Anda di halaman 1dari 12

1

TEKS PENGACARAAN
MAJLIS PERSARAAN PN HJH RAFIAH BINTI JOHARI
TITIPAN MEMORI SEIKHLAS BUDI

PERKARA BUTIRAN CATATAN


Peringatan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Di sini terdapat beberapa pengumuman.


1. Hadirin diminta berdiri apabila pengacara mengumumkan ketibaan
tetamu kehormat.
2. Sila tetapkan telefon bimbit tuan-tuan dan puan-puan ke mod senyap
agar tidak mengganggu perjalanan majlis.
3. Dijemput barisan guru dan tetamu untuk mengambil tempat.

Terima kasih.

Ketibaan Tetamu KETIBAAN TETAMU (tunggu kompang dekat)


Mengumumkan ketibaan
1
2

Yang Diraikan Puan Hjh Norzaini Binti Ismail


diiringi barisan pentadbir masuk ke dalam dewan.

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Majlis diteruskan dengan bacaan doa.


Dijemput, Al-Fadil Ustaz Mohd Fuad bin Superi untuk memimpin
bacaan doa.
Falyatafaddhol, masykuro.
Selesai bacaan doa Amin Ya Rabbal `Alamin
Terima kasih diucapkan,
Kepada Ustaz Mohd Fuad bin Superi
atas bacaan doa itu tadi.
Kata alu-aluan
pengacara Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
2
3

Bismillahirrahmanirrahim.

Yang Berusaha
En Ismail bin Hussein
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia

Yang Diraikan
Puan Hjh Norzaini binti Ismail

Yang dihormati
Puan Roziyatun binti Abd Majid
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Norashikin binti Md Noh


Guru Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Puan Norhayati binti Nanang


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan jawatankuasa pengelola,

3
4

Yang dihormati,
Barisan guru- guru serta tetamu-tetamu jemputan dan warga dewan yang
dikasihi. Assalamualaikum wbt.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS


“Sekalung Budi Sejambak Kasih”!!

Buat makluman warga dewan, majlis ini diberi nama,


khusus bersempena persaraan Puan Hajah Norzaini bt Ismail.

Terlebih dahulu, marilah kita panjatkan rasa syukur, atas ruang dan
peluang, yang diberikan Allah SWT, untuk kita bersama-sama, meraikan
Puan Hajah Norzaini bt ismail, dalam majlis persaraan beliau.

Biarpun pandemik Covid-19 masih membadai negara kita, PadaNya jua


kita mohon perlindungan. Sekadar peringatan buat semua, patuhlah SOP
yang telah ditetapkan. Sama-sama kita cegah, dan amalkan norma baharu,
sepanjang majlis berlangsung.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
4
5

Begitulah yang boleh kita perkatakan, atas segala bakti, yang telah
dicurahkan oleh,
Yang Diraikan Puan Hajah Norzaini binti Ismail, sepanjang perkhidmatan
beliau, dalam dunia pendidikan.

Ucapan Wakil Tuan-tuan dan puan-puan,


Guru/Pentadbir
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Majlis seterusnya menjemput,


Yang Berusaha
En Ismail bin Hussein
Guru Besar SK Sinar Bahagia
mewakili barisan pentadbir, dan guru-guru, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

-----selesai ucapan GB-----


5
6

Terima kasih diucapkan kepada


En Ismail bin Hussein

atas ucapan, yang telah disampaikan, sebentar tadi.

Bacaan biodata Buah mengkudu buah bidara


(kalau ada) Mari disimpan di dalam dulang
Kalau tak ada terus Hari ini puan bersara
ke tayangan slide Jasa baik tetap dikenang

Warga dewan yang dikasihi,


Sebelum majlis mempersilakan Puan Yang Dirai,
moleklah kiranya, saya bacakan dahulu, latar belakang beliau, pada hari
yang berbahagia ini.

Warga dewan yang dikasihi,


Sebelum majlis mempersilakan Puan Yang Dirai,
Ucapan Marilah sama-sama kita saksikan tayangan slide yang akan ditayangkan
Yang Dirai sebentar lagi.

Menjunjung adat,
6
7

“yang datang disambut, yang pergi diiringi”,


majlis diteruskan, dengan rasa hormat dan kasih, menjemput,
Yang Diraikan
Puan Hajah Norzaini binti Ismail
untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada
Yang Diraikan
Puan Hajah Norzaini binti Ismail
atas ucapan sebentar tadi. Terima kasih juga atas perkongsian, dan nasihat
yang diberikan. Doakan kami, mudah-mudahan kami juga berpeluang,
menabur bakti sehingga, ke akhir tempoh perkhidmatan. InsyaAllah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
7
8

Tanjung Katong airnya biru,


Penyampaian Tempat mandi si dara jelita;
Cenderamata
1.Wakil Guru Sama sekampung lagikan rindu,
Penolong Kanan. Inikan lagi jauh dimata
2.Wakil Guru-guru
dan staf SK Sinar Hadirin sekalian,
Bahagia
3.Wakil PIBG Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata dari warga SK
Sinar Bahagia. Dengan ini majlis dengan sukacitanya menjemput yang
4.Wakil BKGK
diraikan Pn. Hjh. Rafiah bt Johari dengan diiringi oleh barisan pentadbir
5.Wakil Penyelia untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.
Kontrak
Pembersihan Hadirin sekalian,
Sekolah 1. Majlis dengan ini menjemput Pn Roziyatun bt Abdul Majid, wakil
6.Wakil Syarikat dari guru- guru penolong kanan.. Dipersilakan.
Keselamatan 2. Kita teruskan lagi dengan cenderamata dari guru-guru dan akp.
7.Wakil Pengusaha Dipersilakan.....(baca senarai atau sebut wakil)
Kantin SK Sinar 3. Seterusnya wakil dari pihak PIBG, dipersilakan
Bahagia 4. Seterusnya dipersilakan En.Ismail bin Yatim wakil dari BKGK.
5. Seterusnya wakil dari penyelia kontrak pembersihan sekolah.
8
9

8.Wakil Pengurus Dipersilakan.


Syarikat Mahnom 6. Seterusnya, wakil dari syarikat keselamatan.
9.Wakil Pengurus 7. Seterusnya dijemput Puan Anita selaku wakil daripada pihak
Galeri Buku SBC pengusaha kantin sekolah.
Sdn Bhd 8. Seterusnya wakil pengurus Syarikat Mahnom.
9. Dan tidak dilupakan juga wakil Pengurus Galeri Buku SBC Sdn.
Bhd. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Diraikan Pn Hjh Rafiah diatas kesudian menerima cenderamata itu
tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Sesi Fotografi Hadirin sekalian, majlis akan direruskan lagi dengan sesi fotografi
bersama yang diraikan Pn Hjh Rafiah bt Johari. Dengan itu diminta guru-
9
10

guru dan....untuk naik kepentas.

Jamuan makan Hadirin sekalian, sebelum kita menjamu selera majlis ingin menjemput,
ustaz Mohd Anas Akram bin Zainudin bagi membacakan doa,
dipersilakan.

Penutup
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul

Kita telah pun berada di hujung acara.

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
10
11

Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hjh


Rafiah bt Johari kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Puan bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

11
12

Majlis menjemput Yang Diraikan Pn Hajah Rafiah bt Johari dengan


diiringi oleh barisan guru- guru Penolong Kanan unutk ke pejabat bagi
sesi perakan waktu terakhir. Dipersilakan.
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu
`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

12

Anda mungkin juga menyukai