Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

LAWATAN KE
SEKOLAH
MENENGAH SAINS
HULU SELANGOR
(SEMASHUR)
2016

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH MENENGAH


SAINS HULU SELANGOR
1.0
PENGENALAN
Unit kecemerlangan UPSR merancang mengadakan lawatan pada tahun 2016
bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada murid-murid.
Aktiviti sebegini diharapkan dapat menambahkan pengetahuan dan memberi
peluang kepada mereka untuk melawat tempat yang belum pernah mereka kunjungi
sebelum ini. Selain itu, menerusi lawatan ini, murid-murid diharapkan akan
meluaskan tahap pengetahuan mereka dan merasai pengalaman berada di sekolah
berasrama penuh. Pembelajaran yang didapati secara tidak formal ini diharapkan
dapat memberikan motivasi untuk murid belajar dengan lebih tekun lagi.
2.0 MATLAMAT
2.1
2.2

Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman berada di


sekolah berasrama penuh
Memberi motivasi kepada murid untuk belajar dengan lebih tekun supaya
mereka dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh

3.0 TEMA
Pembelajaran di sekolah berasrama penuh adalah matlamat kami
4.0 ANJURAN
Unit Kecemerlangan UPSR
5.0 TEMPAT
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor,
Hulu Yam Bharu,
44300, Batang Kali,
Selangor Darul Ehsan
6.0 SASARAN
Murid-murid enam
7.0 TARIKH LAWATAN
25 Februari 2016 ( Khamis )

8.0 ANGGARAN KEWANGAN

8.1 Sumber pendapatan : Kutipan yuran sebanyak RM 30.00


BIL
PERKARA
AMAUN
1
2
3

TAMBANG BAS
MAKAN DAN MINUM
BAYARAN MASUK KE SEKOLAH MENENGAH
SAINS HULU SELANGOR
JUMLAH

RM 25.00
RM 15.00
RM 30.00
RM 40.00

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Penaung

:Tn.Hj Ismail bin Dawani


(Guru Besar SKPA 3 )

Penasihat

:En Zahar Azlan bin Arifin


(GPK Kurikulum )

Pengerusi

: Pn. Nor Azimah binti Ahmad Nawawi

Setiausaha

: Pn. Rose Maria bt Zakaria

Bendahari

: Pn. Hariyati Mazila bt Mat Ali

AJK

: Pn Jamilah binti Nordin - Dokumentasi


Pn Rosmah bt Parnon- Pengangkutan
En Mohd Nizam bin Che Man - Disiplin
Pn Anifariza bt Sarmo Makanan dan minuman

10.0 BIDANG TUGAS


10.1Pengangkutan

Mencari dan menguruskan pengangkutan untuk ke


destinasi yang dirancang.

10.2Disiplin

-Memastikan disiplin murid-murid baik dan terkawal


sebelum, semasa, dan selepas lawatan.

10.3 Dokumentasi

-Merakam gambar sepanjang aktiviti lawatan.

10.4 Makanan dan minuman Mencari dan menyediakan makanan dan minuman
untuk para peserta lawatan

11.0 TENTATIF PROGRAM

Masa
7.30 pagi
8.00 pagi
9.30 pagi

Berkumpul di SKPA 3 / pendaftaran


Bersedia untuk bertolak ke Sekolah Menengah Sains Hulu

10.00 pagi
1030 pagi
12.00
tengah
hari
12.30

Aktiviti

tengah

hari
1.30 petang
2.30 petang

Selangor
Tiba di SK Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
Taklimat oleh pegawai yang bertanggungjawab
Rehat
Melawat asrama dan sekitar Sekolah Menengah Sains
Hulu Selangor
Makan di dewan makan asrama Sekolah Menengah Sains
Hulu Selangor
Bertolak balik ke SK Puncak Alam 3
Tiba di SKPA 3

Disediakan oleh ,

...........................................................
(PUAN NOR AZIMAH BINTI AHMAD NAWAWI)
Setiausaha
Unit kecemerlangan UPSR
SK Puncak Alam 3
Disahkan oleh ,

.........................................................................................
(TN HJ. ISMAIL BIN DAWANI)
Guru Besar,
SK Puncak Alam 3.
Sk: 1. GPK KURIKULUM
2. Fail sekolah

Anda mungkin juga menyukai