Anda di halaman 1dari 6

Skrip pengacaraan Majlis Hari Guru 2022

Bismillah…….

Ya Allah terangkan hatiku, mudahkan urusanku, bukakan ikatan lidahku fasihkan tuturku.

Yang Berusaha
Guru Besar Tn.Hj.Ashabullyamin bin Ismail ( GB SK RKT SL)

Yang diraikn,
Pn.Syarifah Norizan binti Syed Hassan
En.Azizi bin Abas
Pn.Balqis binti Hassan

Yang di hormati:
1. En.Hasrin bin Jamian : Penolong Kanan Pentadbiran
2. En.Mansor bin Samah ; Penolong kanan HEM
3. En. Azri bin Mohd Yamin : Penolong Kanan Kokurikulum
4. Naib yang dipertua PIBG
5. En.Johari dan Pn.Anita , pengusaha kantin yg disayangi

Rakan-rakan guru dan para jemputan yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera.


         
Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Hendak memberi tikarlah rotan,
Budi di kenang bakti di sanjung
Kekal subur dalam ingatan.
Selamat datang ke Majlis Jasamu dikenang budimu disanjung.

          Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya
dapat sama-sama kita berkumpul di sini untuk meraikan Majlis Jasamu dikenang budimu
disanjung, menghargai perkhidmatan sahabat kita yang bergerak ke sekolah lain demi
memenuhi tuntutan tugas.

Majlis ini juga mengalu-alukan kehadiran ahli keluarga baru yaang menjadi pelengkap
kepada barisan pentadbir sekolah ini, iaitu Cikgu Hasrin bin Jamian dan Cikgu Azri bin
Mohd Yamin.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini , kita mulakan dengan bacaan yassin dan tahlil
ringkas. Dipersilakan Cikgu Mansor bin Samah untuk memimpin bacaan .

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Mansor bin Samah. Semoga majlis
kita hari ini dilindungi dan diberkati Allah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Telus kata buat anak dara


Pesan jua si bujang resah
Tidak kira siapa pun dia
Pasti ada jasa yang dicurah

Para hadirin semua dijemput untuk menjamu selera hidangan yang telah tersedia. Majlis akan
disambung selepas itu. Terima kasih.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Panjang sungguh jambatan Pulau Pinang


Sempat berhenti di Tanjung Uban
Jasa kalian tetap dikenang
Semoga diberkati diredhai Tuhan
Majlis ini diteruskan dengan mendengar ucapan manis daripada Guru Besar , Cikgu
Asyahublyamin bin Ismail sempena majlis ini, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Asyahublyamin bin Ismail

Majlis seterusnya menjemput yang diraikan, En.Azizi bin Abas untuk menyampaikan sepatah
dua kata , pengubat rindu kepada semua, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Azizi, semoga cemerlang di tempat baru.

Seterusnya , saya dengan rendah hati menjemput dan mempersila Pn.Syarifah Norizan bt
Syed Hassan memberi ucapan mesra, kata-kata indah kepada kita semua, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn.Syarifah Norizan , semoga cemerlang dan ceria di tempat
baru.

Hadirin yang dimuliakan,

Orang berbudi kita berbahasa


Orang memberi kita merasa
Berbudi tenang-tenangan
Hadiah diberi tanda ingatan

Majlis dengan ini berbesar hati menjemput En.Azizi untuk tampil ke hadapan untuk
menerima cenderamata. Dipersilakan.

Kategori Kumpulan,
1. Group Gugurl
2. Kebirus
3. Kantin
4. Kedai buku
5. Pentadbiran
6. Pibg
Individu:
1. Zalifa
2. Zurin
3. Mansor
4. Salmiah
5. Kak Yong
6. Zulfikar

Terima kasih diucapkan kepada En.Azizi, semoga cenderamata yang diterima menjadi
kenang-kenangan dan ingatan sepanjang masa.

Seterusnya dijemput Pn. Syarifah Norizan bt Syed Hassan tampil ke depan untuk menerima
cenderahati ingatan dari kami. Dipersilakan.

Kategori Kumpulan,
1. Group Gugurl
2. Kebirus
3. Kantin
4. Kedai buku
5. Pentadbiran
6. Pibg

Individu:
1. Zalifa
2. Zurin
3. Ros & Afifah
4. Mansor
5. Salmiah
6. Kak Yong
7. Zulfikar

Terima kasih diucapkan kepada Pn.Syarifah , semoga cenderamata yang diterima menjadi
penerus kasih dan sayang.
Tidak dilupakan juga kepada insan yang sentiasa berbesar hati membantu guru-guru untuk
apa jua aktiviti sekolah walaupun beliau bukan guru rasmi. Dipersilakan Pn.Balqis untuk
menerima cenderahati dari kami.

Kategori Kumpulan,
1. Group Gugurl dan sekolah
2. Kedai buku

Individu:
1. Zalifa
2. Zurin
3. Ros & Afifah
4. Kak Yong

Terima kasih diucapkan kepada Pn.Balqis , semoga cenderamata yang diterima menjadi
pengerat silaturahim antara kita.

Tanam selasih ditepi halaman


Selasih berbunga buat hiasan
Terima kasih kami abadikan
Lewat sebuah cenderamata kenangan

Hadirin yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
sebagai penutup bicara,

Dagang singgah membeli kajang,


Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna  itu datangnya daripada Allah SWT
jua dan sama-samalah kita mensyukurinya .

Marilah sama-sama kita bersama-sama mengabadikaan hari ini di dalam potret


kenaangan terindah. Untuk itu dijemput semua untuk bergambar bersama-sama.

Sekian sahaja dari saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai