Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

___________________
KEM MENGGAPAI BINTANG
SK KUALA KUBU BHARU

___________________
8 NOVEMBER 2019
DI
DEWAN PENDITA ZAABA
SK KUALA KUBU BHARU

DENGAN KERJASAMA PEMULIHAN KHAS


TAHUN 1, PRASEKOLAH, MURID TAHUN 6 DAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KERTAS KERJA
KEM MENGGAPAI BINTANG 2019
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU

1.0 PENDAHULUAN

Kem Menggapai Bintang yang dianjurkan oleh Pemulihan Khas dan Prasekolah SK Kuala Kubu
Bharu ini merupakan satu program yang dirangka bagi melihat potensi daya pemikiran dan proses
pembelajaran murid yang lebih menyeronokkan dan menarik. Setiap kumpulan akan melalui pelbagai
halangan dan tugasan yang mencabar minda dan kreativiti mereka. Program ini juga merupakan salah satu
inisiatif unit Pemulihan Khas & Prasekolah dengan kerjasama Guru Tahun 1 dan murid Tahun 6 serta Unit
Bimbingan dan Kaunseling untuk memberi peluang kepada murid menguj i minda, berkongsi
idea di kalangan ahli kumpulan dan mampu merangsang motivasi dan minda murid-murid ke tahap
optimum.
Sehubungan itu, unit Pemulihan Khas & Prasekolah telah menganjurkan satu program yang dapat
memberi manfaat kepada peserta-peserta untuk mencungkil kebolehan dan keupayaan mereka dalam
penguasaan kemahiran membaca. .Penganjuran program ini diharapkan dapat merangsang dan
membangkitkan keseronokan serta minat murid-murid terhadap pembelajaran dan seterusnya dapat
mencapai sasaran 100% murid dalam kemahiran membaca. Program ini juga diharapkan dapat memberi
pengalaman yang berguna kepada murid-murid Tahun 6 sebagai Guru Muda. Mereka dapat menggunakan
kemahiran mereka untuk mengajar murid-murid yang lemah dalam kemahiran membaca. Di samping itu
mereka dapat mengisi masa lapang mereka berbakti kepada sekolah sebelum mereka memasuki
Persekolahan Menengah.

2.0 RASIONAL
Pelaksanaan Kem Menggapai Bintang ini bertujuan untuk memenuhi keperluan berikut:-

2.1 Meningkatkan perkembangan pembelajaran murid-murid melalui aktiviti bermain.


2.2 Memberi peluang kepada murid -murid pemulihan, dan prasekolah belajar dalam
suasana bebas, selamat, menggembirakan dan bermakna.
2.3 Mewujudkan kerjasama dan perkongsian dalam kalangan murid-murid
Pemulihan Khas, Prasekolah, Murid Tahun 1 dan Murid Tahun 6 di SK Kuala
Kubu Bharu.
2.4 Mengeratkan hubungan di dalam kalangan murid -murid Pemulihan Khas,
Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 6 di SK Kuala Kubu Bharu .
2.5 Melatih dan memberi pengalaman kepada murid Tahun 6 sebagai Guru Muda.
3.0 OBJEKTIF
Pada akhir Kem Menggapai Bintang, murid dapat :-

3.1 Mencapai pengunjuran 100% penguasaan kemahiran membaca.


3.2 Merangsang motivasi dan minda murid-murid ke tahap optimum melalui penerokaan, inkuiri,
pembinaan dan penemuan.
3.3 Menggalakkan penglibatan aktif murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3.4 Memberi perangsang untuk membangkitkan keseronokan dan minat murid-murid terhadap
pembelajaran mereka.
3.5 Meningkatkan keupayaan murid-murid untuk menyimpan maklumat atau pengetahuan yang
disampaikan dengan lebih lama.
3.6 Meningkatkan interaksi sosial dan membina hubungan murid terhadap guru dan rakan sebaya.
3.7 Meningkatkan kepercayaan dan kemampuan diri terhadap penguasaan sesuatu kemahiran.
3.8 Mengelakkan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri murid-murid terhadap pembelajaran.
3.9 Melatih murid Tahun 6 menjadi Guru Muda kepada murid Pemulihan Khas, Prasekolah dan
murid Tahun 1.

4.0 MATLAMAT
4.1 Mengesan kelemahan kemahiran murid Pemulihan Khas, Prasekolah dan Tahun 1.
4.2 Mengukuhkan dan memantapkan kemahiran murid untuk menguasai kemahiran 3M iaitu salah
satu darinya ialah membaca dengan teknik yang betul.
4.3 Mensasarkan sifar Pemulihan Khas murid-murid di akhir Tahun 3

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1 23 orang Murid Pemulihan Khas Tahun 1, 9 orang murid Pemulihan Khas Tahun 2, 3 orang
murid Pemulihan Khas Tahun 3, 25 orang murid Prasekolah.
5.2 24 orang murid Tahun 6 sebagai Guru muda
5.3 Guru Pemulihan Khas, Guru Prasekolah, Guru Tahun 1 dan Pembantu Prasekolah.

6.0 TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh : 8 November 2019
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tgh hari
Tempat : Dewan SK Kuala Kubu Bharu
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk lampiran 1

8.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk lampiran 2

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk lampiran 3

10.0 PENUTUP
Diharap Kem Menggapai Bintang ini dapat meningkatkan lagi keupayaan dan perkembangan
pembelajaran murid-murid Pemulihan Khas, Prasekolah dan murid Tahun 1 dalam kemahiran membaca.
Pendekatan belajar melalui penerokaan dan permainan ini diharap dapat membantu mengurangkan
masalah murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca.

Disediakan Oleh

………………………………
Norzuliana Binti Amir
Penyelaras Kem Menggapai Bintang
SK Kuala Kubu Bharu

Disemak oleh,

........................................
Nursanty Bt Hassan Berseri
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Kuala Kubu Bharu

Disahkan oleh,

........................................
Hariani bt Mohd Hamdan
Guru Besar
SK Kuala Kubu Bharu
Lampiran 1

1.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : PN. HARIANI BINTI MOHD HAMDAN


(Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu)

Timbalan Pengerusi : PN. NURSANTY BINTI HASSAN BERSERI


(PK Kurikulum)

Naib Pengerusi 1 : EN. JAMIL BIN ISMAIL


(PK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : PN. NUROL WAHIDAH BINTI HASSAN


(PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 3 : EN. MASWADI BIN MILATUSSAMSI


( PK Pendidikan Khas)

Penyelaras Program : PN. NORZULIANA BINTI AMIR

Setiausaha : Pn. NORAZILA BINTI ISMAIL

2.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa Tindakan
Pengacara majlis Pn. Norzuliana bt Amir

Bacaan doa En. Rohaizad b Aziz

Siaraya En. Azmir b Abdullah

Disiplin Murid Prasekolah:


Pn. Norazila bt Ismail
Tahun 1 :
Pn. Fadilah bt Ahmad
Murid Pemulihan Khas :
Pn. Norzuliana bt Amir
Lampiran 2

TENTATIF PROGRAM KEM JEJAK PERMATA

8.00 – 8.15 pagi Ucapan alu-aluan pengerusi majlis


8.15 – 8.20 pagi Bacaan doa
8.20 – 8.30 pagi Ucapan dan perasmian oleh Guru Besar SK Kuala Kubu Bharu
8.30 – 8.40 pagi Senamrobik
8.40 –9.40 pagi Aktiviti ‘Kem Menggapai Bintang’
9.40 – 10.00 pagi Rehat
10.00 pagi – 12.00 tgh Aktiviti ‘Kem Menggapai Bintang’
12.00 tgh – 12.30 tgh Perasmian penutup dan penyampaian hadiah
12.30 tgh Bersurai
Lampiran 3

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL ITEM HARGA/ UNIT JUMLAH

1. Makanan/Minuman RM 2.50 X 59 Orang RM 147.50

2. Sijil dan Cenderamata Guru Muda RM 5.00 X 24 Orang RM 120.00


3. Plastic Laminate RM 32.50X 1 rim RM 32.50
JUMLAH RM 300.00

Anda mungkin juga menyukai