Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BUNGA JALAN LEMBAH PERMAI 11200 PULAU PINANG PULAU PINANG.

KERTAS KERJA BOTANICAL & HERBS GARDEN

1.0 PENDAHULUAN

Tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertangggungjawab dan berkebolehan

yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip rukun negara.

Melalui pendidikan , masyarakat dapat membantu murid-murid memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Menyentuh mengenai pendidikan pula, ianya berkait rapat dengan tempat dimana pendidikan itu disampaikan iaitu sekolah. Justeru, persekitaran dan suasana sekolah amat memainkan peranan penting dalam membantu

mempersiapkan murid-murid untuk menerima pendidikan. Ia secara tidak langsung dapat menyediakan murid-murid untuk mencapai tahap pembelajaran yang optimum selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan supaya potensi individu diperkembangkan dalam semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Menyedari bahawa pendidikan di sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik dan membentuk tingkahlaku murid, satu projek Botanical & Herbs Garden dirancang bagi membantu menyediakan persekitaran dan suasana sekolah yang kondusif. Ia juga secara tidak langsung dapat menceriakan dan memberi informasi berguna kepada murid-murid mengenai tumbuhan herba serta kegunaannya.

2.0 RASIONAL Projek Botanical & Herbs Garden yang dirancangkan ini secara amnya bermatlamat untuk menceriakan kawasan sekolah dengan tanaman-tanaman botani dan herba yang mempunyai kegunaan-kegunaan tertentu. Kegunaankegunaan tersebut seperti dalam masakan, perubatan dan hiasan. Selain itu, bagi tanaman herba, nama saintifik serta kegunaannya kepada manusia akan dilabelkan. Ia secara tidak langsung memberikan informasi kepada semua warga sekolah SKTB.

3.0 TUJUAN Projek ini bertujuan membantu untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan ceria disamping memberikan informasi. Murid dapat mengetahui jenis-jenis tumbuhan serta fungsinnya secara santai dan melihat sendiri tumbuhan tersebut.

4.0 OBJEKTIF Antara objektif pelaksanaa projek Botanical & Herbs Garden ini ialah:1. Menyediakan suasana sekolah yang ceria dan bersih. 2. Merealisasikan konsep Sekolah Dalam Taman. 3. Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian. 4. Membantu murid mengenal nama pokok herba dan kegunaannya.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN 2 Julai 2012 hingga 20 Julai 2012

6.0 MASA PELAKSANAAN 8.00 pagi hingga 1.30 petangi setiap hari persekolahan

7.0 TEMPAT Berhadapan makmal Sains (kawasan penanaman pokok)

8.0 PELAN PELAKSANAAN PROJEK

Minggu 2 3

Tugas Menebang pokok yang tidak perlu Membersihkan kawasan penanaman Mengecat bata-bata dan rumah hijau yag disediakan Menggembur tanah Menanam pokok-pokok herba Menambahbaik tanaman-tanaman botani yang terdapat di Botanical Garden Melabel tanaman-tanaman botani dan tanaman herba Membuat penambahbaikan terakhir dan membersihkan kawasan projek

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil 1. 2. Tanah

Bahan

Kuantiti 7 1

Harga RM 10.00 RM 30.00

Anak pokok Cili Terung Bendi Halia Kunyit Lidah buaya Setawar Nenas Kari

3. 4. 5. 6. 7.

Cat Syelek Thinner Kertas laminate Kertas A4 Jumlah

1 1 1 10 30 keping

RM 35.00 RM 8.00 RM 2.00 RM 5.00 RM 3.00 RM 93.00

*Anak benih diperolehi dari murid-murid. Bahan-bahan lain diperolehi dari sumber sedia ada sekolah

10.0

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi

: Pn. Badhirama Rahmansa (Guru Besar SK Tanjung Bunga)

Naib Pengerusi 1

: En. Zahari@Norzahari Alias (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2

: Pn. Roslinah Maslan (PK hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 3

: Puan Mashitoh Paker Mohamed (PK Ko-Kurikulum)

Guru Pembimbing 1 Guru Pembimbing 2

: Pn. Mashitoh Paker Mohamed : Cik Nachitram A/P Kolondaisamy

Setiausaha

: Faizal bin Hashim (Guru pelatih IPG Kampus Pulau Pinang)

Bendahari

: Muhamad Ridwan Bin Sulong (Guru pelatih IPG Kampus Pulau Pinang)

AJK

: 1) Mohd Aminullah Bin Othman (Guru pelatih IPG Kampus Pulau Pinang) 2) Mohd Ashraf Ahnaf Bin Suhaimi (Guru pelatih IPG Kampus Pulau Pinang) 3) Pekerja Kontrak ( Syarikat Gemilang Pesona)

PENUTUP Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan suasana sekolah dan kawasan projek Botanical & Herbs Garden sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif untuk memastikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan pembinaan akhlak.

Disediakan oleh:

........................................................ (Faizal Bin Hashim) Guru Pelatih IPG Kampus Pulau Pinang Setiausaha Projek Botanical & Herbs Garden

Disemak oleh:

........................................................ (Puan Mashitoh Paker Mohamed) Guru Pembimbing Projek Botanical & Herbs Garden

........................................................ (Cik Nachitram A/P Kolondaisamy) Guru Pembimbing Projek Botanical & Herbs Garden

Disahkan oleh:

........................................................ (Puan Badhirama Rahmansa) Guru Besar SK Tanjung Bunga

Anda mungkin juga menyukai