Anda di halaman 1dari 8

CUE Teks

 
 
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Madam Lau Fui Keng
KETIBAAN
beserta dif-dif kehormat masuk ke dewan.
YANG
DIRAIKAN

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Yang Diraikan
Madam Lau Fui Keng
 
SALUTASI Yang Berusaha
En. Mohd Shuhaimi Bin Mohd Nordin,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota
 
Puan Zaripah Binti Rusoll,
Guru Penolong Kanan 1

Puan Normala Binti Sulaiman


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Indah Seri Binti Ismail


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Mohamad Iznan Bin Azmi


Guru Penolong Kanan RESOS

guru-guru dan warga SK Indera Mahkota sekalian.

KATA-KATA Hadirin yang dikasihi,.


ALUAN
 

Pakat bersama menunggang kuda,


                      Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
                  Bertemu berpisah  perencanaan-Nya.
 

Anak Cina main gelombang,


                Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
                Sentiasa hidup di dalam hati.
PENGACARA  
 
Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti
mengundang perpisahan. Hadirin, kita berkumpul pada hari ini
adalah untuk meraikan Madam Lau Fui Keng yang bakal
meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak terkira
di sekolah ini.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira begitulah juga


besarnya jasa Madam Lau sehingga tidak mampu untuk kami
membalasnya. Sekalung penghargaan diucapkan buat Madam Lau
Fui Keng yang diraikan atas kesudian menghadirkan diri. Tidaklah
seberapa majlis ini untuk meraikan Madam Lau yang hebat dan
megah kewibawaannya.

BACAAN DOA Hadirin para jemputan yang dihormati,


 
Bagi memberkati majlis kita ini, marilah kita mengaminkan bacaan
doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mohamad Riduan Bin
Abdullah.
Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Alfadhil Ustaz Mohamad Riduan Bin
Abdullah atas pimpinan doa sebentar tadi.

 
Para tetamu yang dihormati,
Duduk sekawan si burung unta,
                Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta,
                  Kata azimat pembuka kalam.
UCAPAN
PENGERUSI Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan
KELAB GURU mempersilakan, Puan Norisha Binti Mazlan, Pengerusi Kelab Guru
Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota untuk memberikan ucapan.
  Majlis mempersilakan.

–     Terima kasih diucapkan kepada Puan Norisha Binti Mazlan atas
kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Para tetamu yang dikasihi,


 
Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan, Yang
Berusaha, Encik Mohd Shuhaimi Bin Mohd Nordin, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.
UCAPAN GURU
BESAR
 

–    Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar,


Encik Mohd Shuhaimi Bin Mohd Nordin atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

UCAPAN YANG  Hadirin yang dikasihi,


Jangan tertawan alpa duniawi,
              Hanya indah serupa mimpi,
Duhai tuan kesatria dirai,
          Hulurkan madah kata bersakti.

DIRAI Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.


(Madam Lau Fui
Keng) Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan
Yang Diraikan, Madam Lau Fui Keng untuk menyampaikan ucapan
beliau.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan


yang diraikan menyampaikan ucapan sebentar tadi

  Para tetamu yang dihormati,


TAYANGAN
MULTIMEDIA Sudah teradat si anak lelaki,
Mati berjuang berundur jangan,
  Berani kami menjunjung adat,
Bukan memberi kata dan puji,
  Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.
   

  Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan


multimedia yang telah disediakan. Dipersilakan.
 
–       Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan
  multimedia sebentar tadi.
 

BIOGRAFI (Rujuk teks Biografi)

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
PERSEMBAHAN saksikan persembahan video daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan
Indera Mahkota.
MURID DALAM
BENTUK VIDEO
-Terima kasih atas persembahan video sebentar tadi

PERASMIAN Hadirin yang dikasihi,


PONDOK  
THE Kita beralih ke acara seterusnya. Untuk itu, pihak majlis menjemput
WONDERLAND dan mempersilakan, Madam Lau Fui Keng diiringi Yang berusaha
Encik Mohd Shuhaimi Bin Nordin, Guru Besar SK Indera Mahkota
untuk menyempurnakan acara perasmian Pondok The Wonderland
Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota. Majlis mempersilakan.

 
–  Begitulah tadi penyempurnaan acara perasmian Pondok The
Wonderland Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota. Pihak majlis
merakamkan ucapan terima kasih.

Majlis menjemput dan mempersilakan Encik Mohd Shuhaimi bin


Mohd Nordin Guru Besar Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota
diiringi Guru Penolong Kanan 1, Puan Zaripah Binti Rusoll untuk naik
ke pentas bagi menyempurnakan acara seterusnya.
GIMIK
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Madam Lau Fui
Keng untuk naik ke pentas bagi menerima cenderamata kenang-
kenangan ikhlas daripada________________

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan penyerahan voucher percutian di Swiss Garden


HADIAH sumbangan daripada guru, staf dan PIBG SK Indera Mahkota. Untuk
makluman, pakej percutian di Swiss Garden ini termasuk pakej urutan
istimewa buat Madam Lau supaya dapat berehat dan memanjakan diri di
sana.

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, En Mohd Shuhaimi Bin Mohd
Adnan dan Penolong Kanan 1, Puan Zaripah Binti Rusoll atas
penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Seterusnya dijemput wakil panitia yang ingin menyampaikan cenderama


kepada Madam Lau untuk tampil ke hadapan.

-Terima kasih kepada semua wakil panitia dan yang diraikan Madam Lau
atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Hadirin Sekalian,
Dara rupawan tersenyum manis,
petik kenanga kuntum delapan,
Hadirnya tuan penyeri majlis,
molek kiranya susuli ucapan.
Majlis seterusnya menjemput Cik Rabiatul Arfah binti Azizul, guru praktikal
untuk menyampaikan ucapan sempena hari terakhir beliau di sini.

Seterusnya dijemput Guru Penolong Kanan 1 Pn Zaripah bt Rusoll diiringi


Puan Normala Binti Sulaiman untuk menyampaikan hadiah kepada,
Rabiatul Arfah Binti Azizul

-Terima kasih kepada Pn Zaripah Bt Rusoll dan Puan Normala Binti


Sulaiman atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Guru besar dan


barisan pentadbir untuk mengiringi Yang diraikan, Madam Lau Fui
Keng bagi menyempurnakan acara pemotongan kek. Dipersilakan.

–  Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru besar,


barisan pentadbir dan Yang diraikan, Madam Lau Fui Keng atas
POTONG KEK penyempurnaan acara pemotongan kek sebentar tadi.

PENUTUP Hadirin yang dihormati,

Menggamit rindu datang ke mari,


              Waktu bersama duka gembira,
Kenangan lalu memahat memori,
              Taburan budi kilauan kejora.
 

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk


menggambarkan beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang
tersirat telah pun tersurat. Kami berharap semoga Madam Lau akan
sentiasa sihat dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga
tercinta.

Selamat bersara Madam Lau. Segala kenangan akan terpahat


menjadi memori sepanjang zaman.

Hadirin, sekian berakhirlah majlis kita pada hari ini. Pihak majlis
merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua
yang terlibat dalam menyempurnakan majlis kita pada hari ini.

Assalammualaikum w.b.t.

 Dijemput semua yang hadir untuk menikmati jamuan yang telah


disediakan.

TEKS PENGACARA
MAJLIS PERSARAAN MADAM LAU FUI KENG
TARIKH: 2 NOVEMBER 2021 (SELASA)

Anda mungkin juga menyukai