Anda di halaman 1dari 7

TEKS EMCEE MAJLIS PERSARAAN

Bil Perkara Catatan


1. Murid-murid dan para guru serta tetamu jemputan dijemput mengambil Murid dan tetamu
tempat duduk. mengambil tempat
2. Minta hadirin berdiri. Ketibaan Pn.
Faridah dan En.
Norazli
3 Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn. Faridahanim Bt. Khalid Nyanyian:
Dan En. Norazali B. Ariffin ke dalam dewan dengan diiringi oleh Pn. -Negaraku

Rozana Binti OM, Guru Besar SK Tanjung Tualang beserta dif2 -Negeri Perak

kehormat.
Hadirin diminta terus berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku dan
Lagu Negeri Perak.

-Hadirin sekalian dipersilakan untuk duduk.

4 Awal bismillah pembuka bicara, Salutasi


Ucapan aluan pemula acara; *take note tetamu

Selamat datang kata disua,


Bakti dijunjung di Budi disanjung majlis bernama.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakhatuh dan salam
sejahtera.
- Yang Diraikan En. Norazali B. Ariffin dan Pn. Faridahanim Bt.
Khalid
- Yang Berusaha Pn. Rozana Binti Om, Guru Besar SK Tanjung
Tualang
- Yang Dihormati En. Mohd Syazwan Bin M Shahferi, Yang dipertua
PIBG, SK Tg. Tualang,

- Yang dihormati,Encik Mohd. Fazar Bin Fadzillah Pengerusi


Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung, Kampung
Batu 8

- Yang Setia Kpl Nasrollezam bin Hassan ,Wakil Ketua Balai, Balai
Polis Tg Tualang

- Yang dihornati Barisan Penolong - Penolong Kanan SK Tg. Tualang,


Para Tetamu Jemputan, guru- guru, kakitangan sekolah dan para
pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat


kita berkumpul di Dewan ibnu Bathuthoh SK Tg Tualang. pada pagi
ini untuk menjayakan Majlis Bakti dijunjung Budi disanjung sempena
pesaraan Encik Norazali Bin Ariffin dan Puan Faridahanim Bt Khalid
Saya bagi pihak jawatankuasa mengucapkan salam ceria dan selamat
datang

KUNING EMAS MASAKNYA PADI,


MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI,
TERIMA KASIH DAUN KELADI,
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI

5 Dengan Bismillah lafaz dimula, Bacaan Doa


Dengan bismillah restu dipinta;,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.
Majlis dengan ini mempersilakan Adik Muhammad Akhyar Bin Mohd
Idris untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan –

- AMIN AMIN YARABBALALAMIN


Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

6 Hadirin hadirat yang dikasihi, Ucapan Ketua Murid


Bagi memulakan bicara, pihak majlis menjemput adik Nur Damia
Faqihah Binti Rosdi Ketua Murid SK Tg Tualang, bagi menyampaikan
ucapan wakil murid. Dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik Nur


Damia Faqihah Binti Rosdi, atas ucapan sebentar tadi.

7 Ucapan Guru Besar


Hadirin hadirat sekelian ,
Pihak majlis dengan penuh takzim, mempersilakan Yang Berusaha
Pn. Rozana Binti Om, Guru Besar SK Tanjung Tualang bagi
meneruskan bicara dipersada ucapan, Dipersilakan
majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Rozana Binti
Om, ucapan buat kenang-kenangan serta penuh bermakna
………………………..

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pn. Rozana binti Om
atas ucapan yang telah disampaikan
8 Hadirin Yang Dimuliakan, Ucapan YDP PIBG

Majlis Bakti Dijunjung Budi Disanjung Diteruskan Lagi. Dengan Itu,


Dipersilakan En. Mohd Syazwan Bin M Shahferi, Yang dipertua PIBG, SK
Tg. Tualang,g Untuk Menyampaikan Ucapan. Dipersilakan……….

-Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Syazwan


Bin M Shahferi,, atas ucapan sebentar tadi.

9. Hadirin yang dikasihi, Ucapan Encik


Norazali
Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai tuan kesatrian yang dirai,
Hulurkan mudah kata bersakti.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis dengan penuh bangga mempersilakan Encik Norazali Bin Ariffin


meneruskan tirai persada ucapan, menyampaikan amanat , untaian
kata kalungan wacana, salam perpisahan buat kenang-kenangan bagi
kami yang bakal ditinggalkan. Dipersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Norazali Bin


Ariffin atas ungkapan mesra meruntun jiwa yang bakal menjadi
kenang- kenangan…

10 Bunga Disemat Biru Nila, Ucapan Pn.


. Mari Diambil Di Tanjung Bidara, Faridahanim Bt
Dengan Hormat Kami Persila, Khalid
puan Tampil Mengungkap Bicara.

Persada Ucapan dimeriahkan lagi dengan bicara kata mengukir


kenangan perpisahan daripada Pn. Faridahanim Bt Khalid. Majlis
Dengan rasa Hormat Mesranya Mempersilakan
Jutaan terima kasih diucapakan kepada Pn. Faridahanim Bt Khalid atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
11 SUDAH BIASA KITA DENGARI, Watikah Persaraan
. PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI,
NAMUN TAK SAMA GURU YANG INI,
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tidak lengkap rasanya
majlis, tanpa mengenal empunya diri insan yang diraikan pada pagi
yang indah ini. Seterusnya sama – sama, kita dengarkan informasi
berkaitan mereka yang diraikan diikuti dengan persembahan
multimedia

SETERUSNYA, IZINKAN SAYA UNTUK MEMBACAKAN BIODATA


INSAN YANG DIRAI ………..

………………BACA BIODATA ENCIK NORAZALI ARIFFIN…………..


TAYANGAN VIDEO

Majlis Bakti Dijunjung, Budi Disanjung pada pagi ini diteruskan lagi dengan
sesi penyampaian watikah persaraan kepada Pn. Faridahanim dan En.
Norazli.

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Pn Rozana binti Om untuk naik ke pentas bagi
menyampaikan watikah persaraan.

Baiklah, dijemput Pn. Faridahanim untuk naik bagi menerima watikah


persaraan.

Seterusnya, majlis menjemput En.Norazli untuk naik ke pentas.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rozana binti Om atas penyampaian


watikah persaraan sebentar tadi.

12 Para hadirin yang dimuliakan, seterusnya, terimalah persembahan Tayangan


. multimedia khas ini buat tatapan kita bersama. Sebelum itu, marilah sama- Multimedia
sama kita dengarkan riwayat hidup tuan/puan yang diraikan hari ini
sepanjang perkhidmatan. Dipersilakan 1. Pn.Faridah
- Baca biodata
- Tayangan video

………………………………… BACA BIODATA ……………………………..


TAYANGAN VIDEO ENCIK NORAZALI
2. En.Norazli
SETERUSNYA; - Baca biodata
-Tayangan video
BANYAK DURI PERKARA DURI,
TIDAK SAMA DURI MENGKUANG,
BANYAK BUDI PERKARA BUDI,
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG.

………………………………… BACA BIODATA ……………………………..


TAYANGAN VIDEO PN FARIDAHANIM

Demikianlah tadi tayangan multimedia kenangan yang memaparkan sisi


peribadi dan perjalanan kerjaya Pn. Faridahanim dan En.Norazli. Majlis ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Farah dan Ustazah Safina
selaku penyedia tayangan multimedia sebentar tadi.
13 Hadirin sekalian, Ucapara potong kek
.
Sebagai simbolik kepada Majlis Bakti Dijunjung, Budi Disanjung kita pada
hari ini, majlis akan disempurnakan dengan sesi memotong kek.

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang diraikan Pn. Faridahanim


dan En. Norazli tampil bagi menyempurnakan acara simbolik majlis
persaraan pada hari ini.

(KEK MASUK)

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Pn. Rozana binti


Om untuk mengiringi Yang diraikan, Pn. Faridahanim dan En. Norazli
menyempurnakan acara memotong kek. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Rozana binti Om dan
Yang diraikan, Pn. Faridahanim dan En. Norazli.
14 Seterusnya sama-sama kita saksikan terlebih dahulu persembahan istimewa Persembahan murid
. daripada kumpulan koir murid Tahun 6. Dipersilakan. 1. Koir
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan kedua daripada 2. Tarian tahap 2
kumpulan tarian murid tahap 2. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

15 Kita beralih ke atur cara yang terakhir iaitu penyampaian hadiah sebagai Penyampaian
. kenang-kenangan kepada Pn. Faridahanim dan En. Norazli. Hadiah (En. Norazli)

Untuk itu, dipersilakan yang diraikan En. Norazli bin Ariffin untuk tampil *Take note
berdiri di atas pentas. Dipersilakan. - List hadiah rujuk
AJK Pendaftaran
Penyampaian cenderamata dan hadiah dimulakan dengan menjemput:

(LIST SENARAI HADIAH)

Terima kasih diucapkan kepada En.Norazli. Majlis menjemput En.Norazli


untuk mengambil tempat.
16 Seterusnya, dipersilakan yang diraikan Pn.Faridahanim binti Khalid untuk Penyampaian
. tampil berdiri di atas pentas. Dipersilakan. Hadiah (Pn.
Faridah)
Penyampaian cenderamata dan hadiah dimulakan dengan menjemput:
*Take note
(LIST SENARAI HADIAH) - List hadiah rujuk
AJK Pendaftaran
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Faridahanim. Majlis menjemput Pn.
Faridahanim untuk mengambil tempat.
17 Bertemu dan berpisah, adat manusia biasa, Penutup
. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa,
Berdoalah agar aman dan Sentosa,
Semoga berjumpa lagi di lain masa.

Majlis Bakti Dijunjung, Budi Disanjung berakhir di sini. Sebelum berpisah,


pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada para tetamu kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang
sudi hadir ke majlis pada hari ini. Mohon ampun dan maaf atas sebarang
kelemahan sepanjang majlis berlangsung.

Kepada Pn. Faridahanim dan En. Norazli, terima kasih atas segala jasa dan
budi yang telah dicurahkan sepanjang bertugas di SK Tanjung Tualang ini.
Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan kami, mohon dihalalkan
makan minum kami. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
diberikan kesihatan yang baik dan beroleh kebahagiaan di dunia dan di
akhirat.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
In sya Allah berjumpa lagi.
Selamat bersara. Segala kenangan akan terpahat menjadi memori
sepanjang zaman.

Sekian, assalamualaikum wbt.


18 Murid-murid diminta untuk berbaris di luar. Lambaian Kasih
.
19 Para tetamu dijemput untuk ke dewan terbuka bagi menjamu selera. Jamuan
.

Anda mungkin juga menyukai