kaedah Tradisional)
Pelajar Kumpulan B
(Kaedah Konstruktivisme)
Ujian Pos
Analisis Keberkesanan

24




3.4 Alat alat Kajian
Terdapat beberapa instrumen yang telah di pilih, antaranya ialah:

a) Borang maklumat pelajar
Bahagian ini mengandungi maklumat tentang latar belakang pelajar.
Maklumat yang diperlukan termasuk nama, jantina dan markah ujian
terkini. Borang ini bertujuan untuk mengenalpasti pelajar dan
pencapaian mereka.

b) Ujian pra
Ujian pra diberikan sebelum kajian dijalankan. Ujian ini dapat memberi
maklumat tentang pencapaian pelajar. Selain itu ia dapat memberi
maklumat tentang pengetahuan sedia ada murid.

c) Ujian pos
Ujian ini dijalankan selepas kajian dijalankan bertujuan untuk menguji
keberkesanan kaedah yang telah dijalankan.

d) Soal selidik kepada pelajar
Soal selidik akan diberikan kepada pelajar kumpulan eksperimen untuk
mengesan dan menilai sikap, minat dan penglibatan murid terhadap
kaedah ini.

e) Temu bual
Temu bual secara tidak langsung turut dilakukan terhadap murid bagi
mendapatkan beberapa maklumat seperti minat dan pemahaman murid.

3.5 Tatacara Pengutipan Data

Pengumpulan data kajian akan dijalankan dalam dua peringkat, dimana
peringkat pertama melibatkan ujian pra dan peringkat kedua melibatkan

25

ujian pos. Kertas soalan ini dikumpulkan oleh guru untuk diperiksa, skor
diberikan dan direkodkan.


Kadar skor Nilai
skor
Jika jawapan yang diberikan adalah
betul
2
Jika jawapan yang diberikan adalah
salah
0


Bagi kajian ini, pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji di
dalam kelas tahun tiga. Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan
di mana satu kumpulan dari sebuah kelas dan satu kumpulan lagi dari
kelas yang berbeza. Kumpulan itu dinamakan kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan. Kumpulan kawalan akan diajar dengan
menggunakan kaedah tradisional manakala kumpulan eksperimen akan
diajar dengan menggunakan kaedah konstruktivisme.

Pada mulanya guru akan mengedarkan borang maklumat murid untuk
mendapat maklumat seperti nama, jantina dan pencapaian mereka dalam
ujian lepas. Ini akan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Kemudian,
guru akan mengedarkan soalan ujian pra untuk mengenal pasti
miskonsepsi dalam kalangan pelajar. Mereka akan diberi masa selama 1
jam. Pelajar akan diingatkan agar tidak meniru kerana ia akan
mengganggu hasil kajian kerana keputusannya diragui.

Seterusnya guru akan menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Kumpulan kawalan akan diajar dengan menggunakan
kaedah tradisional manakala kumpulan eksperimen akan diajar dengan
menggunakan kaedah konstruktivisme. Selepas itu, ujian pos akan
dilakukan untuk mengkaji keberkesanan kaedah ini. Tujuannya ialah

26




Temu bual
untuk membandingkan pencapaian pelajar dan seterusnya menguji
keberkesanan kaedah konstruktivisme dalam meningkatkan kefahaman
murid bagi tajuk ini.

Guru akan mengedarkan soal selidik kepada pelajar kumpulan
eksperimen untuk mendapatkan maklumat mengenai sikap, minat dan
penglibatan dan kefahaman pelajar melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan kaedah konstruktivisme. Dalam
pada itu, pengkaji juga turut mengadakan temu bual dengan murid
secara tidak langsung untuk mendapat maklumat lebih lanjut. Akhir
sekali, segala

data yang telah dikumpul itu akan dianalisis untuk mendapatkan
kesahihan kajian ini dijalankan.














Carta aliran prosedur kajian

3.6 Tatacara Penganalisisan Data

5. Borang soal selidik
2.Ujian pra
4. Ujian pos
6. Analisis data
3. Kaedah pengajaran dijalankan
1. Borang maklumat
pelajar

27

Data yang dikumpulkan akan diproses. Nilai min, sisihan piawai dan
peratus akan dikira dan dianalisis, semua data dalam kajian ini akan
dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel.

3.7 Rumusan

Melalui hasil kajian ini, adalah diharapkan agar ia menjadi salah satu
panduan kepada guru agar dapat mengaplikasikan kaedah
konstruktivisme dalam membantu murid menguasai konsep, dan
seterusnya membantu membentuk kefahaman dan minat murid dalam
mengikuti mata pelajaran Matematik. Ia juga diharapkan agar membantu
guru-guru memahami tentang konstruktivisme iaitu mendapatkan
maklumat dan fakta-fakta tentang kaedah ini. Selain itu, ia dapat
menarik minat guru untuk menjalankan kaedah ini. Ia juga menjadi salah
satu alternatif kaedah yang berkesan kepada guru-guru Matematik.






28

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Melalui hasil kajian ini, adalah diharapkan agar ia menjadi salah satu
panduan kepada guru agar dapat mengaplikasikan kaedah
konstruktivisme dalam membantu murid menguasai konsep darab dalam
lingkungan 100 000, dan seterusnya membantu membentuk kefahaman
dan minat murid dalam mengikuti mata pelajaran Matematik. Ia juga
diharapkan agar membantu guru-guru memahami tentang
konstruktivisme iaitu mendapatkan maklumat dan fakta-fakta tentang
kaedah ini. Selain itu, ia dapat menarik minat guru untuk menjalankan
kaedah ini. Ia juga menjadi salah satu alternatif kaedah yang berkesan
kepada guru-guru Matematik bagi membantu murid yang lemah dan
diajar sewaktu kelas tambahan.
.

29

RUJUKAN

Abd. Razak Habib, Abdul Rashid Johar, Abdullah Md. Noor & Puteh Mohd
(1996). Pelaksanaan KBSM dalam Mata Pelajaran Matematik, Sains dan
Sains Sosial Di Sekolah. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar
Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM

Brooks, J.G. dan Brooks, M.G. 1999, In Search of Understanding. The case
of constructivist classroom. Diakses pada Oktober 29, 2010.
planet.time.net.my

Bruner, J. S. (1996). Studies in cognitive growth. New York : Wiley and Son

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Pembelajaran secara
konstruktivisme. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum

Nik Aziz Nik Pa (1999). Perkembangan Professional; Penghayatan
Matematik KBSR dan KBSM. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.scribd.com/doc/414320/Konstruktivisme
http://burhan-cikgubob.blogspot.com/2009/02/penggunaan-teori-
konstruktivisme-dalam.html


http://www.scribd.com/doc/10331287/konstruktivisme


http://www.scribd.com/doc/29524314/konstruktivisme

30

LAMPIRAN A

31

LAMPIRAN B

Anda mungkin juga menyukai