Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SETONGKAT

84000 MUAR JOHOR



KERTAS KERJA CADANGAN

AKTIVITI BERMAIN DENGAN BUIH


TARIKH :

10 JULAI 2014

TEMPAT :

DEWAN CEMERLANG
SK PARIT SETONGKAT


ANJURAN :

GURU PELATIH INTERNSHIP
PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2011
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU




1.0 PENGENALAN

Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains SK Parit
Setongkat. Ia merupakan satu program tahunan Panitia Sains. Program ini
bertujuan untuk menarik minat pelajar SK Parit Setongkat terhadap mata
pelajaran Sains. Program-program yang telah dirancang mampu memberi
perangsang kepada pelajar SK Parit Setongkat supaya minat terhadap mata
pelajaran sains dan teknologi dan dapat melahirkan pelajar yang
berketerampilan, kreatif dan inovatif.




2.0 RASIONAL

Program ini dilaksanakan bagi menyahut saranan Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran berfikir aras
tinggi. Kemahiran berfikir aras tinggi sangat penting bagi generasi masa kini.
Oleh itu, program ini merupakan salah satu langkah untuk menjana pemikiran
berfikir aras tinggi murid-murid dengan menggunakan pendekatan inkuiri
penemuan. Hal ini selari dengan fitrah kanak-kanak yang suka meneroka
sesuatu yang ada disekeliling mereka. Pemikiran mereka akan dapat
berkembang dengan baik sekiranya guru dapat merangsang dan memberi ruang
untuk mereka meneroka sesuatu dengan pengalaman mereka sendiri. Justeru,
program ini sangat sesuai dilaksanakan bagi murid-murid.








3.0 MATLAMAT


i. Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik
dan melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi.
ii. Untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan
teknologi, inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua
iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.
iii. Untuk melahirkan pelajar yang bersatu padu melalui pertandingan atau
permainan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum
selaras dengan hasrat negara iaitu konsep 1 Malaysia.

4.0 OBJEKTIF

i. Memperbetulkan miskonsepsi yang terdapat dalam kalangan murid
mengenai buih sabun.
ii. Membantu murid menguasai pemikiran kreatif dan kritis serta proses sains
dan keupayaan penakulan secara saintifik.
iii. Membentuk pemikiran saintifik murid dalam menyelesaikan masalah.
iv. Membantu murid mengenalpasti ciri-ciri sabun melalui lagu buih sabun.
v. Memberi peluang kepada murid untuk bermain dan membuat pemerhatian
terhadap buih sabun

5.0 TEMPAT

Dewan Cemerlang, SK Parit Setongkat, Muar, Johor.


6.0 TARIKH

10 Julai 2014 (Khamis)


7.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Tahap 1 SK Parit Setongkat

8.0 TENTATIF PROGRAM

10 J ULAI 2014

8.00 pagi : Murid-murid berkumpul di dewan
8.30 pagi : Tayangan video dan slaid power point mengenai buih sabun.
9.00 pagi : Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan untuk aktiviti LDK
10.00 pagi : Murid diberi peluang untuk bermain dengan buih sabun.
10.30 pagi : Nyanyian lagu buih sabun beserta dengan gaya.
11.00 pagi : Program bersurai.


9.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat 1 : En. Shamsudin bin Sarip
Guru Besar

Penasihat 2 : Pn. Hjh Normadiah bt Daros
GPK Pentadbiran

Pengerusi : Pn.Hjh Hafsah bt Abu Shah
Setiausaha : Tg Intan Mastura bt Tg Mohd Ramli
Naib Setiausaha : Mona Shazreen bt Mohd Zaini

10.0 JAWATANKUASA KERJA



JK Peralatan & Teknik : Rashidatul Kamilah Bt Samsury
En. Hasbullah bin Arshad
En. Malek Bin Md Ali

JK Dokumentasi : Nur Adilah Bt Hamidon
Pn Rozana bt Juri @ Samat
Pn Rohani Bt Abdullah

JK Tugas-tugas Khas : Nur Amirah Bt Bajuri
Pn Faridah Bt A Rahman
En Mohd Nizam Bin Ahmat
En Badrul Hisham Bin Abu Bakar.

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga (RM) / Unit Jumlah (RM)
1 Sabun pencuci pinggan

1

RM8.50 RM8.50
2 Gula pasir

1

RM2.10 RM2.10
3 Pinggan plastik

50

RM 8 RM8
4 Straw 50 RM4 RM4
Jumlah RM22.60

12.0 PELAN TINDAKAN



Tarikh Catatan
20/4/2014 Berbincang dengan guru pembimbing
mengenai projek yang sesuai untuk
dilaksanakan sewaktu internship
21/4/2014 Membuat kertas kerja untuk aktiviti bermain
dengan buih sabun.
22/4/2014 Mendapat kebenaran guru besar untuk
melaksanakan projek.
24/4/2014 Memaklumkan kepada guru-guru yang terlibat
mengenai program yang akan dilaksanakan
pada penggal dua persekolahan.
7/7/2014 Membeli bahan-bahan dan peralatan yang
telah disenaraikan.

8/7/2014 Meminta bantuan daripada guru muzik
sekolah untuk merekodkan lagu buih sabun
dengan menggunakan keyboard.
9/7/2014 Membuat bancuhan sabun bagi menghasilkan
buih-buih sabun.



13.0 PENUTUP

Diharapkan dengan perlaksanaan aktiviti ini dapatlah ianya memberi
pendedahan pengetahuan dan pengalaman tentang pembelajaran sains
melalui inkuiri penemuan praktikal kepada murid-murid. Pendedahan
pengetahuan secara inkuiri ini secara tidak langsung dapat meningkatkan minat
murid terhadap sains disamping dapat membuka minda mereka terhadap
fenomena sains yang berlaku disekelilling mereka. Selain itu, diharapkan aktiviti
ini juga memberi pendedahan dan pengalaman bermakna sebagai bekalan
dalam menjalankan aktiviti seharian sebagai murid yang cemerlang.




















Disediakan oleh: Disokong oleh:




________________________________ __________________________
(TG INTAN MASTURA BT TG MOHD RAMLI) (PUAN HAFSAH BT ABU SHAH)
Setiausaha, Pengerusi,
Program Bulan Sains, Program Bulan Sains,
SK Parit Setongkat, Muar Johor SK Parit Setongkat, Muar Johor






Disahkan oleh:




____________________________
(EN. SHAMSUDIN B SARIP)
Guru Besar,
SK Parit Setongkat, Muar, Johor.

Anda mungkin juga menyukai