Anda di halaman 1dari 5

DISEDIAKAN OLEH :

SETIAUSAHA TAMAN HERBA


SMK .

KERTAS KERJA TAMAN HERBA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

1. PENDAHULUAN

Taman Herba Program Pendidikan Khas Integrasi merupakan salah satu instrumen yang
ingin diterapkan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas sebagai proses permulaan
pengurusan diri. Oleh itu, Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah
Kebangsaan ..akan mewujudkan Taman Herbanya sendiri. Taman Herba ini
adalah dibawah pengawasan Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) dan dibantu oleh
pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi.
2. MISI
Penubuhan Taman Herba Program Pendidikan Khas Integrasi adalah untuk memelihara
warisan ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita
dahulu. Kewujudan taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang
tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi
masa kini.
3. VISI
Menjadikan Taman Herba Program Pendidikan Khas Integrasi sebagai sumber rujukan
kepada para pelajar dan warga Sekolah Kebangsaan Sultan Mansor Shah. Progran
Pendidikan Khas Integrasi akan sentiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan
tanaman yang mempunyai nilai perubatan .
4. OBJEKTIF.
4.1 Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang cadangan
penambahbaikan Taman Herba Sekolah.
4.2 Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi landskap
dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.
4.3 Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah dan pihak
jawatankuasa pelaksana Taman Herba .
4.4 Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan
memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

5. AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA


Penasihat
Pengerusi

:
:

Penyelaras program

Penolong Penyelaras
Program

Setiausaha I

Setiausaha II

Bendahari

Penolong Bendahari
Ahli jawatankuasa Pelajar

6. KEKUATAN DAN KELEMAHAN


Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Program Taman Herba
beberapa perkara telah dikenal pasti untuk dijadikan rujukan untuk menambah baik
program Taman Herba Sekolah.
Kekuatan :
1. Mempunyai potensi untuk mempelbagaikan pelbagai variasi tumbuhan
mengikut kategori herba.
2. Mempunyai sumber/punca air.
3. Kesesuaian tempat untuk penanaman herba.
Kelemahan :
1. Sukar untuk memperolehi koleksi tanaman herba yang eksotik dan
jarang didapati .
2. Landskap Taman Herba kurang menarik dan ceria.

7. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah
mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk
diambil tindakan segera , antaranya ialah :
1. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar
Didapati.
2. Membeli bahan untuk mencatikkan dan menceriakan Taman Herba.
8. ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN
Bil

Perkara

Jumlah Kos (RM)Sumber

Memasang Papan Tanda dan Label Pokok


herba

Membeli anak pokok dan benih herba

Kos penyelenggaraan ( Tanah semaian, racun


rumpai, kawalan serangga dan penyakit
tanaman , baja , peralatan )
JUMLAH

9. PENUTUP :
Program Taman Herba Program Pendidikan Khas Integrasi merupakan projek yang akan
dilaksanakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar pendidikan khas.
Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut.
Diharapkan segala cadangan dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja ini akan
mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah supaya projek ini
dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh pihak jawatankuasa
Taman Herba Program pendidikan Khas Integrasi . Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai
pihak diharapkan Taman Herba ini akan mencapai kejayaan yang lebih membanggakan
pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

DISEDIAKAN OLEH :

............................................
Setiausaha
Taman Herba PPKI
Sekolah Menengah kebangsaan Sultan Mansor Shah

DISEMAK OLEH :

............................................
Penyelaras PPKI
Sekolah Menengah kebangsaan Sultan Mwansor Shah

DISAHKAN OLEH :

............................................
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan

Anda mungkin juga menyukai